Anda di halaman 1dari 8

Pengenalan

Bidang Komunikasi berkembang daripada perkara kecil hingga menjadi bidang utama.

Kita melihat perkembangan di barat dan kemudian diikuti perkembangan bidang ini di

Malaysia.Bidang komunikasi hanya dikenali sebagai bidang pengajian yang penting pada

abad ke-20. Komunikasi adalah bahagian terpenting dalam kehidupan seharian. Komunikasi

tidak sahaja berlaku melalui percakapan sahaja tetapi juga melalui mendengar, membaca,

menulis dan gerak badan. Semuanya memerlukan kemahiran yang boleh dipelajari.

Sesetengahkemahiran seperti penguasaan bahasa dan pemilihan perkataan yang tepat,

pemikiranlogik dan pengumpulan maklumat amat diperlukan untuk semua jenis komunikasi

sepertikomunikasi antara perorangan, komunikasi dalam kumpulan, komunikasi dalam

organisasi, komunikasi untuk pemasaran, dan komunikasi dalam bentuk pengucapan

awam. Oleh itu semakin baik kemahiran ini dikuasai, maka semakin berkesanlah proses

komunikasi yang berlangsung. Komunikasi yang berkesan membolehkan idea dan

maklumat dapat disampaikan dengan sempurna dan bernas.

Komunikator yang berjaya tahu bagaimana untuk mendengar, bercakap, membaca dan

menulis. Bagaimanapun kepetahan bercakap belum lagi menjamin kemahiran

berkomunikasi kerana tidak ada makna jika kata-kata yang disusun indah hanya

menyakitkan dan mencederakan perasaan orang lain.Dalam kertas kerja ini saya ingin

berkongsi pengalaman dan membincangkan suatu fenomena Komunikasi Interpersonal .

1
Teori Komunikasi Interpersonal

Komunikasi interpersonal adalah komunikasi yang dilakukan kepada pihak lain

untuk mendapatkan umpan balik, baik secara langsung (face to face) maupun dengan media.

Berdasarkan definisi ini maka terdapat kelompok maya atau faktual (Burgon & Huffner,

2002). Contoh kelompok maya, misalnya komunikasi melalui internet (chatting, face book,

email, etc.). Berkembangnya kelompok maya ini karena perkembangan teknologi media

komunikasi.Teri komunikasi interpersonal juga dikenali sebagai ‘dyadic

communication’.Komunikasi ini tidak hanya melibatkan komunikasi antara individu dengan

individu yang lain.Malahan ia juga membabitkan dengan sekumpulan kecil individu lain.

Manakala menurut Beebe dan Redmond(1999).komunikasi interpersonal akan berlaku apabila

Seseorang melakukan interaksi secara serentak dengan orang lain dan saling mempengaruhi

Dengan tujuan mengawal proses komunikasi tersebut.Sebagai contoh,jika kita mempunyai

Seorang kawan yang baru dikenali kita harus berkomunikasi dengannya agar kita dapat

Mengenalinay dengan lebih mendalam lagi.Hubungan yang baik akan terjalin apabila kita

Selalu berinteraksi dan memahami antara satu sama lain.Jadi penting untuk kita mengetahui

bagaimana cara kita sepatutnya berkomunikasi supaya prosespembentukan hubungan untuk

apa jua tujuan dapat berjalan dengan baik dan memenuhi keperluan semua pihak.

2
Terdapat sepuluh teori yang berada di bawah komunikasi Interpersonal,iaitu menurut

Griffin(2000)’Interaksisymbol(Symbolic Interactionism),Pengurusan Koordinasi

Makna(Coordinated Management of meaning),Teori Melampaui Jangkaan(Expectancy

Violations Theory),Teori Pengkaburan Interpersonal(Interpersonal Deception

Theory),Kritikan Konstruktivisme(Constructivism),Teori Penembusan Sosial(Social

Penetration Theory),TeoriPengurangan Ketidakpastian(Uncertainly Reduction

Theory),Pandangan Interaksi(Interaction View),Perhubungan Dialek(Relational Dialecs) dan

Teori Keadilan Sosial(Social Judgement Theory).

Dua Teori Komunikasi Interpersonal

Teori Tembusan Sosial

Teori ini telah diutarakan oleh Altman & Taylor (1973).Teori Tembusan Sosial (Social

Penetration Theory) mengatakan dalam proses menjalin hubungan,komunikasi berubah

daripada satu tahap yang cetek,tidak intim kepada tahap yang lebih mendalam dan yang

peribadi dalam jangka masa tertentu.

Proses komunikasi interpersonal adalah proses tembusan sosial yang bertujuan untuk

berkongsi maklumat tentang diri sendiri dengan pasangan masing-masing.Oleh itu kita boleh

samakan proses komunikasi interpersonal sebagai proses tembuasan sosial.Teori ini juga

dikenali teori kulit bawang yang mengambarkan diri sebagai kulit bawang.Kulit bawang yang

mempunyai banyak lapisan dari lapisan luar yang nipis,diikuti dengan lapisan-lapisan lain

3
yang semakin mendalam,semakin kuat dan padat.Ini juga boleh digambarkan dengan

gambaran,semakin lama kita berkenalan atau mula melakukan komunikasi interpersonal,maka

kita akan lebih mengenali dan memahami isi hati dengan individu terbabit.

Semakin banyak kita berkomunikasi dan semakin banyak kita ketahui mengenai

pasangan kita,maka komunikasi yang terjalin menjadi lebih peribadi.Ini menunjukkan

semakin lama kita mengenali dirinya semakin banyaklah dan semakin mendalam mengenai

dirinya yang kita ketahui.Proses pembentukan hubungan ini di antara dua individu dilihat oleh

Altman dan Taylor sebagai proses menembusi lapisan bawang besar.Kita sudah tentu biasa

dengan bawang besar yang digunakan untuk memasak.Bawang mengandungi lapisan luaran

,atau kulit nipis dan diikuti dengan lapisan-lapisan lain yang semakin mendalam ,kuat dan

padat.

Fenomena

Proses mengetahui seseorang sebenarnya memerlukan kita menembusi kulit bawang

supaya kita dapat memasuki ke lapisan bawah kulit dan seterusnyaterus ke bahagian tengah

bawang.Kita hanya boleh mengetahui isi bawang apabila kita menembusinya.Maka kita boleh

tahu tentang diri orang lain kalau kita berkomunikasi denmgannya.Contonya,Saya mula

bercerita kepada kawan yang di kenali.Rakan seperjuangan saya di waktu sekolah hinggalah

kini.Rakan saya boleh berkongsi maklumat dengannya.Saya banyak berceritakan mengenai

apa yang saya minat dan mudah untuk disenangi olehnya.Selain itu,mengenai hobi di waktu

lapang.Perbualan ini menunjukkan pada tahap awal kepada teman baru.

Saya banyak bercerita dengan rakan saya yang bernama Ain,kami berkongsi

masalah.Sejak dari bangku sekolah menengah saya mula mengenalinya.Dia seorang rakan

4
yang sangat mengambil berat terhadap saya.Dari tahun 2000 kami memasuki sekolah yang

sama sehinggalah penghujung tahun 2004.Sewaktu tahun 2000 hingga 2002 subjek kami

sama,banyak berkongsi pendapat dan sering menyiapkan kerja sekolah bersama.Selepas

peperiksaan PMR,kami berasingan kelas.Subjek kami berlainan,saya mengambil aliran

sastera.Sahabat saya mengambil aliran sains.Namun begitu,minat kami sama iaitu seni

lukis.Pengajian saya di tingkatan 4 saya mengambil kursus seni lukis.Saya amat meminati

seni lukis,bidang ini dapat memberi ketenangan kepada saya.Saya berkongsi idea dengan

kawan saya,untuk projek seni saya.Seterusnya kami sambung belajar di tingkatan 6

sehingga tahun 2006.Di tahun tersebut kami mengambil subjek yang sama,iaitu seni

lukis.Projek kami untuk peperiksaan STPM,kami berkongsi idea dan pendapat cara kerja

kursus kami.Sepanjang perkenalan saya ,kami banyak bersama.Saya rajin bertandang

ke rumahnya untuk mencari ilmu bersama.Sahabat saya seorang yang rajin belajar dan

sentiasa memberi tumpuan yang terbaik di dalam kelas.

Sehingga ke hari ini kami masih bersahabat,berkongsi suka duka kehidupan.Ain

sudah tamat belajar di UMT,di Terengganu.Manakala saya masih di UPM,Serdang.Bidang

kami berbeza dan berlainan.Minat saya untuk menyambung pelajaran ini di dorong oleh

keluarga dan sahabat baik saya iaitu Ain.Sebenarnya sya rasa malu dan kecil hati melihat

kawan-kawan mengambil segulung ijazah dengan bangganya.Saya perlu berusaha sehingga

berjaya,rintangan yang mendatang perlu di tempuh dengan hati yang waja.Keprihatinan

sahabat saya dan sokongan darinya dapat saya teruskan sehingga hari ini.

Pendedahan kendiri ada reiprokal atau ada timbal balik yang membolehkan

perkongsian.Contohnya,selepas saya bercerita dan berkongsi maklumat sahabat saya,Ain

banyak berkongsi idea dan pandangannya.Maka ada respon darinya.Kesungguhannya

membantu saya dalam menyiapkan projek subjek seni kami bersama.

5
Tembusan berlaku dengan cepat pada peringkat awal perkenalan tetapi menjadi

lambat selepas sampai ke lapisan yang lebih tengah.Selalunya kita tidak suka menceritakan

tentang perkara yang lebih peribadi.Pertahanan dalaman dan norma masyrakat melarang kita

daripada terlalu banyak menceritakan tentang perkara peribadi kita kepada kenalan

baru.Hubungan selalu bertahan di tahap lama sebelum berubah ke tahap intim,sehingga

adakalanaya hubungan terhenti atau berakhir jika berlaku perpisahan ataupun

ketegangan.Namun begitu saya rasa meluahkan pendapat pada rakan yang kita kenali itu tidak

salah,sekiranya kita rasa hati bahawa dia ialah sahabat dan pendengar setia kita.Perhubungan

terjalin dengan saling mempercayai antara satu sama lain.

Proses kebalikan tembusan(depenetration)adalah proses menarik diri dari satu

lapisan ke satu lapisan sama seperti dilalui pada peringkat tembusan.Kita bolah bayangkan

proses ini seperi menonton wayang dari akhir ke awal.Namun begitu proses ini tidak berlaku

dalam diri saya.Persahabatan yang terjalin di antara saya dan sahabat saya amat

erat.Kemesraan kami terjalin dengan baik.Kami sering bertukar-tukar pendapat dan sentiasa

meluahkan perasaan yang tersimpan tentang masalah masing-masing.Perhubungan ini

memberi kebaikan kepada saya kerana ada seorang rakan yang membantu ketika saya dalam

kesusahan dan bersenang bersama.Pengunaan analisi untung rugi untuk melihat

perkembangan hubungan antara dua orang dilihat sebagai simple atau mudah bagi sesuatu

yang kompleks.Kita tidak rugi dalam berkawan.Malahan kita mendapat kebaikan dalam

membentuk hubungan persahabatan.

6
Teori Pengurangan Ketidakpastian

Teori ini diutarakan oleh Berger (1987).Teori pengurangan

ketidakpastian(uncertainty reduction theory) memberi tumpuan terhadap komunikasi manusia

bagi mendapatkan pengetahuan di samping dapat membentuk persefahaman di antara satu

sama lain. Di antara dua individu secara khususnya.Semasa kita berkomunikasi sesama

kita,sebenarnya kita mempunyai tujuan untuk mengetahui tentang individu

itu.Lazimnya,semasa kita berkomunikasi dengan seseorang kita berpotensi untuk mengetahui

mengenai dirinya,siapa dia,dari mana asalnya,kenapa dia berjumpa kita,apakah latar

belakangnya,apakah niatnya terhadap kita dan pelbagai persoalan yang timbul di fikiran kita.

Teori pengurangan ketidakpastian ini mengatakan bahawa apabila kita berjumpa

dengan seseorang yang kita tidak kenali sebelimnya,kita merasa tidak pasti

(uncertain).Terdapat dua jenis ketidakpastian iaitu ketidakpastian perlakuan yang boleh

diatasi dengan mengikuti prosedur tertentu dan ketidakpastian kognitif yang kita dapat atasi

dengan haya mendapatkan maklumat.

Teori ini mengemukan beberapa aksiom yang mempunyai perkaitan di antara

ketidakpastian dan beberapa variable utama.Aksiom merupakan kenyataan yang diteriam

sebagai benar tanpa perlu diuji.Oleh itu teori URT ini digunakan dan dikenali sebagai teori

aksiomatik.Teori ketidakpastian ini menlalaui beberapa fasa dalam interaksi awal.Menurut

Berger seseorang itu akan melalui tiga tahap dalam membentuk hubungan dengan seseorang.

7
Fasa yang di maksudkan oleh Berger ialah melalui fasa permulaan iaitu di mana
seseorang akan mula bercakap tentang dirinya dengan memberi maklumat asalnya di
mana,tempat dia bekerja,pengalaman hidupnya,dan serta pendidikan.Selalaunya maklumat
yang diberi

Anda mungkin juga menyukai