Anda di halaman 1dari 9

HNF3012 FALSAFAH ILMU

TUGASAN KUMPULAN : KAEDAH PEMEROLEHAN ILMU

NAMA NO. MATRIK

FRESILLA MATIUS D20161073308

NUR RAMADHANIA BINTI ABD.WAHID D20161073315

NURUL NAJLA BINTI HAMIDIN D20161073298

JUBAIDAH SIBIN D20161073312

ELVIVITA MODUSUP D20161073306

SYARIFAH NUR AQILAH BINTI SYED MOHAMED D20181081609

SITI FATIMAH HUDA BINTI ZAIDI D20181084699

MARYAM JAMILAH BINTI ABD NAJEH D20182086275


PENDAHULUAN

Kaedah pemerolehan ilmu tidak menjadi perbahasan dalam konteks falsafah ilmu
keran ia memberikan tumpuan kepada aspek praktikal sedangkan falsafah
membincangkan aspek konseptual. Metode merupakan perkataan yang berasal dari
Yunani iaitu ‘Meta’ dan ‘Hodos’. Meta bermaksud sesudah, manakala hodos bererti
jalan atau langkah atau proses yang diambil untuk mencapai pengetahuan yang benar.
Dalamkaedah pemerolehan ilmu ini penumpuan akan diberikan kepada dua kaedah
utama iaitu deduksi dan induksi serta aspek yang berkaitan dengannya kerana
mempunyai peranan yang besar keada aktiviti penyelidikan.

HUBUNGAN METODE DAN METODOLOGI DENGAN EPISTEMOLOGI

Metode merupakan suatu prosedur atau cara untuk mengetahui sesuatu yang
mempunyai langkah-langkah yang sistematik. Metode menerangkan secara teknikal
metode-metode yang digunakan dalam penyelidikan. Menurut Mohd Ghani Awang
2008, metodologi merupakan suatu pengkajian dalam mempelajari peraturan dalam
metode tersebut yang merangkumi kaedah dan prinsip yang digunakan dalam sesuatu
kegiatan atau disiplin. Metodologi membahaskan konsep secara teorikal yang diikuti
dengan pelbagai metode, kelemahan dan kelebihannya serta justifikasi pemilihan
metode yang digunakan. Secara mudahnya, metodologi adalah ilmu tentang metode
atau ilmu yang mempelajari prosedur atau cara-cara mengetahui sesuatu. Jika metode
merupakan prosedur, maka metodologi adalah aspek yang memberi kerangka
konseptual kepada prosedur tersebut.

Hubungan antara metode, metodologi dan epistemologi bermula dari aspek


epistemologi diikuti dengan metodologi dan berakhir dengan metode/kaedah.
Epistemologi merupakan perbincangan mengenai metodologi. Dari metodologi kita
akan mendapat metode. Oleh itu, metode merupakan sebahagian dari kewujudan
metodologi, makala metodologi merupakan salah satu aspek yang terdapat dalam
epistomologi. Setiap penyelidikan yang dibangunkan berhubungkait dengan aspek
falsafah iaitu dipengaruhi oleh andaian ontologi dan epistemologi.
Andaian Ontologi Andaian Epistemologi

Prinsip-prinsip asas yang dipegang dalam Perkara-perkara yang dianggap sebagai


sesuatu penyelidikan seperti idea-idea ilmu, perkara yang boleh diketahui dan
tentang sifat kenyataan sosial (social kriteria ilmu yang mesti dipenuhi untuk
reality) sekiranya penyelidikan berkait dinamakan ilmu dan bukan kepercayaan
dengan bidang sosial ( entiti -entiti, tanpa hujah.
komponen-komponen atau sifat-sifat
yang dianggap wujud oleh sesuatu teori.

6.3 Kaedah Deduktif


Dari segi bahasa, perkataan deduktif atau deduksi berasal daripada perkataan
Latin iaitu de (daripada) dan decure (memimpin ke arah) yang membawa maksud
memimpin sesuatu kepada suatu ke suatu kesimpulan. Dari segi istilah pula, perkataan
ini bermaksud penalaran daripada kesimpulan atau rumusan kepada kes-kes khusus.
Dari sudut sejarah, ia berkait rapat dengan logik klasik. Dalam ilmu logik, perkara ini
dinamakan silogisme atau kias. Silogisme atau kias ini mengandungi pernyataan iaitu
premis minor, premis major dan kesimpulan. Pernyataan premis bersifat umum
manakala kesimpulan menyatakan kebenaran yang ada pada premis.

Silogisme mengetengahkan sesuatu perkara daripada sifat umum kepada sifat


yang lebih khusus. Kaedah deduktif berpegang daripada pernyataan umum yang
mantap seperti teori atau aksiom atau postulat kepada kes khusus secara apriori dan
bukannya secara aposteriori. Apriori adalah kebenaran yang diterima pakai tanpa
proses pengalaman. Ada pihak yang mengatakan bahawa aksiom adalah kebenaran
dasar yang tidak perlu dibuktikan manakala postulat adalah kebenaran dasar yang
perlu dibuktikan. Namun hakikatnya, postulat (premis) dan aksiom (teori) adalah
pernyataan yang dianggap benar.

Kaedah deduktif ini sering digunakan dalam bidang matematik dan mantik dan
digunakan untuk menguji teori-teori. Prosedur kaedah ini ialah teori, hipotesis, ujian
hipotesis dengan data dan menyangkal atau menyokong teori. Strategi deduktif
menyokong falsafah kritikal rasionalisme yang dipelopori oleh Karl Popper. Kaedah
ini tidak taksub dengan teori sedia ada tetapi rasional dengan komitmen terhadap
rukun-rukun logik.

6.4 Kaedah Induktif


Kaedah induktif terbalik dengan kaedah deduktif kerana ia penalaran daripada
kes-kes khusus kepada kesimpulan atau rumusan umum dan dikenali sebagai logik
moden yang berasaskan unsur empirikal-induktif yang bersifat aposteriori kerana ia
proses daripada pengalaman dan pengamatan serta uji kaji yang menjadi prinsip
utama sains moden.

Kaedah ini telah dikembangkan oleh para sarjana muslim yang dikenali sebagai
kaedah al-Istiqra’. Dalam tradisi mantik Islam, ia terbahagi kepada dua kategori iaitu
al-Istiqra’ al-Tamm (complete induction) dan al-Istiqra’ al-Naqis (incomplete
induction). Al-Istiqra’ al-Tamm merupakan kaedah induksi yang tepat, menyeluruh
dan meyakinkan serta mengkaji semua juz’i yang membentuk sesuatu kulli kemudian
dibuat suatu kesimpulan terhadap semua kulli tersebut. Manakala al-Istiqra’ al-Naqis
adalah kajian terhadap sebahagian benda-benda yang dapat dikaji sahaja dan
kesimpulan menyeluruh dan umum dibuat meliputi benda yang dikaji dan tidak dikaji.
Kesimpulan tersebut bertaraf zanni iaitu tidak menyeluruh atau tidak meyakinkan.

Induktif menekan pemerhatian yang menjadi tunggak penting kerana ia berfungsi


untuk menjelaskan fakta dan realiti sosial. Strategi penyelidikan induktif melibatkan
proses pengumpulan data, analisis data dan kesimpulan umum. Untuk lebih
sistematik, induktif perlu melalui peringkat pemerhatian dan uji kaji, peringkat
hipotesis, peringkat teori dan peringkat hukum.

6.6.2 Strategi Penyelidikan Deduktif dan Falsafah Kritikal Rasionalisme

Strategi penyelidikan deduktif bertujuan untuk menguji teori – teori bagi menolak
teori – teori palsu dan mengukuhkan lagi teori yang selebihnya. Karl Popper
merupakan pengasas strategi dan menyebarkan falsafah sains yang dikenali sebagai
kritikal rasionalisme yang menjadi alternatif kepada positivisme. Strategi
penyelidikan ini bermula dengan mengkaji kelaziman atau keseragaman yang
memerlukan penjelasan kemudian teori sementara dibina dalam bentuk hujah tertentu.
Melalui teori sementara ini, hipotesis akan disimpul dan akan diuji dengan membuat
perbandingan antara hipotesis dengan data yang dikumpul.

6.6.2.1 Andaian Ontologi dan Epistemologi

Strategi penyelidikan deduktif berdasarkan falsafah kritikal rasionalisme ada


persamaan dengan beberapa aspek andaian ontologikal positivisme. Andaian ontologi
strategi penyelidikan deduktif, alam terdiri daripada kejadian atau peristiwa
berasingan yang boleh diperhatikan untuk menyokong atau menyangkal sesuatu
hipotesis. Alam semulajadi dan kehidupan sosial mengandungi keseragaman asas
dalam kejadian dan digambarkan dengan generalisasi tentang hubungan antara konsep
– konsep. Perkara yang diperhatikan sahaja dianggap benar. Realiti sosial terdiri
daripada hubungan – sebab yang kompleks antara kejadian. Sains bertujuan untuk
menemui keseragaman dan pernyataan umum yang benar supaya sepadan dengan
fakta alam semulajadi yang diperhatikan. Strategi penyelidikan deduktif menolak
andaian epistemologikal positivisme dengan menolak penggunaan deria kerana tidak
selamat untuk dijadikan asas teori saintifik.

Terdapat enam langkah dalam strategi penyelidikan deduktif yang menolak


andaian epistemologikal positivisme iaitu :

i. Idea sementara
ii. Penjanaan satu atau beberapa kesimpulan
iii. Menilai kesimpulan atau logik hujah yang menghasilkan kesimpulan
iv. Pemeriksaan terhadap kesimpulan akan dibuat sekiranya berpuas hati
dengan mengumpulkan data yang sesuai melalui pemerhatian dan ujikaji
v. Jika ujian gagal, teori akan ditolak kerana data yang dikumpul bercanggah
dengan kesimpulan
vi. Sekiranya sepadan dengan kesimpulan, ujian dianggap lulus dan teori
akan disokong buat sementara.

Data sentiasa dikutip berdasarkan kepada suatu pandangan dan jangkaan tertentu.
Hipotesis digunakan untuk mengutip data dan memberi arahan tuju kepada
pengumpulan data. Data tidak boleh diperhatikan secara langsung dan perlu
disesuaikan dengan teori awal yang dibina. Ia bermula dengan mengkaji kelaziman
atau keseragaman (hasil daripada pemerhatian) dengan penjelasan dan teori sementara
digarap dalam bentuk hujah tertentu. Hipotesis disimpul berdasarkan teori sementara
dan diuji dengan membandingkan hipotesis dengan data yang dikumpul.

Menurut Popper, peranan pemerhatian dan pengutipan data melibatkan logik


berlainan. Sains pula bertujuan menemui keseragaman tertentu dalam alam dan
menyangkal teori sementara yang dicadangkan dan ilmu dapat dimajukan. Tujuan
sains bukan untuk menyokong sesuatu kesimpulan atau teori seperti kaedah strategi
induktif (justifikasisme). Data digunakan untuk proses penghujahan deduktif dalam
penghasilan pengetahuan baharu. Teori dicipta untuk diuji dengan merakam
pemerhatian dalam realiti sosial. Teori yang kekal diterima secara sementara dan
belum diterima sebagai kebenaran hakiki.

6.6.2.2 Falsafah Kritikal Rasionalisme

Reevany Bustani et.al (2004) berpendapat bahawa falsafah kritikal rasionalisme


dirujuk sebagai pasca – positivisme kerana ia berusaha untuk menjangkau kelemahan
positivisme khusunya aspek epistemologi dan dibangunkan oleh Karl Popper dan
dikembangkan oleh William Whewell.

Terdapat enam pernyataan Karl Popper sebagai rumusan pandangannya terhadap


falsafah kritikal rasionalisme iaitu :

i. Alam semulajadi dan alam sosial mengandungi keseragaman tertentu yang


boleh diperhatikan
ii. Tujuan sains untuk mewujudkan kesimpulan yang terhasil daripada teori dan
sepadan dengan keseragaman dalam alam semulajadi dan sosial
iii. Ketidakmungkinan bagi para penyelidik menghasilkan kesimpulan atau teori
yang benar hanya dengan penemuan keseragaman tertentu
iv. Sains dan para ilmuwan menolak teori palsu dan mendekatkan sains kepada
kebenaran
v. Kebenaran mutlak tidak tercapai
vi. Semua teori yang kekal selepas proses ujian hanya sementara. Teori yang
‘benar’ akan kekal benar selagi ia kekal sepadan dengan fakta dalam alam
realiti dan mungkin akan disangkal atau digantikan dengan teori lebih baik
William Whewell seorang cendekiawan matematik dan menolak pendapat induktif
John Stuart Mill bahawa ilmu sains terdiri daripada kesimpulan umum atau
generalisasi yang terhasil daripada beberapa pemerhatian. Tanpa konsepsi yang
dibangunkan penyelidik, pemerhatian tidak ada nilai. Tugas utama penyelidik sains
untuk mencari konsepsi yang menggabungkan pelbagai fakta dan menjadikan
gabungan tersebut bermakna. Beliau juga tidak menawarkan panduan untuk
menghasilkan konsepsi dan tidak membincangkan jika proses penghasilannya boleh
diajar. Ia memerlukan bakat inventif iaitu daya imaginasi penciptaan dan kreativiti
penyelidik yang melibatkan pembinaan tekaan dan pemilihan tekaan terbaik.
Pemerhatian dilaksanakan selepas wujudnya konsep tertentu dalam diri penyelidik.

6.6.3 STRATEGI PENYELIDIKAN RETRODUKTIF DAN FALSAFAH


SAINTIFIK REALISME

Strategi penyelidikan retroduktif dan falsafah saintifik realism adalah suatu


pendekatan pemikiran yang sanggup melangkaui alam zahir dan berusaha menemui
hakikat di sebalik yang nyata. Ia adalah strategi penyelidikan yang berani dan
mengandaikan bahawa terdapatnya suatu bentuk realiti sama ada boleh diperhatikan
atau tidak. Melalui strategi ini, penyelidik berimaginasi tentang perkara yang
terselindung di sebalik fenomena diperhatikan. Strategi penyelidikan ini diasaskan
oleh dua orang pelopor iaitu Bhaskar (pelopor yang mengembangkan lembaran
pemikiran strukturalis) dan Harre (pengasas pemikiran konstruksinis).

6.6.3.1 Andaian Ontologi dan Epistemologi

Terdapat 3 lapisan atau medan yang wujud dalam andaian ontology retroduktif iaitu :

1. Empirikal – Mengandungi kejadian-kejadian atau fenomena yang boleh


diperhatikan

2. Medan Medan Kejadian – Mengandungi kelaziman-kelaziman yang


boleh diperhatikan dan kelaziman-kelaziman yang tidak boleh
diperhatikan.
3. Medah Hakiki – Mengandungi proses-proses yang menghasilkan
kejadian-kejadian

Tumpuan diberikan untuk mencari konsep-konsep yang menjadi mekanisme


penyebab bagi sesuatu kejadian. Retroduktif menyatakan bahawa tidak semua yang
wujud di dunia ini boleh dilihat dengan mata kasar contohnya kuasa magnet, kuasa
veto seseorang dan pemikiran. Mungkin apa yang dapat diperlihatkan ialah
manifestasi, penzahiran atau kesan sahaja.

6.6.3.2 Falsafah Saintifik Realisme

Konsep realisme merujuk kepada kepercayaan atau andaian bahawa reality


wujud sama ada ia boleh diperhatikan atau tidak. Realiti di sini diandaikan
mempunyai kewujudan tersendiri. Golongan realis percaya bahawa mereka telah
menjumpai kerukunan saintifik yang berkebolehan untuk menyelami reality
semulajadi. Untuk membolehkan sains sosial menjadi saintifik, ia mesti menerima
prinsip kerukunan saintifik. Realisme menerima kedudukan interpretif tentang
perbezaan antara fenomena semulajadi dan fenomena sosial.ia tidak menekankan
logik identiti kaedah. Sebaliknya ia menganjurkan kaedah pemilihan atau kombinasi
kaedah-kaedah yang bersesuaian dan serasi dengan subjek sains sosial yang dikaji
asalkan kaedah tersebut bersandarkan kepada prinsip realis.

6.6.4 Perbezaan Strategi Penyelidikan Induktif, Deduktif dan Retroduktif

Untuk menjadikan perbincangan lebih jelas, ketiga-tiga strategi penyelidikan


sebelumnya akan dibandingkan untuk melihat perbezaan setiapnya dengan melihat
secara khusus kepada aspek tujuan, prosedur dan sokongan falsafah.

Aspek Induktif Deduktif Retroduktif

Tujuan Mewujudkan Menguji teori-teori Meneroka elemen


generalisasi sejagat bagi menolak teori dan proses
untuk digunakan palsu dan terselindung di
sebagai penjelasan mengukuhkan teori- sebalik fenomena
bercorak. teori selebihnya. yang diperhatikan.
Prosedur Pemerhatian – Pembinaan teori – Melihat kelaziman
kesimpulan umum – menyimpulkan – membina model
menggunakan hokum hipotesis (Hipotesis hipotetikal
sebagai corak dalam diuji dengan mekanisme
menjelaskan membandingkan penyebab
pemerhatian dan seterusnya
selanjutnya. menyangkal teori.
Disokong Falsafah positivisme Falsafah kritikal Falsafah Realisme
oleh (Francis Bacon & (Karl Popper) (Bhaskar & Harre)
John Stuart Mill)

Strategi deduktif mempunyai persamaan dengan strategi induktif dalam


konteks andaian ontologi iaitu kedua-duanya menerima andaian tentang ketersusunan
alam dan pemerhatian boleh digunakan untuk menyokong dan menyangkal teori.
Namun strategi deduktif menolak andaian epistemologi positivisme dari sudut
pemerhatian yang bebas dari pengaruh jangkaan atau teori tertentu.

Anda mungkin juga menyukai