Anda di halaman 1dari 3

2.

         Terangkan isu kesihatan obesiti dengan imaginasi sosiologi C Wright Mills


(1959). (50 markah)        

Pemahaman sosiologi mengenai masalah sosial sangat bergantung pada konsep


imaginasi sosiologi. Kami membincangkan konsep ini secara terperinci dan menyediakan
konteks lebih jauh untuk memahami masalah sosial. Dalam konteks imaginasi sosiologi
mengatakan bahawa ramai individu mengalami satu atau lebih masalah sosial secara peribadi.
Contohnya, isu kesihatan obesiti. Apabila kita mendengar tentang individu-individu ini,
mudah untuk berfikir bahawa masalah mereka adalah masalah mereka sendiri, dan bahawa
mereka dan individu lain dengan masalah yang sama sepenuhnya harus disalahkan atas
kesulitan mereka. Sosiologi mengambil pendekatan yang berbeza, kerana menekankan
bahawa masalah individu sering berakar pada masalah yang berpunca dari aspek masyarakat
itu sendiri. Wawasan utama ini memberitahu (C. Wright Mills (1959), n.d.) Imaginasi
sosiologi adalah perbezaan klasik antara masalah peribadi dan masalah awam. Masalah
peribadi merujuk kepada masalah yang mempengaruhi individu yang individu yang terjejas,
serta anggota masyarakat lain, biasanya menyalahkan kegagalan peribadi dan moral individu
tersebut. Hal ini boleh dilihat dengan sepanjang bekerja dari rumah (BDR) berikutan
pandemik wabak COVID-19, bukan sahaja golongan wanita malah lelaki juga berkeluh-
kesah di media sosial mengenai berat badan yang semakin bertambah. Bukan setakat
sekilogram, malah berkilo-kilogram.

Hal ini demikian kerana, pergerakan di rumah yang terhad, mudah mendapat makanan
kerana dapur hanya beberapa langkah sahaja daripada tempat bekerja, kurang aktiviti fizikal
selain terikut-ikut dengan selera anak yang sentiasa hendak makan, dijadikan antara alasan
kenaikan saiz badan. Namun, tidak dinafikan, keadaan itu membuatkan ada yang mula berasa
bimbang dan tertekan. Malah, ada juga memuat naikkan gambar segak bergaya sebelum
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di laman Facebook mereka kerana ingin mengemaskini
status bagaimanapun mengelak foto terkini diketahui rakan sosial.

Oleh itu, masalah dalam masyarakat membantu menjelaskan masalah yang dialami
oleh individu. Mills merasakan bahawa banyak masalah yang biasanya dianggap sebagai
masalah peribadi paling baik difahami sebagai masalah umum, dan dia mencipta istilah
imaginasi sosiologi untuk merujuk kepada kemampuan untuk menghargai asas struktur untuk
masalah individu. Begitu juga dengan beberapa rakan saya turut tidak terkecuali berhadapan
keadaan serupa. Malah, seorang daripadanya terkejut dan 'bising' sebaik mengetahui berat
badan saya yang tidak naik iaitu hanya sekitar 44.7 kg berbanding sebelumnya dalam
lingkaran 46 kg sehingga 47 kg.

"Kita kongsilah berat badan, akak ambil berat badan Athirah, dua kg. Rasa mengah
sangat bila bergerak dan cepat letih. Sebelum PKP 90 kg sekarang sudah 92 kg memang rasa
berat," kata Nur Athirah Rosli, 34, ketika saya menghubungi beliau baru-baru ini. (Sakini
Mohd Said, 2020 ).

Penjawat awam di Pahang ini mengakui kenaikan berat badannya sebanyak dua kg itu
kerana masa makan yang tidak menentu selain mudah menempah makanan dalam talian
khususnya makanan segera. Mengakui dirinya sudah obes berikutan kiraan Indeks Jisim
Badan (BMI) melebihi daripada sepatutnya pada ketinggian 163 sentimeter (cm), beliau yang
belum berkahwin lagi ini mula mengawal pemakanan dan melakukan aktiviti senaman
sekurang-kurangnya tiga kali seminggu. Bagi Mills masalah awam, yang sumbernya terletak
pada struktur sosial dan budaya masyarakat, merujuk kepada masalah sosial yang
mempengaruhi banyak individu.

Hakikatnya, masalah obesiti iaitu satu keadaan kompleks di mana seseorang individu
itu mempunyai lemak berlebihan pada badan bukanlah hanya dihadapi oleh Nur Athirah
mahupun dalam lingkaran Malaysia sahaja bahkan turut menjadi isu kesihatan utama seantero
dunia. Menyusuri data Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), permasalahan obesiti yang
mengubah struktur bentuk badan seseorang itu didapati menjadi kebimbangan global sejak
tahun 1975 lagi dan sehingga kini ia masih menjadi isu besar. Kerunsingan ini berasas kerana
obes adalah gerbang kepada peningkatan risiko pelbagai penyakit kronik yang bukan sahaja
memberi masalah besar kepada golongan itu bahkan sesebuah negara berikutan menampung
kewangan sangat besar bagi penyediaan rawatan buat rakyatnya. Jika dirujuk laporan
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Feb 2020 jelas memperlihatkan betapa
kritikalnya permasalahan ini berikutan obesiti telah mencapai peringkat epidemik secara
global, dengan sekurang-kurangnya 2.8 juta orang meninggal dunia setiap tahun kerana
lebihan berat badan atau obes.

Di Malaysia, hasil Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2019


mendapati 50.1 peratus daripada orang dewasa mempunyai, sama ada berlebihan berat badan
atau obes di mana 30.4 peratus adalah berlebihan berat badan manakala 19.7 peratus adalah
obes. Harus difahami bahawa terminologi berlebihan berat badan dan obes adalah dua
kategori berbeza. Bagi berlebihan berat badan, NHMS 2019 mendefinisikan ia berdasarkan
Indeks Jisim Tubuh (IJT) adalah melebihi 25kg/m2 manakala untuk obes kadar IJT melebihi
30kg/m2. Penemuan data ini nyata tidak begitu menggembirakan kerana ia menunjukkan
berlakunya trend peningkatan kategori berkenaan berbanding kajian sama pada tahun
sebelumnya. Misalnya, untuk kategori berlebihan berat badan hanyalah sekitar 29.4 peratus
manakala obes (15.1 peratus) untuk tahun 2011. Data NHMS 2019 juga turut memperincikan
tiga golongan tertinggi yang berhadapan permasalahan tersebut iaitu perempuan (54.7
peratus), etnik India (63.9 peratus) manakala lingkungan umur paling tinggi adalah golongan
berumur 55-59 tahun (60.9 peratus).

Oleh hal yang demikian, isu kesihatan obesiti akan menjadi masalah peribadi mereka
sendiri. Peningkatan kes kesihatan obesiti dipahami sebagai masalah umum , seperti yang
dikatakan oleh Mills (Mills, 1959), “struktur peluang telah runtuh. Pernyataan masalah yang
betul dan pelbagai kemungkinan penyelesaian memerlukan kita mempertimbangkan institusi
ekonomi dan politik masyarakat, dan bukan hanya keadaan peribadi dan watak penyebaran
individu. " Dengan penjelasan di kita didapati C.Wright Mills mengatakan masalah isu
kesihatan obesiti dianggap sebagai masalah sosial sekiranya melibatkan lebih dari seorang
individu.

Bibliography
C. Wright Mills (1959). (n.d.). Sosiological Imagination. Retrieved from
https://sites.middlebury.edu/utopias/files/2013/02/The-Promise.pdf

Sakini Mohd Said. (2020 ). https://www.bharian.com.my/wanita/sihat/2020/06/702978/trend-


obesiti-di-malaysia-menggerunkan. Berita Harian.

Anda mungkin juga menyukai