Anda di halaman 1dari 9

ISI KANDUNGAN

PERKARA MUKA SURAT

1.0 SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG) ATAU 2


MATLAMAT PEMBANGUNAN LESTARI

2.0 DUA (2) MATLAMAT DASAR DAN PERKAITANNYA


3
DENGAN MATLAMAT SDG DALAM ARTIKEL YANG DI
BERI

3.0 KEPENTINGAN MATLAMAT DASAR DALAM 4


MENCAPAI MATLAMAT SDG YANG DIBINCANGKAN
DALAM ARTIKEL

4.0 TRADE-OFF YANG BERKEMUNGKINAN BERLAKU 5-6


DALAM PROSES MENCAPAI MATLAMAT

e) TEKNIK YANG BOLEH DIGUNAKAN KERAJAAN 7-8


DALAM MENSTRUKTURKAN SEMULA MASALAH DASAR
AWAM

RUJUKAN 9
TUGASAN 1
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM

TUGASAN 1

1.0 SUSTAINABLE DEVELOPMENT GOAL (SDG) ATAU MATLAMAT


PEMBANGUNAN LESTARI

Apabila memperkatakan mengenai SDG, dua frasa yang sering kita dengari adalah
istilah kemampanan dan juga kelestarian. Kedua-duanya memiliki perbezaan yang nyata dari
segi definisi. Definisi kelestarian adalah merujuk kepada suasana persekitaran merujuk
kepada hutan dan lain-lain yang kekal terpelihara keasliannya atau dalam erti kata yang lain,
tidak berubah. Manakala, kemampanan pula didefinisikan sebagai kemampuan untuk
mempertahankan kualiti, prestasi mahupun pencapaian cemerlang yang lebih menjurus
kepada kemampanan pembangunan dan ekonomi Negara. Berdasarkan kepada laporan
Suruhanjaya Brundtland (1987), jelas bahawa ada tika dan waktunya dunia akan mengalami
pergolakan ekonomi lantaran tidak mampu untuk terus mengekalkan pertumbuhan yang
diperlukan bagi memastikan segala aspirasi dan keperluan warga dunia dipenuhi.

Hal ini adalah kerana perubahan globalisasi yang berlaku seperti kenaikan kos sara
hidup dan harga barang, kadar inflasi yang tinggi, kejatuhan nilai mata wang serta serangan
wabak penyakit berjangkit seperti yang berlaku pada tahun 2020 yang lalu. Justeru, bagi
memenuhi segala bentuk aspirasi dan keperluan masyarakat maka pendekatan yang berbeza
perlu dilaksanakan secara radikal merangkumi isu ekuiti, kecekapan tenaga kerja,
pertumbuhan ekonomi serta pengurusan sumber manusia. Mendepani perubahan yang
berlaku dalam era globalisasi masa kini, Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) telah
merancang dan mewujudkan Sustainable Development Goals (SDG) pada tahun 2015. Usaha
melibatkan pembangunan lestari ini adalah salah satu daripada pelan tindakan yang akan
memanfaatkan bumi, manusia, kekayaan selain menjamin keamanan sejagat menjelang 2030
pada masa akan datang.

Saya akan menghuraikan beberapa matlamat yang terkandung dalam SDG ini.
Pertama adalah keperluan untuk membasmi kemiskinan dari pelbagai bentuk, cara dan tempat
sekalipun. Matlamat kedua SDG adalah sifar kelaparan yang mana keperluan untuk mencapai
keselamatan makanan, memastikan tiada kes kebuluran selain mempertingkatkan nutrisi
selain usaha mempergiatkan aktiviti pertanian dengan memastikan ciri-ciri lestari
diutamakan. SDG 3 adalah keperluan untuk menjamin kesejahteraan dan tahap kesihatan
yang baik. Manakala SDG 4 pula melibatkan keperluan untuk menyalurkan pendidikan yang
berkualiti dan sama rata kepada semua masyarakat.

2
TUGASAN 1
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM

2.0 DUA (2) MATLAMAT DASAR DAN PERKAITANNYA DENGAN MATLAMAT


SDG DALAM ARTIKEL YANG DI BERI

Dalam mendepani era globalisasi masa kini, jelas bahawa dasar awam adalah suatu
perkara yang bersifat dinamik dan kompleks namun memainkan peranan yang cukup penting
bagi memastikan wujudnya perubahan dalam suasana pembangunan Negara yang berstruktur
dan juga fleksibel. Dua matlamat dasar awam yang ingin saya huraikan dan kaitkan dengan
matlamat SDG seperti dalam artikel adalah matlamat kebebasan dan matlamat keselamatan.

Secara harafiahnya, matlamat keselamatan ini membawa menjurus kepada makna


keperluan manusia bagi memenuhi kebutuhan fizikal. Maksudnya, pihak kerajaan itu sendiri
perlu menentukan atau menetapkan apakah ukuran yang paling minimum dalam usaha
membanteras kemiskinan dan memelihara keselamatan pengemis kanak-kanak. Tidak cukup
dengan itu, pihak kerajaan juga seharusnya memastikan setiap individu khususnya kanak-
kanak diberikan perlindungan sewajarnya, kebajikan yang sentiasa dijaga, diberikan tempat
tinggal dan makanan yang secukupnya. Matlamat dasar dari aspek keselamatan ini saling
berkaitan di antara matlamat SDG 1 yang turut memfokuskan kepada aspek keselamatan dan
pelindungan bagi kanak-kanak seperti mana yang terkandung dalam Akta 611 ( Akta Kanak-
kanak 2012).

Seterusnya, saya akan menyentuh mengenai matlamat kebebasan bagi dasar awam
sebagaimana yang telah dinyatakan oleh John Stuart Mill adalah wajar jika sesebuah
masyarakat itu masuk campur dalam masalah orang lain sekiranya bersangkut paut perihal
kebebasan. Namun, perbuatan masuk campur dalam urusan orang lain perlu memiliki
tujuannya yang tersendiri. Masyarakat awam memiliki hak untuk menghalang seseorang
individu itu untuk melakukan khianat, memudaratkan atau melakukan kekerasan kepada
orang lain ataupun kepada dirinya sendiri. Dalam matlamat SDG 1, Kerajaan Malaysia wajar
memainkan peranan dan tanggungjawabnya dalam melindungi hak asasi golongan pengemis
kanak-kanak sebagai mana yang terkandung dalam Konvensyen Hak Kanak-Kanak (CRC)
pada tahun 1989. Kegagalan pihak berwajib dalam memberikan perlindungan yang wajar
berkaitan hak konsitutif manusia tergolong sebagai salah satu bentuk pencabulan terhadap
hak asasi bagi kanak-kanak yang menjadi pengemis sebagaimana yang dinyatakan dalam
Akta Kanak-kanak 2012.

3
TUGASAN 1
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM

3.0 KEPENTINGAN MATLAMAT DASAR DALAM MENCAPAI MATLAMAT


SDG YANG DIBINCANGKAN DALAM ARTIKEL

SDG 2030 telah menetapkan matlamat mereka untuk menaik taraf kehidupan
masyarakat di peringkat global dan isu yang paling diberikan perhatian adalah isu kemiskinan
tegar serta fenomena pengemis kanak-kanak. Tidak dapat dinafikan bahawa semenjak wabak
Pandemik Covid-19 melanda banyak masyarakat yang terkesan sehingga berada di bawah
paras miskin tegar. Dalam pada masa yang sama, lantaran kesukaran hidup sudah pasti
aktiviti mengemis ini menjadi salah satu pilihan untuk mendapatkan duit dengan mudah dan
cepat. Justeru, SDG 2030 bermatlamat untuk memastikan keadilan dapat dijunjung seadil-
adilnya dengan berpaksikan kepada prinsip utama iaitu “Leave No One Behind”. Simpson &
Kaminski (2007) matlamat keadilan dan kesaksamaan adalah perkara penting untuk dicapai
kerana hanya keadilan sahaja yang mampu menjamin pemeliharaan hak masyarakat seperti
Orang Kurang Upaya (OKU), gelandangan, kanak-kanak dan wanita.

Matlamat dasar awam dari aspek kesaksamaan, keselamatan, kecekapan dan


kebebasan adalah sangat penting kerana matlamat-matlamat inilah yang akan menjadi
indikator kepada keberhasilan pencapaian matlamat SDG1 dalam usaha untuk menurunkan
kadar kemiskinan tegar dalam kalangan masyarakat. Umum mengetahui bahawa jika
sesebuah Negara itu mengalami kenaikan dari segi kadar kemiskinan, sudah tentu negara itu
gagal mewujudkan nilai ketidakadilan terhadap semua rakyat bahkan mampu mengancam
integriti populasi. Kesemua 17 matlamat yang termaktub dalam SDG 2030 semuanya
berkaitan antara satu dengan yang lain bahkan mampu menjadi asbab kepada kemenjadian
matlamat SDG1 dalam usaha membangunkan kelestarian Negara.

Misalnya, peningkatan kepada jumlah kemiskinan akan menyebabkan ekonomi


Malaysia menjadi lumpuh serta menyebabkan meningkatnya isu pengangguran. Apa yang
boleh kita fahami adalah, matlamat merupakan suatu justifikasi kepada kwujudan dasar awam
sedia ada sama ada ingin melaksanakan sesuatu atau pun tidak. Tidak cukup dengan itu,
matlamat juga ialah satu kriteria yang menjadi titik pengukur bagi penilaian sesebuah dasar
awam itu. Sesebuah dasar itu dikatakan berjaya jika ianya mampu menjadi penyebab
keberhasilan pencapaian matlamat sebagaimana yang diingini.

4
TUGASAN 1
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM

4.0 TRADE-OFF YANG BERKEMUNGKINAN BERLAKU DALAM PROSES


MENCAPAI MATLAMAT

Menggubal dasar bukanlah suatu perkara yang mudah bahkan ianya memerlukan
usaha dan kefahaman yang mendalam kerana sesebuah Kerajaan itu perlu memahami terlebih
dahulu matlamat yang benar-benar diingininya sebelum pembentukan dasar awam
dilaksanakan. Hal ini adalah kerana, realiti hari ini sering memperlihatkan kepada kita
bahawa setelah matlamat-matlamat tersebut digariskan seperti kehendak umum, amat sukar
bagi sesebuah Kerajaan itu untuk merealisasikan kesemua matlamat secara serentak.
Keadaan inilah yang memungkinkan berlakunya trade-off dalam proses mencapai matlamat.
Trade-off dalam konteks ini bermaksud, kerajaan perlu membuat pilihan mengenai salah satu
daripada matlamat-matlamat yang telah digariskan dan tidak boleh memilih semua matlamat
dalam satu masa yang sama.

Kebebasan dan kesaksamaan

Semua manusia memiliki kemahiran, kemampuan serta potensi yang tersendiri dan
saling berbeza antara satu dengan yang lainnya. Bahkan, peluang yang ada bagi semua
individu adalah tidak sama. Justeru, bagi memastikan matlamat kesaksamaan ini dapat
diwujudkan, maka kerajaan akan mengagihkan sebahagian bahagian daripada individu yang
memiliki advantage (kelebihan) kepada mereka yang kurang bernasib baik. Tindakan
Kerajaan yang mengagihkan semula barangan atau bahagian atau perkhidmatan bagi
golongan yang bernasib baik telah dikira sebagai mencampuri kebebasan golongan tersebut.

Hal ini jelas dapat dilihat dalam artikel diatas yang mana kebanyakan program
bantuan yang dilaksanakan kurang berjaya memberi sumbangan kepada usaha meningkatkan
taraf pendapatan keluarga atau dalam erti kata lain, program itu hanya memberikan kesan
yang sederhana sahaja. Biasanya, ada sebilangan individu yang layak mendapatkan bantuan
tetapi tersisih daripada dibantu oleh pihak kerajaan. Ada juga situasi di mana, golongan yang
bernasib baik masih memerlukan bantuan tetapi tidak dibantu. Justeru, pihak kerajaan
seharusnya menggunapakai indeks kemiskinan dalam pelbagai dimensi bagi memperluaskan
lagi cakupan bantuan. Dalam hal ini sasaran kumpulan yang perlu diberikan perhatian
seharusnya dibuat terlebih dahulu dan meneliti bentuk keperluan yang mereka perlukan bagi
meneruskan kelangsungan hidup mereka.

5
TUGASAN 1
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM

Kebebasan dan Keselamatan

Terdapat dua dilema yang perlu dihadapi apabila ingin memilih matlamat sama ada
kebebasan atau pun keselamatan. Ini kerana, kemungkinan berlaku trade-off dalam pemilihan
matlamat antara keselamatan atau kebebasan lantaran dilema paternalism atau dependence
(pergantungan). Biasanya, kemiskinan yang dihadapi seseorang individu akan menyebabkan
mereka terpaksa untuk membuat pilihan dan mebuat sesuatu yang keluar dari pemikiran logik
hanya untuk memenuhi kelangsungan hidup mereka. Jika pilihan yang dibuat itu
mendatangkan banyak kesan negatif serta risiko yang tinggi maka ianya bukanlah suatu
pilihan yang wajar kerana pilihan itu pasti akan mendatangkan kemudaratan kepada mereka
seperti kelaparan atau kehilangan nyawa. Justeru, situasi ini secara tidak langsung telah
mewujudkan keadaan dependence yakni pergantungan.

Contoh mudah sebagaimana yang tertulis dalam artikel adalah keadaan kemiskinan
seseorang secara melampau telah menyebabkan wujudnya fenomena pengemis kanak-kanak.
Pilihan yang ada pada mereka untuk keluar dari kepompong kemiskinan adalah menerima
sahaja keadaan apabila dipaksa untuk mengemis. Namun pilihan tersebut telah mendatangkan
banyak risiko kerana golongan ini sering menjadi mangsa bagi jenayah pemerdagangan
manusia. Menurut Delap (2009), terdapat kanak-kanak yang sengaja dicacatkan anggotanya
bagi memastikan aktiviti mengemis tersebut berjaya menipu orang lain. Maka dalam situasi
seperti ini, kanak-kanak yang terlibat sebenarnya berada dalam keadaan mengharapkan
perhatian pihak berwajib untuk memberikan perlindungan dan kebajikan kerana mereka tidak
mampu melakukan apa-apa.

6
TUGASAN 1
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM

5.0 TEKNIK YANG BOLEH DIGUNAKAN KERAJAAN DALAM


MENSTRUKTURKAN SEMULA MASALAH DASAR AWAM

Mendepani cabaran globalisasi yang semakin pantas berubah, usaha pihak kerajaan
dalam membanteras isu pengemis kanak-kanak dan menangani isu kemiskinan melampau
perlulah diberikan perhatian yang sewajarnya dan diteruskan sehingga ianya berjaya
direalisasikan. Bagi membolehkan masalah yang wujud dalam dasar awam dapat
distrukturkan semula maka terdapat beberapa teknik yang boleh diaplikasikan seperti Teknik
Delphi, Teknik Sumbang Saran serta Teknik Analisis Hierarki.

Dalam artikel di atas, usaha SDG sebenarnya menggunapakai teknik Delphi yang
mana dilaksanakan secara berkumpulan bagi mencapai matlamat yang diingini selain mencari
ketepatan dalam meramal sesuatu perkara terutamanya mengenai masalah kemiskinan.
Melalui CRC yang dikenali sebagai konvensyen yang memberikan hak politik, sivil, ekonomi
sosial dan kebudayaan kepada kanak-kanak merupakan salah satu usaha yang dilaksanakan
secara berkumpulan bagi memberikan perlidungan sewajarnya kepada kanak-kanak. Dalam
teknik Delphi ini, perkara yang perlu dilaksanakan dahulu adalah melantik individu yang
mahir dan pakar khususnya dalam membuat ramalan bagi mengenal pasti isu dan mencari
jalan solusi terbaik. Ianya bertujuan untuk mengumpulkan lagi data sebanyak mungkin
berkaitan isu kemiskinan dan fenomena pengemis kanak-kanak dengan lebih telus, tepat dan
cekap.

Teknik kedua yang saya pilih adalah Teknik Analisis Hierarki yang biasanya
digunakan untuk mengetahui apakkah penyebab dan punca berlakunya masalah atau isu
awam. Dalam konteks membanteras isu kemiskinan dan fenomena pengemis kanak-kanak,
teknik ini boleh digunakan kerana ianya mampu membantu pihak berkepentingan untuk
mengenal pasti apakah punca sebenar yang menyebabkan berlakunya isu ini. Pertama sekali,
pihak kerajaan wajar mengenal pasti apakah sebab munasabah yang merujuk kepada
fenomena pengemis kanak-kanak dengan berlandaskan kepada kajian yang terperinci.

Contohnya, isu fenomena pengemis kanak-kanak semakin menjadi-jadi lantaran


peningkatan kadar kemiskinan di Malaysia. Selain itu, teknik ini juga akan mengkaji sebab-
sebab yang berkemungkinan akan menyebabkan sesebuah masalah itu berlaku dan turut
mengkaji mengenai penyebab yang boleh diambil tindakan oleh pihak yang berwajib.
Tuntasnya, teknik ini dikira dapat membantu menstrukturkan semula masalah dasar awam
yang berlaku jika dilaksanakan dengan baik dan teratur.

7
TUGASAN 1
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM

Yang terakhir adalah teknik sumbang saran yang dikenali sebagai satu kaedah
penyelesaian masalah yang dibuat secara berkumpulan dan apabila menggunapakai teknik
ini, semua ahli kumpulan perlu mencetuskan idea mereka yang tersendiri secara bersama. Hal
ini adalah perlu bagi memastikan idea-idea yang dikumpulkan dapat membantu dalam
menyelesaikan masalah dasar awam. Hampir kesemua ahli kumpulan akan diberikan peluang
untuk “memerah minda” serta memberikan pandangan masing-masing mengenai cara yang
paling sesuai untuk menangani isu pengemis kanak-kanak yang semakin membiak di Negara
kita. Idea-idea bernas seperti memperkasakan undang-undang, menggubal semula akta
berkaitan pengemis dan memberikan perlindungan yang wajar kepada golongan pengemis
kanak-kanak adalah antara idea yang amat diperlukan. Usaha yang dilaksanakan oleh Pihak
Kerajaan iaitu CRC (Konvensyen mengenai Hak Kanak-kanak) adalah salah sebahagian
daripada teknik sumbang saran kerana dalam CRC ini, semua pihak berusaha untuk
mengimplementasikan semua hak kanak-kanak dari pelbagai aspek.

8
TUGASAN 1
GMGA3033 OPERASI DASAR AWAM

RUJUKAN

Delap, E., (2009). Begging for change: Research findings and recommendations on forced
child begging in Albania/Greece, India and Senegal. Anti-Slavery International.
https://ecommons.cornell.edu/bitstream/handle/1813/100895/
ASI_2009_CL_Albania_Begging_for_Change.pdf?sequence=1

Morton, S., Pancheon, D., & Squires ,N. (2017). Sustainable Development Goals (SDGs),
and their implementation: A national global framework for health, development and
equity needs a systems approach at every level. Br Med Bull,124(1), 81–90.

Saeed, S. (2013). Regulation of begging in Mumbai: A critique of religious and secular laws
and notions of power. [Tesis Ph.D, University of Birmingham].

Simpson, P. A., & Kaminski, M. (2007). Gender, organizational justice perceptions, and
union organizing. Employ Respons Rights Jurnal, 19, 57–72.

Tetteh, W. (2018). The phenomenon of children beggars on the streets of Accra. [Tesis Ph.D,
University of Ghana].

World Bank. (2020). The World Bank Annual Report 2020. https://www.
worldbank.org/en/about/annual-report#anchor-annual

Anda mungkin juga menyukai