Anda di halaman 1dari 5

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

UNIVERSITI UTARA MALAYSIA


UNIT PENGAJIAN LUAR KAMPUS
PUSAT PENDIDIKAN PROFESIONAL & LANJUTAN (PACE)

SCCA 1013
PENGANTAR KOMUNIKASI

TUGASAN 1:
Kepentingan Komunikasi Kepada
Sesebuah Perniagaan
DISEDIAKAN UNTUK: DR. LEE KUOK TIUNG
DISEDIAKAN OLEH:
NO. MATRIKS

MOHD. HAZRI OKEG


200859

Komunikasi boleh ditakrifkan sebagai "satu proses perpindahan maklumat,


perasaan,idea, dan fikiran seseorang individu kepada individu atau sekumpulan
1

200859

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

individu yang lain" [http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi]. Ia merupakan


proses interaksi yang bererti antara hidupan dan merangkumi kedua-dua
perbuatan iaitu perbuatan menghantar maklumat dan proses untuk bertukartukar maksud. Tujuannya supaya dapat menghasilkan pemahaman. Komunikasi
boleh mengambil bentuk dari komunikasi lisan, komunikasi bukan verbal atau
komunikasi bukan lisan misalnya bahasa gerak-geri, bahasa isyarat, sentuhan,
hubungan mata, dan komunikasi bertulis. Sepertimana dinyatakan oleh Zelko &
Dance (1965), Komunikasi adalah satu aktiviti penting dalam sesebuah
organisasi. Komunikasi yang baik dan lancar amatlah penting dan diutamakan
di didalam sesebuah organisasi perniagaan.

Komunikasi sungguh penting apabila anda menggerakkan sesuatu


perniagaan sebagai contoh jika anda sendiri adalah peneraju dalam sesebuah
syarikat [Narimah Ismail dan Saodah Wok, (2002), Kursus Komunikasi
Organisasi, Bentong: PTS Publications and Distributor Sdn. Bhd]. Bukan sahaja
bahasa komunikasi adalah penting, malah banyak lagi perkara yang berkaitan
komunikasi perlu diambil berat dalam menajamkan kemahiran ini. Perkara yang
hendak disampaikan, tujuan penyampaian perkara ini, situasi semasa
penyampaian, cara yang hendak disampaikan, baik buruk yang perlu
dipertimbangkan untuk menyampai dan keikhlasan untuk menyampaikan bagi
kebaikan semua. Kita perlu menjadikan komunikasi sebagai salah satu alat
yang menyalurkan maklumat penting dan terperinci kepada semua lapisan
dalam struktur syarikat anda. Ia sangat penting sebagai penggerak kepada
motivasi pekerja untuk meningkatkan produktiviti syarikat. Mengelakkan konflik
disebabkan salah faham akibat komunikasi perlu ditangani dengan sentiasa
melakukan komunikasi yang baik dengan rakan niaga atau tenaga sokongan
syarikat. Kedua belah pihak perlu mengambil sikap tolak ansur bagi
menyelesaikan sesuatu masalah semasa melakukan komunikasi.

Komunikasi melalui perbincangan amat penting dalam perniagaan sama


ada dijalankan secara santai dan dimulakan oleh pihak atasan. Pendekatan
terbaik untuk berkomunikasi (Argenti: 2003) adalah melalui perbincangan tidak
formal antara pekerja dan penyelia, supaya mereka merasa lebih selamat,
2

200859

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

mampu mengutarakan persoalan dan mendapat nasihat yang sewajarnya tanpa


penilaian pihak atasan [Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd. Yusof Hussain,
(2004), Teori-teori Komunikasi, Bentong, Pahang: PTS Publications &
Distributors Sdn. Bhd]. Ketua yang meluangkan masa bersama para pekerja
juga lebih mendapat sokongan daripada mereka atas sikap keprihatinan dan
kemesraan yang ditunjukkan. Dalam hal ini, perjumpaan yang lebih kerap dapat
membuahkan hubungan yang lebih erat. Menurut kajian yang dilakukan oleh
Gray dan Robertson (2005), dalam Effective Internal Communication Starts At
the Top, seseorang eksekutif perlu bercakap lebih kerap dengan pekerja
mengenai

tujuan

organisasi,

aktiviti,

matlamat,

perbezaan,

pelanggan,

persaingan dan bagaimana jabatan dan usaha mereka dapat membantu


syarikat. Bagi meningkatkan dan mengekal persefahaman dua hala, antara
pengurusan dan pekerja, komunikasi dilihat menjadi satu keperluan bagi
meletakkan batu penanda aras terhadap pencapaian dan permasalahan yang
berlaku dalam sesebuah organisasi atau perniagaan.

Komunukasi melalui pengiklanan adalah satu bentuk promosi berbayar


bagi jenama, perkhidmatan atau perniagaan dan memerlukan bajet yang betul
dan terancang [Samsuddin A. Rahim (2003), Komunikasi Asas, edisi ke-3,
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka]. Kawalan kreatif adalah salah satu
ciri yang membezakan pengiklanan. Setiap iklan memerlukan kawalan kreatif.
Pengiklanan memberikan sumbangan besar kepada persaingan jenama di
pasaran. Pengiklanan bukan sahaja memberi maklumat tentang produk atau
perkhidmatan tetapi juga menggalakkan inovasi. Selain pengiklanan juga
memudahkan kepuasan pengguna. Pengiklanan sebagai alat komunikasi dalam
sesebuah perniagaan akan membawa keluar legasi sendiri dalam medium yang
berbeza dan dengan pelbagai sumber yang ada. Terpulang kepada pengiklan
untuk membuat keputusan dan menggunakan saluran yang, alat dan teknik
kempen pengiklanan tertentu akan saman yang terbaik untuk produk. Dalam
perniagaan, cara kita berkomunikasi dengan pelanggan dapat membantu
mencerminkan kualiti servis perniagaan. Syarikat-syarikat besar tidak takut
untuk melaburkan sejumlah wang yang besar, supaya mereka dapat
memuaskan hati ramai pelanggan.
3

200859

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

Kewujudan laman sosial seperti Facebook membuka ruang yang lebih


luas untuk pelanggan berkomunikasi dengan peniaga. Ini adalah satu cara
untuk meningkatkan kepercayaan. Pelanggan yang percaya pada perniagaan
kita akan menyebarkan berita baik kepada rakan-rakan mereka. Ini yang
dinamakan pemasaran viral atau mulut ke mulut. Untuk merapatkan jurang
komunikasi di Facebook, kita boleh menggunakan cara-cara kreatif untuk
bertanyakan soalan mengenai industri, produk atau servis yang dibekalkan.
Apabila kita bertanya, ia mendorong orang ramai yang Like laman Facebook
kita untuk berada dalam perbualan itu. Dengan cara ini perniaga juga boleh
memperkenalkan produk atau servis yang ditawarkan sekaligus membuat
promosi bagi meningkatkan mutu dan kualiti perniagaan. Kepentingan
komunikasi dalam cara ini akan membuatkan sesebuah perniagaan akan lebih
senang dan mudah untuk dikenali disamping dapat mencari pemasaran dalam
industri yang diceburi. Komunikasi tidak bermakna kita harus pandai bercakap.
Dalam blogging juga kita berkomunikasi di mana jumlah pembaca yang akan
membaca anda menjadi subjektif.

Komunikasi ialah satu proses memberi dan menerima pendapat serta


informasi. Ia memerlukan kita berfikir dan juga kesungguhan kita untuk
berinteraksi secara berkesan. Komunikasi yang baik dan lancar amat diperlukan
apatah lagi di dalam bidang perniagaan. Contohnya ialah lampu trafik, adalah
salah satu medium komunikasi memberitahu kepada pengguna jalan raya. agar
bertindak balas secara refleks. Kalau lampu hijau tandanya jalan, kuning untuk
perlahankan kenderaan dan merah untuk berhenti. Dalam apa jua bentuk
perniagaan atau pekerjaan, komunikasi amat diperlukan. Komunikasi di antara
pengusaha dan pelanggan, sesama rakan, tetamu atau sesiapa saja tidak dapat
dielakkan. Komunikasi sangat penting dalam menyampaikan mesej yang
berguna untuk ditafsir oleh otak manusia dan akan bertindak balas dari mesej
yang diterima.

200859

SCCA 1013 Pengantar Komunikasi

RUJUKAN
http://ms.wikipedia.org/wiki/Komunikasi
Narimah Ismail dan Saodah Wok, (2002), Kursus Komunikasi Organisasi,
Bentong: PTS Publications and Distributor Sdn. Bhd
Saodah Wok, Narimah Ismail, Mohd. Yusof Hussain, (2004), Teori-teori
Komunikasi, Bentong, Pahang: PTS Publications & Distributors Sdn.
Bhd.
Samsuddin A. Rahim (2003), Komunikasi Asas, edisi ke-3, Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka

200859

Anda mungkin juga menyukai