Anda di halaman 1dari 4

PENGENALAN

Menurut Good (1945), kaunseling merupakan bantuan dalam menyelesaikan masalah


peribadi seseorang yang dilakukan oleh pembantu yang benar-benar berpengetahuan dan
berkebolehan sehinggalah seseorang itu boleh membuat keputusannya sendiri dengan baik.
Manusia menurut al-Quran adalah makhluk yang dikurniakan akal, roh dan jasad. Tugas
kaunseling menurut islam adalah mengembalikan jiwa setiap manusia kepada fitrah asal
kejadiannya yang suci, bersih dari sebarang kekotoran hissi (fizikal) dan maknawi (sifat-sifat
keji seperti takabbur, hasad dengki) kepada jiwa kehambaan sebagai makhluk Allah SWT
serta memperbetulkan sudut tingkah lakunya yang sudah jauh tersasar. Menurut perspektif
Barat pula, ianya bermula dengan Plato hinggalah pada masa kini, beberapa pendapat tentang
jiwa dan tingkah laku manusia telah dikemukakan oleh pakar-pakar psikologi bagi
mempengaruhi bidang-bidang tersebut. Terdapat tiga kategori ‘kuasa’ utama penggerak
bidang kaunseling dan psikologi yang telah dikenal pasti oleh pakar-pakar psikologi Barat
iaitu Teori Psikodinamik yang melihat manusia sebagai satu organisma yang dipengaruhi
oleh kuasa-kuasa dalaman sahaja. Behaviurisme yang melihat manusia hanya dipengaruhi
oleh keadaan alam sekitar dan Humanisme dan Eksistensialisme yang melihat manusia
sebagai manusia, sebagai subjek yang memberi makna kepada hidupnya sendiri.
SIFAT-SIFAT MANUSIA DALAM TEORI KEWUJUDAN

Teori kewujudan ini diasaskan oleh Rollo May pada 21 April 1909 di Ada,Ohio. May
merupakan anak kedua daripada enam orang adik beradik. May tidak mempunyai hubungan
yang mesra dengan kedua ibu bapanya.May tidak menyukai ibunya yang dianggapnya
sebagai seorang ibu yang mempunyai sikap tidak menentu. May berpendaoat bahawa
kewujudan manusia perlu seimbang dengan minat sosial iaitu kecenderungan manusia untuk
menyumbang kepada masyarakat di tempat tinggal mereka. [ CITATION Pit09 \l 17417 ]

May menyatakan bahawa konsep asas teori ini adalah konflik dalam diri manusia
berlaku kerana manusia berkonfrontasi dengan kewujudan iaitu kematian, kebebasan,
tanggungjawab dan tiada pengertian dalam hidup. Falsafah teori ini ialah menekan kebebasan
individu untuk membuat pilihan.Manusia juga bertanggungjawab terhadap pilihan yang
dipilih. [ CITATION Mel14 \l 17417 ]

Pandangan teori ini tentang sifat-sifat manusia adalah kebolehan untuk mengenali diri
sendiri.Menurut Corey (2009),Manusia berpeluang untuk berhubung dengan orang lain,
manusia tiada had masa, tidak melakukan apa-apa adalah satu keputusan, memilih jenis
tindakan dan menentukan hala tuju.Manusia juga mampu belajar daripada peristiwa yang
berlaku serta mengakui manusia terdedah kepada ‘loneliness’.[ CITATION Mel14 \l 17417 ]

Seterusnya, kebebasan dan tanggungjawab. Mnusia memounyai kesedaran dalam


kehidupan mereka, bebas untuk membuat pilihan, tindakan dan perubahan yang ingin
dilakukan. Manusia jugak bebas mengarang kehidupan mereka sendiri. Sikap tanggungjawab
merupakan syarat kepada perubahan. [ CITATION Mel14 \l 17417 ]

Selain itu, berjuang untuk mencapai identity dan hubungan dengan orang lain. Manusia
mampu mencapai kesempurnaan diri dalam proses membentuk identity diri dan mereka juga
perlu mengelakkan daripada pengasingan. [ CITATION Mel14 \l 17417 ]

Mencari pengertian hidup (Frankl,1978) terbahagi kepada empat iaitu Umwelt, Mitwell,
Eigenwell dan Uberwelt. Umwelt adalah alam sekeliling yang meliputi dunia
semulajadi,hokum alam dan persekitaran. Mitwelt, dimesi sosial isitu bagaimana manusia
berhubung dengan dunia sekeliling. Eigenwelt, dimensi psikologi. Individu berhung dengan
orang lain dan dengan cara ini individu membentuk dunia peribadinya sendiri. Uberwelt,
dimesi spiritual isitu membolehkan individu berhubung dengan sesuatu yang tidak diketahui
dan demikian membentuk hubungan dengan dunia yang tidak dapat dilihat. [ CITATION
Mel14 \l 17417 ]

Kesedaran tentang kematian dan ketidakwujudan adalah dengan memberi motivasi


mengenai perkara tersebut supaya dapat menjadikan manusia yang lebih kreatif. [ CITATION
Mel14 \l 17417 ]

Akhir sekali ialah, keaslian isitu, manusia dapat menggunakan potensi diri yang ada
pada dirinya dan tidak bergantung kepada penerimaan orang lain. [ CITATION Mel14 \l 17417 ]
KESIMPULAN

Terdapat dua perspektif yang besar terhadap bidang kaunseling ini iaitu daripada
perspektif Islam mahupun Barat. Kedua-dua perspektif ini walaupun berbeza namun ada
aspek yang saling berkait dan ini membuktikan bahawa setiap satu perspektif itu berbeza
daripada pemahaman dan cara kita melihat seseorang individu. Hal ini amat penting kerana
setiap satu aspek dapat meluaskan lagi pandangan tentang manusia, menawarkan cara-cara
tersendiri untuk mengubati patologi-patologi mental dan memahami personaliti, sifat serta
tabiat bagi menjamin kebaikan dan keharmonian hidup manusia. Para psikologi Islam hadir
bagi melengkapkan segala apa yang tidak ada di dalam pandangan para psikologis Barat.
Sepetimana yang kita ketahui, Islam itu sempurna (syumul) dan menyempurnakan. Oleh itu,
pandangan para psikologis Islam seharusnya menjadi garis panduan dalam mengaplikasikan
bidang psikologi dalam kehidupan masa kini yang memungkinkan kita berhadapan dengan
pelbagai cabaran dan ujian besar arus modenisasi

RUJUKAN:

1.Pitchford, D.B (2009). The Existentialism of Rollo May: An influence on Trauma


Treatment. Journal of Humanistic Psychology,49(4)

2. Melati, Ida Hartina, Norfaezah dan Azmawaty (2014). Teori Kaunseling dan
Psikoterapi.Jurnal Psikologi

Anda mungkin juga menyukai