Anda di halaman 1dari 8

SOALAN 1 (25 markah)

1. Senaraikan dan huraikan 5 kepentingan sector awam dalam menangani masalah ekonomi.

i. Menjamin penguatkuasaan kontrak


 Kontrak yang ada perlulah lancar dan beroperasi secara teratur dan tersusun. Oleh itu peranan kerajaan adalah
menyediakan undang-undang yang adil dan aksama kepada semua pihak dalam negara, menegakkan keadilan
dan menjamin keselamatan penduduk daripada terancam. Undang-undang yang digubal melibatkan juga
sektor awam dan kegiatan didalamnya.

ii. Mengurangkan masalah ketidakstabilan ekonomi


 Dalam sistem ekonomi pasaran yang sedang berkembang pesat, selalunya akan mudah berlaku masalah
pengangguran, ketidakstabilan harga dan mengalami kadar pertumbuhan ekonomi yang rendah. Perkara ini
akan menyebabkan masyarakat mengalami masalah kebajikan dan menyulitkan mereka. Oleh itu, kerajaan
diharapkan dapat menggubal polisi-polisi untuk mengurangkan kesan-kesan seperti ini dengan mengurangkan
kadar pengangguran dan mengawal kenaikan harga barang yang keterlaluan. Dengan adanya polisi ini, ianya
dapat meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara.

iii. Mengurangkan masalah disebabkan jurang pengagihan pendapatan dan kekayaan


 Pelbagai bentuk social yang dicapai dalam masyarakat memerlukan penyelarasan yang seragam. Kebiasaanya
pasaran swasta menawarkan ganjaran yang tinggi berdasarkan kedudukan kewangan, kebolehan, Pendidikan
dan bakat seseorang. Sebagai contoh, seorang pemegang Ijazah akan ditawarkan gaji yang lebih tinggi
berbanding mereka yang hanya Diploma. Agihan ini amat tidak wajar berlaku kerana mereka yang tidak
memiliki kelebihan seperti itu tidak mendapat layanan yang sama. Jadi perlunya campur tangan kerajaan untuk
mengurangi jurang agihan pendapatan dan kekayaan ini.

iv. Mengurangkan halangan bagi pertandingan sempurna


 Pasaran ekonomi sekarang sangat bertumbuh pesat dan di dalamnya akan wujud pertandingan atau persaingan
sempurna barangan yang diniagakan. Sebagai contoh, pengeluaran sabun mandi, di pasaran sudah banyak
sabun mandi yang memang sudah dikenali oleh pelanggan dan laris. Jadi bagi yang baru hendak mengeluarkan
sabun mandi perlu memikirkan ada atau tidak pelanggan yang akan membeli sabun mandinya itu. Sudah pasti
akan memakan masa yang agak lama. Peranan kerajaan memperkenalkan polisi pemberiaan kredit untuk
mengurangkan halangan memasuki pasaran sekaligus boleh meminimumkan halangan-halangan tersebut.

v. Mengurangkan masalah disebabkan kuasa monopoli


 Monopoli mempunyai kemampuan untuk mengenakan harga yang tinggi terhadap barangan yang dijual
dipasaran. Pinca ini akan menyebabkan masaalah peruntukan sumber menjadi tidak cekap. Kesan daripada ini
dipanggil sebagai kehilangan kebajikan. Ianya disebabkan belakunya lebihan pengguna bagi barangan y ang
ditawarkan oleh pasaran monopoli adalah lebih rendah berbanding dengan lebihan pengguna. Dalam erti kta
lain, lebihan pengguna adalah jumlah faedah yang diperolehi daripada penggunaan sesuatu barangan ditolak
harga sebenar yang dibayar untuk mendapat barangan itu.

SOALAN 2 (25 markah)


a) Jelaskan maksud penerimaan dan perbelanjaan kerajaan.
i. Penerimaan : Ialah cukai atau pendapatan yang diterima oleh kerajaan sama ada dalam bentuk cukai atau bukan cukai.
Dalam erti kata lain, wang rakyat atau bukan rakyat dalam pelbagai bentuk akan diserahkan kepada kerajaan dan kerajaan
tidak sewenangnya untuk mengumpul wang ini melainkan mengikut peruntukan undang-undang.
ii. Perbelanjaan : ialah perbelanjaan yang dilakukan oleh kerajaan untuk mendapatkan barang dan perkhidmatan, bayaran
pindahan dan pelaburan-pelaburan untuk mencapai matlamat nasional.

b) Mengapakan sesebuang negara perlu laksanakan cukai? Jelaskan


 Cukai merupakan punca hasil untuk kerajaan menjana hasil kewangannya kedalam bentuk pelaburan dan
pembangunannegara. Ini bukan bermaksud kerajaan mudah untuk mengenakan kadar cukai yang tinggi untuk
pendapatan negara. Kesanya jika berlaku seperti itu, pasti akan berlakunya protes daripada pembayar cukai.
Selain itu dengan adanya cukai ini, kerajaan akan lebih mudah untuk membuat pengagihan pendapatan dengan
adil dab saksama kepada semua rakyat. Sebagai contoh, mereka yang mempunyai kekayaan akan dikenakan
cukai mengikut harta kekayaan mereka sebagai tujuan untuk membantu mereka yang kurang berpendapatan.

c) Bayaran pindahan merupakan item yang penting dalam belanjawan. Huraikan kepentingan bayaran pindahan tersebut.
 Bayaran pindahan ini adalah bayaran kepada pihak tertentu bukan sebagai pertukaran dengan perkhidmatan
yang diberikan tetapi berdasarkan status individua tau organisasi tersebut. Bayaran pindahan ini akan bertindak
untuk menambahkan kuasa beli pihak yang menerima pembiyaan tersebut supaya dapat membuat pembelian
barang dan perkhidmatan dalam pasaran. Dalam negara bayaran pindahan ini adalah untuk kebajikan sosial.
Bagi negara sedang membangun, bayaran ini dilaksanakan dalam bentuk subsidi langsung kepada pengguna.

d) Satu model menerangkan perbelanjaan kerajaan dalam system desentralisasi telah dibagunkan oleh Charles Tiebout (1956).
Huraikan teori tersebut.
 Menurut Tiebout, tingkat dan gabungan antara perbelanjaan dan cukai adalah berbeza-beza antara unit
kerajaan tempatan yang berlainan. Penduduk boleh membuat pilihan sama ada untuk tinggal dikawasan
kerajaan tempat mempunyai peruntukan bajet yang memenuhi cita rasa mereka dari segi penyediaan
perkhidmatan dengan syarat mobility mereka tidak dihadkan. Model Tiebout mengandaikan semua penduduk
boleh berpindah kemana-mana kawasan kerajaan tempatan dan mengetahui pengehtahuan bajet kerajaan
dalam kawasan-kawasan berbeza. Namun begitu, dengan kemudahan pengangkutan dan telekomunikasi
didapati penduduk boleh berpindah ke kawasan yang mereka sukai tanpa menjejaskan peluang pekerjaan
mereka. Penduduk gemar tinggal dikawasan subbandar yang mempunyai kadar cukai tempatan yang lebih
rendah tetapi kualiti perkhidmatan yang tinggi berbanding kawasan bandar.

SOALAN 3 (25 markah)

Huraikan LIMA (5) teori yang berhubung dengan fenomena peningkatan saiz sector awam berikut:

a) Hukum Wagner
 Diperkenalkan oleh seorang ahli ekonomi Jerman iaitu Adolf Wagner. Beliau mengemukakan pandangan
bahawa peranan sector awam ialah untuk mewujudkan kesejahteraan kepada masyarakat secara keseluruhan.
Beliau tidak bersetuju dengan system ekonomi laissez-faire yang lebih mengutamakan kumpulan pemodal
semata-mata. Kerajaan perlu menyediakan kemudahan Pendidikan yang bersesuaian untuk meningkatkan
keupayaan rakyat mengadakan program agihan semua untuk mencapai keadilan. Hukum peningkatan aktiviti
sektor awam yang beliau utarakan menyatakan bahawa apabila ekonomi berkembang pesat, maka terdapat
tekanan daripada masyarakat untuk meningkatkan kemajuan sosial. Oleh itu kerajaan perlu meningkatakan
aktivitiny bagi memenuhi keperluan dan kehendak masyarakat.

b) Hepotesis Peacock-Wiseman
 Diperkenalkan oleh Alan Peacock dan Jack Wiseman pada kurun ke-22 dalam tempoh tahun 1890-1955 di
England. Peningkatan aktiviti sektor awam bukan berlaku secara berterusan tetapi secara berperingkat-
peringkat. Peningkatan akan menaik dalam tempoh perperangan dan persiapan menghadapi peperangan dan
mengalami keadaan mendatar sehingga berlaku pula perperangan atau ancaman peperangan yang lain. Dalam
erti kata lain, kekacauan atau gangguan sosial dan ekonomi merupakan alasan kepada pertumbuhan ekonomi.

c) Modal Pertumbuhan Tidak Seimbang Baumol


 Diperkenalkan oleh William Baumol (1967). Beliau merangka satu model pertumbuhan ekonomi tidak seimbang
yang dapat menjelaskan kepada kita sebab-sebab perbelanjaan sektor awam cenderung untuk meningkat.
Aktiviti ekonomi terbahagi kepada dua, iaitu aktiviti menggunakan teknologi dan aktiviti tidak menggunakan
teknologi secara progresif. Sektor awam lebih rendah produktiviti berbanding sektor swasta, kerana ia bersifat
buruh sebagai contoh perkhidmatan Polis yang mana memerlukan manusia untuk menyelesaikan masalah dan
penggunaan teknologi tidak dapat meningkatkan produktiviti dengan ketara. Dalam sektor swasta apabila
meningtkat produktiviti maka upah juga akan meningkat. Bagi sektor awam, kerajaan perlu membayar upah
yang tidak terlalu jauh daripada sektor swasta walaupun produktivitinya tidak banyak meningkat. Faktor ini
menyebabkan kos pengeluaran sektor awam meningkat berbanding sektor swasta dan apabila kos pengeluaran
sektor awam meningkat, perbelanjaan awam juga akan meningkat.

d) Hukum Engel
 Diperkenalkan oleh seorang ahli akademik Jermen kurun ke-19, Ernst Engel-a857. Beliau mendapati ada
hubungan antara corak perbelanjaan dengan pendapatan isi rumah. Menurut beliau, semakin tinggi
pendapatan semakin kecil peratusan perbelanjaan bagi barangan keperluan sara hidup. Borcherding mendapati
keanjalan barang awam adalah lebih rendah berbanding barang swasta. Keanjalan pendapatan begi barang
awam adalah 0.75.

e) Teori Pilihan Awam


 Barangan awam adalah barang bebas pengasingan. Oleh itu, penyediaan barangan ini melalui makenisme
pasaran swasta tidak dapat dilakukan dengan cekap. Penyediaan barang awam melalui proses awam iaitu ahli
politika. Ahli politik cenderung untuk menyediakan barang atau perkhidmatan yang banyak kepada pengundi.
Ini adalah peluang untuk mereka dipilih semuala dalam pilihanraya akan datang. Apabila perbelanjaan menaik,
cukai tinggi yang dikenakan akan meningkatkan lagi saiz sektor awam.
SOALAN 4 (25 markah)
Berikut merupakan susunan pilihan oleh tiga orang pengundi iaitu Rashid, Rahul dan Rafizi bagi memilih agihan peruntukan bagi
pembelian kapal selam untuk tahun 2014: A (rendah), B (sederhana) dan C (tinggi). Jadual 1 adalah susunan pilihan mereka.

Jadual 1
Susuan pilihan pembelian kapal selam

Susunan Rashid Rahul Rafizi

1 A C C
2 B A B
3 C B A

a) Lakarkan susunan pilihan pengundi-pengundi berikut

Pilihan

Barang

b) Adakah mana-mana projek akan terpilih melalui peraturan undi majoriti? Jika ya, yang mana satu? Jika tidak, terangkan
kenapa.
 Tiada pilihan yang akan mendapat undi majoriti disebabkan paradoks pengundian. Rajah di atas menunjukkan
keputusan pelbagai-puncak. Walaupun pilihan setiap individu adalah konsisten, pilihan secara menyeluruh
didapati tidak konsisten. Bukti ini dapat dilihat apabila pilihan diundi secara berpasangan seperti berikut:

Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan Rendah (A) dan Sederhana (B)

Pengundi A B
Rashid

Rahul

Rafizi

Keputusan undian: Pilihan Rendah menang.

Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan Sederhana (B) dan Tinggi (C).

Pengundi B C

Rashid

Rahul

Rafizi
Keputusan undian: Pilihan Sederhana menang.

Pengundian bagi pasangan pilihan: Peruntukan Rendah (A) dan Tinggi (C).

Pengundi A C

Rashid

Rahul

Rafizi
Keputusan undian: Pilihan Tinggi menang.

Terdapat tiga jenis barangan dalam ekonomi. Pertama yang diklasifikasikan sebagai barangan privet atau swasta. Ia mempunyai
ciri-ciri pengasingan dan persaingan. Kedua, barangan awam yang mempunyai ciriciri tiada pengasingan dan tiada persaingan.
Ketiga, barangan yang mempunyai salah satu ciri pengasingan atau persaingan dan ia dikenali sebagai barangan tol.

Ciri Barangan Awam:

1) Ciri tiada pesaingan


 Ciri tiada persaingan membawa implikasi bahawa faedah yang dinikmati oleh seseorang pengguna tidak
mengurangkan faedah yang didapati oleh orang lain. Cahaya lampu jalan tadi tidak akan berkurangan
apabila terdapat lebih daripada seorang pengguna pada satu masa. Semua orang mendapat cahaya yang
sama banyak dan masing-masing mendapat faedah daripada cahaya lampu jalan tersebut.
2) Ciri tiada pengasingan
 Ciri tiada pengasingan bermaksud penggunaan barangan tertentu tidak terhad kepada seorang pengguna
sahaja. Sebaliknya, ia dapat digunakan oleh ramai orang pada masa yang sama. Contohnya, cahaya lampu jalan
dapat dinikmati oleh ramai orang pada masa yang sama. Ini bermaksud tidak ada seorang individu yang
mendapat hak penggunaan secara eksklusif bagi barangan itu. Ciri ini juga dikatakan sebagai penggunaan
bersama.
3) Ciri Pengasingan
 Ciri pengasingan bermaksud sesuatu barangan itu dapat dibezakan di antara pemilik dan bukan pemilik.
Apabila anda membeli barangan tertentu anda mendapat hak milik eksklusif ke atas barangan berkenaan.
Contohnya anda membeli sebungkus nasi lemak. Nasi lemak berkenaan telah menjadi milik anda dan tidak
dapat dibeli oleh orang lain. Jika anda membeli sepasang kasut baru, ia akan menjadi milik anda.
4) Ciri Persaingan
 Ciri persaingan bermaksud penggunaan barangan itu menimbulkan faedah kepada pemilik atau pembeli
sahaja. Faedah barangan tersebut tidak dapat dirasai oleh semua orang. Apabila nasi lemak yang anda beli
tadi dimakan oleh anda, maka tentulah anda merasa puas dan kenyang. Orang lain yang tidak dapat makan
nasi lemak berkenaan tentu tidak merasa faedah daripada kesedapan nasi lemak tadi. Dengan perkataan lain,
penggunaan oleh seorang individu akan menyebabkan faedah kepada orang lain berkurangan atau terjejas.

1. DUA (2) polisi fiskal oleh kerajaan sebagai fungsi penstabilan yang berperanan di dalam mengawal keadaan ekonomi
yang sedemikian.

AD = C + I + G
di mana AD ialah permintaan agregat, C ialah penggunaan, I ialah pelaburan, dan G ialah perbelanjaan kerajaan.

Dalam keadaan pengangguran, harga dan upah sukar diharapkan sebagai mekanisme yang dapat memperbaiki keadaan secara
automatik (downward rigid). Jika harga atau upah turun, maka permintaan untuk buruh dan barangan akan naik, menyebabkan
guna tenaga meningkat. Sebaliknya, kita dapati disebabkan kekakuan dalam mekanisme harga dan upah, maka kerajaan perlu
membantu untuk meningkatkan permintaan agregat melalui polisi fiskal pengembangan (expansionary) iaitu meningkatkan
perbelanjaan kerajaan dan menurunkan cukai supaya pendapatan boleh guna individu dan firma boleh ditingkatkan. Melalui cara
ini penggunaan dapat ditingkatkan.
Dalam keadaan inflasi pula, kerajaan bolehlah menggunakan polisi fiskal mengecut (contractionary). Polisi fiskal juga akan memberi
kesan kepada kadar tabungan dan pelaburan yang secara langsung membabitkan kadar pembentukan modal (capital formation)
yang akan memberi kesan kepada pertumbuhan ekonomi dan produktiviti.

Definisi Cukai menurut aliran ekonomi.


 Dari segi arah aliran ekonomi, cukai ditakrifkan sebagai pindahan wajib sumber ekonomi daripada sektor swasta
kepada sektor awam. Pindahan sumber ini berasaskan kriteria tertentu yang telah dikenal pasti terlebih dahulu
seperti berdasarkan penggunaan barangan atau pemilikan pendapatan dan kekayaan. Selalunya ia tidak
dihubungkan secara terus dengan jumlah faedah yang diterima oleh pembayar cukai daripada perkhidmatan
yang disediakan oleh kerajaan. Anda juga perlu faham bahawa pemindahan sumber boleh berlaku dari
sektor awam kepada sektor swasta. Antara contoh pindahan dalam bentuk ini ialah subsidi atau pencen.
Subsidi dikenali juga sebagai cukai negatif.

Kadar cukai (%)

y Kadar tetap/propersional

X Asas Cukai (RM)


Kadar cukai (%)

y Kadar Progresif

X Asas Cukai (RM)

Kadar cukai (%)

y Kadar Regresif

X Asas Cukai (RM)

Anda mungkin juga menyukai