Anda di halaman 1dari 11

RAMALAN KOMSAS 2016 - CERPEN TINGKATAN 4

RAMALAN 1
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Aku cepat-cepat menarik tanganku. Hatiku berdebar-debar. Bukan kerana penangan
sentuhan Putera Turki berwajah tampan, tetapi kerana harga yang disebutkan. Aku tidak ada duit
sebanyak itu. Aku tidak ada niat langsung untuk membeli jaket kulit kijang yang lembut itu.
Dr. Liza dan Hajah Normah sudah pun membayar harga jaket kulit pilihan hati. Wajah
kedua-dua pembantu kedai itu berseri-seri. Rasanya sudah lebih setengah jam kami berada di
dalam kedai itu.
Dr. Liza, Hajah Normah dan Hajah Zalehon hendak mengambil angin segar di luar kedai.
Kak Chah dan Shahmeen turut mengikuti langkah mereka. Tinggal aku sahaja yang masih
berjaket kulit dan bagaikan menjadi orang tawanan di dalam kedai.
“Sorry sir. I have no intention to buy this jacket. I know this jacket is very high quality
and only for a high class person. But sorry, I don’t want to buy it. Thank you very much for
everything,” kataku berbudi bahasa sambil cuba menanggalkan jaket itu.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah hati aku berdebar-debar?                                                     
[2 markah]

(ii)               Pada pendapat anda, apakah usaha-usaha yang boleh dilakukan oleh peniaga untuk menarik
minat pelanggan membeli barangan yang didagangkan?
                                                                                                                  [3 markah]
(iii)             Huraikan satu perwatakan aku yang
terdapat dalam petikan di atas dan satu perwatakan lain
daripada cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.                                                                                                   
[4 markah]

(i)                  Hati aku berdebar-debar kerana


 

-harga yang disebutkan amat tinggi


-“aku” tidak memiliki duit sebanyak itu
(ii)               Untuk menarik minat pelanggan, peniaga bolehlah
-memikirkan nama dan slogan yang menarik untuk produk
-memberikan perkhidmatan selepas pembelian
-menggunakan bahasa yang bersopan dan mesra pelanggan
(iii)            Perwatakan aku dalam petikan
-seorang yang berbudi bahasa / sopan
B- meminta maaf kepada peniaga jaket kerana tidak membelinya
Perwatakan aku dalam keseluruhan cerpen
-seorang yang bijaksana
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar
negara
-seorang berhati-hati / rasional
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-seorang yang penyayang / baik hati
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu
melancong ke luar negara
RAMALAN 2
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Jaket kain itu kubeli dengan harga RM50.00 di sebuah kedai menjual baju terpakai di
tanah airku. Banyak sudah jasa jaket kain itu kepadaku. Poketnya ada dua di sebelah kiri dan
kanan. Terdapat tali bermanik hitam yang membolehkan poket itu dijerut, sekali gus menjamin
keselamatan isi poket. Lazimnya, aku meletakkan pasport di poket kanan dan sedikit duit di
poket kiri. Terdapat empat butang bulat berwarna perak dari atas hingga ke bawah jaket. Rumah
butangnya besar dan dijahit kemas. Terdapat zip panjang yang membolehkan jaket itu dizip
sampai ke pangkal leher. Kolarnya tinggi dan lengannya boleh dilipat.
Jaket itu sudah mengikut aku mengembara hampir ke seluruh dunia. Dari negara miskin
Bangladesh hingga negara mewah United Kingdom. Dari Indonesia di Asia Tenggara hingga
Turki di Asia Tengah. Aku belum berniat untuk mencari pengganti jaket kain itu.
Pekedai itu tidak mudah putus asa. Dia menunjukkan sehelai jaket kulit berwarna hitam
dengan pengikat leher berwarna merah. Pengikat leher itu boleh berfungsi sebagai topi jika
ditarik ke atas. Potongannya memang cantik. Bertali, berpinggang, labuh separas lutut dan
kelihatan sopan. Memang nampak seperti jaket untuk wanita.

(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’


oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan oleh pekedai itu
cantik?                                                                              
[2 markah]

(ii)               Sebagai seorang pengguna, apakah kriteria-kriteria yang anda utamakan sebelum membuat


keputusan untuk membeli pakaian?
                                                                                                                 [3 markah]
(iii)             Jelaskan satu pengajaran yang terdapat dalam petikan di atas dan satu pengajaran lain daripada
cerpen tersebut yang tidak dalam petikan.  
[4 markah]

(i)                  Aku beranggapan bahawa potongan jaket kulit yang ditunjukkan


oleh pekedai itu cantik kerana
-bertali
-berpinggang
-labuh paras lutut
-kelihatan sopan
(ii)               Kriteria sebelum membuat keputusan untuk membeli pakaian
-kualiti jaket yang tahan lama
-perkhidmatan selepas pembelian seperti mengubah suai saiz
-harga yang berpatutan
(iii)            Pengajaran dalam Petikan
-Kita mestilah rajin berusaha tanpa berputus asa dalam perniagaan
B- pekedai itu tidak berputus asa walaupun “aku” tidak membeli
jaket yang dijualnya, sebaliknya menunjukkan sehelai jaket yang
berwarna hitam dengan pengikat leher berwarna merah
Pengajran dalam keseluruhan cerpen
-Kita mestilah berjimat cermat dalam perbelanjaan
B-Mas bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar
negara
-Kita mestilah membuat perbandingan harga sebelum membeli
barang
B-Mas membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu
barang
-Kita mestilah sayang akan ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu
melancong ke luar negara
 RAMALAN 3
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Sebenarya, duitku cuma tinggal USD70 selepas aku membeli jaket kulit kijang (aku
mengetahui jenisnya setelah Encik Yuksel meneliti jaket tersebut). Aku memandang jaket yang
kini terletak di atas katil. Aku hanya membayar USD100 kepada Shahmeem. Dia mengurangkan
USD20 daripada harga pasaran gelap sebagai tanda terhutang budi.
Aku tidak nampak praktikalnya jaket itu untuk kegunaan harian di Malaysia.
Memakainya pasti akan membuat diri berasa panas dalam cuaca terik di tanah air. Jika keluar
negara, jaket itu cuma sesuai dipakai pada musim sejuk.
Menjaganya pasti memerlukan kerapian. Tidak boleh dibasuh. Tidak boleh dilipat
sembarangan. Walaupun harganya mahal, jaket kulit bukannya sesuatu yang tahan lasak.
Kainnya mudah carik dan jika koyak, tidak dapat dijahit dengan benang.
Lebih penting lagi, seekor atau lebih daripada seekor kijang telah dibunuh untuk
mendapatkan sehelai jaket kulit. Sebab itu, tidak ada jaket kulit yang murah. Harganya mahal
disebabkan ada nyawa yang terpaksa dikorbankan! Aku merasakan bahawa jaket kulit
sebenarnya lambang kemegahan dan kemewahan. Jaket kulit itu seperti lambang pendewaan dan
pemujaan diri.
(Dipetik daripada cerpen ‘Jaket Kulit Kijang dari Istanbul’
oleh Maskiah Haji Masrom,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah hati aku beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang sangat
cerewet?                                                                                
[2 markah]

(ii)               Kijang merupakan antara binatang liar yang kian pupus.


Pada pendapat anda, bagaimanakah cara untuk memastikan binatang-binatang liar terus
terpelihara dan tidak pupus daripada bumi ini?
 [3 markah]
(iii)             Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada
cerpen tersebut yang tidak dalam petikan. 
[4 markah]
(i)                  “Aku” beranggapan bahawa menjaga jaket kulit sesuatu yang
cerewat kerana
-dijaga dengan rapi
-tidak boleh dibasuh
-tidak boleh dilipat sembarangan
(ii)               Cara memastikan binatang liar terus terpelihara
-memperuntukkan hutan simpan atau taman negara
-membuat kajian dan penyelidikan tentang baka dan pembiakan
binatang liar
-pembinaan zoo dan taman binatang liar
-menguatkuasakan undang-undang hidupan liar
(iii)            Persoalan aku dalam petikan
-pakaian merupakan lambang kemegahan dan kemewahan
B- “aku” beranggapan bahawa pemakaian jaket kulit kijang
melambangkan kemegahan dan kemewahan
Persoalan dalam keseluruhan cerpen
-kebijaksanaan membuat perancangan
B-bijak membuat perancangan sewaktu membeli-belah di luar
negara
-sikap hati-hati dalam pembelian
B-membuat perbandingan harga sebelum membeli sesuatu barang
-Kasih sayang kepada ahli keluarga
B-membeli cenderamata untuk ahli keluarga yang terdekat sewaktu
melancong ke luar negara
 RAMALAN 4
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Dek benih penjajah yang menanamkan racun perkauman melalui sistem pecah dan
perintah, bernanahlah segala prasangka buruk sebelum meletusnya tragedi sengketa dan rusuhan
antara warga kota yang mewakili bangsa-bangsa yang berbeza fahaman, bahasa dan budaya.
Akibatnya, darah dan korban menjadi saksi kepada sebuah api pergolakan sehingga
mencetuskan huru-hara kepada negara yang baru setahun jagung menghirup udara kemerdekaan.
Seperti kata bonda kepada saya setiap kali menjengah kalendar Mei pada wajah hari.
“Tanah air ini pernah bernyala api tragedi. Penjajah menabur bara sengekata melalui
pengagihan sumber kekayaan bumi ini yang tidak seimbang. Bangsa pertama ditempatkan di
bandar-bandar besar sebagai peniaga dan pengusaha lombong bijij timah. Bangsa kedua terbiar
daripada arus pembangunan dengan mendiami kampung-kampung tradisional di luar bandar
sebagai nelayan dan pesawah. Bangsa ketiga pula terus-menerus melarat dalam kemiskinan di
ladang-ladang dan estet yang serba mundur. Masing-masing terpisah oleh tembok dan benteng
perkauman yang tebal...”

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Mengapakah penjajah dikatakan mengagihkan sumber kekayaan negara kita dengan tidak
seimbang?                                                                    
[2 markah]

(ii)               Penjajahan terhadap sesebuah negara meninggalkan kesan yang sangat besar kepada rakyat.
Pada pendapat anda, apakah kesan-kesan tersebut?
[3 markah]
(iii)             Jelaskan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada
keseluruhan cerpen tersebut.
[4 markah]

(i)                  Penjajah mengaihkan sumber keayaan negara kita dengan tidak


seimbang kerana
-bangsa pertama ditempatkan di bandar sebagaio nelayan dan
pesawah
-bangsa ketiga hidup miskin di ladang-ladang dan estet yang mundur
(ii)               Kesan penjajahan kepada rakyat
-kehilangan ahli keluarga yang mati terkorban
-kehilangan tempat tinggal yang menjadi sasaran penjajah
-kecederaan atau lumpuh seumur hidup akibat terkena tembakan
(iii)            Persoalan dalam petikan dalam petikan
-Masalah perpecahan kaum
B- penjajah membunuh racun perkauman melalui sistem pecah dan
perintah
-kekejaman penjajah pada zaman penjajahan
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem
pecah dan perintah
Persoalan dalam keseluruhan cerpen
-kepentingan bahasa kebangsaan
B-penulis berkata bahawa bahasa kebangsaan menjadi penghubung
kepada rakyat berbilang agama dan bangsa
-janji seorang anak kepada ibu
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina
kehidupan baharu di kota
 RAMALAN 5
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Setelah sekian lama, para sejarawan menemukan punca kehebatan nenek moyang bangsa
peribumi di tanah ini pada abad silam adalah kerana tiga perkara. Pertama, agama anutannya
yang berpaksikan akidah yang satu.
Kedua, bahasa ibunda yang menjadi wacana penghubung semua rakyat pelbagai
keturunan dan golongan. Ketiga, ketaatan dan kepatuhan kepada raja yang memerintah dengan
adil dan saksama. Saya cuba membandingkan antara sejarah silam dengan keadaan yang berlaku
pada hari ini. Saya melihat betapa jauhnya jurang yang memisahkan antara dua peta waktu itu,
baik daripada landskap politik, sosial masyarakat hinggalah acuan agama yang dianuti bangsa
saya.
Setelah beberapa purnama tertangguh, akhirnya saya merasakan sekelumit ilmu mengisi
dada saya sudah mampu membolehkan saya berjuang sebagai warga sebuah kota besar yang
agung itu. Kepada bonda, saya sampaikan hasrat untuk membina kehidupan yang lebih sempuma
di ibu kota. Tanah desa halaman ini tidak lagi dapat menjanjikan masa depan saya lebih menerus.
Saya perlukan kerjaya yang terjamin dan ekonomi yang stabil untuk merancang
kehidupan masa depan saya.

(Dipetik daripada cerpen ‘Munsyi’


oleh Husna Nazri,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Nyatakan dua kehebatan nenek moyang bangsa peribumi ini yang ditemukan oleh sejarawan?
[2 markah]
(ii)               Pada pendapat anda, selain berbekalkan ilmu pengetahuan, apakah persediaan-persediaan lain
yang perlu dilakukan sebelum seseorang itu berhijrah ke tempat lain? 
[3 markah]

(iii)             Huraikan satu latar masyarakat yang terdapat dalam petikan di atas dan satu latar masyarakat


lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.  
[4 markah]
  
(i)                  Kehebatan nenek moyang
-agama yang dianuti nenek moyang berpaksikan satu akidah
-bahasa ibuda menjadi penghubung semua rakyat pelbagai keturunan
dan golongan
(ii)               Persediaan sebelum berhijrah ke tempat lain
-mengenali dan mempelajari bahasa di tempat baharu
-membaca buku yang berkaitan dengan adat resam dan pantang
larang di tempat baharu
-mengkaji dan mencari maklumat tentang tempat yang penting dan
nombor kecemasan di tempat baharu
(iii)            Latar masyarakat dalam petikan
-masyarakat yang bijaksana
B- nenek moyang bijak berhubung antara satu dengan yang lain
dengan bahasa ibunda
Latar masyarakat dalam keseluruhan cerpen
-masyarakat penjajah yang kejam
B-rakyat yang berbilang kaum dan agama dipisahkan melalui sistem
pecah dan perintah
-masyarakat yang berpegang pada janji
B-penulis berjanji kepada ibunya bahawa dia akan membina
kehidupan baharu di kota
 RAMALAN 6
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
“Aku bergurau saja. Lagipun ini tanah kampung yang berstatus tanah pertanian. Apalagi
yang wajar dibuat selain berkebun dan menternak. Aku sudah mendapat nasihat dan berbincang
dengan beberapa orang. Aku sudah berbincang dengan agensi kerajaan yang bertanggungjawab
memajukan bidang pertanian.”
Hakim merancang agar tanah Pak Kaduk dapat dimanfaatkan. Dia memutuskan untuk
menternak ayam secara pertanian kontrak dengan sebuah syarikat besar. Syarikat ini beroperasi
dan terkenal di seluruh dunia sebagai Global Chicken. Global Chicken menubuhkan cawangan di
Malaysia dengan nama Rangkaian Jasa Agrikultur atau nama singkatanya RAJA. Hakim
membuat keputusan memasuki bidang penternakan bersandarkan beberapa faktor. Dia selalu
sangat mendengar para menteri dan pakar ekonomi berkata, “Pada masa sekarang ini kerajaan
sangat mementingkan aktiviti pengeluaran makanan. Negara mesti mengeluarkan lebih banyak
makanan.”
Sejak dahulu, dia sering mendengar pidato, “Tuan-tuan dan puan-puan, sebahagian besar
bahan makanan rakyat kita ialah bahan makanan yang diimport, sedangkan kita ada ratusan ribu
ekar tanah yang terbiar kosong dan tidak produktif. Mengapakah kita bergantung pada beras,
ikan, daging, ayam dan sayur-sayuran import?
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Apakah yang dilakukan oleh Hakim sebelum memulakan projek penternakan ayam?      
[2 markah]

(ii)               Pada pendapat anda, apakah kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar dalam


melaksanakan projek penternakan seperti Hakim?                                                     
[3 markah]

(iii)             Huraikan satu persoalan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu persoalan lain daripada


cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan.  
 [4 markah]
  
(i)                  Sebelum memulakan projek penternakan, Hakim
-mendapatkan nasihat dan berbincang dengan beberapa orang
-berbincang dengan agensi kerajaan yag bertanggungjawab untuk
memajukan bidang pertanian
(ii)               Kebaikan menjalinkan kerjasama dengan syarikat besar
-mempunyai modal yang lebih besar untuk membina syarikat
-memiliki imej dan nama yang tersendiri
-dapat memperbesar dan membuka banyak cawangan
(iii)            Persoalan dalam petikan
-Kepentingan mendapatkan nasihat perniagaan
B- Hakim mendapatkan nasihat daripada agensi kerajaan untuk
memajukan bidang pertanian
Peroalan dalam keseluruhan cerpen
-keberanian mempertahankan hak pusaka
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak
Kaduk sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula
-ketabahan menghadapi masalah dalam perniagaan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbesar
perniagaannya
 RAMALAN 7
Soalan 2 (b) - Petikan Prosa Moden
Baca petikan cerpen di bawah dengan teliti, kemudian jawab soalan-soalan yang berikutnya
dengan menggunakan ayat anda sendiri.
Azam dengan lidah yang fasih telah berhujah di mahkamah. “Yang Arif, apabila raja
meminta bertukar ayam, adakah Pak Kaduk boleh membantah perintah raja? Dia akan dituduh
sebagai penderhaka dan mungkin kepalanya akan dipancung. Ini bermakna Kaduk telah
menyerahkan ayamnya Si Kunani kepada raja tanpa kerelaannya. Tidak wujud sebarang bukti
atau sebarang tandatangan atau MoU yang mengesahkan pertukaran ayam itu. Jadi, apabila Si
Kunani menang dalam persabungan, bererti Pak Kaduklah yang memang dan berhak menerima
apa-apa hadiah yang telah ditawarkan dalam perjanjian persabungan mengikut terma dan syarat
yang diperuntukkan, termasuklah mengekalkan hak milik tanah yang dituntut oleh anak guam
saya.”
Mahkamah mengumumkan keputusannya pada hari ini. Tidak payah aku ceritakan
butiran hujah dan beberapa helaian muka surat yang dibaca oleh tuan hakim di kamar
pengadilan. Yang pentingnya, tanah empat ekar di hujung kampung dan di tepi belukar itu kini
sah menjadi milik Hakim bin Hassan bin Kaduk. Alhamdulillah.
(Dipetik daripada cerpen ‘Kaduk, Ayam dan Raja’
oleh Zurinah Hassan,
dalam antologi Jaket Kulit Kijang dari Istanbul,
Dewan Bahasa dan Pustaka)
(i)                 Apakah yang bakal berlaku sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja? 
 [2 markah]

(ii)               Pada pendapat anda, apakah usaha yang perlu dilakukan oleh generasi akan datang untuk
memelihara tanah pusaka?
[3 markah]
(iii)             Huraikan satu nilai kemanusiaan yang terdapat dalam petikan di atas dan satu nilai
kemanusiaan lain daripada cerpen tersebut yang tidak terdapat dalam petikan. 
[4 markah]
  
(i)                  Sekiranya Pak Kaduk tidak bersetuju dengan perintah raja
-dia akan dituduh sebagai penderhaka
-kepalanya akan dipancung
(ii)               Usaha untuk memelihara tanah pusaka
-mempunyai sijil pemilikan tanah yang sah dan menjaganya dengan
baik
-mengusahakan tanaman atau ternakan di atas tanah pusaka
-membina rumah di atas tanah pusaka demi keselesaan keluarga
(iii)            Nilai kemanusiaan dalam petikan
-Ketaatan
B- Azam yang menjadi peguam kepada pihak Pak Kaduk berkata
bahawa Pak Kaduk tidak berani membantah perintah raja kerana dia
akan dituduh penderhaka dan kepalanya akan dipancung
Nilai kemanusiaan dalam keseluruhan cerpen
-keberanian
B-Hakim berani mempertahankan harta pusaka moyangnya, Pak
Kaduk sehingga berjaya mendapatkan tanah itu semula
-ketabahan
B-Hakim menghadapi masalah kekurangan modal untuk memperbesar
perniagaannya

Anda mungkin juga menyukai