Anda di halaman 1dari 5

Sebelum

Guru Pelatih sem 5 dari kelas Pengajian Tamil, Pendidikan seni Visual,
Pengajian Matematik, Pengajian Bahasa Melayu dan Pra Sekolah dipanggil oleh
pensyarah kami untuk menubuhkan jawatankuasa untuk lawatan yang dianjurkan oleh
Jabatan Pendidikan Jasmani. Tujuan utama lawatan ini dianjurkan adalah untuk menimba ilmu
tentang pengurusan dan pentadbiran Pendidikan Jasmani dan Sukan. Semua pelajar dari kelas-
kelas ini melibatkan diri dalam lawatan ini. Setelah ketua unit dan penolong ketua unit
setiap kelas berbincang, kami telah mengantar 3 orang wakil dari setiap kelas untuk
berada dalam jawatankuasa tertinggi.

Seterusnya wakil-wakil yang dihantar dari setiap kelas berbincang bersama dan
mereka melakukan undian untuk memilih jawatan mereka. Setelah memilih
jawatankuasa mereka mula membuat kertas kerja. Saya berada dibawah
jawantankuasa dokumentasi. Jawatan tersebut diketuai oleh Guru Pelatih Pendidikan
Seni Visual yang bernama Mohammad Firdaus . Semua ajk dibawah jawantankuasa
dokumentasi berbincang bersama dan mengagihkan tugasan mereka. Saya diberi
tugasan dibawah rakan sekelas saya. Saya diminta untuk mengambil gambar semasa
berada dalam lawatan tersebut. Sebagai persediaan awal saya meminjam kamera dari
kawan saya.

Setelah membina Jawatankuasa semua pelajar di panggil oleh pensyarah


penasihat En Halim Bin…………untuk berbincang tentang perjalanan tugasan-tugasan
kami. Kami melakukan perjumpaan sebanyak dua kali. Ketua setiap jawantankuasa
diminta untuk membentangkan tentang persediaan yang dilakukan oleh mereka
sebelum lawatan. Beberapa keputusan tentang perubahan tempat-tempat yang ingin
dilawati dibuat semasa perjumpaan tersebut. Pensyarah pembimbing juga memberikan
tunjuk ajar kepada kami tentang kesilapan-kesilapan kami. Beliau juga menyakan
tentang perkara yang perlu dilakukan oleh kami semasa merancang sesuatu lawatan.
Surat kebenaran untuk melawat tempat yang dihantar oleh kami mendapat
maklumbalas dari dua pihak sahaja. Kami mendapat maklumbalas dari Sekolah sukan
Bukit Jalil dan Kompleks Sukan Negara. Sebelum memulakan lawatan kami
menyediakan segala perkara yang diperlukan.
Sekolah Sukan Jalil (SSBJ) adalah sekolah elit khas untuk atlit – atlit di kalangan
pelajar sekolah yang berpotensi untuk dikembangkan bakatnya ke tahap lebih
cemerlang. Di samping pembelajaran berasaskan akademik, pelajar – pelajar dilatih
mengikut bidang kemahiran sukannya. SSBJ ini di bawah kawalan Bahagian Sukan,
Seni dan Kokurikulum kementerian Pelajaran Malaysia.
Semasa

Pada hari 05.03.2011 kami berkumpul di Astaka pada pukul 06.00 pagi.
Unit saya iaitu unit Pengajian Tamil dan Unit Pengajian Bahasa Melayu diminta untuk
manaiki satu bus. Pertamanya kami menuju ke Sekolah Sukan Bukit Jalil. Pada pukul
9.30 pagi kami sampai di tempat tersebut. Kami diberi sarapan pagi di kantin Sekolah
tersebut. Seterusnya kami diminta untuk bergerak ke gimnasium. Oleh kerana bilangan
Guru Pelatih yang melawat adalah banyak mereka menyediakan tempat untuk kami di
gimnasium. Gimnasium itu disiap sediakan dengan PA sistem dan kerusi.

Ceramah kami dimulakan oleh salah seorang guru dari Sekolah tersebut dengan
kata-kata aluan. Setelah mengalukan kedatangan kami beliau memanggil Penolong
Kanan untuk memberikan ucapan Kami telah disambut oleh Guru Penolong Kanan
kerana Pengetua tiada ketika itu. Taklimat telah dimulakan dengan membuat
tayangan video mengenai sekolah. Melalui tayangan video itu, pelbagai maklumat
telah diperoleh . Seterusnya beliau memberitahu kami tentang sejarah sekolah
tersebut.

Sekolah Sukan Bukit Jalil (SSBJ) atau Bukit Jalil Sports School (BJSS)


merupakan sekolah sukan yang pertama di Malaysia. Sekolah ini terletak di Kompleks
Sukan Negara di Bukit Jalil, Kuala Lumpur. Sekolah Sukan Bukit Jalil dibuka pada
tahun 1996 dengan pengambilan atlet yang terdiri daripada pelajar tingkatan satu dan
tingkatan empat. Pada 2009, Sekolah Sukan Bukit Jalil memiliki 280 pelajar lelaki dan
190 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 470 orang. Ia
mempunyai seramai 90 orang guru. Bekas pelari pecut dan Olahgarawati kebangsaan
Marina Chin menjadi pengetua sekolah ini sejak 2007 .

Misi sekolah tersebut adalah berusaha menjana atlet yang berpotensi ke arah
bertaraf dunia, melahirkan atlet yang cemerlang dalam bidang sukan dan akademik ,
melahirkan atlit yang berdisiplin, berhemah tinggi, mempunyai semangat patriotik dan
semangat juang yang jitu, memupuk keyakinan atlet terhadap profesion dan industri
sukan serta membudayakan sukan dalam kehidupan seharian. Visi sekolah ini adalah
SSBJ penjana atlet bertaraf dunia. Kelab sukan yang ditawarkan adalah akuatik, angkat
berat, badminton, bola Jaring, bola Keranjang ,bola Sepak, bola tampar, equestrian,
gimnastik, golf, hoki, karate, kriket, lawan pedang, lumba basikal, memanah,
menembak, olahraga, skuasy, taekwondo, tenis dan wushu.

Cara Kemasukan ke SSBJ Bagi lepasan UPSR dan PMR tidak boleh dilakukan
melalui Permohonan kemasukan ke Sekolah Sukan Malaysia tetapi dijalankan melalui
permohonan terbuka kepada para pelajar. Sebaliknya pelajar-pelajar yang layak akan
ditawarkan memasuki ke SSBJ melalui kaedah tertentu serta oleh pihak tertentu.
Mereka dipilih melalui Ujian Mengenalpasti Bakat (TID) yang dikendalikan oleh Unit
Sukan JPN di peringkat negeri dan yang dikendalikan oleh BSSK di peringkat
kebangsaan, Program Talent Scouting (Ujian Mengenalpasti Atlet Berbakat) yang
dijalankan sepanjang Kejohanan MSSM dan Calon yang dicadangkan oleh Persatuan
Sukan Kebangsaan yang mendapat pengesahan daripada MSN sebagai atlet elit atau
atlet pelapis negara. 

Selepas penceramah tersebut habis berucap kami diminta untuk bertanya soalan-
soalan kami. Di dalam sesi soal jawab ini, pelbagai soalan telah pun diajukan dan
persoalan tersebut juga telah dirungkai oleh pihak pengurusan sekolah. Kami
mendapat banyak input mengenai sekolah tersebut. Pelajar menyatakan soalan-
soalan seperti masalah disiplin di antara pelajar di sekolah tersebut, kelayakan pelajar
serta cara mereka dipilih, kelayakan jurulatih , cara pengambilan markah kepada atlit
yang berada diluar semasa ujian dan lain-lain lagi. Penceramah tersebut memberikan
jawapan kepada setiap persoalan kami dengan sabar dan teratur. Penceramah itu juga
memperkenalkan seorang atlit kepada kami.

Walaupun segala perkara yang dicadangkan berjalan dengan teratur kami


mengalami beberapa masalah di tempat tersebut. Masalah pertamanya adalah kami
tidak dapat sebarang maklumat tentang tajuk pembelajaran kami. Tajuk pembelajaran
kami adalah Pengurusan dan Pengelolaan. Tetapi di sekolah tersebut penceramah
tidak memberikan sebarang maklumat tentang tajuk tersebut. Hal ini menyebabkan
masalah kepada kami. Selain itu, PA sistem yang disediakan oleh pihak sekolah juga
tidak begitu baik. Ucapan yang diberikan oleh penceramah tidak begitu jelas. Hal ini
menyebabkan masalah kepada kami untuk mengumpul maklumat.

Pada pukul 01.30 pm ceramah tersebut tamat. Kami semua diminta ke kantin
untuk mengambil makanan tengahhari. Seterusnya semua pelajar diminta untuk
bergerak ke bus masing - masing. Kami semua bergerak ke Kompleks Sukan Negara.
Di tempat tersebut kami semua diminta untuk berkumpul di bilik Mesyuarat. Pertamanya
beliau menanyangkan video berkaitan dengan Kompleks Sukan Negara dan stadium-
stadium yang terdapat di bawah kuasa mereka. Seterusnya beliau menyuruh kamiuntuk
menanyakan soalan – soalan berkaitan dengan bidang kuasa mereka.

Anda mungkin juga menyukai