Anda di halaman 1dari 12

040622-07-0684

1.0 PENGENALAN

Majlis Peperiksaan Malaysia (MPM) telah menetapkan dua tema Kerja Kursus
Pengajian Am (900/4) pada tahun ini iaitu tema 1 : Ekonomi : Pelancongan dan tema
2 : Sosial dan Budaya : Kejiranan. Semua pelajar STPM 2023 diwajibkan memilih
salah satu tema yang ditetapkan bagi melaksanakan kerja kursus pada tahun ini.
Pengkaji telah memilih Tema 2 iaitu Sosial dan budaya yang merujuk kepada isu
Kejiranan yang bertajuk Aktiviti Kemasyarakatan membentuk semangat kejiranan
dalam kalangan penduduk di Kampung Sungai Rusa.

Semangat kejiranan merupakan perkara yang penting yang perlu diterapkan


dalam kehidupan bermasyarakat. Dengan adanya semangat kejiranan dalam kalangan
penduduk, penduduk dapat hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni. Contohnya,
Kampung Sungai Rusa telah menjalankan aktiviti ramah mesra dan sumbangan di
Rumah Anak Yatim yang dilakukan bersama. Secara tidak langsung, aktiviti ini dapat
mengeratkan silaturrahim antara penduduk kampung.

Definisi pertama ialah Sosial. Berdasarkan Kamus Dewan Edisi ke Empat


(2010), sosial boleh ditakrifkan kepada segala yang berkaitan dengan masyarakat,
perihal masyarakat, kemasyarakatan serta ke-dudukan ekonomi seseorang. Selain itu,
Sosial juga berkaitan dengan persahabatan, pergaulan, dan aktiviti yang dilakukan
pada masa lapang seperti kelab dan persatuan. Sosial juga boleh dirujuk kepada
seseorang individu yang suka bergaul dan bermesra. Sosial juga boleh dikelaskan
seperti golongan atau kumpulan yang bersama-sama dalam sesebuah agama dan
kelompok masyarakat yang bercampur gaul. Sosial juga dapat ditunjukkan pada hari
keramaian seperti Tahun Baru Cina, Sambutan Deepavali, Hari Raya Aidilfitri dan
sebagainya.

Seterusnya definisi kedua ialah Budaya. Menurut Kamus Dewan Edisi


Keempat (2010), budaya boleh didefinisikan sebagai sebuah kemajuan fikiran, akal
budi seperti cara berfikir, berkelakuan dan sebagainya. Seterusnya, budaya juga dapat
dikelaskan kepada kepelbagaian cerita, adat, pakaian, tingkah laku yang diwarisi oleh
sesuatu masyarakat atau bangsa yang mempunyai ciri-ciri mereka sendiri serta
memiliki cara berfikir dengan akal budi yang sudah maju.
1

040622-07-0684

Selain itu, budaya menurut Belinda Dewi Regina (2021) dalam bukunya
Pembelajaran Seni Budaya Seni Nusantara, budaya adalah cara hidup yang
berkembang dan dimiliki oleh sekelompok orang dan diwariskan turun temurun untuk
generasi ke generasi. Budaya terdiri dari banyak unsur yang rumit, termasuk sistem
agama, politik, bahasa, adat istiadat, bangunan, alat, pakaian dan karya seni.

Definisi ketiga ialah Jiran. Menurut Othman dan Rabiatul Adaweeyah (2017),
jiran di tafsirkan sebagai orang yang berada berdekatan dengan rumah. Jiran ialah
orang yang tinggal bersebelahan dengan rumah, bersebelahan kampung, daerah malah
lebih besar daripada itu jiran bersebelahan negara. Jiran juga bererti ahli dalam
lingkungan 40 buah rumah setiap penjuru yang mengelilingi rumah individu. Menurut
Dato’ Dr Fadzillah Kamsah (2015), jiran merupakan orang yang tinggal di sekeliling
rumah kita sama ada di depan, belakang, kiri ataupun kanan dan merupakan orang
pertama yang akan membantu kita ketika kita berada dalam kesusahan.

Definisi keempat ialah Semangat. Definisi semangat menurut Kamus Dewan


Edisi Keempat (2010) adalah kemahuan untuk melakukan sesuatu. Menurut Kamus
Pelajar Edisi Kedua (2015) pula, semangat bermaksud perkara yang berkaitan dengan
perasaan hati dan jiwa.

Menurut keratan akhbar Berita Harian yang ditulis oleh Enizahura Abdul Aziz
(2020) pula, semangat kejiranan merujuk kepada aspek kesefahaman dan hubungan
erat sesama jiran. Sebagai anggota masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum,
bangsa dan agama, banyak perbezaan dari segi kefahaman dan budaya. Semangat
kejiranan merupakan unsur penting dalam kehidupan bermasyarakat. Selain dapat
memupuk persefahaman sesama penduduk, semangat sebegini dapat menyatupadukan
masyarakat yang terdiri daripada pelbagai kaum di negara kita.

Definisi kelima ialah Penduduk. Definisi penduduk menurut Kamus Dewan


Edisi ke Empat (2010), penduduk bermaksud manusia yang tinggal dalam satu
kawasan. Menurut Haji Rodzli dan Keng Su Seng (2012) penduduk merupakan
komponen yang sangat penting dalam suatu wilayah atau negara.
2

040622-07-0684

Objektif kajian ini adalah untuk mengenal pasti aktiviti kemasyarakatan yang
dijalankan di Kampung Sungai Rusa dan mengkaji kesan aktiviti kemasyarakatan
dalam menyuburkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk Kampung Sungai
Rusa. Kajian ini akan dijalankan Kampung Sungai Rusa, 11010, Balik Pulau, Pulau
Pinang. Kajian ini dijalankan dengan lebih terperinci terutamanya terhadap penduduk
di kawasan Kampung Sungai Rusa di mana terdapat seramai 30 orang responden
untuk membantu dalam menjayakan kajian yang dijalankan ini.

Rasional kajian ini dijalankan oleh kerana pengkaji mendapati bahawa


semangat kejiranan dalam penduduk Kampung Sungai Rusa semakin pudar. Hal ini
dapat dilihat melalui penglibatan penduduk Kampung Sunga Rusa yang semakin
berkurang walaupun terdapat banyak aktiviti sosial yang dilaksanakan. Situasi ini
menyebabkan pengkaji terpanggil untuk mengetahui isu ini dengan lebih mendalam.

Kesimpulannya, pengkaji memilih tajuk ini kerana pengkaji ingin


memperkukuhkan semangat kejiranan dalam kalangan penduduk dan perkara ini amat
penting bagi mewujudkan kampung yang lebih teratur dan tenteram. Oleh itu, dalam
memastikan ketenteraman dan kerjasama dalam hidup berjiran, semua orang perlulah
berganding bahu dalam mengekalkan keharmonian ini. Selain itu, pengkaji juga ingin
mendalami aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan untuk menimbulkan keharmonian
dan dapat diadaptasikan di dalam masyarakat sekeliling.
3
040622-07-0684
2.0 OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini dijalankan untuk :

1. Mengenal pasti aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Kampung Sungai Rusa,


Balik Pulau, Pulau Pinang.

2. Mengkaji kesan aktiviti kemasyarakatan dalam menyuburkan semangat kejiranan


dalam kalangan penduduk Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang.
4

040622-07-0684
3.0 LOKASI KAJIAN
3.1 Negeri Pulau Pinang

Peta 1 : Peta Negeri Pulau Pinang


Sumber : Laman Web Rasmi Negeri Pulau Pinang

Pulau Pinang merupakan salah satu daripada 13 buah negeri-negeri di Malaysia. Pada
masa ini Pulau Pinang adalah negeri di Semenanjung dengan terbahagi kepada 5
daerah iaitu Daerah Seberang Perai Selatan, Daerah Seberang Perai Tengah, Daerah
Seberang Perai Utara, Daerah Timur Laut dan Daerah Barat Daya.Pulau Pinang juga
terdiri daripada bahagian pulau dan juga tanah besar yang dikenali sebagai Seberang
Perai. Keluasan kawasan pulau adalah 285 km yang terpisah sepenuhnya daripada
Seberang Perai.Kedua-dua bahagian ini dihubungkan dengan Jambatan Pulau Pinang
yang panjangnya 13.5 km dan Jambatan Abdul Halim Muadzam Shah yang
mempunyai panjangnya 24 km. Ibu negeri bagi Pulau Pinang ialah Georgetown.
Bandar-bandar di negeri ini ialah seperti Butterworth, Kepala Batas, Bukit Mertajam,
Bayan Lepas dan Batu Kawan di Seberang Perai.
5

040622-07-0684

3.2 Daerah Barat Daya

Peta 2 : Peta Daerah Barat Daya


Sumber : Laman Web Informasi Rasmi Negeri Pulau Pinang

Daerah Barat Daya ialah salah satu daripada lima daerah pentadbiran di Pulau Pinang,
Malaysia. Ibu pejabat daerah ini terletak di Balik Pulau. Terdapat 22 mukim di dalam
Daerah Barat Daya iaitu Mukim 1 – Mukim 12 dan Mukim A – Mukim J. Terdapat
hampir 40 buah kampung di dalam Daerah Barat Daya. Namun disebabkan kepesatan
pembangunan yang dijalankan , kebanyakkan kampung yang terletak di kawasan
Bayan Lepas, Bayan Baru, Bukit Gedung dan Relau telah dirobohkan. Hanya
kawasan Balik Pulau dan Teluk Bahang masih lagi dikategorikan sebagai kawasan
luar bandar.
6

040622-07-0684

3.3 Peta Kampung Sungai Rusa

Peta 3 : Peta Kampung Sungai Rusa


Sumber : Laman Web Rasmi Negeri Pulau Pinang

Kampung Sungai Rusa ialah sebuah perkampungan Melayu kecil yang terletak di
antara Balik Pulau dan Kuala Sungai Pinang. Kampung ini merentasi jalan utama
antara Bandar Baru Air Putih dan Kuala Sungai Pinang. Jalan utama yang dipanggil
Jalan Sungai Rusa terus ke utara ke persimpangan dengan Jalan Pantai Acheh. Poskod
yang digunakan di Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang ialah 11000.
Kampung Sungai Rusa adalah salah satu daripada banyak kampung di pantai barat
Pulau Pinang di mana kadar kehidupannya jauh lebih perlahan berbanding di pantai
timur. Namun begitu, dalam beberapa tahun kebelakangan ini, kawasan itu telah
menyaksikan pembangunan perumahan yang pesat, kerana bekas tanah ladang
memberi laluan kepada taman perumahan. Kemudahan bandar sangat ketinggalan
berbanding pantai timur.
7

040622-07-0684

3.4 Foto di Kampung Sungai Rusa

Foto 1 : Foto Kampung Sungai Rusa


Sumber : Kajian Lapangan 2023

Foto 1 menunjukkan lokasi yang dipilih iaitu Kampung Sungai Rusa yang terletak di
Balik Pulau, Pulau Pinang. Kampung Sungai Rusa ditubuhkan pada awal 1800-an.
Bilangan penduduk di kawasan Kampung Sungai Rusa adalah seramai 1000 orang
penduduk. Majoriti penduduk di Kampung Sungai Rusa merupakan kaum Melayu dan
beragama Islam. Di samping itu, majoriti penduduk di Kampung Sungai Rusa ini
berada dalam linkungan berumur 30-an and mempunyai kerjaya tersendiri.
8

040622-07-0684

4.0 METODOLOGI KAJIAN

4.1 PENDAHULUAN

Menurut kamus dewan edisi keempat, metodologi merupakan sistem yang


merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu kegiatan, disiplin dan
sebagainya. Metodologi dalam bab ini merujuk kepada tatacara melaksanakan kajian
atau tatacara mendapatkan maklumat bagi mencapai matlamat kajian. Menurut
Sabitha Marican (2009) dan Ahmad Munawar Ismail dan Mohd Nor Shahizan Ali
(2014) metodologi merupakan satu kaedah yang digunakan untuk melaksanakan
kajian ke atas subjek kajian yang tertentu mengikut disiplin yang teratur. Tujuannya
adalah untuk menghasilkan kajian yang baik. Oleh itu, pengkaji sedaya upaya cuba
memanfaatkan teori penyelidikan tersebut dalam penghasilan kertas projek ini.

4.2 REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini adalah berbentuk kajian tinjauan. Kajian tinjauan ialah kaedah mengumpul
maklumat dengan bertanyakan satu set soalan kepada satu sampel individu yang
dipilih daripada populasi yang hendak dikaji (Sabitha Marica , 2009). Kajian ini
adalah untuk mengenalpasti aktiviti kemasyarakatan yang dijalankan di Kampung
Sungai Rusa dan mengkaji kesan aktiviti kemasyarakatan dalam menyuburkan
semangat kejiranan penduduk di Kampung Sungai Rusa.

4.3 SAMPEL KAJIAN

Pemilihan sampel untuk kajian ini dilakukan secara rawak mudah yang melibatkan
tiga puluh orang penduduk Kampung Sungai Rusa. Bilangan sampel bersesuaian
dengan kajian kuantitatif yang memerlukan bilangan sampel yang besar mewakili
populasi yang dikaji (R. Kuberan et. al, 2014)
9

040622-07-0684

4.4 INSTRUMEN KAJIAN

Instrumen kajian merupakan proses menyediakan alat mengumpul data menerusi


konsep yang berkaitan dengan sikap, persepsi, pandangan, keterangan, latar belakang.
Dalam kajian ini, pengkaji telah menggunakan beberapa kaedah, instrumen untuk
mendapatkan maklumat dan data. Antaranya ialah kaedah borang soal selidik dan
rujukan perpustakaan. Pengkaji telah menggunakan kaedah kuantitatif sebagai kaedah
utama dan kaedah kualitatif sebagai kaedah sampingan (Rujuk jadual 4.1).

Jadual 4.1 Instrumen Kajian

Kaedah Instrumen Kajian


Kuantitatif Borang soal selidik
Kualitatif Rujukan perpustakaan
Sumber : Kajian Lapangan 2023

4.5 CARA MENDAPATKAN RESPONDEN

4.5.1 Soal selidik

Instrumen soal selidik ialah alat pengukuran yang popular dalam kajian tinjauan.
Borang soal selidik dibina mengikut prinsip KISS (Keep It Short and Simple) iaitu
mengemukakan soalan yang mudah difahami dan ringkas (R. Kuberan et. al, 2013).
Responden dalam kajian ini terdiri daripada 30 orang penduduk Kampung Sungai
Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang. Pengkaji juga menggunakan Teknik pelan
persampelan secara rawak dengan andaian bahawa setiap unit, objek, elemen atau
responden mempunyai peluang yang sama untuk dipilih sebagai sampel tanpa
sebarang pemilihan. Ini bermaksud setiap penduduk di Kampung Sungai Rusa berhak
mempunyai hak yang sama untuk dipilih secara rawak bagi menjawab borang soal
selidik yang diedarkan bagi tujuan mendapatkan data yang lebih tepat.
10

040622-07-0684

4.6 CARA MENDAPATKAN MAKLUMAT ATAU DATA DARIPADA


RESPONDEN

Dalam mendapatkan maklumat, pengkaji telah menggunakan dua kaedah iaitu


kuantitatif dan kualitatif. Pengkaji akan mengedarkan borang soal selidik kepada
responden di Kampung Sungai Rusa dan pengkaji juga membuat rujukan daripada
laman web, Kamus Dewan Edisi Keempat serta buku untuk mendapatkan maklumat
tentang tajuk yang dibuat oleh pengkaji.

4.6.1 Soal selidik

Pengkaji telah menyediakan set soal selidik untuk mengumpul dan mendapatkan data
yang tepat dan betul berdasarkan objektif kajian yang telah dibuat oleh pengkaji.
Borang soal selidik ini akan diedarkan secara rawak kepada responden di Kampung
Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang. Borang soal selidik ini mengandungi tiga
bahagian. Bahagian A adalah berkaitan dengan (Demografi responden). Bahagian B
pula berkaitan dengan objektif pertama ialah mengenalpasti aktiviti kemasyarakatan
yang dijalankan di Kampung Sungai Rusa , Balik Pulau , Pulau Pinang. Pengkaji telah
membina 10 soalan dalam bahagian B dengan menggunakan kaedah Skala Likert 3
yang mengandungi tiga aras iaitu setuju, kurang setuju dan tidak setuju. Manakala
untuk bahagian C pula ialah pengkaji membina 10 soalan juga berdasarkan objektif
yang kedua iaitu mengkaji kesan aktiviti kemasyarakatan dalam menyuburkan
semangat kejiranan penduduk di Kampung Sungai Rusa , Balik Pulau , Pulau Pinang.

4.6.2 Rujukan perpustakaan

Pengkaji telah menggunakan kaedah rujukan perpustakaan untuk mendapatkan


maklumat berkaitan dengan aktiviti kemasyarakatan. Pengkaji telah merujuk Kamus
Dewan Bahasa Edisi Keempat, buku rujukan dan internet. Kaedah ini adalah asas bagi
mengkaji lebih terperinci tentang tajuk yang dibuat oleh pengkaji. Hal ini membantu
pengkaji dalam mencari maksud sosial, budaya, kampung, sungai dan rusa. Di
samping itu, membantu dalam memberi maklumat tentang aktiviti-aktiviti dan kesan-
kesan aktiviti kemasyarakatan dalam menyuburkan semangat kejiranan penduduk di
Kampung Sungai Rusa, Balik Pulau, Pulau Pinang.
11

040622-07-0684

4.7 CARA MEMPROSES DAN MEMPERSEMBAHKAN DATA

Pengkaji telah menjalankan analisi data secara deskriptif untuk menganalisis data
daripada borang soal selidik yang telah pengkaji edarkan kepada responden dengan
menggunakan Skala Likert. Untuk memudahkan penganalisisan data, Skala Likert
akan dikategorikan seperti yang ditunjukkan dalam jadual 4.2 :-

Jadual 4.2 : Pengkelasan Skala Likert

Skala Kategori / Poin


Setuju 1
Kurang setuju 2
Tidak setuju 3
Sumber : Kajian Lapangan 2023

Selain itu, dalam aspek penganalisan data, pengiraan manual akan diguna pakai. Oleh
sebab itu, kekerapan, peratusan dan min sahaja yang akan digunakan untuk
menganalisis data. Data yang dikumpul akan dipersembahkan dalam bentuk grafik
iaitu jadual, carta pai dan graf.

4.8 RUMUSAN

Metodologi yang dikenal pasti diharap dapat menjamin kebolehpercayaan dan


kesahihan dapatan kajian. Sehubungan dengan itu, pengkaji akan mengikut tatacara
kajian yang betul dengan menepati prosuder kajian dan instrumen telah dikenal pasti.

12

Anda mungkin juga menyukai