Anda di halaman 1dari 2

PUISI TRADITIONAL: PANTUN ALAM REMAJA

Pantun Maksud rangkap


Elok rupanya kumbang jati, Anak-anak akan berasa sangat gembira sewaktu
Dibawa itik pulang petang; menyambut ke Pulangan ibu ke rumah.
Tidak terkatakan besar hati,
Melihat ibu sudah pulang.
Dibawa itik pulang petang, Ketakutan dan kerisauan anak-anak sewaktu
Dapat di rumput bilang-bilang; ketiadaan ibu akan hilang apabila melihat ibu
Melihat ibu sudah pulang, pulang ke rumah.
Hati cemas menjadi hilang.
Ayam kinantan terbang mengekas, Anak-anak akan berasa sangat gembira jika ibu
Hinggap di ranting bilang-bilang; cepat pulang ke rumah.
Melihat bonda pulang lekas,
Hatiku besar bukan kepalang.
Kita menari keluar bilik, Adik-beradik menyanyikan sebarang lagu
Sebarang tari kita tarikan; bersama-sama.
Kita menyanyi adik-beradik,
Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

Hanyut batang berlilit kumpai, Kepulangan ayah dan ibu ke rumah merupakan
Terdampar di ujung Tanjung Jati; detik yang paling menggembirakan bagi anak-
Bonda pulang bapa pun sampai, anak.
Kita semua berbesar hati.
Ramai orang bersorak-sorak, Pemberian atau hadiah daripada ibu bapa
Menepuk gendang dengan rebana; membuatkan anak-anak berasa gembira.
Alang besarnya hati awak,
Mendapat baju dengan celana.
Mahulah kami hendak melapun, Ibu bapa tidak sewajarnya memarahi anak-anak
Lapun dibawa orang menjaja; yang gemar berpantun kerana anak-anak yang
Jangan marah kami berpantun, masih kecil dan ingin bermanja.
Budak kecil biasa manja.
(Dipetik daripada antologi Baik Budi, Indah
Bahasa, Tingkatan 2, Arah Pendidikan Sdn.
Bhd.)

1. Tema
Kegembiraan anak-anak sewaktu menyambut kepulangan ibu bapa mereka ke rumah.
2. Persoalan
a) Tanggungjawab ibu bapa ialah memberikan kasih saying dan kebahagian kepada anak-anak.
b) Anak-anak akan sentiasa cemas dan risau sewaktu ketiadaan ibu dan bapa di rumah.
c) Kegembiraan bagi anak-anak adalah sewaktu menyarnbut kepulangan ibu bapa mereka pulang
beketia.
d) Aktiviti nyanyian bersama-sama ahli keluarga dapat rnengeratkan hubungan antara adik-beradik.
e) Pernberian hadiah daripada ibu bapa dapat mennembirakan hati anak-anak.
3. Bentuk Pantun
a) Pantun ini terdiri daripada tujuh rangkap.
b) Bilangan baris pada setiap rangkap adalah sama.Contohnya,
rangkap 1: empat baris,
rangkap 2: empat baris,
rangkap 3: empat baris,
rangkap 4: empat baris,
rangkap 5: empat baris,
rangkap 6: empat baris,
rangkap 7: empat baris.
(c) Ada pembayang dan maksudnya.
(d) Panjang pendek baris tidak sama, iaitu antara tiga hingga lima patah kata. Contohnya, Kita
menyanyi adik-beradik (3 patah kata) Terdampar di ujung Tanjung Jati (5 patah kata)
(e) Jumlah suku kata dalam pantun ini antara sembilan hingga sepuluh suku kata. Contohnya, Elok
rupanya kumbang jati (9 suku kata) Mendapat baju dengan celana (10 suku kata)
(f) Pantun ini berbentuk terikat.
4. Unsur Bunyi
a) Asonansi.
a. Contohnya, Tidak terkatakan besar hati (perulangan vokal a);
Menpuk gendang dengan rebana (perulangan vokal e);
b. (b) Aliterasi.
Contohnya, Hanyut batang berlilit kumpai (perulangan konsonan b)
Dibawa itik pulang petang (perulangan konsonan p).
c. (c) Rima akhirnya terikat.
Contohnya, rangkap 1: abab; rangkap 2: aaaa; rangkap 3: abab; rangkap 4: abab; rangkap 5:
abab; rangkap 6: abab; rangkap 7: abab.
5. Gaya Bahasa Lisan
(a) Inversi. Contohnya, Elok rupanya kumbang jati; Sebarang tari kita tarikan; Sebarang nyanyi kita
nyanyikan. (
b) Kata ganda. Contohnya, adik-beradik; bilang-bilang; bersorak-sorak.
(c) Penggunaan unsur alam. Contohnya, kumbang jati; itik; rumput; ayam kinantan; ranting; dan
kumpai.
(d) Peribahasa. Contohnya, besar hati.
(e) Repetisi. Contohnya, kita (rangkap 4, baris 1, 2, 3, dan 4)
6. Nilai
(a) Kasih sayang. Contohnya, kasih sayang antara ibu bapa dan anak-anak menjamin kebahagiaan
keluarga.
(b) Bertanggungjawab. Contohnya, ibu bapa bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan anak-
anak.
(c) Baik hati. Contohnya, pemberian hadiah daripada seseorang dapat menggembirakan hati
penerima.
(d) Pemaaf. Contohnya, orang yang memaafkan kesilapan orang lain sewaktu bergurau senda
merupakan sikap yang terpuji.
(e) Hormat-menghormati. Contohnya, sikap hormat-menghormati perlu diamalkan dalam kalangan
anggota keluarga.
7. Pengajaran
(a) Kita mestilah menyayangi anak-anak untuk mendapatkan kebahagiaan keluarga.
(b) Kita mestilah bertanggungjawab terhadap keselamatan anak-anak.
(c) Kita haruslah bersikap pemurah untuk mengukuhkan ikatan antara anggota keluarga.
(d) Janganlah kita mengambil hati, sebaliknya perlu saling memaafkan jika berlaku kesilapan
sewaktu bergurau senda.
(e) Kita haruslah menghormati ibu bapa kerana merekalah yang telah menjaga kita hingga
dewasa.

Anda mungkin juga menyukai