Anda di halaman 1dari 13

BACHELOR OF MANAGEMENT WITH HONOURS

MEI 2021

BBGO4103

GELAGAT ORGANISASI

NO. MATRIKULASI :
NO. KAD PENGENALAN :
NO. TELEFON :
E-MEL :

PUSAT PEMBELAJARAN : SEREMBAN LEARNING CENTRE


PENGHARGAAN

Assalamualaikum W.B.T dan salam sejahtera,

Bersyukur kehadrat Ilahi kerana dengan izin kurnianya dapat juga saya menyempurnakan
tugasan bagi subjek Gelagat Organisasi – BBGO4103 ini.

Pertamanya, saya ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada E-Tutor iaitu


Dr. Chai Bui Khiun di atas tunjuk ajar dan bimbingan daripadanya di dalam forum serta
banyak membantu dalam usaha saya untuk menyiapkan tugasan ini. Seterusnya saya
ingin merakamkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan sekuliah dalam E-Forum bagi
memperolehi data dan maklumat yang berkaitan dengan tajuk tugasan yang diberi.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada isteri dan anak-
anak tercinta ibu bapa dan mertua yang dikasihi sebagai pemudahcara dan memberi
sokongan moral yang tidak terhingga sehingga saya berjaya menyiapkan tugasan ini.
Ucapan penghargaan ini juga saya tujukan kepada rakan-rakan sepejabat dan kepada
semua pihak yang telah terlibat sama ada secara langsung dan tidak langsung. Segala
bantuan yang telah dihulurkan amatlah saya hargai kerana tanpa bantuan dan sokongan
semua, tugasan ini tidak dapat dilaksanakan dengan sempurna.

Sekian, terima kasih.

1
PENGENALAN

Kajian untuk meneroka faktor-faktor yang berkaitan dengan tekanan kerja,


kepuasan kerja dan konflik tempat kerja melalui organisasi yang saya pilih adalah Polis
Diraja Malysia (PDRM). Di dalam kajian ini saya menyediakan satu laporan berkaitan
dengan analisis peristiwa serta faktor penyebab tekanan kerja, kepuasan kerja dan konflik
tempat kerja. Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah sebuah pasukan polis Malaysia yang
terdiri daripada 111,450 orang pegawai serta anggota yang beribu pejabat di Ibu Pejabat
Polis Bukit Aman, Kuala Lumpur. Pasukan berseragam ini adalah unik disebabkan
perbanding dengan negara lain. Pertubuhan ini adalah terpusat iaitu segala bentuk
kepolisan dari polis tugas am (General Duties) ke perisikan adalah di bawah bidang
kuasanya. Kini Ketua Polis Negara disandang oleh Dato’ Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Dalam menjaga keamanan awam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dibantu oleh kumpulan
sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Simpanan Polis, Polis Bantuan,
Kadet Polis dan kakitangan awam. Antara persatuan bekas polis dan tentera yang ada
ialah Persatuan Bekas Polis dan Tentera Malaysia.

BAHAGIAN 1: TEKANAN KERJA POLIS DI RAJA MALAYSIA

1.1 DEFINISI TEKANAN KERJA


Tekanan pekerjaan ialah tekanan yang berpunca daripada individu atau
melibatkan pekerjaan. Tekanan yang negatif, baik dari segi mental, fizikal atau emosi
merupakan satu faktor penting yang boleh menggugat keharmonian kualiti kehidupan
sesorang pekerja. Bidang ini telah mula dikaji oleh penyelidik-penyelidik sejak lebih 100
tahun yang lalu. Menurut satu kajian, hampir 35 peratus orang pekerja mengatakan
bahawa pekerjaan mereka menggugat emosi dan kesihatan mereka manakalah 42 peratus
pula menyimpulkan bahawa tekanan pekerjaan menjadi masalah peribadi mereka. Di
dalam organisasi kepolisan pula tekanan merupakan satu keadaan yang tidak dapat
dielakkan. Bukti impirikal menyatakan bahawa kerjaya kepolisan adalah pekerjaan yang

2
paling tertekan berbanding dengan pekerjaan yang lain kerana kerjaya ini melibatkan
tugasan yang mempunyai impak tekanan terhadap mental dalam kalangan pegawai polis.
Hal ini membincangkan tentang kajian-kajian lepas yang berkaitan dengan isu tekanan
kerja menjadi punca dan kesan daripada tekanan kerja dan hubungkait antara tekanan
kerja dengan kecerdasan emosi dalam organisasi kepolisan. Kajian impirikal telah
membuktikan bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara kecerdasan emosi
dengan tekanan kerja di mana kecerdasan emosi merupakan komponen yang penting
dalam mengurangkan tahap tekanan kerja dalam kalangan pegawai polis. Oleh itu,
pengetahuan terhadap tahap tekanan kerja dalam kalangan pekerja dalam sesebuah
organisasi adalah amat penting bagi memastikan langkah-langkah yang berkesan dapat
diambil untuk mengurangkan tekanan kerja dan kesannya dalam organisasi tersebut
dengan menggunakan elemen-elemen kecerdasan emosi.

1.2 PERISTIWA TEKANAN KERJA


Satu peristiwa yang berhubung kait berlaku didalam organisasi Polis Diraja
Malaysia (PDRM) di dalam konteks tekanan kerja baru-baru ini ialah di berita (Kosmo, 4
JUN 2021) yang menerangkan bahawa seorang anggota polis ditemui mati tergantung di
atas pokok. Kejadian ini berlaku di Kota Tinggi, Johor. Anggota polis ini ditemui mati
tergantung di atas pokok di tepi sungai berhampiran Taman Kanak-Kanak, Kota Tinggi.
Mayat anggota berpangkat Koperal itu ditemui pada pukul 12.55 tengah hari tergantung
pada sebatang dahan pokok oleh orang awam. Anggota polis ini juga, berumur 30 tahun
dan merupakan anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Tinggi. Selain itu,
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Johor, Datuk Md. Yusof Ahmad berkata, hasil bedah
siasat yang dijalankan mendapati tiada kecederaan atau unsur-unsur jenayah ke atas
badan mangsa. Hasil siasatan juga mendapati bahawa mangsa yang berasal daripada
Kuching, Sarawak itu dipercayai membunuh diri selepas mengalami kemurungan.

3
1.3 FAKTOR-FAKTOR TEKANAN KERJA

Punca pertama berlakunya tekanan kerja di kalangan Pegawai Polis adalah


daripada faktor organisasi itu sendiri yang lebih berstruktur birokrasi dan bersifat separa
tentera di dalam tugasan penguatkuasaan undang-undang. Lazimya faktor organisasi
seperti pentadbiran, jabatan dan operasi adalah merupakan faktor yang sering kali
menyumbang kepada tekanan kerja yang tinggi kepada Pegawai Polis. Selain itu, masalah
peralatan logistik seperti kelengkapan yang tidak mencukupi dalam menjalankan tugas,
gaji yang rendah, waktu kerja shif, penyeliaan dan latihan yang tidak mencukupi
merupakan faktor kepada berlakunya tekanan kerja di kalangan Pegawai Polis.
Penyertaan pegawai yang bertanggungjawab membuat sesuatu keputusan dalam
organisasi juga menyumbang kepada faktor yang memberi tekanan kerja berbanding
dengan Pegawai Polis yang tidak diamanahkan untuk membuat sesuatu keputusan. Faktor
kedua pula adalah melalui faktor persekitaran. Di dalam faktor persekitaran ini ianya
melalui tugas kepolisan itu sendiri yang secara langsung dan kerap berhubungan terhadap
masalah masyarakat dalam melaksanakan tanggungjawab melindungi orang lain, tugas
berisiko tinggi dan lasak yang melibatkan kekerasan serta mengancam nyawa merupakan
faktor kepada punca tekanan di kalangan Pegawai Polis. Selain itu juga, faktor
persekitaran lain yang memberi kesan kepada tekanan seperti beban kerja, kerja tidak
teratur, kerja lebih masa di luar waktu pejabat serta perlu bekerja tanpa ketentuan masa
iaitu perlu bersedia dipanggil bertugas pada bila-bila masa walaupun waktu bercuti, cuti
tidak mencukupi, kurang masa bersama keluarga, tekanan politik, kurang sokongan
organisasi, kerap berpindah tempat kerja, imej negatif daripada masyarakat, risiko kepada
bahaya dan keganasan juga menyumbang kepada tekanan kerja di kalangan Pegawai
polis. Tidak dinafikan juga persepsi daripada masyarakat seperti media dan pengamal
undang-undang terhadap sistem kehakiman yang lebih bersifat kemasyarakatan
menyebabkan keputusan sistem kehakiman lebih memihak kepada pesalah dan berlaku
ketegasan dalam proses penguatkuasaan polis melalui beban bukti dan penyiasatan yang
terlalu teliti hingga menyebabkan masyarakat dan media memandang negatif terhadap
tindakan penguatkuasaan polis. Hal ini menyebabkan tekanan terhadap Pegawai Polis di
dalam melaksanakan penguatkuasaan undang-undang. Disamping itu, faktor ketiga
menjadi punca tekanan kerja ialah faktor individu. Faktor individu ini juga menjadi salah

4
satu punca berlakunya tekanan di kalangan Pegawai Polis kerana masalah peribadi yang
tidak dapat dielakkan seperti masalah keluarga, masalah kewangan, dan sebagainya yang
menyumbang kepada peningkatan tekanan terhadap diri seseorang Pegawai Polis itu
sendiri. Hal ini dibuktikan oleh kajian Arjunaidi (1997) yang mendapati bahawa punca
tekanan yang berlaku di kalangan Pegawai Polis mempunyai hubungan signifikan dengan
taraf hidup, taraf perkahwinan, taraf pendidikan, persekitaran kerja, hubungan sosial,
struktur organisasi, bebanan kerja dan budaya organisasi. Disamping itu juga, faktor
terakhir tekanan kerja ialah faktor tuntutan tugas Pegawai Polis itu sendiri yang sering
berhadapan dengan peristiwa-peristiwa trauma semasa membantu mangsa yang secara
tidak langsung menyebabkan risiko gangguan tekanan dan mental kepada diri serta
gangguan tekanan selepas trauma.

BAHAGIAN 2: KEPUASAN KERJA POLIS DI RAJA MALAYSIA

2.1 DEFINISI KEPUASAN KERJA

Setiap agensi atau organisasi tidak terkecuali daripada berhadapan dengan


permasalahan ketidakpuasan kerja didalam pekerjaanya. Polis Diraja Malaysia (PDRM)
kehilangan hampir 2,000 anggota setahun kerana kebanyakan memilih untuk
menamatkan perkhidmatan sebelum tempoh persaraan wajib pada usia 60 tahun (Utusan
Malaysia,2015). Hal ini berlaku kerena ketidakpuasan kerja terhadap pekerjaan mereka.
Kepuasan kerja boleh dikatakan sebagai nilai kelompok perasaan mengenai pekerjaan
yang diperolehi daripada kepuasan pekerjaan seperti gaji, kenaikan pangkat, penyeliaan,
faedah sampingan, penghargaan yang tidak dijangka, prosedur operasi, rakan sekerja,
bidang tugas dan komunikasi. Selain itu, kepuasan kerja adalah satu tahap persekitaran
kerja yang memenuhi keperluan dan nilai-nilai yang diingini oleh pekerja itu sendiri
daripada pekerjaannya. Ianya merupakan tindak balas seseorang individu terhadap
pengalaman kerja mereka melalui aspek emosi, kognisi dan tingkah laku yang merujuk
kepada penilaian individu terhadap unsur-unsur tertentu di tempat kerja. Secara
keseluruhannya tidak ada batasan dalam kepuasan kerja yang bersifat peribadi kerana

5
ianya bergantung kepada persepsi pekerja itu sendiri terhadap pekerjaan yang dikaitkan
dengan perasaan seseorang suka atau tidak terhadap pekerjaannya itu. Selain itu juga,
masalah gaji di sektor awam tidak begitu ketara berbanding sektor swasta, namun ianya
masih menjadi faktor penilai terhadap sesuatu pekerjaan berkaitan dengan aspek
penyeliaan, ciri-ciri kerja dan kenaikan pangkat berbanding dengan pengalaman kerja
seseorang. Justeru itu, gaji adalah dimensi kepuasan kerja yang paling memberikan
rangsangan terhadap potensi pekerja dalam usaha meningkatkan mutu perkhidmatan yang
ditawarkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kepada masyarakat di samping dapat
mengatasi masalah salah laku anggota pasukan mereka akibat daripada tekanan
persekitaran kerja yang akan menjurus kepada kes cubaan bunuh diri dalam kalangan
warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) daripada berterusan menular sekaligus menjejaskan
reputasi dan nama baik Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai sebuah badan
penguatkuasa undang-undang yang terulung dan disegani di negara ini. Polis Diraja
Malaysia (PDRM) merupakan badan penguatkuasa utama negara, justeru semua anggota
polis perlu berada dalam keadaan yang sejahtera emosi dan fizikal bagi menghasilkan
satu kepuasan kerja yang membawa kepada kelancaran penugasan harian.

2.2 PERISTIWA KEPUASAN KERJA

Satu peristiwa yang berhubung kait berlaku didalam organisasi Polis Diraja
Malaysia (PDRM) di dalam konteks kepuasan kerja ialah di berita (Malaysia Kini, 3 FEB
2010) yang menerangkan bahawa seramai 98,747 anggota dan pegawai Polis Diraja
Malaysia (PDRM) akan menikmati skim perkhidmatan baru yang membolehkan mereka
mendapat penyelarasan tiga pergerakan gaji tahunan dan kenaikan elaun Imbuhan Tetap
Khidmat Polis (ITKP). Pada masa itu tahun 2010, Menteri Dalam Negeri iaitu Datuk Seri
Hishammuddin Tun Hussein ketika mengumumkan perkara itu berkata “skim
perkhidmatan yang baru itu berkuatkuasa pada 1 Januari tahun 2019 namun tarikh
pembayaran gaji mengikut skim baru itu masih belum ditetapkan”. Skim baru itu akan
membolehkan mereka menikmati gaji sekurang-kurangnya RM1,500 hingga RM6,000
bergantung kepada pangkat dan perubahan jadual gaji matriks. Ini merupakan usaha
berterusan kementerian dalam menjaga kepentingan dan kebajikan anggota polis di

6
seluruh negara. Menurut beliau, pemberian gaji sebanyak itu bersesuaian dengan
perubahan daripada segi kelayakan Inspektor yang telah dinaik taraf daripada kelulusan
Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM), Diploma kepada Ijazah Sarjana Muda
(Kepujian), Sarjana dan Doktor Falsafah (PhD). Di dalam peristiwa ini kepuasan kerja
anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) apabila dinaikan gaji setimpal dengan pekerjaan
mereka yang berisiko tinggi. Hal ini dapat mengurangkan tekanan kerja seorang pegawai
Polis Diraja Malaysia (PDRM). Selain itu, dalam konsep gaji ianya merupakan satu
insentif dan elemen motivasi ektrinsik yang berkesan dalam hubungannya dengan
keupayaan kerja. Wang merupakan satu instrument bagi memperolehi keperluan dan
dipenuhi oleh individu. Ianya berpotensi menjadi ketidakpuasan jika pekerja merasakan
yang mereka tidak menerima jumlah yang sesuai atau sepatutnya.

2.3 FAKTOR-FAKTOR KEPUASAN KERJA

Faktor-faktor kepuasan kerja terbahagi kepada tiga iaitu faktor persekitaran,


faktor pengurusan kerja dan faktor bidang kerja. Faktor yang pertama kepuasan kerja
ialah faktor persekitaran. Faktor persekitaran memainkan peranan penting dalam
sesebuah organisasi iaitu Polis Diraja Malaysia (PDRM). Persekitaran yang tidak
kondusif, bebanan kerja yang banyak, rakan sekerja yang pelbagai ragam dan sebagainya
akan memberi tekanan kepada anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam
menjalankan tugasan seharian mereka. Faktor-faktor ini akan memberi kesan kepada
kadar pusing ganti yang tinggi dalam organisasi ini. Sebagai contohnya, bebanan
kerja yang banyak membuatkan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan berasa
tertekan dan mengambil keputusan untuk berhenti kerja lebih awal. Oleh itu, pihak
pengurusan atau atasan perlu mengambil Tindakan yang proaktif untuk membantu
pekerja mengurangkan tekanan semasa di tempat kerja. Selain itu, faktor kepuasan kerja
yang kedua ialah faktor pengurusan kerja. Perancangan sumber manusia di dalam
sesebuah organisasi adalah penting bagi memastikan perjalanan operasi organisasi
berjalan dengan lancar. Perancangan sumber manusia bermaksud kesediaan organisasi
menyediakan keperluan pekerja pada masa hadapan dan memastikan pekerja yang sedia
ada menjalankan aktiviti mengikut kemahiran dan kebolehan yang dimiliki (Makhbul,

7
2013). Selain itu itu juga, perancangan sumber menusia dikatakan memainkan peranan
yang penting dalam strategi pengurusan sumber manusia. Terdapat banyak kepentingan
perancangan sumber manusia kepada organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM). Sebagai
contohnya ialah mengekalkan pekerja, merancang program latihan pekerja, menggunakan
sumber manusia dengan lebih proaktif dan berkesan, meramal lebihan jankauan dan
kekurangan pekerja. Faktor kepuasan kerja yang ke tiga ialah faktor bidang kerja.
Sesetengah pekerja berpuas hati dengan prestasi dan pertumbuhan organisasi itu sendiri
tetapi tidak semua pekerja berpuas hati dengan pertumbuhan organisasi tersebut. Hal ini
kerana sebagai pekerja mereka suka melakukan kerja yang baru sebagai pengalaman
mereka atau inginkan bidang pekerjaan yang sesuai dengan kelayakan yang mereka ada.
Sesetengah pekerja juga inginkan kenaikan pangkat hingga ke tahap yang lebih tinggi.
Jika bidang kerja yang mereka ceburi itu tidak sama dengan kelayakan yang mereka ada
berkemungkinan mereka akan mencuba pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang
mereka. Disamping itu, kerja yang membosankan sebagai contohnya suasana
persekitaran yang tidak selesa, bebanan kerja yang banyak atau majikan tiada
pembangunan kerjaya atau latihan dalam kerja yang mereka lakukan tidak mencukupi
sudah pastinya pekerja akan memilih pekerjaan yang baru untuk mencari kepuasan kerja
mereka.

BAHAGIAN 3: KONFLIK TEMPAT KERJA

3.1 DEFINISI KONFLIK TEMPAT KERJA

Konflik organisasi atau konflik tempat kerja adalah sesuatu keadaan perselisihan
faham yang berlaku disebabkan oleh penentangan sebenarnya atau yang dirasakan
keperluan, nilai dan minat antara orang yang bekerjasama. Konflik tempat kerja memberi
maksud yang berbeza-beza didalam bentuk organisasi. Terdapat pertembungan yang
tidak dapat dielakkan antara kuasa dan kuasa formal dengan individu dan kumpulan yang
terjejas. Terdapat pertikaian mengenai bagaimana pendapatan harus dibahagikan,
bagaimana pekerjaan itu harus dilakukan dan orang yang sukar harus bekerja. Terdapat

8
perbezaan pendapat dalam bidang kuasa di antara individu, jabatan dan antara kesatuan
sekerja dan pengurusan. Terdapat bentuk konflik yang lebih halus yang melibatkan
persaingan, cemburu, pertembungan keperibadian, definisi peranan dan perjuangan untuk
kuasa dan nikmat. Terdapat juga konflik dalam individu diantaranya ialah keperluan
untuk bersaing dan tuntutan yang mana individu bertindak balas dengan cara yang
berbeza-beza. Konflik di tempat kerja biasanya melibatkan perbezaan pendapat, gaya
atau pendekatan yang tidak mudah diselesaikan. Ini boleh menyebabkan rasa sakit dan
perbalahan di kalangan pekerja. Konflik boleh berlaku antara rakan sekerja atau antara
penyelia dan pekerja bawahan atau antara pembekal perkhidmatan dan pelanggan atau
pelanggan mereka. Konflik juga boleh berlaku di antara kumpulan seperti pengurusan
dan buruh atau di antara semua jabatan. Tetapi beberapa konflik mencerminkan
perselisihan sebenar mengenai bagaimana organisasi itu berfungsi. Sekiranya pemenang
konflik berlaku salah, organisasi secara keseluruhannya boleh lumpuh. Sesetengah
konflik melibatkan buli atau pelecehan sesetengah jenis di mana resolusi yang adil mesti
melibatkan perhatian terhadap keadilan.

3.2 PERISTIWA KONFLIK DALAM ORGANISASI POLIS DIRAJA


MALAYSIA

Peristiwa konflik yang sering berlaku di dalam organisasi Polis Diraja Malaysia
ialah hasil analisis data yang diterima mendapati bahawa bebanan kerja telah memberi
impak yang besar dalam permasalahan Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bentuk aduan
yang diterima berupa permasalahan bebanan kerja yang berlebihan kerana terpaksa
membuat kerja orang lain akibat daripada kekurangan kakitangan. Selain itu, terdapat
juga aduan mengenai arahan kerja yang tidak mengikut bidang tugas dan diluar
kemampuan seseorang pekerja. Terdapat juga arahan bekerja lebih masa yang tidak
mengikut saluran menyebabkan tuntutan bayaran berkenaan tidak dapat dilakukan.
Rentetan situasi tersebut, ramai dikalangan anggota polis cuba untuk mencari jalan
penyelesaian dengan memohon pertukaran ke jabatan kerajaan yang lain.

9
3.3 FAKTOR-FAKTOR KONFLIK

 Persaingan sumber yang terhad untuk merebut peluang yang ada atau merebut
pengagihan sumber-sumber seperti jawatan, kewangan, keperluan pejabat untuk
memenuhi kehendak masing-masing. Hal ini sering berlaku di kalangan pegawai
polis di peringkat atasan mahupun pegawai polis bawahan.

 Persandaran tugas yang memerlukan kerjasama antara dua pihak untuk


menyelesaikan sesuatu tugasan. Ketidaksefahaman pegawai polis atasan mahu
pun pegawai polis bawahan dalam komunikasi akhirnya tidak membuahkan hasil
kerja yang efektif dan bermutu.

 Ketidakjelasan tanggungjawab dan kuasa berlaku apabila seseorang pekerja masih


samar-samar dengan tugasnya dan mengharapkan orang lain menyelesaikan
tugasan tersebut. Sebagai contohnya, penyalahgunaan kuasa pegawai polis atasan
yang mengamalkan sikap pilih kasih dalam pembahagian tugas ke atas
anggotanya dan menyebabkan tercetusnya konflik ditempat kerja.

 Kekurangan maklumat diberikan oleh organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM)


mengakibatkan komunikasi lemah antara pegawai dan annggotanya. Pengurusan
maklumat yang tidak jelas akan menyukarkan kerja dan menjejaskan mutu kerja
tersebut.

 Matlamat yang berbeza terjadi kerana setiap individu atau kumpulan mempunyai
pemikiran yang berbeza. Kadangkala perubahan yang diinginkan tidak mendapat
persetujuan daripada semua pihak di dalam organisasi Polis Diraja Malaysia
(PDRM)

10
KESIMPULAN

Hasil daripada laporan yang saya buat dapatlah saya menyimpulkan bahawa tahap
tekanan kerja dikalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) mestilah dipandang serius
supaya masalah ini dapat dibendung dari masa ke semasa. Faktor utama berlakunya
tekanan kerja di kalangan Polis Diraja Malaysia (PDRM) ialah disebabkan oleh bebanan
kerja yang berlebihan. Ianya terjadi apabila pegawai polis tersebut terpaksa
menyelesaikan pekerjaan yang banyak dalam tempoh masa yang singkat. Selain itu,
terdapat juga situasi dimana mereka terpaksa membuat sesuatu kerja diluar bidang tugas
yang dianggap sukar dan rumit. Kerja tersebut sering diperolehi daripada pegawai atasan
dan dianggap sebagai arahan semasa. Polis Diraja Malaysia (PDRM) merupakan satu
jabatan beruniform berinteregriti tinggi dimana tugas utamanya mereka adalah
menangkap, mendakwa, menyiasat dan menjalankan risikan untuk menjaga keselamatan
negara. Kerangka utama organisasi ini adalah bertugas 24 jam dan mempunyai peraturan
jabatan, displin yang tinggi yang menyebabkan ramai pegawai polis tertekan. Faktor
kedua adalah dari aspek kemudahan insfrastruktur organisasi Polis Diraja Malaysia
(PDRM). Manakala kemudahan infrastruktur Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang
menduduki bangunan yang lama dan uzur dari (zaman British), sistem fail yang
menggunakan kaedah manual, sistem talian internet dan intranet jabatan yang perlahan
dan peralatan pejabat yang terpaksa berkongsi dengan anggota Polis Diraja Malaysia
(PDRM) yang lain dan jenis model lama telah menjadi kekangan serta akan berlakunya
konflik didalam organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut. Faktor yang ketiga
pula penyebab berlakunya konflik dan tekanan adalah dari segi aspek penyeliaan.
Penyelia tidak memberi perhatian terhadap pengetahuan kakitanagn seliaannya berkaitan
tanggungjawab dan matlamat organisasi. Dengan itu, kakitangan tidak mengetahui apa
sebenarnya yang diharapkan oleh organisasi Polis Diraja Malaysia (PDRM) tersebut
sehingga mereka bekerja tanpa arah yang jelas dan berada dalam keadaan ketidakpastian.
Ianya sering dihadapi oleh pegawai polis yang baru berkhidmat dalam organisasi Polis
Diraja Malaysia (PDRM). Lontaran daripada itu, ianya boleh menyebabkan penurunan
prestasi, meningkatkan ketegangan dan keinginan keluar dari pekerjaan Terdapat
sesetengah penyelia tidak mampu menunjukkan sifat kepimpinan kepada kakitangan
seliaan disebabkan kurang pengetahuan terutama berkaitan teknologi maklumat. Selari

11
dengan perkembangan semasa, pengetahuan tentang teknologi maklumat adalah penting
kerana penggunaannya agak menyeluruh. Penyelia adalah perantara terpenting untuk
anggota bawahan dengan pegawai atasan. Terdapat beberapa keperluan dan rungutan
tidak disampaikan dengan berkesan dan ianya hanya dipandang sepi oleh pihak yang
bertanggungjawab.

2808 PATAH PERKATAAN

APENDIKS

RUJUKAN / REFERENSI

1. Modul Open University Malaysia (OUM), Disember 2014, BBGO4103.

2. http://etd.uum.edu.my/3591/pengaruh

3. http://www.kuim.edu.my/journal/index.php/JSS/article/download/454/385ambil-
kira-kepentingan-semua-223864

4. https://jurnalkemanusiaan.utm.my/index.php/kemanusiaan/article/view/43/39

5. http://Pembuangan_Pekerja/pembuangan_pekerja.html

6. http://myto.upm.edu.my/find/Record/my-utm-ep.53726

7. https://www.astroawani.com/berita-malaysia/tekanan-di-tempat-kerja-bagaimana-
untuk-bertahan-199233

8. https://sps.utm.my/thecolloquium/files/2017/12/TC-12-24-27.pdf

9. https://www.bharian.com.my/rencana/lain-lain/2020/10/742090/majikan-perlu-
peka-tangani-isu-kesihatan-mental-pekerja

10. https://rmp.spab.gov.my/eApps/system/index.do,portal-rasmi-polis-diraja-
malaysia

12

Anda mungkin juga menyukai