Anda di halaman 1dari 13

SEREMBAN

JANUARI / 2015

MPU 3113

HUBUNGAN ETNIK

NO. MATRIKULASI

840112055535001

NO. KAD PENGNEALAN

840112055535

NO. TELEFON

0162632221

E-MEL

srdboys@yahoo.com

PUSAT PEMBELAJARAN

OUM SEREMBAN

PENGENALAN
Malaysia adalah salah sebuah negara yang terletak di Asia Tenggara berjiran
dengan Singapura di sebelah selatan, Brunai di sebelah timur, sebahagian Indonesia di
sebelah Barati itu Sumatera dan Thailand di bahagian utara. Malaysia merupakan salah
satu negara yang masyarakatnya terdiri daripada pelbagai keturunan, etnik, warna kulit,
agama, Bahasa kebudayaan dan adat resam yang tersendiri. Ia adalah satu-satunya negara
masyarakat Plural yang paling Berjaya di alaf baru ini dalam mengekalkan keamanan dan
perpaduan. Masyarakat majmuk ada konsep dan sejarah yang terdiri di Malaysia. Malaysia
pada hari ini didiami oleh berbagai-bagai bangsa, kaum dan etnik dari Perlis hingga ke
Sabah.
Berbagai bagai kaum dan etnik inilah maka wujud pula kepelbagaian budaya,
Bahasa, agama, dan adat resam. Corak masyarakat Malaysia seperti ini berlaku disebabkan
oleh perubatan masa dan keadaan, seperti yang berlaku terhadap perubahan struktur
politiknya. Sebelum adad ke-18 dan ke-19, masyarakat Malaysia tidak begini coraknya.
Sebaliknya boleh dikatakan bahawa, bagi orang di Sumatera didiami oleh Orang Melayu
dan Orang Asli bersama sebilangan kecil bangsa atau kaun lain. Tetapi kini Coraknya telah
berubah dan wujudnya pembentukan masyarakan majmuk.
J.S Furnivall adalah orang pertama yang mengemukakan konsep masyarakat
majmuk berdasarkan kajian di Indonesia dan Burma. Menurut Furnivall (1967),
masyarakat majmuk terdiri daripada pelbagai kaum yang ada kebudayaan, agama, Bahasa
dan adat resam yang tersendiri. Walaupun barbagai-bagai kaum berganding bahu di bawah
sistem politik yang sama tetapi kehidupan masyarakat adalah berasingan dan interaksi
sosial dalam kalangan mereka amat berkurangan dan hubungan mereka hanya terbatas
kepada hal ekonomi dalam jual beli.

SOALAN 1
Malaysia memiliki keistimewaan yang berkait rapat dengan ciri-ciri latar belakang
masyarakatnya yang terdiri daripada pelbagai etnik. Mereka saling berhubungan dengan
menggunakan bahasa Melayu yang diiktiraf sebagai bahasa kebangsaan dalam pertuturan harian
sehingga membolehkan mereka bertutur dengan fasih. Keadaan ini menunjukkan masyarakat
Malaysia dapat hidup bersatu walaupun mempunyai bahasa, agama dan kepercayaan yang
berbeza. Keadaan yang saling berhubungan antara individu dengan individu dan antara kelompok
dengan kelompok lain dalam kehidupan harian mereka memang tidak dapat dielakkan. Hal ini
didorong oleh keadaan saling bergantungan untuk kelangsungan hidup kerana tidak ada individu
mahupun kelompok yang sempurna kebolehan, keupayaan dan kehendak naluri mereka dalam
usaha untuk memenuhi keperluan hidup harian masing-masing. Tanpa disedari perlakuan saling
kebergantungan ini terus diulang dan dalam tempoh yang lama menzahirkan hubungan berbentuk
kesepaduan dalam masyarakat, lebih-lebih lagi dalam masyarakat pelbagai etnik. Hubungan baik
yang terjalin antara individu atau kelompok yang berbeza latar belakang budaya, agama dan
bahasa serta kepercayaan yang biasanya berlaku secara natural tanpa sebarang

paksaan.

Jelasnya, pengalaman harian dalam kalangan kanak-kanak pelbagai etnik juga dapat
menyemai benih kesepaduan sosial dan menghasilkan kehidupan harmoni. Suasana ini dipaparkan
menerusi sebuah program kartun di televisyen yang popular dalam kalangan kanak-kanak di
Malaysia pada hari ini iaitu Upin dan Ipin. Program berbentuk kartun ini diterbitkan oleh
Syarikat Les Copaque Sdn. Bhd. hasil kerja berpasukan yang terdiri daripada Tan Shiek Wei,
Usamah Zaid, Shafiq, Tan Ying Sowk, Mohd Faiz dan Fuad Md. Din. Muzik yang melatari Upin
dan Ipin pula digubah oleh Yuri Wong dari The Factory Muzic Studio. Gabungan pelbagai etnik
dalam kerja penghasilan program tersebut membentuk ikatan sosial yang saling berkait dan saling
bergantungan antara satu sama lain serta keseluruhan karakter serta setiap episod yang
ditayangkan mengandungi unsur perpaduan yang sepatutnya ada pada diri setiap rakyat Malaysia.
Jika diteliti setiap episod Upin dan Ipin karekter kanak-kanak daripada pelbagai etnik
yang terdapat di Malaysia diketengahkan dan menghidupkan jalan cerita siri kartun ini. Upin dan
Ipin sarat dengan nilai murni yang boleh bertindak sebagai alat dalam usaha mendidik kanakkanak bermula daripada peringkat awal usia mereka untuk mengenal, memahami dan
menghormati kepelbagaian budaya yang terdapat dalam kehidupan harian mereka. Bak kata

pepatah "melentur buluh biarlah dari rebungnya". Hubungan sosial dalam ruang kesenian di
Malaysia saling terkait dan saling bergantungan merentas etnik dan menyumbang kepada
pemupukan kesepaduan sosial. Hal ini jelas terbukti apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib
Tun Razak telah memberi ucapan pada Malam Wartawan 2009, berkaitan dengan dasar, politik
dan media. Dalam ucapannya beliau menyatakan bahawa media perlu bekerja dangan dasar yang
betul. Antara yang disenaraikan ialah ketelusan dan akauntabiliti, keadilan dan laporan yang
bertanggungjawab. Menurutnya lagi, media amat penting dalam membina kredibiliti negara.
Dengan adanya media terutama media cetak dan penyiaran, masyarakat lebih terpengaruh dan
memberi tindak balas dengan cepat ke atas apa yang diterima. akikatnya, media bukan sahaja
merupakan cermin kepada masyarakat, malahan media juga merupakan alat perubahan kepada
sesuatu masyarakat. Media yang dimaksudkan merujuk kepada alat untuk mewujudkan interaksi
sosial, politik, dan ekonomi dalam konteks moden. Media berfungsi untuk menyampaikan
maklumat dan mendidik masyarakat serta menjadi medium perantaraan. Dalam sistem demokrasi
seperti di Malaysia, media merupakan sumber primer dalam komunikasi massa. Tambahan pula,
kini media bersifat universal tanpa sempadan. Jenis dan fungsi media juga semakin canggih selari
dengan perkembangan arus modenisasi pada masa kini. Kini televisyen merupakan medium
komunikasi yang paling berpengaruh. Oleh yang demikian, medium ini adalah cara yang paling
sesuai untuk media memainkan peranannya. Hampir seluruh masyarakat dunia mampu
mengadakan dan menonton televisyen. Televisyen yang bersifat memiliki aspek audio dan visual
ternyata lebih berkesan berbanding dengan media cetak. Hal ini kerana sambil seseorang itu
mendengar, individu tersebut juga boleh melihat. Animasi Upin Ipin telah menayangkan interaksi
pelbagai etnik dalam suasana yang harmoni tanpa mengira usia. Animasi ini juga memberi
kesedaran pada penontonnya bahawa setiap manusia walaupun berlainan bangsa dan agama tetap
mempunyai hubungan yang baik dan saling menghormati antara satu sama lain. Penggunaan
mesej ini memberi satu nilai komunikasi yang berkesan. Melalui animasi ini pada akhir penerapan
konsep itu melihatkan keberkesanan peranan yang telah dimainkan oleh media. Jika kesannya
berakhir dengan sesuatu yang positif dan dapat mempengaruhi masyarakat Malaysia khususnya,
pastinya ganjaran yang tidak ternilai akan diperoleh dalam kehidupan harian, iaitu suasana aman
damai dan bersatu padu antara etnik. Penekanan aspek perpaduan dan penghayatan terhadap
konsep 1Malaysia dengan slogan rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan meletakkan
media sebagai perantara yang penting dan mampu membuka mata masyarakat Malaysia untuk

memahami usaha tersebut. Upin Ipin memberikan sumbangan yang besar dalam pembentukan
perpaduan. Pelbagai peranan dan fungsi telah digerakkan oleh media sama ada media cetak
ataupun media elektronik. Media sangat berkesan dijadikan alat penyampai kepada sebarang
bentuk tujuan khususnya jika bermaksud untuk menerapkan nilai- nilai yang mendorong kepada
perpaduan etnik. Media membantu menerapkan nilai nilai luhur sambil membentuk rakyat yang
berfikir cetak.
Tegasnya, pembinaan bangsa dan negara bagi sesebuah negara berbilang etnik seperti
Malaysia adalah amat penting terutama dalam era globalisasi yang membenarkan pengaliran
secara bebas dan pantas bukan sahaja maklumat, modal serta manusia, tetapi juga sistem nilai,
budaya dan kepercayaan daripada pelbagai negara. Justeru, kesedaran yang membawa kepada
perpaduan akan dapat diterapkan dengan lebih mudah lagi dalam usaha untuk mencapai objektif
membentuk negara Malaysia yang unggul apabila media elektronik dan media cetak memainkan
peranan masing-masing dengan jujur dan berkesan. Peranan media massa yang diharapkan adalah
untuk menguar-uarkan semangat perpaduan antara etnik dalam kalangan masyarakat.
Kesimpulannya, jelas bahawa perpaduan etnik amat penting bagi mewujudkan suasana yang aman
dan harmoni. Semua rakyat mengimpikan sebuah negara yang aman dan bahagia. Rakyat wajar
bersyukur kerana hidup di tanah tumpah darah di Malaysia yang aman dan bebas daripada
ancaman komunis. Negara Malaysia tidak sebagaimana negara lain di Asia Barat yang sering
bergolak menyebabkan rakyatnya hidup dalam ketakutan, jauh sekali untuk mewujudkan
semangat kejiranan yang harmoni. Oleh sebab itu, perpaduan amat memberikan manfaat dalam
kehidupan harian kerana kepelbagaian etnik merupakan pelengkap kepada keharmonian dan
kebahagiaan yang dinikmati bersama sesuai dengan penonjolan imej Malaysia Truly Asia serta
kesepaduan sosial yang terhasil daripada kreativiti seni dan media pula berperanan sebagai
penyampai mesej perpaduan sama ada secara langsung ataupun tidak langsung.

SOALAN 2
Kesepaduan sosial bermaksud satu fenomena sosial yang di pacu oleh idaman mendalam
terhadap perpaduan yang seharusnya pula mempengaruhi para anggota masyarakat tersebut untuk
merungkai pelbagai ikhtiar dan kegiatan yang dianggap sebagai prasyarat mencapai perpaduan.
Antara usaha-usaha ke arah pembentukan kesepaduan sosial dalam masyarakat di Malaysia ialah
dalam kalangan pelajar sekolah iaitu aktiviti budaya sekolah. Contohnya ialah dengan cara
menyanyikan lagu kebangsaan,lagu negeri,lagu sekolah dan lagu patriotik secara bersama-sama
dalam perhimpunan sekolah.Contoh yang lain pula ialah bacaan ikrar dalam acara rasmi sekolah
seperti sukan.Dengan cara ini kesepaduan sosial dapat dipupuk dalam kalangan pelajar-pelajar
sekolah supaya mereka lebih mudah dilentur bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Selain itu,menggunakan bahasa melayu sebagai bahasa pengantar dalam sistem
pembelajaran.Contohnya ialah penggunaan satu bahasa perhubungan dan persefahaman di antara
satu kaum dengan yang lain dapat diwujudkan tanpa menimbulkan rasa curiga dan dijadikan
matapelajaran yang wajib diambil bagi setiap pelajar melibatkan semua lapisan bangsa tanpa
mengira kaum.Dengan cara ini semua bangsa dapat mencapai kesepaduan sosial dan dapat
memupuk kesefahaman antara kaum.Seterusnya,usaha-usaha ke arah pembentukan kesepaduan
sosial ini dapat digarap melalui pengambilan jenis makanan popular etnik yang lain di Malaysia.
Contohnya ialah mengambil makanan yang popular bagi setiap kaum seperti kaum cina seperti
mi,sup,dimsum dan kuih pau.Manakala kaum india pula ialah rojak,capati dan tose.Kaum melayu
pula nasi lemak,lemang dan rendang.Dengan cara pendekatan ini semua lapisan bangsa dapat
menikmati semua makanan daripada pelbagai etnik di samping berinteraksi secara baik dan ramah
oleh yang demikian usaha-usaha ke arah pembentukan kesepaduan sosial dapat dipupuk dengan
jayanya.
Selepas itu,usaha-usaha yang lain pula ialah melalui sambutan perayaan. Contohnya ialah
majlis rumah terbuka sempena Hari Raya Aidilfitri,Tahun Baru Cina dan Deepavali,Krismas dan
sebagainya. Dengan cara melibatkan pelbagai etnik ini sekali gus memberi peluang kepada

pengunjung untuk bertegur sapa,beramah mesra,bertanya khabar dan berkongsi pendapat tentang
sesuatu perkara oleh yang demikian usaha-usaha kesepaduan dapat dipupuk dengan jayanya.
Sementara itu,bidang kesenian juga merupakan usaha-usaha ke arah pembentukan kesepaduan
sosial di Malaysia. Contohnya ialah menghimpunkan seni melalui muzik,nyanyian,tarian,sukan,
dan seni lukis mengikut kaum melayu,cina dan india digabungkan menjadi satu supaya hubungan
silaturrahim dapat dipupuk dengan baik. Antara contoh tarian bagi kaum melayu ialah zapin,tarian
joget,kaum cina tarian naga,tarian singa manakala kaum india pula tarian bhangra dan tarian
khatak.

Malahan itu,animasi upin ipin juga membantu secara tidak langsung dalam usaha-usaha
pembentukan kesepaduan sosial di Malaysia. Contohnya ialah kartun upin ipin ini
menggabungkan kaum melayu,cina dan india dalam cerita ini secara tidak langsung dapat
mendidik kanak-kanak dari peringkat awal dalam mengenal,memahami dan menghormati
kepelbagaian budaya yang terdapat dalam kehidupan harian mereka. Sebagaimana yang kita
maklum,iklan juga menjadi satu saluran untuk usaha-usaha ke arah kesepaduan sosial di
Malaysia. Contohnya ialah menerusi iklan TM iaitu 1 Malaysia-As One We Care yang
menggambarkan situasi masyarakat Malaysia yang bersatu padu dan saling membantu sama lain
tanpa mengira etnik dan usia. Antara contoh yang lain ialah iklan daripada pasaraya Giant yang
memaparkan semangat perpaduan dan semangat kejiranan(seperti jiran cina dan india datang ke
rumah jiran melayu membantu menghiasi rumah jiran melayu sempena Hari Raya.Justeru,semua
kaum haruslah berganding bahu memupuk sikap saling bantu-membantu satu sama lain untuk
membentuk usaha-usaha ke arah pembentukan kesepaduan sosial di Malaysia. Kesepaduan sosial
amat penting dan memberi banyak manfaat kerana kepelbagaian etnik merupakan pelengkap
kepada keharmonian serta kebahagiaan yang dinikmati bersama sesuai dengan penonjolan imej
Malaysia.
Kesimpulannya,kesepaduan sosial amat penting bagi seluruh kaum kerana ini dapat
mengukuhkan lagi hubungan silaturrahim semua dalam menjaga keamanan negara daripada
diceroboh anasir luar bak kata pepatah berat sama dipikul ringan sama dijinjing.

SOALAN 3

Semua manusia di dunia ini hidup saling bersaudara tanpa mengira bangsa atau agama.
Nilai-nilai kekeluargaan seperti tolong-menolong, saling bertegur-sapa, hormat-menghormati dan
saling mengenali antara satu sama lain adalah penting untuk membentuk sebuah masyarakat yang
harmoni dan negara yang aman. Nilai-nilai ini dapat kita hayati apabila menonton cerita kanakkanak yang berjudul Upin dan Ipin. Siri animasi Upin dan Ipin yang mengangkat tema kehidupan
seharian kanak-kanak tadika dari pelbagai kaum yang tinggal di kampung, ternyata memberi satu
evolusi baharu dalam memikat hati penonton tanpa mengira peringkat umur. Dijayakan oleh dua
orang adik-beradik kembar sebagai watak utama dan disokong oleh beberapa karakter lain seperti
Opah, Kak Ros dan rakan-rakan seusia iaitu Mail, Ehsan, Fizi, Mei Mei dan Jarjit, siri Upin dan
Ipin berjaya mewarnai semula siri animasi di Malaysia. Dalam penulisan saya ini, saya akan
menggariskan bagaimana watak utama Upin dan Ipin memainkan peranan penting Ipin bagi
membentuk kesepaduan sosial masyarakat.
Sebelum itu, marilah kita sama-sama melihat definisi kesepaduan sosial. kesepaduan
sosial boleh difahamiu sebagai jalinan hubungan kerjasama antara kaum, kelompok berkongsi
aktiviti budaya dan pinjam meminjam unsur budaya masing-masing. Konsep kesepaduan ssual
juga merupakan satu fenomena praperpaduan dan difahami menerusi dua konsep yang berbeza
iaitu takrifan harian serta takrifan autoriti. Malaysia juga dikatakan telah berada dalam era
kesepaduan sosial selama 40 tahun dari tahun 1971-2011. Suasana terus aman, stabil dan
harmoni, kecuali selama lima hari dari 4 hingga ke 8 Mac 2001 apabila berlakunya rusuhan etnik
Melayu-India di Kampung Medan, Selangor, sebuah kawasan kediaman setinggan kelas pekerja
dan yang dilaporkan mengorbankan kurang daripada 10 nyawa. Tragedi ini memperingat rakyat
Malaysia bahawa bukan faktor politik, tetapi faktor ekonomi, seperti kesukaran hidup dan
persaingan untuk survival boleh mencetuskan pergeseran etnik, khususnya dalam kalangan
anggota kelas bawahan. Hal ini mengingatkan kita kembali terhadap perdebatan yang belum
berakhir antara pendekatan etnik dan kelas sebagai lensa yang memerhatikan dinamika
masyarakat Malaysia.

Justeru, media memainkan peranan penting dalam menaikkan semula semangat perpaduan
dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya animasi kartun. Adakah benar animasi yang
tertumpu kepada kanak-kanak hanya sekadar hiburan? Atau dengan lebih serius lagi boleh
memberi impak negatif kepada sesiapa yang menontonnya. Jika dilihat senario animasi pada masa
kini terdapat banyak perbezaannya terutama dari segi jalan cerita dan objektif penerbitan. Namun
begitu, perbezaan ini membawa lebih kepada perubahan positif dalam kalangan penonton
terutamanya kanak-kanak dan remaja. Filem animasi atau kartun merupakan salah satu media
yang popular masa kini. Ia merupakan medium hiburan paling hampir dengan penonton khasnya
kanak-kanak. Malah tidak hairan jika stesen televisyen Malaysia berusaha menyiarkan pelbagai
program animasi yang menarik terutama yang membawa mesej positif.
Pada tahun 2000, penggunaan digital 3D menjadi terkenal dalam kalangan pengeluar di
mana program seperti Upin dan Ipin menerima respon positif daripada penonton (Hassan Abdul
Mutalib, 2007) Pada tahun 2000, animasi telah dibangunkan dan kerap digunakan dalam pesanan
khidmat masyarakat di setiap saluran televisyen. Filem animasi pendek yang popular
menggunakan kualiti 3D pada tahun 2006 telah dihasilkan oleh Les Copaque Production Sdn
Bhd di mana berjaya memenangi tiga pencapaian dalam Anugerah Filem Pendek 2006 untuk
Pengarah Terbaik, Filem Animasi Terbaik dan Filem Pendek Terbaik Animasi Bersiri TV.
Rancangan tersebut iaitu Upin dan Ipin menerima sambutan yang baik daripada penonton di
seluruh Malaysia.
Melalui cerita ini dapat kita perhatikan betapa eratnya hubungan Upin dan Ipin dengan
kawan-kawannya walaupun berlainan bangsa dan agama. Hubungan kekeluargaan wujud dalam
kalangan mereka. Sebagai contoh, Upin dan Ipin menghormati dan sedia untuk membantu Mei
Mei yang berbangsa Cina apabila Mei Mei menghadapi kesusahan. Upin dan Ipin akan bermain
dengan Mei Mei pada waktu petang begitu juga dengan rakan-rakan yang lain seperti Ehsan, Fizi,
Izat, Jarjit, Mail dan Susanti.
Bukan itu sahaja, Upin dan Ipin juga telah berkawan rapat dengan Rajoo dari kecil hingga
sekarang dan mereka semua sering ke sekolah bersama-sama.itulah yang dikatakan semangat setia
kawan. Hal ini jelas membuktikan bahawa kita haruslah berinteraksi serta saling membantu antara
satu sama lain tanpa mengira warna kulit agar perpaduan dapat dicapai dalam kalangan rakyat
Malaysia.

Malahan itu, Upin dan Ipin berpuasa penuh semasa bulan puas, .rakan-rakan mereka
menghormati Upin dan semasa umat islam berpuasa. Ini menunjukkan rakan-rakan upin dan ipin
dapat menunjukkan contoh dan teladan yang baik kepada kanak-kanak lain yang menonton cerita
ini untuk menghormati budaya masyarakat yang lain.
Selain itu, mereka juga sentiasa tolong-menolong antara satu sama lain. Contohnya,
apabila rumah Izat terbakar, mereka bekerjasama meminta derma daripada penduduk Kampung
Durian Runtuh untuk membantu Izat sekeluarga. Hakikat ini juga dapat dibuktikan berdasarkan
akhlak dan sikap Nabi Muhammad S.A.W. yang mementingkan nilai-nilai kekeluargaan sama ada
terhadap sahabat, keluarga atau orang lain yang dapat dicontohi dan diterapkan nilai-nilai
kekeluargaan dalam diri masing-masing.
Kelainan utama dalam program animasi ini ialah memberi didikan perpaduan kanakkanak di peringkat awal dan bukannya hiburan semata-mata. Sehingga ke hari ini tidak banyak
program animasi menanam nilai-nilai kekeluargaan, persahabatan kasih sayang, berakhlak dan
pengajaran positif diketengahkan. Cerita animasi TV bersiri juga turut memaparkan konflik
kehidupan kemudian disusuli dengan kaedah penyelesaian masalah supaya kanak-kanak dapat
memahami mesej yang cuba disampaikan.
Kesimpulannya, animasi di televisyen atau filem bukanlah perkara baru dalam industri
penyiaran tempatan mahupun antarabangsa. Penggunaan teknologi moden seperti 3D, CGI, dan
banyak lagi menggalakkan pengeluaran program animasi sama ada bersiri atau filem. Selain itu,
penggunaan animasi melalui pesanan khidmat masyarakat juga boleh digunakan dalam meningkat
kesedaran mengenai perpaduan, tolong menolong, kesihatan, keselamatan dan banyak lagi.
Penggunaan animasi terbukti berkesan dalam menyampaikan mesej dengan betul diikuti pula
dengan karektor-karektor yang berjaya menambat hati penonton tidak kira muda atau tua. Selain
itu, jalan cerita yang menggambarkan identiti Malaysia boleh dilihat melalui animasi Upin dan
Ipin di mana perpaduan menjadi salah satu satu topik utama dalam mempraktikkan semangat
patriotisme di Malaysia.

SOALAN 4
Perpaduan dapat diertikan sebagai hubungan erat bersifat toleransi yang diwujudkan secara
sengaja dalam kalangan kaum dan etnik yang berbeza untuk mencapai matlamat bersama secara
jujur dan ikhlas. Selain itu,satu proses menyatu padukan seluruh masyarakat untuk membentuk
satu identiti dan nilai bersama serta perasaan cinta banggakan negara. Faktor-faktor yang
berupaya membawa kepada keruntuhan perpaduan sosial di Malaysia ialah tiada kesepakatan
antara kaum di Malaysia. Keruntuhan ini terjadi disebabkan tiada kesepakatan dan kesefahaman
antara kaum yang menyebabkan semua ini berlaku. Contoh terdekat ialah di taman perumahan
iaitu jiran bersebelahan rumah tidak bertegur sapa dan bersikap endah tidak endah antara satu
sama lain sehingga menyebabkan terjadinya keruntuhan perpaduan di Malaysia. Selain itu,faktor
yang kedua ialah tiada nilai positif yang ditunjukkan seperti hormat-menghormati. Contohnya
ialah seorang cucu tidak menghormati datuknya dengan cara meninggikan suara dan bercakap
kasar. Contoh yang lain ialah pergaduhan antara kaum yang melibatkan bangsa Melayu, india dan
china yang terjadi akibat ketidaksefahaman antara satu sama lain yang lebih mementingkan
pangkat dan kuasa pemerintahan sehingga berlakunya keruntuhan perpaduan di Malaysia .Oleh
yang demikian keruntuhan perpaduan sosial di Malaysia tidak dapat di bendung lagi dek sikap
masing-masing.
Seterusnya, disebabkan hubungan silaturahim yang kian luntur dalam kalangan generasi
muda. Contohnya,hubungan silaturrahim yang semakin luntur antara kaum Melayu, india dan
china disebabkan wujudnya semangat berpuak mengikut kaum masing-masing sehingga
membawa kepada keruntuhan perpaduan sosial di Malaysia. Selepas itu, faktor perbezaan
agama .Contohnya,setiap etnik mempunyai agama dan kebudayaan masing-masing serta
mempunyai adat resam,bahasa,kesenian budaya dan sistem nilai yang berbeza oleh sebab itu
perpaduan sosial sukar dipupuk kerana masing-masing menganggap agama mereka sahaja yang
terbaik berbanding agama kaum yang lain. Disebabkan faktor tersebut keruntuhan perpaduan
sosial di Malaysia semakin berterusan dan tidak dapat di perbaiki lagi. Malahan itu,faktor yang
lain ialah perbezaan politik antara kaum. Contohnya,kewujudan perbezaan pendapat dan
pandangan terhadap politik masing-masing kerana berlainan parti oleh yang demikian keruntuhan
perpaduan sosial semakin berpanjangan.

Tambahan itu,faktor komunikasi juga menjadi penyebab kepada keruntuhan perpaduan di


Malaysia. Antara contohnya ialah Malaysia merupakan sebuah negara majmuk yang terdiri
daripada pelabagai kaum yang kaya dengan pelbagai kebudayaan, adat resam dan perayaan. Kita
juga hidup dalam masyarakat yang berkomunikasi menggunakan pelbagai bahasa contohnya
bahasa India, Mandarin, Melayu, Inggeris dan lain-lain dalam kehidupan seharian kita sama ada
kita berkomunikasi dengan keluarga atau rakan-rakan. Apabila dua individu yang berlainan kaum
berkomunikasi, mereka akan secara automatik akan memilih bahasa Melayu sebagai bahasa
pengantar atau bahasa yang umum untuk digunakan dalam komunikasi harian mereka.
Namun begitu, kita mengetahui bahawa kaum Melayu sudah pastinya tidak mengalami
masalah jika berkomunikasi dalam bahasa Melayu kerana itu adalah bahasa ibunda mereka.
Namun, lain pula halnya bagi kaum Cina atau India kerana mereka mungkin sering
berkomunikasi dalam bahasa ibunda mereka apabila mereka berada di rumah. Hal yang sama juga
mungkin berlaku apabila individu daripada kaum india ingin berkomunikasi dengan individu
daripada kaum Cina, mereka akan memilih bahasa Inggeris kerana bahasa ini lebih difahami
dengan baik oleh kedua-dua individu tersebut. Oleh itu, dapat dilihat bahawa jenis pilihan bahasa
dalam komunikasi turut menyumbang kepada keruntuhan keruntuhan sosial di Malaysia.
Perpaduan etnik amat penting bagi mewujudkan suasanan yang aman dan harmoni serta banyak
memberi manfaat dalam kehidupan seharian kerana kepelbagaian etnik merupakan pelengkap
kepada kebahagiaan yang dinikmati bersama sesuai dengan penonjolan imej Malaysia.

KESIMPULAN
Sebagai intiha, dapatlah disimpulkan bahawa keamanan dan kemakmuran sesebuah negara
perlulah bergantung kepada perpaduan kaum di Malaysia. Pelbagai pihak harus bergerak sederap,
seia sekata dalam iltizam mencapai hasrat keharmonian dan perpaduan negara bak kata pepatah
bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. Perpaduan kaum merupakan suatu
misi yang amat penting agar Malaysia dapat mengorak langkah menuju ke arah pembentukan
negara bangsa dan menjadi sebuah negara yang mampu berdiri sama tinggi, duduk sama rendah
dengan negara-negara maju. Rakyat adalah aset negara yang paling bernilai dalam pembinaan
negara yang berbilang kaum demi visi Wawasam 2020.

BIBLIOGRAFI
An Nasrah Abdul Rahim (2012) diambil http://www.sinarharian.com.my/ rencana/kartun-pencetussemangat-patriotisme-1.67106
Hassan Abdul Muthalib (2007). From Mousedeer to Mouse: Malaysian Animation at the Crossroads.
Journal of Inter-Asia Cultural Studies, Vol 8 (2), p288-297
Hizreen Kamal (2010). Upin and Ipin. New Strait Times 5 Jun. Senarai Artikel Terpilih WebInfoline JUN
2010 (Angkasapuri), Pusat Sumber Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan
(KPKK) 54 Media, Patriotisme & Masyarakat Kamil Othman (2013) Multimedia
Kreatif
Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC)
Khairul Ashraf , Kammed, Beh Yuen Hui and A. Raman (2010). Upin & Ipin can help ease tension.
The Star, Sept 6.
Khatijah Abd Rashid (2013), Aqil bukan sekadar hiburan, di ambil pada 30 Oktober 2013 daripada
http://www.sinarharian.com.my/hiburan/aqil-story-bukan-sekadar-hiburan-1.71700
Les Copaque Production (2012). Official Website di ambil Oct 10, 2012 from
http://www.lescopaque.com.my
Meinong, A. (1904), Studies into theory of objects and psychology-Leipzig, psychology Multimedia,
M. O. (2013). Dasar Industri Kreatif, diambil dari www.kkmm.gov.my
Mohd Amir Mat Omar & Md Sidin Ahmad Ishak (2011), Understanding Culture Through Animation,
From the World to Malaysia, Jurnal Pengajian Media Malaysia / Malaysian Journal of Media
studies
Nina Farzuin Md Sharom (2012), Aqil bukan sekadar hiburan diambil pada 30 Okt 2013, daripada
http://onestep012.blogspot.com/2012/11/keratan-akhbar-sinar-harian.html
Siti Isa. (2012) Malaysia: Transforming through Animation and Museum Culture, diambil pada 30 Okt
2013 daripada http://www.creativetransformations.asia/2012/12/malaysia-transforming-throughanimation-and-museum-culture/
Von Flotow, L (2005). The (Globalized) Three Amigos: Translating and Disseminating HIV/AIDS
Prevention Discourse. Journal of TTR: traduction, Terminologies et Redaction, Vol 18 (2), 2005,
p. 193- 207. SCOPUS

Anda mungkin juga menyukai