Anda di halaman 1dari 8

PENGENALAN

Pengurusan tatatertib di dalam Perkhidmatan Awam sangat penting bagi melahirkan


penjawat awam yang berdisiplin, bermotivasi dan mengamalkan nilai-nilai murni dalam
kehidupan. Ia juga dapat menjaga nama baik dan imej kerajaan dan Perkhidmatan Awam
secara umumnya. Jadi, mana-mana penjawat awam yang melanggar peraturan perlu
dikenakan tindakan undang-undang. Selain itu, semua pihak yang bertanggungjawab dalam
menguruskan sesuatu perbicaraan tatatertib haruslah mengendalikannya dengan adil dan
saksama. Ini penting kerana tindakan dan keputusan yang dibuat boleh menjejaskan hak
seseorang itu atau harta bendanya seperti segala faedah serta hak pencennya, gratuity,
perubatan dan ganjaran curi terkumpul. Dalam proses unutk berlaku adil dan saksama ini,
pihak yang bertanggungjawab menguruskan tataterttib bukan sahaja perlu mematuhi
prosedur-prosedur yang telah ditetapkan, malahan mereka juga perlu mematuhi prinsip
keadilan asasi. Konsep keadilan asasi ini pelu mematuhi dua prinsip utama iaitu prinsip audi
alteram partem dan prinsip tidak berat sebelah (bias).

Prinsip audi alteram partem ini memberi peluag kepada orang yang dituduh untuk
membela diri. Pihak yang tertuduh juga perlu betul-betul bersedia untuk membuat pembelaan
dengan memberi peluang untuk membela diri dengan sempurna dan mencukupi. Terdapat
juga elemen-elemen di bawah prinsip ini iaitu:

1- Dakwaan harus diberikan kepada tertuduh sebelun perbicaraan


2- Masa yang mencukupi harus diberikan kepada tertuduh untuk menyatakan jawapan
atau hujah terhadap kesnya.
3- Hak untuk mendapatkan data-data atau keterangan semasa membuat keputusan.
4- Hak menyoal saksi.
5- Hak untuk mewakilkan peguam
6- Hak untuk mengetahui keputusan
7- Hak untuk merayu

Seterusnya, prinsip kedua dalah prinsip tidak berat sebelah (bias). Ini bermaksud,
seseroang yang mempunyai kepentingan di dalam kes itu tidak boleh mengadili kes tersebut.
Ini bertujuan supaya kes tersebut tidak hanya berada di sebelah pihak sahaja dan diadili
dengan adil dan saksama.

Berdasarkan kes Aman, dia merupakan seorang penjawat awam dan telah dihapakan
kepada Lembaga Tatatertib Jabatan kerana dituduh menerima rasuah dan menyalahgunakan
wang kerajaan. Aman telah diberi notis untuk hadir bagi membela kesnya tetapi dia tidak
mempunyai masa yang mencukupi. Dengan itu, Aman memohon agar perbicaraan ini
ditangguhkan tetapi permohonannya ditolak.

Isu Pertama: Adakan Pemberian Notis Sebelum Perbicaraan Terhadap Aman


Melanggar Prinsip Keadilan Asasi?

Walaupun notis dan arahan yang lengkap kepada Aman telah diberikan, tetapi jika pebicaraan
yang dikendalikan tidak adil dan saksama maka pihak berkuasa dikira masih dikatakan
melanggar Prinsip-Prinsip Keadilan Asasi. Situasi ini lebih menyukarkan pihak Lembaga
Tatatertib, atau mana-mana pihak yang berkepentingan untuk memahami maksud dan
mengaplikasikannya kerana tiada skop yang tepat diberikan. Ia nya akan bertambah sukar
apabila pihak berkuasa itu tidak mempunyai latar belakang undang-undang. Justeru wujud
pelbagai interpretasi yang diberikan oleh mahkamah dalam menentukan skop dan tafsiran
maksud ayat di atas sebagai contoh timbul isu adakah memadai pembelaan dibuat secara
bertulis dan menafi kan perbicaraa secara lisan serta isu untuk diwakili oleh peguam.

Dalam kes [ CITATION Urb40 \l 17417 ] menyatakan

“Pihak berkuasa mesti memberi notis kepada orang berkenaan bagi memaklumkan mereka
sama ada mereka bercadang menimbangkam perkara tersebut dengan maksud mencapai satu
keputusan atau jika mereka telah mencapai satu keputusan dan bercadang untuk mengikut
keputusan itu dan memberi dia satu peluang menunjukkan sebab kenapa tindakan tidak boleh
diambil ke atasnya.”

Sekiranya notis dan arahan yang diberikan tidak lengkap atau tidak sempurna, Aman boleh
membuat dakwaan menyatakan pihak berkuasa telah bertindak melanggar keadilan asasi.

Tujuan pemberian notis dan arahan ini adalah:

(a) Supaya tertuduh tahu kesnya dengan jelas

Melalui kes [ CITATION Sur62 \l 17417 ] menyatakan

“Tertuduh akan mengetahui tindakan yang akan dikenakan keatasnya jika hak untuk didengar
lebih bermakna”

(b) Supaya ada masa yang munasabah untuk membuat pembelaan terhadap tertuduh
[ CITATION Coo63 \l 17417 ] , telah mewajibkan seseorang yang ingin mendirikan rumah di
London supaya memberikan notis dalam tempoh tujuh hari kepada pihak berkuasa tempatan
sebelum mendirikan rumah tersebut. Walaubagaimanapun, rumah Cooper telah dirobohkan
oleh pihak penguasa tempatan kerana Cooper telah mendirikan rumah tanpa memberikan
notis. Pihak penguasa tidak memberikan Cooper hak untuk didengar. Hakim menyatakan
bahawa pihak berkuasa tempatan dalam kes ini lebih terdedah kepada penyalahgunaan kuasa,
oleh itu hak untuk didengar perlu diberikan. Mahkamah seterusnya mengatakan hak untuk
didengar perlulah diberikan sekiranya pihak berkuasa melaksanakan kuasa yang melibatkan
harta seseorang, sebelum sebarang tindakan diambil.

Dari kes diatas apabila Aman diberi notis sebelum perbicaraan dapat menjelaskan bahawa
pihak berkuasa telah melanggar keadilan asasi. Aman berhak untuk mengetahui tuduhan yang
dibuat ke atasnya.

Isu Kedua: Adakah Terdapatnya Ketidakadilan Apabila Permohonan Aman Untuk


Menangguhkan Perbicaraan Di Tolak?

Bagaimanakah sesuatu perbicaraan harus dikendalikan bagi menjamin terlaksananya prinsip-


prinsip Keadilan Asasi? Walaupun notis yang lengkap dan sempurna telah diberikan, tetapi
jika sekiranya perbicaraan yang dikendalikan tidak adil maka pihak yang berkuasa masih
dikatakan melanggar prinsip-prinsip Keadilan Asasi.

Lord Morris telah menjelaskan di dalam kes [ CITATION Rid64 \l 17417 ]:

“The essential requirements of natural justice at least include that before some one is
condemned he is to have an opportunity of defending himself.”

Tidak ada prosedur tetap yang perlu diikuti dalam semua kes. Ianya berubah mengikut
keadaan. Akhirnya terpulanglah kepada mahkamah untuk menentukan sama ada prosedur
dalam keadaan tertentu telah menuruti kehendak keadilan asasi atau tidak (M.P. Jain 1997).
Perbicaraan boleh dilakukan sama ada secara bertulis atau lisan, ianya bergantung kepada
keadaan.

Dalam kes Ridge lwn Baldwin mahkamah telah bersepakat mengatakan jika sesuatu kes itu
melibatkan fakta–fakta yang rumit atau perkara teknikal, perbicaraan secara lisan perlu
diberikan.
Dalam kes[ CITATION Pet68 \l 17417 ]. Lesen seorang pelatih anjing telah dibatalkan kerana dia
telah memberikan dadah kepada anjingnya sebelum bermulanya sesuatu perlawanan.
Mahkamah memutuskan bahawa pelatih tersebut perlulah diberikan perbicaraan secara lisan
kerana kes tersebut adalah serius dan boleh menjejaskan reputasi dan pendapatan masa depan
pelatih tersebut. Mahkamah dalam kes ini juga menjelaskan, jika tindakan sesuatu tribunal
boleh melibatkan kehidupan atau reputasi seseorang atau lain-lain perkara yang dianggap
serius, keadilan memerlukan agar perbicaraan secara lisan diberikan.

Dapat dirumuskan bahawa Aman tidak mendapat perbicaraan yang adil apabila
permohonannya untuk menangguhkan kesnya ditolak. Beliau harus diberi peluang untuk
perbicaraan yang adil disebabkan pembelaan beliau ditolak dan notis hanya diberi sebelum
perbicaraan.

Isu Ketiga: Adakah Pentabir Membuat Keputusan Yang Adil Apabila Menolak
Permohonan Aman Untuk Memanggil Saksi-Saksi Yang Penting?

Menurut [ CITATION MPJ97 \l 17417 ] empat perkara berikut boleh dikategorikan sebagai
perbicaraan yang adil atau saksaman:

1. Orang yang mengadili suatu perbicaraan perlu kemukakan semua data-data dan maklumat
serta keterangan yang akan digunakan dalam menentukan keputusan.

Ini membolehkan tertuduh dapat menolak segala dakwaan serta memberikan penerangan
berkenaan sebarang kes yang timbul sebelum pihak yang berkuasa menentukan keputusan.

Dalam kes [ CITATION Sha90 \l 17417 ] pula, seorang pekerja dipecat atas alasan cuai dan
mengabaikan tugasnya di Pejabat Percetakan. Beliau telah menyatakan bahawa
pemecatannya adalah tidak sah dan terbatal melalui rayuannya. Alasan yang telah diberikan
adalah pentadbir telah mengambil kira rekod kelakuan perkhidmatannya yang terdahulu,
sedangkan perkara itu tidak terlebih dahulu dikemukakan kepada tertuduh. Ini menyebabkan
beliau tidak dapat menjelaskan serta menafikan perkara-perkara tersebut. Mahkamah telah
memutuskan bahawa pihak pentadbir tidak memberikan peluang kepada tertuduh
menjelaskan atau menafikan rekod perkhidmatannya yang telah digunakan dalam membuat
keputusan.

2. Pihak berkuasa atau pentadbir perlu menerima dan mendengar segala keterangan yang
dikemukakan oleh tertuduh semasa perbicaraan
Cara ini memberi peluang kepada tertuduh untuk mengemukakan segala keterangan atau
bukti yang secukupnya bagi menafikan dakwaan keatas dirinya. Sekiranya pihak pentadbir
gagal memenuhi perkara di atas, maka beliau dianggap telah melanggar prinsip keadilan
asasi.

Dalam kes[ CITATION Mal78 \l 17417 ] , Mahkamah Perusahaan telah menghalang pihak
syarikat mengemukakan saksi-saksi penting semasa perbicaraan.Pihak syarikat seterusnya
mencabar keputusan Mahkamah Perusahaan atas alasan telah berlaku perlanggaran terhadap
Keadilan asasi. Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa tindakan Mahkamah Perusahaan
yang enggan membenarkan pihak syarikat mengemukakan saksi-saksi penting telah
melanggar keadilan asasi kerana pihak syarikat tidak diberi peluang yang munasabah untuk
menyediakan kesnya.

3. Keterlibatan pihak berkuasa atau pentadbir di dalam kes ini hendaklah memberi peluang
kepada tertuduh untuk menolak segala tuduhan yang dikenakan ke atas dirinya

Jika sesuatu kes itu agak sukar dan merumitkan, maka hak untuk diwakili peguam diwajibkan
bagi menjamin suatu perbicaraan yang adil. Tetapi secara umumnya, hak diwakili peguam ini
bukanlah suatu kemestian dalam perbicaraan berkaitan hal-ehwal pentadbiran.

Dalam kes[ CITATION Mun29 \l 17417 ] , seorang jurutera perunding kilang memohon untuk
diwakili oleh peguam kerana diminta memberi keterangan tentang kemalangan yang berlaku
di kilangnya. Keterangannya mungkin menyebabkan dirinya didakwa di mahkamah.
Walaubagaimanapun, permohonan beliau telah ditolak. Walaupun tidak diperuntukkan di
bawah undang-undang, Mahkamah telah menetapkan bahawa setiap yang ada hak untuk
didengar dan ada hak di bawah Common Law untuk hadir atau didengar melalui agennya.

Dalam kes[ CITATION Fed83 \l 17417 ], Mahkamah Perusahaan telah membenarkan responden
diwakili peguam tetapi melarang perayu dari diwakili oleh mana-mana peguam. Mahkamah
Persekutuan menetapkan bahawa keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Perusahaan itu
melanggar keadilan asasi.

4. Orang yang membuat keputusan perlu mendengar dari kedua-dua belah pihak semasa
perbicaraan

Ia telah dijelaskan di dalam kes [ CITATION Sur621 \l 17417 ] Dalam kes ini mahkamah
memutuskan bahawa seorang hakim atau sesiapa sahaja yang menjadi pengadil, tidak boleh
mendengar keterangan atau menerima wakil dari sebelah pihak sahaja sebelum membuat
keputusan.

Sebagai rumusan adalah jelas pentadbir telah melanggar prinsip keadilan apabila menolak
permohonan Aman untuk memanggil saksi-saksi yang penting. Aman perlu diberi hak untuk
mengemukakan pembelaannya. Hak tersebut telah ditolak oleh Pentadbir.

Aman juga berhak untuk mengetahui apakah alasan pemecatannya. Jelas di dalam kes yang
diputuskan olh Mahkamah di dalam kes[ CITATION Roh89 \l 17417 ], Mahkamah memutuskan
bahawa pentadbir perlu memberi alasan pemecatan tersebut kerana kehidupan tertuduh
terjejas dan dengan memberi alasan, ianya boleh dijadikan garispanduan kepada orang lain
supaya tidak melakukan perkara yang sama.

KESIMPULAN

Keadilan Asasi merupakan satu aspek penting yang wujud dalam sistem Undang-Undang
Pentadbiran di Malaysia. Perkembangan prinsip Keadilan Asasi di Malaysia selari dengan
perkembangan yang wujud di negara-negara Barat khususnya di Britain. Pemakaian Keadilan
Asasi kini lebih luas apabila prinsip ‘legitimateexpectation’ telah diambil kira bagi
membolehkan seseorang individu memohon agar keadilan Asasi digunakan dalam
perbicaraan kes-kes mereka. Kandungan dalam Keadilan Asasi seperti perbicaraan adil dan
pilih kasih (bias) boleh dijadikan garis panduan sekiranya seseorang diberi kuasa untuk
membuat keputusan. Selain dari itu, perkembangan dalam aspek pemberian alasan dalam
membuat keputusan juga tidak harus diambil mudah. Walaupun sekarang ini alasan dalam
membuat keputusan tidak menjadi satu obligasi dalam tindakan pentadbiran, tetapi terdapat
hakim-hakim dalam beberapa kes tertentu mengakui bahawa ia adalah satu amalan yang baik
dalam pentadbiran.

Sebagai kesimpulannya adalah kes ini, jelas Aman telah dinafikan hak nya di atas prinsip
keadilan asasi. Aman berhak untuk mencabar keputusan yang dibuat. Kesan dari
ketidakpatuhan prinsip keadilan asasi ini membolehkan Aman memohon untuk membatalkan
keputusan tersebut.

RUJUKAN

Abdul rahman Isa lwn Public Service Commission, Malaysia, 2 MLJ 240 (1991).
Cooper lwn Wandworth Board of Works, 14 C.B.N.S (180 1863).

Federal Hotel sdn.bhd. lwn National Union of Hotel, Bar & Restaurant Workers, 1 MLJ 175
(1983).

Fraser lwn Mudge, 3 All ER 78 (1975).

Malayawata Steel Bhd. lwn Union Malayawata Steel Workers, 1 MLJ 87 (1978).

MP, Jain. (1997). Administrative Law of Malaysia and Singapore(3rd ed.). Kuala Lumpur:
Nanyang-Vivar Printing Sdn Bhd.

Mr. Fuzek. (19 november, 2017). Undang-undang pentadbiran. Retrieved from


http://sahfulfuzi.blogspot.com/2017/11/undang-pentadbiran-bab-1-4.html

Mundell lwn Mellor, SSLR 152 (1929).

Pett lwn Greyhound Racing Association, 2 ALL E.R 545 (1968).

Ridge v Baldwin, AC 40 (1964).

Rohana bt. Ariffin lwn USM, 1 MLJ 487 (1989).

Surinder Singh Kanda v The Government of the Federation of Malaya, 28 MLJ 169 (1962).

Urban Housing Co. lwn Oxford Council, Ch. 70 (Sir Wilfrid Green M.R 1940).

Akta/ Statut
Perlembagaan Persekutuan Malaysia

Peraturan-Peraturan Pegawai Awam ( Kelakuan dan Tatatertib) 1993.


P.U/(B) 441/2000 - Suratcara Perwakilan Fungsi-Fungsi, Kuasa-Kuasa Tugas-Tugas Dan
Tanggungjawab-Tanggungjawab Tertentu.

https://docs.jpa.gov.my/docs/pelbagai/Surat_Edaran_Prinsip_Perkhidmatan/se23102012.pdf

Anda mungkin juga menyukai