Anda di halaman 1dari 2

Sajak Bintang

Maksud
Rangkap 1
Pada suatu malam, penyajak duduk di halaman rumahnya sambil
memerhatikan gugusan bintang di langit. Penyajak ingin terbang ke
langit untuk mengambil bintang-bintang itu dan memberikan bintang-
bintang itu kepada ayah dan ibunya. Penyajak merasakan
perbuatannya itu akan membuatkan ibunya gembira dan ayahnya
bahagia apabila melihat rumah mereka diterangi oleh cahaya bintang
tersebut.

Rangkap 2
Namun begitu, ibu penyajak mengatakan bahawa penyajak tidak perlu
berbuat demikian kerana ayah dan ibu penyajak sudah mempunyai
bintang yang bercahaya di rumah dan dalam jiwa mereka. Hal ini
demikian kerana penyajak ialah bintang hati ayah dan ibunya.

Tema dan Persoalan


Tema
Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya.
.
Persoalan
(a) Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.
(b) Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya.
(c) Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.
(d) Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan
bertanggungjawab.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak


(a) Terdiri daripada dua rangkap.
(b) Rangkap pertama mempunyai sepuluh baris dan rangkap kedua
mempunyai lapan baris.
(c) Bilangan katanya tiga hingga lima patah kata.
(d) Terdiri daripada enam hingga sepuluh suku kata.
(e) Bentuknya bebas.

Gaya Bahasa dan Keindahan Bunyi, Nada


(a) Anafora. Contohnya, bintang itu adalah aku bintang hati ayah dan
ibu.
(b) Metafora. Contohnya, bintang hati.
(c) Personifikasi. Contohnya, menghias langit yang terbentang.
(d) Kata ganda. Contohnya, bintang-bintang.
(e) Asonansi. Contohnya, begitu juga ibu (perulangan vokal u).
(f) Aliterasi. Contohnya, begitu juga jiwa mereka (perulangan
konsonan j).
(g) Rima akhir bagi rangkap pertama ialah abccdcdded dan rima akhir
bagi rangkap kedua ialah aabaccaa.
.
Nada
Romantis.

Nilai
(a) Kasih sayang.
(b) Mengenang jasa.
(c) Ketaatan.
(d) Tanggungjawab.
(e) Kejujuran.
.
Pengajaran
(a) Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli
keluarga.
(b) Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak
berbudi kepada kita.
(c) Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa
yang membesarkan kita sejak kecil.
(d) Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan
menggembirakan hati ibu bapa pada setiap masa.
(e) Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan
kebenaran.

Anda mungkin juga menyukai