Anda di halaman 1dari 36

1.

0 PENGENALAN
Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat,sosiobudaya
hubungan masyarakat dengan budaya seperti cara hidup ,adat isitiadat
dan lain-lain.Menurut Mohd Talib Osman (1988),budaya dikatakan satu
himpunan kelengkapan intelektual dan kebendaan yang dapat memenuhi
kehendak biologi dan kemasyarakatan serta dapat menyesuaikannya dengan
keadaan sekeliling.Menurut Dr Mohd Arshad Hj. Taib,sosiobudaya juga
bermaksud amalan gaya hidup dan peradaban bagi sesautu masyarakat ,lahir
dari pegangan dan kecederungan diri masyarakat berkenaan dalam pelbagai
bidang hidup untuk memberi kepuasan dan merangsang pembangunan hidup
masyarakat tersebut.

Menurut Dato’ Dr Fadzilah Kamsah bahawa jiran merupakan orang


yang tinggal di sekeliling rumah kita sama ada di depan,belakang,kiri ataupun
kanan dan merupakan orang pertama yang membantu kita ketika berada dalam
kesusahan.Berdasarkan pendapat tokoh di atas telah menjelaskan bahawa
semangat kejiranan merupakan elemen penting dalam hidup
bermasyarakat .Menurut Austin Dimin(Temenggung Bidayuh Bahagian
Kuching) berkata,perayaan Hari Gawai Dayak bukan sahaja budaya dan
warisan ,tetapi wadah yang dapat mengeratkan perpaduan rakyat pelbagai
kaum di Sarawak khasnya dan Malaysia amnya.

Sambutan Hari Gawai Dayak merupakan perayaan yang disambut oleh


komuniti Dayak di Sarawak serta beberapa kawasan di
kalimantan,Indonesia.Sambutan Hari Gawai Dayak ini diadakan pada 1 Jun
setiap tahun dan lazimnya disambut setelah musim menuai.Ia merupakan
perayaan adat resam dan cara hidup dalam masyarakat dayak .Pada masa
ini,perayaan Hari Gawai yang disambut mendatangkan banyak faedah melalui
aktiviti yang dianjurkan antaranya adalah memupuk perpaduan dan
mengeratkan hubungan silaturahim.Bak kata pepatah “bagai aur dengan tebing
merupakan kata yang dapat dijadikan contoh bahawa nilai perpaduan dan
kerjasama itu sangat penting dalam sesebuah masyarakat Dayak.Justeru
itu,hubungan silaturahim di kalangan masyarakat Dayak dapat dieratkan
dengan adanya Sambutan Hari Gawai Dayak.
Rasional kajian ini dijalankan adalah kerana pengkaji ingin mengenal
pasti jenis aktiviti yang di jalankan bagi memupuk semangat kejiranan di
Rumah Empawi Nanga Sekukut Sungai Yong Kapit dan mengkaji
keberkesanan aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan semangat kejiranan
.Pengkaji juga ingin menimba ilmu pengetahuan yang luas melalui
penglibatannya dalam melaksanakan kerja kursus ini di luar bilik darjah.

Kesimpulannya,sosial dan budaya adalah amat penting dalam


mewujudkan masyarakat Dayak mempunyai semangat perpaduan yang
tinggi.Kajian ini juga menjelaskan jenis aktiviti yang dijalankan serta
keberkesanan aktiviti yang dijalankan di kalangan penduduk Rumah Empawi
Nanga Sekukut Sungai Yong Kapit dalam Sambutan Hari Gawai Dayak.

2.0 OBJEKTIF KAJIAN


Dalam kajian ini penyelidik menggariskan dua objektif yang mampu dijadikan
Cadangan dan panduan semasa menjalankan kajian ini.Objektif kajian adalah:

1.Mengenal pasti jenis aktiviti yang dijalankan bagi memupuk semangat


kejiranan
di Rumah Emapawi Nanga Sekukut Sungai Yong Kapit.

2.Mengkaji kesan aktiviti yang dijalankan untuk meningkatkan semangat


Kejiranan di Rumah Empawi Nanga Sekukut Sungai Yong Kapit.

3.0 LOKASI KAJIAN


Kajian ini telah dijalankan di kawasan Rumah Empawi Nanga Sekukut Sungai
Yong Kapit.

3.1 Peta Negeri Sarawak

Sarawak ialah negeri yang terbesar antara 13 buah negeri di


Malaysia. Negeri Sarawak terletak di wilayah Barat di pulau Borneo
dengan keluasan 124,44951 kilometer persegi.Negeri ini menjadi negeri
yang paling besar di Malaysia dan membentuk 34.5% daripada jumlah
keluasan 329,750 kilometer persegi di negara ini.Negeri Sarawak
terbahagi kepada 11 bahagian pentadbiran yakni Kuching, Kota
Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Kapit, Bintulu, Mukah,
Miri dan Limbang.
3.2 Peta Bahagian Kapit
Bahagian Kapit merupakan salah satu dari sebelas bahagian di
Sarawak,Malaysia.Ibu daerahnya ialah Kapit,Belaga,Song dan Bukit
Mabong.Keempat -empat daerah ini ditadbir oleh Majlis Daerah Kapit.
Bahagian Kapit mempunyai keluasan 38,934 kilometer persegi .Jumlah
Penduduk seramai 56,709 orang.Kebanyakan penduduk Kapit adalah
dari kaum Iban diikuti kaum cina dan melayu.Bandar Kapit terletak di
Sungai Rejang.Ia boleh dihubung melalui sungai menggunakan
Perkhidmatan bot ekspres dan jalan darat dari bandar Sibu.

3.3 Rumah Panjang Empawi Nanga Sekukut Sungai Yong Kapit

Anda mungkin juga menyukai