Anda di halaman 1dari 53

1

EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

PENGENALAN
Pendidikan adalah salah satu bidang yang memainkan peranan dalam usaha
membentuk dan melahirkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh,
berketrampilan, berkeperibadian mulia, berpengetahuan dan berkemahiran tinggi bagi
memenuhi aspek aspek keperluan negara yang sedang menuju ke arah negara maju
selaras dengan Wawasan 2020.
Walaubagaimanapun, dalam usaha untuk mencapai status sebuah negara maju,
pelbagai cabaran yang bakal ditempuhi oleh semua pihak khususnya bidang pendidikan
yang bertanggungjawab merealisasikan dalam melahirkan modal insan kerana pelbagai
masalah sosial dialami oleh pelajar. Keratan akhbar tempatan seringkali memaparkan
berita mengenai pelajar-pelajar yang terlibat dalam masalah sosial seperti vandalism,
ponteng sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Dalam menangani isu
ini, khidmat Bimbingan dan Kaunseling amatlah diperlukan dalam membantu murid
murid menangani cabaran yang bakal dihadapi dalam proses menjadi seorang modal
insan.
Bimbingan dan kaunseling merupakan bidang yang penting dalam memainkan
peranan mengubah kehidupan harian seseorang yang bermasalah menjadi lebih baik.
Kaunseling merupakan satu proses perhubungan atau pertemuan secara bersemuka
antara kaunselor dengan klien (pelajar) yang menghadapi masalah peribadi atau
masalah akademik dengan tujuan menolong dan membawa perubahan tingkah laku
pelajar untuk menyelesaikan masalah dengan sistematik berasaskan prinsip psikologi.
Menurut Governing Council of the American Counseling Association (ACA), praktis
profesion kaunseling adalah berkait dengan kesihatan mental, psikologikal, dan prinsip
pembangunan manusia melalui kognitif, intervensi, strategi menyediakan kebajikan,
pertumbuhan personal atau pembangunan dalam pekerjaan dan juga patologi.
Oleh itu, dalam tugasan ini saya akan menjelaskan tentang konsep kaunseling,
teori-teori dalam kaunseling, objektif kaunseling, kemahiran asas kaunseling dan juga
merekayasa bimbingan dan kaunseling di sekolah dan berharap dapat membendung
permasalahan isu isu disiplin di sekolah.

2
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

KONSEP BIMBINGAN DAN KAUNSELING


Bimbingan
Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan
merupakan

bantuan

yang

diberikan

kepada

individu

yang

bertujuan

untuk

mengembangkan pemahaman terhadap diri sendiri dan juga terhadap sesuatu di


persekitarannya.
Begitu juga antara terma kaunseling dan bimbingan juga sering digandingkan
bersama apabila menyentuh isu-isu yang berkaitan seperti menurut Failor dalam Muhd
Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) bimbingan dan kaunseling itu
merupakan khidmat membantu individu dalam proses pemahaman diri dan penerimaan
dirinya, memahami dirinya dari segi ekonomi buat masa kini dan perencanaan masa
depannya, serta menyesuaikan pula kedua-dua pembolehubah pemilihannya itu
mengikut kepuasan dan keberkesanan dirinya.
Dalam konteks masyarakat, orang ramai mempunyai persepsi bahawa
bimbingan dan kaunseling adalah berkaitan dengan penyelesaian masalah untuk orang
yang bermasalah dan

orang yang bertemu dengan kaunselor ialah orang yang

mempunyai ada masalah, ataupun berpenyakit mental. Andaian seperti ini adalah salah
kerana tidak semestinya dan bukan semua orang yang bertemu dengan seseorang
kaunselor itu adalah bermasalah. Orang yang tidak mempunyai masalah juga boleh
berjumpa dengan kaunselor untuk mendapatkan penyelesaian dalam sesuatu perkara
seperti khidmat kerjaya, mendapatkan nasihat mencari jodoh, hubungan dalam
keluarga atau sebagainya.
Kaunseling dilihat sebagai mempunyai satu hubungan kemanusiaan yang sangat
ramah, saling memahami dan akrab. Menurut Bordin (1968), menjelaskan bahawa
kaunseling psikologikal ditawarkan kepada person who are at some critical point in
their development. Beerti setiap manusia yang berada dalam proses pertumbuhan
boleh menerima khidmat daripada kaunseling. Aspek perubahan dapat dilihat seperti

3
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

perubahan kanak-kanak ke dewasa, perubahan usia tua dan kematian dan perubahan
pergantungan ekonomi kepada kedudukan berdikari dan lain-lain.
Manakala, Corey (1977) berpendapat kaunseling ialah proses dimana klies
diberi kesempatan untuk meneroka aspek diri yang menimbulkan kesulitan baginya.
Penerokaan ini akan menimbulkan keinsafan rentang dirinya serta pilihan-piliha yang
boleh dilakukan agar mencapai kehidupan yang lebih berkesan.
Boy dan Pine (1968) pula menyatakan kaunseling ialah suatu perhubungan
bersemuka di mana seorang klien mendapatkan bantuan daripada seorang kaunselor.
Perhubungan ini mempunyai ciri-ciri seperti komunikasi yang efektif, saling hormatmenghormati, penerimaan klien secara tulen oleh kaunselor dan penumpuan diberikan
kepada keperluan, masalah serta perasaan klien.
Selain itu, tokoh Arbuckle (1965) menjelaskan kaunseling ialah proses
membantu klien melihat siapa sebenarnya dirinya, apa yang dimilikinya dan apa yang
dia tidak boleh buat dengan mudah, apa yang sukar untuk dicapai dan apa yang tidak
boleh dicapai langsung.
Akhir sekali, Cottle dan Downie (1970) telah menjelaskan dan mentakrifkan
kaunseling sebagai proses dimana seorang kaunselor membantu seorang klien
memahami dan menerima maklumat tentang dirinya dan interaksi dengan orang-orang
lain supaya dia dapat membuat keputusan yang efektif tentang pilihan-pilihan dalam
hidupnya.

4
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Kaunseling
Pepinsky & Pepinsky dalam Sapora Sipon et al (2003) menyatakan
kaunseling adalah satu proses yang membabitkan interaksi antara seorang kaunselor
dengan kliennya. Interaksi ini berlaku dalam keadaan sulit dengan tujuan membantu
klien mengubah tingkah lakunya sehinggalah resolusi yang diambilnya memuaskan
kehendaknya. Beliau juga menekankan agar sesi kaunseling dijalankan dalam suasana
tertutup, sulit, tidak dilihat dan tidak didengari oleh orang lain.
Muhd Mansur Abdullah & Siti Nordinar Mohd Tamin (1996) kaunseling
membawa maksud sebagai satu perhubungan interpersonal yang digunakan oleh
kaunselor membantu individu secara keseluruhan untuk menyesuaikan diri dengan
lebih berkesan terhadap dirinya sendiri dan juga terhadap persekitarannya.
Rickey & Therese (1995) menjelaskan definisi kaunseling sebagai a profesional
relationship between a trained counselor and a client. This relationship is usually
person-to-person, although it may sometimes involve more than two people. It is
designed to help clients to understand and clarify their views of their lifespan, and to
learn to reach their self-determined goals through meaningful, well-informed choices
and through resolution of problems of an emotional or interpersonal nature
Shertzer dan Stone (1974) dalam Abdul Ghani Sulaiman (2003) menegaskan
bahawa kaunseling adalah proses interaksi yang membolehkan individu ini memahami
diri dan situasinya. Proses ini akan mengakibatkan pembentukan atau penjelasan
matlamat dan nilai hidup individu itu sehingga dia dapat menentukan tindakan yang
wajar diambilnya untuk masa depannya.

5
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

OBJEKTIF BIMBINGAN DAN KAUNSELING


1. Membantu klien menyelesaikan masalah-masalah yang sedang dihadapinya dalam
jangka masa pendek.
2. Memperkembangkan kefahaman dan celik akal yang boleh menolong klien
menghadapi dan menyelesaikan masalah-masalah baharu yang mungkin dalam
situasi-situasi lain dalam jangka panjang.
3. Mempercepat perubahan tingkah laku kearah positif.
4. Meningkatkan keupayaannya untuk mencapai kebebasan psikologi, iaitu kebolehan
untuk mengurus hidupnya sendiri.
5. Membuat keputusan yang bijaksana serta memahami sebab munasabab keputusan
itu dibuat dan seterusnya sanggup menanggung risiko akibat keputusan yang
dibuatnya.
6. Bertindak secara logik serta berkesan.
7. Memperkembangkan minat, bakat dan kebolehan ke satu tahap yang optimum.
8. Membuat penyesuaian sosial, peribadi dan intelek dengan kehendak-kehendak
sekolah dan masyarakat.
9. Mewujudkan perhubungan yang sihat dengan orang lain yang signifikan seperi ibu
bapa, adik-beradik, rakan-rakan dan guru-guru.
10. Membantu individiu yang berada dalam keadaan berisiko dan mempunyai masalah
penyalahgunaan dadah.

MATLAMAT MATLAMAT KAUNSELING INDIVIDU

6
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Kaunseling
akademik

Kaunseling
penyalahgunaan
dadah

MATLAMAT
KAUNSELING
INDIVIDU

Kaunseling
kerjaya

Kaunseling peribadi

Peta Minda 1 : Matlamat Kaunseling Individu


Kaunseling Akademik
Kaunseling akademik adalah untuk menyediakan kaunseling bagi menolong murid
memilih mata pelajaran yang sejajar dengan minat, keupayaan serta pencapaian dan
menyampaikan maklumat mengenai peluang peluang melanjutkan pelajaran ke
institusi institusi pengajian tinggi di dalam dan di luar negara.

Kaunseling Kerjaya

7
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Kaunseling kerjaya pula adalah untuk membantu murid murid untuk


mendapatkan maklumat kerjaya yang sejajar dengan minat, bakat, keupayaan serta
pencapaian akademik. Kaunseling kerjaya juga untuk menolong murid murid
menyelesaikan masalah pemilihan kerjaya.
Selain itu, kaunseling kerjaya ini juga dapat mendedahkan murid murid kepada
jenis jenis kerjaya di sektor awam dan swasta dengan mengadakan ceramah,
pertunjukan video dan lawatan ke kilang kilang dan firma firma. Kaunseling kerjaya
juga adalah untuk memberikan kesedaran dan ingatan kepada murid murid bahawa
perancangan kerjaya perlu dibuat sejak awal lagi.

Kaunseling Peribadi
Matlamat kaunseling peribadi adalah untuk pertumbuhan kendir, iaitu membantu
murid murid memahami pelbagai keperluan dan masalah yang berkaitan. Kefahaman
kendiri, iaitu membantu murid murid secara individu untuk memperoleh makluma dan
membentuk sikap celik akal dan nilai yang sejajar dengan kehendak masyarakat.
Selain itu, kaunseling peribadi ini adalah untuk menolong murid murid
berkomunikasi secara berkesan serta membina perhubungan yang baik dengan
anggota masyarakat yang lain. Bukan itu sahaja tetapi adalah untuk menolong individu
membuat keputusan yang waras serta bijaksana.

Kaunseling Penyalahgunaan Dadah


Kaunseling penyalahgunaan dadah adalah bertujuan untuk mencegah murid
murid daripada terlibat dengan penyalahgunaan dadah. Kaunseling ini juga adalah
untuk memberikan perkhidmatan sokongan dengan cara menaruh kepercayaan kepada
murid murid bahawa mereka boleh memberhentikan amalan penyalahgunaan dadah
seterusnya membantu murid murid mendapatkan kemudahan permulihan jika perlu.

KEPERLUAN DAN KEPENTINGAN PERKHIDMATAN KAUNSELING

8
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Membimbing
klien mencari
dan memupuk
sumber
dalaman.

Membantu
klien
menjadi
lebih
produktif

Mengajar
klien
menyesua
ikan diri
dengan
keadaan

Memperba
iki imej diri
yang
negatif.

Mengajar klien
untuk
bertanggungja
wab ke atas
dirinya.
Mempertingkatkan
kemampuan klien
membuat
keputusan.

Peta Minda 2 : Keperluan Perkhidmatan Kaunseling

Mengajar klien menyesuaikan diri dengan keadaan


Perkhidmatan kaunseling dapat mengajar seseorang atau klien untuk menyesuaikan diri
dengan apa apapun keadaan.Penyesuaian diri sama ada dengan orang lain atau
persekitaran amat penting. Klien yang tidak tahu atau tidak mahu belajar menyesuaikan
diri akan mengalami banyak konflik. Klien perlu sedar bahawa dia tidak bloeh
mengharapkan orang lain atau persekitaran berubah dahulu. Ada kalanya, orang lain
atau persekitaran tidak akan berubah. Oleh itu, kaunseling akan dapat memberikan

9
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

perkhidmatan kepada klien di mana klien akan belajar menyesuaikan diri dengan
keadaan sebagai usaha mengurangkan ketegangan atau konflik.
Memperbaiki imej diri yang negatif.
Imej diri adalah sesuatu yang penting bagi seseorang kerana imej melambangkan
peribadi dan personaliti seseorang. Imej diri yang negatif merupakan halangan bagi
klien untuk mencapai cita-cita atau membuat sebarang tindakan. Klien seperti ini akan
menyekat perkembangan dan penggunaan potensi dirinya. Kaunselor membimbing
klien membentuk imej yang positif. Di antara lain, klien belajar memupuk ciri-ciri yang
baik dan mengurangkan ciri-ciri yang negatif. Imej dari yang positif menandakan
kestabilan personaliti.

Perkhidmatan kaunseling adalah untuk mengajar klien untuk bertanggungjawab


ke atas dirinya.
Selain daripada mengajar klien untuk menyesuaikan diri dengan keadaan dan
memperbaiki imej diri yang negatif, melalui sesi kaunseling juga klien diajar
bertanggungjawab ke atas diri sendiri. Klien yang bertanggungjawab ke atas dirinya
akan berusaha sambil berhati-hati dalam mengatur dan merancang perjalanan
hidupnya. Seandainya timbul sebarang masalah, klien yang bertanggungjawab ke atas
dirinya tidak akan menyalahkan orang lain. Segala keputusan yang dibuat dalam hidup
klien adalah tanggungjawab diri sendiri.
Mempertingkatkan kemampuan klien membuat keputusan.
Membuat keputusan adalah sesuatu perkara yang sukar bagi semua manusia. Setiap
orang khususnya klien sering mengelakkan diri daripada membuat keputusan ini kerana
tugas dan proses membuat keputusan bukanlah sesuatu perkara yang menyeronok
atau menyenangkan. Banyak masalah timbul kerana klien tidak memberi kata putus.
Kaunselor membimbing klien melalui proses membuat keputusan.

10
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Klien akan menimbang sendiri beberapa perkara ang akan memudahkannya


membuat keputusan. Keputusan yang matang memerlukan klien mengambil kira faktor
pengorbanan peribadi, masa, tenaga, wang ringgit dan sebagainya (George & Cristiani,
1990). Klien juga diajar bagaimana menggunakan sumber yang wujud dalam
persekitaran dalam membuat keputusan yang baik.

Membantu klien menjadi lebih produktif.


Kaunselor membimbing klien supaya menyedari bahawa hidup ini tidak statik. Apa yang
penting ialah klien perlu berusaha sedaya upaya dia inginkan hasil yang memuaskan.
Dengan kata lain, klien tidak boleh berdiam sahaja sambil mengimpikan satu kehidupan
yang berkesan dan memuaskan.

Membimbing klien mencari dan memupuk sumber dalaman.


Ini menunjukkan bahawa tugas kaunselor adalah sebagai pemangkin kepada
seseorang klien bagi mencari kekuatan dalaman mereka untuk mereka menghadapi
masalah yang dihadapi secara professional serta waras.
Secara tuntasnya, matlamat kaunseling adalah untuk membantu sedaya upaya
yang boleh untuk memberi motivasi kepada semua lapisan masyarakat supaya dapat
mengurus diri sendiri dari segi mental, perasaan, kerohanian dan tingkahlakunya.
Setiap masalah yang wujud dalam diri seseorang dapat dibantu sedikit sebanyak oleh
pihak bimbingan dan kaunseling kerana selebihnya bergantung kepada diri sendiri
untuk menyelesaikan masalah yang bergelut dalam diri sendiri. Oleh itu, kaunseling
adalah lebih kepada mengajar seseorang mengenali diri sendiri daripada aspek
kekuatan dan kelemahan diri sendiri.

11
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

KEPENTINGAN PERKHIDMATAN KAUNSELING


Antara kepentingan dalam perkhidmatan kaunseling ini ialah antaranya :1. Menolong seseorang lebih memahami diri dan situasi.
2. Menghindar pelajar dari terlibat dalam perbuatan salah laku.
3. Melihat potensi sebenar dirinya.
Masalah sosial mengenai pelajar pelajar seringkali terpapar dalam tajuk
keratan

keratan

akhbar

seperti

vandalism,

ponteng

sekolah, pergaduhan, pembunuhan diri dan sebagainya. Ini amat menakutkan dan
dibimbang oleh masyarakat kini. Dari situ, kita dapat lihatkan perkhidmatan bimbingan
dan kaunseling amat diperlukan dan memainkan peranan yang penting.

Menolong seseorang lebih memahami diri dan situasinya.


Semua murid yang mempunyai latar belakang yang berbeza adalah salah satu
aspek pemikiran mereka berbeza antara satu sama lain dan ini akan lebih jelas semasa
menghadapi masalah masalah yang timbul. Mereka mungkin hanya akan melihat dari
satu sudut sahaja dan dengan adanya bantuan bimbingan dan kaunseling, ia akan
menolong pelajar memahami , melihat dari pelbagai sudut dan membentuk tingkah laku
yang sesuai semasa menyelesaikan masalah.

Menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku


Kepentingan

perkhidmatan

bimbingan

dan

kaunseling

adalah

dapat

menghindarkan pelajar terlibat dalam perbuatan salah laku. Sebagai contoh tingkah
laku tidak ber disiplin, merokok, vandalisme dan tingkah laku sosial yang lain. Tujuan
perkhidmatan bimbingan dan kaunseling ini adalah menolong individu memahami
tentang dunia jenayah dan memberi pandaun atau nasihat kepada mereka supaya
mereka dapat menjauhkan diri daripada kegiatan sosial yang tidak baik.

12
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Melihat potensi sebenar dirinya


Kebanyakan murid kurang mengetahui kekuatan dan kelemahan dalam diri
mereka dan kekurangan pengetahuan tentang hal ini sedikit sebanyak menyebabkan
mereka terlepas sesuatu perkara yang sesuai dengan potensi sebenar mereka.
Kepentingan perkhidmatan bimbingan kaunseling ini juga adalah untuk menyedarkan
apa yang dimilikinya dan menolong individu-individu memahami diri agar menyedari
kekuatan-kekuatan dan kelemahan-kelemahan diri. Melalui cara ini, individu dapat
mengembangkan kebolehannya ke satu tahap yang maksimum serta memperoleh
kesejahteraan hidup. Jadi, kaunselor dan guru bimbingan menggunakan data pshikologi
dan sosiologi untuk memahami setiap pelajar untuk meningkatkan keyakinan diri.

KEMAHIRAN KEMAHIRAN ASAS BIMBINGAN DAN KAUNSELING

13
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Tingkah Laku Memberi Perhatian


Kemahiran Mendengar
Kemahiran Menyoal

K e m a h ira n A s a s K a u n s e lin g

Kemahiran Berempati

Refleksi Idea

Refleksi Perasaan

Interpretasi

Pendedahan Kendiri
Pemparafrasaan
Konfrontasi
Pemberian Nasihat
Kesenyapan
Kemahiran Ketika Ini (Immediacy)
Membuat Rumusan

14
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Tingkah Laku Memberi Perhatian


1. Kedudukan tubuh badan kaunselor
Kedudukan kaunselor hendaklah condong kehadapan, iaitu kearah klien. Amalan
seperi ini penting menunjukkan kepada klien yang kaunselor berminat untuk
mendengar apa jua yang dikatakan oleh klien
2. Ekspresi muka
Ekspresi muka kaunselor hendaklah berseri, menunjukkan pembimbing itu sedia
menerima klien.
3. Tentangan mata
Kaunselor hendaklah mengadakan tentangan mata dengan klien. Keadaan ini
menunjukkan pembimbing meminati apa jua yang diperkatakan oleh klien dan
bersama klien secara fizikal dan mental. Walaubagaimanapun, kaunselor hendaklah
melakukan tentangan mata mengikut keselesaan klien. Kaunselor hendaklah
mengalihkan pandangan matanya jika didapati klien berasa malu.
4. Soalan terbuka
Satu cara menggalakkan klien bercakap dengan panjang lebar adalah dengan
mengunakan soalan terbuka. Cara ini memberikan peluang kepada klien untuk
bercakap lebih lagi.
5. Dorongan minimun untuk bercakap
Dorongan minimum termasuk gerak isyarat, anggukan kepala, anggukan kepala,
perkataan tunggal, perawakan badan atau ulangan perkataan-perkataan penting
yang menunjukkan kaunselor itu berminat akan kata-kata klien.

Kemahiran Mendengar
Semua orang pernah mengalami perasaan sedih, tertekan atau gelisah dalam hidup
mereka. Segala luahan perasaan yang dialami oleh mereka apabila didengari dan
dirahsiakan oleh pendengar adalah salah satu perkara yang mampu melegakan mereka
yang merasa tertekan, sedih atau gelisah. Perkara ini juga sama dirasai oleh murid
murid namun mereka akan rasa tertekan untuk berjumpa dengan kaunselor untuk
bercerita tentang masalah kerana banyak faktor. Oleh itu, sebagai seorang kaunselor,
kemahiran mendengar dengan berkesan sebelum bertindak haruslah dipelajari dan
dikuasai untuk membantu murid menyelesaikan masalahnya.

15
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Dalam kaunseling, aktiviti ini bukan merupakan amalan yang pasif. Menurut Carl
Rogers, seseorang kaunselor hendaklah mendengar secara aktif. Hal ini bermakna,
kaunselor perlu melakukan sesuatu yang positif agar masalah seseorang murid dapat
difahami dengan baik. Kaunselor tidak seharusnya membenarkan sebarang gangguan
sehingga klien itu habis bercakap. Kaunselor memberikan perhatian sepenuhnya dan
menunjukkan minat yang tulen terhadap kata-kata klien.
Mendengar dengan aktif memerlukan kaunselor bukan sahaja mendengar tetapi
memahami perasaan klien dengan mendalam. Kaunselor tidak mengetepikan apa
apa yang diceritakan dengan hanya berkata Saya faham akan perasaan anda. Dalam
erti kata lain, kaunselor hendaklah merasa apa yang dirasakan oleh klien. Hal ini
bermakna kaunselor berkemahiran mendengar dengan empati.
Apabila kita memberikan tumpuan sepenuh pada klien tanpa berbelah bahagi, ini
bererti kita menyediakan diri untuk mendengar. Panduan dalam meningkatkan
kemahiran mendengar ialah

Untuk mendapatkan maklumat yang terperinci, kaunselor perlu memberi


fokus bukan sahaja kepada perkataan tetapi juga kepada nada dan cara

yang diperkatakan
Kaunselor mesti memahami tujuan klien berada di situ
Kaunselor perlu mengelak daripada membuat penilaian kepada klien

terlebih awal.
Kaunselor perlu lebih tahan berhadapan dengan gangguan-gangguan
sama ada yang datang dari luar seperti bunyi bising atau gangguan dari
dalam diri seperti bisik-bisikan hati sendiri.

KEMAHIRAN MENYOAL
Setiap kaunselor perlulah memiliki kemahiran menyoal. Kemahiran ini diperlukan
untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai sesuatu masalah klien. Soalan
yang boleh dikemukakan terdiri daripada dua jenis, iaitu soalan tertutup dan soalan

16
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

terbuka. Soalan tertutup lazimnya memerlukan jawapan ya atau tidak, manakala


soalan terbuka memerlukan penghuraian daripada klien. Oleh sebab itu, soalan tetutup
tidak mengalakkan klien menghuraikan tenatng sesuatu, maka maklumat yang
diperolehi adalah terhad.

Manakala soalan terbuka adalah untuk membolehkan

kaunselor memperolehi banyak maklumat.

Soalan tertutup (contoh)


1. Kaunselor
Klien
2. Kaunselor
Klien
3. Kaunselor
Klien
4. Kaunselor
Klien

: kamu suka datang ke sekolah?


: Ya
: Sudahkah kamu bersarapan?
: Belum.
: Adakah kamu terlibat dalam pergaduhan itu?
: Tidak
: Inginkan kamu menyertai rombongan itu?
: Ya.

Soalan terbuka (contoh)


1. Apakah yang menyebabkan kamu tidak berminat dalam pelajaran?
2. Ceritakan perasaan kamu setelah diberitahu yang kamu mendapat tempat
pertama dalam kelas?
3. Sesetengah murid suka ke sekolah, ada juga yang tidak gemar. Bagaimana pula
dengan diri kamu?
4. Apakah sifat ibu yang mengecewakan kamu?
KEMAHIRAN MEMAHAMI
Seseorang kaunselor hendaklah selalu untuk berusaha memahami masalah
murid sebelum cuba menyelesaikannya. Sesetengah daripada kita bersikap kurang
sabar. Sebaik sahaja mendengar sesuatu masalah, kita terdorong menyelesaikannya
dengan segera. Hal ini bukanlah cara yang berkesan dalam usaha membantu murid.

17
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Setelah berusaha memahami masalah, barulah kaunselor akan mendapat


gambaran yang lebih jelas dan jitu tentang kesulitan yang dihadapi oleh murid. Dalam
keadaan seperti ini, barulah kaunselor berupaya menolong murid menyelesaikan
masalahnya.
Kemahiran untuk memahami masalah klien hendaklah diperkukuh agar
kaunselor memperoleh gambaran menyeluruh serta latar belakang sesuatu masalah.
Dalam konteks ini, kaunselor hendaklah berupaya mengemukakan soalan secara
beransur-ansur agar sesuatu senario masalah murid dapat diperkembangkan.

Kaunselor

: Kamu menyatakan guru memalukan kamu di hadapan para murid lain?

Murid

: Ya

Kaunselor

: Adakah kamu rasa terhina?

Murid

: Memang.

Kaunselor

: Hal ini menyebabkan kamu berasa rasa rendah diri?

Murid

: Tentulah cikgu.

Kaunselor

: Cuba kamu ceritakan apa yang memalukan itu?

Murid

: Guru itu menengking saya di hadapan kelas. Bukan saya saja yang
tidak menyiapkan kerja rumah. Ada tiga orang lain juga. Mengapakah
mereka tidak dimarahi? Seolah olah saya yang paling malas dan tidak
bertanggungjawab

Kaunselor

: Jadi, kamu berasa kecewa kerana guru bersikap memilih kasih?

Murid
: Ya. Memang cikgu bersikap memilih kasih.
KEMAHIRAN BEREMPATI
Kemahiran berempati merupakan satu kemahiran, iaitu kaunselor cuba
memahami serta merasai apa-apa yang dirasai oleh klien atau muridnya. Kemahiran ini
penting kerana bukan sahaja dapat membantu kaunselor memahami perkara yang
dinyatakan oleh klien tetapi dia jua merasai perasaan yang dialaminya.

18
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Repons dan kenyataan kaunselor selalunya mengandungi 2 aspek. Pertama


sekali aspek kognitif dan aspek afektif. Kemahiran berempati kaunselor mengandungi
dua komponen kenyataan klien, iaitu idea klien (kognitif) dan perasaan klien (afektif)
Kedua komponen kenyataan kaunselor iaitu komponen idea dan komponen
afektif. Kemahiran berempati kaunselor akan membentuk gambaran kepada klien yang
kaunselor telah memahami idea dan perasaanya, dia terdorong untuk menceritakan
masalahnya dengan lebih lanjut.
Kepentingan Empati
1. Membina hubungan dengan klien
Apabila murid atau klien mendapati yang kaunselor boleh memahaminya , dia
akan meluahkan masalahnya dengan mudah
2. Merangsang penerokaan diri
Murid akan mula meneroka situasi yang dihadapinya dengan lebih mendalam
selepas kaunselor memberikan respons empati.
3. Menyemak pemahaman dengan klien
Murid atau klien boleh membetulkan respons empati kaunselor yang kurang tepat
4. Memberikan sokongan
Empati merupakan cara menyelami jiwa klien daripada aspek pengalaman,
tingkah laku dan perasaan
5. Melicinkan komunikasi
Empati biasanya menggalakkan klien bercakap dengan lebih lanjut kerana dia
berasa kaunselor telah memahaminya.
6. Meningkatkan tumpuan
Empati memberikan tumpuan kepada isu penting yang ditimbulkan oleh klien.
Empati membantu klien dan pembimbing memahami pengalaman, tingkahlaku
dan emosi klien.
7. Menyekat kaunselor
Empati melambatkan kaunselor untuk memberikan nasihat terlalu awal. Empati
menggalakkan

klien

memikirkan

strategi

yang

boleh

digunakan

dalam

penyelesaian masalahnya.
8. Menggalakkan tindakan klien
Empati mendorong klien untuk mengakui masalahnya serta memahami
masalahnya dengan mendalam, menyusun strategi dan bertindak dengan tegas.

19
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

REFLEKSI IDEA
Kemahiran refleksi dalam kaunseling merupakan satu kemahiran, iaitu kunselor
itu membalikkan kata-kata klien. Apabila situasi ini berlaku, kaunselor dikatakan
menjalankan refleksi idea. Dibawah merupakan satu contoh:
Contoh
Klien

Saya tidak faham apa yang disampaikan oleh guru. Oleh itu, saya
berbual-bual sahaja didalam kelas

Kaunselor :

Kamu berbual-bual sahaja disebabkan kamu tidak memahami apa


yang disampaikan oleh guru

Refleksi idea membolehkan kaunselor menyemak dengan klien sama ada dia
telah memahami apa jua yang disampaikan oleh klien. Selain itu, refleksi idea
membantu klien mencapai kesedaran diri dan kefahaman diri. Setelah memahami
masalah klien, kaunselor dapatlah bertindak menyusun strategi penyelesaian masalah
dengan lebih efektif lagi.

REFLEKSI PERASAAN
Satu lagi jenis refleksi iaitu refleksi perasaan. Dalam keadaan ini, kaunselor akan
membalikkan aspek emosi klien. Hal ini dilakukan untuk meningkatkan lagi tahap
kesedaran klien tentang perasaan sebenar yang dialaminya.
Berikut ialah beberapa contoh releksi perasaan:
Contoh
Klien

Saya bimbang saya tidak akan cemerlang dalam UPSR

Kaunselor

Kamu bimbing tidak akan cemerlang dalam UPSR

20
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Satu cara mengukur refleksi perasaan adalah dengan mengunakan jadual


dibawah berikut. Ruangan satu adalah untuk lima minit pertama, ruangan kedua untuk
lima minit kedua dan seterusnya. Pengukuran Tindak Balas yang Tepat kepada
Perasaan (Cheryl J. Normington).
1

Tindak balas tidak menepati isi


Jarang menepati isi
Kadangkala menepati isi
Tidak menghirauan perasaan nyata
Tindak balas tidak menepati perasaan
Kadangkala menepati perasaan
Sentiasa menepati perasaan
Tidak dapat menyentuh perasaan dalaman
Kadangkala menyentuh perasaan
Sentiasa menepati perasaan
Arahan: Tandakan (/) dalam ruangan berkenaan
INTERPRETASI
Kaunselor membuat interpretasi kerana hendak menyemak pemahaman masalah yang
dikemukan klien. Dia akan mementingkan aspek intelek kata-kata klien. Interpretasi
membolehkan kaunselor memperoleh satu gambaran yang lebih jelas mengenai
maslah yang dihadapi klien.
Antara perkara-perkara yang diberi perhatian semasa kaunselor membuat interpretasi
adalah gunakan perkataan-perkataan mudah yang boleh difahami oleh klien, jangan
berikan terlalu banyak interpretasi pada satu-satu sesi dan toleransi dan penghormatan
klien perlu ada supaya klien tidak dipaksa menerima sesuatu interpretasi.
Contoh

21
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Klien
Kaunselor

Saya tidak dapat mengurangkan aktiviti-aktiviti permainan saya. Kerja

rumah yang diberi oleh guru terlalu banyak


Anda cuba menyatakan guru bersalah kerana memberikan terlalu
banyak kerja rumah dan situasi ini mengganggu aktiviti-aktiviti
permainan kamu.

PENDEDAHAN KENDIRI
Pendeahan kendiri merupakan satu kemahiran yakni kaunselor berkongsi maklumat
atau pengalaman diri sendiri dengan klien. Hal ini boleh dilakukan sekiranya maklumat
itu adalah releven serta boleh mendatangkan kelegaan pada klien. Disini klien dapat
merasakan bahawa bukan dia seorang sahaja dalam keadaan tersebut.
Contoh
Klien

Ini kali kedua saya gagal dalam ujian Matematik. Bodohlah saya ni.

Kaunselor

Itu bukan perkara luar biasa. Saya pun pernah gagal dalam ujian
Matematik

PEMPARAFRASAAN
Kemahiran memparafrasa ini ialah respons kaunselor setelah mendengar isi dan
memerhati tingkah laku klien. Pemahaman kaunselor ini dinyatakan dalam bentuk ayat
yang agak pendek tetapi tepat dan padat maksudnya. Parafrasa ialah respons
kaunselor setelah mendengar isi dan memerhatikan tingkah laku klien. Matlamat utama
ialah memudahkan penerokaan ke atas klien. Kaunselor bertanggungjawab untuk
meringkaskan kenyataan klien dari masa ke semasa.

Tujuannya adalah untuk

membolehkan

tentang

kaunselor

menyemak

pemahamannya

masalah

yang

disampaikan. Selain itu, parafrasa juga meningkatkan ingatan guru terhadap isi-isi
penting yang telah dinyatakan oleh murid.
Namun begitu, kaunselor perlu mahir dalam membuat parafrasa. Kaunselor perlu
memastikan bahawa maksud asal mesej klien itu tidak berubah. Parafrasa juga boleh

22
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

dilakukan oleh kaunselor untuk membantu klien yang tiba-tiba sahaja terputus atau
hilang mesej asasnya. Ini adalah kerana klien mungkin akan terkeluar dari tajuk
perbincangan sekiranya parafrasa tidak dibuat. Tujuannya adalah untuk mengingatkan
klien bahawa beliau sepatutnya menyambung semula topik perbincangan tadi.
Ishammudin Hj. Ismail (1999) menjelaskan bahawa tujuan kemahiran prafrasa adalah
seperti berikut :

Menjelas dan memberikan tumpuan kepada apa yang klien baru sebutkan.
Mengulangi semula kepada klien kata-kata yang baru disebutkan.
Menggelak kekeliruan dan ketidaksefahaman
Mendorong klien untuk meneruskan penerokaan
Memberitahu klien bahawa kaunselor mendengar apa yang diperkatakan.
Membantu klien untuk berfikir dan menumpukan perhatian terhadap
situasi,orang, objek atau idea dengan lebih jelas.

Contoh
Klien

Saya sentiasa lambat masuk ke kelas. Hal ini menyebabkan saya terus
dihalau keluar dari bilik darjah. Saya benci akan tindakan cikgu itu.
Lagipun saya tidak sengaja. Saya terpaksa menolong mak mencuci

Kaunselor

pakaian dan seterusnya menyediakan makanan untuk adik kecil saya.


Nampaknya anda marah kerana selalu dihalau keluar kelas walaupun
anda ada sebab-sebab yang munasabah.

KONFRONTASI
Kemahiran konfrontasi digunakan apabila kaunselor mendapati apa yang dinyatakan
oleh murid adalah berlainan daripada tindakannya. Contohnya, seorang murid telah

23
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

berjanji untuk datang tepat kesekolah namun pada minggu berikutnya pengawas
mencatatkan bahawa murid tersebut lambat datang ke sekolah. Keadaan seperti ini
menunjukkan bahawa konfrontasi boleh digunakan untuk menyedarkan bahawa katakatanya berbeza daripada tindakannya.
Konfrontasi juga digunakan apabila klien tidak mahu mengaku sesuatu atau tidak
ingin melihat sesuatu perkara atau masalah dari sudut yang berlainan. Berikut adalah
contoh konfrontasi yang dilakukan oleh kaunselor.
Contoh
Klien

Bilakah rombongan ke Melaka itu akan bertolak?

Kaunselor

Kamu

telah

menyatakan

beberapa

kali

kamu

tidak

meminati

rombongan tersebut, tetapi kamu tetap bertanya tentangnya.

PEMBERIAN NASIHAT
Ramai murid pada peringkat persekolahan cenderung untuk menjalankan aktiviti
mengikut pandangan mereka sendiri. Oleh itu, jika kaunselor hanya memberikan
nasihat, ada kemungkinan nasihat tersebut tidak diterima dengan mudah oleh murid.
Menurut Hadley, cadangan dan nasihat ialah teknik-teknik yang sama dengan
pujukan. Hal ini bermakna, kedua-duanya perlu digunakan dengan berwaspada. Dalam
sesi kaunseling, sebaik-baiknya kaunselor menerokai strategi penyelesaian masalah
satu per satu dengan murid berkenaan. Contohnya, kalau dia lemah dalam Matematik,
jangan terlalu cepat mencadangkan dia mengikuti kelas tuisyen. Cadangan seperti ini
tidak memerlukan latihan dalam bimbingan atau kaunseling. Sesiapa sahaja boleh
memberikan nasihat seperti itu.

24
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Kaunselor hendaklah menerokai masalah murid dengan bertanyakan apa-apa


yang

dia

boleh

buat

untuk

memperbaiki

pencapaiannya

dalam

Matematik.

Kemungkinan dia akan memberitahu bahawa dia akan meminta bantuan daripada jiran,
kakak atau abangnya. Selain itu, dia mungkin akan menambahkan lagi latihan dalam
matematik. Kesemua langkah tersebut adalah sesuai dan hendaklah diberi peneguhan
oleh kaunselor. Dia hendaklah memuji murid itu jika dia mengambil langkah langkah
positif untuk meningkatkan prestasi dalam Matematik, sebagai contoh.

KESENYAPAN
Dalam sesi kaunseling, biasanya terdapat waktu dimana berlaku kensenyapan.
Kesenyapan ini memberikan pelbagai erti. Klien mungkin berhenti bercakap kerana
tidak selesa untuk memberikan makluma dengan lebih lanjut. Mungkin juga klien
mencari idea atau perasaan untuk disampaikan. Berikan masa kepada klien dan tunggu
sehingga klien mula bercakap selepas kesenyapan itu. Disini kaunselor boleh
mengunakan tindak balas untuk mengakhiri kesenyapan tersebut. Antara tindak balas
yang boleh digunakan adalah
1. Nampaknya saudara sedang memikirkan sesuatu. Boleh berkongsi dengan
saya?

25
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

2. Mungkin saudara sudah sedia untuk berkongsi dengan saya tentang apa yang
difikirkan tadi?
3. Saya kira saudari ada sesuatu yang hendak disampaikan. Sila ceritakan.
KEMAHIRAN KETIKA INI (IMMEDIACY)
Kaunselor mungkin dapat meramalkan perasaan klien dari semasa ke semasa.
Contohnya apabila murid melihat jam tangan beberapa kali, berkemungkinan dia sudah
bosan dengan sesi kaunseling yang panjang itu. Berkemungkinan juga dia ada temu
janji yang lain. Pada masa itu, kaunselor boleh bertutur dalam suasana di sini dan
ketika ini (here and now). Contohnya, kaunselor boleh menyatakan kepada murid
bahawa dia kelihatan sudah bosan dengan sesi itu dan adalah baik jika sesi itu
ditangguhkan. Sebenarnya, kemahiran ketika ini merupakan satu pengakuan tentang
apa yang berlaku di sini dan pada ketika ini. Berikut ditunjukkan bagaimana contohcontoh kemahiran ini digunakan.
Contoh
Kaunselor

Saya berasa kamu kurang puas hati dengan saya sekarang.

Kaunselor

Nampaknya kamu tidak gemar akan tempat ini.

MEMBUAT RUMUSAN
Ishamuddin Hj. Ismail (1999) menjelaskan tujuan merumus ialah:

Menghubungjalinkan beberapa elemen daripada mesej klien


Mengenal pasti satu paten atau tema yang konsisten atau yang selalu timbul

berhubung kait dengan mesej tersebut.


Supaya klien mendengar semula kata-katanya.
Supaya tidak ada berlaku distorsi (distortion)
Sesuai digunakan apabila sesi terhenti atau terbantut
Dalam kesenyapan yang berpanjangan, rumusan boleh mempercepatkan proses

kaunseling.
Sintesis aspek-aspek emosi, tingkah laku dan pemikiran klien.

26
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Tindakan kaunselor untuk membuat rumusan merupakan proses mengulung


segala yang dibincangkan dalam sesi kaunseling. Rumusan akan mengutamakan
perkara-perkara penting yang telah dibincang bersama-sama klien. Membuat rumusan
merupakan satu cara menamatkan satu-satu sesi kaunseling. Hal ini membolehkan
kaunselor mendapatkan kefahaman yang lebih mendalam tentang seorang klien serta
membantunya meninjau kemajuan yang telah dicapai. Bahasa yang digunakan oleh
kaunselor hendaklah mudah serta jelas.
Contoh
Mari kita cuba rumuskan apa yang telah dibincangkan. Kamu berasa sunyi dan
terpencil, terutamanya dengan sekumpulan orang. Sebaliknya, kamu mengatakan
adalah sukar bagi kamu bergaul dengan orang lain. Jadi, walaupun kamu ingin bergaul,
itu menjadi satu perkara yang sukar bagi kamu.

PERANAN GURU BIMBINGAN & KAUNSELING DAN GURU BIASA DALAM


BIMBINGAN & KAUNSELING DI SEKOLAH
(usaha untuk membangunkan sahsiah dan membendung masalah disiplin murid)

Peranan Guru Bimbingan


Peranan guru bimbingan dan kaunseling ialah membantu murid-murid membuat
penyesuaian peribadi, sosial, emosi dan akademik dengan keadaan di sekolah,
peraturan-peraturan dan tatatertib. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling juga

27
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

berperanan dalam mewujudkan peluang untuk setiap murid mengembangkan daya


kebolehan dirinya mengikut kesanggupannya.
Sehubungan itu, guru bimbingan dan kaunseling berperanan untuk mengenal pasti
kesulitan-kesulitan

yang

menganggu

pencapaian

akademik

murid-murid

dan

mengadakan langkah-langkah untuk mengatasinya seperti merujukkan kepada guruguru berkenaan. Bukan itu sahaja, guru bimbingan dan kaunseling berperanan untuk
membantu

murid-murid

yang

kurang

bernasib

baik

untuk

mengembangkan

kebolehannya ke tahap yang maksimum supaya memperolehi pencapaian yang lebih


baik.
Guru bimbingan dan kaunseling berperanan dalam membentuk sifat-sifat sosial
yang psoitif seperti bertanggungjawab,bersemangat, rajin, daya cipta, berdikari dan
kepimpinan. Guru bimbingan dan kaunseling juga berperanan untuk membantu muridmurid

memahami

kebolehan,

bakat,

minat

serta

kelemahan-kelemahan

diri.

Pemahaman ini penting untuk memilih matapelajaran dan jurusan serta perancangan
kerjaya.
Peranan guru bimbingan dan kaunseling juga seharusnya menolong murid-murid
membina tabiat kerja yang baik. Ini akan membolehkan mereka menyiapkan kerja
sekolah dengan teratur serta menepati masa. Selain itu, guru bimbingan dan kaunseling
berperanan seharusnya menolong murid-murid mengembangkan secara seimbang iaitu
jasmani,emosi, rohani dan intelek. Membentuk murid-murid yang berkebolehan berfikir
secara rasional dan mengelak krisis daripada berlaku. Membentuk murid-murtid yang
stabil emosinya serta sentiasa berada dalam keadaan yang tenang dan bahagia.
Peranan

seterusnya

ialah

menolong

murid-murid

memperolehi

kemahiran-

kemahiran tertentu untuk menyelesaikan masalahnya seterusnya membantu muridmurid untuk membuat keputusan yang bijaksana dalam pelbagai situasi hidupnya. Guru
bimbingan dan kaunseling juga berperanan untuk menolong murid-murid memperolehi
kemahiran

berkomunikasi

ditingkatkan lagi.

supaya

perkembangan

aspek

sosioekonomi

dapat

28
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Seterusnya, Guru bimbingan dan kaunseling berperanan dalam menolong muridmurid menjalani program orientasi ketika bertukar dari sekolah rendah ke sekolah
menengah. Program tersebut dapat mempercepatkan proses penyesuaian dengan
situasi yang baru bagi murid berkenaan. Antara peranan penting Guru bimbingan dan
kaunseling ialah menolong murid-murid mendapatkan pengetahuan dan maklumat
kerjaya bagi memudahkan mereka membuat permohonan ke institusi-institusi pengajian
yang berkenaan.
Akhir sekali, guru bimbingan dan kaunseling berperanan untuk mengadakan kem
motivasi dari semasa ke semasa bagi murid-murid dengan tujuan meningkatkan aras
motivasi terhadap kerja serta mempunyai bekerjasama yang baik dengan ibu bapa
tentang perkembangan anak-anak mereka dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Peranan Guru Biasa

29
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Menolong murid membuat


penyesuaian.
Menolong murid dalam
pelajaran.
Beri kesedaran tentang
pentingnya pelajaran.
Menolong murid buat keputusan
rasional.
Peranan Guru
Biasa Sebagai
Guru
Pembimbing

Selesaikan masalah
pembelajaran.
Bentuk tabiat kerja pelajar.
Merujuk kepada guru bimbingan
dan kaunseling.
Kerjasama dengan guru
bimbingan dan kaunseling.
Isi kad 001 (sekolah rendah).
Kerjasama dengan ibu bapa.

Kerjaya guru pada masa kini bukanlah hanya sebagai seorang guru yang akan
mendidik anak-anak dengan ilmu tetapi juga bertindak sebagai guru pembimbing
kepada murid-murid. Seorang guru perlu menggalas suatu tugas dan cabaran yang
hebat untuk mendidik, membimbing dan menunjuk ajar dalam proses membentuk
seorang manusia untuk menjadi modal insan yang berguna untuk agama, bangsa dan
negara. Ia membentuk sikap, nilai dan akhlak murid-murid melalui pembentukan disiplin
yang baik. Dari aspek ini, peranan guru adalah penting kerana dia mempunyai
hubungan yang rapat dengan murid-muridnya.

30
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

STRATEGI KAUNSELING BERDASARKAN TEORI TEORI KAUNSELING

Teori
Psikoanalisis
Teori
Berpusatkan
Klien

Terapi
Realiti

TEORI
KAUNSELING

Teori Analisis
Transaksional

Teori Tingkah
Laku Dan
Pembelajaran
Sosial

Teori Rasioal
Emotif
(RET)

31
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

TEORI PSIKOANALISIS
Teori Psikoanalisis telah diperkenalkan oleh seorang pakar saraf dan jiwa berbangsa
Austria di Vienna iaitu Sigmund Freud (1856-1939). Beliau mengemukan teori ini hasil
daripada pengalaman bekerja dengan pesakit-pesakit jiwa di kliniknya. Corey (1977),
berpendapat psikoanalisis adalah teori pertama muncul dalam tiga mazhab psikologi
yang utama.
Terdapat beberapa matlamat Teori Psikoanalisis dalam kaunseling. Pertama, Teori
Psikoanalisis dibentuk untuk menolong orang yang menghadapi masalah kecelaruan
emosi iaitu neurosis. Kedua, Teori Psikoanalisis adalah untuk membawa motif bawah
sedar supaya menjadi motif sedar. Ini akan membolehkan individi menyatakan
pemikirannya secara realiti supaya dapat membuat plihan yang realistik. Ketiga, Teori
Psikoanalisis menstruktur kembali personaliti yang mempengaruhi keseluruhan hidup
klien, cara dia melihat dirinya dan hubungannya dengan orang lain. Keadaan ini
memerlukan proses yang agak panjang kerana sesi mungkin diadakan beberapa kali
dalam seminggu dan tempohnya kurang daripada setahun. (Suradi,1996:329).
Beberapa bentuk terapi telah diperkenalkan bagi membawa simptom bawah sedar ke
tahap sedar untuk membantu klien menghadapi realiti dan membuat pemilihan yang
realistik. Antara bentuk terapi yang digunakan adalah analisis mimpi, perkaitan bebas,
pukau, analisis rintangan dan ingat kembali.
Secara kesimpulannya, Teori Psikoanalisis Freud yang menekankan unsur-unsur
dalaman manusia mendapat kritikan kerana beliau begitu taksub menjadikan seks
(dorongan libido) sebagai bahan untuk menerangkan tingkah laku manusia. Andaian
beliau yang mengatakan manusia dilahirkan hanya semata-mata untuk memenuhi
desakan seksual dan rangsangan juga tidak tepat apatah lagi jika dibandingkan dengan
pandangan-pandangan dari sudut Islam yang lebih jauh meneroka tentang kejadian
manusia. Ini kerana ajaran Islam berpandukan al-Quran dan al-Hadis yang menjadi
segala sandaran hukumannya.

32
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Teori Berpusatkan Klien


Teori berpusatkan klien ini dipelopori oleh Carl Rogers pada tahun 1930. Teori ini
berpandangan manusia pada asasnya ialah unik, baik, positif dan boleh dipercayai.
Walaubagaimanapun, sikap manusia boleh berubah disebabkan oleh pengaruh
persekitaran. Persekitaranlah yang mempengaruhi perlakuan negative manusia. Teori
ini memberi fokos kepada kendiri di mana manusia bergerak menuju penyempurnaan
kendiri.
Dalam teori ini, kaunselor berperanan sebagai pemudahcara (fasilitator).
Kaunselor perlu memberi fokus kepada keunikan klien. Kaunselor juga berperanan
untuk merapatkan jurang diri sebenar dan idaman klien. Hal ini boleh dilaksanakan
dengan kaunselor menunjukkan ciri mesra, empati, menerima, jujur dan konkrit. Terapi
bagi teori ini bergantung kepada kualiti perhubungan antara kaunselor dan klien.
Antara terapi dalam teori ini ialah:
Refleksi perasaan
Sikap mendengar masalah klien dengan penuh minat dan simpati
Menggalakkan klien menyatakan masalahnya secara terbuka di mana
perasaan klien diterima dan dijelaskan.
Perhubungan kaunseling dipenuhi dengan kemesraan, kefahaman dan
kepermisifan.
Kaunselor meletakkan tanggungjawab kepada klien untuk tindakan,
pemikiran dan keputusan.
Bertoleransi dengan klien dimana klien diberikan kebebasan untuk
bertindak dan menjelajah perasaannya secara mendalam.

Teori Tingkah Laku dan Pembelajaran Sosial.

33
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Ramai tokoh tokoh dikaitkan dalam teori ini. Antaranya ialah Albert Bandura, J.
B. Watson, B. F. Skinner, dan Aaron Beck. Hal ini kerana teori ini juga dikatakan teori
behaviorisme iaitu kajian tentang tingkah laku. Beberapa pandangan tentang manusia
dalam teori ini. Antaranya ialah semua perlakuan sama ada baik atau buruk adalah
dipelajari atau ditiru. Andaian ini dikeluarkan oleh Albert Bandura yang mengatakan
manusia belajar melalui peniruan.
Selain itu, teori ini juga mengandaikan tingkah laku manusia boleh digalak atau
dihalang daripada berulang (prinsip pelaziman operan) yang dikaji oleh J.B Watson.
Manusia bermasalah kerana mengaitkan sesuatu peristiwa dengan sesuatu perasaan
(prinsip pelaziman klasik) seperti yang dikaji oleh B.F. Skinner. Manakala menurut
Aaron Beck pula, jika kepercayaan tidak berubah, tidak ada kemajuan. Jika
kepercayaan berubah, symptom atau tanda tanda akan berubah. Kepercayaan
berfungsi sebagai unit operasi yang kecil kecil.
Antara pendekatan yang utama dalam teori ini ialah :
Pembelajaran tiruan (Modeling) yang mengajar tingkah laku baharu dengan
menggunakan model.
Pembelajaran kognitif yang mengajar tingkah laku baharu dengan main peranan
atau kontrak antara kaunselor dengan klien yang memberitahu jenis ganjaran
yang boleh diterima hasil daripada tingkah laku baharu itu.
Desensitisasi yang sistematik, iaitu cara mengaitkan situasi yang tegang dengan
situasi yang relaks.
Pelaziman operan, iaitu tingkah laku yang diingini diberi peneguhan secara
serta-merta.

TEORI RASIONAL EMOTIF (RET)

34
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Teori kaunseling ini lebih dikenali sebagai Rational-Emotive Theraphy atau RET.
Teori ini diasaskan oleh Albert Ellis (1962) yang dikemukan melalui bukunya Reason
dan Emotion in Psychotherapy. Menurut Ellis RET merupakan satu teori personaliti,
satu sistem falsafah dan satu teknik rawatan psikologi. Teori yang bersifat pendidikan ini
lebih menekankan peranan pemikiran dan sistem-sistem kepercayaan sebagai puncapunca masalah.
Antara beberapa matlamat Teori Rasional-Emotif mengikut pandangan Ellis
adalah pertama, untuk membina minat kendiri (self-interest) apabila mempunyai
pemikiran yang sihat. Kedua, untuk menanamkan minat sosial (sosial-interest) secara
berkesan dalam kehidupan masyarakat. Ketiga, untuk membina arahan kendiri (selfdirection) dan bertanggungjawab terhadap kehidupannya dalam menyelesaikan
sesuatu masalah tanpa bergantung kepada orang lain. Keempat, untuk membina sikap
toleransi hasil daripada pemikiran yang sihat dan matang serta tidak mengamalkan
sikap menyalahkan orang lain akibat tingkah lakunya. Dan yang kelima, untuk membina
sikap fleksibiliti dan mudah menerima perubahan hasil daripada pemikiran yang sihat.
Bentuk

Terapi

Rasional-Emotif

(RET)

tidak

menekankan

kepentingan

perhubungan antara kaunselor dan klien. Ini tidak bermakna ia tidak menjamin kejayaan
5dalam proses kaunseling. Bagi menjayakan terapi ini, individu mesti berusaha
membebaskan dirinya daripada pemikiran yang rasional kepada sistem kepercayaan
yang baru iaitu pemikiran rasional.
Kesimpulannya, Terapi Rasional-Emotif menekankan pendekatan kognitif dam
kepercayaan bahawa masalah yang dihadapi berpunca daripada pemikiran yang yang
tidak rasional yang menjadikan sistem kepercayaan individu tersebut. Bagi menjadikan
seseorang individu itu berfungsi dengan lebih berkesan dan sempurna, dia mestilah
membebaskannya daripada pemikiran satau idea yang tidak rasional kepada bentuk
yang rasional.

TEORI ANALISIS TRANSAKSIONAL

35
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Teori Analisis Transaksional juga dikenali sebagai teori Analisis Saling Hubung.
Teori ini dipelopori oleh seorang ahli pakar jiwa iaitu Dr. Eric Lennard Berne (19101970) pada awal 1950 an. Teori ini terhasil daripada pemerhatian yang dilakukan
terhadap kliennya dalam sesi kelompok dari aspek tingkah laku dan cara proses terapi
berjalan (Zuraidah, 1991:1).
Antara beberapa matlamat Teori Analisis Transaksional dalam kaunseling adalah
pertama, klien dapat menikmati keupayaan untuk berinteraksi dengan orang lain lebih
sempurna. Kedua, klien memperoleh perubahan serta pembaharuan pendirian ego
dalam kendiri agar dapat menjurus perubahan perlakuannya. Ketiga, klien boleh untuk
mengubah kehidupan antara dirinya dengan orang lain dalam kehidupan yang sebenar.
Keempat, klien berkeupayaan untuk menjalinkan pendirian ego yang sealiran iaitu selari
dan sesuai dengan apa yang diidamkan sama ada bagi dirinya atau orang lain. Dan
kelima, dapatlah dirumuskan bahawa terapi ini bermatlamat ke arah menolong manusia
atau individu untuk menilai penentuan-penentuan yang telah mereka rencanakan atau
laksanakan mengikut kesesuaian semasa.
Dalam

menjalankan

proses

kaunseling,

Analisis

Transaksional

banyak

menggunakan teknik yang pinjam daripada terapi Getalt, Psikodrama dan Modifikasi
Tingkah Laku Kognitif.
Kesimpulannya, Analisis Transaksional merupakan satu teori personaliti atau
komunikasi yang praktikal dengan menggunakan pendekatan yang sistematik dan
rasional dalam memahami tingkah laku manusia. Di samping itu, ia juga mnggunakan
istilah khas dan bicara yang mudah difahami selepas diterangkan dan digunakan iaitu
ibu bapa , dewasa , kanak-kanak dan sebagainya.

Teori Realiti

36
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Teori realiti ini dipelopori oleh Dr. William Glasser. Dalam teori ini, ia
menganggap manusia perlu untuk menyayangi dan disayangi. Oleh itu, teori ini
menitikberatkan kasih sayang. Pendidikan juga dianggap sebagai proses sepanjang
hayat. Menurut Glasser, punca masalah timbul adalah kerana sikap manusia itu yang
tidak bertanggungjawab.
Realiti yang dimaksudkan di sini ialah realiti praktik dan realiti moral. Menurut
Glasser, apabila manusia bertindak dengan cara di mana dia memberikan kasih sayang
dan berasa dirinya adalah penting baginya dan orang lain, tingkah laku itu adalah betul
dan bermoral.
Peranan kaunselor dalam teori ini ialah mengadakan pengilbatan mendalam
dengan klien. Kaunselor juga perlu memastikan klien bertanggungjawab ke atas pilihan
dan akibat daripada pilihan itu. Seseorang kaunselor perlu memerhatikan tingkah laku
klien yang sekarang. Jika klien bertingkah laku berbeza daripada percakapannya,
konfrontasi perlu dilakukan. Jika klien bertingkah laku baik, berikan galakan dan pujian
kepada klien.
Teknik utama dalam teori realiti ialah, kaunselor melibatkan diri dengan
menggunakan kata kata seperti saya mementingkan anda. Tingkah laku kaunselor
hendaklah sejajar dengan kata kata tersebut. Teknik lain ialah menilai tingkah laku.
Kaunselor bertanya kepada klien tentang tingkah lakunya sesuai ataupun tidak dengan
keadaan. Jika tidak sesuai, rancang untuk mengubah tingkah lakunya. Rancangan itu
hendaklah berbentuk spesifik. Kaunselor juga boleh mengadakan kontrak dengan klien.
Jika perlu, perjanjian tersebut hendaklah dalam bentuk bertulis dan ditandatangani oleh
klien. Klien juga tidak dibenarkan memberi alasan jika gagal memenuhi syarat syarat
perjanjian. Namun klien tidak perlu didenda atau dihukum. Jika rancangan tersebut
sukar, rancang satu rancangan baharu. Oleh itu, klien perlu dilibatkan dalam membuat
peraturan peraturan.

STRATEGI KAUNSELING YANG BOLEH DILAKUKAN OLEH GURU BIMBINGAN


DAN KAUNSELING DALAM MENANGANI KES DISIPLIN MURID

37
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Strategi Role Play

Strategi Latihan
Asertif

Strategi Token
Ekonomi (Hadiah)

Strategi Role Play


Role Play adalah satu lakonan dan latihan yang boleh dilakukan oleh kaunselor
dengan mempunyai tujuan yang khusus. Role play merupakan teknik terbaik untuk
meluaskan kesedaran klien dan menunjukkan bahawa terdapat pelbagai alternative
untuk melakukan tingkah laku lain. Kaedah ini sesuai bagi menyelesaikan masalah klien
yang sukar untuk meluahkkan perasaan atau klien yang pemalu. Kaunselor boleh
memainkan peranan bagi orang lain manakala klien akan meluahkan perasaan atau
menyatakan sesuatu. Klien dan kaunselor sebenarnya berlakon seolah-olah berada di
keadaan atau di situasi yang sebenar.
Bagi menjayakan kaedah main peranan ini, ia amat bergantung kepada
kesungguhan kaunselor dan juga kesediaan klien itu sendiri. Kerjasama kaunselor
dengan klien adalah sangat diperlukan dalam menjayakan strategi ini. Sebagai contoh,
bagi seorang murid yang pemalu untuk bercakap dalam satu kumpulan perbincangan
boleh diajar dengan cara role-play, di mana murid itu diminta mengeluarkan pendapat
kepada kaunselornya.
Kaunselor membimbing murid tersebut agar dapat berkomunikasi dengan baik.
Setelah kaunselor merasakan bahawa klien dapat membuka ruang pada dirinya untuk
berkomunikasi dengan baik dan mempunyai keyakinan diri untuk bercakap di hadapan
kumpulannya barulah klien diminta untuk bercakap di hadapan kumpulan tersebut.

38
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Dengan cara ini klien dapat merasakan dirinya selamat dan sekali gus dapat
menyelesaikan masalah yang dihadapinya.

Strategi Latihan Asertif


Strategi latihan asertif juga boleh digunakan untuk membantu klien yang
menghadapi masalah tingkah laku maladatif ini. Teknik ini dapat memberi kekuatan
secara aktif untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki, strategi ini juga
dapat mengajar klien yang lemah serta tidak bermotivasi supaya dapat bertindak
dengan lebih produktif. Latihan asertif adalah satu teknik untuk mengajar klien
menambahkan keyakinan diri berhadapan dengan orang yang dianggap sebagai
ancaman pada dirinya.
Matlamat asas bagi latihan asertif ialah untuk memberi kekuatan secara aktif
untuk memulakan tingkah laku pilihan yang dikehendaki, iaitu lantas bertindak tanpa
memberi kecederaan fizikal dan emosi terhadap orang lain dan bagi mengajar klien
yang pasif, mempunyai sifat bergantung dan tidak bermotivasi, supaya mencari
alternatif, iaitu bertindak dengan mengambil jalan yang lebih produktif.
Terdapat beberapa cara yang boleh digunakan dalam kaedah asertif ini iaitu
melalui penerokaan masalah, menaarif masalah, melakonkan situasi-situasi pasif,
agresif dan asetif yang biasa dihadapi oleh klien. Bagi menjalankan latihan rolerevesal iaitu melakonkan situasi yang menjadi punca klien tidak boleh melakukan
tingkah laku asertif haruslah dilakukan sedikit demi sedikit. Apabila klien sudah ada
keyakinan dan sudah merasa selesa dan boleh membuat respon dengan cara baru ini,
baarulah klien cuba melakukannya diluar bilik kaunselor iaitu pada keadaan sebenar
atau di alam dan bukan sekadar lakonan. Sebagai contoh, bagi mengatasi masalah
murid yang gugup dan gementar apabila bercakap dikhalayak ramai dan perlu
menghadiri sesi ujian lisan secara berkumpulan. Kaunselor boleh membimbing murid
tersebut dengan melatih klien bercakap dengan memberikan topik yang dipilih di dalam
bilik kaunseling secara individu. Ini dapat mengatasi masalah yang dihadapi oleh klien.
Kaunselor juga perlu memberikan nasihat dan tips-tips bagi mengatasi masalah

39
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

tersebut. Dengan cara ini klien akan merasa selamat dan lebih bersedia untuk
mengatasi masalah gugup bagi menduduki ujian lisan tersebut.

Strategi Token Ekonomi (Hadiah)


Token Ekonomi (Hadiah) bermaksud satu prosedur yang teratur di mana token
atau hadiah diberikan sebagai peneguhan untuk tingkah laku yang baik dan
bersesuaian. Token yang diberi adalah dalam bentuk benda seperti bintang, gelang,
kad, duit syiling plastik, markah, atau apa sahaja benda yang boleh ditunaikan atau
ditebus dengan barang-barang bernilai atau kemudahan-kemudahan tertentu.
Kaedah ini didapati amat berkesan dalam membantu klien yang menghadapi
masalah perlakuan yang biasa atau perlakuan yang kompleks dan juga sesuai untuk
menghapuskan tingkah laku maladatif dan menukarkannya kepada tingkah laku yang
baik dan bersesuaian dengan kehendak persekitaran dan masyarakat. Walaupun
terdapat sedikit masalah turutamanya untuk memastikan perlakuan positif ini berterusan
dan berkekalan, ia masih boleh diteruskan dengan cara kaunselor membuat
perancangan rapi dan meminta bantuan dari orang sekeliling klien untuk membuat
pemerhatian seperti ibu bapa, guru, keluarga atau jiran klien.
Sebagai contoh, dalam persekitaran sekolah, seorang kaunselor boleh
menyediakan satu struktur token ekonomi untuk digunakan sebagai peneguhan kepada
murid yang melakukan tingkah laku yang positif, dan menyenaraikan jenis-jenis
hukuman sekiranya didapati berlakunya kegagalan mematuhi peraturan, atau gagal
menjalani sesuatu tanggungjawab. Misalnya, bagi mengatasi gejala ponteng sekolah,
kaunselor boleh mengaplikasikan sistem ini dengan memberi ganjaran token kepada
murid yang hadir sepanjang minggu. Token tersebut boleh ditukar dengan kemudahan
seperti dapat mengunakan perkhidmatan internet di sekolah bagi tempoh masa tertentu
berdasarkan kutipan token tersebut.
MEREKAYASA SEMULA PERKHIDMATAN BIMBINGAN DAN KAUNSELING

40
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Fokus Perkhidmatan Bimbingan & Kaunseling

Pembangunan dan pengembangan


sahsiah diri murid
Peningkatan disiplin diri murid
Pendidikan Kerjaya murid
Psikososial dan kesejahteraan
mental murid
Pengurusan Profil Murid
Pendidikan Pencegahan
Konsultasi keibubapaan
Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

Pembangunan dan Pengembangan Sahsiah Diri Murid


Pembangunan dan pengembangan sahsiah diri murid adalah salah satu fokus yang
perlu diutamakan dan difokuskan dalam memupuk pengembangan personaliti kendiri
(charactor) murid. Antara aspek yang dipupuk dalam diri murid ialah sikap penyayang,
budi bahasa, konsep kendiri, kepimpinan, komunikasi diri dan ketepatan masa dalam
segala hal.

Peningkatan Disiplin Diri Murid

41
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Bagi fokus ini pula, disiplin merupakan aspek penting yang perlu dilatih dalam diri
murid. Intervensi perlu dilakukan bagi mencegah mereka terlibat dengan gejala-gejala
disiplin dan anti sosial yang lain.

Pendidikan Kerjaya Murid


Pendidikan kerjaya haruslah diberikan dan didedahkan kepada murid murid kerana
kerjaya adalah merupakan salah satu matlamat hidup yang harus dicapai oleh semua
orang. Menerusi fokus ini, guru Bimbingan dan Kaunseling hendaklah melaksanakan
Program Pendidikan Kerjaya secara terancang bagi memastikan semua murid dapat
mengenal pasti potensi diri , minat , sikap dan hala tuju kerjaya. Kerjaya yang harus
dipilih ialah berdasarkan minat supaya mereka lebih berkomitmen dalam kerjaya kelak.
Antara langkah yang boleh dilakukan ialahmenyediakan Profil Kerjaya setiap murid
bermula dari sekolah rendah sehingga ke sekolah menengah dalam pelan
pembangunan dan perkembangan kerjaya mereka. Selain itu, menyediakan rekod
murid selepas tamat persekolahan sama ada terus memasuki alam kejaya atau
meneruskan penggajian ke institusi-intitusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Psikososial Dan Kesejahteraan Mental Murid


Psikososial dan kesejahteraan mental murid adalah salah satu perkara yang harus
dijaga oleh murid. Fokus ini adalah membimbing murid supaya mampu mengekalkan
dan mengurus kesejahteraan diri dan mental. Menerusi fokus ini, guru Bimbingan dan
Kaunseling hendaklah membimbing murid dalam proses sosialisasi dan interaksi,
membimbing

murid

dalam

aspek

mengembangkan pemikiran yang positif.

Pengurusan Profil Murid

pengurusan

emosi,

membantu

murid

42
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Penyediaan pengkalan profil murid adalah sangat penting untuk diwujudkan kerana
profil murid merupakan pengenalan diri murid dan segala personaliti murid akan
sentiasa dapat dipantau daripada segala pihak . Ia bertujuan untuk membuat analisis
terhadap sesuatu isu berkaitan murid seterusnya tindakan membantu dan mencegah
sesuatu isu itu boleh dilakukan secara lebih berkesan. Menerusi fokus ini, guru B & K
perlu menyediakan profil setiap murid bermasalah disiplin, menyediakan profil setiap
murid ponteng sekolah menyediakan profil kerjaya setiap murid dan menyediakan profil
murid dari segi Kesejahteraan Mental atau emosi. Profil murid hendaklah mengandungi
maklumat mengenai latar belakang murid, latar belakang ibu bapa atau penjaga,
latarbelakang masalah, kekerapan dan punca masalah, status tindakan penyelesaian.

Pelaksanaan Pendidikan Pencegahan


Fokus ini pula memberi pendidikan pencegahan serta membimbing murid agar
berupaya mengelakkan diri daripada terpengaruh dengan kegiatan-kegiatan yang
memudaratkan diri dari segi kegiatan seks bebas, bahaya HIV, dadah, rokok termasuk
bahan inhalan. Fokus ini juga adalah memberi pendidikan pencegahan serta
membimbing murid agar mengelakkan diri daripada jenayah rogol dan bunuh diri.

Konsultasi Keibubapaan
Ibubapa merupakan pihak yang memainkan peranan dalam memastikan segala
tingkahlaku dan disiplin murid dijaga. Fokus ini juga adalah untuk membimbing murid
mengetahui tanggungjawab diri dalam keluarga di mana kemahiran keibubapaan akan
diterapkan bermula dari alam persekolahan. Selain itu melaksanakan aktiviti
engagement bersama ibu bapa murid.

Pengembangan Kemahiran Pembimbing Rakan Sebaya (PRS)

43
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Fokus ini adalah meningkatkan

kemahiran menolong dan soft skills (kemahiran

generik) semua ahli PRS. Guru B & K perlu melaksanakan latihan kemahiran kepada
murid yang menjadi PRS. Selain itu guru B & K perlu melatih PRS agar berupaya
memainkan peranan membantu rakan sebaya berkonsepkan Bantu Diri Untuk Bantu
Orang Lain dengan PRS sebagai role model kepada orang lain, memberi galakan
kepada rakan agar bersikap positif dan menjadi rakan yang peka kepada perasaan
orang lain.

CADANGAN MEREKAYASA SEMULA PERKHIDMATAN BIMBINGAN


& KAUNSELING DI SEKOLAH
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) mewujudkan Ketua Kaunselor.
KPM seharusnya mengambil inisiatif untuk mewujudkan ketua kaunselor di
kalangan segala kaunselor yang terdapat di sekolah. Kaunselor ini akan ditempatkan di
setiap Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan bukannya di sekolah-sekolah rendah.
Kaunselor ini akan bertanggungjawab untuk meninjau perkembangan kaunselor yang
berada di sekolah rendah. Ketua kaunselor tersebut boleh memberika amaran kepada
kaunselor yang tidak aktif dan tidak menjalankan tugas mereka.
Ketua kaunselor juga dipertanggungjawab untuk mengagihkan tugas sekiranya
terdapat jemputan daripada sekolah yang ingin mengadakan sesi ceramah atau
motivas. Selain itu juga, kaunselor di sekolah rendah haruslah dibenarkan menjalankan
tugas di luar sekolah mereka dengan kadar 10 peratus setahun. Ini bermakna, 90
peratus masanya setahun hendaklah berada di sekolah tempat mereka bertugas.

Menjalin hubungan yang mesra dengan ibu bapa / penjaga murid

44
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Bagi memberikan kaunselor gambaran jelas berkenaan masalah yang dihadapi


murid, kaunselor seharusnya berbincang dengan ibubapa murid tersebut. Kaunselor
haruslah bijak mengatur perbincangan tersebut agar tidak menjadi salah faham antara
klien dengan ibu dan bapa klien. Hal ini kerana digeruni ibu bapa bertindak secara
melulu dan terus memarahi anaknya itu atas dasar masalah yang tidak diketahui oleh
mereka. Oleh itu guru seharusnya dapat mewujudkan suatu perbincangan yang aman
dan tenteram agar perkara yang tidak diingini tidak akan berlaku.
Selain itu, dengan mengenali ibu bapa murid, kaunselor akan dapat mengenali
dan mendekati personaliti mereka yang akan mempengaruhi personaliti peribadi anakanak mereka. Kebanyakan masalah yang dihadapi oleh murid juga bermula dari rumah
contohnya masalah rumah tangga yang dihadapi oleh kedua ibu bapa murid, kehidupan
keluarga yang susah dan ibu bapa yang selalu tidak berada di rumah sekali gus
mengabaikan anak-anak mereka. Dengan demikian, kaunselor juga boleh memberikan
ibu bapa beberapa cadangan bagi membantu memperbaiki masalah yang dihadapi oleh
anak mereka.

Bekerjasama dengan warga sekolah dan staff


Guru B & K haruslah menjalinkan hubungan yang mesra dengan semua guru
dan staff di sekolah tersebut. Ini adalah kerana sokongan daripada pihak pentadbiran
sekolah amat diperlukan oleh guru B & K untuk mengadakan sebarang aktiviti
kaunseling.
Selain itu juga, guru B & K haruslah menyediakan profil pelajar atau maklumat
tertentu kepada guru-guru supaya dapat menjadi rujukan buat mereka untuk lebih
memahami lebih terperinci terhadap sikap murid. Diharapkan dengan ini, guru biasa
boleh mengenal murid-murid yang menghadapi masalah dan memerlukan bimbingan.
Dalam sesebuah kelas, terdapat berbagai-bagai jenis murid yang masing-masing
datang daripada latar belakang yang berbeza-beza justeru personaliti setiap murid itu
adalah berlainan antara mereka. Ada yang bersifat agresif, suka membuat bising, suka
membuat masalah, pemalu, pendiam dan ada juga yang terlalu rajin. Oleh itu, guru

45
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

boleh merancang aktiviti yang sesuai dan menarik supaya dapat melibatkan semua
murid tidak kira personaliti.

Mewujudkan sebuah bilik kaunseling yang kondusif


Setiap sekolah hendaklah menyediakan satu bilik kaunseling khas untuk guru B
& K. Bilik ini adalah bertujuan untuk murid-murid datang berjumpa dengan kaunselor
dan yang ingin meminta bantuan. Selain itu juga, bilik kaunseling juga digunakan untuk
kaunseling kelompok. Oleh yang demikian, bilik kaunseling haruslah berada dalam
keadaan yang kondusif agar segala aktiviti mahupun perjumpaan yang dijalankan
berada dalam keadaan yang selesa.
Antara aspek-aspek yang perlu dilihat untuk menjadikan sebuah bilik yang
kondusif ialah pertama bilik kaunseling mestilah mempunyai udara yang cukup. Kipas
ataupun penghawa dingin boleh dipasang di dalam bilik agar dapat memberikan
suasana yang dingin. Selain itu, guru B & K mestilah kreatif dalam menceriakan ruang
dan sudut bilik kaunseling. Bilik kaunseling seharusnya mempunya pelbagai kata-kata
semangat dan gambar-gambar yang menarik dan dapat memotivasikan para murid.
Di samping itu, bilik kaunseling juga mestilah mempunyai pelbagai alat
permainan yang menarik supaya murid-murid bukan sahaja boleh datang untuk
berjumpa malah boleh datang untuk bermain alat permainan tersebut untuk
menghilangkan tekanan. Contoh alat permainan yang menarik ialah, permainan catur,
Sahiba, Domino dan banyak lagi.

46
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

47
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Contoh gambar bilik kaunseling yang kondusif


Ceramah motivasi kepada murid-murid
Guru B & K haruslah aktif dalam sekolah. Pelbagai aktiviti haruslah dirancang
dan dijalankan bagi memeriahkan keadaan sekolah. Antara aktiviti yang paling baik
adalah ceramah motivasi. Ceramah motivasi adalah satu aktiviti yang boleh
memberikan semangat kepada murid-murid untuk memulakan pelajaran.
Sekiranya ceramah motivasi ini tidak diadakan di dalam sekolah, maka muridmurid tidak akan bersemangat untuk pergi ke sekolah. Mereka akan berpendapat
bahawa sekolah hanya membosankan dan akan berlaku kes seperti ponteng sekolah,
kurang keyakinan diri, amalan merokok, dan banyak lagi. Oleh sebab itu, perkara

48
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

seperti ini haruslah dicegah dengan mengadakan aktiviti seperti ceramah motivasi agar
dapat memberikan semangat kepada murid-murid.

Pembimbing rakan sebaya (PRS)


Guru B & K juga boleh melantik beberapa murid untuk menjadi ahli pembimbing
rakan sebaya (PRS). Dengan lantikan ini, murid yang menjadi ahli PRS boleh menolong
rakan-rakan yang memerlukan bantuan. Oleh itu, guru B & K haruslah memberikan
latihan kemahiran yang cukup agar ahli KRS mampu melakukan tugas mereka dan
bukan hanya memegang jawatan atas nama sahaja.
Selain itu juga, ahli PRS boleh menjadi role model kepada kawan-kawan yang
lain dan sentiasa memberikan galakan agar bersikap positif. Di samping itu juga, ahli
PRS boleh menjadi kawan yang peka terhadap perasaan orang lain. Dengan kemahiran
yang dipelajari, ahli PRS boleh membantu diri sendiri untuk berfikir secara positif. Bak
kata pepatah: Bantu diri untuk bantu orang lain.

Program Penyebaran

Program
Penyebaran

Perhimpuna
n Sekolah

Papan
Kenyataan

Pengumum
an
Mesyuarat
PIBG

Poster

49
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling perlu disebarkan secara meluas agar


mendapat sambutan yang baik. Kaunselor- kaunselor di sekolah berfungsi secara
sepenuh masa. Oleh itu, perkhidmatan mereka hendaklah digunakan sepenhnya. Bagi
mencapai tujuan ini, perkihdmatan bimbingan dan kaunseling perlu disebarkan secara
meluas semasa perhimpunan sekolah, oleh guru guru, melalui notis-notis pada papan
kenyataan, pengumuman di mesyuarat Persatuan Ibu Bapa Guru ( PIBG ) dan melalui
poster-poster. Poster- poster ini boleh ditampal di kantin, perpustakaan, di luar dewan,
koridor sekolah, sudut bimbingan dan kaunseling dan tempat para pelajar menunggu
kenderaan ibu bapa.
Dengan segala jenis penyebaran ini, murid-murid akan tertarik untuk
mengadakan temu janji dengan kaunselor. Sekiranya program penyebaran berjalan
dengan berkesan, kerberkesanan khidmat bimbingan dan kaunseling dapat dijamin.
Seterusnya, tenaga dan masa seseorang kaunselor akan dapat digunakan secara
optimum. Selain itu juga, kerelaan murid untuk berjumpa akan dapat dipermudahkan.
Murid-murid tidak lagi teragak-agak hendak berjumpa seorang kaunselor. Publisiti
tentang khidmat bimbingan dan kaunseling akan dapat mewujudkan suasana bahawa
perjumpaan dengan kaunselor merupakan satu amalan yang biasa. Secara jangka
panjang, perkembangan murid secara menyeluruh serta harmonis akan dapat dijamin.

RUMUSAN
Kesimpulannya, Bimbingan dan Kaunseling adalah salah satu pihak yang sangat
penting untuk diwujudkan dalam satu organisasi di sekolah. Tujuan organisasi atau
pihak Bimbingan dan Kaunseling ini adalah untuk membantu murid dari segi akhlak,
sahsiah diri, disiplin dan nilai dalam diri murid. Selain itu, modal insan adalah salah satu
tujuan atau matlamat yang harus dicapai oleh pihak Bimbingan dan Kaunseling selaras
dengan Falsafah Pendidikan Negara seterusnya merealisasikan Wawasan 2020.
Murid merupakan aset penting negara dalam meneruskan pembangunan negara
serta mengekalkan perpaduan dan kesejahteraan serta keharmonian negara. Segala
gejala sosial yang

ada dalam negara akan dapat dibendung dan dikawal melalui

50
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

kerjasama semua pihak termasuklah dasar dasar kerajaan, ibubapa, sekolah dan
juga daripada bimbingan dan kaunseling. Sehubungan itu, Bimbingan dan Kaunseling
ini dapat menentukan hala tuju murid dalam minat kerjaya dan segala bakat, minat dan
potensi dalam sesuatu bidang akan tidak dipersia siakan dengan adanya bimbingan
daripada Bimbingan dan Kaunseling.
Oleh itu, Bimbingan dan Kaunseling memainkan peranan yang sangat besar
dalam membentuk dan melahirkan modal insan yang berkomitmen, bersungguh
sungguh, bertanggungjawab dan bernilai murni yang tinggi seterusnya berguna kepada
agama, bangsa, masyarakat dan negara.

REFLEKSI
Syukur terima kasih dipanjatkan kepada tuhan kerana tugasan projek bagi
kursus Bimbingan dan Kaunseling Kanak-Kanak (EDU3073) berjaya disiapkan dengan
jayanya.
Sebelum mendapat tugasan ini, saya telah mengikuti kuliah untuk kursus ini dan
saya telah diberikan pendedahan tentang kursus ini. Pengetahuan yang diperolehi
melalui kuliah ini banyak membantu saya dalam melaksanakan tugasan ini kerana
pendedahan yang diberikan cukup untuk saya menggambarkan tugasan yang harus
dilaksanakan khususnya peranan guru bimbingan dan kaunseling dalam sekolah.
Selain itu, saya juga mempunyai pengalaman sebelum ini sebagai murid yang tidak lari

51
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

daripada melakukan masalah disekolah. Peranan bimbingan dan kaunseling yang


dijalankan semasa saya disekolah dapat membantu dalam melaksanakan tugasan ini.
Sehubungan itu, saya juga memahami peranan bimbingan dan kaunseling dalam
memastikan langkah atau proses menyambung pendidikan yang diminati oleh murid
kerana saya juga melalui semua ini semasa saya di sekolah menengah.
Sepanjang melaksanakan tugasan ini, saya dapati banyak perkara baru yang
saya pelajari antaranya ialah cadangan cadangan yang amat diperlukan oleh pihak
bimbingan dan kaunseling dalam meningkatkan perkhidmatan dalam membantu murid
murid. Banyak cabaran yang saya lalui dalam melaksanakan tugasan ini antaranya
ialah semasa memahami kehendak soalan dimana perkataan merekayasa merupakan
perkataan baru bagi saya. Oleh sebab itu, saya mengambil masa untuk cuba
memahami apakah maksud perkataan ini dimana perkataan ini merupakan kata kunci
dalam tugasan ini. Selain itu, sepanjang melaksanakan tugasan ini saya banyak
berbincang dengan rakan rakan kerana tugasan ini memerlukan perbincangan
supaya dapat meringankan lagi kesukaran melaksanakan tugasan ini.
Saya juga dapat melakukan sedikit kajian di sekolah tentang bimbingan dan
kaunseling kerana segala analisis ini amat diperlukan untuk dimuatkan dalam isi
tugasan ini. Sehubungan itu, semasa melaksanakan tugasan ini saya mendapati
banyak percanggahan ataupun kelainan pendapat antara rakan rakan dengan saya
mengenai tugasan ini. Walaubagaimanapun, segala percanggahan dan perbezaan
pendapat ini membantu saya untuk menjalankan kajian dan membuat perbezaan
seterusnya dapat memperolehi banyak isi untuk tugasan ini.
Selepas tugasan ini dilaksanakan, banyak yang saya pelajari antaranya ialah
kepentingan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling di mana pelbagai program
program yang boleh dilaksanakan dalam sekolah yang membantu murid murid
membentuk akhlak mereka serta mengetahui hala tuju kerjaya mereka berdasarkan
minat, bakat dan potensi yang dimiliki. Selain itu, saya juga mempelajari bahawa
bimbingan dan kaunseling dapat membantu murid mengenal keperibadian diri dan
mengenal kekuatan serta kelemahan masing masing di mana murid murid akan

52
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

dapat merancang dan mengurus diri bagi memastikan kejayaan dalam hidup serta
mencapai matlamat diri mereka.
Selain itu, peningkatan profesionalisme keguruan dapat dipertingkatkan selepas
melaksanakan tugasan ini. Dapatan saya tentang peningkatan profesionalisme ialah
peningkatan dapat

dilakukan dalam tiga kaedah, yakni peningkatan Kendiri,

penyertaan Kursus peningkatan Profesionalisme keguruan dan kerjasama profesional.


Sebagai guru yang berprofesionalisme, kita sentiasa harus mengetahui kemahirankemahiran asas seperti kaunseling dan bimbingan. Ini adalah kerana melalui kaunseling
ialah bantuan yang diberi kepada murid-murid biasa yang sedang dalam perkembangan
dan pertumbuhan mental, sosial, intelek , fizikal, emosi, kejiwaan dan kerohanian.
Sehubungan itu, sebagai guru pelatih saya haruslah mempelajari semua ini
kerana saya akan memanfaatkan segala ilmu ini apabila saya menjadi guru sebenar
kelak. Walaupun bukan sebagai guru khas bimbingan dan kaunseling. Kemahiran
kemahiran asas bimbingan dan kaunseling ini akan dapat dipraktikkan dalam kelas
seterusnya membantu dalam membentuk dan melahirkan modal insan. Akhir sekali,
saya berharap supaya segala ilmu yang diperolehi melalui tugasan ini dapat
dimanfaatkan demi kebaikan murid murid dan juga profesionalisme dalam kerjaya
guru yang saya ceburi ini serta meningkatkan perkhidmatan saya menjadi lebih
cemerlang.
BIBLIOGRAFI
Asmah Bee Mohd. Noor. 1979. Tingkah laku dan masalah seks di kalangan kaum
remaja. Widya, 23 Julai Ee Ah Meng ( 2003 ). Bimbingan dan Kunseling. Penerbit Fajar
Bakti Sdn Bhd.
Jantan dan Mahani Razali ( 2002 ). Psikologi Pendidikan. Pendekatan Kontempoarri,
McGraw Hill, Malaysia.
Shertzer, B. dan Sone, S.C., ( 1980 ). Fundamentals Of Counseling. Boston: Hughton
Mifflin Company.
Tang Chee Yee. ( 1996 ). Bimbingan dan Kaunseling. Kumpulan Budiman Sdn .

53
EDU 3073
BIMBINGAN DAN KAUNSELING KANAK - KANAK

Zulkifli Yusuf, ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa


dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia
Kementerian Pendidikan Malaysia. 1996. Sukatan Pelajaran Sekolah Menengah:
Bimbingan dan Kaunseling.
Zulkifli Yusuf, ( 1990 ). Panduan Khidmat Bimbingan.Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka Kementerian Pendidikan Malaysia.
.
INTERNET
http://onitsukahana.blogspot.sg/2013/02/kemahiran-asas-kaunseling.html
http://mazitakaunselor.blogspot.sg/p/teori-teori-kaunseling.html
http://psikologidplimu2012.blogspot.sg/2012/08/kemahiran-asas-bimbingan-dankaunseling.html

Anda mungkin juga menyukai