Anda di halaman 1dari 2

Antologi Bintang Hati Tingkatan 3 Sajak : Bintang

PUISI MODEN – SAJAK : BINTANG

BIL SAJAK MAKSUD


1 Suatu malam aku duduk Pada suatu malam, penyajak duduk di
di halaman rumah halaman rumahnya sambil memerhatikan
kulihat cantiknya bintang-bintang gugusan bintang di langit. Penyajak ingin
menghias langit yang terbentang terbang ke langit untuk mengambil
aku ingin terbang ke sana bintang-bintang itu dan memberikan
membawa pulang bintang-bintang bintang-bintang itu kepada ayah dan
tentu ibu gembira ibunya. Penyajak merasakan
tentu ayah bahagia perbuatannya itu akan membuatkan
melihat rumah ini ibunya gembira dan ayahnya bahagia
penuh dengan cahaya. apabila melihat rumah mereka diterangi
oleh cahaya bintang tersebut.

2 Tetapi kata ibu Namun begitu, ibu penyajak mengatakan


itu tidak perlu bahawa penyajak tidak perlu berbuat
ayah sudah ada bintang demikian kerana ayah dan ibu penyajak
begitu juga ibu sudah mempunyai bintang yang
rumah sudah bercahaya bercahaya di rumah dan dalam jiwa
begitu juga jiwa mereka mereka. Hal ini demikian kerana penyajak
bintang itu adalah aku ialah bintang hati ayah dan ibunya.
bintang hati ayah dan ibu.

Tema
Kasih sayang yang utuh antara anak dengan ibu bapanya.

Persoalan
(a) Kasih sayang yang mendalam sesama ahli keluarga.
(b) Pengorbanan dan jasa ibu bapa yang tiada nilainya.
(c) Tanggungjawab seorang anak untuk membahagiakan ibu bapanya.
(d) Kebahagiaan ibu bapa terhadap anak yang taat dan bertanggungjawab.

Bentuk dan Ciri-ciri Sajak


(a) Terdiri daripada dua rangkap.
(b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah tidak sama. Contohnya:
 Rangkap 1 : sepuluh baris
 Rangkap 2 : lapan baris.
(c) Bilangan katanya bagi setiap baris antara tiga hingga lima patah kata.
(d) Terdiri daripada enam hingga sepuluh suku kata.
(e) Sajak ini berbentuk bebas.

Disediakan oleh : Cg. Rusniza binti Mohamed Kaseh


Antologi Bintang Hati Tingkatan 3 Sajak : Bintang

Gaya Bahasa
(a) Anafora (perulangan perkataan yang sama pada awal baris). Contohnya,
 bintang itu adalah aku,
bintang hati ayah dan ibu.
 tentu ibu gembira
tentu ayah bahagia
(b) Epifora (perulangan perkataan yang sama pada akhir baris). Contohnya,
 kulihat cantiknya bintang-bintang
menghias langit yang terbentang
aku ingin terbang ke sana
membawa pulang bintang-bintang
(c) Metafora. Contohnya, bintang hati.
(d) Personifikasi. Contohnya, menghias langit yang terbentang.
(e) Inversi. Contohnya, tentu ibu gembira.
(e) Kata ganda. Contohnya, bintang-bintang.
(f) Rima akhirnya bebas. Contohnya,
 Rangkap pertama : abccdcdded
 Rangkap kedua : aabaccaa.

Unsur Bunyi
(a) Asonansi. Contohnya,
 ayah sudah ada bintang (perulangan vokal a).
 begitu juga ibu (perulangan vokal u).
(b) Aliterasi. Contohnya,
 begitu juga jiwa mereka (perulangan konsonan j).

Nada
Romantis.

Nilai
(a) Kasih sayang.
(b) Mengenang jasa.
(c) Ketaatan.
(d) Tanggungjawab.
(e) Kejujuran.

Pengajaran
(a) Kita mestilah mengamalkan kasih sayang dalam kalangan ahli keluarga.
(b) Kita hendaklah mengenang jasa ibu dan bapa yang banyak berbudi kepada kita.
(c) Kita perlulah taat akan ajaran dan perintah kedua-dua ibu bapa yang membesarkan kita
sejak kecil.
(d) Kita hendaklah bertanggungjawab dalam membahagiakan dan menggembirakan hati ibu
bapa pada setiap masa.
(e) Kita seharusnya jujur dalam berkata-kata untuk menyatakan kebenaran.

Disediakan oleh : Cg. Rusniza binti Mohamed Kaseh

Anda mungkin juga menyukai