Anda di halaman 1dari 5

Pengenalan

Tugasan kumpulan ini dilaksanakan adalah untuk menghasilkan ulasan berdasarkan


artikel yang dipilih berkaitan Teori Penembusan Sosial merangkumi Pengenalan, Andaian
Teori, Isu dan Dapatan Kajian, Lima kepentingan teori tersebut terhadap masyarakat serta
rumusan.

Demikian itu, Teori Bawang atau Teori Penembusan Sosial sebenarnya telah
diperkenalkan oleh Irwin Altman & Dalmas Taylor (1973). Teori ini merujuk kepada
komunikasi interpersonal dan ia juga menerangkan bagaimana sesebuah hubungan antara
dua individu atau lebih. Oleh itu, teori ini menerangkan tentang bagaimana cara
perkembangan dan pertumbuhan yang terjadi di dalam sesebuah hubungan. Selain itu, teori
ini juga menerangkan tentang keakraban yang terjadi di dalam sesuatu hubungan apabila
wujud komunikasi yang baru kerana pada mulanya tidak terlalu akrab dan sedikit demi
sedikit memasuki fasa demi fasa sehingga keperingkat yang menyentuh peribadi.

Seterusnya, teori ini mencadangkan hubungan akan menjadi lebih erat dari semasa
ke semasa sekiranya individu itu mendedahkan maklumat peribadi dan dikongsikan
bersama. Selain itu, Model Bawang yang digunakan untuk menerangkan struktur personaliti
di dalam teori ini adalah berkenaan personaliti atau peribadi diibaratkan seperti lapisan
bawang yang terdiri daripada lapisan luaran atau “outer core” (tinggi,berat, jantina).
Manakala, lapisan dalaman atau “inner layer” merupakan perangai separuh peribadi yang
hanya akan didedahkan kepada orang – orang yang tertentu. Akhir sekali, iaitu lapisan
dalaman teras atau “inner core” iaitu peribadi diri yang unik seperti emosi dalaman dan
tersembunyi daripada kaca mata umum. Oleh itu, imej lapisan bawang yang diperkenalkan
oleh Irwin Altman & Dalmas Taylor (1973) merupakan model personaliti seseorang yang
terbukti mempunyai pandangan tersendiri dan amat mempengaruhi keakraban sesuatu
hubungan.

1
Artikel : Strategi Meningkatkan Hubungan Interpersonal Dalam Talian Dalam Kalangan
Remaja Malaysia.

ISU

Wujudnya komunikasi berperantarakan komputer menimbulkan persoalan sama ada ia lebih


bersifat interpersonal ataupun impersonal adakah ia meningkatkan komunikasi dan bersifat
lebih personal atau mengurangkan tahap keintiman. Ini kerana antara aspek komunikasi
berperantarakan komputer adalah ketidakhadiran isyarat konteks, kebolehrekodan
perbualan, kadar pertukaran kod, tahap formaliti dan kerahsiaan penggunanya. Antara
elemen penting untuk mematangkan hubungan adalah dengan cara memperuntukan masa
yang agak lama untuk bersifat terbuka dan saling mempercayai dalam kalangan pengguna.
Keterbukaan berlaku apabila pendedahan kendiri selalu dilakukan oleh seseorang dengan
mudah dan sentiasa bertukar fikiran terhadap sebarang perbezaan isu atau topik yang
dibincangkan.

DAPATAN KAJIAN

Teori Penembusan Sosial menerangkan bahawa setiap hubungan pada peringkat awal
berlaku komunikasi yang formal dan ditembusi atau diterokai oleh orang lain. Ini bermakna
komunikasi melalui komputer boleh menjadi lebih bersifat personal jika masa yang lebih
lama digunakan untuk berinteraksi malah mungkin lebih bersifat personal daripada interaksi
bersemuka. Apabila seseorang rasa lebih percaya terhadap orang lain maka mereka
bertambah suka untuk mendedahkan diri secara mendalam tentang personaliti mereka.Hasil
kajian menunjukan bahawa manusia kurang memberi perhatian pada impresi disebabkan
unsur kerahsiaan atau ketanpanamaan melalui saluran komunikasi berperantarakan
komputer. Oleh itu, mereka tidak perlu bimbang tentang formaliti dan ini menunjukkan ada
ketikanya hubungan melalui komputer menjadi lebih intim atau akrab pada peringkat awal
perkenalan berbanding secara semuka (Cummings, Butler & Kraut, 2002). Selain itu, kadar
pertukaran maklumat dalam komunikasi berperantarakan komputer juga penting. Apabila
lebih banyak mesej dihantar maka hubungan personal akan meningkat kerana pengguna
menjadi lebih selesa dengan orang lain.

2
Artikel : Penggunaan Laman Sosial Dan Impaknya Terhadap Hubungan Persahabatan
Dalam Talian.

ISU

Laman sosial merupakan salah satu daripada platform media menjadi sangat popular
beberapa tahun kebelakangan ini. Oleh itu, Pengkaji ingin mengkaji pembentukan
persahabatan adakah antara sebab utama penggunaan laman sosial yang menjadi profil
sebagai tunjangnya. Melalui profil, pelbagai maklumat peribadi seseorang tersedia dan
pengguna lain dapat mengetahui kehidupan sosial dan minat orang yang ingin dikenali
melalui Facebook dan Twitter. Pengkaji membuat kajian soal selidik yang dijalankan
terhadap 400 pengguna aktif laman jaringan sosial di Malaysia terhadap hubungan
persahabatan dalam talian. Justeru itu, mekanisme “persahabatan” membolehkan pengguna
membina hubungan baru dan membolehkan interaksi sosial dilakukan dengan mudah
terutamanya apabila mereka percaya bahawa mereka mempunyai suatu persamaan. Maka,
apabila wujud kepercayaan permintaan berkawan akan diterima dan jika kepercayaan itu
berkurangan kawan itu akan dibuang daripada senarai sahabat.

DAPATAN KAJIAN

Dapatan soal selidik mendapati bahawa separuh daripada jumlah keseluruhan responden
sebanyak 51.6 peratus daripadanya perempuan dengan secara purata memiliki 100 hingga
500 orang sahabat dalam satu – satu akaun jaringan sosial yang digunakan. Dari segi
kekerapan berhubung dalam jaringan sosial dapatan pengkaji menunjukkan bahawa
interaksi dengan kawan rapat dan rakan sekolah adalah paling tinggi. Selain itu, dapatan
kajian pengkaji juga menunjukkan bahawa majoriti responden melanjutkan perkenalan di
dalam jaringan sosial ke luar talian. Walau bagaimanapun, dapatan menunjukkan mereka
juga mengakhiri persahabatan tersebut dengan mengeluarkan rakan dari senarai sahabat
kerana sebab – sebab tertentu. Laman sosial dilihat mengubah konsep persahabatan,
perkenalan peribadi sehingga menyebabkan munculnya jenis persahabatan baru seperti
“Friendster” iaitu sahabat yang hanya dikenali dalam laman jaringan sosial dan membawa
pembentukan komuniti dalam talian atau komuniti maya (Donath, 2007).

Melalui teori penembusan sosial membuktikan bahawa proses hubungan akan menjadi lebih
erat dari semasa ke semasa jika individu itu mendedahkan maklumat peribadi dan
dikongsikan bersama. Selain itu, daripada tinjauan soal selidik yang dilakukan hampir
3
separuh daripada jumlah keseluruhan responden yang mengenali sahabat menerusi
jaringan sosial menghadkan persahabatan di dalam talian sahaja dan tidak melanjutkan
perkenalan di luar talian. Ini menunjukkan bahawa jaringan sosial dalam talian digunakan
sebagai alat dan tempat alternatif bagi berhubung dengan sesiapa sahaja termasuk orang
asing. Dilihat, perkara ini berlaku kerana jaringan sosial dianggap sebagai tempat ketiga
yang hanya sekadar tempat awam yang neutral dan mereka yang memasukinya bebas
untuk datang dan pergi sesuka hati kerana tidak terikat dengan sebarang komitmen dan
tanggungjawab. Oleh itu, kajian sebegini boleh memberikan pemahaman yang lebih kepada
pengguna terutama mereka yang memiliki jumlah sahabat dalam talian yang ramai.

Artikel : Interaksi Sosial Di Ruang Maya : Kajian Kes Jaringan Sosial Melalui Laman
Facebook Di Malaysia.

ISU

Interaksi sosial pada masa kini sememangnya berbeza dengan bentuk interaksi pada zaman
dahulu yang bermula dengan interaksi sosial secara bersemuka (lisan) (Macionis &
Plummer, 2005) dan diikuti dengan interaksi sosial penulisan dan percetakan (Muhammad
Asmi, 2004). Kini interaksi sosial telah melangkah ke satu era yang baharu iaitu interaksi
sosial di atas talian. Menerusi kemudahan laman sosial membolehkan interaksi sosial oleh
aktornya bukan sahaja berhubung antara satu sama lain tetapi pada masa yang sama dapat
melakukan aktiviti perbualan dalam talian, perkhidmatan emel, paparan video dan
perkongsian fail secara bersama walaupun tidak bersemuka. Interaksi sosial di laman
Facebook bukanlah perkara yang baharu. Malahan, mempunyai akaun Facebook dianggap
sebagai satu kemestian untuk seseorang terus berhubung dengan rakan – rakan yang telah
atau yang baharu dikenali. Demikian itu, pengkaji membuat kajian adakah para pengguna
laman jaringan sosial Facebook di Malaysia juga tidak pernah bertemu antara satu sama
lain dan juga saling tidak mengenali. Pengkaji membuat kajian untuk membincangkan
persamaan interaksi sosial di Facebook dengan Interaksi konvensional secara bersemuka
dari segi asas, jenis dan pola interaksi juga kesan yang dialami oleh aktor dalam bentuk
sokongan sama seperti yang dialami oleh aktor – aktor di barat.

DAPATAN KAJIAN

Seramai 15 orang pelajar siswazah yang menginap di Kolej Keris Mas, UKM telah dikaji
dengan menggunakan kaedah penyelidikan gabungan kuantitatif dan kualitatif. Hasil kajian
mendapati bahawa corak interaksi sosial di Facebook sama seperti corak interaksi sosial
4
konvensional. Manakala, jaringan interaksi sosial para aktor tersebut juga didapati bertindan
lapis dengan jaringan persahabatan yang sedia ada. Tingkah laku para aktor di Facebook
juga sama dengan tingkah laku secara konvensional dalam kehidupan seharian
terutamanya yang berasaskan minat, nilai dan sentimen. Selain itu, kesan interaksi sosial di
Facebook juga didapati sama dengan kesan interaksi konvesional seharian iaitu dalam
konteks sokongan sosial untuk mendapatkan maklumat, mudah jalin hubungan,
mengurangkan masalah kesunyian, mengurangkan tekanan dan mendorong aktor berfikiran
lebih terbuka. Justeru itu, jaringan sosial tidak formal seperti jaringan persahabatan melalui
laman Facebook bukan sahaja bertujuan untuk memenuhi keperluan harian individu tentang
pembelajaran dan maklumat lain tetapi juga memenuhi keperluan psikologi, emosi dan
efeksi para aktor. Hal ini, menunjukkan bahawa kesan – kesan yang dialami oleh aktor di
negara barat turut dirasai oleh aktor di Kolej Keris Mas, Universiti Kebangsaan Malaysia.
Secara keseluruhunnya kajian ini menyimpulkan bahawa interaksi sosial di Facebook adalah
sama seperti interaksi konvensional secara bersemuka.

Rujukan

Cummings, J.N., B. Butler, & R. Kraut. 2002; The Quality Of Online Social Relationships.;
Community Of The ACM, (45), July.

Donath,J. (2007); Signal In Social Supernets. Journal of Computer-Mediated


Communication, 13 (1), (Versi Elektronik) jemc.indiana.edu/voII3/issue I/ donath.html.

Macionis JJ, Plummer K (2005); Sociolgy. Edisi Ke-3. Prentice Hall, United States Of
America.

Muhammad Asmi (2004); Rekabentuk dan Perlaksanaan Terminal VoIP. (Latihan Ilmiah).
Universiti Sains Malaysia.

Jurnal

Jusang Bolong, Ezhar Tamam, Md. Salleh Hassan, & Musa Abu Hasan (2010). Strategi
Meningkatkan Hubungan Interpersonal Dalam Talian Dalan Kalangan Remaja Malaysia.
Jurnal Pengajian Media Malaysia Jilid 12, Vol. 1, No1, Pages 91-109.

Siti Ezaleila Mustafa (2016). Penggunaan Laman Sosial Dan Impaknya Terhadap Hubungan
Persahabatan Dalam Talian. Universiti Malaya; Jurnal Komunikasi, Jilid 32 (2): 65-81.

Mohd Khairuddin Mohad Sallehuddin & Mohamad Fauzi Sukimi (2014). Interaksi Sosial Di
5
Ruang Maya: Kajian Kes Jaringan Sosial Melalui Laman Facebook Di Malaysia. Universiti
Kebangsaan Malaysia. Malyasian Journal Of Society and Space 10 issue 6 (138-147).

Anda mungkin juga menyukai