Anda di halaman 1dari 9

SJKT LADANG SUNGAI BULOH, 45700 BUKIT ROTAN, SELANGOR.

ததேசசிய வகக சுங்கக பூதலல ததேலட்டத தேமசிழ்ப்பள்ளள


45700 புக்கசிட் தரலததேலன, சசிலலங்கூர.
PENTAKSIRAN BERASASKAN SEKOLAH ( OGOS 2016 )
BAHASA MALAYSIA - PEMAHAMAN
Tahun 5
Masa : 1 jam 15 minit
Nama :_________________ Kelas :______
BAHAGIAN A
(20 markah)
Soalan 1 hingga 16
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1. “Jangan apa-apakan _____,” kata Maria kepada perompak yang memakai


topeng itu.
A. kami B. aku C. mereka D. awak

2. “Jika _____ izinkan, sekarang juga ______ akan melaksanakan tugas itu,”
sembah Hang Lekir kepada sultan.
A. beta…hamba B. tuanku…hamba
C. tuanku…patik D. baginda….tuan hamba

3. Encik Bala dan isterinya akan makan angin ke Turki ____ bulan hadapan.
A. pada B. kepada C. oleh D. di

4. Kanak-kanak yang malang itu lemas kerana terjatuh ke ______ sungai.


A. luar B. penjuru C. tepi D. dalam

5. Encik Zakaria mengalirkan air mata kerana terlalu _____ mendengar berita
tentang kemalangan itu.
A. sedih B. hairan C. terkejut D. gembira

6. Setiap pagi, Pak Deris akan pergi ke dusun untuk _____ buah durian yang
gugur.
A. mengutip B. menjolok C. menyambut D.
mengait

7. Pelajar dialu-alukan berjumpa dengan guru _____ andainya terdapat


sebarang masalah.
A. bertugas B. ditugaskan C. tugasan D.
menugaskan

8. Datuk tidak dapat mendengar dengan jelas kerana ______ telinganya telah
rosak.
A. jejari B. gegendang C. rerambut D. lelangit

9. Encik Chong menjual empat ______ sate ayam dengan harga RM 2.00.
A. batang B. bilah C. cucuk D. pucuk
1
10. Ayah kelihatan terlalu uzur. _________, dia tetap membanting tulang
empat
keratnya untuk mencari rezeki demi anak-anaknya.
A. Kalau begitu B. Lantaran itu C. Namun demikian D. Lebih-lebih
lagi

11. Guru Besar menyampaikan ________ kepada penceramah motivasi itu


sebagai tanda penghargaan.
A. cenderamata B. tandatangan C. kakitangan D. tanggungjawab

12. Ayah pergi ke kedai tayar untuk menggantikan tayar keretanya yang
sudah
_______.
A. uzur B. haus C. usang D. kering

13. Makanan yang sangat masin itu tidak ________ olehnya.


A. terusik B. tertelan C. terteguk D. tersedut

14. Dia berasa ______ membuat pilihan pakaian yang dipamerkan di gedung
beli-belah itu.
A. rambang mata B. puteri lilin C. buaya darat D. mencolok mata

Pilih ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

15.Cikgu Johari mengarahkan para peserta perkhemahan supaya berbaris


dalam kumpulan masing-masing.
A. Para peserta perkhemahan berbaris dalam kumpulan masing-masing
setelah
diarahkan oleh Cikgu johari.
B. Para peserta perkhemahan diarahkan oleh Cikgu Johari supaya berbaris
dalam kumpulan masing-masing.
C. Para peserta perkhemahan Cikgu Johari diarahkan supaya berbaris dalam
kumpulan masing-masing.
D. Para peserta perkhemahan dalam kumpulan masing-masing diarahkan
oleh
Cikgu Johari supaya berbaris.

Pilih ayat yang betul.

16. A. Yuran yang dikenakan untuk menyertai karnival usahawan cilik itu
bukan
mahal sangat.
B. Kebanyakan peserta yang terlibat dalam karnival itu berasal daripada
Selangor.
C. Setengah peserta yang terlibat dalam karnival itu ialah murid sekolah.
D. Sila dapatkan butir-butir terperinci tentang karnival itu di pejabat
kami.

2
Soalan 17 hingga 20
Baca petikan di bawah ini, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Tahukah anda apa yang dimaksudkan dengan pemindahan organ?


Pemindahan organ ialah rawatan bagi menggantikan organ yang tidak
berfungsi daripada tubuh orang yang masih hidup dengan organ daripada
tubuh orang lain yang masih hidup atau yang telah mati.
Pemindahan organ yang pertama di Malaysia telah dilakukan di
Hospital Kuala Lumpur pada 15 Disember 1978. Pemindahan organ
bertujuan untuk memberi peluang kepada pesakit-pesakit yang menghidap
penyakit kronik seperti penyakit jantung, buah pinggang, paru –paru, mata
dan hati untuk meneruskan hidup.
Di negara kita, jumlah pesakit yang memerlukan rawatan pemindahan
organ semakin meningkat. Malangnya, jumlah penderma organ adalah
sedikit dan tidak mampu untuk menampung keperluan perubatan pada hari
ini.
Seterusnya, masalah pemindahan organ juga berkait rapat dengan
kekurangan penderma kadaverik. Penderma kadaverik terdiri daripada
orang yang telah meninggal dunia. Namun begitu, organ hanya boleh
diambil jika si mati telah meninggalkan wasiat tentangnya ataupun telah
mendapat keizinan daripada ahli keluarganya.
Hakikatnya, pemindahan organ ini masih kurang mendapat sambutan
dalam kalangan masyarakat di negara kita. Malahan, mereka memandang
negatif akan kesan yang bakal diterima akibat pemindahan organ kerana
kurangnya maklumat tentang perkara ini.
Namun begitu, berlainan pula keadaannya di negara-negara seperti
Indonesia, India dan Filipina. Penjualan organ dalam kalangan penduduk
miskin dilaporkan semakin meningkat. Keadaan ini terjadi disebabkan
kesempitan hidup serta nilai dan harga organ yang sangat tinggi di pasaran.
Kebiasaannya, internet dijadikan medium untuk menjual organ dan bagi
mendapatkan harga yang paling tinggi.

17. Apakah penyakit yang dapat diselamatkan melalui pemindahan organ?

A. strok B. hati C. mulut D. otak

18. Organ penderma kadaverik hanya boleh diambil jika…

A. organ dibeli dengan harga yang tinggi.

B. pihak hospital telah memaksa waris si mati mendermakannya.

C. ada pesakit kronik yang memerlukan pemindahan organ dengan


segera.

3
D. si mati meninggalkan wasiat atau mendapat keizinan waris.

19. Mengapakah masyarakat di negara kita masih memandang negatif


terhadap pemindahan organ?

A. masyarakat tidak mengetahui tentang nilai dan harga organ di pasaran

B. masyarakat tidak sedar akan risiko pemindahan organ

C. masyarakat kurang pendedahan tentang pemindahan organ

D. masyarakat tidak yakin dengan kepakaran doktor-doktor tempatan

20. Pilih pernyataan yang benar tentang petikan.

A. Pemindahan organ di negara ini mendapat sambutan hangat.

B. Terdapat banyak penjual organ di negara kita.

C. Organ orang mati boleh diambil sesuka hati oleh pihak hospital.

D. Penduduk miskin di Indonesia, India dan Filipina sanggup menjual


organ.

4
BAHAGIAN B
(30 markah)
Soalan 21
Gariskan kata kerja yang terdapat dalam ayat di bawah ini.
1. Puan Nor menyimpan wang di bank untuk tabung pendidikan anaknya.
2. Sekawan lembu Pak Muthu meragut rumput di padang berhampiran
rumahnya.
3. Cikgu Anis sedang menyemak buku latihan murid-muridnya di dalam bilik
guru.
4. Kakak menyiram pokok bunga pada waktu petang dengan gembira.
(4
markah )
Soalan 22
a. Tulis ayat tanya yang paling sesuai bagi jawapan yang diberi.
Ayat tanya:
____________________________________________________________________________
____________________________________________________________________________
Jawapan : Pihak sekolah mengenakan tindakan tatatertib terhadap murid itu
kerana murid itu ponteng sekolah.
(2
markah)
b. Tulis dialog yang sesuai bagi watak di bawah ini.

______________________________________________________________________________
5
______________________________________________________________________________
( 2
markah )

c. Tulis ayat majmuk pancangan komplemen berdasarkan ayat tunggal yang


diberikan.
i. Samy menyatakan (sesuatu)
ii. Dia akan pulang esok.

Ayat majmuk :

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2
markah)
Soalan 23
a. Padankan simpulan bahasa dengan maksud yang sesuai.

cangkul angin keturunan

jantung hati orang yang amat


disayangi

anak cucu perbuatan yang sia-sia

(2 markah)
b. Soalan berikut berdasarkan gambar di bawah ini.

Nyatakan peribahasa yang sesuai bagi gambar di atas.

______________________________________________________________________________

______________________________________________________________________________

6
(2
markah)

Soalan 24
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Pada suatu hari, aku telah menaiki sebuah bas untuk ke rumah sepupu aku.
Bas yang aku naiki bergerak dengan laju sekali. Aku mula berasa gerun.
Para penumpang yang lain turut panik dengan situasi tersebut. Aku pasti
sesuatu yang buruk akan berlaku.
Sangkaan aku tepat sekali apabila bas yang aku naiki itu tiba-tiba
terbabas dan aku jatuh tergolek di dalam bas. Aku dapat rasakan cecair
merah mula mengalir dari kepala aku apabila sudah beberapa kali kepala aku
terhantuk pada lantai dan kerusi. Suara penumpang yang menjerit meminta
tolong membuatkan suasana di dalam bas menjadi kelam-kabut.
Aku berusaha untuk bangun apabila bas mula berhenti bergerak. Aku
berasa sangat terkejut apabila mendapati bas itu berada di dalam gaung.
Keadaan di sekeliling dipenuhi belukar. Aku menggagahkan diri untuk
mendaki ke atas dan cuba mendapatkan bantuan daripada orang ramai yang
lalu lalang di kawasan tersebut.
Keadaan di dalam bas begitu menyayat hati. Para penumpang
mengerang kesakitan. Ada juga yang tidak sedarkan diri. Aku bersyukur
kerana tidak mengalami kecederaan yang teruk. Aku berjaya naik ke atas
dan mendapatkan bantuan. Aku berasa lega apabila sebuah kereta yang
melalui kawasan tersebut berhenti untuk menghulurkan bantuan.
Ambulans, polis dan bomba sampai di tempat kejadian tidak lama
selepas itu. Anggota bomba segera mengeluarkan mangsa kemalangan
daripada bas tersebut. Semua penumpang yang terlibat dibawa ke hospital
untuk mendapat rawatan lanjut. Aku hanya dirawat sebagai pesakit luar
kerana luka di kepala aku hanya luka ringan.
Semua penumpang bas selamat. Menurut pihak polis, kemalangan itu
berpunca daripada brek bas yang telah rosak.

a. ‘Aku ‘ menaiki sebuah bas untuk pergi ke rumah __________________.


(1 markah)

b. Bagaimanakah suasana di dalam bas ketika bas terbabas ke dalam


gaung?

______________________________________________________________________________

_____________________________________________________________________________.
(2 markah)

7
c. Bagaimanakah ‘aku’ mendapatkan bantuan?
_____________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
_
(2 markah)

d. Adakah pihak polis wajar mengambil tindakan ke atas pemandu bas


tersebut? Mengapa?
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(3 markah)

Soalan 25
Baca pantun di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kelapa gading buahnya muda,


Manis airnya laksana gula;
Buatlah baik kepada ibu bapa,
Kerana mereka banyak berjasa.

Petani tua tekun bekerja,


Keringat mengalir basah di dada;
Budi guru tidak terhingga;
Jangan dilupa anak-anak bangsa.

Menangguk haruan di tepi paya,


Beredup sebentar di pohon sena;
Ringankan tangan usah berkira,
Kelak kita dipandang mulia.

Ikan gelama dimasak cuka,


Enak rasanya ditambah lada;
Jiran tetangga bertegur sapa,
Saling membantu hidup sentosa.

a. Apakah maksud rangkap pertama pantun di atas?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2 markah)

8
b. Tandakan ( / ) bagi pernyataan yang betul dan ( x ) bagi pernyataan yang
soalah berdasarkan pantun tersebut.

Berkira apabila menghulurkan


bantuan

Bertegur sapa dengan jiran tetangga

(1 markah)

c. Apakah perkara yang tidak wajar dilupakan oleh anak-anak bangsa?

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(2 markah)

Jiran tetangga bertegur sapa,


Saling membantu hidup sentosa.

d. Terangkan maksud baris-baris pantun di atas.

______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
______________________________________________________________________________
(3 markah)

Disediakan oleh, Disemak oleh Disahkan oleh,

…………………… …………………… …………………

Guru Mata pelajaran Ketua Panitia Bahasa


Tahun 5 Melayu

Anda mungkin juga menyukai