Anda di halaman 1dari 40

PALS 1012

ASAS LESTARI
& TEKNOLOGI
HIJAU
by Dr Jaswardi Anwar Hj Md Yaacob
PENGENALAN
PEMBANGUNAN LESTARI
Definisi:
● Pembangunan Lestari dide1inisikan sebagai pembangunan yang
dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan
kerosakan minimum ke atas alam semulajadi

● Pembangunan Lestari mengikut definisi UNESCO (2002) diertikan


sebagai “.... balancing the fulfillment of human needs with the
protection of the natural environment so that these needs can be met not
only in the present, but indefinite future.
● Mengikut laporan Our Common Future yang diterbitkan oleh
The World Commission on Environment and Development
(WCED), 1987, pembangunan lestari adalah “ Pembangunan
yang memenuhi keperluan generasi masa kini tanpa mengabaikan
keupayaan generasi akan datang untuk memenuhi keperluan
mereka.

● Satu penekanan utama yang disarankan dalam dasar pembangunan lestari


ini ialah masyarakat dunia mestilah hidup dalam had daya tampung
(carrying capacity) planet bumi.

● Walaupun terdapat beberapa definisi yang berbeza tetapi dalam kesemua


definisi ini terdapat satu tema yang dikongsi bersama iaitu alam sekitar
(environment), masa depan (futuristic) dan kesaksamaan (equity).
Apakah pembangunan lestari ?
 
● Pembangunan lestari ialah “pembangunan yang memenuhi keperluan
semasa serta masa hadapan bagi mencapai kesinambungan antara
pembangunan ekonomi, sosial dan alam sekitar demi kesejahteraan
bersama tanpa menjejaskan keperluan generasi seterusnya”.

● Agenda pembangunan lestari menitikberatkan kepentingan terhadap


tiga teras utama iaitu ekonomi, sosial dan alam sekitar yang disifatkan
sebagai satu proses multidimensi (Martens, 2006; Newman, 2005)
seperti yang ditunjukkan menerusi gambar rajah di bawah.
● Ketiga-tiga komponen ini menyokong antara satu sama lain demi
memastikan kelestarian negara dalam jangka masa panjang dan bukan
hanya melihat perkembangan negara dalam konteks pertumbuhan
ekonomi semata-mata.

● Hal ini menurut (Munasinghe, 2002) matlamat pembangunan lestari


adalah bagi memastikan pembangunan ekonomi untuk kesejahteraan
dan peningkatan kualiti hidup masyarakat, penggunaan sumber secara
bijaksana dan memastikan pemuliharaan terhadap alam sekitar dan
juga sistem ekologi berada dalam kondisi yang baik
Alam Sekitar
Mengelakkan pencemaran alam, melindungi kapasiti
ekosistem dan pembangunan yang akan mengancam
kesihatan manusia atau menjejaskan kualiti kehidupan.
Selain itu mengurangkan atau mengubah proses
pengeluaran atau perniagaan yang akan menjejaskan
kualiti hidup manusia. Cara pembuangan dan pelupusan
sampah harus dititikberatkan.

Mengelakkan pembangunan yang menambahkan


jurang antara golongan kaya dan miskin serta
mengalakkan pembangunan yang dapat
mengurangkan ketidaksamaan sosial. Selain itu,
mengurangkan pembaziran tenaga manusia. Sosial
Kesaksamaan sosial perlu dipelihara dari segi
peluang ekonomi di sesuatu kawasan.
Melihat dari segi ekonomi terdapat beberapa kateria yang diambil
penekanan di dalam pembangunan lestari iaitu pertumbuhan
ekonomi yang memberangsangkan, ekonomi ini melibatkan
pertambahan peluang pekerjaan, pengunaan yang meningkat,
pelaburan asing serta kadar pengganguran dan kemiskinan yang
berkurang.
Ekonomi
Kedua adalah kesaksamaan di mana ekonomi yang dibangunkan
dapat diterima oleh semua orang, serta memperolehi manfaat
daripada pembangunan ekonomi tersebut. Ketiga adalah
kecekapan dalam perancangan serta pembangunan ekonomi
yang dirancang. Kecekapan ini adalah kecekapan dalan
perancangan serta pembangunan ekonomi yang dirancang.
Kecekapan ini termasuklah pengagihan sumber yang cekap dan
mengawal ekonomi agar tidak membebankan rakyat.
Pembangunan Lestari dan 5P

Satu cara untuk mengukur kemajuan adalah dengan memberi tumpuan


kepada "5 P" yang membentuk SDG (Sustainable Development Goals)
(Matlamat Pembangunan Mampan): Manusia (people), Kemakmuran
(prosperity), Keamanan (peace) dan Perkongsian (partnership) dan Bumi
(planet).

5P menyerlahkan bagaimana SDG ialah rangka kerja yang saling berkait


dan bukannya sekumpulan matlamat tersembunyi (siloed goals).
Kemajuan pada setiap P mesti mengimbangi dan menyokong kemajuan
pada yang lain.
Manusia (people)
● SDG mengisytiharkan
keazaman dunia "untuk
menamatkan kemiskinan dan
kelaparan, dalam semua
bentuk dan dimensi dan untuk
memastikan semua manusia
dapat memenuhi potensi
mereka serta menjamin maruah
dan kesaksamaan serta
persekitaran yang sihat.“
Pada 2019, kemiskinan tegar
global adalah yang paling rendah
pernah direkodkan dalam sejarah
manusia, dengan kurang
daripada lapan peratus orang
yang hidup dengan kurang
daripada $1.90. berbeza dengan
30 tahun lepas, 36% hidup dalam
kemiskinan tegar. Salah satu
negara terlibat ialah
India.Mengikut trajektori semasa,
480 juta orang masih akan hidup
dalam kemiskinan tegar pada
tahun 2030.
Take 5 gaisss..............
Kemakmuran (prosperity)
● Kemakmuran bermatlamat untuk "memastikan semua manusia dapat
menikmati kehidupan yang sejahtera dengan kemajuan ekonomi, sosial dan
teknologi berlaku selaras dengan alam semula jadi.

● "Dari tahun 1995 hingga 2013, 23 negara berjaya meningkatkan ekonomi


tanpa mengabaikan pelepasan gas rumah hijau dan turut mengurangkan
jejak karbon.

● Namun trend ke arah mencapai kemakmuran bersama sebahagian besarnya


terbantut, kerana dunia bergelut dengan ekonomi yang perlahan dan
ketidaksamaan yang semakin meningkat.
Keamanan (peace)
● Bermatlamat untuk memupuk masyarakat yang aman, adil dan
inklusif.Bilangan orang yang terbunuh dalam konflik bersenjata
adalah 10 kali lebih besar daripada pada tahun 2005 dan bilangan
negara yang mempunyai konflik kekerasan adalah yang tertinggi
dalam tempoh 30 tahun yang lalu. Mereka yang tinggal di negeri
yang dilanda konflik boleh menyumbang 80 peratus daripada
golongan miskin melampau menjelang 2030,
Kerjasama (partnership)
● Melaksanakan segala agenda melalui kerjasama ataupun perkongsian
yang kukuh dan global.

● Kerajaan tidak boleh berdiri sendiri dalam mencapai SDG namun mereka
memainkan peranan utama untuk menjayakannya.
Bumi (planet)

● Tetapkan matlamat untuk melindungi planet “supaya ia dapat menyokong


keperluan generasi sekarang dan akan datang” baik dari segi sumber alam
ataupun iklim.

● Dunia sedang menghadapi kecemasan perubahan iklim. Pada kadar semasa,


pemanasan global berkemungkinan mencapai sekurang-kurangnya 1.5 darjah
Celsius antara 2030 dan 2052, yang membawa kepada risiko besar kepada
kesihatan, mata pencarian, keselamatan makanan, bekalan air, keselamatan
manusia dan pertumbuhan ekonomi.
Dikeluarkan oleh:
PEJABAT KETUA
PERANGKAWAN MALAYSIA
JABATAN PERANGKAAN
MALAYSIA
3 DISEMBER 2021
17 Agenda SDG (Sustainable Development Goals)
SDG 1: Sifar kemiskinan
Sehingga 2030, kemiskinan yang melampau perlu dihapuskan. Ia
menyasarkan untuk menyelesaikan permasalahan kemiskinan di mana
walaupun kadar kemiskinan global telah berkurang separuh daripada nilai
besar sejak tahun 2000.

SDG 2: Sifar kelaparan


Mengakhiri kelaparan, mencapai keselamatan makanan dan pemakanan
yang lebih baik, dan mempromosikan pertanian lestari adalah keutamaan
dalam SDG 2.
SDG 3: kesihatan dan kesejahteraan
Memastikan kehidupan yang sihat untuk semua orang dari semua peringkat
umur dan mempromosikan kesejahteraan mereka adalah matlamat yang
diisytiharkan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Sebagai contoh,
kematian ibu dan bayi perlu dikurangkan. Serta bilangan kematian akibat
kemalangan diturunkan.

SDG 4: Pendidikan berkualiti


Dengan agendanya, PBB ingin memastikan pendidikan inklusif, sama dan
berkualiti tinggi pada masa akan datang dan untuk menggalakkan peluang
pembelajaran sepanjang hayat untuk semua.
SDG 5: Kesaksamaan Gender
Diskriminasi terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan perlu
ditamatkan.

SDG 6: Air bersih dan sanitasi


Sehingga 2030, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu ingin mencapai
akses sejagat dan saksama untuk air minuman bersih dan berpatutan
untuk semua.

SDG 7: Tenaga berpatutandan bersih


Untuk mencapai 7. Salah satu matlamatnya ialah dengan ketara
meningkatkan bahagian tenaga boleh diperbaharui dan meningkatkan
kecekapan tenaga.
SDG 8: Pekerjaan yang sesuai dan Pertumbuhan Ekonomi
Satu matlamat adalah untuk mempromosikan pertumbuhan
ekonomi yang mampan, inklusif dan mampan, pekerjaan penuh produktif
dan kerja yang baik untuk semua

SDG 8: Industri, Inovasi dan Infrastruktur


Membina infrastruktur yang berdaya tahan, menggalakkan
perindustrian yang inklusif dan mampan, dan inovasi

SDG 10: Mengurangkan ketaksamaan


Ini menimbulkan ketidaksamaan dalam dan antara negara dan harus
meningkatkan peluang yang sama. Ini termasuk pengukuhan negara-negara
membangun dan dasar migrasi yang terurus dan dirancang dengan baik.
SDG 11: Bandar dan Komuniti Lestari
Ruang yang berpatutan, pengubahsuaian kawasan kumuh dan penyediaan
pengangkutan awam adalah antara program yang ditawarkan.

SDG 12: Penggunaan dan Pengeluaran Bertanggungjawab


Sehingga 2030, PBB ingin mencapai pengurusan yang mampan dan
penggunaan sumber semula jadi yang efisien dan membuang sampah. Pada masa
sekarang, penggunaan bahan semula jadi semakin meningkat, terutamanya di Asia
Timur.\

SDG 13: Langkah-langkah untuk perlindungan iklim


Tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim dan kesannya. Perubahan
iklim kini memberi kesan kepada setiap negara termasuk dari segi ekonomi serta
menjejaskan kehidupan, merugikan pelbagai pihak, komuniti dan negara pada hari ini
SDG 14: Hidupan dalam air
Pada masa kini terdapat kemerosotan berterusan perairan pantai akibat
pecemaran dan pengasidan laut yang memberi kesan negatif terhadap fungsi
ekosistem dan biodiversiti.

SDG 15: Kehidupan di darat


Memastikan pemeliharaan, pemuliharaan dan pemanfaatan ekosistem air
tawar di pedalaman dan perkhidmatan berkaitan terutamanya yang terdapat di
hutan, tanah lembap, pergunungan dan tanah kering (United Nations
Development Programme 2019).
SDG 16: Keamanan, keadilan dan pertubuhan kukuh
Merujuk kepada keamanan, keadilan dan institusi yang kuat. Ia perlu bagi
menangani ancaman pembunuhan antarabangsa, keganasan terhadap kanak-kanak,
pemerdagangan manusia dan keganasan seksual. Salah satu langkah
pertama kearah melindungi hak individu adalah perlaksanaan pendaftaran
kelahiran di seluruh dunia dan pengiktirafan hak asasi manusia

SDG 17: Perkongsian/kerjasama untuk mencapai matlamat


Memperkuatkan perkongsian global untuk menyokong dan mencapai
sasaran-sasaran besar Agenda 2030, membawa bersama-sama kerajaan-kerajaan
nasional, masyarakat antarabangsa, masyarakat madani, sektor swasta dan
pelaku lain.
Mampukah Malaysia merealisasikan pembangunan
lestari?
Klasifikasi negara maju, membangun dan mundur

1. Negara maju
Suatu negara dikatakan negara maju dengan melihat kepada
keberhasilan pembangunan pada negara tersebut antaranya:
a. Sumber alam dimanfaat secara optimum
- Menfaatkan sumber alam boleh ubah
b. Dapat mengatasi masalah populasi manusia.
-Pendapatan perkapita, peluang pekerjaan

Menurut IMF, 34 negara berikut digolongkan sebagai negara maju adalah spt US,
UK, Singapura, Jepun, Sepanyol, Belgium.
2. Negara membangun

Negara-negara dunia ketiga ataupun juga dikenali sebagai negara


sedang membangun ini diklasifikasikan sebagai negara yang tidak
mempunyai sebarang industri yang sofistikated dan mempunyai pendapatan
perkapita yang rendah. Negara ini meliputi hampir keseluruhan di benua
Afrika, Asia dan negara-negara  Amerika Selatan.

3. Negara mundur
Kumpulan negara-negara mundur termasuk negara-negara yang
memenuhi kriteria berikut:
- Kemiskinan (pendapatan negara per kapita yang
rendah).
- Sumber manusia yang lemah (kualiti pemakanan
yang tidak baik, penjagaan kesihatan dan
pendidikan).
- Kelemahanekonomi (ketidakupayaan untuk
menyediakan diri dengan produk pertanian, eksport
barangan dan perkhidmatan yang tidak stabil, serta banyak
bencana alam).
Di negara maju, kebanyakan masalah muncul disebabkan
perkembangan saintifik dan teknologi yang maju,
kekurangan pembangunan dan kemajuan menjadi pemangkin
kepada masalah persekitaran di negara yang masih
membangun

Keadaan dan keperluan-keperluan khas negara membangun,


terutama negara kurang membangun dan terlalu terdedah
kepada bahaya alam sekitar haruslah diberi keutamaan
khusus. Tindakan-tindakan antarabangsa dalam bidang alam
sekitar dan pembangunan hendaklah juga mengambilkan
kepentingan semua negara.
Untuk melestarikan pertumbuhan ekonomi di negara-negara
sedang membangun ialah satu kaedah kritikal bagi
mengurangkan kemiskinan dan membaiki taraf hidup
kebanyakan penduduk. Walau bagaimanapun, pertumbuhan
ekonomi itu sendiri adalah tidak mencukupi.

Bagi sesetengah negara, pertumbuhan ekonomi akan


meningkatkan lagi tahap kemiskinan dan meningkatkan lagi
ketidaksamaan pendapatan antara penduduk. Keadaan ini,
menjurus kepada ketidaklestarian sosial yang membawa
kepada tekanan sosial dan konflik yang boleh mendatangkan
keburukan kepada pertumbuhan akan datang.
Peranan kerajaan
● Sebagai permulaan dalam menjadikan Malaysia sebagai negara “hijau” dan maju,
Malaysia mula menganjurkan konvensyen-konvensyen alam sekitar juga
menandatangani perjanjian alam sekitar peringkat serantau dan atarabangsa.
Berdasarkan sumber daripada United Nations Environment Programme (UNEP),
perjanjian peringkat antarabangsa bermula sejak tahun 1933, lebih 200 perjanjian
telah ditandatangani. Malaysia telah menandatangani lebih kurang 40 perjanjian alam
sekitar dan 20 daripadanya berada di bawah bidang kuasa Kementerian Sumber Asli
dan Alam Sekitar (NRE), manakala selebihnya berada di bawah bidang kuasa
Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dan Kementerian Pengangkutan.
Antara konvensyen yang disertai Malaysia ialah Konvensyen Stockholm mengenai
pencemaran, Konvensyen Ramsar mengenai tanah lembap dan lain-lain.
● Kerajaan membentuk polisi baru yang mana mampu mengekalkan alam sekitar di samping
pembangunan yang pesat. Polisi seperti Penilaian Impak Alam Sekitar atau EIA .

● Melalui Program Transformasi Kerajaan atau GTP yang melibatkan Bidang Keberhasilan
Utama Negara atau NKRA yang mana menggariskan beberapa perkara penting untuk
pembangunan negara. Salah satunya, memperbaiki kemudahan pengangkutan awam
supaya rakyat mengurangkan penggunaan kereta. Ini selari dengan janji yang dibuat oleh
Perdana Menteri bahawa Malaysia akan turut serta dalam mengurangkan kadar karbon
dioksida bagi mengurangkan kesan pemanasan global di Persidangan Perubahan Iklim
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Copenhagen, Denmark. Malaysia juga perlu
mematuhi perjanjian yang ditandatangani di peringkat antarabangsa seperti Protokol Kyoto
yang cuba mengurangkan kesan rumah hijau terhadap iklim dunia
Perkembangan industri
● Pertanian
Penukaran tanah dari hutan kepada pertanian telah mengakibatkan berlakunya
penebangan hutan secara meluas. Akibat daripada aktiviti ini, pelbagai masalah telah
timbul antaranya mengurangkan jumlah hutan asal dan biodiversiti hutan dan hidupan
liar, hakisan tanah, pemendapan, kerosakan cerun dan tanah runtuh di Malaysia.

perbelanjaan pembangunan pertanian mencecah nilai US$30 bilion dalam pembelian


racun makhluk perosak setiap tahun diseluruh dunia. Sebannyak 40% daripada jumlah
ini dibelanjakan di negara membangun untuk sebatian toksik seperti DDT,
orgonofosfat dan organoklorin.
● Perlombongan
Berdasarkan penyelidikan yang dijalankan, sumber air semula jadi diganggu oleh
perlombongan emas skala kecil. Hal ini menyebabkan masalah pemendapan teruk di bahagian
hilir menjejaskan terumbu karang, hutan bakau dan rumput laut sepanjang pantai yang
menjadi sumber perikanan.

Pengembangan kawasan perbandaran dan pembangunan industri secara langsung telah


menyebabkan perubahan yang besar kepada ekosistem semula jadi dibandingkan dengan
pembangunan hutan, perlombongan atau pertanian.
 
Isu alam sekitar berkaitan dengan perbandaran dan pembangunan industri, adalah lebih
kompleks dan sering lebih sukar untuk ditangani, Ini termasuklah sisa buangan dan
pembetungan, pemuliharan kawasan hijau di dalam perbandaran, masalah haba perbandaran
serta pencemaran air dan udara.
● Sisa buangan/pembentungan
Beberapa faktor yang mendorong kepada masalah pengurangan sisa buangan ialah ketiadaan
dasar untuk mewajibkan kitar semula dan kekurangan insentif untuk menggalakkan
penggunaan semula. Akibatnya beberapa kawasan pembuangan sampah secara terbuka akan
meningkat dengan cepat dan risiko pencemaran air dan air bawah tanah mungkn juga akan
meningkat.

Pembuangan industri telah menjadikan masalah toksik dan sisa buangan bahaya lebih teruk
lagi. Masalah ini dan kesannya yang menjejaskan kesihatan manusia hanya dikenal pasti sejak
awal 1990an. Masalah ini termasuklah pencemaran logam berat, nitrogen dan sulfur oksida,
hidrokarbon petroleum, bahan partikel, polychlorinated, biphenyls (PCBs), sianida dan
arsenik.
Peranan Pendidikan (PENYELIDIKAN, PENDIDIKAN DAN PUSAT
PENYELIDIKAN)
● Pusat Penyelidikan Langkawi (PPL). Pusat ini ditubuhkan pada tahun 2002 sewaktu teraju
kepimpinan LESTARI dijalankan oleh Prof. Dato’ Dr. Ibrahim Komoo. Pusat ini
bertanggungjawab untuk membangunakn sumber warisan asli untuk membina
kepupayaan Langkawi sebagai peneraju destinasi pelancongan negara.

● Pusat Penyelidikan Kelestarian Alam Sekitar, Ekonomi dan Sosial (KASES). Pusat ini
ditubuhkan pada 1 Januari 2006 untuk memberikan tumpuan kepada kajian multidisiplin
berkenaan kelestarian alam sekitar, sumber asli, ekonomi dan sosial. Skop kajian pusat ini
termasuklah penyelidikan bersepadu dalam integriti alam sekitar dan penggunaan sumber
asli secara lestari serta sistem industri yang menyerlahkan kesejahteraan sosial dan
integriti alam sekitar (Kelestarian ekonomi dan industri); dan pembangunan pelbagai
komuniti sosial berasaskan konsep kelestarian (kesejahteraan sosial dan komuniti) . 
Peranan pendidikan

● Malaysia, usaha memperkasakan pendidikan berkaitan


alam sekitar bermula di peringkat sekolah dengan terbitnya Buku Panduan
Guru Pendidikan Alam Sekitar merentas Kurikulum untuk sekolah rendah dan
menengah oleh Pusat Perkembangan Kurikulum Kementerian Pelajaran
Malaysia. Pendidikan pembangunan lestari atau Education for Sustainable
Development (ESD) merupakan ruang yang dapat membina dan
mempromosikan kesedaran serta pengetahuan yang mendalam antara individu
dengan persekitarannya.
● Permulaan ini akan membawa kepada perubahan tindakan yang positif selaras
dengan objektif pembangunan lestari. Tindakan-tindakan ini akan membentuk
perubahan dan dunia yang lebih baik untuk hari ini dan masa akan datang
(Omar, 2005;Salonen & Tast, 2013).

Anda mungkin juga menyukai