Anda di halaman 1dari 28

INDIKATOR PENGUKUR EKONOMI NEGARA

Pengenalan
Indikator pembangunan ekonomi adalah berbza bagi setiap negara. Di negara-negara yang miskin, indikator pengukur ekonomi masih berkisar kepada kehendakkehendak dasar seperti keperluan asas yang lengkap, kemudahan infrastruktur dan sebagainya. Sebaliknya, bagi negara-negara yang dapat memenuhi keperluan-keperluan tersebut, indikator pengukur pembangunan negara juga turut berubah

Bagi negara yang maju, indikator pengukur bagi negara tersebut adalah lebih kepada faktor sekunder dan tertier. Indikator pengukur pembangunan bagi negara maju atau sedang membangun ialah pendapatan perkapita, struktur ekonomi, dan urbanisasi

Selain itu, terdpat juga 2 indikator pengukur yang lain yang dapat digunakan untuk mengukur pembangunan khususnya dari segi sosial ekonomi sesuatu masyarakat / rakyat sesebuah negara iaitu Indeks kualiti hidup dan indeks pembangunan manusia.

Kesimpulannya.
indikator pengukur ekonomi sesebuah negara adalah berbeza mengikut tingkat kemajuan sesebuah negara tersebut. Bagi negara yang maju, pengukur ekonomi negara tersebut adalah ebih kepada memenuhi keperluan asas negara. Sekiranya berjaya, maka negara tersebut telah mencapai satu pertumbuhan yang positif. Ia berbeza dengan negara maju yang mementingkan faktor sekunder iaitu dari segi modal, pembangunan negara, taraf hidup masyarakat dan sebagainya

5 Indikator pengukur yang digariskan oleh Deddy T. Tickson ( 2005)


Pendapatan perkapita Indeks pembangunan manusia

Indikator pengukur ekonomi

Struktur ekonomi

Indeks kualiti hidup

Urbanisasi

Pendapatan perkapita (KDNK)


Pendapatan perkapita adalah besarnya pendapatan rata rata penduduk di suatu negara. Pendapatan perkapita didapatkan dari hasil pembagian pendapatan nasional suatu negara dengan jumlah penduduk negara tersebut. Pendapatan perkapita sering digunakan sebagai tolak ukur kemakmuran dan tingkat pembangunan sebuah negara; semakin besar pendapatan perkapitanya, semakin makmur negara tersebut.

Pendapatan per kapita sering digunakan sebagai ukuran kekayaan penduduk di dalam sesebuah negara, khususnya dalam pembandingan antara negara. Ia biasanya diungkapkan melalui mata wang antarabangsa yang biasa digunakan seperti euro atau dolar Amerika Syarikat . Pendapatan per kapita amat berguna bukan sahaja kerana ia dikenali secara meluas tetapi juga kerana ia menghasilkan statistik yang jelas dan mudah untuk pembandingan.

Bagaimanapun, pendapatan per kapita mempunyai sebilangan kelemahan sebagai ukuran kekayaan, khususnya apabila membandingkan negara-negara yang mempunyai tahap kekayaan yang amat berbeza.

Berikut adalah kelemahan pendapatan perkapita


Pendapatan per kapita tidak menunjukkan sebarang pengagihan pendapatan di dalam negara dan oleh itu, segolongan kecil yang amat kaya boleh meningkatkan pendapatan per kapita yang diukur jauh melebihi pendapatan sebenar yang diterima oleh kebanyakan penduduk.

Kadar pertukaran mata wang yang berbeza antara negara bermakna bahawa sesuatu jumlah wang, misalnya satu dolar Amerika Syarikat, mempunyai nilai yang berbeza di tempat-tempat yang berbeza.

10 Negara dengan pendapatan perkapita tertinggi pada tahun 2008


1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10. Qatar = $ 80,900 Luxembourg = $ 80,500 Bermuda = $ 69,900 Jersey= $ 57,000 Malta $ = 53,400 Norway $ = 53,000 Brunei $ = 51,000 Singapore = $ 49,700 Cyprus $ = 46,900 United States = $ 45,800

Strukutur ekonomi
Struktur ekonomi kepada yang lebih positif pembangunannya adalah berkait rapat dengan pendapatan perkapita sesebuah negara Peningkatan pendapatanperkapita akan mencerminkan transformasi struktural dalam bidang ekonomi dan sosial Dengan adanya perkembangan ekonomi dan peningkatan perkapita, secara tidak langsung pentumbuhan sekotor sektor ekonomi akan terus meningkat

Perkembangan industru dan peningkatan tingkat upah akan meningkatkan permintaan barang-barang industri yang secara tidak langsung akan diikuti dengan peningkatan pelaburan dan perluasan tenaga kerja. Disini dapat kita lihat bahawa perkembangan struktur ekonomi sesebuah negara adalah berkait rapat dengan peningkatan perkapitanya

Urbanisasi
Urbanisasi adalah proses perubahan sesuatu kawasan daripada luar bandar kepada bandar. Pembandaran juga berlaku apabila petempatan bandar berkembang menjadi bandar yang lebih besar dan kompleks. Sifatnya seperti dari bandar kecil ke bandar sederhana akhirnya menjadi bandaraya.

Konsep urbanisasi / pembandaran meliputi empat aspek berikut :


Pertambahan jumlah dan peratus penduduk yang tinggal di kawasan bandar. Contoh di Malaysia sebuah petempatan dikelaskan sebagai bandar jika mempunyai jumlah penduduk melebihi 10,000 orang. Peluasan saiz bandar dengan pertambahan bangunan, ruang, perniagaan, kawasan tempatan bandar, peningkatan sistem dan jaringan pengangkutan dan pertambahan fungsi bandar.

Pembandaran ditakrifkan sebagai pembagunan struktur dan tradisional (pertanian) kepada ekonomi moden seperti perindustrian, perkilangan dan perkhidmatan.

Perubahan cara hidup penduduk dari tradisional kepada nilai dan gaya hidup bandar yang lebih moden.

Urbanisasi mempunyai hubungan yang rapat dengan industrilisasi dan ekonomi, sosial dan alam sekitar. Industrilisasi merujuk kepada perubahan dalam sektor ekonomi sesebuah negara iaitu perubahan kegiatan ekonomi dari kegiatan yang berasaskan sumber pertanian kepada sektor pembuatan dan juga perkilangan sebagai sumber utama pendapatan.

Urbanisasi sesebuah negara akan memperlihatkan sejauh mana perkembangan dan kemajuan ekonomi sesebuah negara tersebut Urbanisasi juga bukan terhad kepada kemajuan ekonomi semata-mata malah turut mempengaruhi kehidupan rakyat sendiri dari segi taraf hidup dan cara hidup ke arah yang lebih moden.

Sesuai dengan pengalaman industrialisasi di negara-negara eropah Barat dan Amerika Utara, urbanisasi berlaku seiring dengan industrialisasi atau pembangunan ekonomi sesebuah negara Ini bererti bahawa proses urbanisasi akan semakin tinggi sesuai dengan cepatnya proses industrialisasi. Di Negara-negara industri, sebahagian besar penduduk tinggal dibandar-bandar besar, manakala di negara-negara yang sedang membangun kebanyakan penduduknya tingggal di pinggir bandar.

Oleh itu, berdasarkan situasi ini, urbanisasi dijadikan sebagai salah satu indikator pengukur pembangunan kerana ia berlaku seiring dengan proses industrialiasi atau pembangunan ekonomi.

Indeks kualiti hidup


Indeks kualiti hidup itu telah diiktiraf oleh Program Pembangunan Pertubuhan Bangsabangsa Bersatu (PBB) sejak 1999 dan digunapakai lebih 43 negara termasuk Eropah. Bagaimanapun Malaysia telah mengenepikan penggunaan indeks itu pada 2004

Indeks kualiti hidup ini diukur berdasarkan aspek pendapatan dan pengagihan, hayat produktif, pengangkutan dan komunikasi, kesihatan, pendidikan, perumahan, alam sekitar, kehidupan berkeluarga, penyertaan kegiatan sosial, keselamatan awam serta budaya dan riadah.

Pertumbuhan bandar dan kualiti hidup sosial berfungsi secara timbal balik yang melibatkan elemen kemanusiaan dan bukan manusia bagi menggerakkan pembangunan sosioekonomi yang lebih pesat di sektor perindustrian, perusahaan, perdagangan, perniagaan, perkhidmatan, perlancongan, pembukaan bandar baru dan lain-lain lagi (Myrdal, 1963)

Perkara-perkara yang biasanya ditekankan oleh kebanyakan pengkaji dalam menilai kualiti hidup ialah mendapat makanan, sihat, mempunyai kediaman yang baik, kepuasan dengan pekerjaan, mempunyai masa untuk melakukan riadah dan juga selamat dari sebarang ancaman (Moser ,1970).

Apabila segala keperluan seperti yang ditekankan oleh Moser dapat disediakan oleh sesebuah negara, maka indeks kualiti hidup rakyat dalam negara tersebut adalah tinggi. Ini bermakna, negara tersebut adalah negara yang tahap kemajuannya adalah tinggi kerana dapat menyediakan keperluan-keperlaun yang diperlukan oleh masyarakat untuk kualiti hidup yang baik.

Indeks pembangunan manusia


Indeks Pembangunan Insan (Bahasa Inggeris: Human Development Index, singkatan HDI) ialah sebuah rumusan indeks komposit (indeks yang menggabungkan pelbagai petunjuk) yang mengukur pencapaian purata sesebuah negara dalam tiga aspek asas kehidupan manusia, iaitu kehidupan yang panjang dan sihat, pencapaian pendidikan dan gaya hidup.

Kegunaan asas HDI ialah untuk menyusun negara-negara di dunia mengikut tahap "pembangunan insan", yang lazimnya digunakan untuk menentukan samada sesebuah negara itu ialah negara maju, negara membangun atau negara mundur.

HDI menggabungkan tiga aspek asas kehidupan manusia yang diukur melalui petunjuk-petunjuk tertentu seperti berikut:
Pengetahuan dan pendidikan, yang diukur melalui kadar celik huruf dewasa dan gabungan kadar kemasukan kasar ke pengajian peringkat rendah, menengah dan tinggi

Jangka hayat ketika kelahiran, sebagai ukuran kesihatan kelanjutan usia penduduk.

Gaya hidup, yang diukur melalui Keluaran dalam negara kasar (KDNK) per kapita pada pariti kuasa beli (PPP) dalamdolar Amerika Syarikat.

Terima kasih ..