Anda di halaman 1dari 64

SCCA 2083

UNDANG-UNDANG DALAM KOMUNIKASI

TUGASAN INDIVIDU

“ISU PRIVASI DAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN PENGGUNA APLIKASI


MEDIA” | PENGALAMAN DAN KESEDARAN PENGGUNA DEWASA TERHADAP
ISU PENGAWASAN DI MEDIA SOSIAL | MEDIA SOSIAL DAN ISU KESEDARAN
DAN PENGAWASAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN BELIA LUAR
BANDAR DI DAERAH DARO”

DISEDIAKAN UNTUK:

PUAN MASKOR @ ROSNANI BINTI ZAKARIA

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD FAIZUL AB FATAH


249794
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

PENGENALAN

Bagi melaksanakan tugasan membuat ulasan kritikal terhadap bahan bacaan, saya memilih tiga
jurnal yang berkaitan dengan isu-isu privasi dan keselamatan. Berikut adalah maklumat
mengenai jurnal yang dipilih.

1.1 JURNAL YANG DIPILIH

(a) TAJUK : ISU PRIVASI DAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN

PENGGUNA APLIKASI MEDIA SOSIAL

PENULIS : Nurul Madiha Mohd Ilham dan Mohd Azul Mohamad Salleh.

Jurnal ini merupakan kajian yang mengupas tentang perkembangan aplikasi media sosial

seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya telah diadaptasi dalam pelbagai bidang

seperti pendidikan, politik dan perniagaan. Kemunculan media sosial ini memberikan kesan

yang positif kehidupan hari mereka yang menggunakannya.

Kajian ini membincangkan kepentingan aspek privasi dan keselamatan sewaktu menggunakan

media sosial sebagai platfrom dalam urusan harian mereka. Kajian ini telah menggunakan

kaedah analisis kandungan terhadap topik perbincangan dalam kumpulan yang besar melalui

platform forum e-pembelajaran, dimana informan (pengguna) menyatakan pengalaman dan

persepsi mereka terhadap isu privasi dan keselamatan dalam media sosial. Seramai 23 orang

informan yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah di Universiti Kebangsaan Malaysia

(UKM) sebagai sampel kajian ini.

1
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

(b) TAJUK : PENGALAMAN DAN KESEDARAN PENGGUNA DEWASA

TERHADAP ISU PENGAWASAN DI MEDIA SOSIAL

PENULIS : Mohd Azul Mohamad Salleh dan Nurul Madiha Mohd Ilham

Jurnal kedua bertajuk Pengalaman Dan Kesedaran Pengguna Dewasa Terhadap Isu

Pengawasan Di Media Sosial. Perkembangan Internet dan teknologi komunikasi seperti Web

2.0 telah memberi kesan dalam pembangunan pelbagai aplikasi yang lebih bersifat dinamik dan

interaktif. Sebagai contoh aplikasi media sosial seperti Facebook, Whatsapp, Instagram dan

Twitter memberi kesan baharu kepada pengguna untuk lebih aktif berinteraksi dengan pelbagai

khalayak. 

Kajian ini membincangkan pengalaman, kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap isu

pengawasan ketika mengguna media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu

kaedah temubual mendalam dan perbincangan kumpulan fokus dalam kalangan individu

dewasa yang mengguna sekurang-kuranya satu aplikasi media sosial.

(c) TAJUK : MEDIA SOSIAL DAN ISU KESEDARAN DAN PENGAWASAN

KESELAMATAN DALAM KALANGAN BELIA LUAR BANDAR DI DAERAH

DARO

PENULIS : Haslina Abu Bakar dan Mohd Mahzan Awang

Jurnal ketiga bertajuk Media Sosial Dan Isu Kesedaran Dan Pengawasan Keselamatan Dalam

Kalangan Belia Luar Bandar Di Daerah Daro. Kajian ini berbentuk tinjauan menggunakan soal

selidik yang melibatkan 100 orang sampel yang dipilih secara rawak dari kalangan belia di luar

bandar di Daerah Daro, Sarawak.

SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794


Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran dan pengawasan keselamatan dalam kalangan belia

tinggi. Selain itu, pekali korelasi tiada menunjukkan signifikan penggunaan media sosial

dengan isu kesedaran dan pengawasan keselamatan dalam kalangan pelajar tetapi

menunjukkan tahap sederhana.

1.2 PERBINCANGAN DAN ULASAN KRITIKAL

(a) Perbincangan Jurnal 1


Tajuk Artikel :
ISU PRIVASI DAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN PENGGUNA
APLIKASI MEDIA SOSIAL

Penulis telah menyatakan kemunculan Internet dan media sosial telah membawa dimensi

baharu dalam landskap media dimana pada masa kini manusia kebanyakannya bergantung

kepada kehidupan dalam talian (online) yang membuka satu lembaran baharu kepada para

pengguna termasuklah aspek komersial dan perniagaan. Pandangan yang diutarakan oleh

penulis senada dengan Nurnazurah Nazaraly (2017) yang menyatakan trend terkini dalam

kalangan rakyat Malaysia untuk membeli-belah dalam talian kerana kaedah itu membolehkan

mereka mendapatkan barangan yang diinginkan tanpa perlu ke pasar raya.

Penulis turut mengingatkan bahawa kepesatan pembangunan teknologi serta

penggunaan media sosial dalam aspek pembelian secara dalam talian telah menjadi satu

platform yang penting. Walaubagaimanapun isu-isu seperti privasi dan keselamatan

maklumat peribadi perlu diberi perhatian oleh para pengguna kerana kes-kes yang melibatkan

keselamatan maklumat pengguna seperti kebocoran maklumat akibat digodam dan sebagainya

sering berlaku dan mengakibatkan pengguna menjadi mangsa penganiyaan dan sebagainya.

3
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

Peringatan seperti ini juga pernah diutarakan oleh Timbalan Pendaftar Fakulti

Kejuruteraan Universiti Putra Malaysia (UPM) Noor Mohamad Shakil Hameed, dimana

beliau memperingatkan supaya semua pengendali data pula perlu mengambil iktibar dengan

kejadian ketirisan dataini dan segera memperkukuhkan keselamatan data masing-masing

supaya pengguna tidak dianiaya dan dijadikan kambing hitam serta mangsa keadaan.

Penulis telah menunjukan dapatan kajiannya dimana pengguna media sosial

memahami dan mempunyai kesedaran terhadap isu-isu privasi dan keselamatan maklumat

dalam media sosial yang sering berlaku seperti kecurian maklumat peribadi seperti maklumat

peribadi, gambar dan sebagainya. Selain itu, kesan penggunaan media sosial mampu

mencetuskan persepsi ataupun pandangan mengenai isu-isu privasi dan keselamatan

maklumat yang dilihat lebih banyak melibatkan pandangan yang disebabkan oleh isu-isu

negatif yang berlaku di Internet dan media sosial.

Justeru itu, penulis telah menyatakan beberapa keperluan serta cadangan untuk

mempertingkatkan keselamatan dan hak privasi pengguna ketika menggunakan media sosial

untuk aktiviti harian termasuklah urusan pembelian secara dalam talian. Ini termasuklah

kawalan kendiri dan kawalan kandungan yang terdapat dalam media sosial

Bagi menangani isu privasi dan keselamatan dalam kalangan pengguna aplikasi media

sosial. Malaysia telah mempunyai beberapa peruntukan undang-undang untuk melindungi

pengguna dari menjadi mangsa penyalahgunaan data peribadi oleh pihak yang tidak

bertanggungjawab. Antaranya adalah seperti berikut :

1. Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (Akta 709) atau APDP merupakan salah satu

bentuk perundangan siber yang diperakukan dalam pelaksanaan Koridor Raya

Multimedia (MSC). Akta ini merupakan matlamat Dasar Ke Sepuluh dinyatakan

dalam Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu bagi menjamin keselamatan

maklumat dan kebolehpercayaan dan keutuhan rangkaian.

4
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

Objektif utama undang-undang ini adalah untuk mengawal selia pemprosesan data

peribadi dalam transaksi komersial oleh pengguna data dan melindungi kepentingan

subjek data.

2. Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 yang merupakan satu Akta berkenaan undang-

undang siber dan dibentuk sebagai satu rangka kerja bagi campurtangan kerajaan

Malaysia dalam memantau industri komunikasi dan multimedia. Akta ini digubal pada

15 Oktober 1998, dan mendapat perkenan Agung pada 23 September 1998. Ia mula

berkuatkuasa pada 1 April 1999. Aktiviti dan perkhidmatan yang dikawal di bawah

Akta ini termasuk penyiaran tradisional, telekomunikasi dan perkhidmatan atas talian,

termasuk kemudahan dan rangkaian yang digunakan dalam memberikan perkhidmatan

tersebut, serta kandungan yang dibekalkan menerusi kemudahan dan rangkaian

tersebut.

3. Kanun Keseksaan Malaysia (Akta 574)

A. 420. Menipu dan dengan curangnya mendorong supaya harta diserahkan.

B. 499. Fitnah.

C. 504. Dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah

keamanan.

D. 509. Perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

(b) Perbincangan Jurnal 2


Tajuk Artikel :
PENGALAMAN DAN KESEDARAN PENGGUNA DEWASA TERHADAP ISU

PENGAWASAN DI MEDIA SOSIAL

Penulis membincangkan tentang perkembangan Internet, Web 2.0 dan teknologi komunikasi

memberi peluang kepada pengguna masa kini untuk aktif berinteraksi melalui pelbagai

SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794


medium aplikasi dalam rangkaian internet secara wayar atau tanpa wayar. Internet membawa

satu keadaan yang disebut oleh Marshall Mc Luhan, dunia sebagai sebuah perkampungan

global.

Situasi ini digelar sebagai globalisasi dan dunia tanpa sempadan. Internet dilihat

sebagai media massa yang paling dinamik abad ini, bersifat interaktif dan menarik pelbagai

lapisan masyarakat untuk menggunakannya. Penulis juga mengingatkan pengguna harus tahu

bahawa teknologi Web 2.0 boleh digunakan untuk kebaikan atau keburukan. Ia adalah sejenis

alat yang jenis penggunaanya adalah bergantung kepada individu itu sendiri. Dalam erti kata

lain, penggunaan media sosial atau internet adalah pedang dua mata. Namun begitu, masih

ramai orang melihat internet sebagai penyumbang gelaja tidak bermoral.

Perkembangan Web 2.0 mempertingkatkan jenis, bentuk dan platform media sosial

untuk proses berkomunikasi, bertukar dan berkongsi maklumat dalam talian melalui satu

jaringan individu yang cukup besar dan luas sempadannya. Contohnya, Facebook, WhatsApp,

Twitter dan Instagram menjadi tarikan utama kepada kanak – kanak dan remaja untuk

berkenalan, berinteraksi dan berkongsi maklumat dengan individu yang dikenali secara maya.

Menurut kajian Pew Research Centre (2013), 76 peratus pengguna telefon di Malaysia guna

aplikasi telefon pintar dan hamper 50 peratus pula memiliki telefon bimbit lebih daripada

satu, jelas memperlihatkan penggunaan peralatan komunikasi untuk bersembang dan

sebagainya.

Perhatikan di sekeliling, mana ada lagi pemandangan orang ramai tekun membawa

buku, novel atau sekurang – kurangnya membawa akhbar. Yang kelihatan semuanya

memegang telefon pintar khusyuk “bersembang” di dunia maya, sambil tersenyum – senyum

seorang diri. Namun bagi pengguna media sosial, masa tersebut tidak sia – sia kerana mereka

mendapat banyak manfaat daripada interaksi di alam siber. Keadaan ini tentu menimbulkan

konflik antara ibu bapa dan anak, suami dan ister serta pekerja dan majikan. Dalam situasi ini,

adakah media sosial suatu alat yang positif atau negatif?

SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794


Dalam kajian ini, penulis sebenarnya banyak memberi maklumat dan pengetahuan

yang penting tentang pengalaman, pegetahuan dan kesedaran golongan dewasa dalam

mengguna aplikasi media sosial, terutama dalam aspek isu pengawasan. Antara pengetahuan

dan kemahiran adalah seperti tidak sewenang – wenang mempercayai dan berkongsi

maklumat peribadi dengan pengguna di alam maya ini. Isu pengawasan dan pemantauan

melalui internet serta media sosial ini jarang dibincangkan, disedari atau difahami. Maklumat

berkaitan pengawasan dan pemantauan oleh individu lain, atau “stalking” perlu dijelaskan

dengan lebih mendalam kesannya.

Justeru itu, Media sosial merupakan satu medium yang sangat berguna dan boleh

memberikan banyak kelebihan kepada pengguna-pengguna media sosial. Walau

bagaimanapun, kelebihan tersebut haruslah digunakan secara waras dan berhati-hati.

Adalah menjadi tanggungjawab setiap pengguna dewasa untuk menggunakan media

sosial secara berhemah dan tidak menyalahgunakan kemudahan teknologi yang ada. Apa

yang membimbangkan ialah sikap pengguna dewasa media sosial kini yang gemar

menularkan sesuatu isu atau situasi yang tidak sahih kebenarannya. Amalan tular menular

sekiranya tidak dikawal akan mendatangkan impak yang cukup besar serta memberi kesan

buruk kepada masyarakat.

b) Perbincangan Jurnal
Tajuk Artikel :
MEDIA SOSIAL DAN ISU KESEDARAN DAN PENGAWASAN

KESELAMATAN DALAM KALANGAN BELIA LUAR BANDAR DI DAERAH

DARO

Media sosial mempunyai pengaruh ke atas kehidupan rakyat Malaysia. Kegilaan terhadap

media sosial mewujudkan unsur-unsur ketagihan yang boleh dilihat daripada angka-angka

yang terdapat dalam pelbagai perspektif.

7
SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794

Pengguna internet di negara ini melebihi 20.1 juta dan 16.8 juta daripadanya

menggunakan media sosial. Pengguna telefon bimbit juga kerap menggunakan media sosial.

Dari segi pengguna Facebook, golongan muda berusia 18 hingga 24 tahun lebih aktif

menggunakan aplikasi tersebut.

Penulis membincangkan tentang kesedaran akan penggunaan media sosial dalam

kalangan belia luar bandar di daerah Daro, Sarawak. Selain itu, kajian ini juga ingin meninjau

tahap kesedaran dan pengawasan keselamatan dalam kalangan pelajar luar bandar sewaktu

menggunakan media sosial. Apabila menyentuh tentang aspek media sosial, ianya sering kali dikaitkan

dengan masalah sosial dalam kalangan remaja. Gejala sosial bukan menjadi suatu perkara yang asing buat

masyarakat di Malaysia khususnya golongan remaja di negara kita. Pada setiap tahun, gejala sosial dalam

kalangan remaja sudah semestinya akan meningkatdan perkara tersebut menjadi semakin runcing dan serius.

Menurut penulis juga media sosial merupakan suatu konsep baharu dalam proses pengajaran dan

memfokuskan kepada kebolehan untuk belia luar bandar memproses pengajaran tanpa terikat dengan keadah

atau proses klasik dan kebiasaan. Dalam erti kata lain, proses pengajaran boleh dilakukan di mana – mana sahaja

dan tidak tertakluk di bandar atau luar bandar.

Di samping itu juga, penulis ada menekankan golongan belia di daerah Daro, Sarawak adalah matang

dan tahu akan adab untuk akses internet bagi kegunaan mereka. Seperti contoh, penggunaan twitter yang hanya

“tweet” kepada perkara – perkara yang tidak melibatka pembelajaran dan pengajaran yang mana apabilia dibaca

oleh pengikutnya di media itu yang juga di kalangan belia, ia hanya menjadi sebuah medan sosial tanpa

bermaklumat dan berpengetahuan.

Justeru, penulis juga ada membuat beberapa kajian serta soal selidik untuk mengenal pasti akan

pengawasan penggunaan media sosial di kalangan belia di daerah Daro. Kebanyakkan belia di kawasan Daro

mempunyai telefon pintar dan pengguna gemar berkongsi maklumat peribadi di media sosial tanpa

mengambil inisiatif untuk melindunginya.

SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794


Ancaman terhadap keselamatan maklumat peribadi melalui rangkaian Internet

merupakan isu penting kerana ia membolehkan pengguna berada dalam keadaan berisiko tinggi

tanpa mereka sedari. Selain itu, Goldsmith dan Wu (2008) juga menyatakan, siapakah

sebenarnya yang mengawal Internet dalam dunia digital dan tanpa sempadan pada masa ini?

Penulis juga ada menyatakan jikalau berterusan sebegini, maka belia di kawasan daerah Daro boleh

berhubung dengan sesiapa sahaja untuk berkongsi, bertukar – tukar pendapat dan akses pada maklumat, aktiviti,

profil individu lain apabila berhubungan dalam satu jaringan yang besar melalui media sosial. Dengan itu,

perkara ini boleh memberi kesan kepada ekonomi, politik dan sosial penduduk setempat. Bagi menangani isu

ini, penulis ada membuat analisis statistik distriktif bagi mengeluarkan data – data yang diperolehi daripada

responden – responden yang telah dipilih.

Dengan data – data yang diperolehi oleh penulis, maka keluarlah beberapa cadangan untuk mengatasi

masalah responden tadi.

a) Sampel kajian perlu ditingkatkan untuk memastikan data yang lebih baik

b) Skop kajian perlu dikecil dan lebih menumpu supaya data yang lebih baik dapat

diperolehi serta meningkatkan jumlah responden dengan lebih meluas dari segi umur

dan etnik. Selain itu Bahagian B diperincikan dan dipelbagaikan untuk melihat faktor

dan kecenderungan pemilihan penggunaan media sosial.

c) Responden harus diterangkan tentang skop kajian yang dibuat supaya responden

tidak menjawab sesuka hati sahaja.(ketelusan dalam jawapan)

d) Pengkaji boleh membuat lebih fokus seperti pemilihan terus media sosial untuk

melihat keputusan lebih tepat.

SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794


RUMUSAN

Pengguna pada masa kini mempunyai kesedaran terhadap isu-isu yang melibatkan

privasi dan keselamatan maklumat ketika mereka menggunakan internet dan aplikasi media

sosial untuk urusan harian mereka. Perkembangan ini telah memberi kesan positif kepada

kehidupan mereka yang mana kewujudan internet dan aplikasi media sosial dapat

melancarkan urusan kehidupan mereka.

Walaubagaimanapun, pengguna harus menggunakan pendekatan berjaga-jaga supaya

privasi mereka tidak digangu dengan mereka tidak sewenang-wenangnya memuat naik serta

berkongsi pelbagai maklumat peribadi di media sosial untuk mengelak ada pihak-pihak

tertentu atau tidak bertanggungjawab mengguna maklumat peribadi untuk tujuan yang tidak

sihat.

Oleh itu, semua pihak perlu memainkan peranan masing-masing untuk menangai isu

privasi dan keselamatan dalam kalangan pengguna aplikasi media sosial. Pengguna perlulah

membuat kawalan kendiri dengan mengambil langkah-langkah berhati ketika menggunakan

media sosial. Bagi pihak berkuasa pula perlu merangka tidakan jangka pendek dan jangka

panjang bagai menangani masalah ini seperti mengadakan kempen kesedaran penggunaan

media sosial, mengkaji semula semula peruntukan undang-undang yang sedia ada supaya ia

terus kekal relevan dan seterusnya mengambil tindakan tegas terhadap mereka yang didapati

menyalahgunakan maklumat dan data peribadi orang lain berdasarkan peruntukan yang sedia

ada.

10

SCCA2083 UNDANG – UNDANG DALAM KOMUNIKASI 249794


RUJUKAN

Noor Mohamad Shakil Hameed 2017,"Pengguna cemas ketirisan data" Publisher By Utusan

Melayu (M) Berhad

NURNAZURAH NAZARALY 2017 "Kesan buruk membeli-belah dalam talian" Publisher

By Utusan Melayu (M) Berhad

Nurul Madiha Mohd Ilham, Mohd Azul Mohamad Salleh 2015. "Isu Privasi Dan

Keselamatan Dalam Kalangan Pengguna Aplikasi Media Sosial" Publisher By

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Mohd Azul Mohamad Salleh, Nurul Madiha Mohd Ilham 2017. “Pengalaman dan Kesedaran

Pengguna Dewasa terhadap Isu Pengawasan di Media Sosial” Publisher By

Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

Haslina Abu Bakar, Mohd Mahzan Awang. “Media Sosial Dan Isu Kesedaran Dan

Pengawasan Keselamtan Dalam Kalangan Belia Luar Bandar Di Daerah Daro”

Publisher By Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi, Selangor.

11
Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

ISU PRIVASI DAN KESELAMATAN DALAM KALANGAN


PENGGUNA APLIKASI MEDIA SOSIAL
(Privacy and Security Issues among Users of Social Media Applications)

Nurul Madiha Mohd Ilham & Mohd Azul Mohamad Salleh

ABSTRAK

Perkembangan aplikasi media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan sebagainya
telah diadaptasi dalam pelbagai bidang seperti pendidikan, politik dan perniagaan. Media
sosial ini memberikan kesan yang positif kepada mereka yang mengendalikan perniagaan
secara dalam talian untuk mempromosi, membuat publisiti, menjual produk dan
berkomunikasi. Kajian ini membincangkan kepentingan aspek privasi dan keselamatan
sewaktu menggunakan media sosial sebagai medium untuk membeli dan menjual produk,
serta sewaktu berkomunikasi dengan pihak pembekal dan pembeli. Kajian-kajian dalam
aspek ini menyatakan kepentingan aspek privasi dan keselamatan sewaktu menggunakan
platform media sosial sebagai medium untuk mendapatkan maklumat atau berkomunikasi
terutamanya apabila melibatkan perniagaan atau pembelian sesuatu produk secara dalam
talian. Kajian ini membincangkan data kaedah kualitatif iaitu analisis kandungan terhadap
pengalaman pengguna mengenai isu privasi dan keselamatan sewaktu menggunakan aplikasi
media sosial. Kajian mendapati majority pengguna mempunyai kesedaran dan mengetahui isu
privasi dan keselamatan maklumat sewaktu berurusan secara dalam talian, terutama melalui
media sosial. Pengguna menggunakan media sosial untuk mendapat dan memantau maklumat
yang dikongsi oleh rakan yang lain berkaitan produk yang hendak dijual. Oleh itu, kajian ini
menyarankan sepaya pengguna harus lebih berhati-hati tentang isu keselamatan dan privasi
apabila berkongsi maklumat peribadi terutamanya maklumat yang berkaitan dengan urusan
perniagaan secara dalam talian.

Kata kunci: privasi dan keselamatan, pengguna internet, aplikasi media, media sosial,
transaksi dalam talian

ABSTRACT

The development of social media applications such as Facebook, Instagram, Twitter and
others have been adapted in various fields such as education, politics and business. The social
media have a positive impact on those running an online business to promote, publicize, sell
their products and communicate. This study discusses the importance of privacy and security
while using social media as a medium for buying and selling products, as well as when
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

communicating with suppliers and buyers. Studies in this aspect have noted the importance of
privacy and security while using the social media platform as a medium for information and
communication, especially when it involves doing business or purchasing a product online.
This study uses qualitative method by content analysing user experiences on the issue of
privacy and security while using social media applications. The findings of this study show
that the majority of users have awareness and understanding of the issues of privacy and
information security when doing transactions online, especially through social media.
Consumers are using social media to obtain and monitor information shared by other related
products to be sold. Therefore, this study suggests that users should be more careful about
security and privacy issues when sharing personal information, especially information related
to online business.

Keywords: privacy and security, Internet users, media applications, social media, online
transactions

PENGENALAN

Kemunculan Internet telah membawa dimensi baharu dalam landskap media. Shapiro, dalam
Croteau & Hoynes (2003) menyifatkan bahawa kemunculan teknologi baharu dan digital
pada masa kini telah menunjukkan perubahan yang radikal dalam aspek pengawalan
maklumat dan sumber, serta pengalaman yang diperolehi daripada menggunakan teknologi
media baharu ini.

Di samping itu, suasana pada masa kini yang kebanyakannya bergantung kepada
kehidupan dalam talian (online) telah membuka satu lembaran baharu kepada para pengguna
termasuklah aspek komersial dan perniagaan. Kepesatan pembangunan Internet telah
mewujudkan pelbagai kedai-kedai dalam talian (online stores) yang menyebabkan para
pengguna laman sosial menjadi para pelanggan. Malah, kemunculan pelbagai media sosial
pada masa kini juga telah mengubah cara para penjual dan pembeli berkomunikasi serta
berhubung antara satu sama lain (Hennig-Thurau et al., 2004).

Swinyard & Smith (2003) telah mengklasifikasikan ‘Internet shoppers’ sebagai


pengguna Internet yang melakukan pembelian secara dalam talian manakala ‘non-Internet
shoopers’ pula adalah golongan yang sebaliknya iaitu melakukan pembelian secara
konvensional (bukan secara dalam talian). Donthu & Garcia (1999) pula mendapati pengguna
yang membeli secara dalam talian ini cenderung untuk mencari kemudahan yang disediakan,

204
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

lebih inovatif, dan kurang mengambil risiko berbanding golongan yang membeli-belah secara
konvensional.

Perkembangan gaya hidup membeli-belah secara dalam talian ini telah menyebabkan
pasaran menjadi semakin terbuka dan persaingan turut menjadi lebih pesat. Para penjual
hanya perlu mengetahui serta memahami ciri-ciri dan personaliti para pengguna serta pembeli
pada masa kini. Menurut Lim & Cham (2014) golongan pembeli yang gemar membeli-belah
secara dalam talian ini berminat dengan kemudahan yang ada pada medium secara dalam
talian yang lebih inovatif dan interaktif. Mereka juga lebih cenderung untuk membeli produk
atau barangan yang tidak perlu, prihatin dengan harga, sukar untuk mengambil risiko, gemar
melihat kepada jenama sesuatu barangan, mencari kepelbagaian dalam produk serta
mempunyai tabiat yang lebih positif terhadap iklan-iklan serta promosi yang ada di Internet.

Selain itu, Silver (2008) menyatakan bahawa perniagaan secara atas talian ini sangat
sesuai untuk golongan yang mempunyai masa dan tenaga yang minimum tetapi inginkan
pulangan yang berganda disebabkan tekanan ekonomi semasa. Perniagaan secara dalam
talian ini juga tidak memerlukan kemahiran teknikal yang tinggi dan cukup sekadar tahu
untuk mengendalikan laman sesawang tertentu serta pengalaman menggunakan Internet
ketika melakukan transaksi secara dalam talian. Malah perniagaan secara dalam talian ini
juga berpotensi untuk berjaya dan mudah untuk diselenggara.

Di samping itu, langkah untuk mengintegrasikan perniagaan secara dalam talian


dengan laman sosial seperti Facebook, Twitter dan blog-blog juga membantu dalam
meningkatkan lagi tahap pengetahuan pengguna terhadap sesuatu produk yang dijual
(Lombardi 2012). Selain itu, laman sosial juga membantu dalam membina jaringan di antara
penjual dan pembeli dengan lebih baik (Lorrie 2010).

Walau bagaimanapun kepesatan pembangunan teknologi serta penggunaan media


sosial dalam aspek pembelian secara dalam talian menjadi satu platform yang penting tetapi
isu-isu seperti privasi dan keselamatan maklumat peribadi pengguna perlu diambil perhatian.
Oleh itu, kajian ini membincangkan persepsi pengguna mengenai isu-isu tersebut ketika
mengguna media sosial.

205
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

MEDIA SOSIAL, ISU PRIVASI, KESELAMATAN MAKLUMAT DAN PEMBELIAN


SECARA DALAM TALIAN

Secara umumnya media sosial seperti Facebook, Twitter dan Instagram digunakan untuk sebagai
medium untuk berkomunikasi, bersosial serta sebagai sumber maklumat kepada pengguna
(Ezumah 2013; Radlick 2014; Basilisco & Jin 2015). Namun begitu, perkembangan dunia media
sosial pada masa kini telah menyebabkan fungsi asal media sosial mencapah dan berkembang ke
arah fungsi-fungsi yang baharu dan bersifat lebih pelbagai.

Menurut Hanna et. al (2011), sifat-sifat unik yang ada pada media sosial telah
memberikan nafas baharu kepada amalan pemasaran seperti pengiklanan dan juga promosi.
Di samping itu, Mangold & Faulds (2009) berpendapat media sosial juga mempengaruhi
tabiat pengguna dalam proses pencarian maklumat mengenai sesuatu produk, perkhidmatan
mahupun ulasan mengenai organisasi yang menjual barangan ataupun perkhidmatan yang
disediakan.

Malah perkembangan laman media sosial ini turut membantu organisasi dalam
membina strategi pemasaran mereka. Fallerton (2011) menyatakan bahawa komunikasi di
antara pelanggan dan pemasar pada masa kini turut membantu dalam menyemai interaksi
dengan jenama yang dijual. Media sosial juga menjadi batu loncatan kepada para pemasar
untuk membangunkan jenama yang lebih bersifat superior dan kukuh demi mendapatkan
ruang pasaran yang lebih besar.

Walau bagaimanapun Kaplan & Haenlein (2011) menyatakan bahawa meskipun


dengan pelbagai aplikasi media sosial yang ada pada masa kini, pemasar perlu untuk memilih
dengan teliti medium yang terbaik untuk digunakan berdasarkan kumpulan sosial dan
khalayak sasaran mereka. Hal ini kerana sesetengah mesej yang ingin disampaikan
memerlukan pemahaman yang lebih baik daripada pelanggan mereka. Pemasar perlu bijak
untuk menyampaikan mesej dan menjual produk mereka melalui medium yang ada.

Meskipun gaya membeli-belah secara dalam talian ini telah menarik perhatian para
pengguna sebagai salah satu daripada gaya hidup mereka, namun risiko yang bakal mereka
hadapi ketika membeli-belah secara dalam talian ini juga menjadi salah satu kebimbangan
dan perhatian mereka. Hal ini telah terbukti dengan kajian daripada Mohammad Hossein et.
al (2012) ke atas hubungan di antara faktor-faktor seperti kesedaran pengguna ke atas risiko
ketika pembelian secara dalam talian seperti barangan yang dipesan tidak sampai ke tangan

206
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

pembeli. Antara perkara lain yang juga perlu diberi perhatian adalah isu privasi dan
keselamatan maklumat sewaktu mengguna media sosial untuk membeli sesuatu produk.

Pew Research Center (2013) menyatakan bahawa pengguna laman sosial yang terdiri
daripada kalangan remaja cenderung untuk berkongsi pelbagai maklumat peribadi mereka di
alam maya. Meskipun mereka mampu untuk mengawal tetapan privasi mereka dalam laman
sosial, namun maklumat yang dikongsi tetap boleh dicapai oleh jaringan rakan-rakan yang
besar di alam maya. Selain itu, kebanyakan remaja yang menggunakan laman sosial ini
kurang arif mengenai capaian oleh pihak ketiga terhadap maklumat peribadi mereka di alam
maya.

Umumnya, isu privasi ini tertumpu kepada pengurusan maklumat peribadi dan juga
kesediaan pengguna untuk berkongsi keadaan sekeliling serta situasi semasa mereka dengan
jaringan kenalan mereka di Internet ataupun media sosial. Hal ini dinyatakan melalui kajian
yang dijalankan oleh Madden et al (2013) yang mendapati 51% daripada informan mereka
mengelak daripada menggunakan beberapa aplikasi di telefon pintar dan tablet disebabkan
kegusaran mengenai privasi mereka di alam maya. Kajian juga menunjukkan 46% daripada
remaja menutup ciri-ciri pengesanan lokasi di telefon pintar mereka kerana bimbang dengan
privasi maklumat serta tidak mahu gerak-geri mereka diketahui oleh umum.

Selain itu, Yazdanifard et al (2011) mendapati isu privasi dalam bidang perniagaan
secara dalam talian ini menjadi risiko terbesar dalam perkembangan bidang tersebut. Hal ini
kerana pada masa kini tabiat pengguna dan pembeli dapat dikesan melalui Internet dengan
adanya fail teks yang dinamakan ‘cookie’. Melalui cookie ini, pengguna seolah-olah telah
meninggalkan jejak mereka di Internet dan jejak ini digunakan oleh pengiklan di Internet
dalam mengetahui tabiat dan minat mereka terhadap sesuatu di Internet. Kaedah ini membuka
ruang kepada pemasar untuk mendekati para pelanggan, namun hal ini juga dilihat sebagai
salah satu gangguan privasi kepada para pengguna.

Selain itu, Niranjanamurthy & Chahar (2013) menyatakan ciri-ciri keselamatan dalam
Internet dan aplikasi e-dagang secara umumnya adalah untuk menjaga kerahsiaan data,
pengesahan dan pengenalan data, mengawalselia akses pengguna dan pelbagai lagi. Selain
itu, mereka juga menyenaraikan tiga jenis ancaman keselamatan seperti penafian
perkhidmatan, akses yang tidak dibenarkan, serta penipuan dan kecurian secara dalam talian.
Isu ini menunjukkan keselamatan maklumat pengguna di Internet atau media sosial adalah

207
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

penting bagi memastikan tahap penggunaan, pembelian dan proses jual beli melalui media
social memberi kepuasan kepada kedua-dua pihak iaitu pemasar serta pelanggan.

Perkara ini telah disokong oleh Kumar et al (2012) yang telah menyenaraikan
beberapa isu yang berkaitan dengan keselamatan maklumat dalam media sosial dan Internet.
Antara risiko keselamatan maklumat di Internet adalah seperti kecurian identiti, phishing
ataupun usaha untuk menjejak maklumat perbankan seseorang untuk disalahguna, risiko
pengklonan profil pengguna di Internet, serta promosi jualan yang palsu. Melalui promosi ini,
iklan-iklan jualan murah akan dihantar kepada pengguna dan sekiranya pengguna tertarik dan
membeli melalui promosi tersebut, maklumat peribadi yang diberikan akan disalah guna.
Oleh itu, kajian ini melihat kepentingan terhadap kefahaman dan kesedaran isu privasi dan
keselamatan maklumat ketika mengguna media sosial untuk melakukan sesuatu aktiviti
harian seperti melaksanakan sesuatu pembelian secara dalam talian.

METODOLOGI KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah analisis kandungan terhadap topik perbincangan dalam
kumpulan yang besar melalui platform forum e-pembelajaran, dimana informan (pengguna)
menyatakan pengalaman dan persepsi mereka terhadap isu privasi dan keselamatan dalam
media sosial. Seramai 23 orang informan yang terdiri daripada pelajar pascasiswazah di
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Bangi telah diajukan dengan soalan terbuka
mengenai isu privasi dan keselamatan maklumat yang diedarkan secara dalam talian dan
perbincangan mengenai isu-isu tersebut telah dilakukan bermula daripada 16-26 Oktober
2015. Informan dalam kajian ini terdiri daripada mereka yang telah bekerja, pernah membuat
pembelian secara dalam talian dan pengguna media sosial.

Data yang diambil dari perbincangan secara dalam talian ini telah dianalisis
mengguna perisian Nvivo. Data yang dianalisis hanya melibatkan isu privasi dan keselamatan
maklumat ketika melakukan pembelian secara dalam talian melalui media sosial sahaja. Skop
kajian ini hanya ingin melihat aspek privasi dan keselamatan maklumat ketika melakukan
pembelian secara dalam talian melalui media sosial sahaja. Perbincangan isu privasi dan
keselamatan maklumat secara umum tidak akan diambil kira dalam analisis dan perbincangan
kajian ini.

208
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

Analisis terhadap isu privasi dan keselamatan maklumat ini dibahagikan kepada tiga
bahagian utama. Bahagian pertama adalah pengalaman informan sebagai pengguna media
sosial secara umum iaitu pemerhatian informan mengenai perkara-perkara yang berlaku di
sekeliling mereka. Bahagian kedua pula melibatkan persepsi informan mengenai isu privasi
dan juga keselamatan maklumat. Manakala bahagian ketiga adalah cadangan daripada
informan mengenai isu privasi dan juga keselamatan maklumat. Dapatan dan perbincangan
akan dijelaskan dengan lebih terperinci pada subtopik yang seterusnya.

ANALISIS DAN PERBINCANGAN

Bahagian ini membincangkan sejauhmana teknologi komunikasi atau aplikasi komunikasi


seperti media sosial memberi perubahan dalam aspek privasi dan keselamatan pengguna.
Majoriti informan memberikan respon mengenai perkembangan teknologi komunikasi dan
impaknya terhadap pola komunikasi pengguna pada masa kini. Terdapat informan yang
memberikan fungsi-fungsi utama media sosial seperti saluran bersosial dengan kenalan,
sumber maklumat dan juga sebagai medium perniagaan secara dalam talian.
Pengalaman

Berdasarkan pengalaman informan sepanjang menjadi pengguna media sosial ini, mereka
memahami dan mempunyai kesedaran terhadap isu-isu privasi dan keselamatan maklumat
dalam media sosial ini. Informan juga memberikan beberapa contoh mengenai isu privasi dan
keselamatan yang pernah terjadi di sekeliling mereka. Sebagai contoh, Informan 3 ialah
kecurian maklumat peribadi iaitu gambar seseorang melalui media sosial seperti yang
dinyatakannya:

“Sepupu saya sendiri, orang lain telah mencuri gambar yang ada di Instagram
beliau dan menggunakan gambarnya sebagai gambar profil Wechat”.

Terdapat juga pengguna media sosial yang memuat turun serta menyimpan gambar
yang dimiliki oleh individu lain untuk tujuan tertentu. Ini menunjukkan maklumat pengguna
media sosial menjadi tidak selamat dan privasi mereka telah diceroboh oleh mereka yang
tidak bertanggungjawab. Informan 5 menyatakan:

209
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

“….terdapat pihak yang tidak bertanggungjawab akan menyimpan gambar-


gambar yang telah dimuat naik dalam Facebook itu untuk menjalankan aktiviti
yang tidak bermoral.”

Selain itu, dari aspek keselamatan maklumat pula, Informan 12 menyedari bahawa
terdapat risiko yang melibatkan keselamatan maklumat pengguna ketika mereka
menggunakan Internet. Beliau menyatakan keselamatan siber perlu diberi penekanan kerana
ia merupakan ancaman kepada mereka yang terlibat dalam perniagaan yang melibatkan data
dan maklumat peribadi seseoarang pengguna. Beliau menyatakan:

“…..keselamatan siber menjadi ancaman kepada pengguna Internet dan ahli


perniagaan. …data-data persendirian yang disimpan dalam komputer atau
telefon bimbit dicerobohi..maklumat peribadi didedahkan menjadi maklumat
awam.”

Pengalaman yang dinyatakan oleh informan ini menunjukkan mereka mempunyai


kesedaran terhadap isu privasi dan keselamatan maklumat ketika berurusan mengguna media
sosial untuk tujuan perniagaan mahupun aktiviti harian yang lain.

Persepsi

Persepsi ataupun pandangan informan mengenai isu-isu privasi dan juga keselamatan
maklumat ini dilihat lebih banyak melibatkan pandangan yang disebabkan oleh isu-isu
negatif yang berlaku di Internet dan media sosial. Jika dilihat dari sudut perniagaan secara
dalam talian, informan sangat peka dan maklum dengan isu-isu privasi dan juga keselamatan
maklumat. Kebanyakannya mempunyai perasaan bimbang dengan kebocoran maklumat yang
bakal berlaku seperti yang dinyatakan oleh Informan 6:

“…seseorang itu boleh menggodam dan mendapatkan butiran peribadi peribadi


seseorang individu itu hanya dalam waktu yang singkat dengan menggunakan
nombor akaun bank mahupun nombor telefon seseorang….pemaparan nombor
telefon oleh para peniaga secara publik pula akan mendedahkan diri mereka
kepada risiko diganggu oleh pihak-pihak tertentu.”

Persepsi negatif ini wujud berkaitan dengan kebocoran maklumat yang boleh digodam
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab untuk mendapat maklumat peribadi seseorang
individu seperti maklumat akaun bank dan sebagainya. Selain itu, maklumat seperti nombor

210
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

telefon juga boleh menyebabkan risiko kepada pengguna seperti sentiasa diganggu oleh pihak
tertentu untuk menjual sesuatu produk.

Walau bagaimanapun, tidak semua persepsi negatif dibina berdasarkan kepada pelbagai
isu privasi dan keselamatan yang berlaku di sekeliling mereka. Para informan juga
berpendapat kewujudan media sosial pada masa kini sememangnya memberikan impak
positif kepada mereka dari segi hubungan sosial dan juga sebagai sumber maklumat.
Contohnya seperti yang dinyatakan oleh informan 5 dalam memberi pandangannya mengenai
perkembangan media sosial pada masa kini:

“…Pada pendapat saya, dengan kemunculan pelbagai teknologi atau aplikasi


komunikasi media baru seperti media sosial telah menyebabkan pengaliran
pelbagai maklumat tanpa sempadan…sesetengah khalayak merasakan aspek
privasi dalam media baru seperti laman sosial Facebook, Twitter, Instagram dan
sebagainya perlu dijaga dengan baik agar segala maklumat mereka tidak mudah
diceroboh oleh pihak lain yang tidak bertanggungjawab..”

Pandangan tersebut menunjukkan bahawa pengguna tidak melihat media sosial sebagai
sesuatu yang memberikan mudarat kepada mereka. Namun mereka yakin bahawa isu privasi
dan keselamatan maklumat ini perlu dititik beratkan oleh semua pengguna agar maklumat
mereka sentiasa terjaga dan tidak mudah dicerobohi dan disalah guna. Hal ini turut
dipersetujui oleh informan 4 dalam memberikan pandangan beliau:

“…individu berhak dalam memastikan keselamatan dan privasi mereka berada


dalam tahap yang sepatutnya..”

Selain itu, undang-undang serta penguatkuasaan juga berperanan dalam mengawal isu-
isu pencerobohan privasi dan keselamatan maklumat pengguna di media sosial. Hal ini
dikongsi oleh informan 16 dalam pandangan beliau seperti berikut:

“..pada pandangan saya, selain daripada tapisan kendiri mahupun mengambil


langkah-langkah keselamatan, undang-undang amat berperanan dalam
mengekang gejalan negatif yang boleh memberi kesan kepada privasi dan
keselamatan pengguna..”

211
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

Keperluan dan Kawalan Pengguna

Hasil analisis mendapati pengguna menyatakan beberapa keperluan serta cadangan untuk
mempertingkatkan keselamatan dan hak privasi pengguna ketika mengguna media sosial
untuk aktiviti harian mereka termasuklah urusan pembelian secara dalam talian. Kajian ini
membahagikan bahagian ini kepada dua tema utama iaitu, pertama adalah dari sudut kawalan
kendiri yang lebih kepada cara pengguna mengawal sendiri tetapan-tetapan yang ada di
media sosial. Informan majoriti berpendapat kawalan kendiri adalah antara mekanisme
terbaik dalam mengekang risiko privasi dan keselamatan maklumat di media sosial. Sebagai
contoh, Informan 5 menyatakan:

“….perlulah menggunakan cara yang bijak iaitu seperti Facebook hanya


menggunakan tetapan privasi pada yang dimuat naik untuk dilihat oleh ahli
keluarga dan diri sendiri sahaja…”

Di samping itu, tema kedua memberi penekanan dari segi kawalan kandungan yang
terdapat dalam media sosial. Majoriti informan berpendapat bahawa pengguna perlulah bijak
untuk mengawal sendiri kandungan yang mereka muat naik di Internet mahupun media
sosial. Informan 5 juga menyatakan beliau tidak akan mememuat naik kandungan yang boleh
menjejaskan privasi dan keselamatan maklumat peribadi.

“...tidak memuat naik langsung gambar yang boleh menggugat privasi dan
keselamatan sebagai pengguna media baru…kita seharusnya mewujudkan satu
‘gatekeeper’ dalam diri kita apabila menggunakan media baru…”

Selain itu, ada juga pemasar yang berwaspada dan berhati-hati apabila berurusan
melalui Internet atau media sosial apabila beliau hanya ingin berurusan melalui email sahaja
untuk memastikan keselamatan maklumat serta urusan perniagaannya. Informan 6 juga
menyatakan, maklumat yang diberikan kepada pembeli hanya apabila mendapat kepastian
bahawa mereka benar-benar berminat untuk membeli atau melaksanakan urusan pembelian.

“...meletakkan alamat email, khusus untuk perniagaan mereka sahaja. Segala


urusan jual beli boleh dilakukan melalui emel sahaja…nombor akaun bank pula
hanya diberikan kepada pembeli yang benar-benar ingin membeli produk
mereka…”

212
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

IMPLIKASI DAN KAJIAN MASA HADAPAN

Kajian ini mendapati para pengguna media sosial sedar serta faham mengenai isu-isu privasi
dan keselamatan maklumat ketika berada di dunia maya. Walau bagaimanapun kesedaran ini
hanya boleh diperolehi daripada informan yang mendapat pendidikan formal mengenai
penggunaan media dan juga media sosial. Kajian ini memberi impak kepada kepentingan
literasi media dalam kalangan pengguna bermula dari peringkat kanak-kanak sehingga
dewasa. Pendidikan di Malaysia harus mengintegrasi kepentingan literasi media, etika
sewaktu dalam talian, kelebihan dan keburukan media baru dan sebagainya.

Seharusnya isu-isu privasi dan keselamatan maklumat seperti ini perlu diketahui oleh
semua pengguna media sosial serta golongan yang melakukan pembelian secara dalam talian.
Dapatan memberi implikasi kepada penggunaan metodologi serta menjadi satu titik tolak
untuk meneruskan kajian pada skala yang lebih besar bagi mendapatkan pandangan serta
persepsi pengguna media sosial mengenai isu privasi dan keselamatan maklumat. Kajian
secara soal selidik dalam kalangan pengguna media sosial yang berurusan dan melakukan
pembelian secara dalam talian harus dilaksanakan untuk mendapat gambaran yang lebih jelas
terhadap isu yang sedang dikaji. Oleh itu, kajian ini akan diteruskan atau dijalankan
menggunakan kaedah kuantitatif untuk memahami kefahaman dan keperluan pengguna
media sosial terhadap isu privasi dan keselamatan maklumat sewaktu berurusan dalam media
sosial.

PENUTUP

Kajian menunjukkan pengguna pada masa kini mempunyai kesedaran terhadap isu-isu yang
melibatkan privasi dan keselamatan maklumat di Internet mahupun media sosial apabila
berurusan secara dalam talian. Majoriti informan menyarankan agar pengguna yang
berurusan menggunakan media sosial untuk menjalankan urusan perniagaan, pembelian
secara dalam dan aktiviti yang lain lebih bijak dan berhati-hati. Mereka jangan sewenang-
wenangnya memuat naik serta berkongsi pelbagai maklumat peribadi di media sosial untuk
mengelak ada pihak-pihak tertentu atau tidak bertanggungjawab mengguna maklumat
peribadi untuk tujuan yang tidak sihat. Kajian seterusnya mengenai isu privasi dan
keselamatan maklumat peribadi ketika melakukan pembelian secara dalam talian melalui

213
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

media sosial ini akan diteruskan mengguna kaedah kuantitatif untuk melihat persepsi
pengguna media sosial mengenai isu tersebut melalui skala yang lebih besar.

RUJUKAN

Basilisco, R. & Jin, C. K. 2015. Uses and Gratification Motivation for Using Facebook and
the Impact of Facebook Usage on Social Capital and Life Satisfaction among Filipino
Users. International Journal of Software Engineering and Its Applications. 9(4):191-
194.

rd
Croteau, D. & Hoynes, W. 2003. Media Society : Industries, Images, and Audiences. 3
Edition. Thousand Oaks: Pine Forge Press.

Donthu, N. & Garcia, A. 1999. The Internet shopper. J.Advert. Res. 36(March/April):69-76

Ezumah, B.A. 2013. College Students’ Use of Social Media : Site Preferences, Uses and
Gratifications Theory Revisited. International Journal of Business and Social Science.
4(5):27-34.

Fullerton, R. 2011. The Impact of Social Media on Marketing Strategy.


http://www.academia.edu/3719601/The_Impact_of_Social_Media_on_Marketing_Strat
egy

Hanna, R., Rohm, A., & Crittenden, V. 2011. We’re All Connected: The Power of The Social
Media Ecosystem. Business Horizons. 54: 265-273.

Hennig-Thurau, T., Gwinner, K. P., Walsh, G., & Gremler, D.D. 2004. Electronic Word-of-
Mouth via Consumer-Opinion Platforms: What Motivates Consumers to Articulate
Themselves on the Internet? Journal of Interactive Marketing. 18(1):38-52.

Kaplan, A. M. & Haenlein, M. 2010. Users of The World, Unite! The Challengers and
Oppoturnities of Social Media. Business Horizons. 53 (1).

Kucuk, K. 2007. An Analysis of Consumer Power on The Internet. Technovation. 27(1-2):


47-56.

214
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

Kumar, A., Gupta, S.K., Rai, A. K., & Sinha, S. 2013. Social Networking Sites and Their
Security Issues. International Journal of Scientific and Research Publications. 3(4):1-5.

Levy, M. & Weitz, B. A. 2001. Retailing Management. 4th Ed. New York, NY: McGraw-
Hill.

Lim Yet Mee & Cham Tat Huei. 2014. A Profile of the Internet Shoppers: Evidence from
nine countries. Telematics and Informatics. 32:344-454.

Lombardi, G. 2012. How to map out the perfect, integrated, online marketing strategy for
your practice. Dental Economics. 102 : 61.

Lorrie, T. 2010. McGraw-Hill 36-Hour Course : Online Marketing. New York. NY, USA:
McGraw-Hill Professional Publishing.

Madden, M., Lenhart, A., Cortesi, S. & Gasser, Urs. 2013. Teens and Mobile Apps Privacy.
PewResearchCenter. http://pewinternet.org/Reports/2013/Teens-and-Mobile-Apps-
Privacy.aspx

Mangold, G., & Faulds, D. 2009. Social Media : The New Hybrid Element of the Promotion
Mix. Business Horizons. 52: 357-365.

Mohammad Hossein Moshref Javadi, Hossein Rezaei Dolatabadi, Mojtaba Nourbakhsh,


Amir Poursaeedi, & Ahmad Reza Asadollahi. 2012. An Analysis of Factors Affecting
on Online Shopping Behaviour of Consumers. International Journal of Marketing
Studies. 4 (5) : 81-98.

Niranjanamurthy, M. & Chahar, D. 2012. The Study of E-Commerce Security Issues and
Solutions. International Journal of Advanced Research in Computer and
Communication Engineering. 2(7):1-12.

PewResearchCenter. 2013. Teens, Social Media, and Privacy. The Berkman Center for
Internet & Society. Harvard University.

Radlick, M. 2014. Why Hispanics Use Facebook and Twitter : A Uses and Gratifications
Approach. Tesis sarjana. American University.

Silver, Y. 2008. 5 perfect ‘spare-time’ online business.


http://www.entrepreneur.com/article/194524.

215
e-Bangi Vol. 10, No. 2 (2015) 203-216, ISSN: 1823-884x

Sinha, J. 2010. Factors Affecting Online Shopping Behaviour of Indian Consumer. Disertasi
Kedoktoran. University of South Carolina, USA.

Swinyard, W.R & Smith, S.M.2003. Why people (don’t) shop online: a lifestyle study of the
Internet consumer. Psychology & Marketing. 20(7):567-597.

Yazdanifard, R., Al-Huda Edres, N., & Seyedi, A.,P. 2011. Security and Privacy Issues as a
Potential Risk for Further E-commerce Development. International Conference on
Information Communication and Management.

Nurul Madiha Mohd Ilham & Mohd Azul Mohamad Salleh (PhD)
Pusat Pengajian Media & Komunikasi
Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan
Universiti Kebangsaan Malaysia
Email: madihailham@gmail.com & azul@ukm.edu.my

216
Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication
Jilid 33(1) 2017: 502-514

Pengalaman dan Kesedaran Pengguna Dewasa terhadap Isu


Pengawasan di Media Sosial

MOHD AZUL MOHAMAD SALLEH


NURUL MADIHA MOHD ILHAM
Universiti Kebangsaan Malaysia
azul@ukm.edu.my
madihailham@gmail.com

ABSTRAK
Perkembangan Internet dan teknologi komunikasi seperti Web 2.0 telah memberi kesan dalam
pembangunan pelbagai aplikasi yang lebih bersifat dinamik dan interaktif. Aplikasi-aplikasi yang
dibangunkan merancakkan lagi pembentukan masyarakat jaringan, jaringan sosial dan proses
komunikasi secara dalam talian. Sebagai contoh aplikasi media sosial seperti Facebook, Whatsapp,
Instagram dan Twitter memberi kesan baharu kepada pengguna untuk lebih aktif berinteraksi
dengan pelbagai khalayak. Walau bagaimana pun, penggunaan media sosial telah mewujudkan satu
fenomena baharu iaitu isu pengawasan. Pengawasan melalui media sosial bukan sahaja membawa
kebaikan, malah juga menimbulkan kesan yang negatif. Tujuan kajian ini adalah untuk
membincangkan pengalaman, kesedaran dan pengetahuan pengguna terhadap isu pengawasan
ketika mengguna media sosial. Kajian ini menggunakan pendekatan kualitatif iaitu kaedah temubual
mendalam dan perbincangan kumpulan fokus dalam kalangan individu dewasa yang mengguna
sekurang-kuranya satu aplikasi media sosial. Hasil kajian mendapati pengguna mempunyai
pengalaman, kesedaran serta kefahaman terhadap isu pengawasan ketika mengguna aplikasi media
sosial. Selain itu, mereka juga menggunakan aplikasi media sosial untuk mendapat dan mengawasi
maklumat yang dikongsi oleh rakan. Majoriti pengguna sedar kepentingan untuk menjaga
keselamatan dan privasi maklumat peribadi di media sosial. Kajian ini memberi implikasi terhadap
kepentingan memahami pengawasan media sosial, keselamatan dan privasi maklumat peribadi
ketika berkongsi melalui Internet.

Kata Kunci: Pengalaman, kesedaran, pengawasan, keselamatan, media sosial

The Experience and Awareness of Adult Users of Surveillance Issues in Social


Media

ABSTRACT
The development of Internet and communication technologies such as Web 2.0 has affected the
development of various applications that are more dynamic and interactive. The applications are
developed to boost the creation of network society, social network and the process of online
communication. For example social media applications, Facebook, Whatsapp, Instagram and Twitter
bring significant affects to new users to more actively interact with a variety of audiences. However,
the use of social media has created a new phenomenon, namely the issue of surveillance.
Surveillance through social media is not only beneficial, but also lead to negative impact. The aim of
this study is to discuss the experience, awareness and knowledge of users on the issue of
surveillance when using social media. This study used a qualitative approach, in-depth interview and
focus group discussion among adults who use at least one social media application. The study reveals
that most of the users have experienced, are aware and understand the issue of surveillance when
using social media applications. In addition, they also use social media applications to keep
E-ISSN: 2289-1528 502
Pengalaman dan Kesedaran Pengguna Dewasa terhadap Isu Pengawasan di Media
Sosial Mohd Azul Mohamad Salleh & Nurul Madiha Mohd Ilham

updated on the information shared by their friends. The majority of them are aware of the
importance of maintaining safety and privacy of personal information in social media. This research
has implications in understanding the importance of social media surveillance, security and privacy
of personal information when shared through the Internet.

Keywords: Experience, awareness, surveillance, safety, social media

PENGENALAN
Perkembangan Internet, Web 2.0 dan teknologi komunikasi memberi peluang kepada
pengguna untuk aktif berinteraksi melalui pelbagai aplikasi dirangkaian Internet secara
wayar dan tanpa wayar. Pada hari ini, pelbagai aplikasi dibangunkan untuk memberi peluang
kepada pengguna berkomunikasi, mengakses, berkongsi, serta menyebarkan informasi
kepada pengguna lain diseluruh dunia. Kemajuan Internet dan teknologi komunikasi di
Malaysia memberi impak yang begitu besar dalam kehidupan masyarakat pada hari ini.
Sebagai contoh, teknologi komunikasi menyediakan peluang untuk individu dan organisasi
meningkatkan kecekapan dalam menjalankan tugas harian, memperbaiki produktiviti dan
daya saing dalam pelbagai bidang seperti politik dan ekonomi
Selain itu, pembangunan sistem atau aplikasi secara dalam talian juga membawa
perubahan kepada kehidupan harian masyarakat dalam memproses, berkongsi dan
penyebaran maklumat (Mohd Azul Mohamad Salleh et al. 2016). Selain itu, pembangunan
teknologi sebegini juga merancakan lagi pembentukan sebuah masyarakat abad ke 21 yang
baharu, iaitu masyarakat digital atau masyarakat jaringan. Menurut Castells (Castells, 2000),
masyarakat jaringan merujuk kepada struktur asas masyarakat yang berkait rapat dengan
masyarakat bermaklumat yang mengguna infrastruktur dan aplikasi teknologi komunikasi
untuk melaksanakan kerja harian mereka.
Sebagai contoh, teknologi Web 2.0 telah menyedia satu platform kepada
pembangun/pengaturcara untuk membangunkan pelbagai aplikasi media sosial yang
memberi peluang kepada pengguna untuk bersosial secara dalam talian. Antara aplikasinya
adalah seperti Facebook, Friendster, Myspace, Instagram, Youtube dan sebagainya. Aplikasi-
aplikasi ini menyedia kemudahan untuk pengguna berkongsi pelbagai maklumat dalam
bentuk teks, grafik, audio dan video. Aplikasi media sosial ini menjadi salah satu medium
yang memberi ruang supaya maklumat dapat dibaca, dilihat, didengar dan ditonton oleh
pelbagai latarbelakang pengguna.
Media sosial yang mempunyai ciri Web yang dinamik menyedia satu ruang
sebenarnya kepada pengguna yang gemar untuk berkongsikan pelbagai maklumat peribadi
serta aktiviti-aktiviti harian kepada kepada ahli keluarga dan kawan-kawan. Ciri ini juga
memudahkan pengguna media sosial untuk menjalinkan hubungan, berkawan dan membina
rangkaian secara dalam talian. Perkara sebegini sekaligus membuka satu peluang kepada
sesiapa sahaja untuk mewujudkan rangkaian hubungan secara maya antara satu dengan
yang lain. Di media sosial pengguna dibenarkan untuk berkomunikasi dan berjumpa secara
maya dengan kawan yang baru dikenali dalam satu jaringan sosial yang cukup besar, atau
sebenarnya menjadi ahli sebahagian daripada jaringan sosial di Internet.
Pengunaan aplikasi media sosial ini berkembang dengan rancak lagi dengan adanya
sokongan pelbagai organisasi yang menyediakan rangkaian Internet, teknologi rangkaian
telekomunikasi dan peralatan untuk mencapai rangkaian tanpa wayar. Impak dari
perkembangan perkakasan dan peralatan pintar yang boleh mengakses Internet juga telah
menyedia satu platform perkongsian maklumat dalam satu jaringan yang cukup besar dalam

E-ISSN: 2289-1528 503


Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication
Jilid 33(1) 2017: 502-514
kalangan pengguna. Sebagi contoh, melalui aplikasi media sosial pengguna dapat membaca,
berkongsi dan mengetahui apa yang dipaparkan, serta aktiviti serta perkembangan
seseorang pengguna yang lain di media sosial tertentu (Andrews 2011).
Kaplan dan Haenlein (2010) menyifatkan aplikasi media sosial merupakan satu media
yang dibentuk berasaskan interaksi sosial, dan dibangun untuk memudahkan proses capaian
dan akses kepada maklumat yang dikongsi. Media sosial yang berasaskan penggunaan
Internet dan teknologi Web membolehkan sistem penyiaran media yang sehala
ditransformasikan kepada sistem dialog yang lebih aktif dan interaktif. Sifat media sosial
yang lebih interaktif dengan adanya ciri interaktiviti dapat mempertingkatkan kepuasan
komunikasi secara dalam talian (Mohd Azul Mohamad Salleh 2012), dan menyebabkan ianya
menjadi unik dan lebih dinamik kandungannya berbanding dengan media lain. Media sosial
juga memberikan ruang dan kuasa kepada pengguna untuk mengekspresikan diri sendiri dan
berhubung dengan individu lain dengan mudah.
Pew Research Center (2013) menyatakan bahawa pengguna laman sosial cenderung
untuk berkongsi pelbagai maklumat peribadi secara dalam talian. Seterusnya, Madden et. al
(2013) pula menyatakan pengguna mengelak daripada menggunakan beberapa aplikasi di
telefon pintar dan tablet disebabkan kegusaran mengenai aspek keselamatan seperti privasi
ketika berkomunikasi dan berkongsi maklumat secara dalam talian. Sebagai contoh,
perkongsian maklumat peribadi yang tidak terkawal oleh pengguna di Internet atau media
sosial membawa kepada impak yang negatif seperti kecurian maklumat peribadi,
pencerobohan data, penyalahgunaan maklumat dan sebagainya. Mafaisu et al. (2015),
menyatakan sebanyak 78% daripada responden kajian mereka tidak mempunyai
kebimbangan terhadap maklumat peribadi yang didedahkan menerusi media sosial. Perkara
ini sebenarnya membimbangkan kerana ia memberi peluang kepada pihak yang tidak
bertanggung jawab untuk menyalahgunakan maklumat peribadi seseorang pengguna.
Pengawasan di media sosial boleh dilakukan oleh kawan-kawan pengguna media
sosial itu sendiri atau pihak ketiga seperti spammer. Kebiasaannya, pengguna lain di media
sosial mempunyai peluang untuk menghantar spam atau menyamar sebagai salah seorang
kawan untuk mengawasi atau mendapat maklumat peribadi seseorang pengguna di Media
sosial. Pada hari ini, pengguna media sosial rancak untuk berkongsi kandungan tetapi tidak
menyedari implikasi atau risiko apabila mempamerkan maklumat peribadi secara terbuka.
Maklumat peribadi di media sosial terbuka kepada risiko penyalahgunaan maklumat oleh
penjenayah siber untuk menyamar mengguna identity pengguna yang sebenar untuk
kegiatan yang salah. Sebenarnya mangsa jenayah siber tidak menyedari identiti dan
maklumat peribadi mereka diawasi, diguna atau dicuri sehingga mereka menjadi mangsa.
Isunya disini, sejauhmana pengguna aplikasi media sosial di Malaysia mempunyai
pengalaman, kesedaran, kefahaman dan pengetahuan bahawa wujudnya satu konsep
pengawasan yang boleh menganggu privasi ketika menggunanya. Adakah pengguna
mengetahui wujudnya pengguna lain yang sedang memerhati apa yang dikongsi?
Sejauhmana pengguna menerima dan memahami isu pengawasan melalui aplikasi media
sosial ini membawa kesan yang positif dan negatif dalam kehidupan harian? Oleh itu, tujuan
artikel ini adalah untuk membincangkan pengalaman pengguna aplikasi media sosial dalam
kalangan golongan dewasa terhadap isu pengawasan.

ISU PENGAWASAN DI APLIKASI MEDIA SOSIAL


Kemunculan aplikasi media sosial telah menyebabkan pengguna, masyarakat dan organisasi
mempunyai akses yang lebih besar ke atas maklumat, jaringan sosial serta medium

E-ISSN: 2289-1528 504


Pengalaman dan Kesedaran Pengguna Dewasa terhadap Isu Pengawasan di Media
Sosial Mohd Azul Mohamad Salleh & Nurul Madiha Mohd Ilham

komunikasi. Malah, kemunculan aplikasi media sosial juga membantu memantapkan lagi
proses penyampaian dan perkongsian maklumat secara dalam talian ini. Aplikasi media
sosial telah menjadi satu medium penting dalam kalangan pengguna untuk berinteraksi dan
berkomunikasi dengan lebih efisien. Pada masa kini, pengguna di Malaysia menggunakan
media baharu dan teknologi terkini dalam kehidupan harian untuk kegiatan sosial, ekonomi
dan politik. Semakin berkembangnya peralatan teknologi komunikasi, maka penggunaan
aplikasi media sosial ini juga pesat berkembang dimana ia membolehkan pengguna untuk
membina hubungan dengan berkongsikan maklumat (teks, gambar, audio dan video) serta
mengakses maklumat tanpa batasan sempadan.
Perkembangan aplikasi media sosial di Malaysia sebenarnya seiring dengan
pertumbuhan peralatan dan perkakasan teknologi komunikasi seperti rangkaian
telekomunikasi, telefon bimbit, komputer peribadi dan sebagainya. Aplikasi media sosial
yang boleh dicapai melalui perkakasan sebegini dilihat sebagai satu medium baharu untuk
berinteraksi dan berkomunikasi dalam kalangan pengguna. Ciri-ciri yang ada pada Web 2.0
untuk membentuk jaringan media sosial yang berkembang sejak 2008 membuka satu
platform untuk pengguna bertukar maklumat secara dalam talian pada bila-bila masa dan
dimana-mana. Kemudahan internet sebegini sekaligus membantu mempertingkatkan
penggunaan aplikasi media sosial yang pelbagai seperti Facebook, Instagram, dan Twitter.
Andrews (2011) dalam bukunya yang berjudul “I know who you are and I saw what
you did” menyatakan aplikasi media sosial banyak memberi ruang dan peluang kepada
pengguna untuk mencari maklumat serta mengetahui apa aktiviti yang sedang dilakukan
atau dilaksanakan oleh seseorang pengguna lain. Selain itu, penggunaan teknologi maklumat
dan komunikasi seperti aplikasi media sosial juga memberi kemudahan kepada pengguna
untuk berkongsi, mencapai dan menyebar maklumat untuk tujuan tertentu. Ali Salman et. al
(2014) juga menyatakan bahawa kebanyakkan pengguna pada hari ini memperolehi banyak
manfaat dengan kewujudan pelbagai aplikasi di Internet, antaranya daripada aspek
komunikasi, pendidikan, hiburan dan perniagaan.
Aplikasi media sosial dilihat sebagai satu cara berinteraksi secara dalam talian
dimana pengguna mempunyai kuasa untuk mencipta, berkongsi, bertukar maklumat dan
idea dalam satu jaringan dan rangkaian Internet yang besar (Schiffman & Wisenblit 2015).
Aplikasi media sosial merupakan satu jaringan yang membolehkan pengguna berkomunikasi
dan mempamerkan maklumat peribadi kepada khalayak umum ataupun pengguna yang
lain. Isu yang ingin disuarakan adalah sejauhmana pengguna aplikasi media sosial menyedari
maklumat yang dikongsi itu telah dilihat oleh pengguna lain, dikongsi kepada pengguna lain
dan disimpan oleh pengguna lain untuk tujuan-tujuan tertentu? Adakah pengguna
menyedari ada pengguna lain sedang memerhati aktiviti mereka sewaktu mereka dalam
talian (online) dalam aplikasi media sosial tertentu? Pengguna mungkin tidak menyedari
wujudnya konsep pengawasan secara digital melalui aplikasi media sosial (Fuchs & Trottier
2015), yang seterusnya membawa kepada kesan yang positif dan negatif kepada diri sendiri,
keluarga, masyarakat dan negara.
Kajian impak sosial dari media kepada pelbagai tahap pengguna telah banyak dikaji
oleh penyelidik dalam dan luar negara. Contohnya, penyelidik dalam negara seperti Afendi
Hamat, Mohamed Amin & Haslinda (2012), Farrah Dina Yusop & Melati Sumari (2013) dan
Adam Mahamat Helou & Nor Zairah Ab. Rahim (2014) mengkaji pengguna media sosial
dalam kalangan pelajar dan mereka tetapi tidak memberi penekanan dalam aspek
pengawasan dan keselamatan maklumat peribadi pengguna. Sebenarnya, proses
berinteraksi melalui media sosial tanpa disedari memberi kesan kepada pengguna,

E-ISSN: 2289-1528 505


Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication
Jilid 33(1) 2017: 502-514
antaranya ialah kecurian maklumat peribadi dan identiti oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab (Lai et al. 2012).
Zurawski (2005) telah menyatakan bahawa pengawasan merupakan satu aspek yang
penting untuk dinilai apabila seseorang individu mengguna sesuatu teknologi. Beliau juga
menyuarakan isu, sejauhmana pengawasan menggunakan teknologi boleh mengawal
pelbagai aktiviti, mendapat maklumat serta menilai aktiviti seseorang individu pada masa
kini? Isu ini kerap dibangkitkan di media cetak dan media elektronik. Kebanyakkan pengguna
gemar berkongsi maklumat peribadi di media sosial tanpa mengambil inisiatif untuk
melindunginya. Ancaman terhadap keselamatan maklumat peribadi melalui rangkaian
Internet merupakan isu penting kerana ia membolehkan pengguna berada dalam keadaan
berisiko tinggi tanpa mereka sedari. Persoalannya ialah, adakah wujud satu kuasa yang
membenarkan individu mengawal aktiviti individu lain seperti penggunaan kamera litar
tertutup (CCTV) yang dipasang pada sesebuah bangunan?
Selain itu, Goldsmith dan Wu (2008) juga menyatakan, siapakah sebenarnya yang
mengawal Internet dalam dunia digital dan tanpa sempadan pada masa ini? Dalam aspek ini
sebenarnya, seseorang pengguna boleh mencari maklumat, aktiviti, profil individu lain
apabila berhubungan dalam satu jaringan yang besar melalui media sosial (Ansdrews 2011).
Dalam hal ini, Fuchs (2012) menyatakan wujudnya konsep pengawasan apabila pengguna
saling berhubung antara satu dengan lain melalui aplikasi secara dalam talian, seperti
aplikasi media sosial. Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada wujudnya konsep
pengawasan melalui rangkaian Internet kepada individu atau pengguna itu sendiri, malah
kepada ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara.
Allmer (2011) menekankan kepentingan kajian pengawasan dalam masyarakat
bermaklumat pada masa kini. Media sosial dilihat sebagai aplikasi yang menyedia ruangan
sosial kepada pengguna untuk bersosial tanpa mengira waktu dan tempat. Apabila data dan
maklumat peribadi dipamerkan dengan mudah sewaktu bersosial secara dalam talian
melalui aplikasi media sosial, sudah pasti ia memberi ruang yang luas kepada individu lain
untuk membaca, berkongsi dan menyimpan tersebut. Seperti dinyatakan oleh Marwick
(2012), pengguna begitu mudah untuk mendapat maklumat peribadi pengguna yang lain
melalui aplikasi jaringan sosial seperti Twitter, Facebook dan Foursquare. Ini menunjukkan
pengkaji-pengkaji di atas berpendapat konsep pengawasan telah wujud dalam dunia digital
masa kini untuk memantau aktiviti dan seseorang individu atau sesebuah komuniti maya.
Maklumat yang mudah untuk dipantau oleh pihak ketiga melalui aplikasi media
sosial memberi kesan kepada pencerobohan atau penyalahgunaan maklumat peribadi oleh
pihak yang tidak bertanggungjawab. Apa sebenarnya punca kepada permasalahan dan isu
ini, adakah kerana pengguna kurang mempunyai pengetahuan terhadap risiko keselamatan
maklumat peribadi dan privasi ketika mendedahkan maklumat menerusi aplikasi media
sosial? Kajian ini membantu pengkaji memahami dan mengkaji pengalaman, pengetahuan
dan kesedaran golongan dewasa yang mengguna aplikasi media sosial dalam kehidupan
harian mereka. Oleh itu, isu dan konsep pengawasan melalui aplikasi media sosial harus
dibincangkan untuk mengenalpasti kesan positif dan negatifnya.

KAEDAH KAJIAN
Kajian awal ini menggunakan pendekatan kualitatif melalui dua keadah kutipan data utama
iaitu temubual secara mendalam dan kumpulan fokus. Kaedah temubual secara mendalam
digunakan untuk mendapat maklumat secara terperinci berkaitan dengan pengalaman,
kesedaran dan pengetahuan informan tentang konsep pengawasan melalui aplikasi media

E-ISSN: 2289-1528 506


Pengalaman dan Kesedaran Pengguna Dewasa terhadap Isu Pengawasan di Media
Sosial Mohd Azul Mohamad Salleh & Nurul Madiha Mohd Ilham

sosial yang digunakan oleh mereka. Informan dalam kaedah ini dipilih menggunakan
persampelan “snow ball” yang terdiri daripada 5 orang golongan dewasa dan mempunyai
ciri-ciri yang telah ditetapkan seperti mengguna aplikasi media sosial diantara 2-3 jam
sehari.
Selain itu, kaedah kumpulan fokus juga penting untuk mendapat maklumat secara
lebih terperinci secara berdiskusi bersama beberapa orang informan yang lain. Kaedah ini
penting untuk memahami dan mendapat maklumat berkaitan dengan kesedaran dan
pengetahuan pengguna dalam aspek pengawasan sosial secara lebih interaktif. Dua
kumpulan kajian fokus telah dilaksanakan dalam kajian ini. Informan dalam kaedah ini dipilih
seramai 6 orang untuk setiap kumpulan mengguna kaedah persampelan bertujuan dari
kalangan golongan dewasa yang mengguna sekurang-kurangnya 2-3 jam sehari, dan
mempunyai sekurang-kurang satu akaun aplikasi media sosial seperti Facebook.
Proses temubual mendalam dan kumpulan fokus dikendalikan melebihi 40 minit
setelah mendapat persetujuan dari kesemua informan. Sebelum proses tembubual dan
kumpulan fokus dilaksanakan, kesemua informan dijelaskan dengan tujuan kajian, etika
dalam melaksanakan kajian serta kerahsiaan maklumat. Data-data temubual dan kumpulan
fokus direkod mengguna digital audio. Data-data tersebut ditranskripsi ke dalam bentuk tek
(format Microsoft Word) untuk dianalisis mengguna perisian NVivo mengikut tema yang
diperlukan bagi menjawab objektif kajian.

DAPATAN KAJIAN DAN PERBINCANGAN


Kajian mendapati kebanyakan informan menyatakan bahawa Facebook, Twitter dan
Instagram merupakan antara media sosial yang kerap digunakan setiap hari. Selain itu
informan juga banyak berinteraksi secara dalam talian melalui aplikasi Whatsapp. Sebagai
contoh, informan D3 menyatakan beliau melihat kepentingan Facebook dan Whatsapp
dalam kehidupan hariannya:

“..yang lebih penting bagi saya adalah facebook dan...aaaaa..whatsapp” [D3]

Kajian juga menunjukkan kesemua responden dewasa memiliki telefon pintar dan
mengguna sekurang-kurangnya satu aplikasi media sosial untuk tujuan berkomunikasi
dengan ahli keluarga atau rakan-rakan. Aplikasi media sosial ini menjadi keutamaan mereka
kerana ia membolehkannya menghantar maklumat, berkongsi gambar dan aktiviti dengan
cepat dan mudah.

Tujuan Penggunaan Media Sosial


Penggunaan aplikasi media sosial dalam kalangan golongan dewasa ini melibatkan beberapa
aspek yang berkaitan dengan urusan kerja dan tanggungjawab sebagai seorang bapa atau
ibu kepada anak-anak. Majoriti informan menyatakan mereka mengguna aplikasi media
sosial untuk tujuan berkomunikasi dengan ahli keluarga dan rakan-rakan, mendapat berita
dan aktiviti terkini serta berkongsi maklumat dengan orang lain. Selain itu, sebagai pengguna
dewasa aplikasi media sosial, mereka juga mementingkan capaian atau akses kepada
informasi isu-isu semasa di Malaysia dan juga luar negara.
Berdasarkan kepada dapatan temubual yang telah dijalankan, rata-rata informan
juga menggunakan aplikasi media sosial untuk berinteraksi, mendapatkan maklumat
berkaitan dengan perniagaan secara dalam talian, resepi masakan serta maklumat yang
berkaitan dengan pengurusan dalam organisasi dengan lebih cepat.

E-ISSN: 2289-1528 507


Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication
Jilid 33(1) 2017: 502-514

“Kalau facebook sebab nak gather dengan kawan-kawan sekolah so


facebook ini adalah menyatuan untuk kawan-kawa sekolah dulu tapi
instagram more to macam kita tengok produk-produk or bisnes bisnes” [D5]
“…perniagaan online ke, untuk berurusan dengan mana-mana, apa? Kenalan
ataupun, ahh.. terlibat, ahh.. dalam pengurusan fakulti dan pusat lah..” [D1]
“Macam facebook saya selalu gunakan untuk tengok berita-berita terkini
kawan-kawan kita yang lama-lama yang lama kita tak jumpa, kita boleh
detect dari situ, resipi selalu saya gunakan macam tulah.” [D4]

Di samping itu, maklumat yang terdapat dalam media sosial juga membantu mereka
untuk mencari barangan dan membuat pembelian secara dalam talian. Sebagai seorang
ibubapa, mereka boleh mendapat maklumat berkaitan dengan harga barangan dipasaran,
dan seterusnya membuat perbandingan harga dengan lebih mudah dan cepat. Fungsi
aplikasi media sosial ini sebenarnya banyak membantu mereka membuat pengurusan
keluarga dan kewangan dengan lebih baik dan bijak. Sebagai contoh, informan D4
menyatakan:

“Bagi saya, saya dapat banyak ilmu dari situ tentang resipi-resipi masakan,
saya baru tau macam mana nak beli barang-barang online yang murah, saya
rasa lebih murah barang-barang online yang kita beli daripada kedai. Saya
dapat comparekan harga-harga tulah.” [D4]

Seterusnya, aspek bersosial merupakan perkara yang juga penting kepada golongan
dewasa pada masa kini. Mereka mengoptimunkan pengguna aplikasi media sosial untuk
membuka dan menambah jaringan dengan mencari maklumat rakan, berkongsi pengalaman
dan bermain permainan secara dalam talian.

“Macam kalau facebook dia more kepada information berita macam saya
kurang tengok tv so kita boleh baca melalui facebook selain berita saya main
game.[D5]

Secara umumnya, kajian ini mendapati jenis dan tujuan penggunaan aplikasi media
sosial dalam kalangan golongan dewasa adalah untuk tujuan yang melibatkan aktiviti harian
seperti bersosial, membina jaringan kawan, mencari resipi makanan dan membuat
pembelian barangan.

Kesedaran Terhadap Pengawasan


Kajian mendapati majoriti responden mempunyai kesedaran terhadap isu pengawasan oleh
pihak lain melalui aplikasi media sosial yang digunakan. Sebagai contoh, informan D8 & D9
menyatakan mereka mendapati ada pihak ketiga yang terdiri daripada rakan-rakan dalam
aplikasi yang sentiasa melihat status, gambar atau mesej yang disampaikan melalui media
sosial yang digunakan.

“Saya rasa macam tak selamat..banyak stalker..jadi..gambar-gambar


peribadi semua saya akan letak dalam Instagram…” [D9]

E-ISSN: 2289-1528 508


Pengalaman dan Kesedaran Pengguna Dewasa terhadap Isu Pengawasan di Media
Sosial Mohd Azul Mohamad Salleh & Nurul Madiha Mohd Ilham

“Macam kita share, macam kita upload any picture..mesti ada komen..mesti
ada like kan..so that mean someone awasi kita…” [D8]

Di samping itu, informan juga sebenarnya sedar akan kehadiran pihak ketiga dalam
mengawasi kandungan yang disampaikan dalam aplikasi media sosial. Ini sebenarnya
menunjukkan, pengguna aplikasi media sosial mengetahui dan mempunyai kesedaran
bahawa ada individu lain yang sedang memerhati dan membaca maklumat peribadi yang
disampaikan. Hal ini disedari apabila mereka mendapat tindakbalas seperti komen dan like
daripada rakan-rakan dalam aplikasi berkenaan.
Kajian ini membuktikan bahawa kebanyakan pengguna aplikasi media sosial
sebenarnya mengetahui dan mempunyai kesedaran terhadap isu pengawasan melalui
aplikasi media sosial seperti dinyatakan oleh informan D3:

“Saya faham aaa...saya tak faham keseluruhannya...tapi yang saya tahu


dalam media sosial ni..apa yang kita buat..dipantau oleh badan tertentu...”
[D3]

Kesan Positif Pengawasan


Isu pengawasan dalam media sosial sebenarnya membawa kesan yang positif dan negatif
kepada pengguna. Kajian mendapati pengguna aplikasi media sosial mengetahui kesan
positif penggunaannya dari segi pengawasan. Pengguna dapat memberi beberapa
kepentingan pengawasan melalui aplikasi media sosial seperti mendapat maklumat dan
memantau aktiviti yang dilakukan oleh ahli keluarga. Sebagai contoh, informan D5
menyatakan:

“Bagi kita yang dewasa mungkin kita boleh berfikir, tetapi kalau kanak-
kanak ibu bapa berperanan penting dalam memantau anak-anak
mereka.”[D5]

Ini membukatikan pengawasan melalui media sosial berperanan dalam memantau


aktiviti anak-anak ketika berada dalam talian. Ibubapa sepatutnya menggunakan media
sosial untuk mengetahui tempat yang sering dilawati anak-anak, siapa kawan-kawan mereka
dan sebagainya. Kandungan dalam media sosial yang dimuat naik seperti teks, gambar dan
video boleh membukti dan mempamerkan aktiviti yang dilakukan oleh anak-anak. Selain itu,
pengawasan melalui media sosial membolehkan pengguna yang lain mengetahui status
terkini rakan atau individu yang dikenali dengan pantas.

“Kebaikan dia cepat dapat maklumat...aaa...tak perlu tunggu untuk orang tu


untuk face to face…lepas tu..kita dapat mengetahui perkembangan semasa
dengan cepat..tak payah tunggu untuk berita dekat tv ke ape…[D9]

Informan juga merasakan walaupun mereka berupaya untuk memuatnaik dan


berkongsi maklumat di aplikasi media sosial, namun tetap berhati-hati dalam berkongsi
status dan gambar. Hal ini adalah kerana mereka tahu dan sedar bahawa terdapat ramai
rakan-rakan dan pengikut di media sosial yang ‘memerhatikan’ mereka.

“Saya akan berfikir terlebih dahulu sebelum share sesuatu maklumat. Saya
tidak sewenang-wenangnya untuk share sesuatu maklumat.” [D5]

E-ISSN: 2289-1528 509


Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication
Jilid 33(1) 2017: 502-514

Dalam aspek yang lain, informan mendapati pengawasan di aplikasi media sosial oleh
ahli keluarga, rakan-rakan dan sebagainya memberi kesan untuk lebih berhati-hati ketika
memuatnaik kandungan teks, grafik, audio atau video. Pengguna juga merasakan aspek
pengawasan yang boleh dilakukan melalui aplikasi media sosial sebenarnya membuktikan
bahawa individu yang lain ingin mengetahui perkembangan sosial mereka. Pengawasan di
media sosial ini sebenarnya dapat meningkatkan lagi tahap kawalan kendiri yang perlu
diambil perhatian oleh pengguna untuk memastikan keselamatan, kerahsiaan dan ketepatan
maklumat yang dikongsi.

Kesan Negatif Pengawasan


Penggunaan aplikasi media sosial untuk pengawasan juga memberi kesan yang
membimbangkan pengguna terutama dalam aspek keselamatan maklumat peribadi,
kerahsiaan dan privasi. Para informan cenderung untuk berkongsi maklumat yang terkini
sama ada teks, gambar, audio atau video di aplikasi media sosial. Ada diantara mereka yang
merasakan maklumat yang dikongsi tidak selamat, sebagai contoh:

“Saya kalau Facebook saya tak…aaa.dedahkan sangat pasal gambar-gambar


saya sebab saya rasa macam tak selamat.” [D9]

Selain dari itu, pengguna juga lebih risau tentang keselamatan diri mereka, ahli
keluarga serta harta benda. Informan merasa tidak selamat sekiranya maklumat yang
dikongsi di media sosial disalahguna oleh pihak-pihak tertentu untuk aktiviti yang tidak baik.
Sebagai contoh, informan takut sekiranya maklumat peribadi seperti gambar
disalahgunakan dan dikongsi untuk tujuan yang salah.
Mereka menyatakan, sekiranya ibubapa atau mana-mana pihak berkongsi maklumat
anak-anak melalui aplikasi media sosial, ini boleh mengugat keselamatan terhadap kanak-
kanak tersebut. Pengawasan diaplikasi media sosial juga memberi kesan kepada aktiviti
harian yang lebih jelas dipamerkan kepada pengguna lain, ini mendatangkan kerisauan
dalam hal privasi dan keselamatan seseorang individu. Sebagai contoh, dengan melihat
kepada dinding (wall) Facebook seseorang individu, kita dapat menilai aktiviti yang
dilaksanakan dalam seharian.

“Macam contoh kalau kita cuti mungkin bila orang kata kita cuti..ehh...dia ni
mungkin mengular ke…ataupun dia kata banyaknya duit dia…pergi ke mana
buat apa...aaa...memang dia ada baik buruk dia lah yang saya nampaklah…”
[D3]

Selain itu, informan juga berpendapat bahawa terdapat banyak perkara yang akan
berlaku sekiranya pengguna tidak menapis bahan-bahan yang dikongsi atau diterima.
Contohnya seperti kecurian identiti dan gambar, penipuan, pencerobohan akaun dan
kekeliruan keatas sesuatu maklumat.

“Media sosial keburukan dia…tapi macam kawan saya…macam kawan saya


yang share tapi bukan dia yang share something hack-hack..haa “ [D10]
“Dia satu facebook, dia guna akaun palsu, tapi guna gambar kawan say, jadi
saya…jadi takut..kalau kita post gambar-gambar kita dan orang…akan amik

E-ISSN: 2289-1528 510


Pengalaman dan Kesedaran Pengguna Dewasa terhadap Isu Pengawasan di Media
Sosial Mohd Azul Mohamad Salleh & Nurul Madiha Mohd Ilham

gambar kita…dia jadikan pulak facebook dia..dengan menggunakan gambar


kita tapi nama..orang lain..aa..pastu dia pulak share..benda-benda yang tak
senonoh”[D9]

Kajian ini sebenarnya banyak memberi maklumat dan pengetahuan yang penting
tentang pengalaman, pegetahuan dan kesedaran golongan dewasa dalam mengguna
aplikasi media sosial, terutama dalam aspek isu pengawasan. Dapatan kajian menunjukkan
informan berpendapat pengguna perlu mengambil langkah untuk lebih berhati-hati dalam
berkongsi segala maklumat di akaun aplikasi media sosial. Kajian membuktikan pengguna
mengamalkan sikap berwaspada terhadap keselamatan dan privasi maklumat peribadi
dengan pengguna yang lain diakaun media sosial. Pengguna yang mempunyai kesedaran
bahawa wujudnya individu yang sedang mengawasi maklumat di media sosial akan lebih
berhati-hati ketika berkongsi maklumat. Biasanya pengguna akan berkongsikan maklumat
atau mempamerkan maklumat peribadi hanya dengan ahli keluarga terdekat dan kawan-
kawan yang dikenali sahaja. Sesetengah daripada mereka tidak selesa untuk berkongsi
maklumat peribadi secara terbuka di aplikasi media sosial.
Pengguna sebenarnya menyedari kepentingan literasi media sosial dan pengetahuan
berkaitan dengan keselamatan serta privasi maklumat peribadi ketika mengguna aplikasi
media sosial. Pengalaman pengguna dalam kajian ini menunjukkan sesetengah daripada
mereka terlalu terbuka dalam perkongsian maklumat di media sosial. Kesannya, akaun
media sosial mereka pernah digodam dan gambar peribadi dicuri oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk membuka akaun media sosial yang lain oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Selain itu, terdapat juga pengguna yang pernah diikuti oleh orang yang
tidak dikenali kerana terlalu kerap menggunakan ciri-ciri yang boleh menentukan lokasi
(check in) di aplikasi media sosial.
Hal ini kerana setiap maklumat yang dikongsi berkemungkinan akan disalah guna dan
disalah tafsir (interpretasi) oleh mereka yang tidak bertanggungjawab. Aspek keselamatan
dan kerahsiaan maklumat peribadi memainkan peranan yang penting dalam isu pengawasan
sosial ini. Keghairahan pengguna dalam berkongsi segala gambar, status dan lokasi secara
berlebihan dikhuatiri boleh membahayakan diri, ahli keluarga dan individu yang lain.
Pengawasan melalui Internet membawa kesan kepada kerahsiaan dan privasi maklumat
peribadi seseorang individu atau organisasi. Pengguna media sosial hari ini rata-rata
mengadaptasi isu pengawasan dalam kehidupan meraka kerana merasakan mudah untuk
mencari kenalan yang terdiri dari ahli keluarga dan rakan-rakan (Odoemelam 2015).
Pengguna mengadaptasi isu ini dengan berkongsi pelbagai maklumat dengan niat untuk
membina jaringan seperti alamat e-mel, nombor telefon, nama, gambar, alamat rumah,
tarikh lahir dan sebagainya.
Kajian ini memberi implikasi dalam aspek keselamatan Internet, privasi maklumat,
kepentingan literasi media dan teknologi baru dalam kalangan pengguna. Individu
sebenarnya mempunyai peranan yang penting untuk diri sendiri dalam menentukan dan
memastikan pengurusan privasi maklumat masing-masing selamat (Mohd Sobhi Ishak &
Junaidi Abd Ghani 2015). Isu privasi perlu diberi perhatian ketika berkongsi pelbagai
maklumat melalui aplikasi media sosial kerana kadang-kadang maklumat boleh diguna oleh
pihak ketiga tanpa sebarang pengetahuan dan kebenaran pemilik (Odoemelam 2015).
Kajian ini membukti pengguna mengetahui, memahami dan mempunyai kesedaran tentang
privasi maklumat ketika berada dalam talian, tetapi ada sesetengah daripada mereka tidak
mengetahui untuk melindungi maklumat peribadi dari pada pihak ketiga.

E-ISSN: 2289-1528 511


Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication
Jilid 33(1) 2017: 502-514
Walau bagaimanapun, pengguna aplikasi media sosial pada hari ini sebenarnya
semakin menitikberatkan isu keselamatan dan privasi maklumat peribadi ketika
berkongsikan pelbagai jenis maklumat. Sebenarnya, pengguna mempunyai pengetahuan
dan kesedaran terhadap isu pengawasan di media sosial yang melibatkan pelbagai implikasi
kepada aspek keselamatan individu, keluarga dan negara. Oleh sebab itu, kebanyakkan
pengguna aplikasi media sosial hanya berkongsi maklumat hanya kepada pengguna yang
dikenali sahaja. Kesedaran dan pengetahuan yang dipraktikan oleh pengguna akan
mengurangkan mereka terdedah kepada ancaman atau jenayah siber yang lebih terbuka di
Internet dan juga media sosial. Kajian membuktikan pentingnya pengetahuan dan literasi
dalam aspek keselamatan siber, kerahsiaan maklumat peribadi dan privasi kepada
seseorang individu ketika menggunakan aplikasi media sosial atau Internet sebagai medium
untuk berkomunikasi.
Seterusnya, penggunaan kaedah kualitatif dalam kajian ini membantu penyelidik
memahami dan menjelaskan dengan lebih baik pengalaman, kesedaran dan pengetahuan
pengguna terhadap isu pengawasan yang wujud melalui aplikasi media sosial yang
digunakan dengan meluas pada masa kini. Kajian ini memberi dapatan yang cukup baik dan
penting untuk membentuk satu kerangka kajian atau membina model pada masa akan
datang bagi mengkaji/menilai isu pengawasan dalam skop yang lebih besar melalui kaedah
kuantitatif.

KESIMPULAN
Di sebalik kecanggihan dunia teknologi pada masa kini, para pengguna dilihat terlalu
seronok berkongsi apa sahaja di aplikasi media sosial. Namun begitu, pengguna perlulah
mengetahui serta memahami bahawa setiap bahan yang kongsi itu tidak sekadar dilihat oleh
rakan-rakan sahaja, malah mungkin juga akan dikongsi oleh orang lain serta menjadi ‘viral’ di
media sosial. Isu pengawasan melalui aplikasi media merupakan aspek yang perlu diberi
perhatian kepada semua pengguna. Pengguna mungkin tidak menyedari wujudnya
pengawasan secara digital atau pengawasan sosial sewaktu berada di dalam sesuatu aplikasi
media sosial untuk berkongsi isi hati, pendapat, ilmu dan sebagainya dengan niat untuk
bersosial. Pengguna harus berwaspada dan berhenti seketika untuk dari kerancakan
berinteraksi dan berkomunikasi untuk berfikir sejenak tentang isu ini. Berdasarkan kepada
kajian ini, dapat disimpulkan bahawa golongan dewasa pada hari ini mempunyai
pengalaman dan kesedaran berkaitan dengan isu pengawasan di media sosial. Namun
mereka masih belum memahami sepenuhnya mekanisme yang digunakan dalam mengawasi
maklumat-maklumat yang kongsikan. Selain itu mereka juga mampu untuk mengawal
sendiri bahan-bahan yang kongsikan agar segala maklumat peribadi tidak menjadi mangsa
kepada pihak yang tidak bertanggungjawab.

BIODATA
Mohd Azul Mohamad Salleh (PhD) adalah pensyarah kanan di Pusat Penyelidikan Impak
Media dan Industri Kreatif, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan
Malaysia. Bidang kajian beliau adalah media baharu dan teknologi komunikasi.
Nurul Madiha Mohd Ilham adalah pelajar Sarjana di Pusat Penyelidikan Impak Media dan
Industri Kreatif, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia.

E-ISSN: 2289-1528 512


Pengalaman dan Kesedaran Pengguna Dewasa terhadap Isu Pengawasan di Media
Sosial Mohd Azul Mohamad Salleh & Nurul Madiha Mohd Ilham

RUJUKAN
Adam Mahamat Helou & Nor Zairah Ab. Rahim. 2014. The influence of social networking
sites on student’s academic performance in Malaysia. International Journal of
Electronic Commerce Studies. 5(2). 247-254
Afendi Hamat, Mohamed Amin Embi & Haslinda Abu Hassan. (2012). The use of social sites
among malaysian university students. International Education Studies, 5(3), 56-62.
Ali Salman, Mohd Azul Mohamed Salleh, Mohd Yusof Hj. Abdullah, Normah Mustaffa, Abdul
Latiff Ahmad, Chang Peng Kee & Suhana Saad. 2014. ICT acceptance among
Malaysian urbanities: a study of additional variables in user acceptance of the new
media. Journal of Society and Space 10(6): 86-96.
Allmer,T. 2011. Critical surveillance studies in the information society. triple:
Communication, Capitalism & Critique. Open Access Journal for a Global Sustainable
Information Society. 9(2), 566-592.
Andrews, L. 2011. I know who you are and I saw what you did: social networks and the
death
of privacy. New York: Free Press.
Castells, M. 2000. The rise of the network society. USA: Blackwell Publishers Inc.
Farrah Dina Yusop & Melati Sumari. 2013. The use of social media technologies among
Malaysian youth. Procedia Social and Behavioral Sciences. 103. 1204-1209.
Fuchs, C. 2012. The political economy of privacy on Facebook. Television & New
Media.13(2), 139-159.
Fuchc, C. & Trottier, D. 2015. Towards a theoretical model of social media surveillance in
contemporary society. Communication. 40 (1). 113-135.
Goldsmith, J. & Wu, T. Who controls the Internet?: illusions of a borderless world. New York:
Oxford University Press.
Kaplan, A. M. & Haenlein, M. 2010. Users of The World, Unite! The Challengers and
Oppoturnities of Social Media. Business Horizons. 53 (1).
Lai, F., Li, D., & Hsieh, C. T. 2012. Fighting identity theft: The coping perspective. Decision
Support Systems 52(2): 353-363.
Madden, M., Lenhart, A., Cortesi, S. & Gasser, Urs. 2013. Teens and Mobile Apps Privacy.
PewResearchCenter. http://pewinternet.org/Reports/2013/Teens-and-Mobile-Apps-
Privacy.aspx [28 Ogos 2015]
Mafaisu Chewae, Sameer Hayikader, Muhamad Hairulnizam Hassan & Jamaluddin Ibrahim.
2015. How much privacy we still have on social network. Journal of Sciences and
Research Publications 5(1): 1-5.
Marwick, A. E. 2012. The public domain: surveillance in everyday life. Surveillance & Society.
9(4), 378-393.
Mohd Azul Mohamad Salleh. 2012. The impact of interactivity features in enhancing online
communication satisfaction. Malaysian Journal of Communication. 28 (2). 21-26.
Mohd Azul Mohamad Salleh, Ali Salman, Mohd Nor Shahizan Ali & Hasrul Hashim. 2016. The
importance of usability features in enhancing online communication satisfaction.
Malaysian Journal of Communication. 32 (1). 1-15.
Mohd Sobhi Ishak & Junaidi Abd Ghani. 2015. Pengurusan privasi facebook penjawat awam:
Pengaruh intensiti penggunaan, kemahiran swaawas dan orientasi privasi organisasi.
Malaysian Journal of Communication. 31 (2). 61-82.
Odoemelam, C. E. 2015. Adapting to surveillance and privacy issues in the era of
technological and social networking. International Journal of Social Science and
Humanity. 5(6). 572-577.

E-ISSN: 2289-1528 513


Jurnal Komunikasi
Malaysian Journal of Communication
Jilid 33(1) 2017: 502-514
PewResearchCenter. 2013. Teens, Social Media, and Privacy. The Berkman Center for
Internet & Society. Harvard University.
Schiffman, L. G., & Wisenblit, J. L. 2015. Consumer behaviour. Harlow, England: Pearson.
Zurawski, N. 2005. I know where you live: aspects of watching, surveillance and social
control in a conflict zone (Northern Ireland). Surveillance and Society. 2 (4). 498-512.
E-ISSN: 2289-1528 514

MEDIA SOSIAL DAN ISU KESEDARAN DAN


PENGAWASAN KESELAMATAN DALAM
KALANGAN BELIA LUAR BANDAR DI DAERAH
DARO
1 2
Haslina Abu Bakar & Mohd Mahzan Awang
Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia

haslinahamsiah@gmail.com

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan bagi mengenal pasti isu kesedaran dan pengawasan keselamatan dalam
penggunaan media sosial dalam kalangan belia luar bandar di Daerah Daro. Kajian ini berbentuk tinjauan
menggunakan soal selidik yang melibatkan 100 orang sampel yang dipilih secara rawak dari kalangan
belia di luar bandar di Daerah Daro, Sarawak. Analisis data dengan menggunakan SPSS versi 22. Hasil
kajian rintis menggunakan analisis Crobanch Alfa. Ini menunjukkan keseluruhan item berada di tahap
keboleh percayaan paling tinggi di antara 0.8-0.9. Hasil kajian menunjukkan tahap kesedaran dan
pengawasan keselamatan dalam kalangan belia tinggi. Selain itu, pekali korelasi tiada menunjukkan
signifikan penggunaan media sosial dengan isu kesedaran dan pengawasan keselamatan dalam kalangan
pelajar tetapi menunjukkan tahap sederhana.

Kata kunci: media sosial,belia,kesedaran dan pengawasan keselamatan

This study aims to identify issues of awareness and security surveillance using media social among rural
youths in the Daro District. This study was using questionnaires involving 100 sample randomly selected
youth from rural areas in Daro District, Sarawak. Data analysis using SPSS version 22. The results of pilot
study using Crobanch Alfa analysis. This shows the entire item is at the highest confidence level between
0.8-0.9. The results showed that the level of awareness and security surveillance among the youths was
high. In addition, correlation coefficients do not show significant use of social media with issues of
awareness and security surveillance among students but show moderate.

Key words: social media, awareness and security


50
Pengenalan
Belakangan ini, media sosial dilihat sebagai satu medium baharu untuk masyarakat tidak kira di bandar di
luar bandar yang mempunyai capaian jaringan internet. Sebelum ini jaringan sosial boleh dirujuk
mengikut konteks teknologi 2.0. Media sosial dan jaringan sosial diguna untuk menjelaskan pendefinisian
yang sama. O’Reilley (2005) telah mendefinisikan bahawa Web 2.0 mempunyai ciri “pembangunan
perisian yang membolehkan penglibatan massa dalam aktiviti sosial dan kolektif.” Jaringan sosial ini
wujud daripada keupayaan pengguna untuk mewakili diri dan minat mereka dalam platform sosial dan
mengiatkan aktiviti dengan yang lain dalam saluran media sosial ini.
Di Malaysia, kebanyakkan pengguna menggunakan media sosial untuk berkomunikasi. Menurut
Fallow (2004) dalam kajiannya turut menyatakan bahawa kebanyakan pengguna Internet memasuki
internet unutk melakukan aktiviti harian mereka, terutama untuk berkomunikasi. Data daripada Internet
World Stat (www.internetworldstats. com) menunjukkan jumlah pengguna media baharu ini meningkat
saban tahun. Statistik menunjukkan peningkatan pengguna Internet di seluruh dunia antara tahun 2000
hingga 2009, menunjukkan peningkatan sebanyak 339.3% dan kebanyakan 42.4% pengguna Internet
adalah dari Asia. Malaysia juga telah tergolong dalam Top 10 di Asia dengan 16.9 juta pengguna pada
tahun 2009. Ini menunjukkan pengguna akan bertambah saban hari dan ia menjadi sebahagian daripada
cara hidup masyarakat Malaysia amnya.
Penggunaan Internet di Malaysia turut mempengaruhi cara hidup mereka. Mereka kebanyakkan
menggunakan medium ini untuk berkomunikasi secara mudah. Teknologi komunikasi moden ini
membolehkan orang ramai berurusan dalam talian dengan pelbagai cara. Pengguna di Malaysia tidak
terhad lagi kepada blog, tetapi menunjukkan penglibatan pengguna internet di Malaysia cenderung dalam
aktiviti jaringan sosial seperti berkongsi foto, mblog, muat naik video, dan pelbagai interaksi lain dengan
media yang baharu ini. Menurut kaji selidik Accenture (www.socialnetworkingwatch.com), 85%
responden di Malaysia menggunakan jaringan sosial dalam talian ini sekurang-kurangnya sekali-sekala
diikuti dengan India (83%), Singapura (81%), Amerika Syarikat (75%), China (73%), Jerman (52%),
Perancis (50%), dan Jepun (28%). Secara umum tujuan kajian ini ialah untuk menyediakan maklumat
tentang penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar di luar bandar Daerah Daro.

Kajian Literatur
Media sosial adalah sebahagian dari teknologi yang telah dibangunkan oleh Web 2.0 yang sedang meningkat naik
permintaannya. Spallek et.al (2010) menyatakan bahawa media yang sangat popular digunakan di seluruh dunia
adalah blog, laman sosial dan wikipedia. Ketika media ini sedang membangun, teknologi baharu mempengaruhi
prosedur dalam mempengaruhi pelbagai bidang. Media sosial merupakan sebagai satu alat untuk berkolaborasi,
berhubung dari berbagai media elektronik antara individu yang meluas dan melangkau geografi dan lingkungan
sosial. Pelbagai definisi yang telah dinyatakan untuk memberi maksud media sosial. Penyelidik Kaplan Haenlein
(2010) telah memberikan definisi umum tentang media sosial seperti web 2.0 dan kandungan yang dibuat untuk
pengguna. Kaplein menyatakan

51
bahawa media sosial adalah satu kelompok aplikasi berasaskan internet yang dibangun atas ideologi dan
teknologi web 2.0 yang memungkinkan penciptaan dan pertukaran user-generated content.
Media sosial merupakan sebagai alat perhubungan dan ini turut mendapat sokongan oleh Par
(2010) menyatakan bahawa media sosial sebagai penggunaan alat-alat elektronik dan internet untuk
tujuan berbagi informasi dan kejadian yang lebih efisien dengan orang lain. Pendapat Jantsch (2008)
menganggap media sosial sebagai penggunaan teknologi yang dikombinasikan dengan interaksi sosial
untuk menghasilkan sesuatu, atau untuk penghasilan nilai. Media sosial juga dilihat sebagai satu saluran
untuk menonjolkan kreativiti, menyampaikan maklumat secara maya kepada setiap orang. Sokongan
telah diberi oleh Dykeman (2008) menjelaskan bahawa media sosial adalah keperluan bagi setiap orang
untuk memberi pendedahan secara maya, berkarya, memberi ruang dan mendapat sambungan melalui
life-time melalui perbincangan online, pendapat dan evolusi dengan menggabungkan perubahan atau
memberi pendedahan kandungan asli.
Penggunaan teknologi media sosial berasaskan laman sesawang merupakan satu saluran media
yang berkomunikasi. Walaupun pelbagai definisi, secara asasnya ada tiga unsur yang mendasari yang
menyokong kemampuan media sosial. Kandungan, komunikasi dan Web 2.0. Media sosial bergantung
sepenuhnya kepada teknologi. Melalui teknologi web 2.0 membolehkan orang untuk menggunakan
berbagai-bagai platform untuk berkongsi dan berbincang.

Kegunaan Media Sosial

Perkembangan Internet, Web 2.0 dan teknologi tanpa wayar memudahkan para pengguna untuk mengakses dan
mengguna pelbagai aplikasi dalam talian pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Bukan itu sahaja,
pertumbuhan pelbagai syarikat telekomunikasi yang menyedia dan menawarkan berbagai jenis perkhidmatan pakej
Internet dengan harga yang rendah, membolehkan semua pengguna telefon pintar mampu melangganinya untuk
tujuan berkomunikasi, berkongsi maklumat dan sebagainya. Selain tawaran kemudahan akses Internet, pengguna juga
perlu mengetahui bahawa perkembangan teknologi dan media baharu memberi implikasi tersendiri dalam kehidupan
sosial masyarakat digital pada hari ini. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi media sosial telah merubah cara manusia
berinteraksi dalam sesebuah masyarakat bermaklumat melalui satu platform jaringan Internet yang besar di seluruh
dunia.

Seperti dinyatakan oleh Marwick (2012), pengguna begitu mudah untuk mendapat maklumat
peribadi pengguna yang lain melalui aplikasi jaringan sosial seperti Twitter, Facebook dan Foursquare.
Aktiviti pendedahan maklumat oleh belia ini sebenarnya disebabkan oleh hobi dan minat untuk menjalin
hubungan secara dalam dengan lebih baik lagi. Antara maklumat yang biasa dipapar dan dikongsi adalah
seperti maklumat yang berkaitan sekolah, majikan, dan maklumat peribadi. Bagi golongan belia atau
pengguna golongan muda, sesetengah pengguna tidak mengendahkan kepentingan keselamatan dan
privasi diri sendiri ketika berkongsi maklumat peribadi yang sensitif kepada awam (Kumar et al. 2006).
Sebagai contoh, perkongsian maklumat peribadi paling kerap dilakukan melalui profil pengguna kepada
rakan-rakan melalui aplikasi media sosial.

52
Aplikasi dibangunkan untuk memberi peluang kepada pengguna berkomunikasi, mengakses,
berkongsi, serta menyebarkan informasi kepada pengguna lain di seluruh dunia. Pembangunan sistem
atau aplikasi secara dalam talian ini membawa perubahan kepada kehidupan harian masyarakat dalam
memproses, berkongsi dan penyebaran maklumat (Mohd Azul Mohamad Salleh et al., 2016). Selain itu,
pembangunan teknologi sebegini juga merancakkan lagi pembentukan sebuah masyarakat abad ke 21
yang baharu, iaitu masyarakat digital atau masyarakat jaringan. Impak dari perkembangan perkakasan
dan peralatan pintar yang boleh mengakses Internet juga telah menyedia satu platform perkongsian
maklumat dalam satu jaringan yang cukup besar dalam kalangan pengguna. Sebagai contoh, melalui
aplikasi media sosial pengguna dapat membaca, berkongsi dan mengetahui apa yang dipaparkan, serta
aktiviti serta perkembangan seseorang pengguna yang lain di media sosial tertentu (Andrews, 2011).
Kaplan dan Haenlein (2010) menyifatkan aplikasi media sosial merupakan satu media yang
dibentuk berasaskan interaksi sosial, dan dibangun untuk memudahkan proses capaian dan akses kepada
maklumat yang dikongsi. Media sosial yang berasaskan penggunaan Internet dan teknologi Web
membolehkan sistem penyiaran media yang sehala ditransformasikan kepada sistem dialog yang lebih
aktif dan interaktif. Sifat media sosial yang lebih interaktif dengan adanya ciri interaktiviti dapat
mempertingkatkan kepuasan komunikasi secara dalam talian (Mohd Azul Mohamad Salleh, 2012), dan
menyebabkan ianya menjadi unik dan lebih dinamik kandungannya berbanding dengan media lain.
Media sosial juga memberikan ruang dan kuasa kepada pengguna untuk mengekspresikan diri sendiri dan
berhubung
Pew Research Center (2013) menyatakan bahawa pengguna laman sosial cenderung untuk
berkongsi pelbagai maklumat peribadi secara dalam talian. Seterusnya, Madden et al. (2013) pula
menyatakan pengguna mengelak daripada menggunakan beberapa aplikasi di telefon pintar dan tablet
disebabkan kegusaran mengenai aspek keselamatan seperti privasi ketika berkomunikasi dan berkongsi
maklumat secara dalam talian. Isunya disini, sejauhmana pengguna aplikasi media sosial mempunyai
pengalaman, kesedaran, kefahaman dan pengetahuan bahawa wujudnya satu konsep pengawasan yang
boleh menganggu privasi ketika menggunanya. Oleh itu, tujuan artikel ini adalah untuk membincangkan
pengalaman pengguna aplikasi media sosial dalam kalangan golongan dewasa terhadap isu pengawasan.
Aplikasi dan teknologi media digital telah memberi impak, pembaharuan serta penambahbaikan
dalam landskap media pada masa kini. Sebagai contoh, industri hiburan pada masa kini banyak
menggunakan media digital terutama dalam membangun kandungan kreatif media seperti penghasilan
kandungan media animasi, permainan komputer/video dan filem. Perkembangan media digital ini
dirancakkan lagi dengan adanya Internet dan media sosial yang menyebabkan fungsi media digital ini
semakin luas digunakan. Selain itu, media sosial juga banyak membantu melengkapkan kemampuan
untuk berinteraksi iaitu kebolehan untuk berkomunikasi secara dua hala antara pengguna yang merentasi
sempadan masa dan jarak secara dalam talian.
Urusan menjadi lebih mudah dengan adanya bantuan media sosial tanpa memerlukan pengguna
untuk bergerak ke tempat lain untuk menyelesaikan sesuatu urusan. Perkembangan ini sekaligus
mentransformasi penggunaan pelbagai peralatan dan aplikasi media baharu secara positif dalam kalangan

53
pengguna. Walau bagaimana pun, jika ia tidak digunakan dengan sebaiknya, teknologi dan aplikasi media
baharu ini akan memberi kesan sampingan yang negatif kepada kepelbagai tahap umur pengguna.
Pengguna pada hari ini gemar dan mudah untuk berkongsikan maklumat peribadi dengan saudara mara
dan rakan-rakan melalui media baharu seperti aplikasi media sosial. Sebagai contoh, penggunaan aplikasi
Facebook dapat memudahkan pengguna untuk menjalinkan hubungan dan membina rangkaian hubungan
peribadi dengan pengguna lain.

Teori-Teori
3. Interaksi Simbolik.
Teori yang boleh dikaitkan dengan kajian ini ialah menggunakan teori interaksi simbolik. Teori ini
merupakan hasil pemikiran, diri dan masyarakat. George Herbert Mead telah menyatakan bahawa
interaksi simbolik merupakan satu interaksi antara manusia, sama ada secara lisan atau bukan lisan untuk
memberi maksud atau makna. Ini memberi maksud bahawa aksi dan tindakbalas dari individu lain secara
tidak langung akan memberikan maksud atau makna dalam kata-kata atau sesuatu tindakan yang sedia
ada. Secara asasnya, teori ini adalah memberi kepentingan dan bermakna dalam sikap dan perilaku
manusia dan konsep diri, hubungan antara seseorang individu dengan masyarakat.

Tiga konsep yang ditekankan dalam pemikiran teori interaksi simbolik adalah terdiri daripada
masyarakat terdiri atas perilaku yang saling bekerja sama antara para anggotanya. Mead telah
menyatakan bahawa masyarakat terwujud atau wujud dengan adanya simbol berupa isyarat dari tubuh.
Mereka mampu untuk mengetahui maksud dan bertindak balas terhadap apa yang dihasilkan melalui
simbol. Selain itu,interaksi simbolik ini adalah individu berinteraksi dengan individu lainnya sehingga
mampu menghasilkan sesuatu idea tertentu tentang diri.Dalam teori ini turut menekan tiga dimensi.
Dimens i pertama ynag menunjukkan aspek dari diri yang akan ditunjukkan kepada orang luar (privasi),
manakala dimensi keuda adalah realisasi atau sumber.
Teori ini menekan kepada menyatakan bahawa kita memiliki diri kerana kita dapat menganggap
diri sebagai objek. Satu-satunya syarakat agar sesuatu menjadi objek adalah dengan cara memberikan
nama dan menunjukkan secara simbol. Para remaja memandang diri mereka dengan cara orang lain
memberi anggapan kepada mereka. Mereka akan memberi gambaran yang diberikan oleh orang lain
kepada mereka melalui interaksi yang mereka telah lakukan dengan orang lain. Ini dapat dilakukan
melalui proses ambil peranan atau menggunakan perspektif orang lain dalam melihat diri sendiri.

ii Teori Ekologi
Penglibatan dalam aktiviti media massa boleh dilihat melalui Teori Ekologi. Di dalam teori ini kita dapat
mengaitkan hubungan yang wujud antara penglibatan dalam aktiviti. Teori Ekologi diperkenalkan oleh
Urie Bronfenbrenner (1978,1989,1998, 2005) menjelaskan teori ini dapat membantu untuk memahami
bagaimana individu berkembang di dalam berbagai lapisan dalam konteks keunikan lingkungan atau
ekologi. Teori ini juga membantu dalam memahami bagaimana budaya serta pengalaman sosialisasi
membentuk perkembangan individu. Di dalam teori ini juga, jaringan persekitaran diambil kira dalam

54
kehidupan individu. Setiap manusia terikat dengan setiap konteks yang dilabelkan oleh Brofenbrenner
sebagai sistem mikro iaitu merujuk kepada pengalaman dan hubungan seharian manusia dalam konteks
asas keluarga dan persekolahan, sistem ekso iaitu setiap individu dan institusi persekitaran yang
mempengaruhi individu walaupun tidak terlibat secara langsung dan sistem meso iaitu hubungan antara
sistem ekso dengan mikro yang mempengaruhi kehidupan individu. Lingkaran yang paling luas
merangkumi semua sistem dikenali sebagai sistem makro yang melibatkan nilai, amalan dan unsur-unsur
kebudayaan sesebuah masyarakat yang menyumbang kepada amalan dalam setiap system yang
melingkari perkembangan individu pelajar.

Pernyataan Masalah

Kemunculan aplikasi media sosial telah menyebabkan pengguna, masyarakat dan organisasi mempunyai
akses yang lebih besar ke atas maklumat, jaringan sosial serta medium komunikasi. Malah, kemunculan
aplikasi media sosial juga membantu memantapkan lagi proses penyampaian dan perkongsian maklumat
secara dalam talian ini. Aplikasi media sosial telah menjadi satu medium penting dalam kalangan
pengguna untuk berinteraksi dan berkomunikasi dengan lebih efisien. Pada masa kini, pengguna di
Malaysia menggunakan media baharu dan teknologi terkini dalam kehidupan harian untuk kegiatan
sosial, ekonomi dan politik. Semakin berkembangnya peralatan teknologi komunikasi, maka penggunaan
aplikasi media sosial ini juga pesat berkembang dimana ia membolehkan pengguna untuk membina
hubungan dengan berkongsikan maklumat (teks, gambar, audio dan video) serta mengakses maklumat
tanpa batasan sempadan.
Andrews (2011) dalam bukunya yang berjudul “I know who you are and I saw what you did”
menyatakan aplikasi media sosial banyak memberi ruang dan peluang kepada pengguna untuk mencari
maklumat serta mengetahui apa aktiviti yang sedang dilakukan atau dilaksanakan oleh seseorang
pengguna lain. Selain itu, penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi seperti aplikasi media sosial
juga memberi kemudahan kepada pengguna untuk berkongsi, mencapai dan menyebar maklumat untuk
tujuan tertentu. Ali Salman et al. (2014) juga menyatakan bahawa kebanyakkan pengguna pada hari ini
memperolehi banyak manfaat dengan kewujudan pelbagai aplikasi di Internet, antaranya daripada aspek
komunikasi, pendidikan, hiburan dan perniagaan.
Aplikasi media sosial dilihat sebagai satu cara berinteraksi secara dalam talian dimana pengguna
mempunyai kuasa untuk mencipta, berkongsi, bertukar maklumat dan idea dalam satu jaringan dan
rangkaian Internet yang besar (Schiffman & Wisenblit, 2015). Aplikasi media sosial merupakan satu
jaringan yang membolehkan pengguna berkomunikasi dan mempamerkan maklumat peribadi kepada
khalayak umum ataupun pengguna yang lain. Isu yang ingin disuarakan adalah sejauhmana pengguna
aplikasi media sosial menyedari maklumat yang dikongsi itu telah dilihat oleh pengguna lain, dikongsi
kepada pengguna lain dan disimpan oleh pengguna lain untuk tujuan-tujuan tertentu.
Perubahan proses komunikasi sosial ini menyebabkan interaksi secara bersemuka menjadi semakin terhad

kerana sikap selesa masyarakat yang lebih memilih untuk berkomunikasi secara dalam talian melalui pelbagai

aplikasi media sosial di Internet. Dalam kita seronok berkomunikasi dan berkongsi

55
pelbagai maklumat melalui Internet serta aplikasi media sosial, sudah pasti aspek-aspek yang lain seperti
keselamatan perlu diberi perhatian untuk mengelak pengguna mendapat kesan yang negatif. Isu
keselamatan siber atau keselamatan di Internet sangat berkait rapat dengan perlindungan maklumat dan
aset teknologi maklumat dan komunikasi (ICT). Pengetahuan dan kesedaran masyarakat terhadap isu
keselamatan serta privasi maklumat sewaktu melayari internet dan berinteraksi di aplikasi media sosial
perlu diberi perhatian oleh semua pengguna dalam era digital dan revolusi industri 4.0.
Penggunaan medium Internet bukan sahaja mampu membawa impak positif, malah ia boleh
memberi impak yang negatif kepada keselamatan pengguna terutamanya golongan belia. Hal ini kerana
golongan tersebut lebih terdedah kepada penggunaan Internet dalam aktiviti harian mereka. Sebagai
contoh, jenayah siber misalnya banyak melibatkan aktiviti secara dalam talian termasuklah ketika
melakukan pembelian secara dalam talian. Antara isu keselamatan di Internet yang lain adalah jenayah
yang melibatkan aktiviti seperti kecurian, penipuan, peras ugut dan perlanggaran undang- undang yang
sedia ada dengan menggunakan kemudahan peralatan ICT atau teknologi komunikasi melalui saluran
Internet.
Dalam aspek ini sebenarnya, seseorang belia atau pengguna boleh mencari maklumat, aktiviti,
profil individu lain apabila berhubungan dalam satu jaringan yang besar melalui media sosial (Ansdrews
2011). Dalam hal ini, Fuchs (2012) menyatakan wujudnya konsep pengawasan apabila pengguna saling
berhubung antara satu dengan lain melalui aplikasi secara dalam talian, seperti aplikasi media sosial.
Perkara ini bukan sahaja memberi kesan kepada wujudnya konsep pengawasan melalui rangkaian Internet
kepada individu atau belia itu sendiri, malah kepada ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara pada
masa akan datang. Allmer (2011) menekankan kepentingan kajian keselamatan dan privasi dalam
masyarakat bermaklumat pada masa kini.
Kajian oleh Get Safe Online menyatakan bahawa ramai pengguna gemar berkongsi maklumat
sensitif peribadi secara dalam talian. Perkara ini akan memberi kesan kepada belia yang kini membina
kehidupan meraka dalam persekitaran digital yang dihubung oleh jutaan komputer atau perkakasan
mudah alih untuk berkomunikasi melalui sistem rangkaian Internet. Sebenarnya dalam membincangkan
tentang aspek keselamatan dan privasi pengguna di laman media sosial, perkara utama yang perlu
diketahui ialah bagaimana data, maklumat, gambar dan sebagainya yang dimuat naik di media sosial
tidak disalahgunakan oleh pengguna lain.
Pengguna mungkin tidak menyedari atau tidak mengetahui wujudnya pengawasan secara digital
atau pengawasan sosial ketika mereka sedang seronok berkongsi maklumat, gambar dan video di dalam
media sosial. Ini kerana terdapat pengguna media sosial lain yang tidak bertanggungjawab sentiasa
memerhati aktiviti sesetengah pengguna media yang lain untuk kepentingan diri mereka. Sekiranya aspek
keselamatan dan privasi maklumat peribadi belia tidak dikaji, kita tidak mempunyai maklumat atau profil
dalam memberi kefahaman, pengetahuan serta kesedaran kepada golongan belia untuk menghadapi
cabaran jenayah secara dalam talian di Internet melalui pelbagai aplikasi media sosial. Oleh itu, penting
untuk memahami penggunaan aplikasi media sosial dan kesedaran golongan belia terhadap keselamatan
dan privasi ketika online di aplikasi media sosial mereka .

56
Adakah pengguna menyedari ada pengguna lain sedang memerhati aktiviti mereka sewaktu mereka dalam
talian (online) dalam aplikasi media sosial tertentu. Atau adakah pengguna menyedari wujudnya konsep pengawasan
secara digital melalui aplikasi media sosial (Fuchs & Trottier, 2015), yang seterusnya membawa kepada kesan yang
positif dan negatif kepada diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kajian impak sosial dari media kepada
pelbagai tahap pengguna telah banyak dikaji oleh penyelidik dalam dan luar negara. Contohnya, penyelidik dalam
negara seperti Afendi Hamat, Mohamed Amin dan Haslinda (2012), Farrah Dina Yusop dan Melati Sumari (2013)
dan Adam Mahamat Helou dan Nor Zairah Ab. Rahim (2014) mengkaji pengguna media sosial dalam kalangan
pelajar dan mereka tetapi tidak memberi penekanan dalam aspek pengawasan dan keselamatan maklumat peribadi
pengguna. Sebenarnya, proses berinteraksi melalui media sosial tanpa disedari memberi kesan kepada pengguna,
antaranya ialah kecurian maklumat peribadi dan identiti oleh pihak yang tidak bertanggungjawab (Lai et al., 2012).

Allmer (2011) menekankan kepentingan kajian pengawasan dalam masyarakat bermaklumat


pada masa kini. Media sosial dilihat sebagai aplikasi yang menyedia ruangan sosial kepada pengguna
untuk bersosial tanpa mengira waktu dan tempat. Apabila data dan maklumat peribadi dipamerkan
dengan mudah sewaktu bersosial secara dalam talian melalui aplikasi media sosial, sudah pasti ia
memberi ruang yang luas kepada individu lain untuk membaca, berkongsi dan menyimpan tersebut.
Seperti dinyatakan oleh Marwick (2012), pengguna begitu mudah untuk mendapat maklumat peribadi
pengguna yang lain melalui aplikasi jaringan sosial seperti Twitter, Facebook dan Foursquare.
Ini menunjukkan pengkaji-pengkaji di atas berpendapat konsep pengawasan telah wujud dalam
dunia digital masa kini untuk memantau aktiviti dan seseorang individu atau sesebuah komuniti maya.
Maklumat yang mudah untuk dipantau oleh pihak ketiga melalui aplikasi media sosial memberi kesan
kepada pencerobohan atau penyalahgunaan maklumat peribadi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.
Kajian ini membantu pengkaji memahami dan mengkaji pengalaman, pengetahuan dan kesedaran
golongan dewasa berkaitan keselamatan dalam aplikasi media sosial dalam kehidupan harian mereka.
Golongan pelajar telah dilihat sebagai salah satu daripada pengguna tegar aplikasi media sosial
serta mereka bakal tinggal dalam kehidupan digital pada akan datang. Ini adalah kerana Milton &
Ramakrishnan (2014) menyatakan bahawa pengguna aplikasi di Internet seperti media sosial
kebanyakkannya terdiri dalam kalangan umur 18-34 tahun. Oleh itu, isu dan konsep pengawasan melalui
aplikasi media sosial harus dibincangkan untuk mengenalpasti kesedaran golongan belia luar bandar di
Daro, Sarawak kerana belum lagi kajian di kawasan ini dibuat. Selain itu, kajian ini memberi keutamaan
kepada pelajar di luar bandar yang aktif dengan penggunaan pelbagai aplikasi-aplikasi media sosial yang
popular pada masa kini seperti Facebook, Instagram, Whatsapp dan sebagainya.
Tujuan kajian
Kajian ini adalah bertujuan bagi mengenal pasti tahap penggunaan media sosial dalam kalangan pelajar
luar bandar. Selain itu, kajian ini juga ingin meninjau tahap kesedaran dan pengawasan keselamatan
dalam kalangan pelajar luar bandar sewaktu menggunakan media sosial.

57
Kerangka Konseptual

Media Sosial Isu Media Sosial


• Facebook • Kesedaran
• Whatapps Privasi
• Telegram • Pengawasan
• Instagram keselamatan

Demografi : Jantina

Rajah 1: Kerangka Konseptual Kajian daripada adaptasi Model TAM dan Teori Ekologi.

Kajian ini bertujuan untuk melihat hubungan signifikan antara penggunaan media sosial dan isu kesedaran dan
pengawasan keselamatan dalam kalangan pelajar luar bandar di Daerah Daro. Rajah 1 menunjukkan kerangka
konseptual kajian yang terdiri daripada satu konstruk iaitu jenis media sosial. Kerangka ini dibina berdasarkan
konstruk-konstruk yang berkaitan dengan jenis media sosial dilihat dari segi tahap, perbezaan keseluruhan konstruk
berdasarkan jantina serta mengenalpasti sejauh mana belia luar bandar Daerah Daro mengetahui tentang isu
keselamatan. Selain itu, konsep ini dibina berdasarkan konstruk-konstruk yang berkaitan dengan jenis media sosial
dilihat dari segi tahap, hubungan keseluruhan konstruk berdasarkan jantina serta mengenalpasti sejauh mana
sumbangan pembolehubah-pembolehubah dalam kajian ini terhadap pemilihan jenis media sosial dalam kalangan
kalangan belia luar bandar Daerah Daro.

Metodologi
Kajian yang dilakukan ini adalah berbentuk kajian kuantitatif menggunakan reka bentuk kajian tinjauan
untuk menilai sejauh mana pemilihan jenis media sosial serta kesedaran dan keselamatan belia luar
bandar Daerah Daro Sarawak. Pemilihan kaedah ini adalah paling sesuai kerana untuk mengumpulkan
data tentang populasi berdasarkan sampel yang dipilih, kaedah tinjauan menggunakan soal selidik adalah
paling sesuai. Tujuan kajian tinjauan juga adalah untuk menghuraikan ciri-ciri sesebuah populasi agar
kajian dapat dilaksanakan.

Sampel
Bilangan sampel yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 100 orang belia di Daerah Daro. Kedua-dua
jantina melibatkan diri dalam kajian ini. Responden terdiri dari kebanyakkan berlatarbelakangkan etnik
melanau. Responden diminta mengisi borang soal selidik yang telah diedar oleh penyelidik dan pengguna
yang menggunakan borang soal selidik dalam lingkungan umur 15-40.

58
Soal Selidik
Instrumen kajian ini adalah berbentuk soal selidik. Soal selidik ini diubah suai dari soal selidik American
Time Use Survey yang mengandungi soalan-soalan berkenaan penggunaan media sosial dan isu
pengawasan dan keselamatan yang akan dijawab oleh penduduk luar bandar yang mempunyai gajet.
Soal-selidik yang sama juga akan digunakan bagi mengenalpasti isu keselamatan dan kesedaran mereka
tentang keselamatan. Kajian rintis telah dilakukan lebih awal terhadap 40 orang responden. Hasil analisis
menggunakan Cronbach Alpha terhadap data kajian rintis menunjukkan nilai 0.70 manakala nilai bagi isu
kesedaran adalah ialah 0.68.
Data yang diperoleh dianalisis menggunakan SPSS V22, dengan mengunakan statistik
deskriptif, iaitu kekerapan, min serta sisihan piawai dan ujian korelasi Pearson. Satu set soal selidik telah
dibina sendiri oleh pengkaji berdasarkan kepada kerangka konseptual kajian dan set soal selidik pengkaji-
pengkaji lepas. Kontruk bagi membentuk set soalan instrumen adalah berdasarkan rujukan kajian literatur
bagi tujuan kajian ini dilakukan serta berdasarkan kerangka konseptual tersebut. Soal selidik terdiri
daripada tiga bahagian iaitu bahagian A, B, dan C.
4. Bahagian A: Latar Belakang
II. Bahagian B: Penggunaan media sosial
III. Bahagian C: Isu kesedaran dan pengawasan keselamatan media sosial
Bahagian A mempunyai 3 item yang bertujuan untuk mendapatkan maklumat berkaitan dengan
responden iaitu jantina,umur dan latar belakang. Bahagian B pula terdapat satu konstruk yang terbahagi
kepada 9 item untuk melihat penggunaan media sosial. Manakala Bahagian C pula untuk menguji tentang
isu kesedaran dan pengawasan keselamatan media sosial. Asas dalam membina item-item ini berdasarkan
kepada hasil rujukan yang dibuat terhadap kajian-kajian lepas seperti yang telah dinyatakan. Responden
akan menandakan pilihan mengikut skala berdasarkan penilaian yang telah ditetapkan di dalam instrumen
soal selidik. Semua soal selidik menggunakan skala Likert 5 pilihan seperti di dalam jadual 1 .
Jadual 1 : Skor Item Soal Selidik
S kala Pandangan responden
1 Sangat tidak setuju
2 Tidak setuju
3 Sederhana
4 Setuju
5 Sangat setuju

Pembinaan instrumen soal selidik adalah hasil kajian-kajian lepas yang terdapat dalam sorotan literatur
bersesuaian dengan konteks kajian. Kaedah ini sesuai digunakan pada sampel kajian kerana mereka tidak
akan menghadapi tekanan semasa menjawab soalan, malah mereka juga bebas untuk menjawab soal
selidik pada waktu lapang. Selain itu, antara kelebihan instrumen ini untuk kutipan data adalah
membantu penyelidik untuk mencapai responden yang berada di lokasi yang jauh serta memerlukan kos
yang sedikit berbanding pengumpulan data dengan kaedah yang lain

59
Ketika menjalankan proses pengumpulan data, penyelidik akan merujuk kepada bilangan sampel
mengikut jenis sampel yang telah ditetapkan dalam kajian. Kriteria sebagai responden perlu diikuti
dengan bertanya kepada responden terlebih dahulu berkaitan dengan umur, jangka masa mengguna
Internet dan media sosial bagi memastikan sampel bertepatan dengan skop kajian yang telah ditetapkan
diperingkat awal. Sekiranya responden menepati kriteria atau ciri yang telah ditetapkan, maka borang
soal selidik diedarkan kepada responden kajian.

Soal selidik ditadbir dengan menggunakan borang soal selidik kepada pelajar di sekolah. Urusan
mengedar dilakukan penyelidik melalui borang dan diedar kepada kumpulan telegram,whatsapp dan e-
mel. Proses pengedaran dan pengumpulan soal selidik dilakukan untuk tempoh 4 minggu. Kesahan soal
selidik turut ditentukan menggunakan kaedah nilai korelasi antara skor setiap item dengan jumlah skor
dan menggunakan nilai korelasi item yang diperbetul dengan jumlah skor (Corrected Item-Total
Correlation). Hal ini dapat dilakukan dengan menggunakan analisis korelasi Pearson antara skor setiap
item dengan jumlah skor mengikut konstruk yang berkenaan. Kaedah ini adalah bertepatan dengan teori
yang diutarakan oleh Nunally (1978).

Jadual 3 : Kebolehpercayaan item Cronbach’s Alpha


Reliability Statistics

Cronbach's Alpha Based


Cronbach's Alpha on Standardized Items N of Items
.750 .695 22

DAPATAN DAN PERBINCANGAN

Demografi Responden

Kajian ini melibatkan seramai 100 orang belia luar bandar Daerah Daro Sarawak. Bilangan responden
telah dibahagikan mengikut jantina seperti dalam Jadual 1.
Aspek N %
Jantina Lelaki 46 46
Perempuan 54 54
Jadual 1 : Demografi Responden
Berdasarkan jadual 1 di atas menunjukkan profil responden kajian telah menunjukkan bahawa jumlah
responden mengikut jantina iaitu responden pelajar lelaki adalah seramai 46 orang dengan 46% manakala
responden pelajar perempuan adalah seramai 54 orang dengan 54%. Responden ini merupakan belia luar
bandar di Daerah Daro. Kebanyakan responden bumiputera Sarawak (Melanau) kerana kebanyakan
lokasi kajian terdiri daripada masyarakat Melanau yang mendiami kawasan Daro.

Aspek N %
Umur 15-20 51 51

60
21-25
22 22
26-30
15 15
31-35
8 8
36-40 4 4
Jadual 2 : Umur Belia

Kebanyakkan belia yang diagihkan soalan adalah mereka yang mempunyai telefon pintar dan menggunakan gajet
teknologi. Pelajar yang dipilih kebanyakkan yang berasal dari Daro dalam lingkungan umur 15-40 tahun. Seramai
100 orang responden telah dipilih. Kebanyakan yang kerap menjawab soalan secara online dengan tinggi adalah 51
orang yang terdiri daripada lingkungan umur 15-20 tahun dan yang paling sedikit responden yang menjawab adalah
dalam lingkungan 36-40 tahun seramai 4 orang yang kebanyakan responden yang berumur ini memberi alasan tiada
masa masa untuk menjawab soalan tersebut.

Analisis Statistik Deskriptif


Kajian ini menunjukkan dapatan terhadap tahap pengetahuan media sosial berdasarkan jantina lelaki dan
perempuan. Selain itu, kajian juga mengukur tahap pengetahuan berkaitan isu keselamatan dan
pengawasan dalam media sosial. Analisa statistik deskriptif melibatkan frekuensi (kekerapan) peratusan
dan skor min telah digunakan dalam menghurai secara keseluruhan konstruk bagi soal selidik. Interpretasi
skor min bagi dapatan boleh dirujuk berdasarkan jadual berikut dan soalan yang diberi .
Jadual 2 : Skala interpretasi skor min
Skala Interpretasi
3.37-500 Tinggi
1.69-3.36 Sederhana
0.01-1.68 Rendah

Jadual 3: Interprestasi nilai tahap min


Tahap Min (µ)
1 Sangat rendah 1.00-1.80
2 Rendah 1.81-2.60
3 Sederhana 2.61-3.40
4 Tinggi 3.41-4.20
5 Sangat tinggi 4.21-5.00
(Sumber : Mohd Najib Abdul Ghafar, 1999)

Jadual frekuensi dibuat untuk melihat penggunaan media sosial dalam kalangan belia. Selain itu, pengkaji
juga menunjukkan skala interpretasi skor min dan interpretasi tahap min untuk menilai skala skor min .
Pengkaji menggunakan ujian korelasi untuk melihat isu kesedaran dan pengawasan keselamatan dalam
kalangan belia luar bandar di Daerah Daro.

Jadual 4: Jadual frekuensi Penggunaan media sosial dalam kalangan belia luar bandar.
1. Jumlah media sosial yang dimiliki oleh individu

Jenis N %
Media sosial
2 70 70.0
3 10 10.0
4 11 11.0

61
melebihi 5 9 9.0
2. Rutin ketika melayari laman sosial
Bilangan aktiviti N %
2 39 39.0
3 17 17.0
4 22 22.0
melebihi 5 22 22.0
3. Kekerapan menggunakan laman sosial dalam sehari
Bilangan jam N %
1-2 5 5.0
3-4 27 27.0
5-6 25 25.0

melebihi 7 43 43.0
4. Aplikasi media sosial pilihan anda
Jenis N %
Facebook 39 39
Twitter 49 49
Blogging 12 12

5. Kebergantungan dengan laman sosial untuk menjalani hidup


Jenis N %
Ya 9 9.0
Tidak 91 91
6. Perasaan anda ketika mendapat perhatian tentang perkara yang dikongsi
Jenis N %
Bangga 3 3.0
Gembira 27 27.0
Rasa dihargai 23 23.0
Tidak kisah 47 47.0

7. Tujuan melayari internet/media sosial


Jenis N %
Satu 39 39.0
2 aktviti 17 17.0
3 aktiviti 22 22.0
4 aktiviti 22 22.0

Berdasarkan jadual 4 di atas rumusan berkaitan penggunaan belia berkaitan media sosial yang dibuat oleh
responden. Berdasarkan soalan 1, responden kebanyakkan memiliki jenis media sosial paling tinggi
sebanyak 70 orang iaitu memiliki 2 jenis media sosial. Selain itu, sebanyak 9 orang responden memiliki 4
jenis media sosial dalam alam maya. Soalan 2 pula untuk mengetahui rutin yang dilakukan oleh
responden untuk menjawab soalan. Sebanyak 39 orang responden melakukan aktiviti dalam media sosial
dan melakukan aktiviti paling maksimum sebanyak 2 aktiviti misalnya like atau comment dalam media
sosial. Mereka menggunakan media sosial untuk tujuan utama seperti berhubung dengan rakan-rakan,

62
berkomunikasi dengan ahli keluarga, mencari maklumat umum, menggunakan internet untuk
menggunakan aplikasi chat, berkongsi maklumat dengan pengguna lain, muat naik/upload gambar dan
video, serta untuk tujuan hiburan seperti muat turun/download video dan audio.
Sebanyak 43 orang daripada responden juga menggunakan media sosial melebihi 7 jam. Ini
membuktikan belia pada hari ini menguna secara optimun aplikasi media sosial dalam kehidupan harian
mereka. Aplikasi media yang paling mendapat sambutan ialah Facebook sebanyak 49 orang berbanding
media sosial yang lain. Responden juga dilihat tidak terlalu bergantung dalam media sosial seramai 91
orang. Mereka ini tidak kisah dalam seharian mereka menggunakan Internet atau tidak. Ini kerana capaian
internet yang sangat terhad di luar bandar Daerah Daro dan keadaan elektrik yang tidak konsisten dan
selalu terputus hubungan mungkin adalah alasan kepada kebergantungan internet ini. Selain itu, seramai
47 orang tidak mengambil kisah akan perhatian dalam perkongsian yang mereka lakukan dalam media
sosial. Kebanyakkaan responden seramai 39 orang melakukan satu tujuan sewaktu melayari media sosial
misalnya untuk mendapatkan hiburan,menambah kenalan, tujuan pendidikan, perniagaan dan sebagai
bergantung kepada kecederungan seseorang individu tersebut.
Kebanyakkan pengguna gemar berkongsi maklumat peribadi di media sosial tanpa mengambil
inisiatif untuk melindunginya. Ancaman terhadap keselamatan maklumat peribadi melalui rangkaian
Internet merupakan isu penting kerana ia membolehkan pengguna berada dalam keadaan berisiko tinggi
tanpa mereka sedari. Selain itu, Goldsmith dan Wu (2008) juga menyatakan, siapakah sebenarnya yang
mengawal Internet dalam dunia digital dan tanpa sempadan pada masa ini? Dalam aspek ini sebenarnya,
seseorang pengguna boleh mencari maklumat, aktiviti, profil individu lain apabila berhubungan dalam
satu jaringan yang besar melalui media sosial (Ansdrews, 2011). Dalam hal ini, Fuchs (2012) menyatakan
wujudnya konsep pengawasan apabila pengguna saling berhubung antara satu dengan lain melalui
aplikasi secara dalam talian, seperti aplikasi media sosial. Perkara ini bukan sahaja memberi kesan
kepada wujudnya konsep pengawasan melalui rangkaian Internet kepada individu atau pengguna itu
sendiri, malah kepada ekonomi, politik dan sosial sesebuah negara.
Jadual 5 : Skor min dan sisihan piawai isu pengawasan dan keselamatan media sosial
Item n Min Sisihan interpretasi
piawai
Saya sedar mengenai kemunculan iklan dan promosi yang Sangat rendah
ditawarkan hasil daripada maklumat pembelian secara dalam
100 1.54 .500
talian saya yang lepas.
Saya mengetahui mengenai risiko keselamatan maklumat peribadi Tinggi
yang boleh di salah guna oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 100 3.43 .807

Saya sedar bahawa kegusaran mengenai isu privasi maklumat Tinggi


peribadi menjadi penghalang kepada proses sosial dalam talian 100 4.14 .89916
Saya tahu mengawal sendiri tetapan privasi dan maklumat tinggi
peribadi dalam media sosial 100 3.83 .88825
Saya maklum mengenai iklan dan promosi palsu yang ditawarkan
oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. 100 4.01 .83479 tinggi
Saya lebih berhati-hati apabila memuat naik gambar atau video
melalui media sosial 100 3.80 .98473 tinggi

63
Saya selalu memberi data peribadi saya melalui media sosial tanpa
merasa syak wasangka apabila diminta 100 4.36 .81054 Sangat tinggi
Saya sedia maklum dengan capaian pihak ketiga terhadap
maklumat peribadi saya melalui media sosial 100 1.80 .86457 Sangat rendah

Saya mengetahui bahawa terdapat ciri-ciri keselamatan dalam


internet yang boleh mengesahkan serta mengenal pasti maklumat 100 3.06 1.05237 sederhana
peribadi pengguna
Saya tidak mempunyai masalah untuk memberikan maklumat Tinggi
peribadi saya ketika membeli produk secara talian 100 3.67 .80472

Saya selalu memuat turun lagu atau video melalui media sosial dan Sederhana
sedar tindakan tersebut mendedahkan kepada kebocoran data 100 2.67 1.03529
peribadi
Saya tahu gambar saya di media sosial boleh dieksplotasi atau Rendah
disalah gunakan oleh orang lain 100 2.52 .90431

Saya sedia maklum dengan isu-isu keselamatan makluamat Tinggi


peribadi di internet dan laman sosial 100 3.62 1.08971

SKORMIN KESELURUHAN 100 Tinggi


3.7800 .98041

Keseluruhan aspek isu pengawasan dan keselamatan adalah menunjukkan tinggi. Berdasarkan jadual 5,
data menunjukkan tahap isu keselamatan dan pengawasan mereka dari kedua-dua jantina (min=3.78 sp
0.98041). Ini menunjukkan kesejahteraan fizikal secara keseluruhannya pada tinggi dan ini menunjukkan
bahawa belia luar bandar di Daerah Daro telah mengetahui tahap isu keselamatan dan pengawasan media
sosial. Ini menunjukkan bahawa mereka telah memahami aktiviti dan isu pengawasan dan keselamatan
apabila mereka melayari laman sosial. Mereka juga telah faham tentang isu ini. Walau bagaimana pun,
ada juga soalan yang menunjukkan min lemah iaitu (min=2.52 ,sp=.90431) iaitu item Saya tahu gambar
saya di media sosial boleh dieksploitasi atau disalah gunakan oleh orang lain. Soalan ini menunjukkan
bahawa mereka tidak mengetahui apabila gambar mereka dimuat naik akan menyebabkan mereka
terdedah dengan eksploitasi gambar mereka.

Analisis Inferensi
Ujian Korelasi Pearson

Jadual 7: Hubungan Pemilihan media massa dan isu pengawasan dan keselamatan media sosial
Pemboleh Media massa Isu Keselamatan Ubah

R Sig. Interpretasi R Sig. Interpretasi

Media massa 1 - - .083 .414 rendah

**
Isu keselamatan .083 .414 Rendah 1 - -

64
Jadual 7 menunjukkan terdapat hubungan signifikan yang lemah antara penggunaan media sosial dan isu
pengawasan dan keselamatan. Ini menunjukkan bahawa faktor-faktor atau konstruk tersebut mempunyai
hubungan lemah di antara satu sama lain. Hubungan korelasi menunjukkan kekuatan hubungan yang
lemah antara pemilihan penggunaan media sosial dan isu pengawasan dan keselamatan (nilai r = 0.083
dan sig = 0.000 (p>0.01).

Cadangan
a) Sampel kajian perlu ditingkatkan untuk memastikan data yang lebih baik
b) Skop kajian perlu dikecil dan lebih menumpu supaya data yang lebih baik dapat diperolehi serta
meningkatkan jumlah responden dengan lebih meluas dari segi umur dan etnik. Selain itu
Bahagian B diperincikan dan dipelbagaikan untuk melihat faktor dan kecenderungan pemilihan
penggunaan media sosial.
c) Responden harus diterangkan tentang skop kajian yang dibuat supaya responden tidak
menjawab sesuka hati sahaja.(ketelusan dalam jawapan)
d) Pengkaji boleh membuat lebih fokus seperti pemilihan terus media sosial untuk melihat
keputusan lebih tepat.

Rumusan
Secara amnya dalam kajian ini, isu pengawasan dan keselamatan berkaitan media sosial dalam kalangan
belia luar bandar daro di tahap tinggi. Mereka telah mengetahui bahawa jika mereka sentiasa diawasi
berkaitan dengan keselamatan mereka . Ini kerana pendedahan yang meluas dari media sosial.
Penggunaan media sosial oleh remaja khususnya golongan pelajar masih dalam terkawal kerana
kebanyakan telefon pintar yang digunakan oleh mereka dimiliki oleh ibu bapa. Kebanyaakkan responden
yang terdiri daripada pelajar kebanyakkannya terdiri daripada latar belakang pekerja kerajaan dan peniaga
di kawasan Daro ini. Pengawasan terus boleh dilakukan oleh ibu bapa. Selain itu, faktor luar bandar
masih dilihat sebagai faktor kenapa faktor ini tidak dipandang begitu serius keran ketidakmampuan ibu
bapa untuk menyediakan telefon kepada anak mereka kerana hampir separuh dari penduduk luar bandar
Daro ini bekerja sebagai buruh dan sebilangan kecil pula sebagai penjawat awam.
Responden belia yang menjawab juga adalah terdiri daripada pelajar kolej dan universiti dan menunjukkan
bahawa mereka telah tahu dan cuba mengetahui tentang betapa bahaya pendedahan berkaitan butir diri sendiri hasil
daripada pembacaan mereka dan pengetahuan mereka dengan isu semasa. Justeru itu, seorang belia itu harus bijak
memilih jenis media sosial yang sesuai untuk mereka dan mengambil positif kebaikan media ini. Selain itu,
pengawasan melalui media sosial membolehkan pengguna yang lain mengetahui status terkini rakan, ahli keluarga
arau individu yang dikenali dengan cepat dan pantas. Selain dari itu, pengguna juga lebih risau tentang keselamatan
diri mereka, ahli keluarga serta harta benda. Mereka risau sekiranya maklumat yang dikongsi didalam aplikasi media
sosial memberi maklumat kepada pihak-pihak tertentu untuk aktiviti yang tidak baik seperti pecah rumah, penculikan
dan sebagainya.

65
Kesan kepada psikologi pengguna untuk menjauhi diri dari berkongsi atau menghantar apa-apa
maklumat melalui aplikasi media sosial. Mereka juga akan merasa tertekan dan menyebabkan tahap
penerimaan dan penggunaan aplikasi media sosial akan menurun atau terganggu. Oleh itu, kajian ini
memberi hasil dapatan yang penting untuk mengetahui tujuan dan implikasi penggunaan aplikasi media
sosial dalam kalangan pelajar universiti dari perspektif pengawasan sosial. Kajian sebegini akan memberi
implikasi dalam aspek keselamatan Internet, privasi maklumat, kepentingan literasi media dan teknologi
baru dalam kalangan pengguna. Selain itu, penggunaan kaedah kualitatif yang digunakan dapat
menjelaskan dengan lebih lanjut kefahaman dan kesedaran pengguna terhadap isu pengawasan melalui
aplikasi media sosial yang digunakan dengan meluas di Malaysia.
Kajian ini memberi dapatan yang cukup baik dan penting untuk membentuk satu rangka kerja
atau membina model untuk mengkaji dalam skop yang lebih besar melalui kaedah kuantitatif pada masa
akan datang. Isu pengawasan melalui aplikasi media merupakan aspek yang perlu diberi perhatian kepada
semua pengguna. Pengguna mungkin tidak menyedari wujudnya pengawasan secara digital atau
pengawasan sosial sewaktu mereka berada di dalam sesuatu media sosial untuk berkongsi isi hati,
pendapat, ilmu dan sebagainya dengan niat untuk bersosial. Pengguna harus berwaspada dan berhenti
seketika untuk dari lamunan kerancakan berinteraksi dan berkomunikasi untuk berfikir sejenak tentang
isu ini kerana “CCTV atau kamera bergerak” mungkin digunakan untuk mengawasi atau mendapat
maklumat tertentu pada masa kini, kamera ini tidak lagi diletak pada dinding sesebuah bangunan tetapi
telah berada pada tangan 1.63 bilion pengguna telefon pintar di dunia.

RUJUKAN

Mohd Azul Mohamad Salleh Nurul Madiha Mohd Ilham.2017. Pengalaman dan Kesedaran Pengguna
Dewasa Terhadap Isu Pengawasan di Media Sosial. Jurnal Komunikasi Jilid 33(1): 502-512.
Chun Meng Tang , Miang Hong Ngerng. M.A Mohamad Salleh & N.M Mohd Ilham.2015. How Do
Students Select Social Networking Sites? An Analytic Hierarchy Process (AHP) Model .

International Journal of Cyber Society and Education Vol. 8, (2): 81-98


Van-Dat Tran &Ngoc Doan Trang Huynh.2015. Exploring The Relationships Among Social Benefits,
Online Social Network Dependency, Satisfaction, And Youth’s Habit Formation. International
Journal Of Cyber Society And Education. Vol. 8 (2) : 99-114.
Primada Qurrota AyunDosen.2015.Fenomena Remaja Menggunakan Media Sosial dalam Membentuk
Identitas. SSN: 23389176 Channel, Oktober 2015,.Diterbitkan oleh Program Studi Ilmu
Komunikasi Vol. 3(2): hal. 1-16
Hamdan, A., Din, R., Abdul Manaf, S.Z., Mat Salleh, N.S., Kamsin, I.F. and Ismail, N.M. 2010.
Exploring The Relationship Between Frequency Use Of Web 2.0 And Meaningful Learning
Attributes.Australasian Journal of Educational Technology . 26(1), 28-43
Mark J. W. Lee Charles Sturt .2010. Personalised and self regulated learning in the Web 2.0 era:
International exemplars of innovative pedagogy using social software. Australasian Journal of
Educational Technology .26(1), 28-43
M. Jamiah, H. M. Rezal Hamzah, A. A.Sofia & at.el.2016. Penggunaan dan Implikasi Media Sosial
Terhadap Remaja Generasi International Conference On Social And Economic

66
Development(ICSED)
https://www.researchgate.net/publication/309668766_Penggunaan_dan_Implikasi_Media_Sosial
_Terhadap_Remaja_Generasi_Z [accessed Jul 22 2018]. 1-3 November 2016, Universiti Malaysia
Terengganu.
Engr. Rusdi Rusli.2013. Penggunaan Facebook Sebagai Medium Kesedaran Keselamatan Lalulintas di
Kalangan Pelajar Semester 4, Diploma Kejuruteraan Awam, Politeknik Kota Kinabalu,Sabah
Proceeding CiE-TVET 2013. 2 - 3 September.
M.Hamdan H.Adnan.2017. Perlakuan Pengguna Penjawat Awam Sabah Dan Penggunaan Internet Jurnal
Komunikasi Borneo.vol 5:______
M.Afifi bin M.S.H &N.H N. Mazlan.2018. Profil Dan Kecenderungan Penggunaan Internet Di kalangan
Pelajar Politeknik Hulu Terengganu. e-Proceedings National Innovation and Invention Competition
Through Exhibition (iCompEx’18):___
Zaidatun Tasir, *Jacquelin S. Linggu & Jamalludin Harun.2011. Penggunaan Alat Rangkaian Sosial di
kalangan Pelajar di sebuah IPTS di Kota Kinabalu, Malaysia .Jurnal Teknologi Pendidikan
Malaysia Jilid 1:_______
A.H Norsiah,I.M.Sobhi,& M.Y Siti Syamsul Nurin. ________. Facebook, YouTube and Instagram:
Exploring Their Effects on Undergraduate Students’ Personality Traits Page.The Journal of Social
Media in Society. 4(2) : 138-161.
A.L.Latifah.B.Jusang. A.G.Akmar Hayati.2014. The Usage Of Facebook Functional Building Blocks In
Unisel. Journal of techno Socia. Vol .6. ISSN 222908940.
Ika.D, A. Salman& M.Helmi A.R.2013. Penerimaan Media Sosial : Kajian dalam kalangan Pelajar
Universiti di Palembang. Jurnal Komunikasi Malaysian Journal of Communication Jilid 29(2):
125-140.

67

Anda mungkin juga menyukai