Anda di halaman 1dari 29

Teori-teori Kaunseling :

Teori Pemusatan Insan

Latar Belakang
Dilahirkan Januari 8 di Oak Park, lllinois, 1902 dan meninggal 1987.
Berasal dari keluarga yang kuat berdisiplin, penuh keagamaan dan bermoral tinggi.

Latar Pendidikan
Universiti of Winconsin dalam bidang pertanian
Union Theological seminary di New York dalam bidang keagamaan
Teachers College, Columbia Universiti dan mendapat Ph.D 1928.

Pengalaman bekerja
Pakar Psikologi bertaraf Pengarah di Child Study, Department of the Society for the Prevention of Cruelty to Children, di Rochester, New York. Profesor Psikologi Klinikal di Ohio State Universiti (1940 1943) Profesor Psikologi dan Pengarah Kaunseling di Universiti of Chicago (1945 1957)

Profesor Psikologi dan Psikiatri di Universiti of Wisconsin (1957 1963) Pengarah di Western Behavioral Sciences institute (1963 1968) ; Pengarah di Centre for the Studies of the Person (1968 1987).

Pengenalan
Setiap individu mempunyai sumber bakat untuk mengurus diri secara berkesan dalam kehidupan serta berupaya menangani masalah yang berlaku. Sumber bakat individu ini kadangkala dikaburi, dilupai atau dinafikan,tetapi ia selalu wujud bersama dengan potensi untuk perkembangan dan pertumbuhan. Jika ada syarat dan peluang yang kondusif individu itu akan dapat menuju ke arah diri serta mencapai autonomi.

Andaian Teritikal Dalam Pendekatan Berpusatan Klien


Andaian Teoritikal Dalam Pendekatan Berpusatan Klien

Aktualisasi Tendensi

Konsep Kendiri

Aktualisasi Tendensi
Aktualisasi Tendensi (Actualising Tendency) ialah motivasi dalaman yang sering beroperatif dalam setiap individu ke arah merealisasikan potensi secara sepenuhnya dan melepaskan dirinya daripada kawalan daya luaran. Halangan-halangan aktualisasi tendensi akan membawa masalah psikologikal dan tujuan kaunseling ialah membantu klien mengatasi atau memusnahkan halangan-halangan itu.

Konsep Kendiri
Konsep kendiri boleh diertikan sebagai penilaian, pandangan, tanggapan, kepercayaan, termasuk kekuatan dan kelemahan terhadap diri sendiri. Ia dibentuk daripada hasil interaksi dengan keluarga, guru, sekolah, rakan sebaya dan warga masyarakat, serta pengalaman dan penyesuaian diri dengan persekitarannya.

Konsep kendiri ini sememangnya mempengaruhi segala tingkah laku seseorang individu.

Cara interaksi seseorang individu dalam persekitaran biasanya mencerminkan konsep kendirinya.

Jenis-Jenis Konsep Kendiri


Jenis-jenis Konsep Kendiri

Konsep Kendiri Positif

Konsep Kendiri Negatif

Konsep Kendiri Positif


Mempunyai personaliti yang harmonis dan seimbang. Bersifat tenang dan penuh keyakinan semasa menghadapi cabaran. Bersikap bertimbang rasa dan berpandangan terbuka. Sedia menerima teguran, kritikan dan pendapat daripada orang lain.

Konsep Kendiri Negatif


Kurang berkeyakinan terhadap diri dan tidak berani mencuba sesuatu yang baru. Mempunyai perasaan curiga, prasangka dan tidak percaya orang lain termasuk diri sendiri. Sering menunjukkan wajah muram dan masam muka. Terlalu sensitif terhadap ajaran, teguran dan kritikan daripada orang.

Faktor-faktor yang Mempengaruhi Pembentukan Konsep Kendiri


Pengaruh baka ke atas ciri-ciri fizikal serta kecerdasan. Bentuk tubuh badan mempengaruhi sahsiah. Keadaan fizikal mempengaruhi perubahan tingkah laku. Emosi mempengaruhi perasaan.

Pengaruh keluarga membentuk sikap kepercayaan.

Kebudayaan mempengaruhi persepsi diri dan persepsi orang lain terhadapnya. Pengaruh sekolah yang mengubah tingkah laku sesuai dengan aspirasi kumpulan sebaya atau gurunya.
Status sosial keluarga mempengaruhi pembentukan sahsiah seseorang.

Syarat Asas Kejayaan Kaunseling Berpusatkan Insan


Bergantung kepada kualiti dan sikap seseorang kaunselor yang boleh membawa perubahan tingkah laku klien.

Syarat Asas
Penghargaan Tanpa Syarat Keikhlasan dan Kongruen

Empati

Empati
Kebolehan kaunselor memahami kliennya dalam peringkat yang mendalam. Ini merangkumi kemahiran mendengar dalam setiap sesi kaunseling, termasuk imaginasi dan kefahaman kendiri klien yang sebenar.

Penghargaan Tanpa Syarat


Menerima dan menghormati klien dengan memberinya penghargaan tanpa syarat, Implikasi penerimaan ialah kaunselor menggunakan pendekatan tidak menilai yang juga bermakna sikap penyayang tanpa syarat. Apabila sikap mesra dan penerimaan wujud dalam kaunseling, klien akan sedia menerima bimbingan dan berasa lebih berkeyakinan untuk menangani masalah yang dihadapinya

Kongruen atau Keikhlasan


Kaunselor mempunyai kualiti keikhlasan , kejujuran dan kebolehpercayaan dalam hubungan kaunseling. Untuk mnenjadi kongruen bersama dengan kliennya, kaunselor perlu menonjolkan diri yang sebenar tanpa berpura-pura. Kualiti kejujuran dan keikhlasan akan menjadi model yang mendorong kliennya meluahkan perasaan secara terbuka Ini pula membolehkan klien memahami dirinya secara lebih mendalam.

Kajian Kes
Klien : Raju, murid yang berumur 12 tahun.
Kes Raju ini menggambarkan seorang murid tahun 6 yang sedang mengalami tekanan diri dan konflik dengan kawan-kawan. Klien ini dirujuk oleh guru kelas.

(Kaunselor sekolah mempersilakan klien duduk di dalam pejabatnya.)


Ko: Sila duduk Raju. Kl: (Raju duduk di kerusi dengan berpandang ke luar bilik, dan badannya bersandar longlai di atas kerusi). Ko: Saya diminta oleh guru kelas untuk berjumpa dengan Raju. Agaknya apa yang saya boleh tolong Raju?

Kl: (Tidak menjawab, masih melihat ke luar bilik dan mengeluh)


Ko: Mungkin Raju boleh ceritakan kepada saya apa yang menyebabkan Raju mengeluh.

Kl: Tak ada apa-apa, Cikgu. (walaupun Puan Zainab merupakan kaunselor sepenuh masa dan berdaftar, murid-murid masih memanggil beliau Cikgu)

Ko: Saya dapat rasakan yang Raju mempunyai sesuatu nak disampaikan kepada saya. Kalau boleh, saya ingatkan balik bahawa percakapan kita berdua ini merupakan rahsia antara kita berdua sahaja. Jadi Raju bolehlah cerita apakah perkara yang mengganggu awak pada masa ini.
Kl: (Mata mula memandang kepada kaunselor dan dengan perlahan mula bercerita). Dia orang selalu usik saya Cikgu. Saya geram dengan dia orang Cikgu. Kalau boleh saya nak tempeling mereka. Ko: Saya faham yang Raju begitu marah kepada mereka. Kalau boleh, bolehkah Raju ceritakan apa yang dilakukan mereka sehinggakan awak begitu marah.

Kl: Dia orang panggil saya macam-macam, bulat, gemuk, fatso. Saya tak ada kacau mereka, saya duduk diam-diam di belakang kelas dan buat kerja saya. Saya mahu mereka jangan ganggu saya, saya tak mahu berkawan dengan mereka semua (sambail teresak-esak menangis).

Ko: Murid-murid kelas Raju selalu mengganggu Raju. Kl: Saya tak nak berkawan dengan mereka, biar saya seorang, mereka tak perlu tegur saya. Ko: Apa yang saya faham ni ialah Raju tidak mahu berkawan dengan murid-murid di dalam kelas. Adakah ini bermakna Raju tidak mempunyai kawan baik di dalam kelas? Kl: (teresak-esak lagi sekali) Mereka tak mahu berkawan dengan saya. Dari dulu lagi saya tak ada kawan baik, tak boleh berbual-bual macam dia orang. Semua perkara saya simpan dalam hati. Tak ada yang nak mendengar cerita saya.

Ko: Raju rasa keseorangan, tidak ada kawan-kawan yang boleh berkongsi cerita. Kl: Memang Cikgu,dalam kelas tu saya tak ada seorang pun kawan; semuanya asyik nak mengenakan saya. Kalau saya cuba nak bercakap, mereka akan melaung-laung supaya saya diam. Apa yang tak kena dengan saya, saya pun tak tahu. Walaupun saiz badan saya besar, saya pun ada perasaan juga. Ko: Perasaan yang macam mana yang Raju mahu berkongsi dengan kawan-kawan.

(Kaunseling ini bersambung dengan memberi tumpuan kepada perasaan-perasaan yang sedang dialami Raju dan bagaimana perasaan ini boleh dikongsi bersama dengan kawan-kawan)

Kaunselor menerima klien sepenuhnya dan memberi ingatan tentang perhubungan kerahsiaan yang dijalini. Kaunselor cuba memahami dunia klien, walaupun dia seorang murid sekolah. Perasaan-perasaan klien perlu dihayati dan dikomunikasikan kembali kepada klien supaya beliau menyedari bahawa ada orang yang sedang mendengarnya dan memahaminya sekarang ini, walaupun murid kelasnya tidak mendengar beliau.

Suasana yang selamat dan teraputik ini akan menggalakan klien bercerita dengan lebih mendalam dan juga menerokai punca-punca yang meyebabkan beliau tidak ada ramai kawan dan seterusnya mencari langkahlangkah yang sesuai untuk mebina perhubungan baru dengan kawan-kawan sedarjah.

Rumusan
Carl Rogers berpendapat pengalaman peribadi setiap individu adalah unik dan tersendiri, serta berbeza dengan individu lain.

Pengalaman peribadi juga banyak dipengaruhi oleh alam persekitarannya. Teori yang disarankan oleh Carl Rogers mengandungi beberapa ciri yang berkaitan dengan konsep kendiri.

Ciri-ciri ini telah dirumuskan seperti berikut:


Pengalaman setiap individu adalah fenomenalogikal, iaitu pengalamannya hanya dialami dan difahami oleh individu sendiri sahaja. Setiap individu mempunyai kecenderungan dan hasrat sendiri untuk mencapai kesempurnaan kendiri. Setiap individu membentuk konsep kendiri yang unik melalui sistem nilai dan kepercayaan diri yang berbeza dengan individu yang lain.

Tingkah laku yang ditonjolkan oleh individu adalah selaras dengan konsep kendiri dan kepercayaannya. Kefahaman tingkah laku individu hanya dapat diperolehi melalui proses komunikasi.

Anda mungkin juga menyukai