Anda di halaman 1dari 2

AZMAN SYAFRI BIN AMIR (CB160113)

REFLEKSI PROGRAM SETITIS KASIH UNTUK GELANDANGAN KURSUS SOSIOLOGI

Sepanjang saya terlibat dengan program Setitis Kasih Untuk Gelandangan anjuran Kursus
Sosiologi (BBD30502) di bawah penyeliaan Dr Nurul Hidayah Liew, saya mendapati:

1. Program ini tidak akan dapat berjalan dengan lancar sekiranya tiada sebarang organisasi
dibentuk dan dibuat. Setiap ahli organisasi diberi tanggungjawab masing-masing dan mereka
mempunyai peranan yang tertentu untuk memastikan program ini dengan berjalan lancar.

2. Program ini juga akan gagal sekiranya tiada sebarang rencana atau perancangan dibuat.
Setiap perancangan yang dirangka haruslah mengambil kira aktiviti dan jumlah masa yang
diperlukan. Melalui perancangan yang rapi juga kita dapat mengenalpasti kuantiti kos dan
apakah elemen-elemen yang diperlukan untuk melancarkan program ini pada hari kejadian
nanti.

3. Sewaktu aktiviti memasak makanan untuk gelandangan dilakukan di masjid saya dapat
melihat kerjasama yang erat dilakukan oleh pelajar-pelajar kursus ini. Walaupun kami dari kelas
program yang berlainan, kami tetap bergabung tenaga dan menyiapkan masakan untuk dibawa
kepada gelandangan. Tidak dilupa kenangan sewaktu memasak bihun goreng, kami
memerlukan beberapa orang untuk mengadunkan bihun ini dan ternyata kerjasama kami
membuahkan hasil yang bagus kerana bihun kami sedap!

4. Aktiviti membungkus makanan dan goodies dilakukan oleh pelajar-pelajar kursus ini dengan
sangat cepat dan sebaik sahaja makanan gelandangan dibungkus, ia terus diagihkan kepada
kumpulan-kumpulan yang akan memberikannya kepada gelandangan.

5.Pada malam kejadian, kami tiba di dataran Johor Bahru sekitar jam 10:00 malam dan pada
pukul 10:30 kumpulan-kumpulan kami telah pun bergerak ke lokasi-lokasi yang ditetapkan di
sekitar Johor Bahru dan bersedia untuk mengagihkannya. Pelajar-pelajar sering diingatkan
tentang keselamatan diri mereka sewaktu berada di lapangan dan segalanya berlangsung
seperti yang diharapkan.

6. Setelah selesai, setiap kumpulan dikehendaki berkumpul dan menyerahkan jaket


keselamatan dan bergerak pulang. Pelajar dapat menikmati suasana malam di Johor Bahru
selain meredakan keperitan hidup para gelandangan di sana.

Bagi saya, aktiviti seperti ini perlu kerap diadakan kerana melalui aktiviti ini, saya sebagai
pelajar mendapat pendedahan untuk membantu ahli komuniti yang memerlukan bantuan.
Melalui ini juga dapat memberikan pengalaman hidup yang bermakna kepada saya untuk
diceritakan kepada anak cucu saya kelak. Sikap memberi, sikap bekerjasama dan rasa bersyukur
juga dapat diterapkan dalam kalangan pelajar terutamanya diri saya. Apabila kita bekerjasama,
segala masalah berat dapat diselesaikan dengan mudah sekali, kerana setiap dari diri kita
mempunyai peranan masing-masing dalam masyarakat.

Anda mungkin juga menyukai