Anda di halaman 1dari 11

1.

0 PENGENALAN

Menurut Blaikie (2000), menyatakan bahawa terdapat 4 jenis strategi penyelidikan iaitu

strategi penyelidikan induktif, deduktif,abduktif dan retroduktif. Terdapat 4 perbezaan di antara

keempat-empat strategi tersebut. Strategi penyelidikan Induktif bermatlamat mewujudkan

generalisasi universal untuk digunakan sebagai penjelasan bercorak. Manakala strategi deduktif

diperkenalkan untuk menguji teori-teori bagi menolak teori-teori palsu dan mengukuhkan teori-

teori selebihnya,manakala strategi abduktif abduktif merujuk kepada proses daripada membina

teori-teori atau tipologi yang berasaskan kepada aktiviti-aktiviti harian dan dalam bahasa dan

makna daripada aktor sosial dan yang terakhir ialah strategi retroduktif adalah untuk mencari

mekanisme-mekanisme penyebab bagi menerangkan kelaziman yang wujud. Titik permulaan

kajian bagi induktif bermula dengan pemerhatian kemudian membuat kesimpulan dan seterusnya

menggunakan hukum-hukum sebagai corak-corak dalam menjelaskan pemerhatian selanjutnya.

Prosedur ini dijalankan sepertimana dibuat oleh sains tulen. Deduktif bermula dengan pembinaan

teori yang kemudian menyimpulkan hipotesis, hipotesis tersebut akan diuji dengan

membandingkan atau disesuaikan dengan data. Strategi retroduktif bermula dengan melihat

kelaziman-kelaziman dan kemudian membina model hipotetikal mekanisme mekanisme

penyebab. Terdapat persamaan dengan strategi Induktif iaitu melakukan pemerhatian tetapi

untuk melihat mekanisme penyebab dan akhirnya menemukan mekanisme yang mampu melihat

realiti sosial dengan jelas. Strategi deduktif mempunyai persamaan dengan strategi induktif

melalui penerimaan beberapa aspek ontolgi Positivisme yang mendukung strategi induktif.

Strategi deduktif menerima andaian tentang ketersusunan alam dan pemerhatian boleh digunakan

untuk menyokong atau menyangkal teori.


2.0 DEFINISI EPISTEMOLOGI

Epistemologi merupakan gabungan kata dalam bahasa Yunani, iaitu Episteme dan Logos.

Epiteme artinya pengetahuan sedangkan logos berarti pengetahuan sistematik atau ilmu. Dengan

demikian, epistemology dapat dimaksudkan sebagai suatu pemikiran mendasar dan sistematik

mengenai pengetahuan. Ia merupakan cabang falsafah yang membahas tentang terjadinya

pengetahuan, sumber pengetahuan, asal mula pengetahuan, metode atau cara memperoleh

pengetahuan, pengetahuan dan kebenaran pengetahuan. Oleh sebab itu, epistemologi juga

disebut dengan teori pengetahuan. Epistemologi sering dikaitkan dengan logik, iaitu ilmu tentang

pemikiran. Logik yang dimaksud di sini adalah logik major dan logik minor. Logik major

mempelajari tentang pengetahuan, kebenaran dan kepastian yang sama dengan lingkup

epitemologi. Sedangkan logik minor mempelajari struktur berfikir dan dalil-dalilnya.

2.1 Definisi Ontologikal

Ontologi berasal dari bahasa Yunani iaitu On/Ontos = ada, dan Logos = ilmu. Jadi, ontologi

adalah ilmu tentang yang ada. Sedangkan menurut istilah, Ontologi adalah ilmu yang membahas

tentang hakikat yang ada, yang merupakan reality yang berbentuk fizikal dan rohani.

Menurut Suriasumantri (1985), Ontologi membahas tentang apa yang ingin kita ketahui,

seberapa jauh kita ingin tahu, atau, dengan kata lain suatu pengkajian mengenai teori tentang

“ada”. Manakala menurut Soetriono & Hanafie (2007), ontologi iaitu merupakan asas dalam

menerapkan batas atau ruang lingkup wujud yang menjadi objek (objek ontologis atau objek

formal dari pengetahuan) serta penafsiran tentang hakikat realiti (metafisika) dari objek ontologi

atau objek formal tersebut dan merupakan landasan ilmu yang menanyakan apa yang dikaji oleh

pengetahuan dan biasanya berkaitan dengan alam kenyataan dan keberadaan.


Pengertian paling umum pada ontologi adalah sebahagian dari bidang falsafah yang mencuba

untuk mencari hakikat dari sesuatu.

3.0 JENIS-JENIS STRATEGI PENYELIDIKAN

Menurut Blaikie (2000), terdapat 4 jenis strategi penyelidikan iaitu strategi penyelidikan

induktif, deduktif,abduktif dan retroduktif.

3.1 Strategi Penyelidikan Induktif

Pemerhatian adalah tunggak pentingnya kerana berfungsi untuk menjelaskan fakta dalam

realiti sosial. Ia adalah perspektif penyelidikan yang menwajibkan pemerhatian dan pengukuran

yang teliti dan objektif, serta analisis data yang cermat dan betul bagi menhasilkan penemuan

saintifik. Selain itu kerja-kerja sains bertujuan menerangkan reality dalam bentuk corak dengan

pengumpulan fakta yang dilakukan secara saintifik melalui pemerhatian. Induktif tulen menekan

bahawa sains bermula dengan pemerhatian. Pemerhati harus mempunyai deria-deria rasa yang

normal dan tidak lemah dan membina atau memeriksa suatu kebenaran tanpa menggunakan

perasaan. Strategi induktif bermula dengan pengumpulan data, analisis data dan kesimpulan

umum. (kutip, kaji dan kesimpulan). Induksi adalah logik falsafah Positivisme.

Terdapat enam andaian ontologi, iaitu ketersusunan, keberasingan kejadian, generalisasi,

primasi pemerhatian, hubungan sebab-akibat, eksternaliti.Bagi andaian epistemologi ia

mempunyai empat komponen iaitu kepentingan deria, konsep dan generalisasi, objektiviti,

keserupaan gambaran. Lima strategi penyelidikan falsafah ialah Induktif Positivism, Deduktif

Kritikal Rasionalisme, Retroduktif Saintifik Realism, Abduktif Interpretivisme, dan Falsafah

Islam.
3.1.1 Andaian Ontologikal

Pandangan bahawa dunia adalah teratur dan tersusun. Ia terdiri daripada kejadian-kejadian

berasingan yang boleh diperhatikan. Order atau ketersusunan alam ini dapat mewakili dan

dibahasakan dalam pernyataan-pernyataan universal, atau lebih tepat melalui generalisasi

perhubungan abtara konsep. Punca-punca tingkahlaku manusia dianggap wujud di luar individu

itu sendiri. Terdapat enam andaian ontologi iaitu Ketersusunan, Keberasinga Kejadian,

Generalisasi atau pernyataan universal, Primasi pemerhatian, Hubungan sebab-akibat dan

Eksternaliti.

3.1.2 Andaian Epistemologikal.

Ilmu dianggap terhasil melalui penggunaan deria manusia dan melalui uikaji atau analisis

bandingan dapatan yang dikutip melalui pengumpulan. Sekiranya sesuatu maklumat itu tidak

boleh diperhatikan, ia tidak wajar menjadi objek penyelidikan sains. Oleh kerana andaian

epistemologikal hanya deria deria boleh menghasilkan pemerhatian atau data. Penyataan

berdasarkan pemerhatian objektif akan menjadi penyataan teoritikal yentang corak-corak dalam

realiti. Justeru, tanpa penerhatian, robohlah apa jua kesimpulan. Empat andaian epistemologikal

ialah kepentingan deria, Konsep dan generalisasi, Objektif dan keserupaan gambaran.

3.2 Strategi Penyelidikan Deduktif

Tujuan strategi penyelidikan deduktif adalah menguji teori-teori bagi menolak teori-teori

palsu dan mengukuhkan teori-teori yang selebihnya. Pengasas strategi penyelidikan deduktif

ialah Karl Popper. Beliau menyebarkan falsafah sains yang dikenali sebagai Kritikal

Rasionalisme. Ia merupakan alternatif kepada Positivisme. Strategi penyelidikan ini bermula

dengan mengkaji kelaziman-kelaziman atau keseragaman-keseragaman yang memerlukan

penjelasan, seterusnya ialah teori sementara digarap dalam bentuk hujah tertentu. Dari teori
sementara ini, hipotesis-hipotesis disimpul dan seterusnya diuji dengan membandingkan

hipotesis-hipotesis tersebut dengan data yang dikumpul. Strategi penyelidikan deduktif yang

berdasarkan falsafah Kritikal Rasionalisme bersamaan dengan andaian ontologikal Positivisme.

Sungguhpun demikian, ia menolak andaian epistemologikal Positivisme. Penggunaan deria

ditolak kerana tidak selamat untuk dijadikan asas teori-teori saintifik. Terdapat enam langkah

penyelidikan deduktif iaitu idea sementara, penjanaan satu/atau beberapa kesimpulan,menilai,

mengumpul data, ketepatan ujian, dan akhir sekali teori disokong.

Melalui kaedah ini, data sentiasa dikutip berasaskan suatu pandangan dan jangkaan

tertentu. Hipotesis digunakan untuk mengutip data dan memberi arah tuju kepada pengumpulan

data itu. Data tidak hanya boleh diperhatikan secara langsung, sebaliknya perlu disesuaikan

dengan teori awal yang dibina. Ia bermula dengan mengkaji kelaziman atau keseragaman (hasil

daripada pemerhatian) yang memerlukan penjelasan, kemudian suatu teori sementara digarap

dalam bentuk hujah tertentu. Dari teori sementara ini, hipotesis-hipotesis di simpul dan

seterusnya diujikan dengan membandingkan hipotesis-hipotesis tersebut dengan data yang

dikumpul.

3.2.1 FALSAFAH KRITIKAL RASIONALISME

Falsafah Kritikal Rasionalisme juga dirujuk sebagai Pasca-Positivisme. Ia adalah untuk

menjangkau kelemahan Positivisme, khususnya dari segi epistemologi. Antara pengasas pasca

Positivisme utama ialah William Whewell. Beliau menolak pendapat induktif John Stuart Mill

bahawa ilmu sains terdiri daripada kesimpulan umum atau generalisasi yang lahirnya daripada

beberapa pemerhatian. Whell menyarankan bahawa tugas utama penyelidik sains adalah untuk

mencari konsepsi yang menggabungkan pelbagai fakta,gabungan konsepsi ini dinamakan

koligasi.
Whell tidak menawarkan sebarang panduan untuk menghasilkan konsepsi ini dan tidak

membincangkan sama ada proses penghasilannya boleh diajar. Ia memerlukan bakat inventif,

iaitu daya imaginasi penciptaan dan kreativiti penyelidik yang melibatkan pembikinan tekaan-

tekaan dan pemilihan tekaan yang terbaik.

3.3 STRATEGI PENYELIDIKAN ABDUKTIF

Strategi penyelidikan abduktif merujuk kepada proses daripada membina teori-teori atau

tipologi yang berasaskan kepada aktiviti-aktiviti harian dan dalam bahasa dan makna daripada

aktor sosial. Idea penculikan (abduktif), seperti yang dijelaskan oleh Blaikie (1993,2000, 2004,

2007, 2010), merujuk kepada proses yang digunakan untuk menghasilkan penerangan sains

sosial daripada penerangan aktor-aktor sosial. Ia bertujuan melahirkan konsep-konsep teknikal

dan teori-teori daripada konsep-konsep biasa dan interpretasi-interpretasi kehidupan sosial.

Strategi ini bermula dengan menerokai beberapa elemen realiti sosial termasuk komponen-

komponen seperti bahasa seharian (everyday language), ilmu yang digunakan oleh aktor-aktor

sosial dalam penghasilan dan penghasilan semula realiti sosial mereka, serta tafsiran aktor-aktor

sosial tentang pengalaman mereka sendiri. Penerokaan ini diikuti dengan penghuraian semula

keterangan-keterangan seharian (everyday accounts) dalam bentuk keterangan sains sosial

(social science account), dan seboleh-bolehnya dalam penghuraian yang ditunggak-bumikan

(grounded explaination).

Strategi abduktif bermula dengan tugas menemui konsep dan “makna, dan tafsiran, motif dan

niat dalam kehidupan seharian dan yang mengarahkan tingkah laku mereka. Dalam erti kata lain,

strategi ini penting untuk memasuki “dunia sosial setiap hari dalam usaha untuk memahami
makna ini dibina secara sosial” (Blaikie, 2000) dan menggambarkan aktiviti dan makna

kehidupan orang setiap hari. Kemudian, “memperolehi kategori dan konsep yang boleh

membentuk asas pemahaman atau penerangan masalah” (Blaikie, 2000). Ia adalah untuk proses

bergerak dari meletakkan penerangan kehidupan sosial kepada penerangan teknikal kehidupan

sosial yang menggunakan tanggapan abduktif. Strategi penyelidikan abduktif yang melibatkan

andaian ontologi melihat realiti sosial dibina secara sosial oleh aktor sosial, di mana terdapat

tiada realiti tunggal tetapi pelbagai dan realiti sosial yang berubah-ubah. Andaian epistemologi

yang menganggap “social scientific knowledge as being derived from everyday concepts and

meanings, from socially constructed mutual knowledge” (Blaikie, 2000). Ciri-ciri strategi ini

berbeza dengan jenis penyelidikan kualitatif yang lain kerana pandangannya terhadap alam

realiti sosial (ontologi), asal-usul jawapan kepada soalan ‘mengapa’, dan cara bagaimana

jawapan-jawapan diperolehi (epistemologi)” (Blaikie,2000).

3.3.1 Prosuder Strategi Penyelidikan Abduktif

Terdapat empat prosedur utama strategi Abduktif iaitu pemerhatian, Binaan Order Pertama,

Binaan Order Kedua, dan menguji teori. Strategi abduktif yang diketengahkan oleh penyelidik

abduktif ini adalah untuk memaparkan dan memahami kehidupan sosial dari segi motif dan

penjelasan aktor-aktor sosial. Penyelidik abduktif telah melakukan pemerhatian terhadap tingkah

laku dan interaksi oleh aktor-aktor sosial. Melalui interaksi ini, penyelidik ingin megetahui

makna-makna, atau motif-motif yang dikongsi bersama antara satu sama lain. Kemudian,

konsep-konsep utama dalam bahasa seharian dikenalpasti. Lantas, konsep-konsep ini dikaji

untuk menentukan variasi makna dan penggunaannnya. Hasil daripada proses ini ialah Binaan

Order Pertama yang pada asasnya merujuk secara langsung kepada bahasa yang digunakan oleh
aktor sosial. Di peringkat ini tugas penyelidik bermula dengan menemui konsep pelaku sosial,

makna dan tafsiran serta motif dan niat mereka yang digunakan sebagai panduan di dalam

kehidupan seharian mereka (Blaikie, 1993). Untuk melakukan kajian ini, ia adalah penting untuk

memasuki dunia sosial setiap hari untuk memahami makna sosial yang dibina (Giddens, 1984:;

Blaikie, 2000) supaya dapat menggambarkan aktiviti-aktiviti dan makna pelaku sosial. Dari

Binaan Order Pertama ini, penyelidik telah menghasilkan konsep-konsep teknikal secara

berulang-ulang sehingga satu interpretasi tercapai yang dipanggil Binaan Order Kedua. Pada

peringkat ini, penyelidik menghasilkan kategori-kategori dan konsep yang boleh dijadikan

sebagai asas pemahaman atau penjelasan masalah yang ada (Blaikie, 2000). Logik penemuan

yang dihuraikan di sini amat menarik terutamanya hasil kerja Schutz yang mendakwa semua

pengetahuan saintifik dunia sosial adalah secara tidak langsung. Schutz juga mendakwa bahawa

sains sosial tidak dapat memahami orang ramai sebagai individu yang bernyawa.

3.4 Strategi Penyelidikan Retroduktif

Strategi penyelidikan Retroduktif dikatakan strategi penyelidikan yang lebih berani kerana

strategi ini boleh membuat pernyataan yang lebih kukuh dalam kesimpulan yang dibuat. Strategi

penyelidikan retroduktif didukung oleh falsafah saintifik Realisme. Stategi penyelidikan ini

diasaskan oleh dua orang pelapor iaitu Bhaskar, pelapor yang mengembangkan lembaran

pemikiran strukturalis, manakala Harre pula ialah konstruksinis. Realiti sosial strategi

penyelidikan ini berlainan dengan Induktif dan juga Deduktif. Terdapat 4 lapisan yang wujud

dalam andaian-andaian Otologikal Retroduktif ini iaitu Medan Empirikal, Medan Kejadian

(actual domain) dan Medan Hakiki.


Medan empirikal mengandungi kejadian-kejadian atau fenomena yang boleh

diperhatikan. Medan kejadian pula mengandungi kelaziman-kelaziman yang boleh diperhatikan

dan kelaziman-kelaziman yang tidak boleh diperhatikan. Manakala medan Hakiki (real domain)

mengandungi mekanisma-mekanisma kelaziman kejadian yang berlaku dalam medan satu dan

dua. Retroduktif menyatakan tidak semua yang wujud di dunia ini boleh dilihat denngan mata

kasar contohnya kuasa magnet, kuasa veto seseorang dan pemikiran. Walaupun kedua-duanya

wujud, namun ia tidak dapat dilihat. Hanya ada mekanisma penyebab dalam medan kejadian.

Contohnya penarikan magnet dengan klip kertas, manifestasinya atau penzahirannya dapat

dilihat dalam medan empirikal dan wujud dalam medan kejadian.

3.4.1 FALSAFAH REFLEKSI REALISME

Realiti wujud sama ada ianya boleh diperhatikan atau tidak. Ia menolak positivisme. Untuk

membolehkan sains sosial menjadi saintifik, ia mesti menerima prinsip saintifik. Realisme

menerima kedudukan interpretif tentang perbezaan antara fenomena semulajadi dan fenomena

sosial. Ia tidak menekankan logik identiti kaedah. Menganjurkan pemilihan atau kombinasi

kaedah yang bersesuaian dan seaksi dengan subjek sains sosial yang dikaji asalkan kaedah ini

bersandarkan prinsip realis. Realisme mementingkan persoalan apakah yang wujud dan

bagaimana saintifik ini bertindak dan berfungsi. Realiti tetap wujud dan ianya bebas dari aktiviti

kajian sains. Bukan semua entiti dan mekanisme penyebab boleh diperhatikan.
4.0 RUMUSAN

Sebagai rumusan, di dalam kajian video yang dipersembahkan oleh Norman Blaike (2000),

menyatakan terdapat empat jenis strategi penyelidikan iaitu Induktif, Deduktif, Abduktif dan

Retroduktif. Perbezaan antara keempat-empat jenis strategi penyelidikan tersebut ialah bagi

strategi penyelidikan Induksi, strategi ini mewujudkan generalisasi universal yang boleh

digunakan sebagai penjelasan bercorak. Selain itu, bagi kaedah Deduktif, strategi ini menguji

teori-teori bagi menguji teori-teori palsu dan mengukuhkan teori-teori selebihnya. Bagi strategi

penyelidikan abduktif, merujuk kepada proses daripada membina teori-teori atau tipologi yang

berasaskan kepada aktiviti-aktiviti harian dan dalam bahasa dan makna daripada aktor social dan

akhir sekali bagi Retroduktif, strategi ini adalah digunakan dengan meneroka elemen dan proses

terselindung di sebalk fenomena yang diperhatikan untuk menemui mekanisme penyebab

fenomena tersebut atau penjelasan hakikat yang menjelaskannya. Pendekatan Induktif ialah satu

proses yang logik yang memberi penjelasan yang umum berdasarkan pemerhatian yang spesifik.

Dalam pendekatan Induktif penyelidik bermula dengan satu set dapatan kajian atau hasil kajian

dari sesebuah penyelidikan dan berusaha untuk membangunkan satu penjelasan teoritikal

daripada hasil tersebut.

5.0 RUJUKAN
Becker, H. S. (1940). ‘Constructive typology in the social sciences’. American Sociological
Review. 5 (1): 40-55.

Becker, H. S. (1950). Through values to sociological interpretation. Durham, NC: Duke


University Press.

Blaikie, N. (1993). Approaches to social enquiry. Cambridge: Polity.

Blaikie, N. (2000). Designing social research: The logic of anticipation. Cambridge: Polity.

Blaikie, N. (2004). ‘Abduction’, in M. S. Lewis-Beck, A. Bryman, and T. F. Liao (eds), The


Sage Encyclopaedia of Social Science Research Methods: Volume 1. London: Sage. Pp.

Blaikie, N. (2000). Designing social research: The logic of anticipation. Cambridge: Polity.

Schlitz, A. (1972). The Phenomenology of the Social World. London: Heinemann.

Schlitz, A. (1976). Collected paper II: Studies in social theory. The Hague: Martimus Nijhoff.

Weber, M. (1964). The theory of social and economic organization. Translated by AM.
Henderson and T.Parsons. New York: Free Press.
Winch, P. (1958). The idea of social science and its relation to philosophy. London: Routledge &
Kegan Paul.

Anda mungkin juga menyukai