Anda di halaman 1dari 18

ACARA LARI JARAK JAUH

N UR S Y UH AD A & WAN N UR S AB R I N A

PENDAHULUAN
Berikut ialah kategori-kategori larian jarak jauh 1. 3000 meter berhalangan 2. 5000 meter 3. 10 000 meter Walaubagaimanapun, trek bagi acara 3000 meter berhalangan agak berbeza daripada acara larian yang lain. Dalam acara ini, para peserta akan mengharungi beberapa halangan seperti pagar, air, pasir dan sebagainya.

ACARA LARIAN 3000 METER BERHALANGAN


Menurut Vasudent T. Arasoo (1995:50) Terdapat juga sesetengah pihak yang berpendapat acara ini sebagai acara jarak sederhana. Ia diadakan untuk kaum lelaki sahaja Di peringkat sekolah, ia jarang disenaraikan sebagai acara. Walaubagaimanapun, ia tidak ketinggalan di peringkat kebangsaan dan peringkat antarabangsa.

Dalam acara ini, peserta perlu mengharungi beberapa halangan seperti pagar kayu, melompat pagar biasa, melompat melepasi kolam berair dan belari.

Oleh kerana acara ini menggabungkan larian dnegan lompatan melepasi halangan, maka ia memerlukan ketahanan dan kekuatan daripada pelari., peserta harus melepas 35 halangan termasuk 7 yang terdiri

Sepanjang 3000 meter larian, peserta harus melepas 35 halangan termasuk 7 yang terdiri kotak berair seluas 3.6 meter pada tempat mendarat lompatan.

Larian untuk acara 3000 meter berhalangan ini samalah dengan acara jarak jauh yang lain. Bagaimanapun, perserta yang ingin bergiat dalam acara ini perlu berlatih berlati 400 ,meter berpagar , khususnya bagi meningkatkan teknik dan kelajuan

Mungkin halangan berpagar tanpa air dapat dilepasi oleh setiap peserta tanpa banyak masalah, tetapi lompatan air adalah suatu masalah yang terpaksa dilalui oleh setiap peserta pada setiap pusingan

Jarak yang tepat untuk acara ini sebenarnya tidak dapat dipastikan kerana pada setiap pusingan lariannya berbeza. Namun, jarak 3000 meter telah diiktiraf untuk acara ini atau bersamaan dengan 7 pusingan trek 400 meter

ACARA LARI 5000 METER


Permulaan 5000 meter: (12 pusingan)

PENGENALAN
Acara 5000 meter merangkumi 12 pusingan trek 400 meter. Permulaan untuk acara ini menggunakan gaya berdiri Semua pelari akan beratur di hadapan garisan permulaan dengan memakai pakaian dan peralatan yang sesuai. Untuk acara jarak jauh, pegawai-pegawai balapan harus menumpukan perhatian kepada para peserta , terutama pencatat yang harus membuat catatan yang betul tentang jumlah pusingan yang telah dilalui oleh pelari.

PERMULAAN LARIAN
Sebaik sahaja pistol atau isyarat permulaan dibunyikan, para peserta akan terus memecut untuk mengambil lorong paling dalam bagi mengelakkan daripada penggunaan tenaga yang lebih dan mengelakkan daripada kemungkinan gangguan peserta lain semasa berlari Jika mampu, peserta akan berusaha mengekalkan lorong lariannya hingga tamat

TEKNIK LARIAN
1. Berlari pada lorong yang paling dalam - Cara ini dapat mengurangkan jarak sebenar larian kerana permulaan bagi acara jarak jauh adalah selari tanpa memberikan kelebihan seperti permulaan jarak dekat 2. Mengekalkan kelajuan sepanjang larian - Jika boleh , pelari hendaklah berlari dengan mengikut pelari yang mendahului larian pada jarak yang hampir dengannya. Perlu diingatkan, berlari dalam kumpulan adalah cara terbaik daripada mengelakkan ketinggalan

3. Berlari mengikut rentak dan keupayaan diri - Seharusnya pelari perlulah mengelakkan diri daripada mengikut rentak lawan. Ini kerana , tindakan demikian mungkin akan menganggu larian pelari dan mungkin juga pelari tidak dapat meneruskan larian. Ada kalanya pelari cuba mengatasi pelari lain dan terpaksa menukar rentak lariannya. Larian belum tamat, pelari sudah tiada tenaga untuk memecut atau meneruskan larian.

4. Memecut pada akhir larian - Pelari jarak jauh yang baik mampu memecut pada peringkat akhir larian, seolah-olah berlari dalam acara pecut. Jarak yang sesuai untuk memecut adalah mengikut kemampuan dan keupayaan sendiri. Ada pelari yang memecut pada jarak 100 meter terakhir. Ada juga yang memecut pusingan akhir iaitu sebaik sahaja loceng pusingan akhir dibunyikan.

TAMAT LARIAN
Seperti yang dinyatakan, seboleh mungkin pelari hendaklah memecut pada peringkat akhir larian. Cara menamatkan larian adalah seperti dalam acara-acara lain, iaitu dengan mendepankan bahagaian torso pelari. Elakkan daripada melompat untuk menamatkan larian.

ACARA LARIAN 10 000 METER

Permulaan 10 000 meter: ( 25 pusingan)

PENGENALAN
Bagi acara lari 10 000 meter pula, pelari akan berlari sebanyak 25 pusingan trek 400 meter. Oleh kerana jaraknya agak jauh, acara ini tidak terdapat dalam kebanyakan kejohanan peringkat sekolah. Ia juga tidak diadakan untuk kaum wanita pada peringkat kebangsaan ataupun antarabangsa. Ini bererti acara 10 000 meter dikhaskan untuk lelaki sahaja.

PERMULAAN LARIAN
Seperti dalam acara 5000 meter, kedudukan pelari di garisan permulaan adalah sama. Tempat permulaan acara ini ialah pada permulaan trek 400 meter. Setelah semua pelari bersedia di garisan permulaan, pegawai pelepas akan memainkan peranannya membuat pelepasan. Arahan yang diberikan juga adalah sama iaitu Ke garisan, Sedia dan berlepas setelah tembakan pistol dilakukan. Oleh sebab ia merupakan acara lari jarak jauh, gaya berdiri digunakan untuk memulakan larian

TEKNIK LARIAN
Secara keseluruhannya, teknik larian adalah sama seperi larian untuk acara 5000 meter yang meringkumi aspek-aspek berikut:

Berlari pada lorong sebelah dalam

Mengekalkan kelajuan sepanjang larian

Berlari mengikut rentak keupayaan diri

Membuat pecutan pada peringkat akhir larian

Menamatkan larian dengan cara mendepankan bahagian torso

SEKIAN, TERIMA KASIH

Anda mungkin juga menyukai