Anda di halaman 1dari 11

OBJEKTIF

Objektif tugasan Perkembangan Profesional diberikan kepada pelatih untuk mendedahkan


pelatih dengan perihal-perihal yang berkaitan dengan kaedah pengurusan yang berkaitan dengan
Kementerian kesihatan Malaysia (KKM). Antara lain tajuk yang diberikan iaitu Budaya Korporat
adalah berkaitan dengan budaya kerja yang diterapkan dalam KKM. Dengan tugasan ini dapat
mendedahkan pelatih dengan memberi penerangan mengenai apa yang dimaksudkan dengan Budaya
Korporat dalam KKM, elemen-elemen dan kepentingan mengamalkan Budaya Korporat dalam
Kementerian Kesihatan Malaysia.

LITERATURE REVIEW

Menurut Cummings dan Worley (1993) , budaya korporat ialah pola andaian asas, nilai,
norma dan artifak yang dikongsi oleh ahli-ahli dalam sesuatu organisasi. Budaya korporat
merupakan andaian-andaian yang dikongsi mengenai bagaimana kerja harus dilaksanakan dan
diselesaikan.

Beaumont (1993), menyatakan bahawa budaya korporat merupakan sesuatu yang perlu
dikongsi, dipelajari serta dipindahkan.

Sackman (1991), pula berpendapat, budaya bertindak sebagai mekanisma kawalan yang
boleh meningkatkan komitmen terhadap organisasi, mencapai integrasi antara firma serta
membantu dalam penyesuaian terhadap sebarang perubahan yang akan dilakukan.

Menurut Hofstede (1991), budaya didefinisikan sebagai suatu pemikiran kolektif yang telah
diprogramkan (collective programming) yang mana pemikiran ini akan membezakan ahli-ahli
dalam satu kelompok dengan kelompok yang lain.

Menurut Flanagan (1995), budaya korporat menunjukkan bagaimana sesuatu dibuat dan
bagaimana masalah diselesaikan di dalam satu organisasi.

Dato Sri Liaw Tiong Lai (2009), budaya korporat diwujudkan dalam KKM adalah untuk
meningkatkan komitmen dan mutu penyampaian penyampaian perkhidmatan kesihatan awam
di Malaysia.

PENGENALAN
Secara amnya, budaya dapat ditakrifkan sebagai cara hidup manusia iaitu merupakan satu
proses perkembangan sahsiah, akal, semangat dan usaha manusia dalam sesuatu kelompok. Manakala
korporat pula dapat ditakifkan sebagai perkara yang berkaitan dengan syarikat atau perbadanan
tertentu pada umumnya. Korporat merujuk kepada syarikat-syarikat dan firma-firma besar seperti
contoh Lembaga Tabung Haji, Perbadanan Usahawan Nasional dan juga Kementerian Kesihatan.
Budaya korporat merupakan perubahan yang dilakukan dalam sesebuah organisasi bagi
mewujudkan satu system pekerjaan yang lebih bersistematik dan dapat memenuhi samaada kehendak
pengguna mahupun pekerja di dalam sesebuah organisasi amnya. Budaya korporat ini perlu
dilaksanakan dan diamalkan oleh setiap individu di dalam sesebuah organisasi, kerana ia melibatkan
perkongsian nilai-nilai dalam sesuatu pekerjaan seperti menurut Cummings dan Worley (1993) ,
budaya korporat ialah pola andaian asas, nilai, norma dan artifak yang dikongsi oleh ahli-ahli dalam
sesuatu organisasi. Budaya korporat merupakan andaian-andaian yang dikongsi mengenai bagaimana
kerja harus dilaksanakan dan diselesaikan.
Perkataan Budaya Korporat mula menjadi buah mulut pada awal tahun 1980an. Peters and
Waterman telah menjalankan kajian ke atas lima ratus syarikat di Amerika Syarikat pada ketika itu
dan mendapati bahawa syarikat yang berjaya adalah mereka yang mempunyai budaya korporat yang
tersendiri. Budaya boleh diertikan sebagai cara hidup atau the way of life. Perkataan korporat
berasal dari perkongsian atau sharing dan kini ia juga diertikan sebagai sebuah syarikat atau
organisasi.
Di Malaysia, budaya korporat telah mula menular di sektor swasta pada pertengahan tahun
1980an. Ini diperhebatkan lagi oleh YAB Perdana Menteri dengan pelancaran Gerakan Budaya
Cemerlang pada bulan Oktober 1987. Y.Bhg. Tan Sri Ketua Pengarah Kesihatan telah mengambil
seruan dengan menubuhkan Jawatankuasa Budaya Korporat Kementerian Kesihatan Malaysia pada
tahun 1990.

Terdapat banyak elemen yang boleh digunakan atau diterapkan ke dalam sesuatu budaya
korporat untuk setiap organisasi. Kementerian Kesihatan Malaysia secara umumnya telah meletakkan
tiga nilai teras ataupun elemen asas dalam pelaksanaan budaya korporat bagi setiap anggota yang
bertugas di bawahnya. Elemen-elemen tersebut ialah Penyayang, Profesionalisme dan Kerja
berpasukan.
Dato Sri Liow Tiong Lai selaku Menteri Kesihatan Malaysia telah merasmikan pelancaran
Budaya Korporat dalam Kementerian Kesihatan Malaysia pada 23 Februari 2009 yang lepas dan
teelah memberikan penekanan yang amat serius mengenai pengamalan tiga nilai teras tadi. Antara
lain, nilai-nilai ini diterapkan dalam organisasi bertujuan untuk memastikan mutu perkhidmatan setiap
anggota kesihatan adalah pada tahap yang tertinggi untuk pelanggan. Sesuai dengan kenyataan Dato
Sri Liaw Tiong Lai (2009), budaya korporat diwujudkan dalam KKM adalah untuk meningkatkan
komitmen dan mutu penyampaian penyampaian perkhidmatan kesihatan awam di Malaysia.

NILAI-NILAI TERAS BUDAYA KORPORAT KKM


Menurut Menteri Kesihatan Malaysia Dato Sri Liow Tiong Lai pada 23 Februari 2009
budaya korporat ialah memberi penekanan kepada tiga nilai utama iaitu penyayang, profesionalisme
dan kerja berpasukan. Nilai-nilai ini amat penting dipegang dan dihayati. Tanggal 20 April 2009,
serentak di seluruh insititusi kesihatan di Malaysia, Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM) telah
melancarkan program penerapan budaya korporat dengan moto KAMI SEDIA MEMBANTU.
Misi Kementerian Kesihatan bertujuan mewujudkan penglibatan dan penyertaan masyarakat
untuk mencapai sepenuhnya kemampuan kesihatan mereka dan menghargai kesihatan sebagai aset
yang bernilai. Seterusnya mengambil langkah positif meningkatkan lagi dan mengekalkan status
kesihatan

bagi menikmati kehidupan yang lebih bermutu.

Dilihat logo KAMI SEDIA MEMBANTU yang dicipta berlatarbelakangkan tangan kanan
yang menyentuh bentuk hati yang berwarna merah disisipkan dengan tiga nilai teras teras utama
dalam budaya korporat KKM. Mengikut definisi yang diambil dari sumber KKM, sentuhan hati
melambangkan kelembutan, kemesraan dan keprihatinan semasa menjalankan tugas, hati berwarna
merah melambangkan semangat dan komiten anggota KKM untuk meningkatkan mutu
perkhidmatan, tangan melambangkan keikhlasan dan kesediaan untuk membantu, latarbelakang
putih logo pula melambangkan kepentingan kebersihan, keikhlasan dan kesungguhan anggota KKM
mejalankan tugas manakala nilai-nilai teras menonjolkan prinsip-prinsip yang dipegang semasa
menjalankan tugas.
Moto KAMI SEDIA MEMBANTU pula dihuraikan satu persatu dari tiga perkataan ini iaitu
kami bermaksud semua anggota KKM bekerja satu pasukan untuk mencapai matlamat. Tambahan
pula, menunjukkan semangat kerjasama di dalam pasukan semua anggota kementerian. Sebagai
contoh, ada seorang pesakit yang mengalami patah tulang kaki (open fracture femur) disebabkan oleh
kemalangan jalan raya, untuk merawat pesakit ini memerlukan kerjasama sebuah pasukan dari awal
lagi. Dari mula pesakit itu mengalami kecederaan, beliau akan dibawa oleh ambulance call team yang
terdiri daripada pembantu ambulan, Pembantu Perawatan Kesihatan(PPK) dan Penolong Pegawai
5

Perubatan(PPP) ke hospital berdekatan. Pesakit akan dirawat oleh pakar ortopedik untuk menjalani
pembedahan (plating femur), sebelum itu pesakit perlu dirujuk ke juru x-ray untuk dibuat beberapa xray untuk melihat tahap kecederaan tulang itu, dan selepas dibedah akan disusuli rawatan dressing
luka oleh jururawat sehingga dibuat susulan fisioterapi oleh untuk melatih pesakit untuk berjalan
semula (ambulation and limb strengthening). Jika dilihat disini seorang pesakit itu akan dirawat oleh
pelbagai disiplin dalam KKM yang merupakan sebuah pasukan yang saling bekerjasama erat untuk
mencapai sesuatu matlamat itu.
Sedia pula bermaksud sentiasa bersiap sedia member perkhimatan secara profesional.
Seterusnya membantu memberi pengertian ikhlas semasa memberi bantuan dan menjalankan tugas.
Walaupun anggota KKM bekerja dengan mendapat gaji dan elaun, tetapi perlu disemai sifat
keikhlasan semasa menjalankan tugas supaya tugas yang dijalankan mencapai objektif dan sempurna.
Disamping itu juga, kerja yang dibuat dengan hati yang ikhlas akan memberikan kepuasan dan
kegembiraan dihati anggota yang menjalankan tugas.
Nilai-nilai teras yang dinyatakan ialah penyayang iaitu komited untuk menerima pelanggan
dengan sikap ramah mesra dan penuh perhatian. Bersedia memberi layanan dangan bersoan santun,
responsive dan menghormati hak individu serta bertanggungjawab memberi perkhimatan yang mesra
pelanggaan.
Nilai seterusnya ialah profesionalisme komited untuk memberi perkhimatan yang terbaik
merangkumi etika dan taraf kerja yang dihendaki serta prinsip anggota yang bertanggungjawab.
Percaya dalam memberikan perkhimatan cemerlang dan sentiasa bersedia memenuhi harapan
masyarakat.
Akhir sekali ialah kerja berpasukan iaitu berkerja sebagai satu pasukan dengan harmoni bagi
menncapai matlamat yang sama. Penerapan budaya korporat Kementerian Kesihatan Malaysia iaitu
meningkatan kesedaran tentang pentingnya amalan budaya korporat dalam menjalankan tugas. Nilainilai budaya korporat diintegrasikan dalam aktiviti-aktiviti harian. Saling nasihat menasihati diantara
satu dengan yang lain jika mendapati anggota lain menghadapi masalah dalam tugas. Mementingkan
6

diri sendiri dan tidak amanah juga harus dikikis kerana ini akan dapat mendatangkan rasa tidak puas
hati bagi pelangan dan kakitangan lain.
Terdapat beberapa panduan yang disediakan bagi meningkatkan kesedaran untuk pengamalan
budaya korporat ini. Iaitu pertama huraikan dengan jelas, wawasan, matlamat dan strategi dan juga
nilai bersama, norma dan kelakuan atau gelagat yang diperlukan untuk memastikan kejayaan. Teliti
dengan lebih mendalam fungsi dalaman organisasi dan pastikan sama ada perubahan budaya
diperlukan. Seterusnya kenal pasti aspek budaya semasa mana yang masih sah atau sesuai dan apakah
aspek lain yang perlu diubahsuai atau diubah. Tambahan pula, kenal pasti skop perubahan budaya
yang diperlukan dan beri tahu perubahan budaya dari segi, matlamat umum dan spesifik, aktiviti dan
kelakuan yang diperlukan. Laksanakan perubahan dari atas ke bawah supaya komitmen pengurusan
atasan perlu dilihat dan dirasai. Malahan libatkan kakitangan dalam proses perubahan tersebut dan
teliti kepimpinan dan proses sokongan untuk mengatasi perasaan bimbang di kalangan pengurus dan
kakitangan. Akhir sekali semak kemajuan dari masa ke masa.

RUMUSAN

Bagi memastikan misi dan visi budaya korporat dapat dicapai, setiap anggota seharusnya
memainkan peranan dengan mempelajari dan mempraktikkan nilai-nilai yang ada di dalam budaya
korporat itu sendiri. Adalah amat penting untuk mempunyai sikap penyayang dalam merawat dan
memberikan perkhidmatan kepada pelanggan ataupun pesakit demi menjamin mutu perkhidmatan
yang cemerlang. Sikap profesionalisme dan kerja berpasukan juga perlu ada bagi memastikan
pergerakan organisasi berjalan dengan lancar dan untuk mengelakkan masalah yang mungkin boleh
melibatkan nyawa orang ramai. Pihak atasan juga dilihat memainkan peranan yang paling penting
untuk menyebarluaskan amalan budaya korporat dalam organisasi kesihatan dengan sentiasa
melakukan pemantauan dan turun padang bagi melihat prestasi anak buah. Sehubungan itu, semua
pihak wajib menyahut seruan kerajaan untuk membudayakan nilai-nilai dalam budaya korporat dan
bersatu padu dalam menjayakan misi ini bagi kesejahteraan masyarakat secara amnya, dan negara
secara umumnya.

RUJUKAN

Budaya Pekerjaan, mukasurat 56, Hofstede (1991).


Budaya Korporat Lembaga Pertubuhan Peladang, muka surat 5 (2001).
Buku Kecil Kit Penerapan Budaya Korporat, Kementerian Kesihatan Malaysia (2009).
http://ms.wikipedia.org/wiki/Budaya korporat, Pengenalan Budaya Korporat
Tarikh capaian akhir : 3 September 2014 (8.00pm)
http://www.moh.gov.my/index.php/pages/view/1153 , Penerapan Budaya Korporat- 7 elemen
Tarikh capaian akhir : 1 September 2014 (3.00pm)
Risalah Budaya Korporat, edisi kedua, mukasurat 109, Sackman (1991)

LAMPIRAN

10

11

Anda mungkin juga menyukai