Anda di halaman 1dari 20

ASSIGNMENT SUBMISSION AND ASSESSMENT

PENYERAHAN DAN PENILAIAN TUGASAN

__________________________________________________________________________________

HDPS3503
AWAL MATEMATIK UNTUK KANAK-KANAK/
EARLY MATHEMATICS FOR CHILDREN
SEMESTER JANUARI 2019
__________________________________________________________________________________

NAMA : NORAZIZAH BTE ABD AZIZ

NO. MATRIKULASI : NORAZIZAH001

NO. KAD PENGNEALAN : 800826-12-5148

NO. TELEFON : 0146568920

E-MAIL : gadisayuberbajukurung@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN : OUM KOTA KINABALU


1.0 PENGENALAN

Umum mengetahui bahawa mata pelajaran matematik merupakan suatu bidang yang
dicipta sepenuhnya oleh manusia dan ianya telahpun bermula sedari zaman primitive lagi
yang mana manusia merasakan bahawa keperluan untuk mengira, mengukur serta
menyimpan semua rekod dan menghubungkaitkan apa juga bentuk maklumat disamping
dapat memahami apa yang berlaku pada alam persekitaran. Bidang matematik ini
sememangnya amat luas dan ia merangkumi aritma, algebra, trigonometri dan geometri.
Merujuk kamus Oxford (1 990), aritmatik adalah sains mengenai angka. Ia merupakan asas
kepada matematik dan meliputi empat operasi tambah, tola.l4 darab dan bahagi.
Walaubagaimana pun, kepenggunaan istilah matematik dan aritmatik sering ditukargantikan
oleh pelbagai pihak. Kajian Schickedanz et al. (1 977) dan Laporan Cockcroft ( 1984)
menunjukkan manusia menggunakan matematik untuk menerangkan semua unsur-unsur
dalam alam, perdagangan, industri, mengembangkan logikal seseorang dan digunakan dalam
aktiviti harian. Asas yang kukuh dalam aritmatik membolehkan individu menguasai bidang
matematik dan seterusnya memajukan diri dalam bidang pekerjaan profesional. Maka dengan
ini, semua ahli masyarakat perlu berkebolehan dalam aritmatik demi untuk menghadapi masa
depan yang lebih cemerlang.

Menurut Amin (1993), kanak-kanak yang baru masuk ke Darjab 1, sudah pun
mempunyai pelbagai pengalaman termasuklah pengalaman mengenai pranombor dan konsep-
konsep asas aritmatik yang lain semasa belajar di tadika. Kajian Nesher (1988) menunjukkan
satu peringkat di mana setiap kanak-kanak menggunakan jari untuk mengira. Keadaan ini
merupakan langkah semulajadi ke arab pengiraan dalam operasi asas aritmatik. Bidang
pengaIaman asas nombor di peringkat prasekolah daIam Garis Panduan Kurikulum
Pendidikan Prasekolab Malaysia (1993) mengambil kira aspek kesinambungan daIam
Kurikulum Baru Sekolab Rendah (KBSR).

Ini membuktikan bahawa kerajaan telah mengambil inisiatif dan prihatin untuk
meningkatkan taraf matematik. Oleh itu, tugasan ini dirangka bertujuan untuk menghuraikan
tentang prasyarat yang perlu dimiliki oleh semua kanak-kanak sebelum diperkenalkan dengan
operasi penambahan. Seterusnya, tugasan ini juga akan memperincikan justifikasi berupa
rancangan pengajaran Harian yang mana Rancangan pengajaran ini akan menjelaskan
bagaimana aktiviti pembelajaran ini dapat membantu kanak-kanak memahami kedua dua
kaedah penambahan yang akan diperkenalkan.

[2]
2.0 OBJEKTIF TUGASAN

ObjektifAm

Objektif am Tugasan ini ialah untuk mengenalpasti keberkesanan Pengajaran yang


dilaksanakan oleh guru bagi pengajaran operasi penambahan dan penolakan.

Objektif Khusus

Objektif khusus kajian ialah :

i. Untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah pengajaran guru bagi operasi


penambahan dan penolakan ;

ii. Untuk memperincikan prasyarat yang perlu kanak-kanak ada sebelum


diperkenalkan dengan operasi penambahan dan penolakan, dan ;

iii. Untuk mengenalpasti keberkesanan kaedah pengajaran guru dalam meningkatkan


kecekapan menambah dan menolak murid.

[3]
3.0 PRA SYARAT YANG PERLU DIMILIKI OLEH KANAK-KANAK SEBELUM
DIPERKENALKAN DENGAN OPERASI TAMBAH/TOLAK

Konsep pembelajaran matematik kini dikonsepkan sebagai sesuatu proses konstruktif,


sesuatu proses di mana kanak-kanak membina dan membentuk ilmu di dalam bidang
matematik dengan memperkaitkan ilmu atau konsep yang baru diperolehi dengan ilmu atau
konsep yang sedia ada pada mereka. Antara perkara yang perlu diambil kira dalam
menggunakan konsep konstruktif dalam pengajaran kanak-kanak ialah konteks pembelajaran,
peringkat perkembangan kognitif dan interaksi sosial yang berlaku semasa pembelajaran
(NCTM, 1989). Konsep pembelajaran matematik berdasarkan penghafalan dan penyaluran
ilmu dari guru kepada anak murid semakin tidak popular kerana keadah ini menunjukkan
bahawa walaupun murid-murid mungkin dapat menyelesaikan soalan ujian, tetapi mereka
gagal mengaplikasikan kemahiran mereka di luar bilik darjah.

Matlamat yang perlu difokuskan dalam pendedahan awal pengajaran dan


pembelajaran matematik kepada kanak-kanak pada peringkat awal persekolahan ialah
pembinaan pemahaman konseptual awal matematik, kebolehan berkomunikasi tentang
matematik dan penggunaan matematik dalam penyelesaian masalah (NCTM, 1989). Kajian
lepas dalam bidang ini menunjukkan bahawa konsep-konsep di atas dapat menolong kanak-
kanak mempelajari matematik dengan lebih berkesan. Tambahan pula, mereka juga dapat
mengaplikasikan kemahiran yang mereka perolehi kepada keadaan yang baru (Ginsburg &
Baron , 1992).

Dari zaman Piaget lagi, kajian dalam bidang pemikiran awal kanak-kanak dalam
matematik popular dikaji. Kajian-kajian awal telah menunjukkan bahawa perkembangan
pemikiran kanak-kanak dalam bidang ini menunjukkan perkembangan yang berperingkat-
peringkat, di mana terdapat limitasi yang jelas tentang kemahiran tertentu pada peringkat-
peringkat yang tertentu (Piaget, 1952). Piaget dalam kajian awalnya telah mengaitkan
limitasi-limitasi ini kepada tahap-tahap perkembangan kognitif yang telah dicadangkan dalam
teorinya. Walau bagaimanapun, pengkajipengakij selepasnya mempunyai pandangan yang
berlainan tentang kenapa kanakkanak menunjukkan limitasi tersebut (Donalson , 1978).
Mereka berpendapt bahawa faktor-faktor lain seperti penggunaan bahasa dan keadaan
persekitaran memainkan peranan dalam mempengaruhi limitasi kanak-kanak melakukan
beberapa kemahiran yang telah dicadangkan oleh Piaget. Perkembangan awal dalam bidang
matematik telah mula dijalankan diperingkat bayi lagi untuk melihat kebolehan mereka.

[4]
Perkembangan kanak-kanak dalam bidang awal matematik atau dalam mengenali
angka numbor dan membilang bukan berdasarkan konsep "semua" atau "tiada langsung"
("all-or-nothing") tetapi lebih berdasarkan kepada konsep perkembangan beransur-ansur yang
melibatkan sesuatu penemuan dan pembinaan makna yang lebih mendalam, tentang angka
dan konsep-konsep pengiraan (Baroody, 1987). Kanak-kanak belajar tentang nombor
berdasarkan kepada pengalaman mereka (Ginsburg,1977). Ramai pengkaji mencadangkan
kemahiran menyatakan bilangan kuantiti sesuatu objek dan membilang angka adalah
kemahiran asas kanak-kanak yang dipelajari dan dibina (konstruk) oleh kanak-kanak semasa
berumur 5 ke 6 tahun ( Resnick, 1989; Gelman& Gallistel, 1978; Starkey, 1992). Gelman
(1978) mendapati dalam kajiannya bahawa kanak-kanak pada peringkat pre-sekolah lagi telah
mempunyai pengetahuan yang baik tentang kuantiti dalam bentuk angka dan membilang
objek dengan tepat. Beliau juga menyimpulkan bahawa belajar membilang adalah asas
kepada kemahiran menggunakan angka bagi kanak-kanak. Jadual di bawa adalah satu model
perkembangan tahap-tahap perkembangan konsep membilang yang dicadangkan oleh Fuson
& rakan-rakan, (1982)

Dalam pembelajaran matematik awal kanak-kanak, kemahiran matematik adalah


suatu bentuk kemahiran yang sangat penting kerana ianya amat mempengaruhi sikap serta
persepsi seorang kanak-kanak terhadap apa juga bentuk pembelajaran matematik yang akan
dilalui oleh mereka di sepanjang hayat mereka ( Renga & Dalla 1992). Tidak cukup dengan
itu, ilmu awal dalam bidang matematik juga pada masa yang sama turut memainkan peranan
yang sangat penting bagi seseorang untuk membina serta memperolehi ilmu matematik pada
masa akan datang.

Hal ini dijelaskan oleh Ginsburg (1977) dalam kajiannya ynag mana beliau telah
mencadangkan bahawa pemikiran informal tentang matematik telah wujud dalam kanak-
kanak sejak sangat awal lagi. Sebenarnya , kebanyakan kanak-kanak, termasuk mereka yang
berasal daripada keluarga yang miskin, datang ke pra-sekolah dengan serba sedikit kemahiran
informal (Russell & Ginsburg, 1984). Kanak-kanak prasekolah ini secara amnya belajar
konsep-konsep informal dari ahli keluarga, rakan, TV dan permainan mereka. Pengetahuan
informal yang mereka bawa ini akan mempengaruhi bagaimana mereka belajar dan
memahami matematik formal yang mereka akan pelajari di peringkat sekolah secara formal.

[5]
Dalam bukunya, Children’s Mathematical Thinking: A developmental Framework
For Preschool, Primary and Special Education Teachers, Baroody (1987) menyatakan bahawa
tidak kira bagaimana kemahiran, simbol atau konsep matematik diajar di sekolah seseorang
kanak-kanak akan mentafsirkan dan cuba menggunakan kemahiran yang formal ini
berdasarkan pengetahuaan matematik informal yang sedia ada pada mereka. Apa yang jelas
adalah, berdasarkan kepada kajian-kajian lepas jelas menunjukkan bahawa berlakunya
perkembangan kebolehan informal dalam matematik mempunyai persamaan, tidak kira
budaya, bangsa dan kelas sosial. Semua kanak-kanak dapat mengembangkan kebolehan asas
dalam pemikiran tentang matematik. Ini, walau bagaimanapun tidak bermakna pemikiran dan
perkembangan kanak-kanak adalah seiras tetapi ia menunjukkan corak perkembangan
pemikiran yang sama.

Kesimpulan yang boleh dibuat adalah, kanak-kanak daripada beberapa latar belakang
yang berbeza memperolehi pemikiran melalui proses yang sama. Tetapi kenapa ini berlaku?
Sebelum itu mari kita lihat secara ringkas apa yang dimaksudkan dengan pengetahuan
matematik formal. Di kebanyakan masyarakat, kanak-kanak yang telah pun mempunyai
pemikiran yang "berfungsi" tentang matematik pada peringkat umur antara 5 ke 7 tahun.
Sekolah adalah adalah sesuatu institusi yang dibangunkan untuk mengajar dan menilai
kanakkanak ke atas "kearifan sosial".

Salah satu bentuk "kearifan sosial" ini adalah dalam bentuk pendidikan formal
matematik. Bentuk formal matematik yang diajar dalam sekolah adalah dalam bentuk tulisan,
disusun mengikut peraturan yang tertentu, mengandung bahan-bahan yang didefinisikan
secara konvensional dan dipersetujui serta diorganisasi secara jelas. Matematik formal adalah
apa yang dimaksudkan dengan " sistem saintifik" oleh Vygotsky dalam bukunya "Thought
and Language"(1968). Pengetahuan informal kanak-kanak pula adalah sistem yang spontan,
melibatkan kebolehan mengetahui sesuatu tanpa berfikir, melibatkan emosi, tidak ternyata
secara jelas dan sangat berkait dengan kejadian dalam kehidupan mereka.

[6]
4.0 PENUTUP

Pengetahuan asas yang kuat dalam bidang matematik adalah penting dalam
masyarakat kita yang menuju ke arah sebuah negara maju yang berteraskan Sains dan
Teknologi. Pelajar-pelajar kita perlu mempunyai kefahaman yang kuat terhadap konsep-
konsep matematik asas yang akan membolehkan mereka melanjutkan pelajaran pada
peringkat yang lebih tinggi. Bagi menjamin masa depan negara, kita perlu mengkaji semula
dan menggunakan pendekatan yang lebih berkesan dalam mengajar kanak-kanak asas
pemikiran tentang matematik dari peringkat awal persekolahan. Berdasarkan kepada
perbincangan diatas, maka jelaslah bahawa seorang kanak-kanak mempelajari konsep
matematik melalui pengalaman konkrit. Oleh itu, Tugas guru adalah untuk menyediakan
berbagai-bagai situasi dan aktiviti dengan menggunakan alat-alat bantu mengajar untuk
membekalkan pelbagai pengalaman konkrit kepada murid. Pengajaran guru hendaklah
berpusatkan murid dan murid menjalankan aktiviti untuk menemui rumus, kesimpulan atau
konsep matematik yang hendak disampaikan.

Disamping itu, guru hendaklah menggunakan pengetahuan yang sedia ada pada murid
sebagai asas untuk menyampaikan konsep matematik yang baru. Guru harus juga mengetahui
penguasaan murid terhadap topik yang diajar dahulu sebelum memulakan topik yang baru.
Contoh-contoh matematik yang ditunjukkan seharusnya berkait rapat dengan kehidupan
seharian murid supaya mereka berasa pembelajaran itu bermakna. Satu faktor penting dalam
pengajaran matematik ialah struktur yang terdiri daripada konsep dan petua dan dikaitkan
dengan bahagian-bahagian yang lain. Hal ini menunjukkan betapa perlunya perancangan
pengajaran matematik yang berbentuk jangka masa panjang. Selain itu, konsep matematik
bolehlah diserapkan kepada mata pelajaran yang lain supaya murid-murid dapat
mempelajarinya secara tidak langsung.Guru harus juga memastikan bahawa istilah dan
bahasa matematik jelas dan mudah difahami oleh murid-murid, kerana hal ini memudahkan
pengajaran matematik.

Dalam pengajaran guru, ciri-ciri spesifik, ciri-ciri persamaan dan perbezaan pada
sesuatu topik patut diberikan penekanan untuk mengelakkan kekeliruan dan mengekalkan
ingatan. Isi pelajaran juga disusun secara logik agar pemindahan pengetahuan menjadi
mudah. Akhir kata, dengan mempraktikkan teori-teori psikologi pembelajaran kedalam
proses pengajaran dan pembelajaran, maka tidak dapat dinafikan bahawa pembelajaran
matematik akan lerbih berkesan lagi.

[7]
RUJUKAN

Dr. Isahak Haron. 1982. Asas-asas dalam Amalan Pedagogi. Kuala Lumpur; Utusan
Publications & Distributor Sdn. Bhd.
Frank J. Swetz. 1983. Pengajaran Matematik di Sekolah Menengah Malaysia. Petaling Jaya;
Fajar Bakti Sdn. Bhd.
Gregory R. Baur. 1976. Helping Children Learn Mathematics. California; Cummings
Publishing, Inc.
Mary Goldstein. 1975. Teaching in the First School. London & Sydney; B.T. Batsford Ltd.

Richard W. Copeland. 1974. How Children Learn Mathematics. New York; Macmillan
Publishing Co., Inc.
Mathematics in Primary School. 1972. London; School Council Publications.

http://learningzone2012.blogspot.com/2012/12/normal-0-false-false-false-en-us-zh-cn.html

http://nazrimaths.blogspot.com/

http://praskll.blogspot.com/2017/03/contoh-aktiviti-prasekolah-matematik.html

https://www.thevocket.com/7-cara-kreatif-ajar-anak-asas-matematik/

http://cikgu-vee.blogspot.com/2011/11/permainan-matematik-untuk-kanak-kanak.html

[8]
BAHAGIAN 2

1.0 PENGENALAN

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha yang berterusan bagi melahirkan generasi
yang berilmu, berketrampilan, berkemahiran tinggi dan mempunyai jati diri yang kukuh.
Dalam bidang pendidikan sains dan matematik, matematik merupakan salah satu mata
pelajaran yang penting di mana penguasaan dan kecemerlangan matematik menjadi asas
kepada sesebuah negara maju (Hamdan, 2000). Kepentingan matematik dalam pendidikan di
Malaysia boleh dilihat apabila Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah menjadikan
matematik sebagai matapelajaran wajib dalam Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR)
(Kementerian Pendidikan Malaysia, 2004). Pendidikan rendah juga telah membimbing
pelajar mengembangkan kemahiran mengira melalui pemikiran kuantitatif mengikut langkah
yang logik (Nik, 1992). Namun, matematik sering dianggap sebagai mata pelajaran yang
sukar difahami dan membosankan pelajar. Pelajar-pelajar sering tidak mahir untuk
mengaplikasikan kemahiran matematik dalam kehidupan harian. Untuk kemahiran asas
matematik, operasi tambah, tolak, darab dan bahagi merupakan empat operasi yang perlu
dikuasai oleh murid-murid di sekolah.

Awal Matematik membekalkan pengalaman awal matematik kepada kanak-kanak


berumur 4 hingga 6 tahun. Pengalaman matematik awal adalah pentingkerana ia merupakan
asas untuk membantu murid menjalani kehidupan sehariandengan lebih sistematik dan
memudahkan murid memahami konsep matematikyang lebih tinggi. Pengalaman yang
diberikan adalah merangkumi pengetahuantentang konsep pranombor, nombor, operasi
nombor yang mudah, nilai wang,konsep waktu, bentuk dan ruang. Asas yang kuat dalam
fakta Matematik adalah satu aspek yang penting dan sangat diambil kira dalam kebanyakan
peluang pekerjaan yang ditawarkan pada masa kini bukan sahaja di Malaysia malahan di
seluruh dunia. Oleh itu, semua murid perlu menguasai bidang ini untuk memastikan peluang
yang lebih cerah untuk mendapat pekerjaan pada masa depan. Oleh itu, p&p Matematik
untuk kanak-kanak prasekolah perlulah diberikan penekanan selaras dengan Falsafah
Pendidikan Kebangsaan untuk melahirkan insan yang antaranya berkemahiran dan berdikari
yang dapat hidup seiring dengan masyarakat sekelilingnya. Kemahiran asas Matematik
merangkumi kemahiran pranombor; menulis dan mengeja nombor; operasi tambah, tolak,
darab, dan bahagi.

[9]
2.0 SEJAUHMANAKAH AKTIVITI INI DAPAT MEMBANTU KANAK-KANAK
MEMAHAMI KEDUA-DUA OPERASI YANG DIPERKENALKAN

Dalam Rancangan pengajaran yang saya hasilkan, saya telah menggunakan kaedah
permainan iaitu Music Chair untuk membantu kanak-kanak memahami operasi penolakan
dengan lebih mudah. Hal ini demikian kerana, umum mengetahui bahawa kanak-kanak dan
permainan saling memerlukan diantara satu dengan yang lain. Pembelajaran melalui
‘permainan’ merupakan salah satu pendekatan ‘belajar melalui bermain’ yang dilihat dapat
membantu keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran. Kepentingan ‘permainan’
dalam pengajaran dan pembelajaran bagi kanak-kanak prasekolah ini juga dilihat mampu
menjadikan pembelajaran matematik lebih menarik, menyeronokkan dan berkesan. Aktiviti
permainan ini juga sesuai digunakan untuk kanak-kanak belajar, terutamanya matapelajaran
matematik yang agak sukar difahami kanak-kanak.

Bermain adalah satu aktiviti penting dalam perkembangan kanak-kanak dan kritikal
untuk seseorang kanak-kanak mencapai potensi diri mereka sepenuhnya (Ginsburg, 2007).
Friedrich Froebel (1782-1852) dalam Spodek (2003), mengatakan bermain adalah fitrah
kanak-kanak (work of children). Bermain penting untuk perkembangan kanak-kanak sebab ia
menyumbang kepada perkembangan kognitif, fizikal, sosial dan kesihatan emosi mereka.
Melalui bermain ibu bapa berpeluang untuk turut serta dalam aktiviti anak-anak mereka.
Bermain adalah satu aktiviti semulajadi dan keperluan bagi setiap kanak-kanak. Mereka
belajar dan meneroka persekitaran melalui aktiviti bermain kerana imaginasi mereka yang
tinggi (Erikson, 1985). Mariani (2013) menjelaskan main atau bermain merupakan sebarang
aktiviti yang memberi kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan
apakah hasil aktiviti.

Melalui kaedah bermain iaitu music chair yang saya gunakan semasa aktiviti pada
langkah 3 , jelas bahawa semua dapat memahami dengan jelas mengenai operasi penolakan
melalui perbuatan mengurangkan sebuah kerusi apabila seorang pemain dikeluarkan.
Permainan kerusi muzik (musical chair) boleh menggalakkan kanak-kanak mengandaikan
jumlah kerusi yang diperlukan. Permainan ini tidak semestinya dilakukan semua kanak-kanak
di dalam kelas. Guru boleh mengadakan permainan ini dalam kumpulan kecil. Kanak-kanak
kecil pula, permainan ini hendaklah diubahsuai supaya tidak seorang pun terkeluar daripada
permainan ini.

[10]
Menariknya, kanak-kanak berusia empat hingga lima tahun selalunya suka bermain
kerusi muzik dengan kerusi yang banyak berbanding dengan jumlah kanak-kanak. Guru
hendaklah menggalakkan mereka bertukar pendapat untuk menentukan cara untuk bermain
sama ada sama jumlah kerusi dengan kanak-kanak atau, satu atau dua kerusi kurang daripada
kanak-kanak (tanpa mengeluarkan kanak-kanak yang tidak dapat duduk di kerusi). Kesemua
kepelbagaian adalah baik untuk menjumlahkan objek. Pada pendapat saya, permainan ini
sangat berkesan dalam usaha untuk membantu murid mengenal dan mengira operasi tolak
dengan sebaik yang mungkin kerana mereka sendiri dapat mengandaikan jumlah kerusi yang
tinggal sekiranya terdapat pemain yang dikeluarkan. Tidak cukup dengan itu, kaedah
permainan ini juga sememangnya sangat menarik perhatian murid bahkan murid pastinya
ingin melakukan aktiviti ini berulang kali.

Tidak cukup dengan itu, Matematik merupakan salah satu mata pelajaran yang dapat
diaplikasikan penggunaannya dalam kehidupan seharian. Menurut Mohamad Daud Hamzah
(1996), menyatakan bahawa kanak-kanak mempelajari matematik melalui kegiatan seharian
mereka ada beberapa aktiviti yang membantu kanak-kanak memperolehi konsep-konsep awal
matematik iaitu aktiviti padanan, penjenisan, dan susunan aturan melalui perhubungan
mereka dengan persekitaran mereka.Proses membuat kaitan matematik dengan kehidupan
harian murid dapat membantu membina pengalaman yang jelas. Oleh itu, amat bersesuaian
jika murid prasekolah belajar matematik melalui pendekatan belajar sambil bermain.

Selain itu, melalui pendekatan belajar sambil bermain, murid juga dapat
memanipulasikan bahan maujud seperti guli, dadu dan sebagainya dalam proses
pembelajaran. Menurut Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2001)
menyatakan bahawa murid-murid lebih gemar belajar secara konkrit dengan manipulasi
bahan maujud. Kajian Norma Binti Haji Hassan (2004) mendapati bahawa minat murid
dicetuskan dan rasa bosan dapat dikurangkan melalui penggunaan bahan. Terdapat tiga jenis
permainan yang dijalankan iaitu Kotak, Bermain Guli dan Dadu Ajaib. Pelbagai aktiviti
permainan matematik yang dijalankan oleh murid-murid semasa proses pdp ini telah
menunjukkan bahawa pendekatan belajar sambil bermain dapat membantu murid-murid
prasekolah menguasai operasi tambah. Peningkatan markah murid-murid sebanyak seratus
peratus pada lembaran kerja menunjukkan aktiviti-aktiviti bermain yang saya jalankan ini
telah berjaya membantu murid-murid prasekolah menguasai operasi tambah.

[11]
Melalui aktiviti-aktiviti permainan yang saya jalankan kepada murid-murid, saya
dapati mereka berasa gembira dan teruja ketika melakukan aktiviti. Ini kerana ketika bermain
mereka dapat manipulasikan bahan-bahan maujud yang disediakan seperti kotak dan
penyepit. Menurut Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong dan Seah Ai Kuan (2001) menyatakan
bahawa murid-murid lebih gemar belajar secara konkrit dengan manipulasi bahan maujud.
Kajian Norma Binti Haji Hassan (2004) mendapati bahawa minat murid dicetuskan dan rasa
bosan dapat dikurangkan melalui penggunaan bahan.

Penggunaan pendekatan belajar sambil bermain telah dapat meningkatkan mutu


pengajaran saya sebagai seorang guru prasekolah. Secara tidak langsung saya telah
membantu seorang murid yang mempunyai masalah dari segi sosioemosi dan pembelajaran
menggunakan pendekatan belajar sambil bermain. Di samping itu, saya juga berpeluang
meneliti perancangan teknik pembelajaran dan pengajaran agar bersesuaian dengan keperluan
serta tahap kebolehan murid. Kesimpulannya, pendekatan belajar sambil bermain ini dapat
mencetuskan minat dan mengurangkan rasa bosan murid-murid prasekolah dalam memahami
dan menguasai operasi tambah.

[12]
3.0 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN

3.1 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN ( OPERASI TAMBAH)

Matapelajaran : Matematik awal


Kelas : Tabika Perpaduan
Umur Kanak-kanak : 4 Tahun
Masa : 1 Waktu (30 Minit.)
Tunjang : Awal Sains dan Teknologi – Awal Matematik
Fokus : Operasi tambah
Tempoh masa : 30 Minit
Alatan/ Bahan : Buah-buahan, kad simbol, lembaran kerja, dan pokok.
Subtema : Buah-buahan
Standard Kandungan : ST 8.1 Memahami operasi tambah dalam lingkungan
10
Standard Pembelajaran Umum : ST 8.1.6 Menyelesaikan masalah operasi tambah
menggunakan objek konkrit (solve number stories)
Standard Pembelajaran yang digabungkan / disepadukan :
BM 3.5.3 Membatang dua sukukata terbuka untuk
menjadi perkataan.
BM 3.5.4 Membatangkan tiga suku kata  terbuka
menjadi perkataan.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat
1.  Menyelesaikan masalah operasi tambah menggunakan objek konkrit (solve number
stories).
2. Membatang dua sukukata terbuka untuk menjadi perkataan.
3. Membatangkan tiga suku kata  terbuka menjadi perkataan.

Pengetahuan Sedia ada murid : Murid sudah mengenal nombor 1-10


Penerapan Nilai : Berdisiplin dan tolong menolong

[13]
Masa Isi kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Alatan/Bahan

G 1. Alatan
     Buah-buahan
Set Buah dalam bakul Guru menunjukkan Murid melihat Kesepaduan
Induksi pelbagai jenis buah- pelbagai jenis buah-      Sains
buahan di dalam bakul buahan. Nilai
5 Minit buah.      Disiplin

1.   Guru bertanya warna Murid menjawab


kepada mereka. soalan guru tentang Alatan
Langkah warna buah.     Buah-buahan
1 3.   Guru menyatakan     Kad simbol
kepada mereka 2.   Murid mengetahui Kesepaduan
Tambah bahawa mereka akan bahawa mereka akan      Sains
belajar tambah objek. belajar tentang      Bahasa Melayu
5 Minit
operasi tambah. Nilai
4.   Guru menunjukkan
simbol tambah dan 3.   Murid melihat simbol     Disiplin
sama dengan. tambah dan sama
dengan.
Sama dengan

Guru menunjukkan Murid melihat pokok Alatan


Langkah pokok buah-buahan buah-buahan. Buah-buahan
2 yang digantung Pokok
5  Minit dengan banyak buah. Murid melihat guru Kesepaduan
menambah dengan -         Fizikal
Guru menunjukkan menggunakan buah- -         Kreativiti
cara menambah. buahan. Nilai
-         Disiplin
Guru menyuruh Murid mengira buah- -         Toleransi
mereka mengira buah- buahan yang
buahn tersebut. digantung di pokok.
Guru memanggil Murid ke hadapan Alatan
mereka ke hadapan kelas apabila -         Buah-
Langkah kelas seorang demi dipanggil guru. buahan
3 seorang. Kesepaduan
Murid mengetahui -         Sains
5 Minit Guru menyatakan bahawa mereka perlu -         Kreativiti
kepada mereka mengira buah-buahan Nilai
bahawa mereka perlu yang terdapat di -         Disiplin

[14]
mengira buah-buahan pokok tersebut. -         Toleransi
yang terdapat di -         Fizikal
pokok tersebut. Murid dibimbig oleh
guru.
Guru membimbing
mereka.

Murid mendapat Alatan


Langkah Guru memberi lembaran kerja. -    Lembaran
4 lembaran kerja. kerja
8 Minit Kesepaduan
Guru membimbing Murid dibimbing -         Fizikal
mereka melakukan oleh guru. -         Bahasa
lembaran kerja. Melayu
Nilai
-         Disiplin

Penutup Guru bersoal jawab dengan murid mengenai operasi tambah buah-buahan tersebut.

2 Minit Murid menjawab soalan guru mengenai operasi tambah.

[15]
3.2 RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN (OPERASI TOLAK)

Matapelajaran : Matematik awal


Kelas : Tabika Perpaduan
Umur Kanak-kanak : 5 Tahun
Masa : 1 Waktu (30 Minit.)
Tunjang : Awal Sains dan Teknologi – Awal Matematik
Fokus : Operasi tolak
Tempoh masa : 30 Minit
Alatan/ Bahan : Kerusi, lembaran kerja
Subtema : Hari Raya Aidilfitri
Standard Kandungan : ST 8.0 Operasi Nombor
Standard Pembelajaran Umum : ST 8.2.4 Menyatakan ayat matematik operasi tolak
secara lisan
Standard Pembelajaran yang digabungkan / disepadukan :

BM 1.1.2 Mendengar arahan mudah dan memberi


respon dengan bimbingan.
PFK 2.1.22 Membuat pergerakan menggunakan seluruh
anggota badan.
Objektif Pembelajaran : Pada akhir pembelajaran murid dapat
1. Menyatakan ayat matematik operasi tolak secara lisan
2. Mendengar arahan mudah dan memberi respon
dengan bimbingan.
3. Membuat pergerakan menggunakan seluruh anggota
badan.

Pengetahuan Sedia ada murid : Murid mengetahui simbol tolak dan sama dengan.
Penerapan Nilai : Berdisiplin dan tolong menolong

[16]
Masa Isi kandungan Aktiviti Guru Aktiviti Murid Alatan/Bahan

Alatan:
Kad simbol
Set Induksi Guru menunjukkan Murid memahami
simbol tolak dan simbol tolak dan Kesepaduan:
5 Minit sama dengan sama dengan. Bahasa Melayu
kepada murid-
murid.
Nilai:
Disiplin
  Lego dan kotak
Alatan:
Langkah 1 Objek (lego)
Kotak
Guru menggunakan Murid memahami
objek bagi operasi tolak
Kesepaduan:
5 Minit menerangkan menggunakan
simbol tolak. objek. Bahasa Melayu
Fizikal

Nilai:
Disiplin

Alatan:
Langkah 2
Objek (pengepit
5  Minit baju, lego dan
Guru menggunakan Murid mendengar
ayat matematik bagi ayat matematik lain-lain).
menerangkan operasi tolak. Kotak
operasi tolak.
Kesepaduan:

Bahasa Melayu
Kreativiti
Nilai

Disiplin
Toleransi
Guru memberitahu Murid Alatan
kepada murid bermain music Kerusi
Langkah 3
bahwa mereka akan chair Radio
5 Minit CD
bermain music
chair.

[17]
Murid mendapat Alatan
Langkah 4 Guru memberi lembaran kerja. -    Lembaran
8 Minit lembaran kerja. kerja
Kesepaduan
Guru membimbing Murid dibimbing -         Fizikal
mereka melakukan oleh guru. -         Bahasa
lembaran kerja. Melayu
Nilai
-         Disiplin

Penutup Guru bersoal jawab dengan murid mengenai operasi tolak music chair tersebut.

2 Minit Murid menjawab soalan guru mengenai operasi tolak.

[18]
4.0 KESIMPULAN

Sebagai kesimpulannya, Menguasai kemahiran asas matematik merupakan satu aspek


yang sangat penting bagi seseorang murid. Hal ini kerana matematik merupakan sebahagian
daripada kehidupan. Banyak masalah dalam kehidupan hari ini yang memerlukan kemahiran
matematik untuk menyelesaikannya. Contohnya, menentukan masa/waktu untuk melakukan
sesuatu, menentukan bilangan barang yang ingin diguna, urusan jual beli di kedai dan kantin,
tambang bas dan sebagainya. Oleh itu adalah sangat penting seseorang individu itu
didedahkan dengan kemahiran-kemahiran asas ini agar mereka boleh menjalani kehiduan
dengan lebih terancang dan selesa.

Operasi tambah pula merupakan asas untuk menumbuh dan mencambahkan minat
murid terhadap mata pelajaran matematik. Pengalaman kejayaan dan kegagalan yang mereka
alami semasa peringkat awal menguasai kemahiran ini memberi pengaruh yang besar
terhadap penguasaan kemahiran lain yang lebih mencabar pada peringkat seterusnya.
Sebelum operasi tambah ini diperkenalkan, murid-murid hendaklah menguasai kemahiran-
kemahiran seperti membilang hingga 10, menyusun kumpulan benda sehingga 10, membaca
dan menulis angka 1-10, memadankan angka daripada 1-10 dengan perkataan nombor,
mengenal simbol ’0’ dan perkataan nombor ’sifar’ dan memahami maknanya serta
mengabadikan nombor.Penambahan ialah operasi yang mencantumkan dua nombor untuk
menghasilkan nombor ketiga yang dinamakan jumlah atau hasil tambah.

Manakala, Operasi tolak biasanya diajar selepas operasi tambah. Operasi tambah
melibatkan penggabungan atau penyatuan dua set objek, sedangkan operasi tolak pula
berhubung dengan pengasingan atau pengurangan sesuatu set objek kepada set-set kecil.
Dengan kata lain operasi tolak merupakan proses menterbalikkan operasi tambah. 
Kemahiran yang diajar pada peringkat ini adalah menulis ayat matematik, melengkapkan ayat
matematik, menolak secara spontan fakta asas tolak, menulis hitungan tolak dalam bentuk
lazim dan penyelesaian masalah berkaitan penolakan.   Konsep penolakan dapat difahami
melalui beberapa pendekatan iaitu pengasingan atau mengabil jalan keluar, perbandingan,
pelengkap dan penyekatan. Pengasingan atau mengambil jalan keluar daripada satu set objek,
satu subset dikeluarkan. Akhir kata, kedua dua operasi tambah dan tolak ini memerlukan
kaedah pengajaran dan kepelbagaian aktiviti yang menarik bagi membantu murid-murid
untuk memahami dan mempelajari tentang konsep tambah dan tolak dengan mudah dan
cepat.

[19]
RUJUKAN

Bahagian Pembangunan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia. Kurikulum Standard


Prasekolah Kebangsaan : Dokumen Standard Kurikulum. (2010). Kuala Lumpur :
Percetakan Nasional Malaysia Berhad.

Lai Kim Leong, Khaw Ah Hong & Seah Ai Kuan (2001). Satu kajian mengenai penggunaan
bahan bantu mengajar dalam pengajaran pembelajaran Matematik di sekolah
rendah. Kertas kerja Seminar Penyelidikan Pendidikan Sains dan Matematik.
Sarawak: Maktab Perguruan Batu Lintang.

Mohamad Daud Hamzah(1996): Perkembangan kanak-kanak dan pembelajaran. Kuala


Lumpur : Utusan Publications & Distributors.

Mok Soon Sang. (2010). Bimbingan dan Kaunseling Kanak-kanak. Selangor: Penerbitan
multimedia Sdn. Bhd.

Norma Binti Haji Hassan. (2004). Hubungan di antara penggunaan bahan bantu mengajar
dengan minat pelajar tahun lima di Sekolah Chepa, Kelantan. Tesis Sarjana yang
belum diterbitkan. Tanjung Malim, Perak: Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Diperoleh pada 17 Ogos 2012 dari http://images.dehewaraspak.
multiply.multiplycontent.com/ id=58573975

Kementerian Pelajaran Malaysia. 2010. Dokumen standard kurikulum (Prasekolah). Kuala


Lumpur: Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Mulligan, J. & Mitchelmore, M. 2009. Awareness of pattern and structure in early


mathematical development. Mathematics Education Research Journal 21(2): 3.

[20]

Anda mungkin juga menyukai