Anda di halaman 1dari 21

Disediakan oleh:

Nursyuhada
Reza Badiuzzaman
Guru ialah contoh dan role model paling dekat
dengan murid, maka belajar bagaimana belajar
(learn how to learn) perlu dipaparkan melalui
perlakuan dan tindakan guru sendiri.

Pendidikan berterusan lebih bertumpu pada
usaha seseorang untuk menyambung
pengajiannya di sesebuah kolej atau universiti
untuk memperoleh sijil, diploma atau ijazah
lanjutan sama ada secara sepenuh masa atau
secara sambilan.


Sebagai seorang guru, perlulah menerokai
bidang kerja mereka yang berkaitan dengan
pengetahuan pedagogi (pedagogical content
knowledge), kandungan mata pelajaran
(subject content knowledge), psikologi murid
dan perkara - perkara yang melibatkan
pengurusan bilik darjah.


Pembelajaran
di Rumah
Pendidikan
Dewasa
Pendidikan
Berterusan
Pengetahuan
Pekerja
Persekitaran
Pembelajaran
Kendiri (PPK)
Mantan Perdana Menteri Malaysia keempat
(Y.A.B. Dato' Seri Dr. Mahathir Mohamed)
menyeru agar guru - guru mengamalkan
budaya membaca bagi memastikan mereka
sentiasa mengemaskinikan ilmu pengetahuan
mereka memandangkan peranan mereka
sebagai pendidik dan role model kepada
murid di sekolah.


Islam sendiri juga menekankan amalan
membaca melalui surah al - Alaq ayat ke-19
yang bermaksud:

"Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu
Yang menciptakan, Dia telah menciptakan
manusia dari segumpal darah, Bacalah, dan
Tuhanmu Yang Maha Pemurah, Yang
mengajar manusia dengan perantaraan kalam
(tulis baca), Dia mengajarkan manusia apa
yang tidak diketahuinya."

Maka, guru di Malaysia patut bangun
menggilap imej guru Malaysia melalui
pembacaan bagi memastikan guru tidak
terpinggir daripada kelompok profesional
yang lain.

Jenis penyelidikan yang sesuai bagi kalangan
guru adalah Penyelidikan Tindakan (PT).

PT ialah suatu pusingan (spiral) yang terdiri
daripada perancangan, tindakan, penilaian
terhadap tindakan.



Memfokus kepada suatu kajian yang lebih spesifik tentang
salah satu aspek dalam pengajaran yang juga merupakan
aspek yang anda beri perhatian.
Menggalakkan budaya kolaborasi dengan pihak lain di
mana anda sebagai pensyarah/guru terlibat secara
peribadi sebagai peserta kajian ini dan mungkin
melaksanakan kajian secara individu di mana murid -
murid anda atau rakan - rakan sekerja anda sebagai
pemberi maklumat ke atas tindakan yang anda ambil.
Pendokumentasian dan buktis sesuatu penyataan dapat
dilakukan melalui penyelidikan tindakan.
Mendorong kepada budaya reflektif yang membentuk diri
yang berpemikiran dan bersikap terbuka, mampu
menerima dan mengaku kelemahan dan bersedia
memperbaiki dan berubah, malahan mampu menambah
baik amalan kendiri.


Ia juga memberikan peluang untuk nilai tambah dan peningkatan
profesionalisme guru.

Memfokus kepada suatu kajian yang lebih spesifik tentang salah
satu aspek dalam pengajaran yang juga merupakan aspek yang
anda beri perhatian.
Menggalakkan buday kolaborasi dengan pihak lain di mana anda
sebagai pensyarah/guru terlibat secara peribadi sebagai peserta
kajian ini dan mungkin melaksanakan kajian secara individu di
mana murid - murid anda atau rakan - rakan sekerja anda
sebagai pemberi maklumat ke atas tindakan yang anda ambil.
Pendokumentasian dan buktis sesuatu penyataan dapat
dilakukan melalui penyelidikan tindakan.
Mendorong kepada budaya reflektif yang membentuk diri yang
berpemikiran dan bersikap terbuka, mampu menerima dan
mengaku kelemahan dan bersedia memperbaiki dan berubah,
malahan mampu menambah baik amalan kendiri.
Ia juga memberikan peluang untuk nilai tambah dan peningkatan
profesionalisme guru.

Berfikiran reflektif merupakan amalan berfikir
atau merenung kembali sesuatu pengalaman
yang kita alami dan menyedari implikasinya
terhadap diri kita.

Budaya ini bagi kalangan guru mampu untuk
membantu guru mengimbangkan kepercayaan
kita dengan keperluan pelajar. Apabila kita
membuat refleksi, kita menjadi lebih sedar dan
kritis mengenai amalan kita sendiri dan dengan
ini sesuatu pengajaran mampu dipertingkatkan.

Pengajaran reflektif adalah penting kerana
pengajaran ini membolehkan kita memahami
pengalaman praktik tanpa mengetepikan hakikat
bahawa terdapat nilai, andaian, kepercayaan dan
perspektif kendiri yang mempengaruhi kedua -
dua amalan dan bagaimana amalan itu dialami.

Schon (1993) berpendapat bahawa amalan
reflektif ialah proses belajar pada peringkat
tinggi yang melibatkan pemikiran tentang
pembelajaran berasaskan amalan untuk
mendapat perspektif baharu untuk
memperbaharui pertimbangan dan meningkat
inkuiri sehingga menjadi suatu himpunan.

Antara jenis - jenis amalan reflektif adalah
seperti berikut:
Amalan reflektif semerta (Reflection in Action)
Amalan reflektif ke atas tindakan (Reflection
on Action)
Amalan reflektif untuk tindakan (Reflection
for Action)


yang tidak mempunyai matlamat yang sama
hendak dicapai.

Musyawarah ialah rundingan yang berlangsung
dan mencapai kata sepakat atau persetujuan
terhadap sesuatu tindakan yang diambil.

Kepentingan kolaborasi ini adalah kerana melalui
kajian mendapati bahawa guru boleh
berkembang secara profesional melaluinya.
(Lieberman, 1986a, 1986b; Hopkins et all.,1994).

Antara elemen kolaborasi ini adalah:
Hubungan kerja berterusan
Kepercayaan dan sukarela
Peningkatan kemahiran dan daya usaha
berterusan
Bekerjasama untuk perkembangan
Penghargaan secara langsung.

Cara - cara guru berkolaborasi pula adalah:
Pengajaran berpasukam
kolaborasi melalui Kemudahan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK)
Kolaborasi antara organisasi/institutsi/agensi
Rumusannya, musyawarah dan kolaborasi
perlu dijadikan amalan oleh para guru dalam
menentukan sesuatu keputusan bersama -
sama demi perolehi hasil yang cemerlang.

Kursus dalam perkhidmatan memberi fokus
kepada peningkatan ilmu dan kemahiran
guru terutama dalam pengurusan
pembestarian sekolah, sains dan teknologi,
teknologi maklumat dan komunikasi,
pengurusan kokurikulum, transformasi
kurikulum, pentaksiran dan penilaian, di
samping latihan pedagogi terkini dan mastery
learning.

Pembelajaran autentik ialah pembelajaran
berteraskan aktiviti dalam suasana sebenar
yang membolehkan seseorang pelajar
menumpukan pada pengetahuan dan
kemahiran seperti kemahiran berfikir dan
kemahiran menyelesaikan masalah.

Perkembangan pesat Teknologi Maklumat
dan Komunikasi (TMK) memberikan peluang
kepada setiap individu menguasai pelbagai
maklumat. Sehubungan itu, peranan guru
lebih bertumpu pada peranan sebagai
seorang fasilitator dan oleh kerana itu guru
perlu memperlengkapkan diri dengan
maklumat dan kemahiran terkini.
Antara sumbernya adalah:

Program Adobe (pembelajaran interaktif dan
sebagainya lagi)
Program ERIC (rujukan pelbagai sumber
seperti jurnal..dll).
E- Pembelajaran (Pembelajaran Elektronik
seperti Pengajaran Berasaskan Web)
E- Perpustakaan, E- Buku dan E- Jurnal (
Kemudahan elektronik dan capaian mudah)

Kesimpulannya, sebagai seorang pendidik
kita haruslah sentiasa berusaha untuk
mempertingkatkan ilmu pengetahuan dan
kemahiran kita dari semasa ke semasa sejajar
dengan peredaran zaman.

Anda mungkin juga menyukai