Anda di halaman 1dari 12

PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)

MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

KOD DAN NAMA KURSUS


SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS

SEMESTER
JULAI 2021/2022

PENTAKSIRAN AKHIR
Tiga (3) Halangan Komunikasi dan
Tiga (3) Kemahiran Komunikasi Kepengurusan

DISEDIAKAN UNTUK
DR. ROSLI BIN MOHAMMAD

DISEDIAKAN OLEH

NAMA NO MATRIK
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI 259633

TARIKH HANTAR
5 NOVEMBER 2021

1
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

BIL ISI KANDUNGAN MUKA SURAT

1.0 Pengenalan 3

2.0 Halangan Komunikasi 4

3.0 Halangan Komunikasi Yang Wujud Dalam APMM. 4-5

3.1 Halangan Fizikal 4-5

3.2 Halangan Psikologikal 5

3.3 Halangan Semantik 6

4.0 Kemahiran Komunikasi Kepengurusan 7

4.1 Kemahiran Teknologi Komunikasi Dalm Organisasi 7

4.2 Kemahiran mendengar 8

4.3 Kemahiran Komunikasi Dan Strategi Budaya 9

5.0 Kesimpulan 10

6.0 Rujukan -

1.0 Pengenalan

2
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) adalah sebuah agensi yang ditubuhkan
bertujuan bagi mengawal keselamatan kawasan perairan maritim di Malaysia daripada ancaman
luar agar aman dan selamat bagi penduduk di negara ini. Selain itu, peranan dan tanggungjawab
Maritim adalah mencari dan menyelamat di laut.Setelah beberapa tahun kerajaan menjalankan
kajian tentang keperluan pengawalan pantai nasional, maka tertubuhlah APMM ini. Pada 21 Ogos
2002, kabinet telah meluluskan penubuhanya dan pada 16 April 2003 satu jawatankuasa telah
ditubuhkan untuk membantu pelancarannya. Jawatankuasa tersebut dinamakan jawatankuasa
pemandu dan pasukan nukleus.APMM mula beroperasi apabila akta APMM dilancarkan pada 15
Februari 2005.

Manusia sering beranggapan bahawa komunikasi adalah satu anugerah yang diberikan oleh
tuhan.Maka, tidak ramai lah yang ingin belajar bagaimana cara untuk meningkatkan komunikasi
dalam bidang pekerjaan seperti agensi APMM, setiap anggota perlulah mahir dalam menyampai,
menerima dan menyimpan maklumat. Maklumat yang disampaikan mestilah tidak mengelirukan.
Bagi memastikan setiap operasi dapat dilaksanakan dengan lancar, maklumat yang disampaikan
oleh pihak atasan perlulah jelas dan sesuai dengan keperluan semasa.Pihak APMM juga telah
menyediakan dan sentiasa menaiktaraf capaian yang mudah bagi menyalurkan maklumat kepada
setiap anggota.

Kemahiran komunikasi ini juga sangat penting bagi memastikan kelancaran urusan kerja
samada dalam komunikasi antara rakan sekerja ataupun pihak luar. Komunikasi yang berkesan juga
akan memberikan pelanggan lebih memberi kepercayaan kepada pengurusan agensi yang terlibat.
Tanpa kemahiran itu, keputusan mengenai sesuatu perkara sukar mencapai kata sepakat dan
berkemungkinan akan mencetuskan percanggahan pendapat dan ini akan menjejaskan kredibiliti
sebagai sebuah agensi awam. Dalam artikel ini penulis akan menerangkan lebih lanjut tentang
halangan komunikasi yang wujud dalam pengurusan komunikasi APMM dan cara mengatasinya.

2.0 Halangan Komunikasi

3
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

Setiap organisasi mempunyai beberapa halangan yang menyebabkan komunikasi di dalam


organisasi kurang berkesan. Antaranya ialah dari segi pemahaman individu yang berbeza berpunca
dari masalah maklumat yang diberikan tidak lengkap. Yang kedua ialah semantik iaitu
mengungkapkan perkatan yang berkias atau berlapik serta khabar angin atau gosip. Suasana kerja
yang bising juga menjadi punca halangan kepada komunikasi berkesan. Halangan- halangan
tersebut ialah halangan fizikal, halangan psikologi, halangan sosiologi dan halangan semantik.

3.0 Halangan Komunikasi Yang Wujud Dalam APMM.


3.1 Halangan Fizikal

Halangan fizikal adalah halangan yang berlaku secara dalam proses komunikasi. Ini akan
menyebabkan penyampaian dan penerimaan maklumat tidak diperolehi dengan baik. Halangan
fizikal yang berlaku di pejabat agensi kerajaan contohnya, kerosakan pada kemudahan asas seperti
kipas atau kelas yang rosak menyebabkan keadaan pejabat menjadi panas. ini memberi kesan
kepada fizikal dan mental pekerja. Selain itu kerosakan pada perabot dan alatan kerja juga
menyumbang kepada halangan fizikal.
Selain itu halangan fizikal juga berkait dengan dua individu berbeza yang berkomunikasi.
Keadaan fizikal yang berbeza dari segi latar belakang sosioekonomi, tahap Pendidikan menjadi
halangan kepada kedua-dua individu berkomunikasi. Terdapat juga individu yang kurang
berkemahiran dalam berkomunikasi yang menimbulkan pelbagai cara komunikasi. Contohnya ada
yang berkomunikasi secara kasar dan ada yang berkomunikasi secara lembut. Keberkesanan
komunikasi itu bergantung kepada penerimaan setiap individu.
Salah satu daripada halangan fizikal ialah jarak. Satu agensi dan organisasi yang besar
seperti APMM yang mempunyai ramai kakitangan dan juga anggota tidak memungkinkan untuk
memanggil semua anggota untuk bermesyuarat. Daripada perbincangan bersemuka, APMM
terpaksa menggunakan panggilan telefon ataupun emel untuk menyampaikan maklumat. Ini akan
menjadi satu halangan yang besar dalam penyampaian maklumat yang berkesan jika anggota tidak
mahir dalam penggunaan internet. Situasi ini juga menyebabkan maklumat tidak sampai dengan
tepat kepada anggotanya.

Dalam sektor pekerjaan APMM, halangan fizikal adalah halangan komunikasi yang utama.

4
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

Sebagai contohnya aset-aset kapal maritim sering mengalami kerosakan berikutan penggunaan
yang kerap dan juga aset yang telah berusia ataupun lama. (Berita harian, 2020) dalam laporanya
menyatakan sebanyak 11.7 % berlaku kerosakan pada kapal dan bot maritim yang menyebabkan
terjejasnya fungsi agensi itu.

3.2 Halangan Psikologikal


Halangan psikologikal ini wujud apabila terdapat perbezaan pendapat dan tanggapan antara
penghantar dengan penerima mesej. Perbezaan ini wujud disebabkan oleh pengalaman hidup atau
latar belakang kehidupan seseorang yang berbeza. Contohnya seseorang yang pernah mengalami
kemalangan di jalan raya yang teruk akan merasa trauma jika mendengar bunyi yang kuat
menyebabkan beliau merasa dirinya dalam situasi kemalangan yang teruk. Ini merupakan satu
contoh pengalaman hidup.
Selain itu, emosi anggota dan majikan yang kurang stabil juga menjejaskan tumpuan kepada
pekerjaan. Contohnya, emosi pegawai yang bertugas kurang stabil disebabkan oleh masalah
rumahtangga menyebabkan maklumat yang ingin disampaikan kepada anggota tidak tepat.
Kurangnya memberi tumpuan menyebabkan komunikasi antara pegawai dan anggota terjejas.
Selain itu sikap pemalu juga menjadi halangan kepada komunikasi. Ini kebiasanya terjadi kepada
pekerja baru yang ragu-ragu dan malu untuk mengeluarkan pendapat dan memberikan maklumat.
Dalam setiap organisasi, sudah semestinya mempunyai ramai pekerja. Setiap pekerja
tersebut pula mempunyai sikap dan tingkah laku yang berbeza. Ada di antara mereka sentiasa
bersikap dan berfikiran positif dalam menangani sesuatu hal dan ada di antaranya sentiasa
berfikiran negatif dan membangkang. Sebagai contohnya dalam pengurusan APMM, pihak
pengurusan sumber manusia selalu membuat pertukaran bahagian kepada anggota. Contohnya jika
anggota bertugas sebagai kelasi kapal, anggota pada bila-bila masa sahaja boleh di tukarkan ke
bahagian lain mengikut keperluan. Jika anggota berfikiran positif, mereka akan menerima
pertukaran tersebut dengan berlapang dada.manakala jika anggota berfikiran negatif, mereka
merasa teraniaya dan mungkin tidak dapat menerima pertukaran tersebut.

3.3 Halangan Semantik

5
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

Halangan semantik bermaksud gangguan komunikasi yang disebabkan oleh kesalahan


penggunaan bahasa. Halangan ini disebabkan oleh latar belakang budaya yang berbeza, bahasa
yang berbeza, dialek yang berbeza atau penggunaan perkataan yang tidak sepatutnya yang
menyebabkan individu berasa tersinggung dan menghalang komunikasi yang berkesan.Perbezaan
maksud istilah yang disampaikan juga menjadi penghalang kepada komunkasi yang berkesan. Ini
dinamakan halangan semantik.Terdapat perkataan-perkataan yang sama tetapi maksud yang
berbeza. Sebagai contohnya ‘gerek’ adalah bermaksud basikal bagi penduduk Kedah tetapi lain pula
bagi penduduk Sarawak. Bagi penduduk Sarawak ‘gerek’ adalah kawan lelaki atau pun kawan
wanita.Perkara ini akan menjadi ketidaksefahaman jikan individu tidak dapat memahami maksud
yang diperkatakan individu lain.
Halangan semantik ini akan menjadi lebih kuat jika tidak dapat berkomunikasi secara
bersemuka. Nada percakapan dan gerak tubuh badan memainkan peranan penting apabila kita
berkomunikasi dengan individu lain.Nada suara dan gerak tubuh badan tidak dapat ditunjukkan
melaui emel atau pun mesej. Setiap perkataan dan emoji yang ditulis mudah disalah tafsir oleh
penerima. Ini akan mengganggu komunikasi berkesan antara individu di dalam organisasi.

Dalam organisasi APMM juga sering berlaku halangan semantik ini samada antara anggota
maritim ataupun pihak luar. Ini kerana anggota maritim datangnya dari pelbagai negeri dipelusuk
tanah air. Ini sudah tentu melibatkan kepelbagaian budaya dan latar belakang dalam kalangan
anggota. Contohnya anggota dari negeri pantai timur agak susah untuk menukar dialeknya apabila
bertutur. Selain itu komunikasi dengan pihak luar juga tidak dapat berjalan dengan lancar.
Contohnya apbila anggota membuat tangkapan bot penceroboh Vietnam, agak sukar untuk mereka
berkomunikasi. Masing-masing tidak faham apa yang diperkatakan antara satu sama lain. Selain
daripada itu, dalam agensi APMM ini, terdapat anggota daripada pelbagai peringkat umur. Ini akan
menyukarkan juga cara berkomunikasi kerana cara percakapan dan penyampaian generasi kini dan
dahulu sangat berbeza. Kebiasaanya anggota yang lebih senior akan mudah merasa tersinggung
kerana cara percakapan muda mudi pada masa kini lebih berterus terang dan kasar berbanding
generasi dahulu yang biasanya percakapan lebih lembut dan bertoleransi.

4.0 Kemahiran Komunikasi Kepengurusan


4.1 Kemahiran Teknologi Komunikasi Dalam Organisasi

6
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

Pada abad ke 21 ini, telah muncul gaya pekerjaan yang baru iaitu E-office atau virtual
organization.Tambahan pula dengan kewujudan covid 19 menyebabkan kebanyakan organisasi
menggunakan istilah work from home dimana pekerja menjadikan rumah mereka sendiri sebagai
pejabat. Apabila situasi ini berlaku halangan fizikal dapat diselesaikan dari segi penggunaan
peralatan dan perabot. Pekerja akan merasa lebih selesa kerana pengunaaan peralatan adalah
mengikut kehendak sendiri bukan mengikut kehendak majikan. Penggunaan kelengkapan ini yang
menyebabkan bertambahnya produktiviti. (Brynjolfsson& Hitt, 1996)
Menurut Farhad Nejadirani et. Al (2011),teknologi maklumat membantu mereka untuk
berfungsi dengan lebih efisien, cepat dan mudah.Kepesatan perubahan teknologi pada masa kini
telah mempengaruhi aspek kehidupan manusia. Teknologi ini memainkan peranan yang penting
dalam aspek kehidupan kita tidak kira dalam sektor pekerjaan, Pendidikan dan sebagainya.
Kefungsian teknologi ini banyak memberi manfaat kepada organisasi terutamanya,contohnya bagi
mengurangkan kesilapan dalam melakukan sesuatu perkara. Contohnya dalam APMM
menggunakan radar yang berteknologi tinggi bagi mengesan kehadiran kapal-kapal asing.
Teknologi sememangnya membawa perubahan kepada penglibatan pekerja, aktiviti pekerja
dan juga kepada organisasi itu sendiri. Sebagai contoh, pada tahun 2021 ini, penggunaan WhatsApp
secara meluas digunakan oleh sesetengah organisasi. Dalam situasi ini, majikan mudah memberikan
arahan dan tugasan kepada pekerja dan dimana-mana sahaja berada. Ini sekaligus dapat mengatasi
halangan fizikal dalam pengurusan organisasi.Kebergantungan kehidupan manusia terhadap
teknologi semakin meningkat dengan wujudnya pelbagai aplikasi seperti whatsapp, telegram,
facebook dan sebagainya. Aplikasi ini sangat memberi kemudahan kepada organisasi dalam
memastikan kelancaran pengurusan.

4.2 Kemahiran mendengar


Menurut ILA (1996), kemahiran mendengar merupakan satu proses menerima atau
memahami makna dan tindak balas terhadap percakapan atau bukan percakapan untuk mendengar

7
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

sesuatu yang melibatkan proses minda atau pemikiran. Menurutnya lagi, terdapat dua cara
komunikasi yang berkesan iaitu, bergantung kepada percakapan dan pendengaran yang baik sangat
penting dalam komunikasi bagi menyelesaikan sesuatu konflik. Kadangkala seseorang hanya perlu
mendengar dengan teliti dan menyelesaikan sesuatu perkara dengan sepantas mungkin.

Kemahiran mendengar ini dapat membantu ketua atau pengurus organisasi mengenalpasti
masalah, konflik dan salah faham di dalam organisasi. Mendengar keluhan pekerja bawahan akan
menimbulkan rasa hormat dan kepercayaan antara pekerja dan majikan.pekerja akan dapat
meningkatkan motivasi diri mereka seterusnya dapat menghasilkan hasil kerja yang optimum.
Dalam APMM sendiri telah pun dipraktikkan dimana kami sentiasa berkongsi masalah dan konflik
yang dihadapi dan masing-masing memberikan idea cara penyelesaianya.

Beberapa langkah yang perlu diambil untuk menjadi pendengar yang baik dan seterusnya
menyelesaikan halangan psikologi adalah kita janganlah mencelah ketika orang lain bercakap dan
cuba melatih diri kita supaya menganggap apa yang diperkatakan itu adalah perkara yang penting.
Selain itu, kita perlu menggunakan ekspresi muka dan postur badan yang betul yang menunjukkan
kita sangat memahami apa yang diperkatakan. Jika kita hendak mengulas kembali apa yang
diperkatakan, pastikan kita mengulas setelah rakan kita selesai bercakap. Pertanyaan soalan juga
penting dalam kemahiran mendengar. Ini akan membuatkan mereka merasa apa yang diperkatakan
oleh mereka adalah penting.

4.3 Kemahiran Komunikasi Dan Strategi Budaya

8
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

Terdapat lima (5) elemen utama bagi budaya iaitu sejarah, agama, sistem sosial, nilai dan
bahasa. Walaupun elemen ini sama bagi semua budaya, tetapi elemen ini jugalah yang akan
membezakan satu budaya dengan budaya yang lain. (Syarizan Dalib, Haslina Halim,
MarzuraIbrahim, Mohd Hafidz Hussein, 2008). Dalam konteks budaya, setiap individu melalui
pelbagai halangan dalam hal berkaitan dengan komunikasi terutamanya di tempat kerja. Setiap
individu harus pandai menyesuaikan diri dalam masyarakat atau organisasi yang mereka berada.
Mereka perlu berinteraksi dengan pelbagai rakan sekerja yang pelbagai status dan juga latar
belakang. Ini akan menjadikan mereka lebih yakin dan berusaha untuk berkomunikasi dengan lebih
berkesan.

Bahasa merupakan ciri utama kepada sesebuah masyarakat. Penggunaan bahasa


melambangkan budaya setempat ataupun dikenali sebagai dialek. Penggunaan bahasa yang betul
dapat memudahkan komunikasi dalam organisasi. Bahasa yang perlu digunakan adalah bahasa yang
mudah difahami oleh semua. Contohnya bahasa inggeris atau bahasa melayu. Ini kerana
komunikasi yang berkesan akan membantu organisasi menyelesaikan masalah dengan mudah.
Selain itu komunikasi yang berkesan akan mendorong ahli organisasi mencipta suasana kerja yang
lebih kondusif, Contohnya dalam APMM, kami menggunakan bahasa kerja khas yang telah
dipelajari semasa Latihan. Contohnya jika ingin melabuhkan kapal, kami menggunakan command
yang hanya difahami oleh anak-anak kapal seperti “petugas-petugas khas laut mara rapat. Bersiap
sedia untuk bersauh”. Ataupun “Anchor party close up,ready to anchor”

5.0 Kesimpulan

Sebagai kesimpulanya, komunikasi yang berkesan tidak akan tercapai jika terdapat
halangan-halangan di dalam komunikasi. Halangan-halangan ini menjadi satu cabaran kepada

9
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

organisasi -organisasi khususnya APMM. Oleh itu, adalah sangat penting untuk pihak pengurusan
organisasi menangani halangan ini dengan sebaiknya. Halangan-halangan ini juga dapat
dikurangkan jika ada Kerjasama antara penyampai dan pemberi maklumat. Setiap individu harus
memainkan peranan dan tanggungjawab terhadap tugas yang diberikan dalam mencapai
komunikasi yang efektif. Selain itu, Pemimpin organisasi yang arif dan mahir dalam komunikasi yang
berkesan akan dapat membimbing pekerja bawahanya dengan baik. Oleh yang demikian, segala
halangan dan cabaran dalam komunikasi harus diberi perhatian dan dipertingkatkan bagi mencapai
komunikasi yang berkesan.

6.0 RUJUKAN

10
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

Wan Idros Wan Sulaiman, Noorzihidayah Md Noor,Ali Salman &Maizatul Haizan Mahbob .
(2017). Pengaruh Teknologi Komunikasi Terhadap Perubahan Keorganisasian Di Jabatan
Penyiaran Malaysia. Vol. 12, No. 1 (2017) 110-128.Reterieved from
https://ejournal.ukm.my/ebangi/article/viewFile/18299/5775

Lucas Kee, Edi Rizal Kassim & Chang Vui Seng Wilson.(2018). Halangan dan gangguan
komunikasi dalam pengajaran & pembelajaran di bilik darjah serta cara menangani. Reterieved
from
https://www.academia.edu/39082114/Halangan_dan_gangguan_komunikasi_dalam_pengajara
n_and_pembelajaran_di_bilik_darjah_serta_cara_menangani

Roshan Thiran.(2019) Mendengar: Sifat Kepimpinan Yang Perlukan Disiplin Dan Latihan
Reterieved from
https://www.utusanborneo.com.my/2019/12/16/mendengar-sifat-kepimpinan-yang-perlukan-
disiplin-dan-latihan

Mohammad Md Yusoff, Moulita. (n.d). Faktor-Faktor Penghalang Dalam Proses Kecekapan


Komunikasi Antara Budaya Pada Mahasiswa Indonesia Dan Malaysia. Reterieved from
http://eprints.usm.my/32049/1/Moulita%2C_Md_Yusoff.pdf

Shakeer Ahmad Bin Hameed J, Mohd Abd Rahman Bin Hamzah,Wan Hazirah Binti Wan
Ahmad,Nur Shazwani Binti Aziz & Mukrimin Bin Md Fauzi. (13 Julai 2019). Kemahiran
Komunikasi Kepengurusan. Reterieved from
https://pdfcoffee.com/kemahiran-komunikasi-dan-strategi-budayapdf-pdf-free.html

Sidek Ab Aziz.(n.d). Komunikasi Berkesan Dalam Organisasi.

11
PENTAKSIRAN AKHIR (SCCG 3143 – MANAGERIAL COMMUNICATION SKILLS)
MUHAMMAD AZUWA BIN MOHD ASRI (259633)

Reterieved from
https://pendaftar.upm.edu.my/upload/dokumen/20181001081754Kursus_Pengurusan_Komuni
kasi_Dalam_Organisasi.pptx

Karthik. (2015). Halangan Komunikasi. Reterieved from


http://cikgukarthik.blogspot.com/2015/03/halangan-komunikasi.html

Halangan Komunikasi Berkesan. Reterieved from


https://www.scribd.com/doc/19188764/halangan-komunikasi-berkesan

Syafawani (November 18, 2012). Komunikasi : Takrif, Jenis, Ciri, Halangan. Reterieved from
http://teachersyafa.blogspot.com/2012/11/komunikasi-takrif-jenis-ciri-halangan.html

Shuhairi Norhisham. (2019). Faktor-faktor penghalang komunikasi. Reterieved from


https://www.pascasiswazah.com/faktor-faktor-penghalang-komunikasi/

12

Anda mungkin juga menyukai