Anda di halaman 1dari 8

SEK.MEN.KEB.

JALAN MENGKIBOL KLUANG JOHOR PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN 2013 BAHASA MELAYU TINGKATAN 1 Nama:________________________________________ Kelas:_______ Masa: 1jam 30 minit

Arahan : Jawab semua soalan dalam bahagian A dan B Hitamkan jawapan Bahagian A pada borang OMR yang disediakan. Kertas ini perlu dihantar bersama borang OMR Bahagian A 1. Kawasan pedalaman di Sabah hanya boleh ___________ melalui jalan sungai sahaja. A dilalui B dihubungi C disusun D direntas

2. Saban petang Mak Limah bakul yang berisi sayuran untuk dijual pada keesokan harinya. A mengangkat B menjunjung C menjinjing D memikul 3.Sampah sarap ___________ di Stadium Bukit Jalil setelah sambutan malam tahun baru berlangsung malam tadi. A berterbangan B bergelimpangan C berhamburan D bertaburan 4.Ubi yang direbus oleh Najwa masih belum ________ kerana apinya terlalu perlahan. A rangup B empuk C rapuh D lembik 5.Polis berjaya ___________ demontrasi yang diadakan di hadapan bangunan mahkamah itu. A meleraikan B membantutkan C membubarkan D membolehkan

6.Ibu bapa perlu mengawasi kegiatan luar anak-anak secara ___________ agar mereka tidak akan terjebak dengan kegiatan yang boleh merosakkan mentaliti dan sikap anak masing-masing. A semua B menyeluruh C bersatu D ikutan

7.Petani-petani membuat _____________________ daripada kain baju yang buruk-buruk untuk menghalau burung di sawah. A bayang-bayang B umang-umang C patung-patung D orang-orang Soalan 8 hingga Soalan 14 Ayat-ayat di bawah mungkin betul dan mungkin salah. Jika terdapat kesalahan, kesalahan itu telah ditanda dengan A, B dan C. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan dalam ayat berkenaan. 8. Majikan yang pernah berhentikan pekerja akan mengalami kesukaran mendapatkan A B tenaga kerja. Tiada kesalahan C D 9. Ramai bekas pelajar-pelajar hadir dalam majlis makan malam yang dianjurkan oleh A B C Persatuan Mahasiswa Perak. Tiada kesalahan D 10. Sokongan perpaduan yang diberikan oleh para pekerja merupakan faktor utama A B kejayaan Datuk Hisham dalam dunia perniagaan. Tiada kesalahan C D 11. Amni membatalkan hasratnya untuk membeli baju itu kerana harganya amat mahal A B sangat. Tiada kesalahan C D 12. Ketiga orang mangsa kemalangan jalan raya itu dikejarkan ke hospital yang A B berdekatan. Tiada kesalahan C D

13. Tariannya yang lemah longlai itu telah mendapat tepukan gemuruh daripada para A B penonton yang begitu minat akan tarian tradisional. Tiada kesalahan. C D 14. Cikgu Suhaimi membawa tiga batang joran, dua butir mata kail dan beberapa ekor katak A B C untuk dijadikan umpan semasa pertandingan memancing nanti. Tiada kesalahan. D Soalan 15 hingga 17 Pilih ayat-ayat yang menggunakan perkataan berhuruf condong dengan betul. 15. I Pakcik Raman berasa selesa apabila duduk di kerusi yang enak ini. II Nasi lemak yang dijual di kantin sekolah sangat enak rasanya. III Sejak semalam badannya berasa tidak enak kerana diserang demam. IV Gurunya memerhatikan muka mereka dengan pandangan yang kurang enak A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja 16. I Dia menjelaskan bil elektrik yang sudah tertangguh selama tiga bulan. II Najah cuba menjelaskan kedudukan yang sebenar kepada Hasliza agar tiada lagi persengketaan antara mereka. III Perbuatannya yang suka mengampu majikannya amat menjelaskan . IV Azri cuba menjelaskan suasana yang keruh itu kepada rakan-rakan kelasnya. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV 17. I Perbuatannya sungguh tidak menyenangkan hati kami sekeluarga. II Pembukaan cawangan Maybank di Kampung Ara menyenangkan urusan penduduk di situ. III Yasir bersiar siar di tepi pantai untuk menyenangkan fikirannya yang bercelaru. IV Kehidupan Krishnan kini lebih menyenangkan sejak mendapat kenaikan gaji yang lumayan. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I,II dan IV sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 18 hingga 21 Bahagian yang bergaris dalam ayat-ayat yang berikut mungkin mengandungi kesalahan penggunaan bahasa dan mungkin juga tidak. Tandakan sama ada A, B atau C jika ayat itu mengandungi kesalahan dan tandakan D jika tiada kesalahan. 18. Ayah membeli ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali sempena ulang tahun perkahwinan mereka. A membeli ibu seutas rantai yang amat cantik sekali B membelikan ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali C membelikan ibu seutas rantai yang amat cantik sekali D membeli ibu seutas rantai yang teramat cantik sekali

19. Polis berjaya menangkap pencuri itu setelah mengintai tindak-tanduk mereka. A sebelum memberkas kaki tangan B setelah mengintip tindak-tanduk C sebelum mendakwa gerak-geri D setelah mengintai tindak-tanduk 20. Adik akhirnya bersetuju untuk ke Annur Klinik setelah lima setengah jam menahan sakit gigi. A Annur Klinik setelah lima jam setengah B Klinik Annur setelah lima setengah jam C Klinik Annur setelah lima jam setengah D Annur Klinik setelah lima setengah jam 21. Ibu bapa wajib mengajar anak-anak mereka cara menghormat orang lain walau sesibuk mana sekalipun mereka. A mengajar anak-anak mereka cara menghormati B mendidik anak mereka-mereka cara menghormati C mendidik anak-anak mereka cara menghormati D mengajar anak-anak mereka cara menghormat Soalan 22 hingga soalan 24 Pilih ayat yang mempunyai maksud yang sama atau yang paling hampir dengan ayat yang dicetak tebal. 22. Media massa berperanan besar dalam mengubah dan membentuk pemikiran masyarakat. A Media massa menentukan cara hidup masyarakat. B Fikiran masyarakat akan terbentuk sekiranya mereka membaca. C Cara hidup masyarakat bergantung kepada media massa. D Media massa boleh mempengaruhi cara hidup masyarakat. 23. Suntikan kancing gigi diberikan kepada pelajar untuk mengelakkan mereka daripada jangkitan penyakit tersebut. A Pelajar diberi suntikan kancing gigi supaya mereka tidak mudah dijangkiti penyakit tersebut. B Suntikan kancing gigi dapat mengubati pelajar yang dijangkiti penyakit itu. C Suntikan kancing gigi berguna kepada pelajar yang dijangkiti penyakit tersebut. D Suntikan kancing gigi boleh menyebabkan penyakit tersebut kepada pelajar. 24. Ahmad makan hati berulam jantung semenjak ditinggalkan oleh orang yang disayanginya. A Selera makannya hilang semenjak ditinggalkan oleh orang yang disayanginya. B Ahmad merana semenjak ditinggalkan oleh buah hatinya. C Ahmad kecewa kerana tinggal berjauhan dengan orang yang disayanginya. D Ahmad kecil hati semenjak ditinggalkan oleh si jantung hatinya. Soalan 25 hingga Soalan 27 Pilih ayat-ayat yang betul dan tentukan bahawa anda telah memilih cadangan jawapan yang paling sesuai. 25 I Alatan elektrik dirosakkan apabila bekalan elektrik terlebih voltan. II Pusat peranginan di tanah tinggi itu belum saya kunjungi lagi. III Kelab Golf Awana Kijal menyediakan banyak kemudahan kepada ahlinya. IV Nenek Kumar mundar-mandir di halaman rumah sewaktu memerhatikan cucunya bermain. A I dan III sahaja B II dan IV sahaja C I, II dan III sahaja

D II, III dan IV sahaja 26. I Ibu membuat air kopi sambil menggoreng nasi untuk sarapan pada pagi itu. II Zikri bukan sombong malah belum memiliki kawan kerana baru berpindah ke sekolah itu. III Fauzana belum membuat keputusan untuk tinggal di asrama atau di rumah nenek. IV Dila akur kegagalannya dalam peperiksaan itu oleh kecuaiannya ketika menjawab soalan. A I dan II B III dan IV C I, II dan III D II, III dan IV 27. I Sebelum meninggalkan rumah, Kannan terpaksa mengecaj bateri telefon bimbitnya. II Untuk mengatasi masalah banjir kilat, semua longkang di taman perumahan itu perlu diperdalam. III Dia terlewat sampai di rumah kerana terpaksa singgah di Aman Klinik untuk mendapatkan rawatan. IV Antara masalah-masalah kesihatan yang hadapi oleh masyarakat ialah obesiti. A I dan II sahaja B III dan IV sahaja C I, II dan III sahaja D II, III dan IV sahaja Soalan 28 hingga Soalan 30 Pilih jawapan yang paling sesuai bagi pernyataan-pernyataan yang berkaitan dengan peribahasa di bawah ini. 28 Ahmad seorang yang berpengalaman dalam bidang penulisan novel tetapi dia tidak suka menunjukkan kelebihannya. Keadaan ini dikatakan A bagai haruan makan anak B seperti ikan pulang ke lubuk. C bagai cembul mendapat tutupnya. D seperti harimau menyembunyikan kukunya. 29.

Pilih peribahasa yang sesuai bagi menggambarkan situasi dalam gambar di atas. A Bagai pinang dibelah dua. B Bagai bulan dipagar bintang . C Bagai sirih pulang ke gagang. D Bagai menatang minyak yang penuh. 30. Setelah hampir 20 tahun bertugas di luar negara, dia pulang ke kampung halaman untuk menabur bakti kepada masyarakat kampungnya. Situasi ini dikatakan A seperti sampah hanyut. B bagai sirih pulang ke gagang. C seperti si buta mendapat tongkat. D bagai si kudung mendapat cincin.

Soalan 31 hingga Soalan 35 Pilih kata yang paling sesuai untuk diisikan dalam tempat tempat kosong yang berkenaan. Jam terus_______(31).Malam semakin gelap. Kenangan lalu terus ___________(32) fikiranku. Aku sendiri tidak__________(33) mengapa kenangan itu tiba- tiba_________(34) di dalam otakku. Semakin aku cuba __________(35) semakin kuat pula aku mengingatinya. Mungkin segalanya untuk memberi pengertian yang mendalam kepadaku. 31. A berbunyi B berdetik C berlagu D berjalan 32. A menggoda B bermain C meligat D menghantui 33. A mengerti B mahu C gemar D suka

34. A berpusing pusing B berdetik detik C bermain main D berkisar kisar

35. A mengingatkannya B melepaskannya C melupakannya D mengenangkannya

Soalan 36 hingga Soalan 40 Baca petikan di bawah dengan teliti dan kemudian jawab soalan-soalan berikutnya. Mereka ada senjata api. Ada yang memegang senapang dan ada pula yang bersenjatakan pistol. Kita tentu tidak dapat melawan mereka. Nyawa kita dalam bahaya, kata Khairil perlahan sambil menyuruh Fadhil dan Ramasamy merapatkan diri kepadanya. Kami tidak bersalah. Jangan apa-apakan kami, rayu Khairil. Kami sedang mencari kawan kami yang mungkin tersesat di dalam terowong ini. Mungkin juga kawan kami itu ada bersama sama awak semua. Kata Fadhil pula. Jangan cakap banyak. Ikut saja apa arahan kami! bentak salah seorang daripada mereka. Tetapi.. Khairil ragu ragu. Jangan banyak soal lagi. Kalau kamu nak selamat, ikut saja arahan kami , kata salah seorang daripada mereka, kata salah seorang daripada mereka sambil mengacukan senjata ke arah Khairil. Arahan apa? tanya Khairil pula. Kami memerlukan bantuan kamu untuk mendapatkan sesuatu yang tertanam di dalam terowong ini. Kalau kamu mahu bekerjasama, kami akan bebaskan kamu. Kalau tidak, kamu akan duduk di sini selama lamanya. Bagaimana, bang? tanya Ramasamy pula. Kita ikut saja cakap mereka, jawan Khairil Bagus, sekarang ikut kami! Mereka dibawa berjalan hingga sampai ke hujung terowong. Kemudian mereka berhenti di satu tempat yang kelihatan ada timbunan tanah yang baharu digali. ( Novel Istana Menanti , Abd Latip Talib) 36. Siapakah watak utama dalam novel ini? A Kudin. B Khairil . C Fadhil . D Shanti.

37. Apakah tujuan Fadhil dan rakan rakannya pergi ke Istana Menanti? A Bersiar siar di Istana Menanti. B Mencari harta karun di Istana Menanti. C Mendaki Gunung Datuk . D Mengkaji sejarah Istana Menanti. 38. Siapakah mereka yang telah menangkap Fadhil, Ramasamy, Ah Seng dan Khairil? A Orang asli di hutan Gunung Datuk. B Tuk Ngah. C Rakan rakan Fadhil. D Sekumpulan pengganas yang berfahaman komunis. 39. Mengapakah mereka menangkap Fadhil dan rakan rakannya? A Menemani mereka di dalam terowong itu. B Membantu mereka mencari jalan keluar dari terowong itu. C Mereka memerlukan tenaga untuk menggali tanah mencari harta karun. D Mereka memerlukan pertolongan untuk mencari makanan. 40. Berikut merupakan nilai yang terkandung di dalam novel kecuali A Kegigihan B Setia kawan C Keberanian D Mementingkan diri sendiri BAHAGIAN B Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, kenal pasti isi isi penting tentang peranan remaja dalam kejiranan. Tulis jawapan anda di ruang yang disediakan. Masyarakat bermula daripada jiran. Jiran pula terdiri daripada semua lapisan umur termasuk remaja. Dalam hal ini, remaja ada peranannya yang tersendiri. Konsep kejiranan serta persaudaraan cukup menarik dan mesti dikekalkan oleh masyarakat, khasnya golongan remaja. Remaja boleh mengaktifkan diri melalui persatuan masyarakat seperti Rukun Tetangga (RT). Kini, aktiviti RT semakin meluas fungsinya seperti aktiviti pendidikan, sukan, keagamaan, rekreasi, dan kesihatan. Remaja boleh terlibat dengan aktif. Melalui persaudaraan dan semangat kejiranan dapat mewujudkan rasa kasih sayang, bantu-membantu dan kekuatan dalam kalangan rakyat. Malah, melalui suara kolektif remaja dapat saling membantu, mengingatkan dan menegur sesuatu yang tidak kena dalam masyarakat. Semangat kejiranan dan persaudaraan yang akrab juga dapat menghilangkan perasaan iri hati, dengki, bermusuh-musuhan dan sifat negatif lain yang membawa perpecahan. Jiran yang sepakat dan bersatu padu mampu menjamin keselamatan kawasan setempat daripada ancaman luar. Semuanya dapat dibendung jika jiran memainkan peranan masing-masing dan remaja boleh mengambil inisiatif dengan melaporkannya kepada pihak berwajib setiap kali menyedari berlakunya perkara yang meragukan. Sesungguhnya, remaja boleh bekerjasama dengan media massa untuk menyemarakkan semangat kejiranan. Misalnya, dengan memaparkan rencana yang menekankan peri pentingnya semangat kejiranan dan perpaduan. Selain itu, remaja boleh berinteraksi dengan ibu bapa untuk memastikan kejiranan golongan remaja sentiasa kondusif dan baik. Mereka juga perlu berbincang dan bersepakat dalam melaksanakan program yang bersesuaian agar matlamat yang satu dapat dicapai. Hal ini demikian kerana semangat kejiranan mampu mengekalkan

keamanan, keselamatan dan ketenteraman. Remaja mesti menjadikan agama sebagai pegangan utama agar lebih bertanggungjawab kepada diri sendiri, kejiranan dan negara. Remaja perlu mempunyai daya tahan dari segi fizikal dan mental agar dapat membentuk kejiranan yang kental dan utuh. Elemen jati diri dan kawalan diri yang kukuh dapat mengawal perasaan dan emosi dari pada terjerumus ke lembah yang hina. Segala usaha untuk memupuk semangat kejiranan dalam kalangan masyarakat tidak dapat dicapai dalam masa yang singkat. Walau bagaimanapun, sentiasalah beringat bahawa tiada gunung yang tidak dapat didaki, tiada lurah yang tidak dapat dituruni. (Dipetik dan diubah suai daripada rencana Hidup Berjiran Muafakat Masyarakat, Juliana Mansor, Dewan Siswa Mac 2011)

ISI 1 ISI 2 ISI 3 ISI 4 ISI 5

KERTAS SOALAN TAMAT

Disediakan oleh:

Disemak oleh:

Disahkan oleh:

________________________ __________________

________________________

Anda mungkin juga menyukai