Anda di halaman 1dari 26

SEKOLAH KEBANGSAAN PUSAT JERTEH

KAJIAN SEJARAH

PERJUANGAN TOKOH TEMPATAN

DISEDIAKAN OLEH :
MUHAMMAD HAZIQ IRFAN BIN ISMAIL
5 AL-BIRUNI

DISEDIAKAN UNTUK :
CIKGU YUSNIZA BINTI YAHYA
ISI KANDUNGAN

M/S KANDUNGAN

2 PENGHARGAAN

4 PENDAHULUAN

4 PERNYATAAN MASALAH

4 OBJEKTIF KAJIAN KES

5-24 NAMA TOKOH PERJUANGAN

25 PENUTUP
PENGHARGAAN

Saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan


kepada pihak sekolah yang memberi pelbagai bantuan serta kebenaran
untuk menjalankan kajian sejarah ini.
Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada Puan Yusniza
selaku guru sejarah kelas saya yang telah banyak memberi panduan,
nasihat serta bimbingan semasa kajian dijalankan.
Di samping itu, saya juga ingin merakamkan terima kasih kepada
Ibu bapa tersayang yang telah banyak memberi semangat dan tunjuk
ajar kepada saya bagi menyempurnakan kajian ini.
Jutaan terima kasih juga diucapkan kepada rakan-rakan
seperjuangan saya yang telah memberi kerjasama serta sumbangan
semasa kajian dijalankan.
Akhir sekali, kalungan terima kasih kepada semua pihak yang
terlibat samaada secara langsung atau tidak langsung yang banyak
memberi tunjuk ajar dan dorongan sehingga saya berjaya menyiapkan
tugasan ini dengan jayanya.
PENDAHULUAN

Kajian kes ini bertajuk perjuangan tokoh tempatan menentang


penjajahan british. Seramai 11 tokoh perjuangan yang dihuraikan secara
ringkas dalam bentuk bertulis dalam buku skrap ini.

PENYATAAN MASALAH

Penjajahan dan campur tangan British negara kita telah menimbulkan


rasa tidak puas hati dalam kalangan pemimpin tempatan. Pemimpin-
pemimpin ini telah bangkit memimpin rakyat supaya berjuang dengan
gigih untuk mempertahankan kedaulatan tanah air. Mengenal pasti
tokoh-tokoh tempatan dan sejarah perjuangan mereka

OBJEKTIF KAJIAN KES

1) Menyenaraikan tokoh-tokoh tempatan yang menentang penjajahan


British.

2) Menyatakan peristiwa penentangan tokoh tempatan terhadap British.

3) Menyatakan sebab penentangan tokoh tempatan terhadap British.

NAMA TOKOH PERJUANGAN


TOK JANGGUT

BIODATA

NAMA SEBENAR : HAJI MAT HASSAN PANGLIMA MUNAS

GELARAN LAIN : TOK JANGGUT

TAHUN LAHIR : 1850

TEMPAT LAHIR :KAMPUNG SARING,DAERAH

JERAM,KELANTAN

TAHUN KEMATIAN : 1915(BERUSIA 65 TAHUN)

SUMBANGAN : PEJUANG KEBEBASAN KELANTAN.


PERANG TOK JANGGUT

 Tok Janggut menentang British disebabkan cukai dan peraturan


tanah yang membebankan.

 Pada tahun 1915,Tok Janggut telah melancarkan serangan ke atas


Pasir Puteh.

 Pihak British bertindak menyerang Tok Janggut yang berkubu di


Kampung Saring.

 Tok Janggut terkorban dalam pertempuran di Kampung Saring.


DOL SAID

BIODATA

NAMA SEBENAR : DATO NANING ABDUL SAID BIN OMAR

NAMA GELARAN : DOL SAID

TAHUN LAHIR :1773

TEMPAT LAHIR :NANING,DAERAH ALOR GAJAH,MELAKA

TAHUN KEMATIAN :1849 (BERUSIA 76 TAHUN)


PERJUANGAN DOL SAID
 Menentang British bagi mempertahankan kedaulatan Naning.
 Menentang pelaksanaan undang-undang British dan bayaran
cukai.
 Pada tahun 1831,Dol Said berjaya mengalahkan British dengan
menggunakan taktik perang gerila dan mendapat bantuan
pembesar dari daerah Seri Menanti,Sungai Ujong,Johol dan Muar.
 Pada tahun 1832, British bertindak menawan pusat pentadbiran
Naning dan membakar rumah penduduk.
 British terpaksa membelanjakan 100 ribu untuk mengalahkan Dol
Said.
 British hanya dapat menewaskan Dol Said dalam serangan ketiga.
 Pada tahun 1832, Dol Said telah ditewaskan dan tinggal dalam
buangan di Melaka.
RENTAP

BIODATA

NAMA SEBENAR : LIBAU ANAK NINGKAN

NAMA GELARAN : RAJA DARAT

TAHUN LAHIR :1800

TEMPAT LAHIR : SARAWAK

TAHUN KEMATIAN : SEKITAR 1870-AN


PERJUANGAN RENTAP
 Menentang James Brooke kerana menganggap orang Iban sebagai
lanun dan telah menghapuskan penempatan mereka.
 James Brooke telah mendirikan kubu di Nanga Skrang untuk
mengawasi pergerakan orang Iban.
 Pada tahun 1853,Rentap menyerang kubu James Brooke di Nanga
Skrang dan mencapai kemenangan.
 Rentap membina kubu pertahanan di Bukit Sadok.Ramai pahlawan
Iban menyokongnya.
 Pertempuran yang sengit berlaku antara Rentap dan James Brooke di
Bukit Sadok.
 Rentap telah berundur ke Sungai Entabai dan tidak dapat dikesan
selepas itu.
 Rentap yang enggan menyerah kalah, meninggal dunia akibat sakit
tua di Bukit Sibau, sekitar 1870.
DATO MAHARAJA LELA

BIODATA

NAMA SEBENAR : DATO MAHARA LELA PANDAK LAM

KETURUNAN : DAENG SELILI, ANAK RAJA BUGIS,

GELARAN : DATO’ MAHARAJA LELA TAN LELA

TAHUN KELAHIRAN : TIDAK DAPAT DIKENAL PASTI

TEMPAT KELAHIRAN : DAERAH LUWUK, SULAWESI

TAHUN KEMATIAN : 20 JANUARI 1877


PERJUANGAN DATO MAHARAJA LELA
 Beliau dilantik sebagai mufti Perak dan dianugerahkan gelaran Dato’
Maharaja Lela Tan Lela dengan kuasa boleh memancung tanpa
bertanya.
 Menentang British kerana British memperkenalkan Sistem cukai
baharu dan campur tangan dalam adat resam orang Melayu.
 Sultan Abdullah, Dato Maharaja Lela dan pembesar-pembesar lain
telah mengambil keputusan untuk membunuh James Wheller
Woodfird Birch (J.W.W Birch).
 Dato Maharaja Lela dan Seputum telah membunuh J.W.W.Birch.
 Dato Maharaja Lela telah ditangkap dan dijatuhkan hukuman
gantung sampai mati pada tahun 1877.

SHARIF MASAHOR
BIODATA

NAMA SEBENAR :SAYYID MASHHUR BIN MUHAMMAD AL-SHAHAB

KETURUNAN :HADHRAM DI SARIKEI, KUCHING,SARAWAK

GELARAN :SHARIF MASAHOR

TAHUN KELAHIRAN : TAHUN 1773

TEMPAT KELAHIRAN : DAERAH NANING, NEGERI SEMBILAN

TAHUN KEMATIAN : TAHUN 1890

PERJUANGAN SHARIF MASAHOR

 Menentang James Brooke yang meluaskan kuasa ke atas wilayah


Sarikei dan mengambil alih kuasa pentadbiran.
 Pada tahun 1855, Sharif Masahor telah Menyerang Mukah. Beliau
berjaya mengusir keluar pembesar tempatan yang menyokong
James Brooke.
 Sharif Masahor Bersama-sama dengan Datu Pantinggi Abdul
Ghapur dan Temenggung Hashim telah mengadakan kerjasama
untuk menyerang Kuching.
 Sharif Masahor tidak dapat mengalahkan pasukan CharlesBrooke,
anak saudara James Brooke dan berundur ke Mukah.
 Pada tahun 1861, Sharif Masahor ditewaskan dan dibuang ke
singapura.
 Setelah dibebaskan, Sharif Masahor menuju ke Selangor untuk
membantu Raja Mahadi dalam perang saudara yang dikenali
sebagai Perang Klang.

YAMTUAN ANTAH
BIODATA

NAMA SEBENAR : YAMTUAN ANTAH IBNI ALMARHUM TUANKU RADIN

KETURUNAN : YANG DI-PERTUAN BESAR NEGERI SEMBILAN KE-6

GELARAN : YAMTUAN ANTAH

TAHUN KELAHIRAN : TAHUN 1812

TEMPAT KELAHIRAN : SERI MENANTI, NEGERI SEMBILAN

TAHUN KEMATIAN : TAHUN 1888

PERJUANGAN YAMTUAN ANTAH

 Menentang British kerana tidak bersetuju dengan perjanjian antara


British dengan Dato Kelana Sungai Ujong.
 Yamtuan Antah juga tidak bersetuju dengan tindakan British
menyokong tindakan Dato Kelana yang mengisytiharkan Terahi
sebagai wilayahnya.
 Yamtuan Antah telah menawan Paroi dan membina kubu pertahanan.
 Pihak British mengalahkan pasukan Yamtuan Antah.
 Yamtuan Antah terpaksa berundur ke Bukit Putus.
 Yamtuan Antah dan British telah mengadakan rundingan perdamaian.
 Yamtuan Antah telah diiktiraf sebagai Yamtuan Besar Seri Menanti.

DATO BAHAMAN
BIODATA

NAMA SEBENAR :TENGKU ABDUL RAHMAN ALAM SHAH BIN


TENGKU NONG @TENGKU NOH

GELARAN : ORANG KAYA DATO SETIA PERKASA

KAUM : BUGIS

TEMPAT KELAHIRAN :SELATAN SULAWESI

TAHUN KELAHIRAN :1824

TAHUN KEMATIAN :23 JULAI 1977 PADA USIA 153

PERJUANGAN DATO BAHAMAN

 Menentang British disebabkan kehilangan hak mengutip cukai dan


dilucutkan gelaran sebagai pembesar.
 Pad tahun 1891, Dato Bahaman menyerang Balai Polis lubuk Terua
dan menawan kembali Lubuk Terua dengan bantuan Tok Gajah dab
anaknya Mat Kilau.
 Pada tahun 1894, Dato Bahaman menawan Kuala Tembeling dan
Jeram Ampai,bagaimanapun British telah bertindak menawan semula
Jeram Ampai.
 Dato Bahaman terpaksa berundur ke kelantan dan mendapat
perlindungan di Chiengmai,Thailand.

MAT SALLEH
BIODATA

NAMA SEBENAR : MOHAMMAD SALLEH BIN DATU BALU

GELARAN : MAT SALLEH

KAUM : SUKU SULU PAITAN (BAJAU DAN SULUK)

TEMPAT KELAHIRAN : INANAM

TAHUN KELAHIRAN : TAHUN 1894

TARIKH MENINGGAL : TAHUN 1900

PERJUANGAN MAT SALLEH

 Menentang Syarikt Borneo Utara British (SBUB) kerana kehilangan


kawasan pengaruh.
 Mat Salleh membantah cukai yang dikenekan serta peraturan
baharu yang membebankan.
 Pada tahun 1897, mat Salleh telah mendirikan kubu di Ranau dan
menyerang Pulau Gaya dan Ambong.
 Mat Salleh telah ditewaskan di Tambunan dan dikatakan telah
terkorban.

ANTANOM
BIODATA

NAMA SEBENAR : ONTOROS ANAK LELAKI ANTANOM

GELARAN : PAHLAWAN MURUT

KAUM : KETUA KAUM MURUT DI RUNDUM

TEMPAT KELAHIRAN: MASINPUNON DI SUNGAI SELAROM

TAHUN KELAHIRAN : TAHUN 1875

TARIKH MENINGGAL : TAHUN 1915

PERJUANGAN ANTANOM

 Menentang SBUB kerana kehilangan kuasa dan


pengaruh,menentang pembayaran cukai yang dikenakan
menjadikan orang Murut sebagai buruh paksa dan menceroboh
kawasan hutan orang Murut untuk membina jalan.
 Antanom telah menyatukan orang Murut untuk menentang SBUB.
 Pada tahun 1915, Antanom telah menyerang pensiangan dan
membina kubu di Sungai Selangit.
 Terkorban dalam pertempuran di Sungai Selangit.

HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

BIODATA
NAMA SEBENAR : HAJI ABDUL RAHMAN BIN HAJI ABDUL
HAMID

GELARAN : HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

KAUM : MELAYU

TEMPAT KELAHIRAN: TERENGGANU

TAHUN KELAHIRAN : TAHUN 1285

TARIKH MENINGGAL : TAHUN 1347

PERJUANGAN

HAJI ABDUL RAHMAN LIMBONG

 Menentang British kerana penguatkuasaan undang -undang binatang


buas,peraturan tanah baharu dan pas kebenaran utuk menjalankan
untuk menjalankan aktivitipertanian.
 Pada tahun 1922, Haji Abdul Rahman Limbong bertindak sebagai
peguam untuk membela petani di Kuala Telemong yang ditangkap
kerana menentang peraturan baharu.Mereka telah membersihkan
tanah tanpa mengambil pas kebenaran.
 Pihak British juga telah mengancam akan mengambil tindakan
undang-undang ke atas mereka yang enggan membayar cukai.
 Ancaman British untuk mengambil tindakan undang -undang
menyebabkan petani telah menduduki balai polis dan bangunan
kerajaan di Kuala Berang.
 Pihak British telah melancarkan serangan dan Haji Abdul Rahman
Limbong telah ditangkap.
 Beliau dijatuhi hukuman buang negeri ke Mekah.

PENUTUP
Saya amat bersyukur kerana dapat menyelesaikan kajian tentang
perjuangan tokoha-tokoh tempatan berserta sejarahnya dalam tempoh
yang telah ditetapkan. Sepanjang menjalankan kajian ini banyak
pengetahuan, pengajaran dan nilai positif yang telah saya pelajari.

Hasilnya saya dapat merumuskan bahawa kita perlu menghargai


jasa mereka dan semangat perjuangan serta keberanian mereka yang
sewajarnya patut dicontohi.
Akhir kata, terima kasih sekali lagi kepada yang terlibat secara
langsung atau tidak langsung dalam penghasilan kursus ini. Saya
berharap agar hasil kerja kursus ini dapat memberi manfaat kepada
semua.

Anda mungkin juga menyukai