Anda di halaman 1dari 3

Latihan Pengukuhan Tatabahasa A.

Pilih soalan yang paling sesuai untuk diisikan di tempat kosong dalam ayat-ayat di bawah ini. 1.Kain-kain yang diseterikakan Aminah itu ______menjadi bertingkat-tingkat lalu disimpan di dalam almari. A disusun B dibuat C diatur D dilonggok 2.Mak Senah dan anaknya, Lina sedang _____________ bunga di ruang tamu rumahnya. A mengubah B menukar C menggubah D merobah 3.Ketika kejadian gempa bumi, beberapa deret bangunan di kawasan itu_______________. A berdetar B bergegar C bergetar D bergoncang 4. Janganlah asyik ______________ sahaja di bilik. Rajin-rajinlah bergaul dengan masyarakat sekeliling, kata Sara kepada rakannya. A terserap B terperap C terperangkap D teresap 5.Encik Mural ______________ maklumat peribadinya bersama-sama dengan borang permohonan itu. A melampirkan B lampiran C dilampirkan D lampir 6.Sebagai akibat kegawatan ekonomi negara, projek pembangunan di kawasan itu telah ________________ . A musnah B terbengkalai C sia-sia D selesai 7. _______________ kamu sudah ditipu oleh jurujual itu, kata Lamsah kepada Ramlan. A Entah B Entah-entah C Jangan D Bukan-bukan 8.____________ Adibah, abangnya yang berbadan besar itu ___________tidak mampu untuk mengangkat kotak itu. A Makinmakin B Sungguhpunnamun C Bukan sahajatetapi juga D Jangankanpun 9._____________pemimpin ____________ rakyat mestilah sama-sama berganding bahu untuk membangunkan negara. A Baikmahupun B Biarpunnamun C Entahentah D Mula-mulakemudian 10.Semasa melancong ke India, Puan Maimah membeli se________ anting-anting berlian dan dua ____________ rantai emas. A bentukulas B pasangutas C butiruntai D buahurat 11.Bunyi beberapa _______________ tembakan itu telah menyebabkan se____________ kerbau lari bertempiaran. A pucuk.kumpulan B laraskelompok C daskawan D keratgerombolan 12.Kamal tunduk ke lantai apabila dileteri ibunya sambil kakinya __________ hujung tikar. A mengait B mengaut C menguis D mengais 13.Semangat dan galakan yang diberikan oleh pakar motivasi itu _______minat mereka untuk meneruskan projek mereka yang terbengkalai itu. A menyerikan B menyalakan C menyinarkan D menyerlahkan 14.Cikgu Wahad melonjak kegembiraan sebaik sahaja pelari sekolahnya_________ ke garisan penamat. A menempuhi B mencecah C menemui D melalui 15.Pelancaran majlis anugerah itu tergendala berikutan ________ yang tidak cekap. A pemantauan. B pengurusan. C penilaian. D pemeriksaan. 16.Pekerja di ladang teh itu __________daun teh sambil mengisikannya ke dalam bakul yang ____________. A memetik digalas B memungutdibawa C menggunting diangkat D memotongdijunjung 17.___________dimaklumkan bahawa permohonan pihak tuan telah diluluskan. A Adalah B Dengan itu C Dengan ini D Telah 18.Permainan tradisional patut diketengahkan supaya dapat seni budaya bangsa. A Mengaya B Mengayai C Memperkaya D Memperkayai 19.Haidir ________ saku seluarnya untuk mencari kunci rumahnya. A menggorek-gorek B meraba-raba C meramas-ramas D membelek-belek 20.Para pelancong itu amat tertarik oleh kehalusan kain songket ___________ Terengganu. A jahitan B sulaman C tenunan D anyaman 21.Kak Laila menghayati irama muzik melalui radio sebagai ________semasa menyiapkan kerja sekolahnya. A pencuci telinga B buah mulut C halwa telinga D alas perut 22.Kecemerlangan pelajar itu dalam peperiksaan telah menjadi _________guru-guru sekolah itu. A buah fikiran B buah tangan C buah mulut D buah hati 23.Daripada nya, saya dapat merasakan bahawa dia tidak menyetujui keputusan itu. A bangun tubuh. B air muka. C paras rupa D bentuk muka 24.Ali amat _________ melihat penderitaan hidup keluarga miskin itu. A terpegun B terharu C terkilan D terasa 25.Sudin membubuh garam yang disangka gula menyebabkan air kopi yang dibancuhnya terasa amat ___________. A lekit B masin C tawar D kelat B. Pilih lawan kata bagi kata yang dihitamkan 1.Pak Dinlah yang menggali lubang di belakang pondok itu. A menimbus B mengorek C meratakan

D menggerudi

2.Setelah sepuluh tahun bekerja di kilang itu, Amir sangat mahir membuat kerja-kerjanya. A bijak B kekok C tegas D rajin C. Pilih kata yang seerti bagi kata yang dihitamkan. 1.Rubiah menjeling apabila diusik oleh kawan-kawannya. A merenung B mengenyit C mengerling D menatap 2.Sikap hormat-menghormati dapat menjamin kesejahteraan hidup bermasyarakat. A keunggulan B kesenangan C keselesaan D keharmonian D. Pilih ayat yang paling sesuai sebagai jawapan kepada ayat diberi. 1.Apakah rancangan kamu setelah tamat kursus kemahiran ini nanti? A. Saya yakin bahawa saya pasti akan berjaya menamatkan kursus ini. B. Benar kata kamu itu. Saya perlulah mempunyai rancangan selepas tamat kursus ini. C. Saya tidak pasti tempoh untuk menamatkan kursus ini. D. Saya bercadang untuk memulakan perniagaan kecil di kampung saya. 2.Adakah kamu akan menerima tawaran daripada syarikat multimedia itu? A. Ya, saya ada menerima tawaran daripada syarikat multimedia itu. B. Saya telah diminta untuk melaporkan diri di syarikat multimedia itu pada minggu depan. C. Saya belum lagi membuat sebarang keputusan. Hal ini akan saya pertimbangkan semasak-masaknya. D. Tidak. Saya belum lagi memberitahu keluarga saya tentang surat tawaran tersebut. E. Pilih ayat-ayat yang betul. 1.I. Dari pagi ke petang dia tidak balik ke rumah. II. Ceramah tentang kem musim cuti itu disukai oleh murid-murid. III. Wak Leman membajak sawah dengan menggunakan traktor. IV. Mereka telah sampai petang ini. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV 2.I. Berbagai projek telah dilaksanakan untuk membangunkan kawasan tersebut. II. Azman merasa amat pilu sekali apabila mendengar cerita sedih itu. III. Tiang telefon itu tumbang lalu menghempap rumah. IV. Kucing peliharaannya sangat jinak. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C III dan IV sahaja D I, II, III, dan IV 3.I. Semua murid-murid sedang berbaris di padang sekolah. II. Jalan ke puncak bukit itu sempit dan bengkang-bengkok. III. Sungguh meriah sekali sambutan Hari Guru di sekolah kami. IV. Penduduk di kawasan itu dinasihati agar segera berpindah ke tempat yang lebih selamat. A I dan II sahaja B II dan IV sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, II, dan IV 4.I. Sudah satu setengah jam kami menunggu kedatangan Arjal II. Bungkusan itu saya menerima daripada rakan saya, kasim. III. Kejadian tanah runtuh itu berlaku bila? tanya Salmah kepada Firdaus. IV. Hampir separuh daripada kawasan itu ditumbuhi pepohon hijau. A I dan III sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV 5.I. Berbagai kegiatan telah dijalankan oleh Kelab Kembara sepanjang tahun ini. II. Ramus mengambil segugus anggur dari dalam kotak itu. III. Ibu bapa mestilah memberikan kasih sayang yang sepenuhnya kepada anak-anak mereka. IV. Saya sering mengunjungi restoran itu kerana amat sukakan masakan yang disediakan di situ. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV F. Pilih kata ganda yang diserongkan dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud banyak. 1.I. Di atas meja itu terhidang lauk-pauk yang telah dimasak oleh ibu. II. Ayah tidak mahu melalui kawasan itu kerana jalannya lekak-lekuk. III. Saya termenung sambil memperhatikan orang ramai yang lalu-lalang di situ. IV. Puan Baneyiah terkejut apabila melihat calar-balar di badan anaknya. A I dan III sahaja B I dan IV sahaja C II, III, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV 2.I. Paru-paru merupakan organ yang penting dalam proses pernafasan manusia. II. Sikap tolong-menolong perlulah disemaikan dalam diri setiap anggota masyarakat kita. III. Sudah bertahun-tahun lamanya Ghain menanggung penderitaan itu. IV. Sayur-mayur yang ditanam di situ akan dieksport ke Singapura. A I dan III sahaja B III dan IV sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV G. Pilih kata ganda yang diserongkan dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud berulang-ulang. 1.I. Kak Lin terbongkok-bongkok sambil mencuba membetulkan tali kasutnya. II. Ayah ketawa terbahak-bahak sewaktu menonton rancangan komedi itu. III. Mengapa kamu termengah-mengah seperti orang kepenatan, tanya Puan Sham kepada anaknya.

IV. Encik Manikam berura-ura ingin meletakkan jawatan jika tuntutannya tidak dipenuhi oleh majikannya. A I dan III sahaja B II dan III sahaja C I, II, dan III sahaja D I, II, III, dan IV 2.I. Kumaran menjolok-jolok buah mangga itu dengan menggunakan sebatang galah. II. Kedua-dua pihak yang bertelingkah itu akhirnya bermaaf-maafan. III. Puan Suri sentiasa berdoa moga-moga anaknya berjaya dalam peperiksaan UPSR. IV. Walaupun itu sudah lama berlaku, Jasin masih lagi teringat-ingat akan peristiwa hitam itu. A I dan IV sahaja B II dan III sahaja C II, III, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV 3.I. Sewaktu Maya sedang berehat di beranda, Maya mendengar suara orang menjerit-jerit meminta tolong. II. Kereta itu berpusing-pusing sebelum jatuh ke dalam gaung. III. Amalan ziarah-menziarahi perlu dijadikan budaya hidup kita. IV. Pak Halim mundar-mandir tak sabar menunggu kepulangan anaknya. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV H. Pilih kata ganda yang diserongkan dalam ayat-ayat di bawah ini yang membawa maksud tunggal. 1.I. Jejari tingkap itu telah berpaku. II. Halaman rumah itu telah ditumbuhi rerumput. III. Pepohon buluh itu tumbuh merimbun di tepi tasik itu. IV. Ibu memasukkan bebola ikan ke dalam masakan itu. A I dan III sahaja B I dan IV sahaja C I, II, dan III sahaja D I, II, III, dan IV 2.I. Kanak-kanak itu sedang bermain di halaman rumah. II. Bunga-bunga itu dipetik oleh kakak. III. Sarang angkut-angkut itu telah pecah. IV. Buku-buku itu dijual dengan harga yang murah. A I dan II sahaja B I dan III sahaja C II, III, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV I. Pilih ayat atau ayat-ayat yang menggunakan kata yang bergaris denganbetul. 1.I. Gula dan garam larut di dalam air. II. Abang mengulang kaji pelajarannya hingga larut malam. III. Sakitnya bertambah larut sejak belakangan ini. IV. Kesengsaraannya larut setelah rumahnya terbakar. A I dan II sahaja B I, II, dan III sahaja C II, III, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV 2.I. Diam Pak Kamal ialah di pondok usang itu. II. Sudah sepuluh tahun mereka diam di kampung itu. III. Firdaus diam sahaja apabila disoal oleh gurunya. IV. Tolong diam sebentar, kata Ali kepada rakan-rakannya. A I dan II sahaja B II dan III sahaja C II, III, dan IV sahaja D I, II, III, dan IV 3.I. Bomoh tua di hujung kampung itu dipercayai memiliki ilmu ghaib. II. Kapal tangki itu akhirnya ghaib di tengah lautan yang bergelora. III. Baginda ghaib bersama-sama dengan pengiringnya semasa berburu di dalam hutan. IV. Sehingga hari ini, seluruh penduduk kampung itu masih memperkatakan ghaibitu. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D I, III dan IV sahaja. 4.I. Setiap manusia mempunyai haluan hidup masing-masing yang ingin dicapai. II. Haluan kata buku hasil tulisan pengarang terkemuka itu disunting oleh seorang pakar bahasa. III. Dia suka duduk di haluan perahu ketika memancing ikan di tasik tersebut. IV. Pendatang-pendatang asing yang tidak mempunyai permit biasanya lari lintang pukang tidak tentu haluan apabila terlihat pihak berkuasa. A I dan III sahaja B I, III dan IV sahaja C II, III dan IV sahaja D I, II, III dan IV

Anda mungkin juga menyukai