Anda di halaman 1dari 11

UJIAN SUMATIF

UPaSA 2022
UJIAN PRAAKHIR SESI
AKADEMIK
TAHUN ENAM [SK / SJK]
1½ JAM 1 JAM 30 MINIT

Nama Murid: UPaSA


Kelas: TAHUN 6

BAHASA MELAYU - TAHUN ENAM UJIAN SUMATIF


NOVEMBER 2022

JANGAN BUKA KERTAS SOALAN INI Untuk Kegunaan Pemeriksa


SEHINGGA DIBERITAHU
Nama Pemeriksa:

1. Kertas soalan ini mengandungi empat bahagian BAHAGIAN Markah Markah


utama: Bahagian A, Bahagian B, Bahagian C Nombor Soalan Penuh Diperoleh
dan Bahagian D. (1, 2, 3) 3
2. Kamu dikehendaki menjawab semua soalan yang A (4, 5, 6) 3
disediakan dalam keempat-empat bahagian ini.
(7, 8, 9, 10) 4
3. Bagi soalan objektif, setiap soalan diikuti oleh
empat pilihan jawaban, iaitu: A, B, C, D. Pilih (11, 12) 2
satu jawapan sahaja. Hitamkan petak jawapan
kamu pada kertas soalan tersebut. (13, 14) 2
B
4. Bagi soalan subjektif pula, jawab semua soalan (15) 1
dalam ruang jawapan yang telah disediakan. (16) 5
5. Serahkan kertas ujian yang sudah kamu tanda
C (17) 10
dan jawab itu kepada guru yang bertugas pada
akhir ujian tersebut. D (18) 20

Modul UPaSA 2022 JUMLAH 50


disediakan oleh:
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 2 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Enam - SK / SJK

Kertas peperiksaan ini mengandungi 11 halaman bercetak dan 1 halaman tidak bercetak.

SUMATIF - UJIAN PRAAKHIR SESI AKADEMIK (UPaSA)


2022

UJIAN SUMATIF - UPaSA MARKAH BAHAGIAN A


(Tatabahasa dan Pemahaman) 10 (10 Markah)

Soalan 1 dan 2
Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai.

1 Sekolah kami telah berjaya meraih ________ dalam pertandingan bicara berirama peringkat
daerah Shah Alam petang semalam.
A dimenangi
B memenangi
C kemenangan
D memenangkan

Soalan 2 berdasarkan gambar di bawah


2 “Rasa pisang emas yang belum cukup masak agak ________
sedikit,” kata opah kepada cucu-cucunya.
A kelat
B pahit
C tawar
D masam

Soalan 3

Pilih ayat yang betul.

3 I Pemandangan di Pulau Tioman nian indah ketika matahari hampir terbenam.


II Merah benar baju kebaya moden yang dipakai oleh gadis berdarah campuran itu.
III Kami mendapat layanan amat baik sekali daripada pengurus kilang elektronik itu.
IV Harga ikan bawal putih betul mahal berbanding dengan harga ikan-ikan lain.
A I dan II
B II dan III
C III dan IV

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 3 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Enam - SK / SJK

D I dan IV

Soalan 4 hingga 6
Baca petikan di bawah, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Banjir sering berlaku terutamanya pada musim tengkujuh. Hujan lebat yang turun sepanjang hari
juga boleh menyebabkan banjir. Air sungai akan naik dan melimpah di kawasan yang lebih
rendah. Penduduk yang tinggal di kawasan tanah rendah lebih terdedah kepada bencana banjir.
Air yang deras boleh memusnahkan harta benda, tanaman, ternakan, dan tempat tinggal.
Apabila berlaku banjir, berbagai-bagai masalah akan timbul. Banyak tumbuhan dan haiwan
ternakan yang mati. Keperluan asas seharian juga sukar diperoleh. Jika bantuan tidak disalurkan,
kekurangan makanan mungkin akan berlaku. Penyakit juga mudah merebak. Penyakit kulit dan
penyakit taun adalah antara penyakit yang boleh menyerang penduduk di kawasan tersebut.

4 Apakah tajuk yang paling sesuai bagi petikan di atas?


A Mangsa Bencana Banjir.
B Hujan Punca Berlakunya Banjir.
C Banjir dan Kesannya kepada Kita.
D Banjir Sering Berlaku di Negara Kita.

5 Antara berikut yang manakah bukan merupakan keperluan asas seharian?


A Hiburan
B Pakaian
C Makanan
D Kediaman

6 Pernyataan berikut adalah benar tentang banjir, kecuali


A banjir ialah malapetaka buatan manusia.
B banjir berlaku apabila air melimpahi tebing.
C banjir boleh menyebabkan penyakit merebak.
D banjir boleh merosakkan harta benda dan tanaman.

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 4 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Enam - SK / SJK

Soalan 7 hingga 10
Baca iklan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

INTAN HIJRAH SENDIRIAN BERHAD


(Anak Syarikat Mercu Mewah Sendirian Berhad)

TAWARAN JUALAN
RUMAH KEDAI & PEJABAT
(BUMIPUTERA : POTONGAN HARGA 5%)
Lokasi : Majlis Perbandaran Teluk Intan,
Daerah Hilir Perak.
Luas Keseluruhan : 3 400 kps (40 kaki X 85 kaki)
Harga Jualan : RM685 000.00 ke atas

Dijangka Siap : 18 bulan dari tarikh menandatangani:


‘Perjanjian Jual Beli’
Tempoh Permohonan : Selama 6 bulan sahaja
Permohonan Bermula : Pada 2 Januari 2022
Untuk keterangan lanjut, sila hubungi:
INTAN HIJRAH SENDIRIAN BERHAD
No. 105-G, Jalan Denai Intan,
Bandar Baharu, 36000 Teluk Intan,
Perak Darul Ridzuan.
Telefon: Faks:
05-6233333 / 019-5753333 05-6266333

7 Pihak pemaju membangunkan projek tersebut di atas se ________ tanah di Teluk Intan.
A buah
B bidang
C gulung
D timbun

8 Tempoh permohonan tawaran jualan rumah kedai dan pejabat itu akan berakhir pada
A 1 Jun 2022.
B 1 Julai 2022.
C 1 Ogos 2022.

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 5 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Enam - SK / SJK

D 1 September 2022.

9 Di manakah para pembeli boleh mendapatkan maklumat tentang jualan rumah kedai dan
pejabat tersebut?
A Bandar Baharu Teluk Intan
B Jalan Denai Intan Hilir Perak
C Majlis Perbandaran Teluk Intan
D Syarikat Intan Hijrah Sendirian Berhad

10 Berikut adalah pernyataan yang benar tentang iklan kecuali


A pembeli bumiputera layak menerima potongan harga sebanyak lima peratus.
B semua urusan jual beli akan dikendalikan oleh Majlis Perbandaran Teluk Intan.
C permohonan tawaran jualan rumah kedai dan pejabat bermula pada 2 Januari 2022.
D projek tersebut dijangka dapat disiapkan dalam masa lebih kurang setahun setengah.

BAHAGIAN A [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang


[Lihat halaman sebelah
PBD©UPaSA-BM-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 6 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Enam - SK / SJK

SISTEM BAHASA (SINTAKSIS) MARKAH BAHAGIAN B


Item Subjektif Respons Terbuka (SRTb) 10 (10 Markah)

Soalan 11 dan 12
Baca petikan di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya.

Kuala Lumpur ialah ibu kota negara kita. Bandar raya Kuala Lumpur yang terletak di Lembah
Klang menjadi pusat kegiatan ekonomi, kebudayaan dan pendidikan.
Berbagai-bagai peluang perniagaan tersedia di sini, daripada perniagaan di gerai makan
sehinggalah perniagaan bertaraf dunia. Pusat jualan peralatan dan aksesori komputer, perniagaan
hartanah, saham dan pelbagai perniagaan lain terdapat di ibu kota. Gedung perniagaan bertaraf
dunia juga ada di sini. Sesiapa yang tidak biasa mungkin boleh tersesat di dalam gedung yang
besar dan mewah itu.
Selain itu, ibu kota Kuala Lumpur juga menjadi pusat seni dan budaya negara kita.
Persembahan kebudayaan seperti teater bertaraf dunia sering kali diadakan di Istana Budaya,
Dewan Pleno di Menara Berkembar Petronas dan Dewan Merdeka di Pusat Dagangan Dunia
Putra. Persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna pula diadakan di Dataran Merdeka.

11 Bandar raya Kuala Lumpur menjadi pusat kegiatan ekonomi, kebudayaan dan
________________.

[1 markah]

12 Di manakah persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna diadakan?

Persembahan pentas terbuka seperti Citrawarna diadakan di __________________.


[1 markah]

13 Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat perintah yang paling sesuai berpandukan gambar.

“__________ pindahkan meja murid ini ke belakang kelas


kita,” kata Cikgu Abdul Rahman kepada Adam dan Hadif.

Minta Tolong Jemput

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 7 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Enam - SK / SJK

[1 markah]

14 Pilih dan tandakan ( √ ) bagi ayat yang sama maksud dengan ayat yang diberikan.

“Dhila tutup televisyen dan pendingin hawa itu sebelum kamu tidur,” pesan emak.

Emak menegur Dhila supaya menutup televisyen dan pendingin hawa sebelum
tidur.

Emak berpesan kepada Dhila supaya menutup televisyen dan pendingin hawa
sebelum tidur.
[1 markah]

15 Tandakan ( √ ) jenis peribahasa yang paling sesuai berpandukan gambar yang diberikan.

(i)
Rajin seperti semut

Bidalan

Perumpamaan

Bandingan semacam

[1 markah]

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 8 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Enam - SK / SJK

Soalan 16
Baca dan fahami situasi di bawah. Kemudian, berikan pendapat kamu berdasarkan situasi dan
maklumat tersebut.

Jawapan kamu hendaklah ditulis dalam bentuk perenggan dengan menggunakan ayat yang
lengkap.

Pada pendapat kamu, apakah kebaikan


buah-buahan kepada kesihatan kita?

Tulis jawapan kamu itu selengkapnya pada


ruangan yang telah disediakan.

[5 markah]

BAHAGIAN B [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 9 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Enam - SK / SJK

UJIAN SUMATIF - UPaSA MARKAH BAHAGIAN C


Penulisan (Rumusan / Pendapat) 10 (10 Markah)

Soalan 17

Grafik di bawah menunjukkan maklumat berkaitan amalan baik dalam kalangan masyarakat.
Tulis rumusan kamu tentang amalan berbudi bahasa dan bersopan santun itu.
Jawapan rumusan kamu itu hendaklah ditulis dalam satu perenggan.
Panjang jawapan kamu hendaklah tidak melebihi daripada 50 patah perkataan.

 Bersalam-salaman dengan ibu bapa kita


 Menunjukkan kasih sayang terhadap ibu bapa
 Memberi tempat duduk kepada warga emas
 Berbudi bahasa dengan orang yang lebih tua
 Membantu ibu bapa membuat kerja rumah
BERBUDI BAHASA BUDAYA RAKYAT MALAYSIA

BAHAGIAN C [10 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 10 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Enam - SK / SJK

UJIAN SUMATIF - UPaSA MARKAH BAHAGIAN D


Penulisan (Menulis Karangan) 20 (20 Markah)

Soalan 18

Teliti bahan grafik yang telah disediakan di bawah ini. Kemudian tulis karangan berdasarkan
bahan grafik tersebut.
Panjang karangan kamu itu hendaklah antara 50 hingga 80 patah perkataan.

AKTIVITI GOTONG-ROYONG BERSAMA-SAMA PENDUDUK SETEMPAT

Persatuan penduduk di tempat kamu tinggal menjalankan aktiviti amal iaitu gotong-royong bagi
membersihkan dan menceriakan persekitaran kampung. Kamu sama-sama terlibat menjayakan
aktiviti gotong-royong itu bersama-sama penduduk setempat.
Tulis pengalaman kamu semasa menyertai aktiviti gotong-royong tersebut.

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022
Ujian Praakhir Sesi Akademik (UPaSA) 2022 11 Bahasa Melayu KSSR - Tahun Enam - SK / SJK

BAHAGIAN D [20 markah]

TP: Amat Terhad Terhad Memuaskan Baik Sangat Baik Cemerlang

[Lihat halaman sebelah


PBD©UPaSA-BM-Tahun.6-Md.RamliSabran(GC BM) Sumatif - Ujian Praakhir Sesi Akademik 2022

Anda mungkin juga menyukai