Anda di halaman 1dari 16

PEPERIKSAAN PERTENGAHAN SEMESTER

SEMESTER APRIL SESI 2022/2023 (JA221)


PROGRAM PENDIDIKAN JARAK JAUH (PJJ)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

NAMA : WAN NOR SYUHADA BINTI WAN IBRAHIM


NO. MATRIK : 268694
KUMPULAN : GROUP Q
GMGM 3023 KEPIMPINAN DALAM PENGURUSAN
KOD/NAMA KURSUS :
AWAM
PENSYARAH :
TARIKH : 25 JUN 2022 (SABTU) - 26 JUN 2022 (AHAD)
MASA PEPERIKSAAN : 2.30 PETANG (25 JUN 2022) –2.30 PETANG (26 JUN 2022)

LAMPIRAN JAWAPAN

Untuk kegunaan pensyarah ARAHAN:

NO.
MARKAH
SOALAN i. LAMPIRAN JAWAPAN ini mengandungi
DUA (2) BAHAGIAN dalam TUJUH (7)
BAHAGIAN A halaman tidak termasuk kulit hadapan.
Bahagian A mengandungi TUJUH (7)
1 soalan. Bahagian B mengandungi
SATU (1) soalan. Calon dikehendaki
2 menjawab SEMUA soalan dalam
LAMPIRAN JAWAPAN ini.
3
ii. Jawapan hendaklah ditaip (font Arial atau
4 Times New Roman).
iii. Calon dibenarkan untuk merujuk mana-
5 mana bahan bacaan yang bersesuaian
bagi menulis jawapan.
6 iv. Calon DILARANG berbincang atau
bertukar jawapan dengan calon lain.
7 Sebarang unsur PLAGIAT adalah
dilarang.
BAHAGIAN B
v. Simpan LAMPIRAN JAWAPAN dalam
1 format PDF. Muat naik jawapan di UUM
Online Learning sebelum jam 2.30
PETANG pada 26 JUN 2022.
JUMLAH
PERATURAN BERKENAAN
KECURANGAN AKADEMIK ADALAH
TERPAKAI DALAM PEPERIKSAAN IN
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

BAHAGIAN A (60 MARKAH)

ARAHAN: Jawab semua soalan.

1. Apakah yang dimaksudkan dengan autoriti?

Autoriti bermaksud kuasa atau hak untuk memberi perintah, kuasa, mengawal, membuat
sesuatu keputusan. Kebiasaannya pemimpin mempunyai kuasa autoriti yang melayakkan
untuk seseorang pemimpin memberi arahan, perintah, kuasa mengawal bagi membuat
sesuatu keputusan kepada pihak bawahannya.

(2 markah)

2. Huraikan secara ringkas TIGA (3) ciri pemimpin mengikut pandangan Peter Drucker.

1) Seseorang pemimpin yang cekal dan tidak takut bersaing. Mereka yang berani membuat
keputusan yang sukar dan kesukaran itu tidak dijadikan sebagai halangan ataupun alasan.
Pemimpin ini berani membuat keputusan yang sukar seperti memberhentikan pekerja,
mengambil pekerja baru dan menetapkan kenaikan pangkat.
2) Pemimpin yang meluangkan masa berfikir dan mengkaji idea-idea perniagaan baru demi
masa depan organisasi. Karenah birokrasi menyebabkan pembuatan keputusan terganggu
atau mengambil masa yang lama bagi mendapatkan persetujuan semua pihak.
3) Pemimpin yang memberi tumpuan kepada beberapa bidang utama dan menubuhkan
perintah kerja yang efektif. Pemimpin yang berkesan perlu menjadi baik pada mereka
bentuk perintah kerja yang efektif, dan reka bentuk keutmaan mereka sendiri dan fokus
menegaskan bawah perintah.
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

(8 markah)

3. Jelaskan secara ringkas mengenai kepentingan pelaksanaan kontingen pengukuhan di


dalam satu-satu organisasi.

- Kebanyakan pengurus/pemimpin yang berjaya adalah disebabkan oleh perlaksanaan


kontingen pengukuhan banyak menumpukan usaha untuk membei pengukuhan secara
positif terhadap hasil kerja atau tugasan yang berjaya disempurnakan. Secara sedar
mereka menumpukan usaha mengukuhkan sebarang tindakan dan usaha yang
menguntungkan organisasi seperti menjaga kepuasan pekerja. Kajian menunjukkan
bahawa kepuasan surbodinat meningkat sepenuhnya apabila penyelia memuji dan
memberi ganjaran terhadap prestasi atau pencapaian mereka. Kepuasan surbodinat
tehadap penyelia juga didapati apabila penyelia dapat memberi arahan atau perintah
secara eksplisit tentang keperluan, sokongan untuk membuatnya dengan efektif dan
konsisten terhadap surbodinat. Penyelia yang konsisten dan memperjelaskan arahan
yang diberi turut mengurangkan kekaburan dan konflik peranan di samping sedikit
sebanyak membantu prestasi pekerja dan pengetahuan tentang kerja mereka.
- Kontingensi ganjaran juga memberi kesan terhadap pencapaian subordinat dan ikatan
pasukan. Ketika membandingkan kepemimpinan pengukuhan antara kepemimpinan
autoritarian dan kepemimpinan demokratik, Reynolds (1994) mendapati bahawa
pasukan di bawah kepemimpinan demokratik telah memaksimumkan pengukuhan
positif untuk menghasilkan perancangan yang dikehendaki. Pemimpin sentiasa
memberi galakan dan persetujuannya setiap kali penyelesaian yang baik diambil oleh
ahli-ahli pasukan bagi menangani sesuatu masalah. Apabila perancangan yang tidak
betul berlaku, kepemimpinan pengukuhan akan mencadangkan cara untuk
membetulkannya.
- Pengurusan mengikut pengecualian ialah amalan pemimpin-pemimpin yang mengambil
tindakan memperbetulkan atau campur tangan hanya apabila berlaku kegagalan dan
penyelewengan. Dalam amalan pengurusan dengan cara kecuali, pengurus-pengurus
secara aktif mengesan penyelewengan dan kekurangan. Mereka menetapkan standard
dan secara berterusan memantau pencapaian subordinat sama ada telah memenuhi
standard yang ditetapkan. Terdapat pengurus yang lebih pasif dan tidak menagih lebih
daripada apa yang sepatutnya dilakukan. Pengurusan cara ini dikatakan kontingensi

3
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

pengukuhan aversif kerana pemimpin-pemimpin hanya akan campur tangan apabila


berlaku sesuatu tidak betul. Apabila prestasi subordinat merosot di bawah paras yang
ditetapkan pemimpin akan memberi maklum balas kepada subordinat. Maklum balas
negatif ini mungkin disertai dengan kontingensi ganjaran dalam bentuk memberi
penjelasan semula dan memberi galakan. Di sudut yang lebih ekstrem mungkin
disertakan dengan teguran atau celaan, tidak setuju, secara bertulis, digantung atau
ditamatkan. Bass (1990) menyatakan bahawa pengurusan dengan pengecualian ialah
konsisten dengan sibernatik maklum balas negatif. Maklum balas yang mengisyaratkan
supaya sistem dikembalikan kepada asas kedudukannya yang kukuh. Pengurus sentiasa
peka terhadap penyelewengan dan menyediakan maklum balas apabila diperlukan.
- Kontingensi pengukuhan digunakan oleh pengurus-pengurus yang berminat dengan
kecekapan memproses. Ia dapat dipermudahkan dengan fleksibiliti pengurus
menggunakan kuasa mereka memberi ganjaran atau hukuman, untuk mengekalkan atau
menambah baik proses-proses dan susunan atau aturan organisasi. 99 Sehubungan ini,
Blanchard (dalam Bass, 1990) menyatakan bahawa pegawai atasan perlu
memaklumkan kepada subordinat yang tidak berpengalaman perkara yang sepatutnya
mereka lakukan atau memberi pandangan tentang kerja mereka serta galakan supaya
mereka dapat mengekalkannya. Bagi subordinat yang berpengalaman pula, pegawai
atasan perlu memberitahu kesilapan mereka tanpa menjejaskan harga diri mereka.
-

4
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

(10 markah)

4. Berikan definisi kuasa dan jelaskan LIMA (5) punca-punca kuasa.

• Definisi kuasa sebagai satu nilai yang boleh digunakan untuk menghasilkan sesuatu

kesan atau kejadian. Kuasa juga selalu dikaitkan dengan kebolehan yang dimilki oleh seseorang

atau kumpulan sama ada kebolehan intelektual atau spiritual bagi mempengaruhi individu atau

kumpulan lain untuk memenuhi kehendak mereka.

Kuasa hadir dalam pelbagai punca sama ada kuasa kepada individu, kumpulan mahupun

organisasi. Menurut Razali (1990) punca utama kuasa dapat dibahagikan kepada empat bahagian

iaitu sumber, kemahiran, hutang dan juga fizikal. Kuasa berdasarkan sumber wujud dalam

pelbagai bentuk seperti keadaan, maklumat atau hadiah, pembiayaan kemahiran kewangan, masa

dan juga kakitangan. Dapat diperhatikan bahawa kuasa ini merupakan kuasa yang dimiliki oleh

individu tertentu ataupun organisasi tertentu. Setiap individu dan organisasi saling memerlukan

dan saling bergantungan antara satu sama lain (Abdul Aziz, 2000). Contohnya, sesebuah

organisasi yang baru hendak menceburi bidang perniagaan haruslah mempunyai sumber

kewangan yang mencukupi. Oleh itu, kita dapat lihat sumber pembiayaan kewangan diperlukan

bagi menggerakkan operasi syarikat tersebut. Sistem pentadbiran organisasi zaman lampau

melihat kekuatan dan bentuk fizikal sebagai penentu kepada kuasa seseorang. Tubuh badan yang

sasa, tegap, kesihatan yang baik serta memiliki paras rupa yang menarik menjadi faktor utama

kepada pelantikan seseorang sebagai pemimpin. French dan Raven (1960) percaya bahawa ciri-

ciri ini akan dapat menjayakan lagi seseorang untuk mendapatkan kuasa dan seterusnya boleh

mendapat perhatian serta kepercayaan dari pihak lain. Contohnya, semasa zaman pemerintahan

Jahiliyah, pihak yang kuat akan dilantik sebagai pemimpin khasnya dalam mengetuai

5
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

ketenteraan. Begitu juga sebaliknya, golongan lemah akan ditindas dan kebanyakannya akan

menjadi hamba abdi seumur hidup. Selain itu, sumber kuasa yang seterusnya ialah kemahiran.

Oleh itu, dalam organisasi masa kini, kelayakan daripada akademik menjadi penentu dalam

menjawat sesuatu jawatan. Ramai pengurus yang percaya bahawa akademik seseorang

mencerminkan kemahiran yang dimiliki. Kemahiran serta pengetahuan yang dimiliki amat

diperlukan dalam mempengaruhi dan membimbing orang lain. Ini kerana kemahiran dan

pengetahuan merupakan asas kepada pembentukan sesuatu idea atau pemikiran. Dengan adanya

kuasa berdasarkan kemahiran ini seseorang individu itu boleh mengarah, mengawal dan

mentadbir organisasi dengan baik dan cemerlang.

 Hutang juga merupakan punca kuasa apabila seseorang memiliki hutang yang berbentuk
wang, jasa dan budi baik daripada seseorang yang lain. Orang yang diberi hutang akan
merasakan bahawa perlu untuknya melakukan sebarang suruhan yang diarahkan
kepadanya atas dasar hormat mahupun malu kepada pemberi hutang. Punca kuasa ini
dapat dilihat dalam masyarakat golongan yang mempunyai harta kekayaan, manakala
mereka yang menurut atas arahan ini pula ialah golongan miskin (Alias, 1984). Selain
daripada punca kuasa yang diutarakan oleh Razali (1989), sifat karismatik yang ada pada
diri seseorang juga dilihat sebagai salah satu punca kuasa. Kuasa karismatik
kebanyakannya hadir dalam diri pemimpin terulung seperti Rasulullah SAW, dan juga
Mahatma Gandhi. Sifat-sifat peribadi yang mereka miliki mampu mempengaruhi orang
bawahan. Menurut Alias (1984) lagi, individu yang memiliki personaliti seperti ini dapat
mewujudkan satu keadaan yang selesa kerana ramai individu yang percaya bahawa
pemimpin yang dilantik mampu menyelesaikan masalah dengan mudah.

6
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

(10 markah)

5. Bincangkan LIMA (5) asas yang perlu ada pada seorang pemimpin jika pemimpin tersebut
hendak dijadikan model kepada subordinat.

• Tahu hala tuju organisasi


Seseorang eksekutif yang berkesan harulah memiliki kemahiran dan ilmu pengetahuan yang
tinggi bagi memastikan objektif dan hala tuju organisasi dapat ditentukan dengan baik
berdasarkan kepada kemampuan dan keupayaan organisasi tersebut. Kepelbagaian ilmu yang
diwakili juga mampu untuk memudahkan pembuatan keputusan kerana penguasaan yang mudah
terhadap persekitaran organisasi.
• Melihat kepada hasil
Pengurus haruslah memberi perhatian yang lebih kepada hasil terhadap sumbangan yang
diberikan. Pengurus eksekutif harus memberikan tumpuan kepada pulangan terhadap organisasi
berbanding kerja yang dilakukan. Ini penting bagi memastikan organisasi yang diwakili sentiasa
berada pada kedudukan yang betul bagi mencapai objektif dan seterusnya mampu menghadapi
segala cabaran yang ada. Terdapat segelintir pemimpin yang kehilangan pengaruhnya tanpa
disedari apabila adanya sikap berat sebelah dan bias terhadap keputusan yang dibuat. Ini
termasuklah sikap yang hanya mementingkan organisasi berbanding pekerja dan sebaliknya.
Keadaan ini pastinya akan mewujudkan rasa tidak puas hati dalam kalangan subordinat dan
situasi ini akan menghilangkan sedikit demi sedikit pengaruh yang ada pada pemimpin terbabit.
• Memberi tumpuan kepada kekuatan yang dimiliki
Eksekutif yang berkesan akan membina pengaruhnya berdasarkan kepada kekuatan yang
dimiliki seperti ilmu pengetahuan, kemahiran dan juga kemahiran komunikasi yang baik.
Perkaitan antara pengaruh dengan kuasa dalam kepimpinan penting dan tidak dapat dipisahkan
untuk mencapai sesuatu matlamat. Kepimpinan berkait rapat dengan pengaruh yang bergantung
kuat kepada keupayaan memujuk dan mampu mendorong pengikut untuk berusaha ke arah
pencapaian matlamat organisasi. Kepimpinan yang berkesan memberi kepuasan kepada pengikut
dan ini menghasilkan prestasi kerja yang cemerlang.
• Tumpuan kepada kerja yang lebih besar dan mencabar sahaja

7
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Penetapan matlamat ialah berdasarkan kepada cabaran. Pengurus eksekutif harus


meletakkan sasaran pencapaian lebih tinggi daripada kebiasaannya. Mereka juga harus percaya
bahawa hasil usaha yang tinggi pastinya akan membuahkan hasil yang lebih lumayan dan
berbaloi. Ini dapat dilihat melalui contoh beberapa syarikat milik kerajaan (GLC) yang telah
beroperasi di luar pasaran domestik negara dan sentiasa mementingkan pasaran global sebagai
target setiap operasi yang dijalankan. Oleh itu, tidak hairanlah apabila golongan eksekutif ini
harus memiliki keupayaan pembuatan keputusan yang cepat dan terbaik.
• Hanya keputusan terbaik dihasilkan
Mengetepikan sebarang tekanan atau isu yang boleh melengahkan pembuatan keputusan.
Setiap keadaan memerlukan corak gelagat kepimpinan yang tertentu kerana gelagat yang
bersesuaian untuk sesuatu keadaan mungkin tidak sesuai untuk keadaan yang lain. Oleh itu,
kepimpinan eksekutif perlu peka dan sensitif terhadap sebarang cadangan yang dikemukakan dan
pastinya memainkan peranan penting dalam penetapan keputusan. Sebarang keputusan perlulah
dilihat sebagai sesuatu risiko yang besar iaitu keputusan yang betul akan membawa kepada
kejayaan organisasi dan keputusan sebaliknya akan membawa kepada risiko kegagalan
termasuklah kos dan kewangan.

8
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

(10 markah)

6. Bincangkan perbezaan antara Charismatic Leader dan juga Transformation Leader.

• Charismatic Leader Karisma

Melalui kuasa atau aura ini, didapati bahawa pemimpin tersebut sentiasa

dihormati oleh pengikut dan juga subordinatnya. Menurut Mohammad Shatar (2006) lagi,

seseorang yang hendak menggunakan gaya ini haruslah memiliki kemahiran dan ilmu

pengetahuan yang berbeza daripada orang lain. Ini bermakna kemahiran dan ilmu yang

dimiliki akan memberikan kelebihan kepada individu tersebut berbanding orang lain.

Sebagai tambahan, beliau juga percaya bahawa seseorang pemimpin yang memiliki ciri-

ciri seperti kepetahan berkata-kata, tahap keyakinan diri yang tinggi serta pakar dalam

sesuatu bidang ilmu akan memudahkannya untuk mendapat sokongan daripada semua ahli

organisasi. Menurut Ivancevich dan Matteson (2002), terdapat dua jenis pemimpin yang

berkarisma. Dua ciri tersebut dapatlah dibahagikan kepada Visionary leadership dan juga

Crisis-based leadership.

Pemimpin jenis ini akan sentiasa berkongsi misi dan visi untuk pembangunan

organisasi. Dengan kemampuan untuk berkomunikasi dengan baik serta sentiasa

menyeimbangkan antara keperluan individu serta organisasi, tidak mustahillah golongan

pemimpin kategori ini mudah untuk didampingi dan disenangi oleh semua pihak. Malah

pemimpin kategori ini juga akan sentiasa melihat dan mengambil sebarang peluang yang

ada bagi pembangunan organisasi dan dalam masa yang sama melibatkan pihak subordinat

untuk merasai peluang tersebut. Sebagai contoh ialah Microsoft Corp. Sebagai CEO, Bill

Gates telah mengambil peluang atas peningkatan pasaran komputer dan software dengan

mengembangkan perniagaannya ke serata dunia. Tindakan tersebut bukan sahaja memberi

9
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

kebaikan kepada syarikat dan CEO terbabit, tetapi yang paling penting berlakunya proses

‘pembentukan’ pemimpin dengan menempatkan beberapa orang subordinatnya untuk

memegang jawatan di negara lain. Peluang bukan sahaja diraih oleh syarikat namun turut

melibatkan pekerja-pekerja yang berpotensi agar lebih maju lagi dalam dunia kerjaya

mereka

Sifat kepimpinan seseorang akan terserlah apabila berlakunya krisis dalam

sesebuah organisasi. Ini bermakna karisma seseorang pemimpin akan menonjol semasa

berlaku krisis kerana pendekatan yang diambil akan mencerminkan kredibilitinya sebagai

seorang pemimpin. Semasa berlakunya krisis, subordinat akan memberikan segala

kepercayaan kepada pemimpin untuk membuat tindakan dan keputusan tanpa sebarang

bantahan. Di sini, penyelesaian masalah menjadi keutamaan berbanding persoalan kenapa

masalah tersebut berlaku. Oleh itu, tidak mustahil akan berlaku kes apabila keputusan yang

diambil tidaklah bersifat popular atau menyenangkan semua pihak. Di dalam buku yang

bertajuk Organizational Behavior and Management, Ivancevich dan Matteson (2002) telah

memberikan contoh mengenai krisis produk yang berlaku kepada syarikat Johnson &

Johnson pada tahun 1982. Syarikat ini disyaki telah menyebabkan kematian lima orang

pelanggannya akibat penggunaan salah satu produknya yang dikenali sebagai Tylenol.

Sebagai CEO pada masa itu, James Burke telah mengarahkan semua produk tersebut

ditarik balik daripada pasaran walaupun siasatan masih lagi dijalankan. Ini dilakukan

bukan sahaja untuk meredakan ketegangan yang berlaku, tetapi yang paling penting adalah

untuk memastikan jenama Johnson & Johnson tidak terjejas lebih teruk lagi. Setelah

didapati tidak bersalah, James Burke telah mengambil tindakan drastik apabila beliau telah

menjalankan promosi besar-besaran melalui penguasaan hampir keseluruhan iklan di

10
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

media cetak dan elektronik. Akhirnya, jenama dan produk ini dapat diterima kembali oleh

orang ramai dan mampu bertahan sehingga ke hari ini. Melalui kes ini, kita dapati bahawa

CEO terbabit telah mengambil tindakan yang bukan sahaja tidak menyenangkan semua

pihak kerana penarikan balik produk tersebut dari pasaran, namun turut mendedahkannya

kepada kerugian yang berganda. Namun, tindakan agresif kepada strategi pengiklanan

telah menyelamatkan syarikat ini daripada masalah yang berpanjangan.

• Transformation Leader

Digambarkan sebagai seorang individu yang cekap, berprestasi tinggi, efisien dan

juga berwawasan. Pemimpin kategori ini juga dilihat sebagai individu yang sentiasa

dahagakan kejayaan, percaya dan yakin kepada apa yang dilakukan serta sentiasa berusaha

untuk mencapai visi dan matlamat yang telah ditetapkan. Ringkasnya, kategori pengurus

seperti ini sangat relevan dengan dunia kepimpinan hari ini yang sentiasa berhadapan

dengan cabaran, fleksibiliti, perubahan dan inovasi dalam persekitaran kerja. Oleh itu,

jelaslah bahawa sesebuah organisasi pada zaman ini haruslah dipimpin oleh seorang ketua

yang boleh membawa organisasi tersebut walaupun berhadapan dengan cabaran dan

masalah yang tidak pernah terbayang akan berlaku

11
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

(10 markah)

7. Huraikan secara kritis perbezaan antara pandangan Behavioralis dan Strukturalis terhadap
kuasa.

Mereka berpendapat bahawa pengagihan kuasa yang saksama dalam organisasi penting

kepada kesejahteraan organisasi. Bagi mereka menyamakan kuasa dikatakan satu sendi

asas dalam pengembangan organisasi modern dan potensi pergerakan manusia. Dua

pandangan yang bertentangan ini juga membei implikasi kepada reka bentuk oganisasi.

Strukturlisme menekankan reka bentuk organisasi dengan kuasa yang berbeza

sedangkan behavorisme menekankan reka bentuk organisasi dengan kuasa yang

saksama.

Dari aspek tanggungjawab, aliran struktulisme menyeru supaya seseorang hendaklah

bertanggungjawab menyelia semua aktiviti yang penting. Dengan itu, hierarki pyramid

hubungan pengurusan dan subordinat telah dimandatkan. Di atas konsep perkongsian

kuasa, ahli-ahli kumpulan boleh memikul tanggungjawab kepimpinan apabila seseorang

itu melihat keperluan untuk berbuat sedemikian. Aliran strukturalis juga cuba mengelak

pertindihan atau duplikasi tanggungjawab. Sebaliknya aliran behavioralis melihat

petindihan, pergiliran dan lain-lain bentuk perkongsian tanggung jawab adalah untuk

meningkatkan realibliti system dan digalakkan apabila hubungan tidak formal

berkembang dalam kalangan pekerja yang komited untuk melihat kemajuan kumpulan

mereka.

12
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

(10 markah)

BAHAGIAN B (40 MARKAH)

Arahan: Jawab SEMUA soalan.

1. “… lazimnya terdapat dua bentuk atau gaya kepimpinan yang asas. Pertama adalah
gaya kepimpinan yang mementingkan kerja “task-oriented style” bermaksud pemimpin
yang lebih mementingkan tugas para pekerja yang di bawahnya daripada hubungan
kemanusiaan. Beban tugas yang diberi kepada para pekerja bawahan hendaklah
disiapkan. Sementara gaya kepimpinan kedua ialah gaya yang mementingkan pekerja
iaitu “human-oriented style” di mana hubungan kemanusiaan lebih diberi keutamaan
berbanding beban tugas yang diberi kepada para pekerja”. (Noor, Rajikon, Muhamat,
Saadan, & Jano, 2015).

Gaya kepimpinan laissez-faire dan autokratik kurang menjadi pilihan di kalangan pemimpin
berbanding gaya kepimpinan demokratik. Bincangkan kenyataan di atas dengan berpandukan
kepada contoh yang bersesuaian.
(40 markah)

- Gaya kepimpinan laissez-faire


Kepimpinan Laissez-faire kurang menjadi pilihan di kalangan pemimpin disebabkan
kepimpinan ini tidak sesuai disebabkan berkemungkinan terdapat ahli kumpulan yang
kurang pengetahuan atau pengalaman yang perlukan untuk menyelesaikan tugas dan
membuat keputusan. Cara kepimpinan ini dikaitkan dengan hasil negatif termasuk prestasi
kerja yang lemah, keberkesanan pemimpin rendah, dan kurang kepuasan berkumpulan.
Sesetengah orang tidak mampu untuk menetapkan jangka masa kerja mereka sendiri,
menguruskan projek mereka sendiri dan menyelesaikan masalah sendiri. Dalam keadaan
sedemikian, projek boleh terlebih masa dan tarikh siap boleh terlepas apabila subordinat
tidak mendapatkan panduan atau maklum balas yang cukup dari para pemimpin.

13
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Pemimpin yang berkarisma akan menggunakan pendekatan demokratik berbanding dengan


penggunaan pendekatan autokratik iaitu pandangan semua ahli kumpulan diambil kira
dalam pembuatan keputusan.

Beberapa kelemahan gaya laissez-faire:


a) Kurang kesedaran dari segi peranan.
Dalam beberapa situasi, gaya laissez-faire menunjukkan kurang jelas bagi setiap peranan
masing-masing dalam kumpulan. Demikian, ahli pasukan menerima sedikit bimbingan,
mereka mungkin tidak pasti tentang peranan mereka dalam kumpulan dan apa yang
sepatutnya dilakukan dengan masa mereka.
b) Penglibatan yang lemah dengan kumpulan.
Pemimpin Laissez-faire sering dilihat lemah kerana tidak terlibat dan tidak mengambil
peduli, yang menyebabkan kurang berkerjasama dalam kumpulan. Oleh kerana itu,
pemimpin seolah-olah tidak peduli dengan apa yang sedang berlaku, kadang-kadang
pengikutnya mengambilnya dan menyatakan kurang peduli dan prihatin terhadap projek itu.
c) Akauntabiliti rendah.
Sesetengah pemimpin mungkin mengambil kesempatan daripada gaya ini sebagai cara
untuk mengelakkan tanggungjawab peribadi terhadap kegagalan kumpulan. Apabila
matlamat tidak dipenuhi, pemimpin kemudian dapat menyalahkan subordinat kerana tidak
menyelesaikan tugas atau memenuhi harapan.
d) Pasif dan mengelakkan.
Kepimpinan laissez-faire menunjukkan kepimpinan yang pasif atau mengelakkan dari
keupayaan untuk memimpin dengan betul. Contohnya, pemimpin ini tidak melakukan apa-
apa untuk berusaha memotivasikan para pengikut, tidak mengiktiraf usaha subordinat, dan
tidak berusaha untuk terlibat dengan organisasi itu.
II. Gaya kepimpinan autokratik

Gaya kepimpinan autokratik juga dikenali sebagai kepemimpinan autoriti, adalah gaya
kepimpinan yang dicirikan oleh kawalan individu atas semua keputusan dan sedikit ilmu
pengetahuan dari anggota kumpulan. Pemimpin autokratik biasanya membuat pilihan

14
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

berdasarkan idea dan penilaian dari mata kasar dan jarang menerima nasihat daripada
pengikut. Kepimpinan autokratik melibatkan kawalan mutlak, autoriti terhadap organisasi.

Ciri-ciri Kepimpinan Autokratik


Terdapat beberapa ciri utama kepimpinan autokratik termasuk:
i. Kurang sumber dari segi maklumat dan pengetahuan daripada ahli kumpulan
ii. Pemimpin membuat semua keputusan
iii.Pemimpin menentukan semua kaedah dan proses kerja
iv. Subordinat jarang dipercayai dalam membuat keputusan atau tugas penting
v. Kreativiti dan tidak digalakkan pemikiran diluar kotak keluar

Kelemahan Kepimpinan Autokratik

Antara kelemahan kepimpinan autokratik, didapati juga beberapa contoh di mana gaya
kepimpinan autokratik boleh menjadi masalah. Orang yang menyalahgunakan gaya
kepimpinan autokratik sering dianggap sebagai pemimpin dan pemerintah. Ini kadang-
kadang boleh menyebabkan kebencian dalam organisasi. Subordinat pekerja boleh berasa
bahawa mereka tidak mempunyai daya penggerak atau mengatakan bagaimana perkara atau
yang dilakukan, dan ini boleh menjadi masalah apabila pekerja yang mahir dan
berkebolehan dibiarkan merasa bahawa pengetahuan dan sumbangan mereka terjejas.
Kepimpinan autokratik boleh memberi manfaat pada masa-masa tertentu sahaja.

Beberapa masalah kepimpinan autokratik:


Gaya ini cenderung untuk menghalang sumbangan dari warga organisasi. Ini kerana
pemimpin autokratik mengambil keputusan tanpa berbincang dengan kumpulan, warga
dalam organisasi mungkin tidak suka bahawa mereka tidak dapat menyumbangkan idea.
Penyelidik juga mendapati kepimpinan autokratik sering mengakibatkan kekurangan
penyelesaian kreatif terhadap masalah, yang akhirnya boleh menghalang kumpulan daripada
melakukan.

15
GMGM3023 Kepimpinan Dalam Pengurusan Awam

Pemimpin-pemimpin autokratik cenderung untuk mengabaikan pengetahuan dan kepakaran


yang dapat dibawa oleh ahli-ahli kumpulan ke situasi ini. Gagal untuk berunding dengan
ahli pasukan lain dalam keadaan sedemikian menyakitkan kejayaan keseluruhan organisasi.
Kepimpinan autokratik juga boleh menjejaskan moral kumpulan dalam beberapa masalah.
Cenderung merasa lebih bahagia dan melakukan yang lebih baik apabila mereka merasa
seperti mereka membuat sumbangan kepada masa depan kumpulan. Disebabkan oleh
pemimpin autokratik biasanya tidak membenarkan sumbangan daripada ahli pasukan,
pengikut mula merasa tidak puas dan ditekan.

16

Anda mungkin juga menyukai