Anda di halaman 1dari 9

Bahagian A(I) : Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang cara-cara
meningkatkan tahap kesihatan. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan . Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Kesihatan amat penting kepada manusia. Kekayaan yang melimpah-ruah atau pangkat yang tinggi
tidak berguna jika tubuh kita menanggung pelbagai penyakit. Kita mestilah menjaga kesihatan kerana jika
kesihatan kita terjejas, usaha untuk memulihkannya mungkin agak sukar dan memerlukan perbelanjaan yang
tinggi.
Sesiapapun tidak dapat menafikan bahawa makanan sangat penting kepada kita. Kita perlu makan
untuk hidup tetapi janganlah kita makan mengikut rasa dan selera sehingga menimbulkan mudarat kepada
badan. Kita mesti mengambil makanan seimbang setiap hari. Makanan seimbang mengandungi semua zat dan
vitamin yang diperlukan oleh badan. Selain makan daging atau ikan, kita perlu juga makan sayur-sayuran serta
buah-buahan. Masalahnya, pada masa ini ramai orang, khususnya remaja dan kanak-kanak tidak suka makan
sayur-sayuran atau buah-buahan. Mereka lebih meminati coklat atau aiskrim yang mengandungi lemak dan
boleh menyebabkan kegemukan. Pengetahuan tentang piramid makanan boleh membantu kita menguruskan
pengambilan makanan yang betul.

Kita juga perlu memastikan kebersihan makanan yang dimakan. Makanan yang dihidangkan
hendaklah sentiasa tertutup daripada habuk dan tidak dihinggapi lalat. Makanan yang kotor atau yang telah
tercemar boleh menyebabkan keracunan. Dalam kalangan remaja zaman sekarang, menikmati makan segera
di restoran makanan segera sudah menjadi seperti satu kemestian. Makanan di restoran berkenaan memang
sedap tetapi di sebalik kesedapan itu tersembunyi kesan sampingan yang boleh mendatangkan mudarat kepada
pengguna. Makanan segera seperti ayam goreng atau kentang goreng perlu dikurangkan kerana mengandungi
lebihan garam dan lemak yang akan menyebabkan penyakit darah tinggi dan sakit jantung.

Kita perlu juga melakukan senaman untuk meningkatkan tahap kesihatan. Tujuan kita
bersenam adalah untuk mengeluarkan peluh yang mengandungi bahan-bahan yang tidak diperlukan oleh
badan. Untuk bersenam atau mengeluarkan peluh, kita tidak memerlukan sebarang perbelanjaan. Cara
mengeluarkan peluh yang paling mudah adalah berjoging. Pemeriksaan doktor secara berkala juga perlu bagi
memastikan kesihatan kita berada pada tahap yang baik. Melalui pemeriksaan doktor, kita mungkin dapat
mengesan sebarang penyakit yang baru hendak bermula. Dengan itu langkah pencegahan akan lebih mudah.
Masalah yang kerap timbul ialah kebanyakan orang bertemu dengan doktor setelah penyakit sudah berada di
peringkat kronik.
Kesihatan ialah anugerah Tuhan yang tidak dapat dijual beli. Kita perlu sentiasa prihatin terhadap
tahap kesihatan kita. Sesungguhnya, mencegah adalah lebih baik daripada merawat penyakit.

Bahagian A(ii): Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A(I), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Apakah maksud rangkai kata Pemeriksaan doktor secara berkala? (2 markah)

2. Berdasarkan petikan, nyatakan empat jenis makanan yang disukai oleh golongan remaja.
(4 markah)

3. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk menggalakkan masyarakat mementingkan
penjagaan kesihatan? (4 markah)
Latihan 4 : Bahagian A(I) : Ringkasan (Jawapan)
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang ancaman yang
dihadapi oleh sistem ekologi dunia . Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan . Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Sistem ekologi dunia kini terancam. Pencemaran alam sudah berada pada tahap yang serius dan
mencemaskan manusia. Suhu dunia semakin meningkat (1). Masalah ini ditambah pula dengan kejadian hujan
asid akibat pembebasan gas berbahaya ke udara (2) dan pelbagai fenomena ganjil lain yang terus
membimbangkan kita. Selain itu, penipisan lapisan ozon juga semakin ketara akibat penguraian
kloroflorokarbon(CFC)(3). Isu penipisan ozon sering diperkatakan kerana kerosakan tersebut sukar dibaiki atau
ditebus kembali sekiranya langkah-langkah pengawalan tidak dijalankan.

Hutan berperanan untuk memulihara alam sekitar dengan menentukan keseimbangan suhu bumi.
Namun, hutan juga diancam kemusnahan.Kemusnahan hutan berlaku akibat penebangan hutan yang
berleluasa tanpa perancangan yang sistematik (4). Tindakan manusia yang terlalu tamak itu juga akhirnya
menyebabkan bekalan air bersih semakin berkurangan (5). Ancaman terhadap alam semakin dirasai dan dan
disedari oleh masyarakat umum berdasarkan pengalaman negara-negara Barat. Itulah sebabnya pelbagai
bentuk kempen yang menelan belanja berhuta-juta ringgit dilancarkan oleh kerajaan dan juga pertubuhan
bukan kerajaan(NGO) semata-mata untuk menyelamatkan saki-baki hutan yang tidak terusik di seluruh dunia.

Kesan rumah kaca, selain disebabkan pembebasan gas karbon dioksida secara berlebihan ke udara
(6), berkait rapat juga dengan jumlah hutan yang semakin berkurangan. Gas karbon dioksida yang bebas akibat
daripada pembakaran bahan api fosil ditukarkan kepada aksigen dan nutrien lain melalui proses fotosintesis
dan menetapkan aras gas oksigen udara pada tahap yang normal.Kitaran yang serupa berulangkali
sehinggalah gas karbon dioksida yang bebas terlalu berlebihan dan tidak mampu ditampung oleh tumbuh-
tumbuhan hijau yang semakin berkurangan. Hasilnya ialah pengumpulan gas karbon dioksida yang memenuhi
ruang atmosfera bumi (7).

Dalam pada itu, matahari memancarkan sebahagian cahayanya dalam bentuk sinar ultraungu ke
bumi. Dengan penipisan lapisan ozon, jumlah sinar ultraungu yang sampai ke permukaan bumi kian meningkat.
Gas karbon dioksida yang semakin bertambah di ruang atmosfera bumi tidak dapat menyerap sianaran
ultraungu ini. Hanya sejumlah kecil sinar ultraungu yang diserap oleh permukaan bumi, sementara selebihnya
memantul semula dalam bentuk sinar ultramerah yang mengandungi aras tenaga haba yang tinggi. Gas karbon
diaosida akan memerangkap sinar ultramerah keluar dari ruang udara bumi. Haba yang terperangkap
menjadikan bumi seolah-olah sebuah rumah kaca yang menerima pancaran matahari, tetapi tidak berupaya
membebaskan (8)tenaga haba yang diperoleh.

I -
B-
Ringkasan 1

Sistem ekologi dunia semakin menghadapi banyak ancaman. Salah satu ancaman adalah
suhu dunia semakin meningkat. Selain itu, berlaku kejadian hujan asid. Seterusnya,
penipisan lapisan ozon semakin ketara akibat penguraian kloroflorokarbon (CFC) dan
kemusnahan hutan akibat penebangan hutan yang berleluasa juga semakin teruk. Selain
itu, kesan rumah kaca akibat pembebasan gas karbon dioksida secara berlebihan juga
berlaku.
52 patah perkataan

Ringkasan 2

Antara ancaman yang dihadapi oleh sistem ekologi dunia ialah suhu dunia yang semakin
meningkat. Seterusnya, kejadian hujan asid akibat pembebasan gas berbahaya ke udara.
Selain itu, penipisan lapisan ozon juga semakin ketara akibat penguraian kloroflorokarbon
(CFC). Malah, kemusnahan hutan akibat penebangan hutan yang berleluasa tanpa
perancangan yang sistematik. Selain itu, kesan rumah kaca akibat pembebasan gas
karbon dioksida secara berlebihan ke udara berkait rapat juga dengan jumlah hutan yang semakin
berkurangan. Pada masa yang sama, gas karbon dioksida telah memenuhi ruang atmosfera
bumi. Akhir sekali, jumlah sinar ultraungu yang sampai ke permukaan bumi juga kian
meningkat .

92 patah perkataan

Ringkasan 3

Belakangan ini sistem ekologi dunia menghadapi banyak ancaman sebagai akibat kegiatan
manusia. Salah satu ancaman yang ketara adalah suhu dunia yang semakin meningkat.
Selain itu, kejadian hujan asid akibat pembebasan gas berbahaya ke udara semakin
berleluasa. Seterusnya, penipisan lapisan ozon juga semakin ketara akibat penguraian
kloroflorokarbon (CFC). Malah, kemusnahan hutan akibat penebangan hutan yang
berleluasa tanpa perancangan yang sistematik juga semakin membimbangkan. Turut
berlaku adalah kesan rumah kaca akibat pembebasan gas karbon dioksida secara
berlebihan ke udara. Akhir sekali, gas karbon dioksida telah memenuhi ruang atmosfera
bumi.
Bahagian A(ii): Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A(I), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Apakah maksud frasa penipisan lapisan ozon? (2 markah)

Maksud frasa penipisan lapisan ozon adalah penghakisan penapis cahaya matahari

2. Berdasarkan petikan, mengapakah berlakunya kesan rumah kaca? (4 markah)

Kesan rumah kaca berlaku sebagai akibat penebangan hutan yang berleluasa. Masalah ini juga berlaku
akibat pembebasan gas karbon dioksida secara berlebihan di samping sinar ultraungu matahari yang
tidak dapat diserap oleh gas karbon dioksida.

3. Pada pendapat anda, apakah peranan masyarakat dalam usaha mengekalkan keseimbangan ekologi
dunia? (4 markah)
Dalam menangani masalah ini, masyarakat hendaklah mengelakkan daripada melakukan
pembakaran secara terbuka. Selain itu, masyarakat juga tidak seharusnya menebang pokok
secara berleluasa / tanpa kawalan malah mereka perlu menanam semula pokok selepas
ditebang. Masyarakat juga perlu mengurangkan penggunaan bahan yang mengandungi
kloroflorokarbon (CFC).
Latihan 5 : Bahagian A(I) : Ringkasan

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang kesan-kesan yang
wujud akibat penyalahgunaan dadah. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan . Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Penemuan dadah pada mulanya memberikan manfaat yang besar dalam dunia perubatan. Kajian
demi kajian telah dilakukan untuk menghasilkan pelbagai jenis dadah. Sebagai hasil kajian-kajian tersebut,
muncullah pelbagai jenis dadah seperti morfin, heroin, dan kokain. Walaupun bermanfaat dadah juga dapat
mengakibatkan pelbagai keburukan apabila penggunaannya disalahgunakan sehingga menyebabkan ketagihan.

Dadah mampu memusnahkan kebahagiaan hidup seseorang. Apabila seseorang menagih dadah,
maka gelaplah masa depannya. Badan dan otaknya menjadi lemah kerana dadah meracuni tubuhnya. Hidupnya
akakn sentiasa terseksa oleh rasa loya, pening, sakit perut, kekejangan, muntuh-muntuh dan pelbagai gejala
lagi. Gejala yang paling dahsyat akibat penyalahgunaan dadah ialah sindrom kurang daya tahan melawan
penyakit (AIDS). Puncanya bukan disebabkan dadah tetapi akibat jangkitan virus kurang daya tahan melawan
penyakit (HIV) kerana berkongsi jarum suntikan sesame penagih.

Penagih dadah dianggap sebagai bangkai bernyawa yang hidup terkapai-kapai. Tidak ada sesiapa
yang ingin menjadi temannya. Mereka dianggap sampah masyarakat. Akibat pengaruh dadah juga, para
penagih dadah akan hilaang harga diri dan kehilangan sifat-sifat kemanusiaan. Mereka juga sering berbalah,
malah ada antaranya yang sanggup membunuh kerana berebutklan dadah. Selain itu, mereka juga mudah
terjerumus ke dalam seribu satu macam kegiatan jenayah dan kemungkaran.

Negara pula akan mengalami kerugian dari segi sumber tenaga manusia. Hal ini demikian kerana
tenaga mereka tidak dapat digunakan untuk pembangunan negara. Disamping itu, tenaga para belia yang
menagih dadah ini juga dapat digunakan untuk mempertahankan negara. Sebagai akibatnya, pertahanan
neagra mungkin menjadi lemah dan hal ini memungkinkan mana-mana kuasa asing melancarkan niat jahatnya
terhadap negara kita. Dalam pada itu, masyarakat dan kerajaan terpaksa pula berbelanja besar untuk
memberikan rawatan kepada para penagih dadah. Peruntukan terhadap pembangunan sosioekonomi negara
terpaksa dikurangkan kerana terpaksa disalurkan usaha membiyai pembinaan serta pengurusan pusat-pusat
pemulihan penagih dadah, melancarkan kempen antidadah dan sebagainya.

Sesungguhnya, penyalahgunaan dadah banyak keburukkannya. Oleh sebab itulah, kerajaan

Bahagian A(ii): Pemahaman
menganggap dadah sebagai musuh utama negara dan melancarkan pelbagai kempen untuk membendung
masalah penyalahgunaan
Berdasarkan dadah. A(I),
petikan Bahagian Kita wajar
jawabmenyokong segalayang
soalan-soalan usahaberikut
kerajaan demi keselamatan
dengan menggunakannegara
ayatdan
anda
kesejahtaraan masyarakat umumnya.
sendiri.

1. Apakah maksud frasa bangkai bernyawa yang hidup terkapai-kapai? (2 markah)

2. Berdasarkan petikan, nyatakan kesan penyakahgunaan dadah kepada negara? (4 markah)

3. Pada pendapat anda, apakah faktor yang mendorong para belia terlibat dalam penyalahgunaan dadah?
(4 markah)
Latihan 5 : Bahagian A(I) : Ringkasan (Jawapan)

masalah penyalahgunaan dadah. Kita wajar menyokong segala usaha kerajaan demi keselamatan negara dan
kesejahtaraan masyarakat umumnya.
Bahagian A(ii): Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A(I), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Apakah maksud frasa bangkai bernyawa yang hidup terkapai-kapai? (2 markah)

2. Berdasarkan petikan, nyatakan kesan penyakahgunaan dadah kepada negara? (4 markah)

3. Pada pendapat anda, apakah faktor yang mendorong para belia terlibat dalam penyalahgunaan dadah?
(4 markah)
Latihan 6 : Bahagian A(I) : Ringkasan
Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang manfaat
pembinaan lebuh raya di negara ini. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan . Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Selaras dengan kepesatan pembangunan negara,banyak lebuh raya telah dibina di negara ini. Antaranya ialah
Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Timur Barat, Lebuh Raya Lingkaran Tengah dan banyak lagi.
Kebanyakan lebuh raya ini terletak di sekitar Lembah Kelang, Pulua Pinang dan Johor. Lebuh-lebuh raya ini
diselenggarkan oleh syarikat-syarikat konsesi yang telah dilantik oleh kerajaan.

Pembinaan lebuh raya dapat mengurangkan masa perjalanan dan seterusnya menjimatkan kos
pengangkutan. Sebagai contoh, dengan adanya Lebuh Raya Utara Selatan, perjalanan dari Johor Bahru ke
Bukit Kayu Hitam hanya mengambil masa kira-kira 8 jamsahaja berbanding dengan 15 jam jika
menggunakanjalan persekutuan. Dengan adanya lebuh raya, perjalanan pengguna tidak terganggu oleh lampu
isyarat dan persimpangan yang terlalu banyak yang boleh melambatkan perjalanan. Pengguna akan menikmati
keselesaan memandu di jalan yang lebar dan luas.

Pembinaan lebuh raya juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya. Berdasrkan statistik
kemalangan jalan raya yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia, kadar kemalangan maut di lebuh raya
adalah jauh lebih rendah berbanding dengan kadar kemalangan maut di jalan-jalan persekutuan. Lebuh raya
menyediakan lorong-lorong untuk pemandu mengikut kelajuan masing-masing. Walaupun masih berlaku
kemalangan lebuh raya, tetapi puncanya lebih kepada kelalaian pengguna sendiri. Hal ini berbeza di jalan-jalan
biasa yang bengkang- bengkok, banyak simpang dan sempit.

Demi menjamin keselesaan pengguna, pelbagai kemudahan telah disediakan di lebuh raya.
Antaranya ialah kawasan hentian rehat dan rawat (R&R). Di setiap hentian tersebut terdapat kemudahan
restoren, tandas yang bersih dan selesa, surau, pondok-pondok rehat dan stesen minyak. Dengan adanya
kemudahan-kemudahan tersebut, pengguna lebuh raya dapat melepaskan penat semasa dalam perjalanan
jauh. Terdapat juga kemudahan telefon kecemasan di sepanjang lebuh raya yang membolehkan pengguna
mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan.

Bagi rakyat yang tinggal berdekatan dengan lebuh raya, secara tidak langsung akan menikmati
peningkatan taraf sosioekonomi. Antaranya ialah mereka berpeluang menjalankan peniagaan makanan dan kraf
tangan di kawasan yang disediakan. Pembinaan lebuh raya juga telah mewujudkan peluang-peluang pekerjaan
untuk para belia yang tinggal di kawasan lebuh raya. Secara tidak lansung masalah penghijrahan golongan belia
ke bandar dapat dikurangkan.

Pembinaan lebuh raya banyak manfaatnya. Walaupun pengguna lebuh raya terpaksa membayar tol
yang agak tinggi apabila menggunakan lebuh raya namun kita masih boleh berjimat dari segi penggunan bahan
api dan juga masa perjalanan serta keselamatan.

Bahagian A(ii): Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A(I), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Apakah maksud frasa diselenggara oleh syarikat-syarikat kosesi? (2 markah)

2. Berdasarkan petikan, nyatakan empat kelebihan mengunakan lebuh raya. (4 markah)

3. Pada pendapat anda, apakah cara terbaik untuk mengatasi kemalangan jalan raya di lebuh raya dan di
jalan-jalan persekutuan? (4 markah)

Selaras dengan kepesatan pembangunan negara,banyak lebuh raya telah dibina di negara ini. Antaranya ialah
Lebuh Raya Utara Selatan, Lebuh Raya Timur Barat, Lebuh Raya Lingkaran Tengah dan banyak lagi.
Kebanyakan lebuh raya ini terletak di sekitar Lembah Kelang, Pulau Pinang dan Johor. Lebuh-lebuh raya ini
diselenggarkan oleh syarikat-syarikat konsesi yang telah dilantik oleh kerajaan.

Pembinaan lebuh raya dapat mengurangkan masa perjalanan dan seterusnya menjimatkan kos
pengangkutan (1). Sebagai contoh, dengan adanya Lebuh Raya Utara Selatan, perjalanan dari Johor Bahru ke
Bukit Kayu Hitam hanya mengambil masa kira-kira 8 jam sahaja berbanding dengan 15 jam jika
menggunakanjalan persekutuan. Dengan adanya lebuh raya, perjalanan pengguna tidak terganggu oleh lampu
isyarat dan persimpangan yang terlalu banyak yang boleh melambatkan perjalanan. Pengguna akan menikmati
keselesaan memandu di jalan yang lebar dan luas (2).

Pembinaan lebuh raya juga mampu mengurangkan kadar kemalangan jalan raya (3). Berdasarkan
statistik kemalangan jalan raya yang dikeluarkan oleh pihak Polis Diraja Malaysia, kadar kemalangan maut di
Latihan 6 : Bahagian A(I) : Ringkasan (Jawapan)
lebuh raya adalah jauh lebih rendah berbanding dengan kadar kemalangan maut di jalan-jalan persekutuan.
Baca
Lebuhpetikan
raya di bawah dengan
menyediakan teliti. Berdasarkan
lorong-lorong untuk pemandupetikan tersebut,
mengikut tulis masing-masing.
kelajuan sebuah ringkasan tentang masih
Walaupun manfaat
pembinaan lebuh raya lebuh
berlaku kemalangan di negara Panjang
raya,ini.tetapi ringkasan
puncanya lebih anda hendaklah
kepada kelalaiantidak melebihi
pengguna 80 patah
sendiri. berbeza. diAnda
perkataan
Hal ini
digalakkan
jalan-jalanmenggunakan ayat sendiri
biasa yang bengkang- tanpa mengubah
bengkok, maksuddan
banyak simpang asalsempit.
petikan.

Demi menjamin keselesaan pengguna, pelbagai kemudahan telah disediakan di lebuh raya.
Antaranya ialah kawasan hentian rehat dan rawat (R&R). Di setiap hentian tersebut terdapat kemudahan
restoren, tandas yang bersih dan selesa, surau, pondok-pondok rehat dan stesen minyak. Dengan adanya
kemudahan-kemudahan tersebut, pengguna lebuh raya dapat melepaskan penat semasa dalam perjalanan jauh
(4). Terdapat juga kemudahan telefon kecemasan di sepanjang lebuh raya yang membolehkan pengguna
mendapatkan bantuan segera sekiranya berlaku kecemasan (5).

Bagi rakyat yang tinggal berdekatan dengan lebuh raya, secara tidak langsung akan menikmati
peningkatan taraf sosioekonomi (6). Antaranya ialah mereka berpeluang menjalankan peniagaan makanan dan
kraf tangan di kawasan yang disediakan. Pembinaan lebuh raya juga telah mewujudkan peluang-peluang
pekerjaan untuk para belia yang tinggal di kawasan lebuh raya (7). Secara tidak langsung masalah penghijrahan
golongan belia ke bandar dapat dikurangkan (8).

Pembinaan lebuh raya banyak manfaatnya. Walaupun pengguna lebuh raya terpaksa membayar tol
yang agak tinggi apabila menggunakan lebuh raya namun kita masih boleh berjimat dari segi penggunan bahan
api dan juga masa perjalanan serta keselamatan.
Bahagian A(ii): Pemahaman

Berdasarkan petikan Bahagian A(I), jawab soalan-soalan yang berikut dengan menggunakan ayat anda
sendiri.

1. Apakah maksud frasa diselenggara oleh syarikat-syarikat kosesi? (2 markah)

2. Berdasarkan petikan, nyatakan empat kelebihan mengunakan lebuh raya. (4 markah)

Baca petikan di bawah dengan teliti. Berdasarkan petikan tersebut, tulis sebuah ringkasan tentang manfaat
pembinaan lebuh raya di negara ini. Panjang ringkasan anda hendaklah tidak melebihi 80 patah perkataan . Anda
digalakkan menggunakan ayat sendiri tanpa mengubah maksud asal petikan.

Anda mungkin juga menyukai