Anda di halaman 1dari 11

Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs) dan Agenda Perbandaran

Baru 2030 dalam Konteks Malaysia

Nurul Aliah Farisha Jamaludin, Mohamad Azmarul Danish Azman & Wan Fariza Alyati Wan
Zakaria 1

ABSTRAK
Populasi penduduk bandar di dunia dijangka akan meningkat hampir dua kali ganda
menjelang tahun 2050. Peningkatan terhadap populasi ini turut mempengaruhi aktiviti
ekonomi, sosial dan interaksi budaya serta kesan terhadap alam sekitar dan kemanusiaan
termasuk dari aspek infrastruktur perumahan, perkhidmatan, pendidikan dan lain – lain. Oleh
itu, Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation) telah memperkenalkan Agenda
Pembandaran Baru 2030 bagi mencapai Matlamat Pembandaran Mapan (Sustainable
Development Goals) yang melibatkan peranan politik, sosial dan ekonomi setiap masyakarat di
dunia serta berusaha untuk mengatasi segala halangan yang merencatkan agenda tersebut.
Kertas ini bertujuan membincangkan cabaran implementasi Agenda Perbandaran Baru 2030
dalam Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs) ini terhadap Malaysia sebagai sebuah negara
berbilang kaum dan agama yang berpegang kepada adat budaya masyarakat Timur.
Kata kunci: Agenda Perbandaran Baru 2030, Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs),
Instrumen Antarabangsa, Kajian Masa Depan (Futures Studies), Pemikiran
Futuristik

PENDAHULUAN
Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs) adalah suatu gagasan yang dibawakan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bertujuan merealisasikan impian semua pihak bagi
mendepani permasalahan yang berlaku pada masa kini. Terdapat 17 matlamat yang telah
digariskan dalam Matlamat Pembangunan Mapan iaitu menghapuskan jurang kemiskinan,
sifar lapar, kesihatan dan kesejahteraan yang baik, pendidikan yang berkualiti, kesaksamaan
jantina, air bersih dan sanitasi, tenaga mampu dan bersih, kerja yang layak dan
pertumbuhan ekonomi, industri, inovasi dan infrastruktur, ketidaksamaan yang
dikurangkan, bandar dan masyarakat berkelanjutan, penggunaan dan pengeluaran
bertanggungjawab, tindakan iklim, kehidupan di bawah air, kehidupan di tanah, institusi
kuat keadilan dan keadilan dan perkongsian untuk mencapai matlamat. Matlamat
Pembangunan Mapan (SDGs) juga merupakan pelan tindakan untuk meningkatkan nilai
kehidupan pada masa hadapan ke arah yang lebih baik dan lebih mampan untuk semua.
Pelan tindakan ini telah disusun secara berstruktur dan secara sistematik bagi memastikan

1
Kertas kerja ini telah dibentangkan sempena Persidangan Siswa Usuluddin, Falsafah dan Pengajian Islam pada
26-28 April 2019 di Langkawi serta diterbitkan sebagai Prosiding bertemakan Agama, Falsafah dan Pemikiran
Islam dalam Mendepani Isu Semasa suntingan Nur Farhana Abdul Rahman, Zul’azmi Yaakob, Nurul Syafiqah
Ahmad, Azizah Muhammad Ikhsan Prayatna, Siti Aishah Azahar, Ahmad Muzammil Amran, Muhammad Nur
Aiman Mohd Amin, Farah Waheedah Saiful Hazmi, terbitan Fakulti Pengajian Islam, UKM Bangi.

226
matlamat yang digariskan tercapai. Secara tidak langsung ianya akan menangani beberapa
permasalahan dan cabaran di peringkat global, termasuk isu yang berkaitan dengan
kemiskinan, ketidaksamaan, iklim, kemusnahan alam sekitar, kemakmuran, keamanan dan
keadilan. Matlamat ini juga akan memberikan manfaat dan faedah yang samarata kepada
semua pihak yang terlibat dan tidak akan mewujudkan jurang di antara orang kaya dan
miskin (United Nations Development Programme 2019).
Sebagai matlamat global, SDGs merupakan tindakan universal untuk mengakhiri kemiskinan,
melindungi dunia ini dan memastikan semua orang menikmati keamanan dan kemakmuran.
17 Matlamat ini juga membantu membina kejayaan dalam menggapai Matlamat
Pembangunan Milenium, termasuk pelbagai bidang yang baharu seperti inovasi, jurang
ekonomi, perubahan iklim, keamanan, dan keadilan. SDGs menekankan konsep
kebersamaan dan kesamarataan untuk membina kemajuan bermula dari sekarang bagi
mencapai kehidupan yang mampan untuk generasi yang akan datang. Pihak Pertubuhan
Bangsa-Bangsa Bersatu telah mewujudkan garis panduan secara sistematik dan sasaran
yang jelas untuk semua negara dengan menggunapakai Standard Operating Procedure (SOP)
mengikut keutamaan yang telah dihasilkan oleh mereka. Gagasan yang dibawakan oleh
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ini adalah bersifat inklusif iaitu menyelesaikan pelbagai
isu yang merangkumi dalam segala perkara atau menyeluruh tanpa ada yang tertinggal.
Pengerusi Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations
Development Programme - UNDP), Helen Clark menyatakan bahawa SDGs memberikan
semua pihak satu pelan perancangan dan agenda bersama untuk menghadapi dan
menangani beberapa permasalahan yang telah wujud di dunia ini seperti kemiskinan,
perubahan iklim, keamanan dan sebagainya. Beliau juga menyatakan bahawa UNDP
mempunyai pengalaman dan kepakaran untuk disumbangkan kepada negara-negara yang
menyokong Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs) supaya bersama-sama maju pada masa
hadapan.
Dari aspek Kajian Masa Depan (Futures Studies), SDGs adalah hasil daripada pemikiran
futuristik bagi menangani fenemona world problematique yang dicetuskan buat pertama
kalinya menerusi laporan Limits to Growth yang dikeluarkan oleh Club of Rome pada 1972.
Rantaian kompleksiti permasalahan global berkenaan pembangunan dan implikasi terhadap
alam sekitar, permasalahan ekonomi dan kemiskinan serta kesejahteraan dan keamanan
global yang kian mengancam kehidupan manusia menjadi satu justifikasi penting tentang
keperluan terhadap wujudnya satu gagasan yang strategik bagi menangani permasalahan-
permasalahan ini. Justeru SDGs sebagai suatu pelan dan agenda bertindak yang
komprehensif adalah kemajuan yang besar bagi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu untuk
menghadapi cabaran persekitaran dunia yang lebih kompleks dan saling bergantungan.

MATLAMAT PEMBANGUNAN MAPAN (SDGs)

Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs) yang digariskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa


Bersatu adalah pelan dan agenda bertindak yang sangat sistematik. Berdasarkan SDG 1, ia
menyasarkan untuk menyelesaikan permasalahan kemiskinan di mana walaupun kadar
kemiskinan global telah berkurang separuh daripada nilai besar sejak tahun 2000, namun
hakikatnya satu dari sepuluh orang yang menetap di kawasan membangun masih hidup
dengan pendapatan sebanyak US $ 1.90 sehari. SDG 2 bertujuan untuk menghapuskan

227
kelaparan yang menjadi epidemic global di mana satu daripada sembilan orang dalam dunia
hari ini iaitu kira-kira 815 juta orang menghadapi masalah ini. SDG 3 menekankan mengenai
kehidupan yang sihat dan mempromosikan kesejahteraan yang baik. Walaupun angka
kematian kanak-kanak dunia yang mati telah berkurang berbanding tahun 1990, tetapi lebih
daripada 5 juta kanak-kanak mati sebelum mencapai umur 5 tahun pada setiap tahun.
Kematian ibu juga telah menurun sebanyak 37% sejak tahun 2000 dan sasaran yang hendak
dicapai ialah kurang dari 70 kematian ibu bagi setiap 100,000 kelahiran menjelang 2030.
SDG 4 menegaskan perkara yang berkaitan dengan pendidikan. Setiap individu berhak untuk
mendapatkan pendidikan yang berkualiti dan pendidikan adalah asas untuk mewujudkan
pembangunan mampan. Statistik menunjukkan lebih daripada 265 juta pelajar yang keluar
dari sekolah dan 22% dari jumlah tersebut keluar semasa usia sekolah rendah. Kanak-kanak
yang pergi ke sekolah juga tidak mempunyai kemahiran membaca dan mengira. Hal ini akan
membantutkan pertumbuhan ekonomi dan inovasi sesebuah negara. SDGs 5 menegaskan
perkara berkenaan kesaksamaan jantina. Penyediaan peluang yang adil kepada wanita dan
lelaki diperlukan untuk mendapat akses yang sama dalam pendidikan, penjagaan kesihatan,
pekerjaan yang baik, perwakilan dalam politik, pemaju ekonomi dan sebagainya. SDG 6
berkaitan kebersihan air dari sumber yang bersih. Walaupun di antara tahun 1990 sehingga
2015 kadar penduduk global yang dapat menggunakan sumber air minuman yang baik telah
meningkat dari 76% sehingga 90%, namun masih terdapat setiap hari hampir 1000 kanak-
kanak mati akibat dari sumber air yang tidak bersih atau tercemar. Perkara ini perlu
dititikberatkan agar semua pihak dapat hidup dengan lebih sihat. Untuk meningkatkan
kebersihan dan akses kepada air minuman, pelaburan dalam pengelolaan ekosistem air
tawar dan kemudahan tempat kebersihan seperti tandas diperlukan (United Nations
Development Programme 2019).
SDG 7 menggariskan perkara mengenai tenaga yang berpatutan dan bersih. Pada masa kini,
terdapat kira-kira 3 billion orang tidak mempunyai kemudahan memasak yang bersih dan
terdedah kepada tahap pencemaran udara yang berbahaya. Mereka hanya bergantung
kepada kayu, arang batu, sisa haiwan dan sebagainya untuk memasak. Justeru matlamat
SDG 7 menjelang 2030 adalah untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa untuk
memudahkan akses kepada penyelidikan dan teknologi tenaga bersih, termasuk tenaga
boleh diperbaharui, kecekapan tenaga dan teknologi bahan api fosil yang lebih maju dan
bersih, dan menggalakkan pelaburan dalam infrastruktur tenaga dan teknologi tenaga
bersih. Selain itu, mengembangkan infrastruktur dan menaik taraf teknologi untuk
membekalkan perkhidmatan tenaga moden dan mampan untuk semua di negara-negara
membangun (United Nations Development Programme 2019).
SDG 8 menekankan matlamat pekerjaan yang baik dan pertumbuhan ekonomi. Sekitar
separuh penduduk dunia masih hidup bersamaan dengan kira-kira US $2 sehari dengan
kadar pengangguran global sebanyak 5.7%. Kemajuan yang perlahan dan tidak sekata ini
memerlukan pemiikiran semula dan pemulihan dasar ekonomi dan sosial yang bertujuan
membasmi kemiskinan. SDG 9 melibatkan industri, inovasi dan infrastruktur. Pelaburan
dalam infrastruktur dan inovasi adalah pemacu penting dalam pertumbuhan dan
pembangunan ekonomi. Lebih separuh penduduk dunia kini hidup di bandar, pengangkutan
dan tenaga yang boleh diperbaharui menjadi komponen penting, seperti pertumbuhan

228
industri baru dan teknologi maklumat dan komunikasi. Kemajuan teknologi juga penting
untuk mencari penyelesaian yang kekal untuk mendepani cabaran ekonomi dan
persekitaran, seperti menyediakan pekerjaan baru dan mempromosikan kecekapan tenaga
kerja. Matlamat ini mempromosikan industri yang mapan, dan melabur dalam penyelidikan
saintifik dan inovasi. Lebih dari 4 bilion orang masih tidak mempunyai akses ke Internet, dan
90 peratus adalah dari negara membangun. Merapatkan jurang digital ini adalah penting
untuk memastikan akses yang sama kepada maklumat dan pengetahuan, serta memupuk
inovasi dan keusahawanan (United Nations Development Programme 2019).
SDG 10 menekankan matlamat untuk mengurangkan ketidaksamaan. Oleh itu, menjelang
2030, SDG 10 ini menetapkan tujuan mencapai dan mengekalkan pertumbuhan pendapatan
di bawah 40 peratus penduduk pada kadar lebih tinggi daripada purata kebangsaan. Selain
itu, memperkasakan dan mempromosikan kemasukan sosial, ekonomi dan politik untuk
semua, tanpa mengira usia, jantina, kecacatan, bangsa, etnik, asal, agama atau ekonomi
atau status lain. Tambahan lagi, ia juga memastikan peluang yang sama dan mengurangkan
ketidaksamaan, termasuk dengan menghapuskan undang-undang, dasar dan amalan
diskriminasi dan menggalakkan undang-undang, dasar dan tindakan yang sesuai dalam hal
ini. SDG 11 memberi focus kepada kehidupan bandar raya di seluruh dunia yang
menghadapi cabaran dalam mengurus bandar yang pesat seperti aspek penyediaan
perumahan dan infrastruktur yang mencukupi untuk menyokong penduduk yang semakin
meningkat, serta kesan alam sekitar dan kerentanan kepada bencana. Justeru, Agenda
Perbandaran Baru 2030 diperkenalkan bagi memastikan akses kepada perumahan yang
mencukupi, selamat dan berpatutan, termasuk penyediaan akses kepada sistem
pengangkutan yang selamat, terjangkau, boleh diakses dan berkekalan untuk semua,
meningkatkan keselamatan jalan raya, terutamanya dengan memperluaskan pengangkutan
awam, serta perhatian khusus kepada golongan yang lemah, wanita, kanak-kanak, orang
kurang upaya dan warga emas (United Nations Development Programme 2019).
SDG 12 pula menegaskan penggunaan dan pengeluaran yang bertanggungjawab. Pada masa
sekarang, penggunaan bahan semula jadi semakin meningkat, terutamanya di Asia Timur.
Negara-negara juga terus menangani cabaran mengenai pencemaran udara, air dan tanah.
Matlamat ini mempromosikan kecekapan sumber tenaga, infrastruktur yang mampan, dan
menyediakan akses kepada perkhidmatan asas, perkara yang menjaga sumber alam dan
kualiti hidup yang baik untuk semua. Menjelang tahun 2030, sasaran penting adalah
pengurusan yang mapan dan penggunaan sumber semula jadi yang cekap. SDG 13
menekankan tindakan segera untuk memerangi perubahan iklim dan kesannya. Perubahan
iklim kini memberi kesan kepada setiap negara termasuk dari segi ekonomi serta
menjejaskan kehidupan, merugikan pelbagai pihak, komuniti dan negara pada hari ini. Corak
cuaca berubah, paras laut meningkat, peristiwa cuaca semakin melampau dan pelepasan
gas rumah hijau kini berada pada tahap tertinggi dalam sejarah (United Nations
Development Programme 2019).
SDG 14 mempromosikan kehidupan perairan. Pada masa kini terdapat kemerosotan
berterusan perairan pantai akibat pecemaran dan pengasidan laut yang memberi kesan
adversarial terhadap fungsi ekosistem dan biodiversiti. Ia juga memberi kesan negatif

229
terhadap perikanan kecil. Menjelang 2025, SDG 14 ini berhasrat untuk mencegah dan
mengurangkan pencemaran marin secara menyeluruh, khususnya dari aktiviti berasaskan
darat, termasuk serpihan marin dan pencemaran nutrien. SDG 15 pula mempromosikan
berkenaan kehidupan di darat pula. Pada masa kini, 13 juta hektar hutan telah hilang setiap
tahun sementara kemerosotan berterusan bagi tanah kering telah membawa kepada
desertifikasi 3.6 billion hektar. Penebangan hutan dan desertifikasi adalah disebabkan oleh
aktiviti manusia dan perubahan iklim yang menimbulkan cabaran kepada pembangunan
mapan dan telah menjejaskan kehidupan. SDG 15 ini ingin memastikan pemeliharaan,
pemuliharaan dan pemanfaatan ekosistem air tawar di pedalaman dan perkhidmatan
berkaitan terutamanya yang terdapat di hutan, tanah lembap, pergunungan dan tanah
kering (United Nations Development Programme 2019).
SDG 16 merujuk kepada keamanan, keadilan dan institusi yang kuat. Ia perlu bagi
menangani ancaman pembunuhan antarabangsa, keganasan terhadap kanak-kanak,
pemerdagangan manusia dan keganasan seksual. Salah satu langkah pertama kearah
melindungi hak individu adalah perlaksanaan pendaftaran kelahiran di seluruh dunia dan
pengiktirafan hak asasi manusia yang lebih bebas di seluruh dunia. Selain itu, mengurangkan
semua bentuk keganasan dan kadar kematian yang berkaitan keganasan di seluruh dunia. Di
samping itu, ia bertujuan menggalakkan kedaulatan undang-undang di peringkat nasional
dan antarabangsa serta memastikan akses yang sama keadilannya untuk semua. SDG yang
terakhir iaitu 17 bertujuan memperkuatkan perkongsian global untuk menyokong dan
mencapai sasaran-sasaran besar Agenda 2030, membawa bersama-sama kerajaan-kerajaan
nasional, masyarakat antarabangsa, masyarakat madani, sektor swasta dan pelaku lain.
Walaupun terdapat kemajuan dalam bidang tertentu, lebih banyak lagi perkara perlu
dilakukan untuk mempercepatkan kemajuan. Semua pihak berkepentingan perlu
memfokuskan semula dan meningkatkan usaha mereka di kawasan-kawasan kemajuan yang
perlahan. Ia juga bermatlamat untuk memperkukuhkan pengerahan sumber dalam negeri,
termasuk melalui sokongan antarabangsa ke negara-negara membangun, untuk
meningkatkan kapasiti domestik untuk cukai dan kutipan hasil lain (United Nations
Development Programme 2019). Rajah 1 di bawah menggambarkan secara ringkas kesemua
matlamat SDGs yang telah dibincangkan di atas:

Rajah 1: 17 Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs)


Sumber: United Nations Development Programme 2019

230
Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs) yang memfokuskan kepada 17 key areas tersebut
adalah bertunjangkan kepada teras pendefinisian semula nilai yang merangkumi 3 bidang
utama, iaitu (1) Iklim dan Tenaga; (2) Makanan dan Tanah dan (3) Bandar-bandar seperti
yang ditunjukkan pada Rajah 2 di bawah:

Rajah 2: Indikator SDGs


Sumber: United Nations Development Programme 2019

Jelasnya, 17 key areas yang menjadi arahtuju untuk dicapai oleh SDGs tersebut digunakan
sebagai kayu ukur kepada terhasilnya perubahan-perubahan yang dirancang dalam 3 bidang
keberhasilan utama iaitu dalam menangani perubahan iklim dunia dan keperluan tenaga,
makanan dan juga tanah (sumber) dan juga kualiti kehidupan di bandar-bandar sebagai
tempat pertumbuhan. Justeru boleh dikatakan bahawa SDGs merangkumi tiga perkara
penting iaitu untuk mempertingkatkan kualiti kehidupan rakyat, melindungi persekitaran
iaitu alam semulajadi dan biodiversiti serta memupuk pertumbuhan yang pantas.

AGENDA PERBANDARAN BARU 2030

Sejajar dengan Matlamat Pembangunan Mapan (SDGs) tersebut, suatu Agenda


Pembandaran Baru 2030 (New Urban Agenda (NUA) 2030)) pula diperkenalkan oleh
Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu sebagai strategi jangka sederhana untuk mencapai
matlamat ke arah mewujudkan bandar dan penempatan manusia yang boleh dinikmati oleh
semua orang dan tidak terbatas dalam memperoleh hak – hak asas dalam meneruskan
kehidupan seharian. Bagi mencapai matlamat tersebut, beberapa prinsip telah diguna pakai
dalam Agenda Perbandaran Baru ini antaranya ialah prinsip tidak meninggalkan sesiapa
berada di belakang iaitu dengan menamatkan kemiskinan dalam semua dimensi,
memastikan hak dan peluang yang diperoleh sama, sosioekonomi, kepelbagaian budaya,
meningkatkan kesesuaian hidup, pendidikan, makanan, dan kesihatan iaitu termasuk
231
menamatkan wabak AIDS, tuberkulosis dan malaria, menggalakkan keselamatan dengan
menghapuskan keganasan dan diskriminasi serta menyediakan akses yang selamat dan
setara untuk semua.

Prinsip kedua adalah memastikan ekonomi bandar yang mapan dan inklusif dengan
memanfaatkan kaedah aglomerasi daripada perbandaran yang dirancang dengan baik dan
berdaya saing. Dalam mencapai ekonomi bandar yang mapan, inklusif dan berdaya saing,
pekerjaan yang produktif dan penciptaan pekerjaan yang layak untuk semua sumber dan
peluang ekonomi dipromosikan. Prinsip yang seterusnya adalah memastikan kelestarian
alam sekitar iaitu dengan menggalakkan tenaga bersih dan penggunaan tanah secara lestari
dengan melindungi ekosistem dan biodiversiti termasuk mengamalkan gaya hidup yang
sihat dan cergas selari dengan alam semula jadi serta mengurangkan akan risiko bencana
akibat perubahan iklim yang berlaku.

SDGs DAN NUA 2030 DALAM KONTEKS MALAYSIA


Dalam konteks Malaysia, Malaysia telah mengorak langkah ke arah pembangunan mapan
bermula sejak tahun 1970 apabila Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan pada tahun
1970 untuk membasmi kemiskinan dan menstruktur semula ketidakseimbangan
masyarakat. Kesemua rancangan pembangunan Malaysia 5 tahun yang lalu telah
menekankan elemen pembangunan merangkumi pertumbuhan ekonomi yang mapan,
pertumbuhan dengan pengagihan yang saksama kepada semua bahagian masyarakat, akses
kepada infrastruktur dan utiliti asas, akses kepada pendidikan dan perkhidmatan penjagaan
kesihatan dan pemuliharaan alam sekitar yang utama. Pada tahun 2009, Malaysia
merumuskan Model Ekonomi Baru (NEM) yang selanjutnya mengukuhkan komitmen
Malaysia untuk meneruskan pembangunan mapan berdasarkan tiga tonggak, iaitu
pendapatan tinggi, keterangkuman dan kemampanan, yang mencerminkan tiga elemen
SDGs iaitu ekonomi, sosial dan persekitaran. Pelan pembangunan Malaysia selama 5 tahun
sehingga tahun 2020 telah disediakan sebagai Model Ekonomi Baru (NEM). Pelan Malaysia 5
tahun yang lalu iaitu Rancangan Malaysia ke-11 (2016-2020) adalah berdasarkan kepada tiga
rukun Model Ekonomi Baru (NEM) iaitu modal insan akan menjadi pusat segala usaha
pembangunan dan memastikan tiada segmen masyarakat yang tertinggal dalam mengambil
bahagian dan mendapat manfaat daripada pembangunan negara selari dengan tema pelan
Malaysia ke-11 iaitu "Membina Pertumbuhan Rakyat" (United Nations Development
Programme 2019).

Penyertaan Malaysia dalam Agenda Perbandaran Baru 2030 adalah bermula dengan
menghadiri pada majlis jawatankuasa persiapan yang ketiga Habitat III pada 25 – 27 Julai
2016 di Surabaya. Kemudian pada 12 Oktober 2016 pihak kabinet kerajaan Malaysia telah
meluluskan laporan kebangsaan dan Agenda Pembandaran Baru sehingga menjadikan
Malaysia sebagai salah satu negara peserta dalam Habitat III dan dalam Agenda
Perbandaran Baru. Objektif utama yang dibawa oleh Malaysia adalah untuk mengintegrasi
ekonomi iaitu mewujudkan bandar yang berdaya saing, persekitaran yang hijau dan
pembandaran yang berdaya tahan serta sudut sosial yang mana masyarakat atau rakyat
yang boleh hidup dan pembandaran yang bersifat inklusif di mana servis yang berpatutan.

232
Agenda Perbandaran Baru (NUA) telah diterima sebulat suara pada Persidangan Pertubuhan
Bangsa – Bangsa Bersatu mengenai Pembangunan Perumahan dan Pembangunan Mapan
(Habitat III) yang berlangsung pada 17 – 20 Oktober 2016 di Quito, Ecuador. Persidangan ini
adalah berfungi untuk memberikan visi baru kepada bandar dan majlis perbandaran untuk
20 tahun akan datang (UNDP 2018). Agenda ini dapat dilihat sebagai program pelaksanaan
SDG yang ke sebelas mengenai membina bandar dan penempatan manusia yang inklusif,
selamat, berdaya tahan dan mapan (Spotlight on Sustainable Development 2016).
Perjalanan dan rancangan ke arah implementasi Agenda Perbadaran Baru 2030 memakan
jangka masa yang lama di mana ianya bermula dengan Habitat I yang diadakan pada tahun
1976 di Vancouver. Pada Habitat I populasi masyarakat dunia adalah sebanyak 37.9 peratus
dan persidangan tersebut adalah mengenai pemerintah mula mengakui bahawa terdapat
akibat daripada pembandaran yang pesat dan perlunya kepada penempatan manusia
terutama di negara yang membangun. Oleh itu, hasil utama daripada Habitat I adalah
pengiktirafan bahawa perlindungan dan perbandaraan adalah satu isu global yang perlu
ditangani secara kolektif dan Pusat Pertubuhan Bangsa – Bangsa bersatu untuk Penyelesaian
Manusia (UNCHS-Habitat) ditubuhkan.
Komitmen Vancouver telah disahkan semula pada 20 tahun yang berikutnya pada
persidangan Habitat II yang berlangsung di Istanbul pada tahun 1996. Pada masa itu,
populasi masyarakat dunia menunjukkan peningkatan daripada persidangan Habitat I iaitu
sebanyak 45.1 peratus populasi masyarakat di dunia. Pemimpin dunia telah mengguna pakai
Agenda Habitat sebagai pelan tindakan global untuk memastikan tempat perlindungan yang
mencukupi untuk semua dengan tanggapan penempatan manusia yang mampan akan
memajukan pembangunan dalam dunia urbanisasi. Dengan itu hasil utama yang diperoleh
daripada persidangan tersebut adalah bandar adalah merupakan enjin bagi pertumbuhan
global, perbandaran adalah merupakan satu peluang, memerlukan kepada peranan pihak
berkuasa tempatan yang lebih kuat dan pengiktirafan kepada kuasa penglibatan (Habitat III
2016).
Pada April 2014 berlangsungnya Forum Urban Dunia (WUF7) di Medellin di mana forum
tersebut adalah bertujuan untuk mengesahkan semula komitmen untuk mengintegrasikan
ekuiti bandar ke dalam agenda pembangunan dan ianya disertai oleh 22 ribu orang.
Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa – Bangsa dalam resolusi 67/216 memutuskan
bahawa perlunya untuk membentuk satu Jawatankuasa Persiapan bagi melaksanakan
persiapan dan akan mempunyai tiga mesyuarat yang akan dikendalikan oleh mereka
(PrepCom 1, PrepCom2 dan PrepCom3) bagi menghadapi perasmian persidangan yang
setersunya. Selain itu, pelbagai persiapan dilakukan bagi menghadapi Persidangan Agenda
Perbandaran Baru (Habitat III) sehingga persidangan tersebut dijalankan pada bulan
Oktober 2016 di Quito (Habitat III 2016).
Persidangan tersebut mengalakkan penglibatan dan sumbangan daripada semua Negara
Anggota dan pihak yang berkepentingan. Habitat III juga telah mencatat sejarah di dalam
Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu apabila persidangan ini mempunyai penyertaan yang
terkuat daripada masyarakat awam, pihak yang berkepentingan dan pihak berkuasa
tempatan di mana lebih 2000 wakil kerajaan tempatan dan serantau menerima
pengiktirafan. Persidangan ini juga dihadiri oleh lebih 30,000 orang dari 167 buah negara.
Selain itu, mereka yang mengambil bahagian di dalam persidangan ini adalah terdiri
daripada Negara Anggota Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu, Pertubuhan Negara –

233
Negara Bersatu (PBB) dan Organanisasi Antara Kerajaan (IGOs), Pasukan Petugas Bangsa -
Bangsa Bersatu yang memainkan peranan untuk mengawal selia proses – proses persediaan
untuk persidangan, pihak yang berkepentingan, organisasi yang diiktiraf dan Rakan Kongsi
Perhimpunan Agung (GAP) yang menjalan tugas bagi menyokong penyertaan daripada pihak
yang berkepentingan bagi persidangan ini.
Secara konsepnya, isu – isu yang disentuh di dalam dokumen Agenda Perbandaran Baru
(NUA) adalah yang berkaitan dengan perancangan dan pembangunan perbandaran yang
meliputi 5 aspek utama iaitu Dasar Perbandaran Negara, Perundangan dan Peraturan
Perbandaran, Rekabentuk dan Perancangan Perbandaran, Sistem Kewangan Majlis
Perbandaran dan Ekonomi Bandar dan Pelaksanaan Tempatan (Urbanice Malaysia 2017).
Bagi mencapai kepada agenda tersebut, UN-Habitat memberikan garis panduan Rangka
Kerja yang mengandungi lima prinsip iaitu pemikiran yang kehadapan, boleh dilaksanakan,
disatukan, berdasarkan bukti dan berorientasikan tindakan di samping menjangkakan
bandar – bandar secara asasnya kearah menjadi padat, bersepadu, saling berhubungan,
bersifat sosial, berdaya tahan terhadap perubahan iklim serta berdasarkan hak asasi
manusia (Elin Andersdotter 2017: 9).
Pelaksanaan kepada agenda ini disokong penuh oleh Program Pembangunan Bangsa –
Bangsa Bersatu (UNDP) menerusi pelancaran rasmi Strategi Pelan Perbandaran Mapan.
Pelan Strategi dialu – alukan oleh Program Pembangunan Bangsa – Bangsa Bersatu (UNDP)
sebagai panduan strategik kepada dasar dan program UNDP bagi empat tahun akan datang
dengan sokongan bersama daripada Negara – Negara Anggota. Rancangan tersebut adalah
sebagai pandu arah baru kepada UNDP bagi menyokong negara – negara anggota bagi
menamatkan kemiskinan yang melampau, mengurangkan ketidaksamaan dan mencapai
matlamat Agenda 2030 untuk Pembangunan Bandar Mapan.
Empat daripada enam Penyelesaian Tandatangan Pelan Strategik UNDP memperlihatkan
peluang yang unik bagi pihak UNDP untuk meningkatkan penawaran khidmatnya ke atas
urbanisasi yang mapan. Antara Penyelesaian Tandatangan Pelan Strategik UNDP adalah
mengeluarkan manusia daripada kemiskinan di mana ia melibatkan penyelesaian yang
pelbagai untuk mempertingkatkan kehidupan bandar dan luar bandar, memperkuatkan
kesamarataan gender, membina perlindungan sosial dan menyediakan perkidmatan asas;
memperkukuh tadbir urus yang berkesan, inklusif dan tanggungjawab di peringkat
perbandaran dan sub-nasional; meningkatkan kemampuan pencegahan dan pemulihan
kebangsaan bagi masyarakat yang berdaya tahan di mana membantu negara – negara
daripada mengalami krisis dan cepat untuk kembali stabil ke arah pembanguna setelah
berlakunya krisis terutama di kawasan bandar besar serta menutup jurang akses terhadap
tenaga bersih dan meningkatkan kecekapan tenaga di mana ianya mampu membantu
negara untuk mengurangkan kesan pencemaran udara di kawasan bandar.
Selain itu, pada Forum Bandar Dunia (WUF) yang ke – 9 di Kuala Lumpur, Malaysia, UNDP
menunjukkan komitmennya sebagai rakan kongsi yang boleh dipercayai dalam pelaksanaan
Agenda Perbandaran Baru pada tahun – tahun yang akan datang dengan mempamerkan
hasil perkongsiannya dan pemikiran futuristiknya terhadap pembangunan bandar mapan.
Forum ini juga adalah merupakan platform dan legasi bagi perlaksanaan Agenda
Perbandaran Baru dan Deklarasi Kuala Lumpur: Bandar 2030 adalah merupakan respons
terhadap Agenda Perbandaran Baru bagi diimplementasikan dalam agenda pembangunan
Malaysia dan Negara-negara seluruh dunia. Deklarasi ini adalah antara forum yang

234
menghimpunkan ribuan permbuat keputusan pembuat keputusan, pelaksana utama, pihak
berkepentingan dan masyarakat untuk menghasilkan pelbagai idea bagi menghadapi
cabaran dan halangan bagi meningkatkan lagi perlaksanaan Agenda Perbandaran Baru.
Rangka kerja yang positif dan berterusan daripada semua peringkat termasuklah di
peringkat global, serantau, nasional dan tempatan mampu memberikan impak yang positif
dalam melaksanakan agenda ini.
Selain mengemukakan pelan tindakan dan rancangan yang perlu dilaksanakan bagi
mencapai kepada agenda tersebut, forum ini juga bertujuan untuk memberikan gambaran
realiti sebenar mengenai cabaran – cabaran yang berlaku secara berterusan yang sedang
dihadapi oleh bandar dan penempatan manusia. Antara cabaran yang dihadapi adalah
mekanisme dan peluang yang diberikan adalah terhad untuk kepada belia, wanita dan
wanita dan organisasi akar umbi, serta organisasi masyarakat madani yang lain; kerajaan
tempatan, subnasional dan nasional; badan antarabangsa dan serantau untuk bekerjasama
dalam merancang, melaksana dan memantau, pengaksesan terhadap peluang pekerjaan,
ruang awam, prasarana serta perkhidmatan asas adalah tidak saksama dan wujud
ketidaksamarataan jantina dalam bidang ekonomi bandar dan ruang lingkup kepemimpinan.

KESIMPULAN
Agenda Matlamat Pembangunan Mapan menjelang 2030 ini dilihat mempunyai manfaat
kepada banyak pihak dan usaha untuk meneruskan misi pembangunan mapan menjadi
instrumen antarabangsa yang penting dalam mengukuhkan kerjasama sedunia. Oleh itu,
Malaysia telah menyelaraskan prinsip SDGs agar selari dengan Rancangan Malaysia Ke-11
(2016-2020) dalam merealisasikan dan melaksanakan 17 SDGs serta menubuhkan Hala Tuju
SDGs Kebangsaan untuk membimbing pelaksanaan Agenda 2030 dan SDGs. Langkah-
langkah selanjutnya juga dirancang awal antaranya mempersiapkan SDGs di peringkat sub-
nasional dengan mereplikasi struktur tadbir multi-stakeholder negara di peringkat negeri,
menggerakkan sumber dan pembiayaan melalui perkongsian i.e sumber orang ramai,
keusahawanan sosial, program CSR, sokongan dan pembiayaan dari sumber antarabangsa
dan pengukuhan kesediaan data dan mengisi jurang data untuk membangunkan dataset
yang komprehensif untuk pelaksanaan SDGs. Pendekatan secara bijaksana perlu bagi
memastikan bahawa instrumen antarabangsa seperti SDGs dan NUA tidak bertentangan
dengan nilai-nilai adat dan budaya tempatan yang berpegang kepada agama sebagai teras
utama.
BIBLIOGRAFI
Elin Andersdotter. 2017. Local Implementation of the SDGs & the New Urban Agenda.
http://localizingthesdgs.org/library/384/Local-implementation-of-the-SDGs-the-New-
Urban-Agenda-towards-a-Swedish-national-urban-policy.pdf html [19 April 2019].
Habitat III. 2016. Preparatory Committee. http://habitat3.org/the-new-urban-agenda/ html
[16 April 2019].
Spotlight on Sustainable Development. 2016. Towards a New Urban Agenda.
https://www.2030spotlight.org/en/book/605/chapter/ii11-towards-new-urban-agenda
html[16 April 2019].

235
United Nations Development Programme. 2019. Voluntary National Review 2017.
https://sustainabledevelopment.un.org/memberstates/malaysia [16 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Poverty.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/poverty/ [11 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Zero Hunger.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/hunger/ [11 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Good Health and Well Being.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/health/ [11 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Quality Education.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/education/ [12 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Gender-Equality.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/gender-equality/ [12 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Water and Sanitation.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/water-and-sanitation/ [12 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Affordable and Clean Energy.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/energy/ [12 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Decent Work and Economic Growth.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/economic-growth/ [13 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Industry, Innovation and Infrastructure.
https://www.undp.org/content/undp/en/home/sustainable-development-
goals/goal-9-industry-innovation-and-infrastructure.html [13 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Reduced Inequalities.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/inequality/ [17 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Sustainable Cities and Communities.
https://sustainabledevelopment.un.org/sdg11 [17 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Resposible Production and Consumption.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/sustainable-consumption-production/
[17 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Climate Action.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/climate-change-2/ [15 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Life Below Water.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/oceans/ [15 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Life on Land.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/biodiversity/ [16 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Peace, Justice and Strong Institution.
https://www.un.org/sustainabledevelopment/peace-justice/ [16 April 2019]
United Nations Development Programme. 2019. Parteship for the Goals.
https://sustainabledevelopment.un.org/sdg17 [17 April 2019]

236

Anda mungkin juga menyukai