Anda di halaman 1dari 15

PENDAHULUAN

Merujuk kepada seksyen 14 Akta Kontrak 1955, seseorang majikan boleh mengambil tindakan
terhadap pekerjanya jika mereka melakukan salahlaku yang berlawanan dengan pematuhan
syarat-syarat perkhidmatan yang nyata atau tersirat selepas siasatan dilakukan. Antara tindakan
yang dapat diambil oleh majikan ialah memecat pekerja tanpa notis, menurunkan pangkat
pekerja atau mengenakan apa-apa hukuman ringan lain yang adil dan patut.

Majikan juga boleh mengantung pekerjanya jika kehadiran mereka dapat menganggu
siasatan yang akan dijalankan. Jika hukuman penggantungan tanpa gaji dikenakan, hukuman
tersebut tidak boleh lebih dari seminggu. Namun, hukuman tersebut masih boleh dijalankan
selama tidak lebih dari dua minggu tetapi perlu membayar tidak kurang dari setengah upah
pekerja tersebut dalam tempoh hukuman dijalankan jika siasatan tidak menunjukkan apa-apa
salahlaku oleh pekerja yang berkaitan.

Terdapat dua jenis salah laku iatu salah aku kecil dan salah laku besar. Salahlaku kecil
merujuk kepada ketidakcekapan, datang lewat, melanggar etika dan kod pakaian, salah guna
harta syarikat, berbual-bual kosong semasa waktu kerja dan tidak mengikuti prosedur
keselamatan dalam mengendalikan peralatan kerja. Hukuman yang boleh dijalankan atas
salahlaku kecil ialah dengan memberi amaran.

Salahlaku besar pula melibatkan pekerja yang dengan sengaja melanggar kod syarikat,
tingkah laku agresif, tidur semasa kerja, pengambilan alkohol, berjudi atau mengganggu orang
lain, mengambil dadah, mensabotaj syarikat dan tidak hadir bekerja tanpa sebab yang sah.
Hukuman yang boleh dikenakan ke atas salahlaku besar ialah pemecatan tanpa notis, diturunkan
pangkat dan hukuman lain yang adil.

Majikan perlu membuat siasatan dalaman terlebih dahulu sebelum menghukum


pekerjanya yang dituduh melakukan kesalahan. Siasatan perlulah dibuat oleh pegawai yang lebih
tinggi, tidak ada apa-apa kepentingan dalam siasatan tersebut dan tidak pernah mendengar
khabar angin mengenai kes tersebut. Hal ini kerana dikhuatiri pegawai tersebut akan melakukan
siasatan secara tidak adil apabila terpengaruh oleh kepentingan atau khabar angin tersebut.
Majikan boleh menggantung pekerja yang terlibat jika kehadirannya di tempat kerja dipercayai
akan menganggu siasatan yang dilakukan.

Majikan dibenarkan menggantung pekerja tidak lebih dari dua minggu. Setelah siasatan
selesai dijalankan dan pekerja tersebut didapati bersalah, majikan boleh mengenakan tindakan
yang sepatutnya kepada pekerja tersebut seperti pemecatan tanpa notis dan menurunkan pangkat.
Namun begitu, majikan perlu membayar upah penuh dalam tempoh pekerja tersebut digantung
kerja jika siasatan mendapati dia tidak bersalah atas tuduhan tersebut.

Proses siasatan dalaman yang dilakukan mestilah mematuhi prinsip Audi Alteram Partem
dan prinsip Nemo Judex. Prinsip Audi Alteram Partem membenarkan pekerja yang terlibat diberi
peluang yang mencukupi semasa perbicaraan dilakukan manakala prinsip Nemo Judex
menetapkan bahawa orang yang mengadili hukuman tidak boleh berat sebelah atau tidak adil.
Pekerja yang terlibat boleh mendakwa majikan tidak membuat siasatan, membuat siasatan yang
salah atau siasatan yang dijalankan tidak mengikut prinsip-prinsip tersebut.

2
PRINSIP AUDI ALTERAM PARTEM

Prinsip audi alteram partem bermaksud memberi peluang kepada orang yang dituduh untuk
membela diri. Peluang untuk membela diri ini harus diberikan dengan sempurna dan mencukupi
bagi memberi peluang pihak yang didakwa betul-betul bersedia untuk membuat pembelaan
terhadap tuduhan yang dikenakan[ CITATION Hus94 \l 1028 ]. Terdapat enam prinsip utama yang
menjadi asas kepada prinsip audi alteram partem iaitu:

1. Kertas pertuduhan hendaklah diserahkan.


2. Yang dituduh diberi peluang untuk mempertahankan kes.
3. Hak rayuan untuk meringankan hukuman.
4. Hak untuk diberitahu keputusan.
5. Hak supaya yang dituduh tidak dihukum dua kali.
6. Hak untuk merayu.

Prinsip yang pertama ialah kertas pertuduhan hendaklah diserahkan. Pihak majikan
hendaklah menyerahkan satu notis pertuduhan yang menghuraikan kesalahan yang dilakukan
oleh pekerja. Kegagalan pihak majikan untuk menyerahkan notis kertas pertuduhan boleh
menyebabkan yang tertuduh terlepas dari kesalahan yang dilakukannya. Tambahan pula, notis
tersebut perlulah dirangka dengan lengkap dan terperinci. Kertas pertuduhan tersebut mestilah
mempunyai maklumat yang lengkap mengenai kesalahan yang dilakukan oleh pekerja seperti
masa, tarikh, tempat kesalahan, terhadap siapa kesalahan itu dilakukan dan pihak lain yang
terlibat sama.

Pada masa yang sama, tertuduh juga diberi hak untuk mempunyai saksi. Saksi yang
dibawa akan menolong dalam kes yang dibicarakan. Berdasarkan kes Car Seat (M) Sdn. Bhd. V
Mohd Mokhtar bin Mohd Kepol, kes tersebut tidak dapat dibicarakan di mahkamah kerana
mahkamah memutuskan bahawa satu notis yang munasabah mengenai pertuduhan tidak
diberikan. Oleh itu, kertas pertuduhan amat penting kerana adanya kertas pertuduhan tersebut
mahkamah boleh membicarakan kes tanpa timbul sebarang permasalah yang lain.

Prinsip audi alteram partem yang kedua ialah yang tertuduh perlulah diberi peluang untuk
untuk mempertahankan kes. Dalam siasatan domestik, pekerja yang dituduh mestilah diberi

3
peluang dan masa yang secukupnya untuk mempertahankan kes. Walaupun yang tertuduh
hampir terbukti bersalah, tertuduh juga diberi hak untuk mempertahankan kes dan diberi masa
yang secukupnya. Pada masa yang sama, pekerja yang dituduh tersebut boleh mendapatkan
khidmat peguam bagi membela dirinya di mahkamah. Peguam diberi peranan untuk membela
pekerja dengan menyediakan bukti-bukti yang kukuh untuk menyokong kes yang dihadapi oleh
petuduh. Dalam erti kata lain, peguam tersebut akan berpihak kepada anak guamnya dan cuba
untuk menyelesaikan kes dengan sebaik mungkin. Pekerja juga diberi peluang untuk menyoal
saksi-saksinya dan juga majikannya sepanjang kes itu dibicarakan. Peluang yang diberikan ini
juga membuktikan bahawa yang tertuduh juga berhak untuk membela dirinya.

Prinsip audi alteram partem yang ketiga ialah hak untuk diringankan keputusan. Setelah
siasatan dan peluang untuk membela diri telah diberikan kepada pekerja yang tertuduh, pekerja
juga hendaklah diberi hak untuk merayu. Hak untuk merayu ini bermakna tertuduh boleh merayu
dengan mahkamah supaya hukuman boleh diringankan sebelum mahkamah membuat keputusan
untuk menjatuhkan hukuman terhadap yang tertuduh. Hak ini diberikan kepada tertuduh supaya
mahkamah boleh meringankan keputusan yang dijatuhkan.

Prinsip audi alteram partem yang keempat ialah yang tertuduh perlu diberi hak untuk
diberitahu keputusan oleh mahkamah. Setelah satu keputusan terhadap siasatan domestik telah
dibuat, pihak majikan atau panel tatatertib hendaklah memberitahu pekerja yang dituduh tentang
hukuman yang telah dijatuhkan ke atasnya dan juga alasan-alasan mengapa tertuduh perlu
menjalani hukuman tersebut. Alasan-alasan yang dikemukakan terhadap yang tertuduh akan
membantu tertuduh sama ada ingin membuat rayuan terhadap hukuman yang dijatuhkan ke
atasnya. Oleh itu, jelas bahawa apa-apa keputusan yang dijatuhkan terhadap yang tertuduh
mestilah diberitahu tentang hukumannya serta mengapa hukuman itu dijalankan ke atasnya. Ini
sesuai dengan prinsip audi alteram partem yang keempat iaitu tertuduh perlu diberi hak untuk
diberitahu keputusan atau hukuman yang dijatuhkan ke atasnya.

Prinsip audi alteram partem yang kelima ialah yang tertuduh perlu diberi hak supaya
tidak dihukum dua kali. Berdasarkan Perkara 7(2) Perlembagaan Persekutuan, ia menyebut
bahawa dilarang seseorang yang dibebaskan atau disabitkan dengan kesalahan yang dibicarakan
semula untuk kesalahan yang sama. Sebagai contoh, A telah dilepaskan ke atas pertuduhan,
namun begitu mahkamah menjatuhkan hukaman yang sama terhadap A. Perkara ini salah di sisi

4
undang-undang kerana menurut prinsip audi alteram partem, tertuduh perlu diberi hak supaya
tidak dihukum dua kali ke atas kesalahan yang sama. Prinsip yang sebelum ini juga menjelaskan
bahawa tertuduh boleh merayu untuk diringankan hukuman ke atasnya. Ini menunjukkan bahawa
prinsip audi alteram partem banyak memberi peluang kepada pekerja yang dituduh untuk untuk
membela diri beliau.

Akhir sekali, prinsip audi alteram partem yang terakhir ialah yang tertuduh diberi hak
untuk membuat rayuan. Pekerja yang tidak berpuas hati tentang hukuman yang dijatuhkan,
mereka mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan yang dibuat oleh panel
siasatan domestik. Rayuan tersebut boleh dibuat di peringkat Mahkamh Persekutuan atau
mahkamah yang lebih tinggi bidang kuasanya. Jelas menunjukkan bahawa jika majikan tidak
mematuhi prinsip keadilan asasi sewaktu mengadakan siasatan domestik, siasatan yang dibuat
boleh dianggap tidak sah di sisi undang-undang. Nyatalah bahawa prinsip audi alteram partem
ini banyak memberi peluang kepada yang dituduh untuk membela diri mereka di pihak
pengadilan.

PRINSIP NEMO JUDEX IN CAUSA POTEST

Keadilan alam semulajadi adalah konsep undang-undang umum dan mewakili prinsip-prinsip
prosedur yang lebih tinggi yang dibangunkan oleh mahkamah, yang mana setiap badan
kehakiman, kuasi, dan pentadbiran harus mengikuti sementara mengambil keputusan yang
mempengaruhi hak-hak individu pribadi. Keadilan semulajadi menyiratkan keadilan,
kesaksamaan dan kesaksamaan. Dalam keadaan kebajikan seperti India, peranan dan bidang
kuasa agensi pentadbiran semakin meningkat pada kadar yang pesat. Konsep Peraturan Undang-
undang akan kehilangan kesahannya jika instrumentalitas Negara tidak dipertanggungjawabkan
dengan kewajipan menjalankan fungsi-fungsi ini secara adil (Analysis of the priniciple: Nemo
Judex In Causa Sua.).

Prinsip Nemo in Causa Potest adalah bererti seseorang yang ada kepentingan dalam
sesuatu kes tidak boleh mengadili kes tersebut. Pihak yang mengadili kes seperti hakim dan
penjawat awam yang mempunyai kuasa budibicara untuk membuat sesuatu keputusan perlulah
bebas daripada membuat keputusan yang berat sebelah dan wujud prasangka. Keadaan terjadi

5
disebabkan pihak-pihak tadi mempunyai kepentingan dan pihak yang mengadili sesuatu kes
mewakili institusi yang menginginkan objektif tertentu atau pertalian tertentu atau sebagainya.

Selain itu, "Hakim dilarang memeriksa, mengadili, dan memutus perkara yang berkaitan
dengan kepentingan dirinya"[ CITATION Hus94 \l 1028 ]. Sebagai contoh, dalam kes Trade Ocean
Exporters Sdn Bhd .V. Prai dan Puan Chee Pek Kian, Penang, mahkamah mendapati bahawa
pengerusi siasatan telah membuat perbincangan dengan Pengurus Besar berkaitan dengan tiga
tuduhan yang dibawa terhadap pekerja itu sebelum bermulanya siasatan dalaman.

Sesuatu keputusan yang dibuat hendaklah bebas daripada berat sebelah dan prasangka.
Berat sebelah dan prasangka mungkin terjadi disebabkan oleh dua faktor iaitu:

(i) kerana pihak-pihak ada kepentingan, atau


(ii) pembuat keputusan (iaitu pihak yang mengadili kes) mewakili institusi yang
menginginkan objektif tertentu ada perhubungan/pertalian tertentu, dan yang
seumpamanya.

Berat sebelah kerana pihak-pihak yang terlibat ada kepentingan

Salah satu prinsip utama keadilan alam adalah nemo judex dalam causa sua atau
peraturan terhadap berat sebelah. Prinsip ini mencadangkan agar seseorang tidak boleh menjadi
hakim dalam dirinya sendiri.. Oleh itu, hakim bukan sahaja harus bebas dari kecenderungan
tetapi tidak ada penampilan berat sebelah. Terdapat beberapa jenis kecenderungan bias
terutamanya sebenar; kecenderungan kewangan; kecenderungan peribadi dan kecenderungan
dasar.

Bias sebenar adalah bahaya yang nyata terhadap parti. Bias kecenderungan juga boleh
membatalkan seseorang daripada bertindak sebagai hakim walaupun ada kepentingan kecil. Ia
hanya mengatakan bahawa seseorang yang mempunyai kepentingan kewangan dalam hasil
prosiding merupakan berat sebelah. Sebaliknya, kecenderungan peribadi boleh berlaku apabila
hakim menentang, atau memihak, satu pihak kepada pertikaian dalam banyak situasi yang luas,
misalnya hubungan, persahabatan atau perniagaan yang berurusan, atau permusuhan atau
permusuhan kepada pihak. Ujian kecenderungan peribadi pada pihak hakim adalah sama ada

6
terdapat kemungkinan bias sebenar dalam fakta dan tidak sama ada terdapat kecenderungan
sebenar.

Akan tetapi peraturan ini adalah tidak sama jika kepentingan kepentingan kes tersebut
bukan kepada pihak yang membuat keputusan (yang mengadili kes), maka tidak dianggap berat
sebelah. Sebagai contoh, dalam kes R Iwan Rand, hakim yang mengendalikan kes adalah
pemegang amanah bagi sebuah hospital dan Persatuan Persaudaraan. Kedua-dua ini mempunyai
tabung yang dilaburkan ke dalam perbadanan yang kesnya dikendalikan oleh hakim yang
berkenaan. Hakim tersebut tidak dianggap akan berat sebelah kerana kepentingan kewangan itu
bukanlah bersifat peribadi.

Berat sebelah kerana ada perhubungan atau pertalian

Prinsip kedua dalam keadilan alam adalah nemo judex dalam causa sua atau berat sebelah
kerana ada perhubungan atau pertalian. Beberapa kaitan kepentingan tertentu dalam bentuk
kepentingan persendirian juga boleh menyebabkan pembuat keputusan tidak layak untuk
mengadili sesuatu kes seperti kes tatatertib jika kepentingan itu boleh "menimbulkan syak yang
munasabah" atau "ada kemungkinan sebenar" akan wujudnya berat sebelah. Oleh itu, ia
mencukupi untuk membentuk berat sebelah peribadi kerana orang yang munasabah mungkin
berfikir bahawa hakim telah melakukan berat sebelah.

Sebagai contoh, jika ahli pembuat keputusan seperti pihak berkuasa tatatertib dan pekerja
yang dibicarakan atas tuduhan tatatertib itu mempunyai kaitan atau hubungan kekeluargaan yang
agak hampir seperti anak dengan ayah. Hubungan ini akan menyebabkan kemungkinan sebenar
atau syak yang munasabah bahawa ahli pihak berkuasa tatatertib itu akan menjadi berat sebelah.
Bukan itu sahaja, kemungkinan sebenar atau syak yang munasabah juga boleh wujud jika pekerja
yang dibicarakan atas tindakan berkuasa tatatertib dan ahli pihak berkuasa tatatertib adalah ahli
satu pertubuhan yang sama.

Selain itu, ahli panel dan pengerusi siasatan mestilah adil dan tidak pernah
membincangkan fakta kes yang akan didengar. Dia juga tidak boleh terlibat dalam siasatan atau
pendakwaan kes berkenaan. Jika mana-mana ahli panel pernah diminta untuk memberi

7
pandangan terhadap kes tersebut sebelum dalam siasatan dilakukan, maka dia tidak boleh
menerima tugas sebagai ahli panel atau hakim dalam kes berkenaan kerana ini telah melanggar
prinsip menentang berat sebelah.

PROSEDUR

Siasatan dalaman disimpulan sebagai satu siasatan awal yang perlu dilakukan oleh pihak majikan
untuk membuktikan suatu tuduhan salah laku terhadap pekerja tersebut adil bagi membolehkan
sama ada pekerja itu patut dikenakan hukuman atau tidak. Menurut seksyen 14(1), majikan boleh
mengambil tindakan disiplin terhadap pekerjanya atas alasan salah laku yang berlawanan dengan
pematuhan syarat-syarat perkhidmatan yang nyata atau tersirat.

Majikan ada kuasa untuk tentukan bentuk-bentuk peraturan ke atas pekerjanya. Ada
pelbagai kaedah, peraturan, dan etika di tempat kerja boleh diperkenalkan kepada pekerja supaya
pengurusan dan pentadbiran berjalan lancar. Apabila berlaku pelanggaran etika atau peraturan
syarikat, majikan boleh mengambil tindakan ke atas pekerjanya. Terdapat prosedur siasatan awal
yang boleh dibuat oleh majikan setelah mendapat aduan daripada pekerja terhadap pelaku.

Sekiranya majikan menerima aduan mengenai salah laku pekerjanya, majikan perlu
membuat siasatan awal sebelum mengenakan tindakan yang sewajarnya kepada pelaku. Pertama
sekali pekerja boleh membuat aduan terhadap salah laku pekerja lain sebagai contoh tidak
amanah, menghasut pekerja, mengadakan hubungan sulit dengan pekerja lain, menumbuk
penyelia, tidak hadir ke tempat kerja, memiliki harta majikan secara tidak sah dan sebagainya.
Majikan perlu membuat siasatan terhadap aduan yang dibuat oleh pekerja kepada pelaku dan
siasatan perlu dibuat secara bersembunyi. Siasatan awal perlu dilakukan untuk mendapatkan
fakta dan keterangan bagi pertuduhan salah laku tersebut.

Pegawai siasatan boleh dilantik untuk mengumpul keterangan bagi salah laku yang
dilakukan. Siasatan dalaman ini dilakukan adalah bertujuan untuk mengumpul bukti dan
maklumat yang boleh digunakan oleh majikan untuk membuktikan suatu kes salah laku itu
berlaku. Bukti-bukti yang diperoleh boleh didapati daripada kenyataan-kenyataan saksi terhadap
perbuatan salah laku yang dilakukan tertuduh. Proses ini juga harus dilakukan dengan segera
selepas laporan dilakukan. Setelah penyiasatan selesai, segala bukti haruslah diserahkan kepada

8
panel atau lembaga siasatan yang akan mendengar, membicarakan dan memutuskan kes tersebut.
Semua keterangan akan membantu pegawai siasatan untuk menyediakan kertas pertuduhan.

Sebelum memulakan suatu siasatan dalaman dengan rasmi, pengerusi hendaklah


memastikan bahawa semua ahli panel telah hadir dan tertuduh, pegawai pembentang kes dan
pencatat minit mesyuarat sudah berada di tempat yang ditetapkan. Pengerusi juga perlu
memastikan bahawa keadaan tenang sebelum siasatan dalaman dijalankan. Pengerusi perlu
memperkenalkan diri selaku pengerusi ahli panel dan seterusnya menyatakan tujuan siasatan
yang dilakukan pada hari tersebut.

Semasa proses siasatan dalaman dilakukan, pengerusi berperanan menjatuhkan hukuman


kepada pelaku. Pengerusi tersebut mestilah neutral dan ditemani oleh dua orang panel. Siasatan
dalaman memerlukan pengerusi dan dua orang panel beserta tertuduh, dan pendakwa. Tertuduh
dan pendakwa juga dibenarkan membawa saksi bagi membuktikan kebenaran antara mereka.

Seterusnya, pengerusi hendaklah bertanya kepada tertuduh sama ada beliau mempunyai
apa-apa bantahan terhadap pemilihan panel siasatan, tempat, dan masa siasatan tersebut
dijalankan. Sekiranya ada bantahan daripada tertuduh, pengerusi harus meminta tertuduh
memberikan sebab dan penjelasan atau asas bantahan tersebut dilakukan dan seterusnya
berbincang bersama ahli panel yang lain. Tertuduh boleh membuat bantahan sekiranya tidak
mahu pengerusi yang dilantik bagi mengendali siasatan tersebut atas sebab-sebab tertentu dan
munasabah. Pengerusi juga boleh bertanya pendapat pegawai pembentang kes dan pemerhati
syarikat sebelum membuat keputusan.

Sesi seterusnya iaitu memberi peluang kepada tertuduh membuat rayuan terhadap
hukuman yang bakal dikenakan. Semasa sesi ini, tertuduh sudah tidak boleh mempersoalkan
pertuduhan-pertuduhan yang dikenakan kepadanya. Pengerusi perlu memastikan bahawa
tertuduh fokus kepada isu-isu rayuan sahaja. Sekiranya tertuduh mengaku tidak bersalah
terhadap pertuduhan salah laku yang dikenakan, bermakna pembicaraan tersebut akan diteruskan
dan pengerusi akan meminta pegawai pembentang kes untuk membentangkan kes.

Pegawai Pembentang Kes biasanya akan menyatakan bahawa beliau ingin memanggil
saksi untuk memberikan keterangan ketika membentangkan kes. Jumlah saksi syarikat berubah-
berubah bergantung kepada jenis kes dan kesalahan. Pegawai Pembentang Kes juga biasanya

9
akan membawa dokumen-dokumen bukti yang akan ditender sebagai eksibit. Kemudian, saksi
akan dipanggil dan disoal bahawa tertuduh adalah bersalah terhadap tuduhan yang dikenakan
berdasarkan kepada kenyataan-kenyataan yang diberikan oleh saksi yang dipanggil. Seterusnya
panel akan memberi peluang kepada tertuduh untuk menyoal saksi tersebut. Panel hendaklah
memastikan bahawa soalan-soalan yang diajukan oleh tertuduh adalah berkaitan dengan
pertuduhan-pertuduhan sahaja.

Semasa saksi memberi keterangan, Pengerusi dan Panel boleh menyoal soalan dan
meminta penjelasan samada dari saksi, pegawai pembentang kes atau tertuduh terhadap apa-apa
jua isu yang berkaitan. Setelah kedua-dua pihak selesai dengan saksi dan dokumen bukti masing-
masing, mereka perlu menggulung kes. Penggulungan akan dibuat oleh pegawai pembentang kes
dan diikuti oleh tertuduh. Sesi siasatan dalaman tersebut telah sampai ke penghujungnya setelah
kedua-dua pihak selesai melakukan penggulungan masing-masing. Sebelum brsurai, pengerusi
hendaklah memberitahu tertuduh bahawa keputusan siasatan tersebut akan diberitahu secara
bertulis dalam jangka masa terdekat. Dengan itu sesi siasatan dalaman akan bersurai.

Sebagai contoh kes Permint Plywood Sdn. Bhd. Kuala Terengganu vs. Kesatuan Pekerja-
pekerja Perkayuan Semenanjung Malaysia. Kes tersebut merupakan salah laku mengadakan
hubungan sulit dengan pekerja lain. Fakta kes tersebut ialah pekerja mengaku mempunyai
hubungan sulit dengan pekerja lain. Majikan kemudian mengenakan hukuman dengan
mengurangkan gaji sebanyak RM80. Namun begitu, kesatuan sekerja menganggap ia sebagai
perkara peribadi dan bukan salah laku di tempat kerja. Mahkamah telah menyatakan bahawa
perbuatan tidak bermoral adalah salah laku dalam perhubungan industry dan potongan gaji
sebanyak RM80 adalah hukuman yang adil.

Kesimpulannya, siasatan dalaman seharusnya dilakukan terlebih dahulu sekiranya


berlaku permasalahan berkenaan salah laku pekerja. Namun begitu siasatan dalaman harus dibuat
secara adil bagi kedua-dua pihak iaitu majikan mahupun pekerja. Bukti yang dikemukakan
seharusnya lengkap dan wujud dari fakta yang sahih. Siasatan dalaman juga adalah salah satu
elemen dalam hubungan industri yang wujud bagi membela nasib dan justru akan
mengharmonikan lagi hubungan industri di Malaysia.

10
KESIMPULAN

Ia merupakan sesuata yang normal bagi sesebuah organisasi tidak kira besar atau kecil untuk
mempunyai pekerja yang melakukan salah laku sama ada salah laku besar atau kecil. Salah laku
kecil seperti ketidakcekapan, datang lewat, melanggar etika dan kod pakaian, salah guna harta
syarikat, berbual-bual kosong semasa waktu kerja dan tidak mengikuti prosedur keselamatan
dalam mengendalikan peralatan kerja lebih mudah untuk diselesaikan oleh majikan. Majikan
boleh memberi amaran kepada pekerjanya supaya mengubah tingkah laku mereka di pejabat.

Namun begitu, salah laku besar lebih serius dan tindakan yang akan diambil oleh majikan
juga akan memberi kesan yang besar kepada pekerja dan organisasi itu sendiri. Antara salah laku
besar ialah pekerja yang dengan sengaja melanggar kod syarikat, tingkah laku agresif, tidur
semasa kerja, pengambilan alkohol, berjudi atau mengganggu orang lain, mengambil dadah,
mensabotaj syarikat dan tidak hadir bekerja tanpa sebab yang sah. Salah laku ini boleh memberi
kesan buruk kepada prestasi pekerja itu sendiri dan mengakibatkan organisasi menanggung
kerugian. Tindakan yang boleh diambil oleh majikan juga lebih tegas seperti memecat tanpa
notis, diturunkan pangkat, menggantung pekerja dan hukuman lain yang wajar dan adil.

Oleh yang demikian, prosedur dan prinsip yang perlu dipatuhi oleh majikan dalam
mengendalikan salah laku tersebut lebih terperinci. Tindakan ini dilakukan supaya keputusan
atau hukuman yang dikenakan kepada pekerja yang bersalah benar-benar adil dan setimpal
dengan kesalahan yang dilakukannya. Hak pekerja dan majikan juga perlu dijaga walaupun
dituduh melakukan kesalahan. Justeru itu, kedua-dua pihak diberi hak mengikut perundangan
Malaysia.

Setiap siasatan dalaman yang dilakukan perlu mematuhi dua prinsip iaitu prinsip Audi
Alteram Partem dan Nemo Judex in Causa Sua Potest. Prinsip Audi Alteram Partem menuntut
supaya orang yang berkenaan diberi peluang yang mencukupi semasa perbicaraan manakala
prinsip Nemo Judex in Causa Potest pula memastikan kehakiman dilakukan dengan adil dan
tidak berat sebelah. Kegagalan majikan dalam mematuhi kedua-dua prnsip ini akan
menyebabkan hukuman tidak dapat dijalankan terhadap tertuduh.

11
Terdapat enam langkah yang patut dipatuhi oleh majikan berdasarkan prinsip Audi
Alteram Partem. Pertama, kertas petuduhan hendaklah diserahkan kepada pekerja. Kedua,
pekerja perlulah diberi peluang untuk mempertahankan kes. Ketiga, pekerja berhak untuk
membuat rayuan agar hukumannya diringankan. Keempat, pekerja juga berhak untuk diberitahu
tentang keputusan kes tersebut. Kelima, pekerja pelulah diberi hak supaya tidak akan dihukum
dua kali. Akhir sekali, pekerja berhak membuat rayuan jika tidak berpuas hati dengan hukuman
yang telah dijatuhkan.

Prinsip Nemo Judex in Causa Potest pula menegaskan bahawa mana-mana orang yang
mempunyai kepentingan dalam kes salah laku itu untuk tidak mengendalikannya. Ahli panel atau
Jemaah pengadilan juga tidak boleh mempunyai apa-apa kepentingan atau pertalian dengan
pekerja yang dituduh. Hal ini supaya kes itu dapat diadili dengan seadilnya terhadap kedua-dua
pihak sama ada majikan atau pekerja.

Dengan adanya kedua-dua prinsip ini sebagai garis panduan kepada majikan dalam
melakukan pengadilan, keputusan yang dibuat dan hukuman yang dijatuhkan adalah adil
terhadap pekerja yang dituduh. Pekerja juga mempunyai pelbagai hak dalam proses siasatan awal
dan siasatan dalaman untuk memastikan supaya pekerja tidak ditindas oleh majikan. Prinsip ini
penting untuk memastikan etika majikan dalam menguruskan sesuatu salah laku yang berlaku.

12
RUJUKAN

Analysis of the priniciple: Nemo Judex In Causa Sua. (n.d.). Retrieved from IILS India:
https://iilsindia.com/blogs/wp-content/uploads/2017/05/Untitled-2.jpg

Azizan H. Morshidi, F. A. (2010). E-Government and Malaysia: A Theoretical Consideration.


Sosiohumanika.

Hak Pekerja dan Disiplin. (n.d.). Retrieved from


http://oumvle.oum.edu.my/oumvle_upload/blockmain/BBPB2103/75800/201405140430
22_Topik%209%20Hak%20Pekerja%20dan%20Disiplin.pdf

Husin, A. A. (1994). Undang-undang yang mengenai kelakuan dan tatatertib penjawat awam.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kertas Kerja Pengurusan Sumber Manusia (MTT 2703). (n.d.). Retrieved from Sarjana Tripod:
http://sarjana.tripod.com/undang1.html/AKTA-DAN-UNDANG-UNDANG-PE
%2509ERJAAN-DI-MALAYSIA

Mohamed, K. (2004). Pematuhan Majikan Terhadap Prosedur Siasatan Dalaman: Kajian


Terhadap Kes-kes yang Diputuskan di Mahkamah Perusahaan.

Mohd.Saiful, N. A. (2017). Proses Siasatan Dalaman.

13
LAMPIRAN

ASSESSMENT RUBRIC

Attribute Sub Definition Weak Fair Good Very Good Marks Weigh-
attribute tage
(0-2) (3-5) (6-8) (9-10)

Clear Delivery of Able to Able to Able to Able to


delivery clear and deliver deliver deliver deliver
of ideas defined ideas ideas and ideas fairly ideas ideas with
which can be require clearly clearly great
well further and clarity
improve- require
ments minor
improve-
Verbal ments
Communi- Understa Able to Able to Able to Able to Able to
cation nd and understand understan under- respond fully
respond and respond d and stand and to understan
to to questions. answer answer questions d and
questions questions questions well respond
but not satisfac- to
able to torily questions
accurately very well
answer
the
question
TOTAL

14
Attribute Sub Definition Weak Fair Good Very Good
attribute
(0-2) (3-5) (6-8) (9-10)

Clearly Writing an Able to Able to Able to Able to


written academic write write write write
academic discourse ideas ideas ideas ideas with
discourse that fulfills with fairly clearly excellent
the grammar limited clearly clarity
rules and can clarity but
deliver and require
the correct require minor
meaning. further improve-
improve- ments
Written ments
Communi- Systema Writing an Able to Able to Able to Excellent
cation ti-cally academic write write write ability to
written discourse ideas ideas ideas write
academic which has an with fairly systema- ideas
discourse approach or limited systematic tically systemati-
flow or system ally cally
systematic and but
arrangement require require
that is clear further minor
and easy to improve- improve-
comprehend. ments ments

TOTAL

JUMLAH PERKATAAN = 3315 PATAH PERKATAAN

15

Anda mungkin juga menyukai