Anda di halaman 1dari 4

INSTITUT PENDIDIKAN GURU

KAMPUS SULTAN ABDUL HALIM, JALAN KUALA KETIL,


08000, SUNGAI PETANI,
KEDAH DARUL AMAN

TUGASAN 2- PENULISAN LAPORAN (INDIVIDU 25%)

PJMS3213- PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN PENDIDIKAN JASMANI DAN SUKAN

NAMA : NUR SOFEA NATASYA BINTI MAZLAN

ANGKA GILIRAN : 2021252340403

NO. K/P : 030424030594

PROGRAM : PROGRAM IJAZAH SARJANA MUDA (PISMP)

AMBILAN : JUN 2022 KELUARAN MEI 2026

KUMPULAN/UNIT : BAHASA MELAYU (12F)

NAMA PENSYARAH : THANABAL A/L DESEN

TARIKH HANTAR : 26/03/2023

PENGESAHAN PELAJAR
Saya mengesahkan bahawa maklum balas yang diberikan oleh pensyarah telah saya rujuki dan
fahami.

Tandatangan Pelajar: SOFEA Tarikh: 26/03/2023


REFLEKSI

Pada 27 Februari yang lalu, kami, para pelajar elektif kursus Pengurusan dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan (PJMS3213) Institut Pendidikan Guru Kampus
Sultan Abdul Halim (IPGKSAH) telah mengadakan satu lawatan ilmiah bagi pelajar elektif
Pendidikan Jasmani dan Kesihatan (E-PJM1) ke Majlis Sukan Negeri (MSN) Pulau Pinang.
Lawatan ini disertai oleh 25 orang pelajar dari kelas E-PJM1 dan dua orang pensyarah
pengiring.

Sebelum mengadakan lawatan ini, kami telah melakukan satu penubuhan jawatankuasa
induk dan juga jawatankuasa kecil bagi menjayakan aktiviti lawatan yang akan kami lawati.
Dalam pemilihan jawatankuasa tersebut saya dan beberapa rakan yang lain telah dipilih dan
dilantik sebagai ahli jawatankuasa kebersihan dan keselamatan. Pada mulanya, semasa sesi
pemilihan ahli jawatankuasa kecil, sebelum pemilihan jawatankuasa ini saya sangatlah takut
jika saya terpilih sebagai ahli jawatankuasa protokol. Hal ini kerana, AJK protokol haruslah
memiliki keyakinan untuk berucap dihadapan orang ramai, sedangkan saya seorang yang
pemalu dan sedikit gemuruh untuk berucap di khalayak ramai. Tetapi syukur kepada ilahi
semasa pemilihan saya telah dilantik sebagai AJK kebersihan dan keselamatan bersama rakan
baik saya dan dua rakan yang lain. Setelah selesai pemilihan semua AJK induk dan AJK kecil,
kami semua diarahkan oleh pensyarah kami untuk berbincang bersama AJK masing-masing
tentang perkara-perkara yang harus dilakukan sebelum, semasa dan selepas program lawatan
tersebut dijalankan pada hari kejadian nanti.

Semasa hari lawatan, para peserta yang menyertai program tersebut termasuklah saya
berasa sangatlah teruja kerana sudah sekian lama tidak melakukan program luar dari IPKSAH
untuk melakukan lawatan sebegini. Pada pukul 6.40 pagi saya dan semua peserta sudah
berkumpul dihadapan kafeteria IPGKSAH untuk menunggu ketibaan bas. Tepat pukul 7.00 pagi
bas kami telah tiba, setelah itu, kami semua diarahkan untuk beratur semasa menaiki bas bagi
memastikkan semua ahli peserta lawatan tidak tertinggal dari belakang. Setelah lima belas minit
pagi bas kami mula bertolak. Sepanjang perjalanan, kami menikmati pemandangan yang indah
nian di waktu pagi. Dalam perjalanan yang mengambil masa selama 2 jam, kami juga
melakukan kerja sendiri seperti menangkap gambar, menyanyi, makan makanan ringan dan
juga ada yang tidur disepanjang perjalanan.

Setibanya kami di tempat lawatan tersebut iaitu Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang,
kami telah disambut baik oleh pengawai dan pekerja di sana. Di sana kami telah diberi
pendedahan tentang organisasi pengurusan dan pentadbiran Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang
oleh ketua pengawai mereka sendiri. Selepas itu, kami semua telah dibawa oleh pegawai-
pegawai yang bertugas untuk melawat tempat para atlet Pulau Pinang berlatih. Kemudian kami
telah dibawa oleh para pegawai yang bertugas untuk melawati gimnasium, tempat silat,
taekwondo, wushu, gelenggang tinju, dan sebagainya. Kami semua sangatlah teruja dan
gembira kerana dapat melihat sendiri tempat-tempat para atlet berlatih dengan pelbagai
kelengkapan dan alatan moden yang ada untuk memudahkan para atlet berlatih. Setelah
selesainya lawatan ke tempat atlet-atlet Pulau Pinang berlatih kami semua bergerak semula
untuk kembali ke dewan MSN untuk majlis penutupan.

Majlis penutupan yang diadakan telah dikendalikan oleh AJK protokol daripada elektif
kami sendiri, begitu juga dengan sesi ucapan dan bacaan doa daripada ahli lawatan. Selain itu,
sesi soal jawab juga diadakan untuk para pelajar yang ingin bertanyakan beberapa soalan
mengenai pengurusan dan pentadbiran di MSN sebelum sesi seterusnya berlaku iaitu sesi
penyampaian cederahati kepada pihak MSN atas penghargaan dan penghormatan kepada
MSN kerana kesudian mereka meluangkan masa dengan kami dan perkongsi sedikit sebanyak
pengetahuan tentang pengurusan dan pentadbiran MSN yang berada di Pulau Pinang itu.
Setelah tamatnya sesi penyampaian hadiah kami semua mengadakan sesi bergambar sebagai
kenangan bagi kedua-dua pihak dan menjamu selera bersama-sama sebelum berangkat
pulang.

Setelah tamat sesi lawatan Majlis Sukan Negeri Pulau Pinang kami semua berangkat
untuk pulang ke IPGKSAH semula. Walaupun lawatan ini begitu singkat kami semua tetap
gembira kerana dapat menimba pengalaman baru tentang dunia sukan dan memori yang indah
bersama rakan-rakan. Oleh itu, dengan lawatan ini, saya dapat pengalaman dan pendedahan
dalam pengendalian sesuatu program serta pendedahan secara meluas tentang bagaimana
sesebuah organisasi yang besar dapat dilaksanakan dengan jayanya. Kesimpulannya, daripada
lawatan yang telah kami pergi, kelemahan yang terdapat disana ialah sebagai AJK yang telah
dipilih haruslah sentiasa bersedia dan peka terhadap persekitaran. Ini kerana, peranan
kesemua AJK sangatlah penting untuk menjalankan sesuatu majlis. Manakala, untuk
penambahbaikan program pula, saya berharap lawatan sebegini dapat dipanjang dengan
membenarkan para peserta turut serta untuk mencuba setiap permainan disana.

Anda mungkin juga menyukai