Anda di halaman 1dari 17

PROGRAM PENGAJIAN LUAR KAMPUS

PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL


DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

TAJUK KURSUS UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN


KOD KURSUS GLUL3113
PENSYARAH MUHAMMAD HAFIZ BADARULZAMAN
NO. TELEFON 04-928 4039/8092
E-MAIL mdhafiz@uum.edu.my
NO. BILIK PUSAT KECEMERLANGAN DAN KEPIMPINAN PELAJAR (UUM
SELECT), JHEP & NO. 3115 COLGIS

PERANCANGAN AKADEMIK
SEMESTER OKTOBER SESI 2021/2022

1
No. Maklumat Kursus
1. Nama Kursus : UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
2. Kod Kursus : GLUL 3113
3. Nama Staf Akademik :
 Muhammad Hafiz Badarulzaman

4. Rasional penawaran kursus ini dalam program:


Kursus ini adalah kursus teras Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Awam.

5. Semester/Tahun Ditawarkan : 3/3


6. Nilai Kredit : 3
7. Prasyarat: TIADA
8. Objektif :
Pelajar diharap dapat

 mengetahui bidang kuasa badan perundangan, eksekutif dan kehakiman yang


merangkumi konsep kedaulatan undang-undang, keadilan asasi dan kuasa budi
bicara yang diamalkan di Malaysia.
 memahami tentang saluran, hak dan remedi yang boleh dipohon jika pihak
pentadbiran tidak mematuhi had kuasa yang ada padanya.
 mengetahui tentang kewujudan tribunal pentadbiran dan ombudsman serta
fungsi-fungsinya dalam menyelesaikan isu – isu pentadbiran.

9. Hasil Pembelajaran

Pada akhir kursus ini, pelajar akan dapat


1. mengenal pasti bidang kuasa badan perundangan, eksekutif dan kehakiman
yang merangkumi konsep kedaulatan undang-undang, keadilan asasi dan
kuasa budibicara di Malaysia (C1, P2, A3)
2. menjelaskan saluran, hak dan remedi yang boleh dipohon oleh pihak yang
tidak berpuas hati atas tindakan pihak pentadbiran (C2, P3, A3)
3. mengaplikasikan prinsip undang-undang dengan isu semasa berkaitan
dengan pentadbiran (C4, P2, A5)

10. Kemahiran yang dapat dipindahkan:


Kemahiran kerja berkumpulan melalui projek berkumpulan
11. Strategi penilaian dan pengajaran-pembelajaran:
Campuran teacher-centered dan student-centered
12. Sinopsis

Kursus ini bertujuan untuk memberikan pendekatan dari aspek undang-undang


pentadbiran dengan merujuk kepada keadaan-keadaan yang wujud di Malaysia dan juga
di negara-negara luar. Jentera pentadbiran kini semakin luas kuasanya dan berkembang

2
pesat dari segi struktur dan fungsinya. Oleh itu kawalan dari segi kehakiman dan lain-
lainnya adalah amat perlu. Kepelbagaian fungsi–fungsi negara melalui perundangan dan
perwakilan kuasa meluaskan kuasa budibicara pihak eksekutif. Oleh itu kewujudan
undang-undang pentadbiran bertujuan untuk mengimbangi hak-hak dan tanggungan
rakyat dan kerajaan. Kursus ini juga mendedahkan pelajar kepada kes undang-undang
yang menjadi asas serta pembuktian kepada sesuatu doktrin atau amalan yang
mempunyai kuatkuasa undang-undang di dalam aspek pentadbiran.

13. Mod Penyampaian:


Kuliah, pembelajaran atas talian (online learning) dan perbincangan

14. Jenis dan Metod Penilaian :


 Pentaksiran Kerja Khusus 100% :

 Ujian Pertengahan Semester - (20%),


 Tugasan – (20%)
 Kuiz I dan Kuiz II – (20%)
 Tugasan Akhir - (40%)
15. Nama Staf Akademik: Muhammad Hafiz Badarulzaman
Alamat Pejabat: Bilik 3115, Bangunan UUM COLGIS/Pejabat Pusat Kecemerlangan
dan Kepimpinan Pelajar (UUM SELECT), Jabatan Hal Ehwal Pelajar,UUM
Tel: 04-928 4039/04-928 8092
E-mel: mdhafiz@uum.edu.my

BIL KANDUNGAN KURSUS PERTEMUAN

1.0 PENGENALAN

1.1. Faktor-faktor yang menyumbang kepada perkembangan


1. 1
undang-undang pentadbiran.
1.2. Undang-undang Perlembagaan.
1.3. Definisi undang-undang Pentadbiran.

2.0 KUASA-KUASA PENTADBIRAN

2. 2.1 Kuasa Perundangan 1


2.2 Kuasa pentadbiran tulin
2.3 Kuasa separa kehakiman

3.0 DOKTRIN PENGASINGAN KUASA


3. 1
3.1 Pengenalan - Definisi dan pengertian
3.2 Kepentingan

3
3.3 Perbandingan dan perkembangan amalan doktrin di Amerika
Syarikat dan di Britain
3.4 Pemakaian di Malaysia

4.0 KEDAULATAN UNDANG-UNDANG

4. 4.1. Pengenalan 2
4.2. Teori Dicey
4.3. Pengertian konsep

5.0 PERUNDANGAN KECIL / UNDANG-UNDANG


PERWAKILAN
5. 2
5.1. Faktor-faktor perkembangannya
5.2. Kritikan
5.3. Penjenisan

5.4. Kawalan
5.4.1. Kawalan Kehakiman
5.4.2. Kawalan Perundangan
6. 5.4.3. Kawalan Penerbitan 2
5.4.4. Kawalan Perundingan
5.5. Perwakilan semula kuasa

6.0 TRIBUNAL PENTADBIRAN

7. 6.1 Sebab-sebab kewujudan 2


6.2 Contoh-contoh Tribunal

7.0 KEADILAN ASASI

7.1. Perkembangan
7.1.1. Pandangan Liberal
7.1.2. Pandangan Sempit
7.1.3. Pandangan Kembali Liberal
8. 3
7.1.4. Legitimate Expectation
7.1.5. Prinsip Keadilan
7.1.6. Pemakaian di Malaysia

7.2. Prinsip-prinsip keadilan asasi


7.2.1. Hak Untuk Didengar

9. 7.3. Prinsip-prinsip keadilan asasi 3


7.3.1. Tidak Bias

4
7.3.1.1. Bias Kewangan
7.3.1.2. Bias Diri
7.3.1.3. Bias Polisi
7.4. Penggunaan dan kawalan

8.0 KUASA BUDIBICARA

10. 8.1. Pengenalan 3


8.2. Keperluan
8.3. Kawalan Mahkamah

8.4. Ultra Vires Prosedur dan Substatif


8.4.1. mala fide
8.4.2.   tujuan yang tidak betul
8.4.3.   perkara tidak berkaitan diambilkira & perkara berkaitan
11. 8.4.4. tidak diambilkira 3
8.4.5.   ketidakadilan
8.4.6.   tidak munasabah
8.4.7.   tujuan yang samar-samar
8.4.8.   kesilapan fakta & undang-undang

9.0 REMEDI-REMEDI PREROGATIF

9.1. Certiorari
12. 4
9.2. Halangan ( Prohibition)
9.3. Mandamus

9.4. Injuksi
13. 9.5. Habeas Corpus 4
9.6. Perisytiharan ( Declaration )

10.0 OMBUDSMAN

11.1 Pengenalan
14. 11.2 Fungsi dan tujuan 4
11.3 Sebab-sebab Ombudsman diperlukan
11.4 Biro Pengaduan Awam
11.5 Implikasi Ombudsman jika di amalkan di Malaysia

PEPERIKSAAN AKHIR 5
15.
RUJUKAN UTAMA :

5
Jain, M.P. (2011). Administrative law of Malaysia and Singapore edited by Dr Damien J. Cremean
(4th ed.). Kuala Lumpur: LexisNexis.

RUJUKAN TAMBAHAN :

Craig, P.P (2008). Administrative law (6th ed.) London: Sweet & Maxwell.

Garner, J.F. & Jones, B.L. (1996). Garner’s administrative law. (8th ed) London: Butterworth.

Hickling, R.H (1997). Malaysia Public Law. Malaysia: Pelanduk Publication.

Wan Azlan Ahmad & Nik Ahmad Kamal Nik Mahmod. (2006). Administrative law in Malaysia.
Petaling Jaya: Thompson Sweet & Maxwell Asia.

Wade, E.C.S & Bradley, A.W. (1993). Constitutional & administrative law. London: Longman.

6
PENILAIAN KURSUS (TAKE HOME)

Penilaian akan dilakukan berdasarkan tugasan, penilaian pertengahan semester, kuiz dan penilaian akhir
semester. Ketiga-tiga komponen ini akan diterangkan dengan lebih lanjut dalam bahagian seterusnya. Agihan
markah adalah seperti berikut:

Tugasan 20%
Peperiksaan pertengahan semester 20%
Kuiz 10%
Kuiz 10%
Tugasan Akhir 40%
.........
Jumlah 100%
..........
TUGASAN
Tugasan membawa 20% daripada markah keseluruhan. Tugasan hendaklah mengikut format yang diedarkan
bersama dengan soalan tugasan. Tugasan mestilah dihantar kepada pensyarah secara online kepada pensyarah
pada tarikh pertemuan bersemuka kali keempat pada 15 Januari 2022.

Tugasan yang lewat dihantar dari tarikh yang ditetapkan AKAN DIPOTONG MARKAH.

Soalan Tugasan:
Pilih mana-mana SATU (1) soalan berikut:

SOALAN SATU:

Huraikan SATU (1) tribunal di bawah berkaitan fungsi, bidang kuasa, prosedur dan limitasi. Sediakan
jawapan anda dengan merujuk isu-isu berkaitan semasa dan selepas pandemik COVID-19. Sokong
jawapan anda dengan peruntukan undang-undang dan kes-kes yang diputuskan sekiranya ada:

1. Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM)


2. Tribunal Tuntutan Pembeli Rumah
3. Tribunal Koperasi
4. Tribunal Hak Cipta
5. Tribunal Rayuan Kastam
6. Tribunal Perumahan dan Pengurusan Strata

SOALAN DUA:

Huraikan SATU (1) mahkamah yang mempunyai kaitan undang-undang pentabdbiran di bawah
berkaitan fungsi, bidang kuasa, prosedur dan limitasi. Sediakan jawapan anda dengan merujuk isu-isu
berkaitan semasa dan selepas pandemik COVID-19. Sokong jawapan anda dengan peruntukan
undang-undang dan kes-kes yang diputuskan sekiranya ada:

7. Mahkamah Persekutuan
8. Mahkamah Rayuan
9. Mahkamah Tinggi

7
10. Mahkamah Perindustrian
11. Mahkamah Buruh

SOALAN TIGA:

Huraikan SATU (1) Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkaitan undang-undang subsidiari/undang-
undang kecil, fungsi, bidang kuasa, prosedur dan limitasi. Sediakan jawapan anda dengan merujuk
isu-isu berkaitan semasa dan selepas pandemik COVID-19. Sokong jawapan anda dengan peruntukan
undang-undang dan kes-kes yang diputuskan sekiranya ada:

12. Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) (Sila Pilih Negeri)

SOALAN EMPAT:

Huraikan SATU (1) perbandingan antara Biro Pengaduan Awam (BPA) di Malaysia dan obudsman
negara-negara di bawah berkaitan fungsi, bidang kuasa, prosedur dan limitasi. Sediakan jawapan anda
dengan merujuk isu-isu berkaitan semasa dan selepas pandemik COVID-19. Sokong jawapan anda
dengan peruntukan undang-undang dan kes-kes yang diputuskan sekiranya ada:

13. Obudsman New Zealand


14. Obudsman Australia
15. Obudsman Kanada
16. Obudsman Indonesia
17. Obudsman Thailand
18. Obudsman Filipina
19. Obudsman Ireland
20. Obudsman Hong Kong

Panduan:

1. Panjang esei tidak melebihi 10 muka surat.


2. Format penulisan akademik (APA system) sangat dititikberatkan dan boleh menjejaskan
markah sekiranya diambil mudah oleh pelajar.
3. Penyediaan Tugasan adalah sekitar 4000 patah perkataan, tidak termasuk rajah dan
sebagainya. Pelajar HENDAKLAH menyatakan jumlah perkataan pada akhir tugasan
(selepas Kesimpulan).
4. Penilaian adalah berpandukan kepada rubrik penilaian (assessment rubric) yang dilampirkan
di halaman 16.
5. Sila SERTAKAN bersama rubrik penilaian pada akhir tugasan sebagai lampiran.

8
PENILAIAN PERTENGAHAN SEMESTER
Penilaian Pertengahan Semester akan diadakan SECARA ONLINE pada PERTEMUAN KETIGA (18
Disember 2021) yang merangkumi Bab 1 hingga Bab 5. Masa yang diberi ialah 48 jam. Format soalan akan
dimaklumkan kemudian. Penilaian adalah berpandukan kepada rubrik penilaian (assessment rubric) yang
dilampirkan di halaman 16. Sila SERTAKAN bersama rubrik penilaian pada akhir tugasan sebagai lampiran.

KUIZ
Kuiz akan diadakan pada PERTEMUAN KEDUA (27 November 2021) dan PERTEMUAN KEEMPAT
(15 Januari 2022). Ia menyumbang sebanyak 20% daripada markah keseluruhan. Masa yang diperuntukkan
ialah 30 minit. Skop soalan akan dimaklumkan oleh pensyarah di dalam kuliah.

PENILAIAN AKHIR SEMESTER


Penilaian akhir akan diadakan SECARA ONLINE pada PERTEMUAN KELIMA (8 hingga 15 Februari
2022). Penilaian ini merangkumi dari Bab 6 hingga Bab 10. Masa yang diperuntukkan ialah 48 jam. Pelajar
dikehendaki menjawab semua soalan yang dikemukakan. Soalan dikemukakan dalam bentuk Struktur (20
markah) dan Permasalahan (20 markah). Markah dinyatakan di akhir setiap soalan untuk dijadikan panduan
mengenai masa yang sewajarnya diperuntukkan untuk menjawab soalan tersebut dan panjangnya huraian
jawapan yang perlu diberikan oleh pelajar. Penilaian soalan struktur adalah berpandukan kepada rubrik
penilaian (assessment rubric) yang dilampirkan di halaman 16. Sila SERTAKAN bersama rubrik penilaian
pada akhir tugasan sebagai lampiran. Manakala penilaian soalan permasalahan bersandarkan kepada skema
pemarkahan.

PENTING:

FORMAT MENJAWAB SOALAN BERBENTUK PERMASALAHAN/ESEI

1. Senaraikan semua isu yang wujud dalam soalan tersebut.


Isu adalah persoalan yang wujud dalam soalan atau permasalahan yang diberi. Justeru itu, isu
adalah persoalan yang akan bermula dengan perkataan seperti sama ada, adakah atau
bolehkah dan berbagai bentuk pertanyaan lagi. Isu juga mesti disenaraikan secara teratur
mengikut urutan persoalan yang timbul.

Contoh isu: Adakah wujud unsur mala fide semasa si ‘A’ membuat keputusan?

2. Huraian:-
(a) Isu pertama :
(i) Berikan penjelasan atau definisi/maksud tertentu bagi sesuatu perkataan, ayat dan
sebagainya seperti yang anda pelajari yang ada kaitan dengan isu pertama.
(ii) Huraikan jawapan anda dengan berpandukan peruntukan seksyen (sekiranya ada),
prinsip undang-undang dan kes sokongan yang sesuai.

Contoh: Nama kes:


Fakta kes:
Keputusan mahkamah:
(iii) Aplikasi atau penyelesaian bagi isu pertama.
Aplikasi adalah perkara paling penting yang perlu diterangkan
kerana ia merupakan penyelesaian kepada setiap isu di dalam soalan.

9
Sekiranya ia tidak dinyatakan, maka soalan akan tergantung tanpa
adanya jawapan.
(b) Isu kedua dan isu seterusnya:
* perlu dijawab mengikut contoh susunan yang diberi seperti di dalam huraian isu pertama
di atas.*

3. Kesimpulan
Akhir sekali, kesimpulan perlu dinyatakan di mana ke semua aplikasi bagi setiap isu yang
dibincangkan sebelumnya hendaklah dinyatakan sekali lagi.

10
Jadual Kuliah, Hantar Tugasan, Peperiksaan Pertengahan Semester, kuiz dan Peperiksaan
Akhir

Tarikh / Pusat Waktu Perkara / topik Jam


Pertemuan 1
 Pengenalan (pengenalan
23/10/2021 keseluruhan kursus) 30 minit
8.00 am – 12.00pm
UUM  Perbincangan tugasan 3 jam 30 minit
 Pelajaran 1, 2, dan 3

Pertemuan 2
 Pelajaran 4, 5, dan 6 3 jam 30 minit
27/11/2021
8.00 am – 12.00pm  Perbincangan tugasan
UUM
 Kuiz – (10 markah) 48 jam

Pertemuan 3
 Pelajaran 7 dan 8
18/12/2021
8.00 am – 12.00pm  Peperiksaan Pertengahan
UUM 48 Jam
Semester (Pelajaran 1-5 ) :
(20 markah)
Pertemuan 4

 Pelajaran 9 dan 10
3 jam 30 minit
15/01/2022  Kuiz – (10 markah)
8.00 am – 12.00pm
UUM  Perbincangan /ulangkaji untuk 48 Jam
peperiksaan akhir
Penghantaran Tugasan

PEPERIKSAAN AKHIR
Meliputi Pelajaran 6 – 10
8/2/2022-15/02/2022 Format :
UUM Struktur ( 20 markah)
3 jam
Permasalahan (20 markah)

 TARIKH PEPERIKSAAN AKHIR AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN.


 JADUAL ADALAH TERTAKLUK KEPADA PERUBAHAN.

11
PANDUAN BELAJAR
Kursus GLUL3113 Undang-undang Pentadbiran merupakan satu bidang ilmu yang berkaitan dengan
undang-undang dalam sistem pemerintahan dan pentadbiran negara. Ia memberi penjelasan tentang
aspek undang-undang Pentadbiran dengan merujuk kepada pengamalan konsep undang-undang yang
betul di Malaysia dan juga di negara-negara luar seperti di Barat . Kursus ini juga diharap dapat
memberi pendedahan tentang betapa pentingnya untuk kita mengetahui perlaksanaan sistem
pentadbiran dari aspek undang-undang dalam menjamin kelancaran pentadbiran serta keadilan
diamalkan dalam sesebuah negara.

Sistem pendidikan jarak jauh menagih usaha dan komitmen tinggi pelajar terhadap program yang
diikuti. Berbeza dengan pelajar sepenuh masa, anda hanya mendapat bimbingan yang minimum
daripada tenaga pengajar. Semuanya bergantung kepada diri anda sendiri. Sebagai panduan, buat
permulaan anda perlu meneliti objektif kursus ini agar anda mendapat gambaran secara kasar apa
yang bakal anda peroleh pada akhir semester nanti. Apabila memulakan sesuatu bab, pastikan anda
membaca objektif bab berkenaan dan setelah selesai bab tersebut, lihat semula objektif berkenaan
untuk menilai sendiri sama ada anda berjaya memenuhi objektif tersebut atau sebaliknya. Jika anda
belum berpuas hati, cuba lagi dengan lebih tekun sehingga anda merasa tahap kefahaman anda
meningkat.

Selain daripada modul ini, anda juga dinasihatkan supaya membaca rujukan tambahan dan mengikuti
perkembangan semasa bagi membolehkan anda membincangkan konsep-konsep asas,prosedur dan
doktrin-doktrin penting yang akan anda pelajari dari kursus ini. Walaupun anda mungkin mengalami
kesukaran pada permulaan, pendedahan sebegini berupaya membolehkan anda mengaitkan konsep
dan peruntukan yang sedia ada dalam Undang-undang Pentadbiran dengan perkembangan semasa
yang berlaku dalam sistem pentadbiran dan perundangan negara kita.

Modul ini juga mengandungi latihan dalam bentuk Soalan Dalam Teks (SDT) dan Soalan Penilaian
Kendiri (SPK). SDT merupakan soalan yang dikemukakan selepas bahagian tertentu dalam bab bagi
menguji kefahaman anda terhadap bahagian berkenaan. SPK pula terdapat di akhir setiap bab untuk
menilai kefahaman anda terhadap keseluruhan bab. Walaupun cadangan jawapan kepada SDT dan
SPK disediakan, anda dinasihatkan mencuba dahulu soalan-soalan yang dikemukakan sebelum
melihat cadangan jawapan ini.

Anda juga boleh mendapatkan latihan serta pendedahan yang lebih luas daripada buku teks rujukan
yang disenaraikan. Pembacaan yang banyak serta pendedahan kepada pelbagai soalan akan
meningkatkan lagi kemahiran anda untuk lebih memahami penggunaan dan aplikasi setiap pelajaran
dan doktrin-doktrin yang wujud dalam Undang-undang Pentadbiran. Bagaimanapun, semua ini
terpulang kepada pelajar sendiri. Pelajar yang mempunyai inisiatif dan berusaha dengan tekun sudah
pasti akan mendapat kejayaan yang lebih baik

12
PANDUAN DAN ARAHAN PENYEDIAAN TUGASAN
GLUL 3113 UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN
1. Anda akan diberi soalan tugasan pada pertemuan pertama. Tugasan ini perlu menjawab mana-
mana SATU soalan sahaja dan hendaklah dijawab dengan format yang akan diterangkan di
bawah.

2. Jawapan anda hendaklah bertaip menggunakan kertas berukuran A4. Tugasan anda perlu jelas dan
mudah dibaca oleh penilai.

3. Untuk keseragaman, lekatkan mukasurat hadapan tugasan (seperti Lampiran A) kepada jawapan
anda. Isikan ruang yang releven bagi muka surat hadapan.

4. Setiap helai kertas jawapan perlu mempunyai kod dan nama kursus sebagai header di sebelah
kanan dan nombor matrik anda sebagai footer di sebelah kanan. Ini adalah untuk menjamin
keselamatan andainya terdapat muka surat dari kertas jawapan anda yang tercerai.

5. Jawapan bagi soalan tugasan hendaklah ditaip tidak lebih 10 mukasurat. Pelajar perlu merujuk
kepada kes-kes sokongan, prinsip-prinsip undang-undang dan juga peruntukan dalam akta - akta
yang berkaitan yang menjadi rujukan dalam huraian yang dibuat.

6. Setiap tugasan perlu dikepilkan SATU (1) kes yang sebenar dan TIGA (3) buku rujukan sebagai
sisipan (apendiks) di belakang tugasan.

7. Tugasan mestilah diserahkan kepada pensyarah melalui Online Learning pada pertemuan
KEEMPAT.

8. Tugasan yang lewat dihantar dari tarikh yang ditetapkan AKAN DIPOTONG MARKAH.

9. Setiap pelajar perlu menyempurnakan satu tugasan secara individu. Soalan tugasan akan diberikan
pada pertemuan pertama.

10. Tugasan yang disediakan perlu jelas dan mudah dibaca oleh pensyarah. Tugasan berunsur
PLAGIAT TIDAK DAPAT DITERIMA.

11. Penilaian dilakukan berdasarkan jawapan atau penerangan yang dikemukakan mengikut skema
pemarkahan dan rubrik penilaian.

12. Tugasan perlu dijilid menggunakan DAWAI KOKOT dan PELEKAT BERWARNA HITAM
di sudut kiri. Diingatkan, bahawa kulit depan tugasan adalah berwarna putih iaitu kertas A4 biasa
(sila lihat Lampiran A).

13. Jenis huruf untuk kulit depan tugasan yang dibenarkan ialah Arial atau Times New Roman
dengan saiz huruf 16 point. Format kulit depan tugasan perlu mengandungi:

 PACE dan universiti,

 nama dan kod kursus,

13
 nama pensyarah,

 nama dan nombor matrik pelajar, dan

 tarikh serahan

14. Format penulisan adalah seperti berikut:

 Jenis huruf adalah Times New Roman.

 Saiz huruf ialah 12 point dengan 11/2 langkau baris.

 Nombor halaman diletakkan di sudut bawah dan di tengah.

 Tidak menggunakan header untuk menulis kod dan kursus atau topik kajian.

 Sumber yang dipetik mesti disebut atau dikodkan

Contoh

Micheal et al. (2000) membuktikan ......

Penulisan yang tiada citation dianggap sebagai esei plagiat.

Penulisan nama pengarang dalam rujukan dan bibliografi


Contoh
Ronald Brown jadi R. Brown ditulis Brown, R.
John Fitzgerald Kennedy jadi J.F. Kennedy ditulis Kennedy, J.F.
Gerald M. Cohen jadi G.M. Cohen ditulis Cohen, G.M.
K.Ramanathan ditulis Ramanathan, K.
Nama Melayu dan Cina ditulis lengkap termasuk contoh berikut:
Zakaria M.B. ditulis Zakaria M.B.
Cheah S.H. ditulis Cheah S.H.
Kecuali jika parap berada di depan contoh:
H.M. Dahlan ditulis Dahlan, H.M
S.K. Cheong ditulis Cheong, S.K.
 Penulisan nama pengarang yang dipetik dalam esei hanya dituliskan nama tanpa parap
serta tahun
Contoh
Brown (1980) betul jika ditulis Brown, R (1980) salah atau
(Brown 1980) betul jika ditulis (Brown,R 1980) salah
 Penggunaan et al. dalam esei dibenarkan bagi penulis melebihi 3 orang
Contoh
Brown, et al. (1980) menegaskan bahawa ..........
Walau bagaimanapun, dalam rujukan penulis seperti contoh di atas ditulis lengkap.
Contoh

14
Brown, R., Stephene, J.M., John, B.J. & Junior, L.G. (1980). Topology: a geometric
account of general topology, homotopy types and the fundamental groupoid. New York: The Free
Press.
 Rujukan perlu disusun mengikut abjad. Rujukan di bawah terdiri daripada pelbagai sumber
dan pelajar sangat digalakkan untuk merujuk contoh format di bawah.
Akta Acara Kewangan. (2004). Ed. Ke-24. Kuala Lumpur: MDC Publishers Sdn. Bhd.

Brown, R. (1980). Topology: a geometric account of general topology, homotopy types and the
fundamental groupoid. New York: The Free Press.

Corcoran, K., Cooper, F.L. & Fischer, J. (1987). Measures for clinical practice: a source book.
London: McMillan.

Dahlan Mohamad Zin. (2000). Pengenalan pelaburan korporat. Ed. ke-2. Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan. (2002). Ed. Ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Muhamad Majid. (1992). Trend pertumbuhan penduduk: implikasi dan cabaran. Kertas Kerja
Persidangan Kependudukan Abad Ke-21. Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, 10-11 Disember.

Noraini Jidin, Shamsul Sani & Kamariah Majid. (1989). Aspek ekonomi masyarakat Cina. Jurnal
Ekonomi Malaysia 18: 3-25.

Omar Kamarudin & Kaniappan, P. (1986). Duality in a convex vector optimization problem. Sains
Malaysiana 17 (4): 431-451.

Rahman Arof & Faesal Oteman. (1992). Kemeriahan perayaan di Malaysia. Utusan Malaysia, 30
Oktober: 5.

Utusan Malaysia. (2000). Masjid jadi medan latihan pelampau. 23 Januari: 11.

Zarif Hanafi. (2005). Pusat Zakat Alor Star, Kedah. Temu bual, 12 Februari.

15
Rubrik Penilaian (ASSESSMENT RUBRIC)
Attribute Sub Definition Weak Fair Good Very Good Marks Weightage
attribute (0-2) (3-5) (6-8) (9-10) /10
Clear Delivery of Able to Able to Able to Able to
delivery of clear and deliver ideas deliver deliver deliver
ideas defined and require ideas fairly ideas ideas with
ideas which further clearly and clearly great clarity
can be well improve- require
ments minor
improve-
Verbal
ments
Communi-
Understand Able to Able to Able to Able to Able to
cation
and respond understand understand under-stand respond to fully
to questions and respond and answer and answer questions understand
to questions but questions well and respond
questions. not able to satisfac- to questions
accurately torily very well
answer the
question
TOTAL

Attribute Sub Definition Weak Fair Good Very Good Marks Weightage
attribute (0-2) (3-5) (6-8) (9-10) /10
Clearly Writing an Able to Able to Able to Able to
written academic write ideas write ideas write write
academic discourse that with limited fairly ideas ideas with
discourse fulfills the clarity clearly clearly excellent
grammar and require but require clarity
rules and can further minor
deliver improve- improve-
the correct ments ments
meaning.
Written
Systemati- Writing an Able to Able to Able to Excellent
Communi-
cally academic write ideas write ideas write ability to
cation
written discourse with limited fairly ideas write
academic which has an system systematica systema- ideas
discourse approach or and require lly tically systemati-
flow or further but require cally
systematic improve- minor
arrangement ments improve-
that is clear ments
and easy to
comprehend.
TOTAL

16
Lampiran A

Contoh Format Kulit Hadapan Tugasan

UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS


PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL DAN LANJUTAN (PACE)
UNIVERSITI UTARA MALAYSIA

GLUL3113
UNDANG-UNDANG PENTADBIRAN

DISEDIAKAN UNTUK
(nama pensyarah)

DISEDIAKAN OLEH
(nama pelajar)
(no matrik)

TARIKH
(tarikh hantar tugasan)

17

Anda mungkin juga menyukai