Anda di halaman 1dari 20

MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Soalan 1:

1.0 - Pengenalan

Skor peribadi memberi gambaran kepada tahap kebolehan, perancangan dan


penilaian pada diri seseorang kerana ia akan menentukan bagaimana cara untuk
melaksanakannya tanpa mengabaikan gaya hidup sihat.Skor peribadi perlu dikaitkan dengan
skala aktiviti kerana ia menunjukkan sesuatu tahap untuk individu mencapainya.Skor
peribadi saya ingin menjadi seorang pegawai keselamatan pekerjaan di sektor penjanaan
elektrik.Isu keselamatan adalah aspek penting dan tujuan utama seorang pegawai
keselamatan pekerjaan adalah bertanggungjawab menetapkan tahap keselamatan pekerja
dalam keadaan yang terbaik dan sentiasa mewujudkan gaya hidup sihat terhadap pekerja
untuk menjalankan kerja dengan selamat.

2.0 - Pengertian,Kepentingan Dan Strategi

Skor peribadi memberi maksud sasaran yang perlu dicapai dalam sesuatu aktiviti
individu kerana dapat menunjukkan jalan dan cara bagaimana untuk mempraktikkanya.Saya
menetapkan empat skor peribadi pada skala aktiviti saya berkaitan keselamatan bekerja
kerana empat tahap ini akan merangkumi pelbagai aspek keselamatan sebelum dan semasa
bekerja.

Pertama adalah sangat tinggi.Ia menerangkan risiko yang sangat tinggi dan
membolehkan sesuatu insiden sering berlaku dan meragut nyawa.Masalah mengenalpasti
hazad dan risiko kemalangan.Contohnya,kemalangan dalam ruang terkurung berlaku
disebabkan gas toksik dan gas mudah terbakar yang menyebabkan kematian.

Kedua adalah tinggi.Risiko yang tinggi dan membolehkan sesuatu insiden yang tidak
sering berlaku tetapi jika berlaku mengakibatkan kecacatan kekal pada individu.Perlu
memastikan keperluan peralatan pelindung diri mengikut piawaian dan tatacara guna yang
betul bagi mengurangkan risiko.Contohnya,menggunakan mesin canai tangan tanpa
pelindung mata mengakibatkan terkena percikan,sekaligus mata boleh buta.

Ketiga adalah sederhana. Risiko yang jarang berlaku dan membolehkan sesuatu
insiden yang mengakibatkan kecacatan sementara .Perlu merancang kerja dan menganalisa
risiko dengan terperinci sebelum memulakan tugas bagi mengelakkan sesuatu insiden

1
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

berlaku.Contohnya kerja pembersihan dan penyemburan cat perlu memakai alat bantu
pernafasan tanpa alatan tersebut mudah sesak nafas dan batuk.

Keempat adalah rendah.Risiko yang mempunyai kurang daripada 10% antaranya


cedera-cedera ringan.Kesulitannya, penyelia tidak bertanggungjawab dan tidak mengambil
berat aktiviti pekerja serta mengamalkan sikap sambil lewa.Penyelia mestilah menyelia kerja
dari masa ke semasa.Contohnya, mengikat cerucuk besi untuk kerja konkrit mestilah
memakai sarung tangan dan penyeliaan sepenuhnya dapat mengelakkan kemalangan dan
bekerja dalam suasana harmoni.

Berdasarkan empat perkara diatas, saya dan semua pekerja memerlukan rehat yang
cukup seperti tidur antara 6 ke 8 jam sehari untuk menjalankan kerja keesokkanya supaya
dapat menghindarkan kemalangan.Selain itu, selaku pegawai keselamatan pekerjaan saya
akan mewujudkan minggu keselamatan dan kesihatan ditempat kerja seperti mengundang
pihak hospital 6 bulan sekali untuk membuat ujian pemeriksaan terhadap pekerja seperti
tekanan darah ,glukosa, pemeriksaan mata, pemeriksaan telinga dan lain-lain lagi.Bersenam
pada waktu pagi ditempat kerja sebelum memulakan kerja adalah rutin aktiviti sihat
sepanjang hari yang dapat memberi pekerja sihat dari fizikal, mental dan fikiran yang terbaik
untuk melakasanakan kerja dengan mengamalkan gaya hidup sihat.

3.0 - Kesimpulan

Kemalangan pasti berlaku pada individu sekiranya aspek keselamatan ditempat kerja
tidak dititikberatkan.Gaya hidup sihat sangat penting sebelum menjalankan sesuatu pekerjaan
kerana selagi badan sihat dan cergas kita dapat memberikan komitmen dan tumpuan terhadap
kerja yang dijalankan.Dengan 4 tahap tersebut, sebagai seorang Pegawai Keselamatan
Pekerjaan secara langsung dapat mengurangkan hazad dan risiko kemalangan pekerja
bawahan di sektor penjanaan elektrik dan mewujudkan suasana selamat dan harmoni untuk
bekerja.

486 patah perkataan

2
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Soalan 2:

1.0 - Pengenalan:

Dalam membina,merancang,mengaplikasikan dan mencapai matlamat adalah satu


proses gaya hidup individu.Setiap manusia tidak lari dari mengejar matlamat seterusnya
dimanfaatkan dalam setiap gaya hidup yang dipilih.Setiap matlamat hidup yang dicapai perlu
dimanfaatkan kerana tanpa berbuat demikian sia-sia sajalah matlamat hidup itu.Ini jelas
matlamat hidup dan dimanfaatkanya saling berhubung kait dalam gaya hidup seorang
individu .

2.0 - Pengertian,Kepentingan Dan Strategi:

Manfaat lebih mudah dijelaskan dengan perkataan berfaedah yang diperolehi dari diri
saya sendiri dan individu lain. Manfaat yang saya perolehi dari skor peribadi pada tahap skala
aktiviti ialah dapat memberi iktibar dan peringatan tentang keselamatan bekerja. Strateginya
adalah dengan cara kongsikan kepada orang lain secara lisan dan bertulis. Ini akan timbul
satu persepsi kearah kebaikan dalam gaya hidup saya dan orang lain.Manfaatnya adalah dapat
mengkategorikan dengan jelas risiko,hazad yang tinggi potensinya untuk sesuatu
kemalangan.Contohnya, terhidu gas toksik dan gas mudah terbakar dalam ruang
terkurung.Ujian pengesan gas perlu dibuat sebelum memulakan kerja.

Manfaat kedua adalah dapat mentaksirkan jenis kecacatan kekal dan memberi
taklimat yang berkesan penggunaan peralatan pelindung diri dalam keselamatan
bekerja.Contohnya,terkena percikan api pada mata.Pelindung mata perlu dipakai semasa
bekerja.Manfaat ketiga adalah, membuat pengkelasan tentang kecacatan sementara.Dapat
menerangkan secara lisan dan bertulis tentang skop kerja yang ingin dibuat sebelum kerja
bermula.Contohnya, kecacatan sementara ialah sesak nafas dan batuk berpanjangan
diperolehi daripada kerja yang tidak menggunakan alat bantu pernafasan semasa
bekerja.Manfaat terakhir adalah, menyenaraikan jenis cedera ringan, melakukan penyelian
kerja dengan kerap dan membuat laporan kerja.Contohnya, luka-luka ringan dijari dapat
dielakkan dengan cara menggunakan sarung tangan.

3
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

3.0- Kesimpulan:

Jelas diatas menerangkan bagaimana saya menerima manfaat yang berguna daripada
skor saya.Kepentingan manfaat dikongsi bersama individu lain supaya dapat bekerja dalam
keadaan selamat.Bimbang kemalangan ditempat kerja berlaku sekiranya manfaat yang
berguna tidak dikongsi dan digunapakai dengan individu lain sekaligus dapat membentuk
gaya hidup sihat sebelum, semasa dan selepas melakukan kerja.

289 patah perkataan

Soalan 3

1.0 - Pengenalan :

Matlamat hidup adalah satu istilah yang berhubungkait rapat dengan manusia. Setiap
manusia akan dipengaruhi dengan 3 aspek antaranya fizikal, akal fikiran dan emosi. 3 aspek
tersebut mendorong individu menilai dan membuat pertimbangan yang positif.Manusia akan
bertindak berfikir jauh kehadapan, mempunyai azam yang cekal, impian dan merancang
untuk masa depan.

2.0 - Pengertian,Kepentingan,Strategi

Matlamat hidup ialah menentukan apa yang diinginkan dalam hidup, merancang
bagaimana untuk mencapainya dan apa yang perlu dibuat selepas impian tercapai.Penumpuan
serta fokus 100% perlu dalam mewujudkan matlamat hidup.Kepentingannya ialah memberi
apa yang dinginkan dengan jayanya.

Langkah pertama melihat diri sendiri.Setiap individu perlu ada sifat aku mahu!
yang meluap-luap dalam diri yang akan menjurus ke arah kejayaan. Contohnya, ingin
mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan, seorang individu seharusnya
mengulangkaji pelajaran lebih awal dan melakukan persiapan rapi sebelum menduduki
peperiksaan tanpa mengabaikan gaya hidup sihat .Langkah kedua ialah cambahan
fikiran.Minda kita dibebaskan untuk menimbangkan kemungkinan idea lain yang
ada.Contohnya, kita perlu merujuk dan meminta pendapat kepada yang pakar, bertukar
fikiran dan cara dengan individu lain bagi mencapai matlamat tersebut.

4
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Langkah ketiga ialah menggambarkan sesuatu kejayaan dalam benak fikiran akan
membuatkan jati diri kita bersemangat serta fokus dalam mengejar matlamat
tersebut.Keempat ialah jangan menilai diri sendiri kerana prestasi kebolehan diri dimana
matlamat yang telah ditetapkan, tidak semestinya berhenti disitu sahaja,malahan setiap
peringkat adalah inisiatif kendiri bagi memastikan matlamat itu tercapai.Elakkan daripada
menilai diri kearah sifat yang negatif.

Kelima lihat individu lain secara langsung akan menaikkan semangat dan seharusnya
mengambil peluang mendekatkan diri dan bertanya kepada orang yang telah berjaya
bagaimana dan apakah rahsia mereka mencapai matlamat hidup.Keenam beri penekanan
agenda matlamat dengan khusus dan teliti dapat meminimumkan tanggapan sehingga terhasil
apa yang dikatakan matlamat hidup.Ketujuh menyenaraikan matlamat.Bina nota hidup dan
catit matlamat yang diimpikan bertujuan memberi ingatan pada fikiran, ianya realiti yang
ingin dicapai dan bukanya mimpi atau angan-angan kosong saja.Kelapan libatkan orang
ketiga atau lebih akan meningkatkan kualiti perkongsian idea serta memberikan lebih banyak
ruang pengisian dan aspek pengetahuan. Kesembilan mengkaji matlamat.Sekiranya matlamat
anda telah jelas, seterusnya lakukan analisa matlamat-matlamat yang berkonflik untuk
mengenalpasti jika matlamat anda benar-benar sesuai untuk dijadikan matlamat hidup.

Kesepuluh pelbagaikan idea pemikiran, ia dapat mempertingkatkan keupayaan mental


dan mengasuh mentaliti dalam menjana matlamat secara langsung serta bijak mengatur masa
agar matlamat tercapai. Saya perlu menyusun atur jadual seharian saya yang padat dengan
kerja,mengulangkaji pelajaran dan membawa keluarga beriadah.

3.0 - Kesimpulan

Dalam mewujudkan sesuatu matlamat hidup prinsip ini harus berada dalam sanubari
individu, antaranya berazam, kuat semangat dan fokus dalam segala pemerhatian dan
memberi segala keupayaan tenaga bagi mencapai matlamat mengikut masa yang ditetapkan
oleh seseorang individu.Sanggup berkorban menghadapi segala halangan dengan tenang dan
jangan berputus asa.

426 patah perkataan

5
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Soalan 4

1.0 Pengenalan

Role model adalah seorang individu yang dilihat dan disegani oleh orang lain.Role model
adalah contoh kepada individu lain untuk diikuti pada masa sekarang atau masa akan datang.
Ciri-ciri yang perlu ada pada setiap role model untuk individu lain contohi ialah disiplin yang
sangat tinggi, tingkahlaku dan tindakan yang berkesan merangkumi kebaikan dalam
menjayakan matlamat hidup. Role model perlu ada dalam diri seseorang individu kerana ia
akan menjadi contoh pada individu yang ingin berjaya serta akan menunjukkan cara dan
bagaimana ia berjaya. Dalam pada masa yang sama role model menjadi pemangkin semangat
kepada individu untuk meneruskan cita-cita dalam mengejar matlamat hidup yang diingini.

Gambarajah:1.1 Role Model

(Sumber gambar: http://dakwatuna.com)

2.0 Pengertian, kepentingan

Role model bermaksud teladan atau contoh yang terbaik untuk dijadikan panduan untuk
berjaya.Antara kepentingannya ialah mempunyai kemahiran, disiplin, tingkahlaku dan
kebolehan bekerja yang terpuji dan cemerlang untuk dijadikan contoh untuk kita
berjaya.Dapat membentuk sahsiah diri individu dalam membina keyakinan, menilai diri
untuk menjadikan diri itu berjaya setanding dengan ikon yang dipilih dengan syarat apa yang
mereka buat untuk berjaya haruslah diikuti dengan berhemah.Dapat menimba pengalaman
dari perbualan dengan berkongsi cerita kejayaan, pengalaman, dan memberi nasihat serta
runding cara bagaimana hendak berjaya kepada individu yang dalam proses hendak
mencapai matlamat hidup.Mempunyai sikap dan kemahuan yang tidak pernah luntur ,tidak
putus asa serta bermotivasi tinggi untuk menjadikan setiap individu lain berjaya sama seperti
role model tersebut. Mempunyai pemikiran yang luas serta bersikap terbuka dalam semua

6
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

aspek dan bersedia menjadikan seseorang individu itu berjaya selaras dengan kejayaan yang
telah role model kecapi.

2.2- Strategi

Strategi paling berkesan dengan adanya role model dalam mencapai matlamat adalah
setiap individu yang ingin berjaya haruslah membuang sikap malaslah!, dan berputus
asa.Mempunyai azam yang cekal serta sentiasa bermotivasi tinggi dalam mencapai matlamat
hidup.Contohnya, ingin memperolehi segulung ijazah dengan keputusan yang cemerlang
setelah berusaha menetapkan serta merancang dan cara bagaimana untuk memilikinya dengan
cemerlang.Setiap individu perlulah mencari dan mengenali siapa role model yang benar-
benar layak untuk memberi dorongan serta semangat untuk meneruskan cabaran dalam
memiliki ijazah dengan keputusan yang cemerlang.

3.0 Kesimpulan

Dalam mencapai sesuatu matlamat hidup,tanpa role model atau teladan contoh yang baik
nescaya impian dan matlamat akan sukar dicapai kerana tiada bimbingan,dorongan serta
penelitian di tahap manakah matlamat seseorang individu itu berada.

359 patah perkataan

7
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Soalan 5

1.0 - Pengenalan

Kesihatan adalah kurniaan yang tidak terhingga baik dari individu dan institusi
kekeluargaan.3 aspek utama perlu dijaga rapi antaranya tubuh,fikiran dan jiwa.Penjagaan
kesihatan yang teratur mengikut jadual dan sistematik adalah cara yang paling berkesan untuk
menentukan seseorang itu benar-benar sihat.Hubungkait gaya hidup seseorang dan penjagaan
pemakanan yang teratur untuk menjadi sihat dan terus kekal sihat menjadi kunci utama
kesihatan individu.

Gambarajah 1.2: Amalan cara gaya hidup sihat

2.0 Pengertian, Kepentingan , Strategi

Kesihatan tubuh yang sihat bermaksud cergas dari segi fizikal, pengambilan
pemakanan yang berkhasiat dan mendapat rehat serta tidur dengan
secukupnyat.Kepentingan kesihatan tubuh badan ialah memastikan tahap kesihatan
berada pada tahap yang terbaik dengan cara mengamalkan gaya hidup sihat dan menerima
faedah terhadap kecergasan fizikal seseorang individu.Strategi yang paling berkesan
adalah dengan cara bersenam atau beriadah. Ianya menjadikan jantung kita sihat, sisa
toksik dalam badan akan keluar melalui kelenjar peluh, membantu pengaliran darah,
menguatkan otot, meningkatkan keseimbangan badan dan sekaligus mengurangkan
tekanan.Contohnya melakukan aktiviti berjogging.

Kesihatan fikiran yang sihat bermaksud keupayaan individu, kumpulan dan


persekitaran untuk berinteraksi antara satu sama lain bagi memupuk perasaan sejahtera
dalam fungsi yang optima bagi menyumbang sesuatu kepada masyarakat.Kepentingan
kesihatan fikiran ialah dapat menstabilkan pemikiran dan mengurangkan tekanan.Strategi

8
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

yang berkesan ialah dengan cara amalan berehat dan tidur dalam kadar yang mencukupi,
dan beriadah sekaligus menenangkan fikiran dan badan.Contohnya, tidur cukup waktu
sekurang-kurangnya lapan jam dan beriadah seperti memancing ikan.

Kesihatan jiwa yang sihat bermaksud seseorang individu menyedari kemampuanya


tentang perkara yang baik dalam menghadapi stress, bekerja secara produktif dan
menyenangkan, dan dapat membentuk segala tindakan dan pemikiran terhadap
komunitinya.Kepentingan kesihatan jiwa adalah dapat memberi kesedaran dalam menjaga
kesihatan serta kesederhanaan dalam hidup sekaligus mengurangkan tekanan dan
menghindarkan diri daripada terjerumus kearah penyakit jiwa.Strategi yang berkesan
adalah dengan cara memperbanyakkan aktiviti keagamaan dalam diri contonya,bersolat,
bermuhasabah dan meditasi kerana dapat menghasilkan fizikal yang positif dan psikologi
kesihatan yang baik.

3.0 Kesimpulan

Hidup dalam keadaan yang sihat dan berbahagia adalah aspek yang saling
berkaitan.Individu yang bahagia secara langsung akan kelihatan gembira, manakala individu
yang benar-benar sihat pula berkelihatan berseri dan berbahagia.Oleh itu, kesihatan tubuh,
fikiran dan jiwa adalah nikmat yang tidak ternilai serta dituntut pengorbanan, disiplin diri
yang tinggi untuk dikecapi dengan dibekalkan minda dan sikap yang positif untuk dicapai.

349 patah perkataan

9
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Soalan 6

1.0 Pengenalan

Dalam menjalani kehidupan seharian setiap individu memerlukan nutrisi, namun ianya
berbeza-beza berdasarkan faktor umur, gaya hidup, keturunan, tabiat pemakanan dan
pengambilan nutrisi mempunyai pertalian dengan kumpulan darah seseorang.Berdasarkan
perkara tersebut pelbagai usia memerlukan nutrisi yang sesuai untuk menjamin kesihatan
yang sihat seperti golongan yang sedang menuju kearah penuaan.Dalam perkara ini,
golongan ini tidak lari dari mengambil nutrisi kerana khuatir kesihatan diri akan terjejas dan
menghalang segala aktiviti seharian seseorang sekiranya nutrisi tidak diambil.

Gambarajah 1.3: Nutrisi diperlukan pada setiap individu untuk kekal sihat.

2.0 Pengertian, Kepentingan, Strategi

Nutrisi bermaksud sesuatu proses dimana individu memerlukan tenaga dari pemakanan,
membina kesihatan yang baik, pertumbuhan dan memberi kefungsian normal setiap organ
dalam tubuh badan seseorang. Menurut ( Nuwer 2008 ) , nutrisi bermaksud proses
pengambilan zat-zat makanan oleh individu.Bagi usia seseorang yang sedang meningkat,
nutrisi sangat penting kerana dapat membentuk pertumbuhan badan dan sistem tubuh.Selain
itu, manfaat yang diterima adalah dapat memberi penghasilan tenaga dan mengelakkan
penyakit terutamanya daripada mikronutrien.

Diantara sebab-sebab tabiat buruk pengambilan nutrisi apabila usia meningkat ialah deria
rasa berkurangan sekaligus mengurangkan selera makan ,rasa, bauan dan penglihatan.Apabila
perkara ini timbul, golongan ini akan menjurus kearah pengambilan pil-pil yang belum tentu
selamat bagi membantu untuk menambahkan selera makan seseorang, dikhuatiri pil yang

10
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

diambil sebagai supplement tidak membantu sekaligus mendatangkan kemudaratan kepada


organ dalaman individu dan menjejaskan kesihatan.

Selain itu, sebab-sebab tabiat buruk pengambilan nutrisi apabila usia meningkat ialah
terlampau memilih makanan.Bila perkara ini berlaku golongan ini akan mengabaikan
pengambilan nutrisi yang seimbang dari pemakanan contohnya protein, karbohidrat,kalsium
dan lain-lain lagi. Seseorang individu akan menjadi terlalu obses seterusnya menelan pil-pil
sahaja untuk menggantikan dengan sumber nutrisi diatas dengan tujuan untuk sihat tanpa
menilai, menyemak keperluan dan dari manakah sumber pil nutrisi itu datang.Sebab-sebab
tabiat buruk yang lain ialah terlalu cenderung dengan ubat-ubat kurus atau pelansingan badan
sekaligus tubuh badan tidak bermaya di sebabkan tiada tenaga dalam badan yamg patut
diambil dari pemakanan seimbang.Hidup sendirian dan bekeluarga juga mendorong
pengambilan nutrisi yang tidak seimbang kerana malas untuk memasak makanan seimbang
untuk kesihatan, individu akan bertindak senang makan di restoran-restoran makanan segera
yang belum tentu menjamin kebersihan dan zat yang diperolehi untuk kesihatan tubuh badan.

Gambarajah 1.4: Pengambilan nutrisi seimbang pada usia emas

3.0 Kesimpulan

Pengambilan makanan yang mengandungi nutrisi secara seimbang sangat diperlukan pada
golongan yang sedang meningkat umur sambil mengamalkan gaya hidup sihat demi
menjamin kesihatan dan kesejahteraan fizikal, fikiran dan jiwa seseorang.

367 patah perkataan

11
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Soalan 7

1.0 Pengenalan

Setiap manusia di mukabumi ini tidak lari dari melalui fasa penuaan.Penuaan terbentuk
secara semulajadi dimana berlaku perubahan fizikal, sosial dan psikologi.Penuaan adakalanya
boleh dikaitkan dengan penyakit apabila seseorang melalui fasa ini tanpa mengamalkan gaya
hidup sihat dan pemakanan yang seimbang.Masalah penuaan akan timbul dengan sendirinya
secara perlahan-lahan tanpa disedari oleh individu hingga ke tahap kritikal. Bila sampai pada
tahap ini, individu akan tersedar bahawa dia sedang dihimpit masalah penuaan dan mencari
cara untuk mengatasi masalah penuaan tersebut.Masalah penuaan yang biasa akan timbul
adalah ingatan seseorang akan menjadi lemah atau lebih dikenali dengan nyanyuk
(Dementia).Apabila usia seseorang meningkat, otak akan mengalami pengecutan, sel otak
berkurangan sekaligus daya pemikiran individu akan merosot.

2.0 Pengertian, kepentingan, strategi

Menurut ( Constantindes, 1994 ) menyatakan bahawa penuaan bermaksud proses yang


pasti terjadi pada setiap individu dan tidak dapat ditolak sama sekali apabila usia seseorang
meningkat.Kepentingan yang utama adalah mengenalpasti bagaimana nyanyuk ini boleh
terjadi pada proses penuaan, simptom-simptom yang berlaku dan tindakan susulan yang perlu
diambil untuk merawat panyakit nyanyuk ini.Ianya terjadi barangkali kurangnya vitamin
B12, kesan dari penyakit strok yang kerap, ataupun sejarah dari ketumbuhan dan jangkitan di
otak seseorang individu.Simpton yang utama adalah individu akan jadi pelupa iaitu gagal
mengingati perkara yang baru dilakukan.Selain itu, fungsi utama otak merosot serta
hilangnya tindakan terkawal seseorang individu.Antara tindakan susulan ialah, jika dementia
ini berpunca dari kurangnya vitamin B12 seeloknya diberikan vitamin tersebut untuk
merawati dan memulihkan fungsi otak individu tersebut.Jika faktor ini yang dikesan ianya
boleh dirawat dan diberi penelitian yang khusus untuk dipulihkan daya ingatan seseorang
individu.Antara strategi dalam masalah ini ialah bagaimana kita hendak menjaga, mengawal
dan melindungi individu yang mengalami masalah daya ingatan yang lemah.Contohnya,
memberikan perhatian yang khusus kepada individu yang lupa ingatan tentang bahaya seperti
mengawal tingkahlaku mereka supaya jangan berjalan bersendirian di luar rumah ataupun
menghidupkan api di dalam rumah yang boleh mengakibatkan kebakaran.

12
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

3.0 Kesimpulan

Penuaan pasti terjadi pada semua individu, aspek penjagaan gaya hidup sihat dan
pemakanan yang seimbang menjadi tonik utama dalam kesejahteraan hidup
seseorang.Masalah lupa ingatan menjadi perkara yang kronik pada masyarakat umum
sekarang, sekiranya gaya hidup sihat tidak dipedulikan.Setiap penjaga yang berhadapan
dengan individu yang mengalami masalah ini perlulah banyakkan bersabar setiap kali
berhubung dengan mereka dan sentiasa mewujudkan suasana yang harmoni dan bahagia
supaya mereka ini dihargai dan dikasihi.

370 patah perkataan

13
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

APENDIKS

Komponen-komponen yang membentuk satu rangkaian untuk membina gaya


kehidupan seseorang individu seterusnya dapat mempengaruhi kesihatan keluarga dan
komuniti sesebuah negara.

14
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

RUJUKAN / BIBLIOGRAFI

Alan Cohen ( 1996 ). 365 Recipes That Will Make You Think Positive

Delhi: Publisher Pustak Mahal.

Rob Yeung ( 2012 ). You Can Change Your Life.

Pan Macmillan London: CPI Group ( Uk ) Ltd, Croydon, CR0 YY.

Ezwan Mokhtar ( 2014 ). Magnet Impian & Kejayaan ( www.jootawan.com )

Seri Kembangan,Selangor: Jootawan Group Sdn Bhd.

Ippho Sentosa ( 2010 ). 7 Keajaiban Rezeki

Indonesia: PT. Alex Media Komputindo

Dr.Tee E Siong ( 2006 ). Wanita Dan Pemakanan-Panduan Praktikal Profesional

Kesihatan. Dipetik Pada June 16, 2015 Dari

http://www.nuclearmalaysia.gov.my/pupanita/penawanita/ulasanbuku/woman@heart

Galih Rosy ( 2007 ). Definasi Pertumbuhan, Kematangan, Dan Penuaan. Dipetik Pada

Jun 01, 2015 Dari http://rosy46nelli.wordpress.com/2009/11/22/definasi-

pertumbuhan-perkembangan

Malaysia, Jabatan Kebajikan Masyarakat. Dasar Warga Emas Negara. Dipetik Pada

Jun 01, 2015 Darihttp://www.jkm.gov.my/file/file/pdf/dasar_warga_emas_negara.pdf

15
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Malaysia, Kementerian Kesihatan, Dr.Hoo Be Kiau ( 2013 ). Masalah Ingatan. Dipetik Pada

Jun 03, 2015 Dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/warga-emas/pendekatan-


dari-segi-gejala/n

Liyana Khairuddin ( 2010 ). Kesihatan Penyakit Alzheimer. Dipetik Pada

Jun 03, 2015 Dari http://kesihatansemua.blogspot.com/2010/09/penyakit-alzheimer-


ialah-bentuk.html

Info Kesihatan Biz ( 2007 ). Radikal Bebas,Penyakit dan Penuaan. Dipetik Pada

May 28, 2015 Dari http://www.kesihatan.biz/Radikal_Bebas_Penyakit.Php

Artikel Kesihatan 99 ( 2014 ). 10 Masalah Kesehatan Yang Akan Menyerang Di Usia

Senja. Dipetik Pada May 28, 2015 Dari http://www.artikelkesehatan99.com/10-


masalah-kesehatan-yang-akan-menyerang-diusia-senja

Malaysia, Pembangunan Kesihatan Keluarga Kementerian Kesihatan Infosihat ( 2008 ).

Panduan Penjagaan Warga Emas. Dipetik Pada May 01, 2015 Dari

http://www.infosihat.gov.my/infosihat/media/buku%20kecil/P/pdf/01penjagawarga

emas

Rabiatul Adawiyah ( 2012 ). Utusan Malaysia Online.Orang Tua Susah

Makan. Dipetik Pada Jun 10, 2015 Dari

http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2012&dt=0108&pub=UtusanMalaysia

&sec=Kesihatan&pg=kn_04.htm

The Rector Dreams And Achievements ( 2012 ). Apa Itu Nutrisi? Dipetik Pada

Jun 05, 2015 Dari https://rismanismail2.wordpress.com/2012/07/22/apa-itu-nutrisi

16
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Ahmad Fadzil, OUM ( 2014 ). HBEF3203 Pengukuran Dan Penilaian Dalam Pendidikan.

Dipetik Pada Jun 01, 2015 Dari http://www.ipda.edu.my/OUMazman/Topic1.pdf

Cikgu Yew ( 2013 ). Prinsip Kejayaan Hidup Bermatlamat. Dipetik Pada

May 28, 2015 Dari http://hilteryew.com/tag/dua-belas-langkah-menetapkan-


matlamat-hidup/

Marian Griffith . Dont Just Wish:6 Steps For Making And Achieving Life Goals. Dipetik

Pada Jun 17, 2015 Dari http://familyshare.com/dont-just-wish-6-steps-for-making-


and-achieving-life-goals

BinaInsan Artikel ( 2015 ). 6 Langkah Mudah Untuk Laksanakan Matlamat Hidup.

Dipetik Pada Jun 01, 2015 Dari http://binainsan.com/6-langkah-mudah-laksana-


matlamat-anda/

Dr.Nazrita, Kementerian Kesihatan Malaysia ( 2012 ). Matlamat Kehidupan. Dipetik Pada

Jun 05, 2015 Dari http://www.myhealth.gov.my/index.php/kemahiran-


hidup/matlamat-kehidupan

Irfan Khairi ( 2006 ). Formula Untuk Mencapai Apa Saja Matlamat Anda. Dipetik Pada

Jun 17, 2015 Dari http://www.irfankhairi.com/blog/motivasi/formula-untuk-


mencapai-apa-sahaja-matlamat-anda/

Taidin Suhaimin ( 2012 ) , M.Said Omar. 7 Langkah Mencapai Matlamat / Cita-Cita Anda.

Dipetik Jun 10, 2015 Dari http://mdsaid7.blogspot.com/2012/10/7-langkah-mencapai-


matlamat-cita-cita.html

Zulkefli Ismail ( 2011 ). Motivasi Berlian Membina Matlamat Hidup. Dipetik Pada

Jun 04, 2015 Dari http://motivasi-berlian.blogspot.com/2011/07/penulisan-siri-4-


rahsia-teknik-belajar.html

17
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

O*NET Online. Scales, Rating, And Standardized Scores. Dipetik Pada

May 13, 2015 Dari https://www.onetoneline.org/help/online/scales

Anda Suliyono ( 2012 ). Role Model. Dipetik Pada May 28, 2015 Dari

https://visi4anda.wordpress.com/2012/05/05/role-model/

mas V2in ( 2013 ). Role Model Itu Penting. Dipetik Pada Jun 04, 2015 Dari

http://masvi2n.blogspot.com/2013/04/role-model-itu-penting.html

Pementoran Dalam Perkhidmatan Awam ( 2008 ). K.Lumpur. Dipetik Pada

Jun 01, 2015 Dari http://www.agc.gov.my/pdf/pekeliling/mentorti/pementoran3.pdf

Zana Indsar ( 2012 ). Konsep Kesihatan Dan Gaya Hidup. Dipetik Pada

May 29, 2015 Dari http://www.slideshare.net/zanaidsar/konsep-kesihatan-gaya-


hidup

Hasto Harsono ( 2011 ).Tips Menjaga Kesehatan Pikiran. Dipetik Pada

May 29, 2015 Dari http://drhasto.blogspot.com/2011/04/tips-menjaga-kesehatan-


pikiran.html

Dr.Azizul, Kementerian Kesihatan Malaysia ( 2013 ). Hubungkait Antara Kesejahteraan

Kesihatan Fizikal Dan Mental. Dipetik Pada Jun 01, 2015 Dari

http://www.myhealth.gov.my/index.php/hubungkait-antara-kesejahteraan-kesihatan-

fizikal-dan-mental

18
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

Noor Hisham, MentorHisham ( 2014 ). 8 Cara Bagaimana Mengekalkan

Kesihatan. Dipetik Pada May 15, 2015 Dari http://www.mentorhisham.com/8-cara-


bagaimana-mengekalkan-kesihatan/

My metro ( 2013 ). Kekalkan Kesihatan Minda, Badan. Dipetik Pada May 15, 2015
Dari http://www2.hmetro.com.my/articles/Kekalkankesihatanminda_badan/Article

Sagunthalah, Blogspot ( 2010 ). Gaya Hidup Sihat. Dipetik Pada Jun 08, 2015 Dari

http://kesihatansemua.blogspot.com/2010/09/gaya-hidup-sihat-gaya-hidup-sihat.html

Amran Hassan, Fatimah Yusoff, & Khadijah Alavi. ( 2012, Sept 14 ).Keluarga Sihat

Melahirkan Komuniti Sejahtera: Geografia; Malaysian Journal Of Society And

Space. Ekologi; Individu; Keluarga; Kesejahteraan; Kesihatan; Komuniti, Artikel.

Dipetik Pada May 26, 2015 Dari http://journalarticle.ukm.my/5514/

Nuhazwani, M.N ( 2013 ). Nutrisi Dewasa Lelaki Dan Dewasa Perempuan. Dipetik Pada

Jun 06, 2015 Dari http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/05/nutrisi-dewasa-


lelaki-dan-perempuan.html

Nuhazwani, M.N ( 2013 ). Nutrisi Untuk Warga Emas.Dipetik Pada Jun 06, 2015 Dari

http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/05/nutrisi-untuk-warga-emas.html

Nuhazwani, M.N ( 2013 ). Pengenalan Nutrisi Untuk Kumpulan Sasaran. Dipetik Pada

Jun 06, 2015 Dari http://nurzahwanimohdnor.blogspot.com/2013/06/pengenalan-


nutrisi-untuk-kumpulan.html

19
MPU2313 / MPU3313 HEALTH AND WELLNESS

PERANAN PENGURUS ORGANISASI

TUNGGAK

PEMIMPIN

PERHUBUNGAN

JURUCAKAP

PERUNDING

PENCETUS IDEA ORGANISASI

CEMERLANG

20

Anda mungkin juga menyukai