Anda di halaman 1dari 12

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.

JASMANI & SUKAN

1
L

APORAN AKTIVITI PERTANDINGAN PERMAINAN


TRADISIONAL
21 APRIL 2012

NAMA

: TILAGAWATI A/P ELLAPAN

OPSYEN

: PISMP PT/PJ/RBT SEMESTER 5

NO K/P

: 900601-04- 5014

1.0 PENGENALAN
Permainan tradisional merupakan sebahagian daripada aktiviti rekreasi. Ia
juga merupakan aktiviti yang dipilih secara sukarela tanpa paksaan atau tekanan
yang sering kali dijalankan di setiap sekolah.

Permainan tradisional dimainkan

bertujuan bagi mendapat keseronakan, ketenangan minda dan merehatkan badan.


Selain itu, permaianan tradisional merupakan permainan yang diwarisi dari generasi
terdahulu dan ia berkait rapat dengan adat resam dan kebudayaan sesuatu bangsa.
Oleh itu, apabila pertandingan permaianan tradisional dianjurkan dimana - mana
sekolah ataupun institusi pendidikan ia akan menekankan akan kepentingan dan
faedah

dalam

mengeratkan

hubungan

silaturahim

yang

tinggi,

disamping

menerapkan nilai-nilai kerjasama dalam mencapai matlamat dan hala tuju yang
diingini. Dalam aktiviti permainan tradisional biasanya tiada peraturan tertentu yang
piawai digunakan dan juga tidak mempunyai masa yang piawai. Permainan
tradisional adalah kehidupan di luar rutin harian dan memberi kesan yang positif
terhadap aspek jasmani emosi dan rohani dan intelektual. Demikian itu, Aktiviti
Pertandingan Permainan Tradisional yang dijalankan dapat memberi faedah yang
positif kepada guru dan pelajar dan seterusnya, menyumbang kepada kelahiran
modal insan yang berketrampilan tinggi dan cergas.

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

2.0 OBJEKTIF
2

Antara objektif Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional ini dianjurkan oleh


guru pelatih semester lima Institut Pendidikan Guru Kampus Tengku Ampuan Afzan
adalah sebagai salah satu keperluan bagi melengkapkan pengajaran dan
pembelajaran subjek PJM 3112 Pengurusan dan Pentadbiran Pendidikan Jasmani
Dan Sukan. Selain itu, ianya diadakan bagi meningkatkan kecekapan guru pelatih
dalam pengurusan sesuatu aktiviti dan sejurus itu, mendedahkan kepada guru
pelatih tentang cara untuk mengelolakan sesuatu aktiviti sukan di sekolah kelak.
Objektif sampingan yang lain yang dapat dicapai melalui penganjuran Pertandingan
Permaianan Tradisional ini adalah guru pelatih dapat memperolehi pengalaman dan
ilmu pengetahuan yang dapat membantu dalam pengurusan sebarang aktiviti sukan
di sekolah dan ia juga dapat melahirkan bakal guru yang berketrampilan, inovatif,
kreatif dan berkeyakinan dalam aspek-aspek pengurusan dan pengelolaan sesuatu
aktiviti / program.

3.0 LAPORAN KESELURUHAN : Pertandingan Permainan Tradisional 2012.

3.1 SEBELUM AKTIVITI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL 2012:


Saya sebagai guru pelatih yang mengikuti pengajian pergururan dalam
semester 5, dan sedang mengikuti pembelajaran dalam subjek Pengurusan Dan
Pentadbiran Pendidikan Jasmani Dan Sukan yang dikehendaki melaksanakan satu
projek amali yang bekaitan dengan aktiviti pertandingan permainan tradisional
Dalam pada itu, terdapat beberapa aspek yang diambil kira untuk penilaian
berdasarkan pengelolaan dan pengurusan ini. Antaranya ialah, kertas kerja,
pengurusan dan pelaksanaan aktiviti pertandingan permainan tradsional dan
pelaporan.
Sehubungan itu, guru pelatih dari tujuh buah unit iaitu, PISMP Pendidikan
Jasmani, Sains, Pengajian Tamil, Pendidikan Seni Visual 1 & 2, Kajian Sosial dan
Pengajian Melayu semester 5 ambilan Januari 2010 dari IPG Kampus Tengku
Ampuan Afzan, Kuala Lipis telah merancang untuk

mengadakan Aktiviti

Pertandingan Permainan Tradisional ini selepas praktikum iaitu pada bulan April.

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

Semua guru pelatih PISMP yang mengikuti Aktiviti Pertandingan Permainan


3

Tradisional ini

telah ditugaskan untuk menguruskan pertandingan tradisional ini

dengan bimbingan pensyarah penyelaras kursus ini, iaitu En.Mohd Kamal Bin
Mohammed Suhaimi dan En. Abdul Halim Bin Abdul Wahab. Untuk pengetahuan
semua, Pertandingan kali ini pada kali ini telah dikelola oleh guru pelatih Ambilan
Januari 2010 sebagai memenuhi syarat kurikulum Program Ijazah Sarjana Muda
Perguruan (PISMP) pada semester ini. Guru pelatih dari ketujuh-tujuh kelas tersebut
telah berjaya melaksanakan Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional ini dengan
jayanya bermula dengan pelantikan AJK sehingga berakhirnya pertandingan ini pada
21 april 2012.
Sebelum menjalankan Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional ini, kami
telah menghadiri beberapa mesyuarat. Untuk memastikan Aktiviti Pertandingan
Permainan Tradisional ini dapat dijalankan dengan pengurusan yang sistematik dan
lancar, pada 14/2/2012 pukul 9 malam satu perjumpaan pertama antara

Guru

Pelatih sem 5 dengan pensyarah- pensyarah penyelaras diadakan di dewan kuliah


IPGKTAA untuk menubuhkan jawatankuasa untuk Aktiviti Pertandingan Permainan
Tradisional yang akan dianjurkan. Pelantikan ahli jawatankuasa dilaksanakan bagi
memastikan program ini dapat berjalan dengan lancar dan teratur. Kesemua guru
pelatih yang diundi menerima tugasan masing-masing seperti AJK tugas-tugas khas
dan sebagainya.

Perjumpaan yang

pertama melibatkan aktiviti perlantikan ahli

jawatan kuasa tertinggi. Perlantikan ini adalah bertujuan bagi pengurusan hari Aktiviti
Pertandingan Permainan Tradisional akan berjalan dengan lancar. Mesyuaratmesyuarat seterusnya diadakan bagi mengemas kini aktiviti serta perkara-perkara
yang berkaitan dengan pertandingan ini. Melalui aktiviti seperti ini, saya dapat
melatih diri saya supaya lebih memahami akan aspek pengurusan dan juga
mengelolakan

sesuatu

program

yang

diberikan

sebagai

amanah

untuk

disempurnakan.
Setelah bermesyuarat dan memilihan ahli jawatankuasa, semua guru pelatih
telah bersepakat untuk mengadakan Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional
pada bulan April 2012. Tarik Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional belum
ditetapkan kerana perlu mengambil kira beberapa faktor yang lain. Aktiviti
Pertandingan Permainan Tradisional ini adalah tentative kedua selepas lawatan ke
agensi-agensi sukan Negara. Oleh itu, satu tempoh masa jauh sengaja diwujudkan
bagi pengurusan dan pengeloaan yang teratur.

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

Selepas itu, satu perjumpaan antara ahli jawantakuasa tertinggi diadakan

pada 17 april 2012 malam di kafe aida yang diketuai oleh saudara Azrol. Dalam
mesyuarat tersebut ahli jawantakuasa tertinggi telah membuat kepuusan bahawa
setiap satu unit akan mengelola satu permainan tradisional dalam Aktiviti
Pertandingan Permainan Tradisional yang akan diadakan. Segala pengurusan dan
pengelolaan bagi aktiviti permainan tradisional yang dipilih akan diuruskan oleh unit
itu sendiri. Permainan tradisional seperti, lari dalam guni berhalangan, sepak raga,
belon air, kereta sorong, lastik tin, gajahku sayang dan kabadi telah dianjurkan oleh
unit-unit tertentu. Dalam pada itu, pengelolaan pertandingan permainan tradisional
pada kali ini, kami unit Pengajian Tamil telah berada di bawah ahli jawatankuasa
bagi permainan tradisional kabbadi. Antara tugasan yang perlu disempurnakan ialah
menguruskan penyediaan tempat bagi permainan yang dicadangkan dalam
mesyuarat. Selain itu, kami dari unit Pengajian Tami telah diminta untuk
mendemostrasikan permaianan kabadi ini sehari sebelum pertandingan sebenar
untuk guru pelatih dari unit lain faham. Ini kerana kabadi ini adalah permainan
tradisional orang india. Dalam pada itu, Konsep 1 Malaysia memang dapat
diterapkan kerana guru pelatih dari unit lain yang terdiri daripada pelbagai kaum
sahut cabaran permainan kabadi ini dan telah bersungguh-sungguh bagi
menjayakan aktiviti ini. Selain dari itu, pada petang itu juga, kami sekelas telah
menyediakan gelanggang bagi permaian kabadi ini di padang IPG KTAA. Kami telah
menggunakan tepung bagi mewujudkan garisan gelanggang kabadi.
Seminggu sebelum Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional ini dijalankan
semua unit diwajibkan untuk menghantar nama peserta bagi setiap ketujuh-tujuh
Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional yang dianjurkan. Dalam itu, saya telah
mengambil bahagian dalam pertandingan Lari Dalam Guni Berhalangan dan
Gajahku Sayang. Sebelum, saya mengambil bahagian dalam aktiviti pertandingan
Lari Dalam Guni Berhalangan dan Gajahku Sayang, saya telah mempraktikan
beberapa kali cara bermainnya dengan bantuan guru pelatih dari unit Pendidikan
Jasmani dan Pengajian Melayu. Kedua-dua unit itulah yang menyediakan permaian
tersebut. permainan Gajahku Sayang yang dianjurkan oleh Unit Pengajian Melayu
sebenarnya adalah permainan tradisional orang kampung dulu iaitu berjalan di atas
tempurung. Bagi saya, permainan tersebut adalah sesuatu baru bagi saya dan saya
percaya ia dapat memberi gambaran bagi saya tentang permainan tradisional orang
melayu dulu kala.

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

3.2 SEMASA AKTIVITI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL.


5

Pada 21 haribulan April 2012 , hari Sabtu, semua guru pelatih dari ketujuhtujuh unit dengan pensyarah pembimbing telah berkumpul di padang IPGKTAA
sekitar jam lapan pagi. Kehadiran setiap peserta diamabil oleh para pensyarah dan
direkodkan. Selepas itu, Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional dimulakan
dengan dengan ucapan alu-aluan dari pengerusi petandingan saudara Asrol dari unit
Pendidikan Jasmani dan dirasmikan oleh Encik Rosdan dari Jabatan Pendidikan
Jasmani dan Kesihatan. Permainan tradisonal yang dipertandingankan adalah lari
dalam guni berhalangan, sepak raga, belon air, kereta sorong, lastik tin, gajahku
sayang dan kabadi.
Selepas majlis perasmian, aktiviti Senaman pagi telah dijalankan. Ia diketuai
oleh guru-guru pelatih dari unit Pendidikan Jasmani. Lagu goyang-goyang yang
dinyayikan sambil melakukan senaman amat menarik perhatian kesemua guru
pelatih yang mengikutinya. Selepas senaman, Aktiviti Pertandingan Permainan
Tradisional dimulakan. Setiap permainan ini dijalankan secara stesen demi stesen,
dan para guru pelatih telah diminta untuk menyertai setiap permainan ini dalam unit
masing-masing. Selain itu, kami juga diminta untuk bermain setiap permainan ini
mengikut giliran masing-masing.
Dalam stesen pertama, permaianan Lari dalam guni berhalangan dijalankan.
Permainan ini dianjurkan oleh unit Pendidikan Jasmani. Ini adalah salah satu
permainan tradisional masyarakat melayu. Dalam permaian ini, guru pelatih
dikehendaki masuk dlam guni dan lari dan lompat dalam halangan yang disediakan.
Sebagai wakil kelas saya, saya dan tiga lagi rakan sekelas saya telah meyertai
dalam pertandingan ini. Dari pandangan mata kasar, aktiviti ini nampak mudah tetapi
memang memerlukan ketelitian yang sempurna. Saya amat seronok dalam
mengangotai permainan ini. Seramai enam unit yang bertanding. Saya dan tiga
rakan sekelas saya telah berjaya mendapatkan tempat ketiga dalam permainan ini.
Stesen kedua adalah permainan sepak raga. Dalam permaianan ini,
timbangan bola yang paling banyak diambil kira sebagai pemenang.

Selain itu,

permainan ini telah disertai oleh 4 peserta dari setiap unit dan kesemua tangan
peserta diikat. Permainan ini telah dianjurkan oleh Unit Kajian sosial. Dalam
pertandingan ini, kelas kami menghantar wakil 4 orang guru pelatih lelaki. Mereka

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

telah mendapatkan 43 mata dalam pertandingan ini dan seterusnya berjaya


6

mendapatkan tempat kedua. Tempat pertama telah disandang oleh unit Pendidikan
Jasmani dengan pungutan mata 94.
Permainan belon air dijalankan dalam stesen ketiga yang dianjrkan oleh unit
sains. Dalam permaiana ini, guru pelatih dalam kumpulan 8 orang perlu menghantar
belon air secara zig zag kepada peserta terakhir. Peserta yang gagal menyambut
akan ditaburkan tepung ke atasnya. walaupun permainan ini seronok dan
mewujudkan ciri kriteria kerjasama tetapi ia bukan diketegorikan sebagai permainan
tradisional. Walau bagaimanapun, pengurusan dan pengeloaan aktiviti dalam
pertandingan ini amat cekap dan strategik sehingga semua guru pelatih seronok dan
bersungguh-sungguh dalam permainan ini.
Selepas itu, semua guru pelatih telah beralih ke stesen kereta sorong. Dalam
ini, seorang akan duduk diatas guni sambil memegang sudu di mulut dengan bola
ping pong. Tanpa menjatuhkan bola ping pong peserta lagi satu perlu tarik rakannya
yang duduk atas guni. Pelbagai gelagat dan aksi riang ditunjukkan oleh guru pelatih
semasa pertandingan ini. Pertandingan ini dianjurkan oleh unit Pendidikan Seni
Visual 2. Dalam pertandingan ini, unit kami berjaya mendapat tempat ketiga sekali
lagi.
Stesen seterusnya adalah Gajahku Sayang. Permaianan tradisional ini
dianjurkan oleh unit Pengajian Melayu. Dalam permaianan ini guru pelatih diminta
jalan atas tempurung melepasi halangan. Dalam permainan ini, saya telah
mengambil bahagian. Pebagai rintangan yang telah kami tempuhi semasa bermain
permainan ini. Antaranya ialah, padang yang penuh dengan lumpur, tempurung
pecah dan tali putus. Walaupun kesemua masalah ini wujud, pihak penganjur cepat
mencari alternative lain dengan menukar permainan sehala sahaja daripada dua
hala tadi. Permainan tradisional ini sememangnya antara aktiviti yang tercabar
dalam keseluruhan aktiviti permainan yang ditandingkan. Walau bagaimanapun,
saya dan rakan-rakan saya berjaya mendapatkan tempat kedua dalam permainan
ini.
Selepas itu, semua guru pelatih beralih ke stesen yang disediakan oleh unit
Pendidikan Seni Visual 1. Permainan yang dimainkan dalam stesen ini adalah lastik
tin. Dalam permainan ini, guru pelatih yang terdiri daripada 5 peserta dalam satu

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

kumpulan perlu melastik tin yang digantungkan. Kekerapan mengena sasaran


7

diambil kira dalam aspek kemenangan. Pengelolaan dan pengurusan dalam aktiviti
permainan agak kelam kabut sedikit kerana waktu tengah hari yang panas. Dalam
pertandingan ini juga unit kami berjaya mendapatkan tempat ketiga.
Stesen ketujuh dan terakhir adalah stesen kabadi. Permaian ini dianjurkan
oleh unit Pengajian Tamil oleh kami sendiri. Gelanggang telah disediakan seawal
pagi tadi. Oleh itu, pertandingan dimulakan tanpa sebarang kekangan. Permaian ini
dijalankan secara liga. Ia juga dimainakan secara berasingan oleh lelaki dan
perempuan. Walaupun cuaca panas, semua guru pelatih terutama dari unit lain
amatlah memberi kerjasama dalam menjayakan permaianan tradisional ini. Dalam
ketegori perempuan kumpulan Pengajian Sosial telah menjuarai pertandingan
kabadi, manakala bagi lelaki pasukan Pengajian Melayu menjuarainya.
Setelah kesemua pertandingan selesai, para guru pelatih berkumppul di
astaka IPG KTAA. Acara penutupan berlangsung dengan penyampaian hadiah dan
cenderahati kepada peserta yang menang. Seterusnya, ucapan dari penyeleras
pembimbing bagi subjek PJM ini iaitu En. Abdul Halim. Beliau meyatakan bahawa
pengurusan dan pengelolaan AKtiviti Pertandingan Permainan Tradisional kali ini
adalah pada tahap memuaskan sahaja dan banyak aspek perlu dibaiki. Akhir sekali,
para guru pelatih diberi air minuman dan ditemubual untuk tujuan dokumentasi.
Tiada kecederaan yang dilaporkan sepanjang pertandingan berlangsung.

3.3 SELEPAS AKTIVITI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL:


Melalui Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional yang dijalankan, terdapat
banyak perkara yang telah saya pelajari. Antara perkara yang telah saya pelajari
ialah, cara-cara membuat kertas kerja. Saya telah mengetahui format yang betul
mengenai cara membuat kertas kerja. Sebelum ini, saya masih keliru dan tidak pasti
mengenai bagaimana cara membuat kerja. Namun, hasil bimbingan daripada pihak
pensyarah, saya telah dapat mempelajari bagaimana cara membuat kertas kerja
dengan betul.

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

Selain itu, saya juga turut belajar bagaimana untuk berhubung pihak atasan.

saya telah mengetahui protokol yang perlu dilaksanakan seperti memberi surat jika
ingin mengajurkan Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional. Di samping itu, saya
juga turut mempelajari cara pengurusan yang betul. saya telah mengetahui
bagaimana untuk menguruskan sesuatu program seperti mengadakan perbincangan
sesama ahli, mengagihkan ahli jawatankuasa, mengagihkan tugas dan sebagainya.
Selain itu, saya juga dapat mempelajari cara pengurusan sesuatu pertandingan
melalui Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional ini. Melalui pengurusan yang
betul ini, didapati segala kerja berjalan lebih lancar dan berkesan. Hal ini
membolehkan saya, menguasai cara pengurusan dan mengaplikasikannya di
sekolah kelak.
Melalui Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional, saya telah mempelajari
mengenai pengurusan sekolah sukan. Sebagai guru pendidikan jasmani, saya
berasa adalah sangat penting untuk saya mengetahui mengenai pengurusan sukan
ini supaya saya dapat mempelajari sedikit sebanyak program latihan sukan yang
dijalankan dan perkara ini amat berguna untuk diaplikasikan apabila saya menjadi
guru kelak.
Akhir sekali, Kerjasama yang ditunjukkan sesama jawatan kuasa penganjur
juga

melibatkan aspek persiapan tempat daripada awal pertandingan sehinggalah

kepada akhir pertandingan. Secara tuntasnya, Aktiviti Pertandingan Permainan


Tradisional ini telah banyak membantu membina jati diri sebagai seorang guru yang
bakal mendidik anak bangsa pada masa akan datang. Aktiviti Pertandingan
Permainan Tradisional ini juga turut mendidik diri kami dalam melakukan
pengurusan dari segi pelbagai aspek yang akhirnya dapat menyempurnakan
sesuatu program. Pada keseluruhannya, kami berpuashati di atas kerjasama yang
diberikan oleh guru-guru pelatih dari mula hingga berakhirnya pertandingan ini.
Kesimpulannya,

Pertandingan

PermainanTradisional

yang

dijalankan

serta

dikelolakan oleh kami memberikan impak yang positif dalam melahirkan modal insan
guru yang beraspirasi tinggi lantas menjayakan hasrat melahirkaninsan yang
cemerlang, gemilang dan terbilang.

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

4.0 KEKUATAN AKTIVITI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL 2012


Dari pandangan saya, Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional ini
dijalankan seperti yang dijadualkan. Permainan yang ditandingkan mengikut stesen
demi stesen adalah satu usaha yang baik kerana, selain daripada penganjur dan
peserta kesemua guru pelatih yang hadir pada hari tersebut dapat merasai suasana
permainan yang dimainkan dan seterusnya mendapat satu gambaran yang jelas
tentang cara sesuatu permainan tradisional ditandingkan.
Selain itu, saya dapat rasakan bahawa pembahagian masa kepada setiap
permainan adalah sangat bersistematik dan teratur. Dalam setiap permainan guru
pelatih diberi peluang bagi mencuba dulu cara permainan yang ditandingkan.
Penerangan tentang permainan tradisional sebelum permainan dimulakan adalah
satu idea yang baik dari pihak penganjur kerana pada masa itu, para guru pelatih
dapat menimpa ilmu tentang permainan tradisional yang ditandingkan.
Saya juga turut merasakan bahawa beberapa permainan tradisional yang
ditandingkan pada kali ini telah sedikit sebanyak mengembalikan warisan tradisi
orang dulu. Contohnya, dalam permainan Gajahku Sayang Dan Kabbadi. Keduadua permainan ini telah mengembalikan warisan tradisi masyarakat melayu dan
india. Permainan Gajahku Sayang yang menggunakan kaki gajah (tempurung
kelapa) adalah salah satu permainan yang dimainkan oleh masayarakat dulu di
halaman kampung dengan tempurung kelapa yang dibuang. Begitu juga, Kabbadi
yang dimainkan oleh Masyarakat India di estet - estet untuk mencapai satu kata
muafakat jika timbul masalah. Apabila kedua-dua permainan ditandingkan satu
semangat kemasyarakatan dan kefahaman tentang budaya dan adat resam
sesuatu kaum dapat dilihat secara kasarnya.

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

10

5.0 KELEMAHAN AKTIVITI PERTANDINGAN PERMAINAN TRADISIONAL 2012


Walaupun Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional berjalan lancar secara
keseluruhanya namun terdapat beberapa kelemahan yang perlu dibaiki lagi. Yang
pertama dari segi pemilihan permainan tradisional oleh beberapa kelas yang tidak
mempamerkan ia sebagai permainan tradisional. Contohnya, Permainan Belon Air
Dan Lastik Tin bukannya diketegorikan sebagai permainan tradisional malah ia
adalah permainan yang dimainkan semasa sukaneka. Dalam pada itu, kedua-dua
permainan ini gagal mempamerkan unsur tradisional yang ingin diterapakan pada
hari tersebut.
Selain itu, dari segi protokol jemputan tetamu amatlah tidak memuaskan. Ini
kerana para tetamu iaitu pensyarah hadir awal daripada pihak penganjur dan tiada
sebarang sambutan tetamu berhormat dijalankan. Ia sebenarnya adalah pengurusan
protokol yang tidak begitu efisen semasa sesuatu aktiviti dijalankan.
Kelemahan seterusnya yang saya dapat lihat sepanjang aktiviti Pertandingan
Permainan Tradisional ini adalah dari segi persiapan tempat. Selepas acara dalam
stesen satu berakhir barulah stesen kedua menyusun peralatan dan menyediakan
persiapan tempat. Ini memakan masa yang lama untuk beralih dari satu aktiviti ke
aktiviti yang lain. Pada masa ini, keadaan kelam kabut dan tidak kemas dari segi
pengurusan dapat dilihat secara kasarnya.

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

11

6.0 CADANGAN/ PENAMBAH BAIKAN AKTIVITI PERTANDINGAN PERMAINAN


TRADISIONAL 2012
Cadangan saya untuk tujuan penambahbaikan pada masa kelak adalah,
setiap permainan tradisional yang dipilih perlulah lebih domain kepada permainan
yang mencirikan sesuatu adat resam dan budaya sesuatu masyarakat. Ini kerana,
permainan tradisional sebegini, dapat mengeratkan silaturahim antara guru pelatih
dan menambahkan kefahaman kebudayaan masyarakat lain.
Seterusnya adalah, protkol-protokol dalam penganjuran sukan / sebarang
aktiviti sukan perlu sentiasa diikuti walaupun aktiviti yang dilakukan itu adalah secara
berkecilan. Dari segi pengurusan jemputan tetamu kehormat patut dilakukan dengan
penghadiaran lebih awal oleh pihak penganjur sebelum tetamunya tiba di lokasi
yang ditetapkan.
Cadangan terakhir daripada saya adalah, pengurusan persiapan tempat
sepatutnya dijalankan seawal sebelum pertandingan dimulakan. Ini kerana, ia tidak
akan memakan masa yang agak lama dalam beralihan dari satu aktiviti ke aktiviti
seterusnya. Selain itu, pengurusan persiapan tempat yang lebih awal dapat
menpercepatkan proses berjalanan sesuatu aktiviti dan dari segi penyusunan
barang yang nampak kemas dan teratur dan bukanlah bersepak merata-rata.
Saya berharap cadangan penambah baikan ini dapat diambil kira semasa
pengelolaan aktiviti sukan yang lain agar yang baik itu dikekalkan dan yang buruk
dijadikan sebagai jalan pembelajaran ke arah yang betul.

PJM 3112 PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN P.JASMANI & SUKAN

12

7.0 PENUTUP
Jika kita lihat, Pelaksanaan Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisioanl ini
telah mencapai objektif yang telah digarisakan. Semoga usaha ini dapat memberi
manfaat besar kepada guru pelatih. Setinggi-tinggi penghargaan daripada pihak
Pengurusan Aktiviti Pertandingan Permainan Tradisional ini. Segala perhatian dan
komitmen semua pihak dihargai dengan ucapan jutaan terima kasih.
Sekian, Terima Kasih.

DISEDIAKAN OLEH,
--------------------------------(TILAGAWATI ELLAPAN),
Guru Pelatih ,
PISMP Peng.Tamil Sem 5,
IPG Kampus Tengku Ampuan Afzan,
27200 Kuala Lipis, Pahang.

Anda mungkin juga menyukai