Anda di halaman 1dari 12

DEVELOPMENT OF EARLY CHILDHOOD EDUCATON

SEMESTER SEPTEMBER 2019

HDPS1203

PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

NO. MATRIKULASI : 970918036136001


NO. KAD PENGNEALAN : 970918036136
NO. TELEFON : 0179097699
E-MEL : wongpuishan0918@gmail.com

PUSAT PEMBELAJARAN : KELANTAN LEARNING SKIL

1
BAHAGIAN A

PENGENALAN

Kaedah pengumpulan data terdiri daripada tiga belas iaitu pemerhatian, diari, jurnal, slaid,
rekod anekdot, portfolio, foto, nota lapangan, log, rakaman, senarai semak, temu bual dan
dokumen. Kaedah pemerhatian merupakan satu kaedah penyelidikan yang digunakan untuk
mengukur pemboleh ubah penyelidikan dan alternatif yang ada dalam mengumpul maklumat
atau pengumpulan data selain soal selidik dan temuduga . Melalui pemerhatian, penyelidik
dapat mengamati sesuatu tingkah laku subjek berpandukan pembolehubah yang telah dikenal
pasti. Tujuan pengumpulan data dapat menjalankan penilaian yang tidak bersifat bias
terhadap kanak-kanak. Guru yang menjalankan pemerhatian mestilah bebas dari sebarang
masalah dan tekanan supaya hasil pemerhatian yang diperolehi adalah mantap tentang
perkembangan seseorang kanak-kanak. Hal ini kerana sekiranya pemerhati (guru) tersebut
berada di luar kawalan kewarasan akal maka hasil pemerhatian yang dilakukan akan menjadi
tidak tepat. Pemerhatian ini boleh dilakukan sepanjang proses pembelajaran kanak-kanak di
sekolah. Guru boleh memerhatikan kanak-kanak dari awal tahun sehinggalah akhir tahun.
Hasil yang akan diperolehi amatlah memberansangkan. Kita akan dapat melihat perubahan
dan perkembangan kanak-kanak tersebut. Setiap hasil pemerhatian perlu direkodkan supaya
tiada sebarang maklumat yang berkenaan tercicir.

LAPORAN ANEKDOT

Rekod anekdot adalah penulisan yang ringkas, tepat dan padat mengenai peristiwa dan
perubahan yang signifikan yang berlaku pada seseorang murid. Guru boleh menerangkan
peristiwa tingkah laku atau insiden dengan perkataan atau gambar. Oleh itu, guru perlu
sediakan buku kecil atau helaian kertas yang diletakkan di tempat yang mudah dicapai.
Maklumat yang perlu ada dalam rekod anekdot adalah nama kanak-kanak, tarikh, masa,
tempat, peristiwa yang berlaku. Ulasan guru dan tindakan guru. Guru dapat mengambil
tindakan susulan yang sesuai bagi membantu murid itu. Dalam konteks pendidikan, tingkah
laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku yang boleh merosakan kelancaran
dan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran khususnya di dalam bilik darjah.
Kajian terhadap masalah murid sekolah ini membawa kepada dua pecahan utama tingkah
laku murid bermasalah iaitu, positif dan negatif. Tingkah laku bermasalah positif yang
dikenal pasti seperti perlakuan ingin tahu, cepat belajar, pintar cerdas dan proaktif. Manakala
untuk tingkah laku bermasalah negatif pula ialah perlakuan distruktif iaitu tingkah laku anti

2
sosial, disruptif berkaitan tingkah laku mengganggu, dan akhirnya tingkah laku bergantung
yang berlebihan.Sama ada seseorang murid itu mempunyai masalah bertingkah laku positif
dan negatif, ia akan membawa kesan yang tidak baik dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam bilik darjah.

NAMA MURID : LIM JIA YING

UMUR : 4 TAHUN

TARIKH : 11 NOVEMBER 2019

MASA : 9.00 PAGI

NAMA GURU : PUE SEK MEI

NAMA PEMERHATIAN : WONG PUI SHAN

Catatan / pemerhatian Ulasan

Lim Jia Ying tidak melibatkan diri dalam Lim Jia Ying seorang pendiam dan malu , tidak
aktiviti dalam dan luar kelas. Suka pandai bersaing dengan rakan- rakan . selain itu ,
bersendiri, bermain sendiri, kadang kala dia tidak mempunyai keyakinan kerana dia
melarikan dari rakan. Jarang berkomunikasi jarang berkomunikasi dengan orang lain. Hai ini
dengan rakan dan bahan pengajaran yang kerana faktor keluarga dan faktor persekitaran
guru sediakan. Hanya bermain dengan alatan yang sering berlaku pada dirinya . oleh itu , guru
yang diminati tetapi bermain sendiri seperti perlu mengambil masa untuk membantu dia.
bermain bola. Tidak mahu berkongsi alatan
Cadangan : apabila melihat kanak-kanak yang
mainan dan suka menjauhkan diri dari rakan.
pendiam , kita perlu memberi peluang untuk
Apabila guru meminta dia melakukan
mereka berkomunikasi dengan orang lain . jika
sesuatu aktiviti:
melakukan aktiviti , kita perlu memberi peluang
Guru : Jia Ying , marilah main dengan kepada mereka untuk bebentangan di hadapan
kawan-kawan . supaya memberi keyakinan diri . contohnya ,
“sila datang ke depan dan cuba memberitahu
Jia Ying : saya tidak mahu !!! (sambil
kawan-kawan , apa bentuk ini ?”
menangis )

Guru : kenapa ?

Jia Ying : .........(tidak mahu bercakap sambil

3
menangis )

Selepas beberapa minit, Jia Ying berhenti


menangis , guru cuba tanya sekali lagi
dengan secara peribadi.

Guru : kenapa kamu menangis ? kamu boleh


beritahu saya , saya akan dengar .

Jia Ying : saya....saya malu ,dan tidak pandai


bercakap dengan kawan , saya takut
bersaing dengan orang lain .

Guru : Jangan takut , kamu kena cuba ,


mereka juga mesti ingin bersaing dengan
kamu . kamu boleh lakukan!

Selepas itu , Jia Ying cuba bercakap dengan


sekumpulan rakan-rakan di sana .

Jia Ying : Boleh saya bermain bersama ?


(dengan berasa takut dan malu)

Rakan-rakan : Boleh ! marilah!

Jia Ying berasa gembira dan beritahu guru


tentang dia dapat bersaing dengan rakan-
rakan.

PENGURUSAN BILIK DARJAH

i) Ya , guru ini sesuai mengurusan kelas kerana Bagi seseorang guru, kepekaan
berkaitan rutin bilik darjah juga perlu diberi perhatian yang sewajarnya. Ini kerana
rutin bilik darjah ialah intipati asas dalam konteks pengurusan bilik darjah. Rutin
bilik darjah yang sistematik dapat mengelakkan sebarang gangguan di dalam bilik

4
darjah. Selain itu , guru perlu meringankan suasana tegang dan menyediakan
murid-murid persekitaran untuk menduga apa yang berlaku dan kelakuan yang
diterima. Disamping itu , guru juga membenarkan murid-murid untuk
menyediakan tugasan harian mereka , supaya Menyempurnakan tugasan dengan
lancar dengan peluang-peluang gangguan yang kurang. Guru juga melaksanakan
tugas-tugas yang diagihkan kepada mereka dengan bertanggungjawab.Tambahan
pula , lagi sikap positif dan kemahiran sosial murid-murid melalui interaksi sosial
dan kerja kumpulan murid-murid. Mengikut paduan teori Kounin (1970)
mengatakan , Seseorang guru itu perlu tahu cara menyusun tempat duduk pelajar
dan peralatan bilik darjah, mengurus pergerakan pelajar didalam kelas, dan
mengawal disiplin pelajar di dalam kelas supaya pengajaran dapat berjalan dengan
lancar. Pengurusan kelas menunjukkan terdapatnya perubahan tumpuan daripada
menekankan strategi disiplin kepada strategi pengurusan bilik darjah secara
proaktif atau preventif.
ii) Ya , saya akan mengurus bilik darjah dengan cara yang berbeza . Ini kerana
mengikut teori Cegelka dan Berdine (1995) , mengatakan Penyusunan fizikal bilik
darjah boleh mempengaruhi tingkah laku dan pembelajaran murid.Oleh itu , Guru
yang efektif akan menguruskan supaya pelajar dapat menggunakan masa dengan
lebih produktif. Punca guru tidak dapat menggunakan masa dengan sebaiknya
adalah berpunca dari salah laku pelajar. Tidak kira samada salah laku tersebuat
adalah ringan atau lebih serius. Sebagai contoh semasa guru sedang mengajar
seorang pelajar mengganggu pelajar yang lain maka,di sini guru tersebut perlu
mengambil sedikit masa untuk menegur atau membuat dendaan kepada pelajar
tersebut. Sebagai guru yang baik merangkap pengurus sesebuah bilik darjah guru
mestilah mengaplikasikan pepatah inggeris yang menyatakan ‘prevention is better
than cure’. Dari situlah sekiranya guru berjaya mencegah salah laku pelajar
tersebut maka masa yang guru ada dapat dugunakan dengan lebih efisyen dan
sebaiknya. Bagi mengelak masalah tingkah laku pelajar di bilik darjah,guru juga
perlu menyediakan pelan pengajaran yang baik agar produktiviti pelajar dapat
ditingkatkan. Dalam bilik darjah yang diurus dengan baik,pelajar tidak akan
merasa bosan dan masa tidak terbuang. Selain itu juga,guru haruslah sentiasa
memberi perangsang kepada pelajar dengan menunjukkan sikap dan sifat yang
baik agar merangsang mereka untuk tidak melakukan masalah dan mengamalkan

5
sifat dan sikap yang baik sekaligus menghapuskan masalah tingkah laku atau
disiplin pelajar dalam bilik darjah.

BAHAGIAN B

PENGENALAN

Tingkah laku agresif didefinisikan sebagai apa-apa sahaja perbuatan sengaja yang boleh
mencederakan dan membahayakan seseorang dengan cara tertentu atau memusnahkan harta
benda (Gerrig & Zimbardo, 2002). Tindakan agresif berlak dalam beberapa bentuk yang
menyebabkan kerosakan muncul dalam pelbagai cara. Ia boleh menyebabkan kemusnahan
dari segi fizikal, verbal, psikologi atau emosi. Serangan agresif juga boleh terjadi secara
langsung atau tidak langsung tiba-tiba atau dirancang.
Tingkah laku agresif tidak sama dengan perasaan marah. Tindakan agresif melibatkan
tingkah laku manakala marah ialah satu bentuk perasaan. Kanak-kanak yang marah boleh
bertindak secara agresif tetapi kanak-kanak yang agresif boleh bertindak tanpa rasa marah.
Keadaan ini menyebabkan guru perlu mengenali dan tahu cara untuk menangani pelbagai
bentuk tingkah laku agresif di dalam kelas. Reed & Baali, (1972 ) menyatakan bahawa ahli
sosiologi, psikologi, psikiatri dan guru mempunyai istilah yang berbeza bagi kumpulan
agresif ini. Pada pandangan ahli sosiologi, pesalah juvana adalah individu yang tidak sahaja
melakukan tingkah laku agresif tetapi dilabel sebagaimana masyarakat bertindak balas
terhadapnya. Ahli psikologi pula menumpukan bukan sahaja pada tingkah laku agresif tetapi
termasuk cara juvana berfikir; ahli psikiatri pula menitikberatkan tahap emosi dan sikap yang
dikenali sebagai patologi mental. Rakyat jelata mempunyai pandangan berlainan tertakluk
pada sama ada mereka pernah terseksa atau terpengaruh oleh tingkah laku agresif itu.

TUJUAN LAKU AGRESIF

Terdapat dua kategori tingkah laku agresif di kalangan iaitu berbentuk instrumental
(penyerang proaktif) dan matlamat (penyerang reaktif). Tingkah laku agresif yang
instrumental ialah berkaitan dengan sesuatu tujuan untuk mendapatkan sesuatu. Contohnya
mencederakan sesuatu atau seseorang untuk mendapatkan sesuatu atau hendak menang dalam
sesuatu permainan. Tingkah laku ini bukan bertujuan untuk mencederakan tetapi bertujuan
untuk mendapatkan matlamat yang diingini. Golongan ini percaya keagresifan dapat
mendatangkan keuntungan dan harga diri dapat dipertingkatkan dengan mendominasi orang
lain sebelum perkara yang serius berlaku.

6
Tingkah Laku Agresif Instrumental

Kanak-kanak menggunakan tingkah laku agresif instrumental apabila matlamat mereka


adalah untuk mendapatkan sesuatu objek, benda atau keistimewaan. Kanak-kanak ini
bertindak agresif untuk mengalihkan segala perkara atau benda yang menghalang mereka
daripada mendapatkan apa yang mereka mahu. Berdasarkan kajian-kajian lepas, tingkah laku
agresif instrumental ini ialah bentuk tingkah laku agresif yang sering ditunjukkan semasa
peringkat awal kanak-kanak. Ini berlaku disebabkan oleh sifat mereka yang egosentrik, yang
sering memfokuskan kepada mendapatkan apa yang mereka mahu.

Tingkah Laku Agresif Bermusuh

Tingkah laku agresif ini digambarkan sebagai kasar, biadab dan tidak menyenangkan.
Tingkah laku agresif ini adalah sangat jauh berbeza dengan tingkah laku agresif instrumental.
Tingkah laku agresif bermusuhan ini berkait rapat dengan perasaan marah yang ditujukan
secara langsung terhadap manusia, haiwan atau sesebuah negara. Tingkah laku ini juga
biasanya dilihat berlaku kepada kanak-kanak yang lebih berusia. Kanak- kanak yang
menunjukkan tingkah laku ini biasanya sudah pandai berfikir sebab mengapa mereka
melakukan perbuatan agresif ini. Kanak-kanak yang semakin berkurang sifat egosentrik
mempunyai kebolehan untuk melihat sesuatu perkara daripada perspektif yang berbeza dan
lebih cenderung untuk mempamerkan tingkah laku ini.

GARIS PANDUAN MENANGANI KANAK-KANAK AGRESIF

Beberapa garis panduan yang disenaraikan berikut dapat digunakan untuk menangani
masalah tingkah laku yang agresif. Salah satu ialah tingkah laku agresif tidak boleh diterima
sama sekali, dalam apa jua keadaan.Selain itu , Tingkah laku agresif tidak boleh dibiarkan
kerana Kanak-kanak ini bertindak agresif untuk mengalihkan segala perkara atau benda yang
menghalang mereka daripada mendapatkan apa yang mereka mahu. Disamping itu ,
pencegahan melalui langkah berjaga-jaga adalah penting dalam menangani tingkah laku
agresif. Jika kanak-kanak tidak menunjukkan tingkah laku agresif lagi, adalah amat penting
untuk guru mengambil langkah dalam mengajarkan tingkah laku yang sesuai. Kanak-kanak
yang agresif perlu diberikan perhatian yang positif supaya faktor persekitaran yang
mendorong kepada tingkah laku agresif perlu dikurangkan.

FAKTOR – FAKTOR YANG MEMPENGARUHI TINGKAH LAKU AGRESIF

7
Didikan Ibu Bapa

Didikan ibu bapa juga boleh merupakan salah satu punca masalah emosi yang berlaku dalam
kalangan kanak-kanak. Sikap serta layanan ibu bapa akan mempengaruhi tingkah laku anak-
anak mereka (Wilmshurst & Brue, 2005). Kekurangan perhatian serta kasih sayang oleh ibu
bapa boleh menyebabkan seseorang kanak-kanak itu berasa tersisih, tidak dihargai dan tidak
selesa dan perasaan ini seterusnya akan menyebabkan timbulnya pelbagai karenah dan
tingkah laku negatif yang sukar dikawal. Sikap sesetengah ibu bapa yang tidak mengambil
kisah pergerakan anak-anak mereka akan memburukkan lagi keadaan (Kartini Ilias,
Ponnusamy, & Normah, 2008).

Media

media masa turut menyumbang dan memberi kesan terhadap perkembangan tingkah laku
kanak-kanak. Kanak-kanak mudah terpengaruh dengan aksi atau lakonan apabila mereka
menonton atau membaca .Kanak-kanak belajar melalui pemerhatian dan apa yang mereka
lihat sama ada melalui surat khabar, televisyen, filem yang dilakonkan oleh pelakon-pelakon
dan meniru aksi apa yang ditonton.

Pengaruh rakan sebaya

Kanak-kanak mudah terikut-ikut dengan kumpulan yang sama umur dari segi perlakuan dan
percakapan. Oleh itu pengaruh rakan sebaya akan lebih cepat mempengaruhi tingkah laku
kanak-kanak.sebagai contoh , rakan sebaya yang bersikap kurang moral ( masalah gejala
sosial) maka kanak-kanak akan mengambil contoh .

LANGKAH –LANGKAH MENANGANI MASALAH TINGKAH LAKU

Tingkah laku agresif

Guru boleh memilih beberapa orang murid yang berkelakuan positif seperti berdisplin
dancemerlang dalam akademik. Lebih elok jika murid ini terdiri daripada rakan sebaya
merekadi dalam kelas. Selain itu , Guru boleh menjadikan murid-murid ini sebagai contoh
kepada murid-murid yangbermasalah tingkah laku . Jelaskan apa yang akan mereka perolehi
sekiranya bersikap dan berkelakuan seperti murid-murid yang berdisplin.

Kanak –kanak membuli

8
Guru harus membiarkan mangsa buli tahu bahawa anda mengambil berat tentang mereka dan
mengambil berat tentang apa yang sedang berlaku. Pada masa yang sama, tidak terlalu
bersimpati terutama di hadapan orang lain boleh tidak produktif. Jangan cuba untuk
membincangkan masalah dengan mangsa buli sehingga anda bersendirian dengan mereka
atau tidak di hadapan kanak-kanak lain. Minta mangsa buli memberitahu dengan tepat apa
yang sedang berlaku dan meyakinkan mereka bahawa perasaan mereka adalah normal dan ia
bukan salah mereka. Guru juga perlu bercakap dengan ibu bapa kerana ibu bapa dan guru-
guru yang bekerja bersama-sama adalah cara terbaik untuk menghentikan buli dan membantu
mangsa buli.

Kanak –kanak menggigit

jika seorang kanak-kanak menggigit dan bertarung selepas tiga tahun, ini menunjukkan
bahawa dia ketakutan atau merasa tidak berdaya. Contohnya, jika dalam pertarungan dua
anak kecil berasa lemah, maka kanak-kanak itu menggigit anak-anak lain untuk tujuan
pertahanan diri. Oleh itu, guru perlu mengambil masa dan peluang kepada kanak-kanak untuk
berubah dan meneguhan dengan positif .

Sikap Malu

Bagi menggalakkan kanak-kanak untuk menjadi lebih sosial dan mudah didampingi, guru
perlu terlebih dahulu berhati-hati dalam mentafsir tingkah laku malu yang ditunjukkan oleh
kanak-kanak. Ini kerana, kesilapan dalam memahami masalah ini akan menyebabkan kanak-
kanak dihukum secara tidak adil dan sekali gus dapat menjejaskan keyakinan diri kanak-
kanak tersebut. Guru perlu menggunakan pendekatan yang berteraskan kesabaran,
penyayang, lemah lembut dan baik bagi meningkatkan keyakinan kanak-kanak. Apabila guru
melabel seseorang kanak-kanak itu sebagai pemalu, tanpa disedari perbuatan itu telah
menutup segala kualiti lain yang dimiliki oleh kanak-kanak itu dan juga menggalakkan
kanak-kanak itu melihat dirinya sebagai seorang yang pemalu. Justeru, ketika dia berhadapan
dengan sesuatu situasi baharu, dia akan terus berasa rendah diri dan sering memikirkan
bahawa dia seorang yang pemalu.

Kesimpulan

Kanak-kanak pada hari ini telah diberikan perhatian serius secara keseluruhan dari segi
emosi, jasmani dan rohani. Ibu bapa sudah mula pandai melayan pertanyaan anak-anak,
membawa mereka makan bersama, berbincang serta memberi peluang kepada anak-anak

9
memberi pendapat dan pandangan dan memberi mereka kebebasan memilih atau membuat
keputusan asalkan tidak memudaratkan diri dan keluarga. Perkembangan sikap ini telah
memberikan kesan positif dalam dunia kehidupan kanak-kanak supaya ia dapat menghasilkan
satu generasi yang lebih aktif, berani dan mahu tampil ke hadapan untuk bertanding lebih
gigih dalam kehidupan masyarakat. Sebenarnya kadangkala keadaan dan suasana sekolah
juga menimbulkan keadaan yang tidak selesa dan menyebabkan tingkah laku bermasalah.
Kelas yang terlalu ramai, alat kelengkapan yang tidak mencukupi, suasana di dalam kelas
yang tidak teraputik, alat bantu mengajar yang tidak cukup, gangguan dari luar dan keadaan
sekolah yang tidak sempurna dari segi kemudahan asas. Kesemuanya ini boleh menimbulkan
kegelisahan dan menganggu kelancaran perjalanan kelas.Dalam laporan pemerhatian saya ,
kanak- kanak tersebut telah menujukkan sikap yang tidak bergaul dengan orang lain . oleh
itu, sebagai guru perlu mengambil berat dan juga perlu memberikan keyakinan diri kepada
kanak-kanak supaya dapat meningkatkan tahap komunikasi dengan orang lain. Guru
memberikan galakan dan pujian kepada murid-murid supaya dapat membina keyakinan diri
dan dorongan yang positif. Selain itu, guru juga perlu membantu murid-murid membina sikap
dan personaliti yang positif terhadap cabaran. Ini Supaya elakkan daripada membandingkan
murid-murid yang lebih dengan murid-murid yang tidak lemah. Guru juga menggalakkan
kanak-kanak menyertai aktiviti dalam kumpulan bagi membina semangat kerjasama antara
rakan sebaya.

(2504 patah perkataan )

10
11
RUJUKAN

1. Azizi Yahaya (t.t) TINGKAH LAKU AGRESIF TINGKAH_LAKU_AGRESIF


dicapai dari
http://eprints.utm.my/id/eprint/10365/1/TINGKAH_LAKU_AGRESIF.pdf

2. Melody Of Death (28th December 2012) TINGKAH LAKU BERMASALAH


masalahtingkahlaku dicapai dari http://masalahtingkahlaku.blogspot.com/

3. Nur Bazlaa ( t.t) TINGKAHLAKU BERMASALAH tingkahlaku_bermasalah dicapai


dari https://www.academia.edu/4385268/tingkahlaku_bermasalah

4. Ridzuan kamis (16 November 2019 ) PENGURUSAN BILIK DARJAH YANG


BERKESAN pengurusan-bilik-darjah-yang-berkesan/ dicapai dari
https://www.pendidik.com.my/2017/06/09/pengurusan-bilik-darjah-yang-berkesan/

5. Sharmila Dharshenee (t.t) MODUL PENGURUSAN TINGAH


LAKUModul_pengurusan_tingah_laku dicapai dari
https://www.academia.edu/5728231/Modul_pengurusan_tingah_laku

12

Anda mungkin juga menyukai