Anda di halaman 1dari 3

KATA ARAH

Kata arah ialah kata yang digunakan untuk menunjukkan arah, hala atau jurusan. Dari segi penggunaan, kata arah biasanya didahului oleh kata sendi di, dari, dan ke. Yang berikut ialah contoh kata arah yang biasa digunakan dalam bahasa Melayu. antara atas barat belakang dalam hadapan hujung kanan kiri luar pangkal samping sebalik sebelah seberang segi sekeliling selatan sisi sudut tengah tepi timur utara

Perhatikan penggunaan kata arah dalam ayat-ayat di bawah ini. 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. Ular sawa itu menyusur dari tepi tasik yang terbiar itu. Ayah menyimpan guni-guni padi itu di belakang rumah. Pak Abu mencampakkan sampah sarap itu ke dalam perigi buta itu. Aida mengalihkan pasu bunganya itu ke sebelah almari perhiasan di ruang tamu. Dari kanan jalan besar itu kami dapat melihat pekerja-pekerja telekom itu sedang memasang kabel. Abang Razak membawa bangkai buaya itu ke tepi tebing sungai. Sebutir bom lama ditemukan oleh pekerja binaan itu ketika dia sedang berehat di pangkal pokok jambu itu. 8. Di hujung jalan sana, akan didirikan sebuah pondok tempat menunggu bas. 9. Ibu menyimpan ikan salai itu di atas para-para di dapur rumah. 10. Kereta api mel Senandung Malam itu bergerak menuju ke selatan Semenanjung Malaysia. Dari segi penggunaan dan dalam penulisan, kata arah mesti didahului kata sendi di, ke, dan dari. Contoh: 1. Kereta yang terlibat dalam pelanggaran itu terjunam ke dalam gaung yang dalam itu. 2. Puan Mariah menyuruh orang gajinya mencampakkan tulang ikan dan tulang ayam itu ke dalam longkang di belakang rumahnya itu.

...games can be used at all levels in language syllabus and with all types of pupils from primary school children to adults... Kaedah permainan bahasa boleh digunakan pada semua peringkat silibus bahasa dan untuk sesuai untuk dimainkan oleh pelbagai jenis murid bermula dari sekolah rendah hinggalah sekolah menengah. Alan Chamberlain (1986)

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007

Alam Bahasa Melayu

Sepanjang kajian ini, saya berhadapan dengan beberapa kekangan. Antaranya murid- mudah berputus asa apabila diberikan latihan yang berbentuk kemahiran membina ayat. Selain itu, sepanjang tempoh kajian saya mengalami masalah kesuntukkan masa kerana terlibat dengan program-program sekolah yang lain. Namun, berkat kesabaran dan bantuan daripada rakan-rakan, kajian ini dapat disiapkan seperti yang dirancang. Hasil daripada kajian tindakan ini, saya dapat mengenal pasti bahawa kelemahan pelajar dalam membina ayat terutamanya di dalam Bahasa Inggeris berpunca daripada pelbagai faktor. Salah satu faktornya ialah murid tidak cuba menggunakan bantuan yang telah diberikan. Bantuan yang dimaksudkan ialah kebiasaannya murid akan diberikan bantuan gambar dan kata kunci untuk membina ayat, tetapi murid hanya akan membina ayat dengan bantuan kata kunci sahaja. Mereka tidak cuba mengembangkan idea melalui gambar yang diberikan. Oleh itu, tindakan yang telah saya ambil adalah dengan menyuruh murid cuba mentafsir gambar yang diberikan bagi memperolehi lebih kata kunci atau perbendaharaan kata. Murid seterusnya cuba menyenaraikan kata kunci bersebelahan gambar yang diberikan dan memasukkannya ke dalam ayat yang akan dibina. Ayat yang dibina menjadi lebih baik dan bilangan perbendaharaan juga telah bertambah. Walau bagaimanapun, kaedah ini lebih sesuai untuk murid-murid yang berada dalam tahap sederhana dan baik. Untuk murid murid yang terlalu lemah, kaedah ini hanya sesuai setelah kaedah-kaedah lain

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007

Alam Bahasa Melayu

yang berkaitan dengan ilmu penulisan dan bacaan dimantapkan terlebih dahulu. Saya agak berpuas hati dengan dapatan kajian yang telah dijalankan. Kajian tindakan gelung pertama ini telah menunjukkan bahawa saya telah berjaya membantu murid-murid meningkatkan kemahiran membina ayat dengan bantuan gambar dan kata kunci. Kajian ini perlu diteruskan sama ada pada kemahiran yang sama atau kemahiran yang berbeza mengikut keperluan murid kerana pencapaian murid banyak bergantung kepada amalan pengajaran dan pembelajaran. Selain daripada itu, saya juga berharap kajian tindakan ini dapat dijalankan ke atas murid-murid tahun 6. Ini kerana murid-murid tahun 6 mempunyai lebih banyak perbendaharaan kata dan pengetahuan tentang nahu atau grammar yang lebih baik. Gelung pertama merupakan panduan ke arah tindakan yang lebih baik pada masa yang akan datang.

Pearson Malaysia Sdn Bhd 2007

Alam Bahasa Melayu

Anda mungkin juga menyukai