Anda di halaman 1dari 28

IDENTITI BUDAYA KENDIRI KAUNSELOR

1.0 NILAI DAN KEPERCAYAAN AGAMA

1.1 Nilai

Nilai merupakan standard dan prinsip kita dalam mempertimbangkan harga sasuatu benda.
Nilai juga merupakan kriteria bagi kita mempertimbangkan sesuatu benda, situasi dan manusia.
Dengan ini, nilai jelas dilihat sebagai suatu kualiti, motif atau piawai norma yang ada dalam
pertalian antara benda, fikiran dan pemilikan. Secara amnya, nilai bertindak sebagai ukuran
yang membantu individu mengenal pasti kedudukannya dalam sesuatu isu sosial atau moral.
Nilai juga berfungsi sebagai dasar untuk menentukan apakah yang harus dicabar, dihujah,
diubah atau dipertahankan. Ia merupakan panduan untuk menyelesaikan konflik serta membuat
keputusan dan menghadkan perlakuan seseorang.

Secara umunnya, terdapat 6 jenis nilai utama yang sering digunakan oleh individu
dalam pelbagai konteks, antaranya ialah nilai instrumental (juga dikenali sebagai nilai
ekstrinsik), nilai intrinsik, nilai subjektif, nilai objektif, nilai relatif dan nilai mutlak (absolute).
Sebenarnya, nilai mempunyai beberapa fungsinya. Yang berikut adalah antara fungsi-
fungsi terpenting bagi nilai ( Eow B.H., 2001).Nilai berperanan sebagai satu kriteria atau
piawai (standard) yang konsisten agar individu atau masyarakat bertindak dengan baik, betul
dan boleh diterima. Fungsi ini membolehkan individu dan masyarakat menjadi agen moral dan
pengkritik moral, iaitu mengetahui apa yang boleh dilakukan dan menilai kemoralan diri
sendiri dan orang lain.

Selain itu, fungsi nilai juga sebagai satu tunjuk arah, rujukan dan panduan untuk
menyelesaikan konflik moral. Ini bermaksud, walaupun dalam keadaan beberapa nilai mungkin
berkonflik, keutamaan nilai seseorang itu akan membantunya menyelesaikan konflik yang
dialami. Nilai bukan hanya sebagai perangsang, malahan membataskan perlakuan seseorang.
Ini bermakna seseorang itu akan bertindak mengikut nilainya sendiri dan tidak akan melakukan
sesuatu yang dirasakan berlawanan dengan nilai yang dihayati.

Di samping itu, nilai juga berfungsi sebagai batasan (restriction) terhadap perbuatan
dan kelakuan individu atau masyarakat mengikut kehendak nilai yang dipengangi. Apabila kita
dapat memahami dan menghayati nilai, maka kita akan melakukan perbuatan mengikut
kehendak dan kepentingan nilai terhadap diri sendiri dan orang lain.
Dalam asas nilai etika, terdapat pelbagai cara dan konteks dalam menggunakan sesuatu nilai.
Jadual berikut adalah tiga konteks utama yang boleh membantu seseorang itu memahami
sesuatu nilai:

Jenis-jenis nilai

Peranan

· Nilai Instrumental (Ekstrinsik)

· Nilai Intrinsik

Nilai yang digunakan untuk menunjukan hubungan antara nilai.

· Nilai Subjektif

· Nilai Objektif

Nilai yang digunakan untuk menunjuk pandangan seseorang terhadap nilai.

· Nilai Relatif

· Nilai Mutlak (Absolute)

Nilai yang digunakan untuk menunjukkan apa yang dinilai.

Nilai Subjektif

Definisi bagi Nilai Subjektif adalah nilai (kualiti) yang diterima atau ditolak oleh seseorang
individu dengan berdasarkan kepada pandangannya sendiri terhadap sesuatu benda atau
perkara. Sebenarnya, Nilai subjektif adalah berasal daripada “dunia dalaman” individu, iaitu
berpunca daripada dalaman individu.

Berdasarkan maklumat, boleh dirumuskan bahawa nilai Subjektif mempunyai beberapa


fungsi yang penting. Antaranya adalah membayangkan keinginan, minat dan harapan terhadap
sesuatu benda atau perkara. Nilai Subjektif juga berperanan dapat membayangkan perasaan
gemar atau tidak gemar bagi individu terhadap sesuatu perkara atau benda.

Terdapat banyak contoh yang boleh dikaitkan dengan Nilai Subjektif dalam proses
pembentukan moral individu, antaranya ialah pengunaan buku teks dalam pengajaran
Pendidikan Moral. Secara amnya, penggunaan buku teks Pendidikan Moral adalah membantu
pelajar mengkaji perkara-perkara yang dibincangkan. Pelajar boleh memberi nilai atau
pendapatnya berdasarkan kehendakan soalan-soalan dalam buku tersebut dan ini dapat
membentuk yakin diri dalam pelajar sendiri. Akan tetapi, sekiranya buku ini dibaca oleh
individu yang mempunyai pemikiran kasar, maka buku itu tidak nilai bagi mereka. Kerana
mereka akan berpendapat bahawa segala pengajaran atau maklumat dalam buku adalah tidak
relevan dalam kehidupan.

Selain itu, kes hukuman rotan ke atas murid di dalam kelas juga merupakan salah satu
contoh yang hangat dibincangkan dalam isu pendidikan. Sebenarnya, terdapat sebabnya guru
merotan muridnya dalam kelas. Mungkin ia berlaku disebabkan murid tersebut terlalu nakal
atau malas dalam kelas sehingga menganggu proses pengajaran dan pembelajaran. Contoh ini
amat sesuai kerana ia boleh memberi impak kepada murid supaya mengamalkan amalan yang
bagus dan bertanggungjawab sebagai penerima ilmu. Justeru, ia akan membantu remaja dalam
membentuk sikap dan moral yang baik.

Nilai Objektif

Definisi bagi Nilai Objektif adalah nilai yang bebas daripada pilihan peribadi. Nilai yang
diterima atau ditolak berdasarkan pengalaman dalaman yang dialami atau berpunca dari aspek
luar yang dipersetujui oleh kebanyakkan orang.

Nilai Objektif berfungsi bagi menegaskan bahawa setiap barangan atau objek tersebut
mempunyai bentuk dan kegunaan tersendirinya. Dengan dapat mengenalpasti bentuk atau
kegunaan objek, maka kita dapat membuat pertimbangan selanjutnya.Bagi contoh nilai ini,
seperti isu pergaduhan dalam masyarakat hendak dielakkan menjadi satu pengajaran bagi
remaja masa kini bagi aspek perpaduan. Contoh ini adalah diterima dengan sokongan bukti
pengajaran daripada tragedi 13 Mei 1969. Secara umunnya, pengaduhan sememangnya akan
membawa kesan yang negatif kepada banyak pihak dan harus dielakkan. Jadi, ia secara
langsung dijadikan pembentukan moral yang kukuh dalam jiwa anak bangsa yang cinta kepada
keamanan.

Seterusnya, contoh lain seperti pandangan tentang penderaan haiwan adalah tidak
mencerminkan nilai perikemanusiaan. Sebenarnya haiwan memang memberi banyak
kegunaan dan kelebihan kepada manusia. Dengan itu, segala kebajikan bagi haiwan harus
dijaga oleh tuannya. Akan tetapi, masih terdapat penderaan haiwan dengan cara dendaan atau
deraan memang harus dikejikan. Ini dapat membolehkan remaja mengamalkan nilai moral
dengan tidak mengabaikan kebajikan pihak lain.

Nilai Instrumental (Ektrinsik)

Definisi bagi nilai instrumental adalah nilai yang memerlukan kepada nilai lain untuk
mencapai sesuatu matlamat . Kualiti yang diterima atau ditolak sebagai alat mencapai sesuatu
matlamat. Nilai instrumental ini adalah nilai peringkat kedua (second order value), misalnya
berani, rajin, dan hormat-menghormati.

Nilai Instrumental dijadikan satu kepiawaian kepada apa yang dilaksanakan serta
membentu adalam menunjukan arah dan menjadi penentu dan dalam membuat pilihan dan
tindakan. Akan tetapi, nilai ini menegaskan unsur teguh beriman dan bertakwa dalam setiap
tindakan.

Bagi contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai instrumental ini adalah: Albert suka
membantu rakan-rakannya menyelesaikan masalah matematik bukannya mengharapkan
sebarang balasan daripada rakan-rakannya tetapi untuk memantapkan kemahirannya dalam
menyelesaikan masalah matematik pada diri sendiri. Contoh ini dapat membantu remaja
mengamalkan nilai baik dan diberi pengetahuan bahawa memberi bantuan juga boleh
mendatangkan kelebihan pada diri sendiri.

Selain itu, contoh seperti Cikgu Lee mendenda Siew Ming, seorang pelajar yang gagal
dalam Bahasa Cina. Akan tetapi, sekirannya dipandang secara positif bagi tindakan Cikgu Lee
tersebut sebenarnya adalah untuk meningkatkan semangat memajukan diri dan mengharapkan
prestasinya akan bertambah baik pada ujian yang akan datang. Ini membolehkan remaja
berfikiran jauh bahawa terdapat niat baik sebelah dendaan dan mengikis perasaan dengki atau
benci antara murid dengan guru.

Di samping itu, contoh yang biasa dilihat adalah pihak sekolah mengenakan tindakan
disiplin bagi pelajar yang merokok demi menjaga tatatertib para pelajar. Tindakan sekolah ini
bukan sahaja boleh menjaga tingkah laku murid-murid, malah ia juga dapat membentuk nilai
moral dalam kalangan murid, khasnya remaja kini.

Nilai Instrinsik

Nilai instrinsik boleh didefinisikan sebagai nilai yang tidak perlu bergantung kepada nilai lain
untuk mencapai matlamatnya, kerana nilai itu sendiri merupakan matlamat akhir. Kualiti bagi
nilai diterima atau ditolak semata-mata ia berniat baik atau buruk dan tanpa mengira kesannya.
Nilai ini merupakan nilai peringkat pertama (first order value), misalnya baik hati, kasih saying,
keadilan dan sebagainya.

Nilai ini mempunyai fungsi tersendiri, antaranya ialah menjadi penentuan dalam
membuat pilihan atau tindakan. Nilai ini juga menegaskan menyempurnakan tugas dan amanah
serta mengutamakan keadilan dalam setiap perbuatan.

Contoh yang boleh dikaitkan dengan nilai ini adalah seperti Situasi Musan ialah seorang
ketua kelas tingkatan Enam Biru. Walaupun Musan sebagai pengadil dalam pertandingan
banner antara kelas. Walaupun rakan sekelasnya menyuruhnya memberi markah yang tinggi
kepada kelas mereka atas statusnya. Namun, Musan tidak berbuat demikan kerana dia menilai
semua karya dengan teliti dan adil tanpa dipengaruhi oleh permintaan rakan-rakanya. Contoh
ini dapat memberi gambaran kepada remaja supaya bertindak dengan saksama dalam segala
hal.

Selain itu, contoh yang boleh diambil seperti Zaini sedang menunggu bas di sebuah
pondok bas. Tiba-tiba seorang gadis yang kelihatan dalam keadaan takut dan menyembunyikan
diri di belakang pokok. Kemudian, terdapat tiga orang pemuda garang muncul dan bertanya
kepada Zaina sama ada ternampak gadis itu. Zaini berbohong mengatakan bahawa gadis itu
telah menaiki teksi beberapa saat yang lalu. TIndakan Zaini ini adalah ingin menolong gadis
melepaskan diri daripada kesusahan. Contoh ini dapat menerapkan nilai menghulur bantuan
dengan tanpa keraguan dalam kalangan remaja. Ini dapat memberi impak kepada remaja
supaya mereka mengetahui bahawa kadang-kala pembohongan juga boleh membantu orang.

Nilai Relatif

Secara umunya, nilai realatif boleh didefinisikan sebagai nilai yang diterima atau ditolak
dengan berdasarkan peraturan masyarakat untuk mencapai matlamat masyarakat. Nilai relatif
ini adalah bersifat arbitrary, iaitu tidak tertentu, tidak sempurna dan berbeza antara masyarakat
yang berlainan. Jadi, nilai relatif ini boleh berubah mengikut semasa dan fahaman mengenai
benar atau salah bagi suatu topik yang dibincangankan.

Nilai relatif membolehkan semua manusia membentuk nilai norma masyarakat yang
berbeza mengikut kesesuaian pandangan masyarakat masing-masing. Nilai ini mampu
mengubah nilai norma masyarakat mengikut masalah yang dihadapi dan juga pemikiran
manusia. Nilai relatif yang berdasarkan pandangan digunakan untuk menggantikan nilai atau
norma masyarakat yang tidak sesuai atau kurang relavan.

Contoh bagi nilai relatif ini adalah seperti situasi pergaulan bebas antara remaja yang
berleluasa serta menjadi isu hangat pada masa kini. Walaupun perkara ini adalah biasa di
negara barat, tetapi ia adalah masalah sosial yang hangat di Malaysia. Negera Barat
berpandangan perkara ini adalah tidak bersalah dari sisi undang-undang, manakala Malaysia
berpandangan serius tentang isu ini kerana ia membawa kesan seperti orang yang terlibat akan
dipandang keji dan dikutuk oleh orang lain. Ini membawa pengajaran kepada remaja supaya
mengamalkan nilai relatid yang mengutamakan pandangan dan peraturan dalam masyarakay
yang mana ia berada.

Selain itu, kes bersedudukan sebelum berkahwin juga merupakan contoh bagi nilai
relatif. Kita tahu bahawa amalan suami isteri tinggal bersama tanpa nikah adalah perbuatan
yang tidak dibenarkan dari segi agama dan dikeji oleh masyarakat. Akan tetapi, kes ini dialukan
semata-mata bertujuan untuk memadankan bakal pasangan suami isteri. Disebabkan kes ini
dipandang serius di Malaysia, maka ia beri pengajaran kepada remaja masa kini supaya
bertindak dengan rasional dan mesti selaras dengan pandangan masyarakat.

Di samping itu, contoh kebebasan memilih pasangan perkahwinan pada dahulu dan
kini. Pasa masa dahulu, orang tiada kebebasan untuk memilih pasangan hidupnya. Tetapi, masa
kini remaja diberi bebas untuk memilih pasangannya. Menerusi contoh ini, dapat dilihat
perubahan zaman membawa ubahan dan pemikiran remaja masa kini harus selaras dengan
faham masyarakat dan bukannya mementingkan hasrat diri sahaja.

Nilai Mutlak (Absolute)

Nilai Mutlak adalah nilai yang dihargai dan tidak terikat kepada sesuatu kebiasaan bagi
sesebuah masyarakat. Segala idea atau fakta dapat diterima secara umun dan diuji atau terbukti
samada ia baik ataupun buruk. Nilai ini adalah berkekal sepanjang masa dan di semua tempat
serta hampir sama bagi semua situasi norma masyarakat.

Nilai ini berfungsi sebagai satu standard yang konsiten dan kukuh bagi seseorang
individu atau masyarakat untuk bertindak supaya tindakan mereka adalah berhala niat baik dan
betul serta dapat diterima oleh pihak lain. Selain itu, nilai ini juga berperanan untuk sebagai
batasan terhadap perbuatan dan kelakuan individu supaya seseorang dapat bertindak secara
rasional dan tidak keterlaluan.
Contoh yang berkenaan dengan nilai mutlak ini adalah seperti gambaran Hidup
berkeluarga adalah kehidupan yang baik. Ini memberi gambaran yang positif kepada remaja
kini supaya mengamalkan amalan hidup berkeluarga yang sihat mendatangkan keharmonian
antara ahli keluarga serta menyumbang kepada perpaduan masyarakat dan negara. Justeru,
pengamalan nilai yang baik akan mendatangkan kebaikan kepada diri dan pihak lain.

Selain itu, contoh yang biasa seperti tindakan membunuh tanpa sebab adalah perbuatan
yang perlu dikejikan. Ini terbukti perbuatan membunuh adalah perbuatan yang tidak bermoral
dan ia akan menjadi ingatan mendalam kepada orang lain dengan kekal sepanjang masa serta
tidak kira di mana jua berada. Ini dapat mengingatkan remaja supaya sentiasa berniat baik dan
harus mempunyai batasan dalam segala tindakan dan memahami betapa mendalamnya ingatan
atau kenangan terhadap tindakan yang dibuat kepada orang lain.

1.2 Nilai-nilai murni dari perspektif pelbagai agama di Malaysia.

Di Negara Malaysia kita terdiri daripada masyarakat berbilang bangsa. Bangsa-bangsa utama
yang mendirikan masyarakat Negara kita ialah bangsa Melayu, Cina dan India. Justeru, bangsa-
bangsa yang berlainan ini mempunyai budaya dan agama masing-masing yang dipraktikkan
dari semasa ke semasa.

Masyarakat kita yang terdiri daripada pelbagai budaya dan agama sememangnya
mempunyai nilai-nilai murni masing-masing. Kesemua ajaran agama ini memberi pelbagai
pengajaran terhadap soal moral, akhlak dan kemanusiaan serta pemeliharaan alam.
Penghayatan nilai murni dalam pelbagai agama dan budaya akan membawa kita kepada
kehidupan yang bertamadun dan secara tidak langsung ianya bertindak sebagai pemangkin
kepada keutuhan nilai murni dalam masyarakat.

Nilai-nilai Murni Dalam Masayarakat Melayu

Masyarakat Melayu terkenal dengan sifat budi pekerti dan berbudi bahasa. Masyarakat Melayu
mengutamakan amalan budi kerana amalan ini merupakan jati diri setiap orang Melayu dalam
masyarakat Melayu.
Bagi masyarakat Melayu, keperibadian dan pembentukan sahsiah diri atau jati diri amat penting
untuk membina peribadi Melayu yang baik, beragama, berakhlak, dan berbudi. Justeru,
terdapat pelbagai egen yang membentuk struktur kemasyarakatan dalam masyarakat umat
Islam dan orang Melayu.

i. Keluarga

ü Merupakan egen sosialisasi utama dalam masyarakat untuk menjalankan tanggungjawab


yang amat berat

ü Keluarga dapat mendidik dan mengajar anak-anak menjadi anggota masyarakat yang
mempunyai keperibadian yang luhur dan suci dan terhindar dari gejala-gejala yang tidak sihat

ii. Masyarakat

ü Masyarakat juga perlu untuk merealisasikan dan melaksanakan kawalan serta tekanan sosial

ü Kawalan sama ada berbentuk primer seperti adat resam, amalan masyarakat dan lain-lain
atau berbentuk sekunder seperti undang-undang, tindakan badan-badan formal seperti
mahkamah, polis dan sebagainya

iii. Kerajaan/Pemerintah

ü Kerajaan dan pemerintah merupakan egen pembentuk masyarakat yang bertamadun dan
harmonis

ü Kejayaan pemerintah dapat dinilai menerusi gaya kepimpinan yang diterajui oleh pemimpin
yang melaksanakan tanggungjawab dengan bersih, cekap dan amanah

Budaya masyarakat Melayu juga menggabungkan unsur agama iaitu Islam dan adat. Kedua-
dua aspek ini menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan pembudayaan. Namun
demikian, adat dan budaya yang menjadi asas dalam proses sosialisasi tersebut hendaklah
berteraskan kepada syarak. Ini adalah kerana jati diri Melayu yang bersandarkan adat dan
budaya adalah berpaksikan konsep tauhid dan syariah yang telah mewarnai budaya Melayu
sejak dari abad ke-13 lagi. ( Pemikir April Jun2003: 6)

Kedua-dua aspek ini juga menjadi asas yang utama dalam proses sosialisasi dan
pembudayaan. Proses sosialisasi ialah proses mempelajari perkara-perkara yang diamalkan
oleh masyarakat bagi membolehkan seseorang berfungsi dalam masyarakat tersebut.(Tamadun
Islam dan Tamadun Asia 2001: 187) Pembudayaaan pula ialah proses penerapan unsur-unsur
budaya bagi memastikan seseorang itu bertindak dalam lingkungan peraturan, norma dan nilai
(budaya) masyarakat yang dianggotainya. (Tamadun Islam dan Tamdun Asia 2001: 187)
Kedua-dua proses ini dijalankan dalam kitaran hidup seseorang individu, tetapi yang terpenting
adalah pada masa seseorang itu masih kecil iaitu dari tahap kelahiran hingga ke tahap remaja.
Proses sosialisasi dan pembudayaan ini bertujuan mengekalkan kesinambungan budaya dan
identiti masyarakat dan seterusnya kehidupan bertamadun. (Tamadun Islam dan Tamadun Asia
2001 : 191192).

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakat Cina

Masyarakat Cina mempunyai sistem kepercayaan dan pandangan semesta yang tersendiri.
Masyarakat Cina memuja nenek moyang dan tian (langit) di samping kepercayaan primitif iaitu
animisme iaitu pemujaan bintang, tanaman atau alam semula jadi. Ianya telah wujud dalam
masyarakat Cina sejak zaman silam lagi.

Masyarakat Cina lebih mementingkan aspek kepercayaaan yang boleh memberikan


kesejahteraaan, kemakmuran, kebahagiaan dan kekayaan. Kebanyakan daripada mereka
cenderung kepada konsep kebaikan dari segi moral dan akhlak manusia. Tumpuan terhadap
pemahaman mengenai diri manusia sendiri lebih diutamakan dalam kepercayaan mereka
berbanding konsep ketuhanan. Bagi masyrakat Cina kepercayaan dan agama merupakan
perkara yang peribadi. Mereka bebas mengamalkan beberapa agama dan kepercayaan yang
dirasakan boleh memberikan kesejahteraan dan kebahagiaan hidup selagi ianya tidak
bercanggah dengan adat dan budaya mereka. Kebanyakannya tidak mempunyai kepercayaan
dan konsep yang jelas tentang kewujudan tuhan yang satu seperti yang terdapat dalam ajaran
Islam dan Kristian. Masyarakat Cina menggambarkan kewujudan tuhan mereka dalam bentuk
dewa-dewi dan mempunyai perwatakan manusia yang mencerminkan kepercayaan mereka
iaitu mementingkan manusia berhubung dengan kebaikan dunia dan akhirat.

Masyarakat Cina juga mempercayai langit atau (tian) sebagai makhluk unggul yang
menguasai nasib seseorang. Ianya juga membawa maksud prinsip tertinggi dalam alam semesta
dalam konteks etika Konfusianisme. Di samping itu ajaran seperti agama Buddha, Taoisme
dan Konfusianisme menekan aspek etika dan moral. Konsep Ying dan Yang juga
mempengaruhi pemikiran masyarakat Cina. Kedua-dua tersebut penting untuk mencapai
keseimbangan di antara langit dan bumi. ( Soo Khin Wah dalam Tamadun Islam dan Tamadun
Asia UM: 2002: 306-307)
Falsafah Konfusianisme

Falsafah Konfusianisme merupakan doktrin kenegaraan yang merangkumi aspekaspek


falsafah, keagamaan dan sosiopolitik yang termaktub dalam ajaran Konfusius (551SM-
479SM). Seperti yang terkandung dalam kitab Analects, pengajaran utama Konfusius
menekankan pengamalan nilai dan sifat moral yang mulia, terutama mengenai
perikemanusiaan. Oleh sebab itu manusia berpotensi untuk mencapai 4 jenis sifat yang baik
iaitu:

ü Perikemanusiaan (ren)

ü Kewajaran (yi)

ü Kesusilaan (li)

ü Kearifan (zhi)

Ajaran Konfusius

Ajaran Konfusius menekankan konsep lima hubungan dikenali sebagai wulun, iaitu:

i. Raja dengan menteri

ii. Ayah dengan anak

iii. Suami dengan isteri

iv. Abang dengan adik

v. Kawan dengan kawan

Konsep tersebut jelas memaparkan masyarakat Cina mementingkan nilai-nilai murni yang
membentuk masyarakat agar hidup saling bantu-membantu dan bekerjasasma tanpa mengira
bangsa.

Ajaran Buddhisme

Ajaran Buddhisme mementingkan kesederhanaan di mana asas pengajarannya ialah


penderitaan adalah berpunca daripada hawa nafsu yang merupakan akar kepada pelbagai
masalah manusia. Ianya dapat dihindarkan mengikuti lapan jalan yang betul atau jalan
pertengahan (middle way) yang mengelakkan diri daripada melakukan perbuatan melampau
yang terlalu mengikut perasaan.

Nilai-nilai Murni Dalam Masyarakt India

Masyarakat India kenbanyakkan beragama Hindu. Bagi masyarakat India, keluarga merupakan
unit asas dan terpenting. ( Azhar Hj. Md Ars dan Azharuddin Mohd Dali 2000 : 164 ).
Masyarakat India juga mengamalkan sistem keluarga bersama (joint family).

Apa yang dititikberatkan dalam masyarakat India ialah perpaduan di antara ahli
keluarga dipelihara dengan nilai kasih sayang dan memberi perhatian kepada semua golongan.
Kepercayaan serta budaya keluarga dipelihara dan diperturunkan kepada generasi muda.
Sistem keluarga bersama juga mengalami kemorosotan kerana tidak dapat bertahan dengan
cabaran-cabaran semasa dan arus pemodenan terutama pengaruh daripada Barat menerusi
media massa dan ICT.

Sistem keluarga dalam masyarakat India dipelihara oleh dua aspek utama iaitu ashrama
dharma, iaitu tahap yang harus dilalui oleh manusia dan purusartha iaitu empat objektif mulia
yang mesti ada bagi setiap insan. Apa yang dimaksudkan dengan empat objektif mulia ini ialah:

i. Aramldharma iaitu diperolehi melalui pendidikan yang bersifat kerohanian yang


mementingkan moral dan etika ianya merupakan objektif yang utama dalam kehidupan ini.

ii. Porullartha iaitu kekayaan. Individu yang berkemahiran hendaklah bekerja dan
mencari dan mengumpul kekayaan melalui cara yang halal.

iii. Inbamlkama iaitu orang yang mengumpulkan kekayaan secara halal hendaklah
menikmati kekayaan tersebut dan berlandaskan moral dan etika. Tujuan mencari rezeki ialah
untuk memberi makanan dan pakaian ahli keluarga.

iv. Vidulmoksha iaitu pencapaian kebebasan kerohanian di mana golongan tua yang
menunggu saat kematian dapat mengatasi nafsu dan keinginan terutama perkara-perkara
duniawi. Mereka melakukan keIja amal disamping menyebarkan ajaran -ajaran agama. ( Esa
Khalid dan Mohd Azhar Abd Hamid 2004 ; 359-360).
Secara keseluruhannya, agama Hindu menitkberatkan kehidupan yang lebih baik
berbanding kehidupan sebelumnya. Setiap individu perlu melakukan segala kebaikan dan tidak
melakukan kerosakan terhadapa makhluk yang lain sama ada manusia atau haiwan. Sekiranya
mereka mempunyai nilai-nilai murni dan mengamalkannya maka mereka akan dilahirkan
semula dengan mempunyai daIjat yang tinggi pada kelahiran akan datang sehingga ia mencapai
Mokhsa iaitu bebas daripada pusingan kelahiran. Sekiranya sebaliknya mereka akan dilahirkan
dengan daIj at yang rendah. Proses ini berterusan sehingga individu dapat membebaskan
rohnya daripada kelahiran semula dengan melakukan kebaikan. ( Esa Khalid dan Mohd Azhar
Abd Hamid 2004 ; 360).
2.0 LOKUS KAWALAN

Lokus kawalan (locus of control) merupakan satu konsep yang dibangunkan oleh
seorang ahli psikologi yang bernama Julian Rotter pada tahun 1950-an. Rotter mencadangkan
bahawa persepsi seseorang adalah ditentukam oleh lokus kawalan mereka sendiri. Lokus
kawalan boleh dibahagikan kepada dua jenis iaitu, lokus kawalan dalaman (Internal Locus of
Control) dan lokus kawalan luaran (External Locus of Control). Mereka yang mempunyai lokus
kawalan dalaman memegang kepercayaan bahawa mereka dapat mengawal nasib mereka
sendiri. Mereka cenderung untuk menyakini bahawa kemahiran, keupayaan dan usaha mereka
sendiri menentukan sebahagian besar pengalaman hidup mereka. Sebaliknya, orang dengan
lokus kawalan luar mempercayai bahawa kehidupan mereka kebanyakannya
ditentukan oleh sumber-sumber luaran seperti nasib, peluan atau sumber lain yang mempunyai
kuasa.

Sebagai contoh, pelajar-pelajar kolej dengan lokus kawalan dalaman yang kuat
mempercayai bahawa markah mereka adalah diteneukan oleh kebolehan dan usaha
mereka. Mereka berpegang kuat kepada kepercayaan ‘semakin banyak saya belajar, semakin
baik gred yang akan saya dapat’. Mereka juga akan mengubah startegi pembelajaran mereka
sekiranya mendapati sebarang kekurangan atau kelemahan dalam strategi tersebut. Selain itu,
mereka turut akan meningkatkan jangkaan mereka jika mereka berjaya. Sebaliknya,
mereka akan bimbang apabila mereka berpendapat mereka tidak berupaya untuk mengawal
seseuatu perkara. Contohnya tugasan mereka.

Berbeza dengan pemegang lokus kawalan dalaman, pelajar-pelajar kolej dengan lokus
kawalan luaran yang kukuh mempercayai bahawa gred mereka adalah hasil daripada nasib baik
atau buruk, mood guru atau Tuhan. Kebanyakan daripada mereka berpendapat ‘tidak
kira berapa banyak saya belajar, guru yang menentukan gred saya, saya hanya berharap saya
akan bertuah dalam ujian’. Mereka berpegang teguh kepercayaan kepada nasib. Mereka
cenderung untuk menurunkan jangkaan mereka apabila mereka memperoleh markah yang
baik. Keadaan yang sama di mana mereka mempercayai bahawa gred ujian yang seterusnya
akan bertambah baik apabila mereka gagal dalam ujian yang lepas. Kemungkinan bagi
pemegang-pemegang lokus kawalan luaran untuk belajar daripada pengalaman yang lepas
adalah rendah dan mereka mempunyai kesukaran untuk meneruskan tugas mereka.

Keseluruhannya, data penyelidikan menunjukkan bahawa individu yang berpendapat


persekitaran mereka dipengaruhi oleh persepksi dalaman diri sendiri dan bukannya keadaan
luar mereka akan merasai lebih banyak kesejahteraan berbanding dengan individu yang
mempunyai kepercayaan yang berbeza. Menurut Rotter, kawalan merupakan satu sumber
kepuasan hati. Dalam kata lain, sekiranya kita merasa bahawa kita mempunyai kawalan ke
atas keadaan fikiran kami, kami tentu akan merasa lebih cekap, lebih percaya pada diri sendiri
dan kurang kecewa dengan keadaan yang berlaku di luar.

Bulman dan Wortman turut melaporkan bahawa dalam kalangan mangsa kemalangan
yang serius, lokus kawalan dalaman didapati mempunyai pengaruh yang baik kepada individu
yang menghadapi kecacatan fizikal berbanding dengan lokus kawalan dalaman. Kenyataan ini
dibuktikan dengan penyelidikan Partridge dan Johnston yang mendapati bahawa tahap lokus
kawalan dalaman yang tinggi adalah berhubung dengan pemulihan yang lebih cepat dalam
kalangan orang dewasa yang dirampaskan keupayaaan akibat daripada strok atau patah
pergelangan tangan. Sebaliknya, lokus kawalan luaran dikatakan adalah berkaitan dengan
mood yang rendah dan penyertaan yang kurang dalam aktiviti pemulihan daripada pesakit.

Kehidupan seseorang adalah dipengaruhi oleh perseksi orang tersebut melihat sama ada
kawalan ke atas kehidupannya banyak dipengaruhi oleh faktor dalaman atau
luaran. Kesimpulannya, lokus kawalan mempengaruhi cara seseorang melihat diri sendirinya
dan peluang yang sedia untuknya.
3.0 GENDER

Gender merupakan persepsi, perlakuan dan tindak tanduk individu masyarakat yang terhasil
daripada proses sosialisasi yang berbeza peranan, tanggungjawab, pengagihan kuasa, sumber-
sumber dan hak-hak di antara lelaki dan perempuan. Gender terbentuk melalui konstruk sosial,
ekonomi, politik dan budaya. Gender adalah berbeza-beza dan ia boleh berubah mengikut
masa. Selain itu, gender boleh merentasi budaya. Gender juga merupakan pelbagai peranan
dibina secara sosial dan hubungan, personaliti, tingkah laku, nilai, kuasa relatif dan pengaruh
masyarakat. Gender juga dikaitkan peluang-peluang berkaitan dengan menjadi lelaki atau
perempuan pada masa tertentu. Gender itu merupakan persepsi seseorang tentang sifat-sifat
tentang lelaki dan perempuan. Gender juga mempunyai kaitan dengan maskulin dan feminin.

Contoh

Sejak kecil lagi, lelaki dan perempuan diajarkan untuk menjadi seseorang yang mengikut
persepsi dan budaya yang diamalkan oleh masyarakat. Budak lelaki akan memilih untuk
bermain permainan yg bersifat pengembaraan atau perlumbaan kereta manakala budak
perempuan pula akan bermain anak patung ataupun permainan masak-memasak. Budak
perempuan juga akan diajar bagaimana untuk memasak, mecuci dan menjaga anak manakala
budak lelaki pula diajar untuk mengangkat barangan yang berat. Budak lelaki diajar dari sejak
kecil lagi agar tidak mudah beremosi dan menangis manakala budak perempuan diajar supaya
berlemah-lembut, bersopan-santun dan berbudi pekerti serta harus beremosi.

3.1 Jantina/Seks

Jantina adalah ditentukan pada kelahiran iaitu untuk mengenal pasti sebagai bayi perempuan
(kromosom 2X) atau bayi lelaki (1X 1Y). Jantina adalah ciri-ciri biologikal dan fisiologi iaitu
rupa paras, bentuk badan, kromosom dan hormon serta tidak boleh diubah kecuali melakukan
pembedahan. Jantina juga boleh dikaitkan dengan ciri-ciri genetik, anatomi, kromosom,
hormon dan perbezaan fizikal antara lelaki dan perempuan. Jantina bukan semata-mata
pembolehubah dikotomi. Jantina juga dapat dibezakan melalui sistem reproduksi dan struktur
pembiakan. Lelaki menghasilkan sperma manakala perempuan menghasilkan telur dan juga
melahirkan anak. Jantina juga dikaitkan dengan sifat-sifat dan perasaan dalaman seseorang
sebagai seorang lelaki, perempuan atau kedua-duanya. Jantina juga dikaitkan dengan hormon
perempuan dan juga lelaki iaitu androgen dan estrogen.

3.2 Maskulin dan Feminin

Maskulin dan feminin mempunyai kaitan dengan seksualiti. Maskulin membawa maksud ciri-
ciri kelelakian manakala feminin pula berkaitan dengan ciri-ciri kewanitaan. Maskulin hanya
khas untuk lelaki manakala feminin pula khas untuk wanita. Maskulin mempunyai kaitan
dengan sifat-sifat kelelakian seperti bijak, berwawasan, rasional, tidak mudah beremosi, gagah,
kuat,berdikari dan lain-lain. Feminin pula berkaitan dengan sifa-sifat kewanitaan seperti
lemah-lembut, berbudi pekerti, lemah, bersopan-santun, sensitif, beremosi dan lain-lain.
Konsep maskulin dan feminin ini telah diserapkan ke dalam diri setiap manusia apabila mereka
dilahirkan. Sebagai contoh, budak lelaki telah diajar bahawa mereka tidak boleh mudah
beremosi atau menangis. Budak lelaki yg menangis akan dilihat sebagai tidak maskulin. Selain
itu, budak lelaki akan menolong ayahnya untuk membuat kerja yg berat dan mereka akan
belajar bagaimana untuk berdikari. Budak perempuan pula akan menolong ibu mereka
memasak atau menjaga adik. Budak perempuan juga akan diajar bersifat lemah-lembut dan
beremosi. Mereka tidak dibenarkan untuk berkelakuan seperti lelaki kerana ia akan bercanggah
dengan sifat feminin.

Contoh

Lelaki haruslah memilih pekerjaan yang bersifat maskulin seperti doktor, engineer, peguam,
mekanik dan lain-lain. Wanita pula digalakkan untuk memilih pekerjaan seperti guru tadika,
jururawat atau suri rumah yang dianggap sebagai feminin. Wanita juga digalakkan untuk
menangis dan beremosi manakala lelaki pula tidak digalakkan untuk menangis atau beremosi.

3.3 Patriarki

Patriarki merupakan struktur yang mendominasikan kaum lelaki. Kaum lelaki yg akan
mendominasi dan mengeksploitasi wanita. Patriarki juga bermaksud bapa sebagai ketua
keluarga atau pemimpin iaitu mempunyai kuasa dan autoriti dalam rumah tangga. Bapa
dipercayai mempunyai kuasa ke atas isteri, anak-anak perempuan yg belum dewasa dan juga
harta benda. Patriarki juga merupakan satu sistem yg mendominasi dan mengeksploitasi
wanita. Selain itu, patriarki juga merupakan satu sistem sosial amalan-amalan di mana lelaki
mendominasi wanita dan menindas serta mengeksploitasi wanita. Patriarki juga dikaitkan
dengan pengeksploitasian suami ke atas tenaga kerja wanita, hubungan dalam tenaga kerja
berupah, hubungan dengan negara, keganasan lelaki, seksualiti dan budaya. Patriarki juga
memperlihatkan lelaki dipandang tinggi daripada wanita. Dalam satu kajian di mana orang-
oramg dewasa telah didedahkan kepada bayi yg tidak diketahui jantinanya namun mereka
beranggapan bahawa bayi tersebut merupakan bayi lelaki. Bentuk-bentuk patriarki juga dapat
dilihat dalam kehidupan seharian kita seperti rumah tangga, pekerjaan dan lain-lain. Sebagai
contoh, suami akan menjadi ketua keluarga dan bertanggungjawab untuk mencari nafkah
manakala isteri pula akan menjaga anak dan memasak serta menyokong suaminya. Patriarki
private adalah berasakan rumah tangga sebagai tapak pemindahan wanita. Patriarki publik pula
adalah berasaskan pekerjaan dan negara sebagai tapak pemindahan wanita.

3.4 Matriarki

Perkataan matriarki berasal daripada bahasa Yunani iaitu matri bereti ibu manakala arki
bermaksud memerintah. Matriarki merupakan satu bentuk masyarakat yg mementingkan susur
galur keturunan di sebelah ibu. Matriarki juga membawa maksud bahawa sistem ini
mendominasi kaum wanita. Selain itu, matriarki juga merupakan suatu masyarakat di mana
wanita menjadi pemimpin atau ketua keluarga. Ia juga merupakan sebuah kerajaan di mana
wanita menjadi pemimpin negara atau ketua kerajaan. Matriarki juga memberatkan sebelah
anak perempuan. Harta akan diwariskan kepada anak perempuan. Kuasa dan peranan dalam
sesebuah sistem sosial atau kerajaan dipegang oleh kaum wanita atau wanita memegang pusat
dan peranan kuasa. Matriarki juga memperlihatkan di mana wanita memegang peranan utama
dalam sistem politik, ekonomi, harta dan pemerintahan ke atas kaum lelaki. Sebagai contoh,
masyarakat Musuo mengamalkan sistem matriarki. Dalam masyarakat Musuo, wanita
mengetuai isi keluarga dan membuat keputusan dalam keluarga seperti harta, pekerjaan dan
pendapatan. Masyarakat Musuo juga mengamalkan “perkahwinan berjalan” iaitu suami dan
isteri masih tinggal bersama dengan ibu bapa mereka.
3.5 Matrilineal

Perkataan matrilineal berasal daripada bahasa Latin iaitu matri membawa maksud ibu
manakala perkataan lineal bererti garis. Matrilineal merupakan suatu sistem masyarakat di
mana keturunan melalui ibu. Matrilineal juga membawa maksud bahawa harta akan diturunkan
daripada ibu kepada anak perempuan. Selain itu, matrilineal juga merupakan satu garisan
keturunan daripada wanita untuk keturunan di mana individu dalam semua generasi mengikut
garis ibunya. Dalam sistem matrilineal, individu dianggap tergolong dalam kumpulan
keturunan yg sama dengan ibunya. Matrilineal juga bermaksud anak perempuan akan
membawa nama ibunya sebagai nama keluarga. Dalam sistem matrilineal, bapa akan menjaga
anak saudaranya. Mereka tidak akan menjaga anak kandung bahkan mereka akan menjaga anak
saudaranya seperti anak kandung sendiri. Sebagai contoh, masyarakat Minangkabau amat
mementingkan susur galur keturunan di sebelah ibu. Nama puak atau keluarga amat penting
dalam perkahwinan dan budaya-budaya lain yg berkaitan dengan mereka. Seseorang yg
mempunyai nama keluarga sama tidak dibenarkan berkahwin kerana mereka dianggap sebagai
satu puak yg sama.

3.6 Matrilocal

Matrilocal merupakan salah satu sistem di mana lelaki akan tinggal bersama dengan keluarga
isterinya selepas berkahwin. Status wanita dipandang lebih tinggi tetapi ia bukanlah matriarki.
“Perkahwinan melawat” dipraktikan dalam sistem matrilocal di mana pasangan berkahwin
iaitu suami dan isteri akan tinggal berasingan dalam keluarga masing-masing. Mereka masih
dibenarkan untuk berjumpa pada masa lapang. Perkahwinan tersebut dibangkitkan daripada
sistem matrilineal iaitu daripada keturunan sebelah ibu. Bapa tidak mempunyai perana yg
signifikan kerana anak-anak tidak dibesarkan oleh bapa mereka kecuali anak-anak saudara.
Sebagai contoh, puak Kung San, Afrika Selatan mengamalkan perkahwinan yg dipanggil
sebagai tempoh perkhidmatan pengantin. Tempoh perkhidmatan pengantin ini akan tamat
apabila mereka mempunyai 3 org anak atau telah tinggal bersama-sama selama lebih 10 tahun.
Apabila tempoh perkhidmatan pengantin itu telah tamat, mereka dibenarkan untuk meninggal
dengan mana-mana puak yg mereka suka.
3.7 Budaya lawan Alam

Budaya merupakan sesuatu yang dicipta atau dikonstruk. Alam pula dikaitkan dengan sesuatu
yang semula jadi. Wanita dikait rapat dengan alam manakala lelaki pula dikaitkan dengan
budaya. Wanita dikait rapat dengan alam kerana fungsi badan serta biologikalnya. Wanita
boleh melahirkan anak, menjaga anak serta membesarkan anak sama seperti dengan alam.
Wanita juga berperanan sebagai isteri dan ibu yang bertindak menjaga serta memelihara suami
serta anak. Sebagai contoh, isteri yang akan menyediakan makanan kepada suami dan anak-
anak. Lelaki pula dikaitkan dengan budaya kerana mereka tidak boleh melahirkan anak. Hal
ini menyebabkan lelaki terpaksa mencari seseuatu supaya mereka dapat kekal dan diingati.
Lelaki telah mencipta dan menghasilkan sesuatu yang baru seperti meja, kerusi dan benda-
benda ini dapat digunakan. Lelaki juga dikait rapat dengan budaya kerana mereka mencipta
sesuatu benda seperti budaya yang dapat kekal. Hal ini juga menyebabkan para wanita tidak
dapat melibatkan diri dalam bidang politik atau ekonomi kerana ia dianggap budaya dan para
wanita tidak sesuai melibatkan diri dalam bidang-bidang yang bersifat budaya ini.

3.8 Gender Sebagai Satu Unit Analisis

Semua perancangan termasuk penyelidikan amat penting menggunakan gender sebagai unit
analisis. Gender sebagai unit analisis amatlah penting kerana wanita dan lelaki mempunyai
peranan, pengalaman, keperluan dan kepentingan yang berbeza. Selain itu, gender sebagai unit
analisis ini juga penting supaya analisis gender dapat dibahagikan secara adil. Sebagai contoh,
semasa pengutipan dana untuk pembangunan, adakah wanita dan lelaki disuruh untuk bayar
dalam kadar yang sama? Apabila teknologi baru diperkenalkan, adakah teknologi tersebut
diajar kepada kedua-dua wanita dan lelaki? Adakah kempen AIDS dan HIV disasarkan kepada
kumpulan yang betul. Adakah mesej tersebut yang disampaikan bertepatan dengan kempen
tersebut. Oleh itu, gender sebagai satu unit analisis amatlah penting supaya kepentingan anatara
wanita dan lelaki dapat dijaga.

3.9 Keganasan Gender

Keganasan gender dilakukan adalah untuk mengekalkan sesuatu identiti gender tertentu,
pembahagian gender atau rejim gender. Kelakuan ganas juga berdasarkan gender seseorang.
Secara amnya, keganasan gender selalunya dilakukan oleh lelaki. Bentuk keganasan berbeza
berdasarkan gender. Wanita lebih cenderung diganasi secara seksual berbanding dengan lelaki.
Keganasan gender boleh membawa kesan kepada wanita dan lelaki sama ada secara fizikal,
mental dan ekonomi. Sebagai contoh, lelaki yang bersifat lemah lembut atau dianggap sebagai
gay akan dibenci oleh masyarakat. Hal ini akan menyebabkan berlakunya keganasan gender
kerana mereka dianggap sebagai ancaman kepada identiti gender. Mereka mungkin akan
dipukul, dihina dan dikutuk oleh masyarakat.

4.0 Model Kesaksamaan Formal

Model kesaksamaan formal berdasarkan persamaan layanan antara wanita dan lelaki. Model
kesaksamaan formal menekankan kepada kesaksamaan yang mutlak. Bagi model ini, wanita
adalah sama dengan lelaki. Maksudnya, wanita haruslah dilayan dengan cara yang sama
dengan lelaki. Undang-undang harusl diaplikasikan secara gender neutral. Model kesaksamaan
formal ini menentang pengenalan mengenai sebarang perbezaan gender. Model ini juga
menentang penyingkiran perbezaan yang telah digunakan untuk menghalang wanita daripada
mencapai hak kesaksamaan. Hal ini demikian kerana mereka fikir layanan yang berbeza atau
istimewa akan terus mendiskriminasikan wanita.

4.1 Model Kesaksamaan Substantif

Model kesaksamaan substantif ini mengambil kira perbezaan antara wanita dan lelaki serta
menekankan hasil yang sama. Model ini beranggapan bahwa kewujudan perbezaan gender dan
peranan penting yang dialami dalam kehidupan. Model ini tidak membezakan sumber
perbezaan iaitu perbezaan secara semula jadi atau dikonstruk secara sosial. Model ini
menghendaki menerima perbezaan yang mewakili realiti pengalaman kehidupan wanita dan
lelaki. Perbezaan gender antara wanita dan lelaki tidak boleh dijadikan asas untuk menafikan
kemudahan dan keisimewaan sama seperti lelaki. Model ini juga menekankan perbezaan
gender tidak boleh diabaikan atau dikaburkan. Model ini juga mengkritik piawaian dalam
undang-undang yang bersifat gender neutral. Hal ini demikian kerana model ini melihatkan
bahawa wanita tidak dilayan secara adil tetapi wanita harus dilayan secara sama dengan lelaki.
Oleh itu, model kesaksamaan substantif ini tidak menekankan layanan yang sama tetapi
mementingkan hasil yang sama.
4.2 Kepekaan Gender

Kepekaan gender bermaksud peka kepada pengalaman wanita dan lelaki serta mengambil kira
dalam perancangan dan implementasi projek. Kepekaan gender juga menjaga kepentingan dan
keperluan antara wanita dan lelaki. Kepekaan gender juga membina keyakinan wanita dan
lelaki untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.

4.3 Ketakakuran Gender

Gender disosialisasikan dan juga berdasarkan persepsi masyarakat. Setiap masyarakat


mempunyai peraturan gender yang berbeza. Ketakakuran gender bermaksud bahawa seseorang
wanita atau lelaki tidak akur kepada persepsi masyarakat tentang peranan gender yang harus
diikuti oleh mereka. Sebagai contoh, mengikut masyarakat, wanita haruslah bersifat feminin
manakala lelaki haruslah bersifat maskulin tetapi terdapat segelintir wanita dan lelaki tidak
akur kepada persepsi tersebut. Seseorang wanita melakukan pekerjaan yang dianggap sebagai
pekerjaan lelaki akan dianggap pelik. Hal ini demikian kerana dia tidak mengikut norma-norma
gender yang ditentukan oleh masyarakat kepada wanita dan lelaki.

4.5 Ketaksamaan Gender

Ketaksamaan gender bermaksud perbezaan antara wanita dan lelaki berdasarkan seks.
Ketaksamaan gender ini lebih fokus kepada wanita kerana mereka tidak dilayan secara adil
sama ada dalam bidang politik, ekonomi, pendidikan dan peluang pekerjaan. Hal ini demikian
kerana wujudnya kaitan dengan fisiologi wanita. Wanita seharusnya berkhidmat sebagai
seorang isteri dan ibu. Wanita tidak boleh terlibat dalam bidang politik kerana sifat semula jadi
mereka yang lemah lembut dan wanita juga lebih mudah beremosi. Hal ini akan menyebabkan
para wanita mudah diganggu oleh emosi apabila mereka ingin membuat sesuatu keputusan.
Selain itu, wanita juga tidak diberi peluang untuk mendapatkan pendidikan kerana mereka
dipercayai pendidikan tidak penting bagi para wanita dan para wanita sepatutnya melibatkan
diri mereka dengan menguruskan keluarga. Oleh itu, pendidikan kurang diberi kepada wanita
kerana pendidikan dianggap tidak penting bagi para wanita.
4.6 Regim Gender

Regim merujuk kepada cara pemerintahan yang bersifat tidak demokrasi, mengawal,
mempunyai kuasa mutlak dan lain-lain. Gender pula merupakan persepsi, tingkah laku,
peranan serta tindak tanduk indivdu yang terhasil akibat daripada proses sosialisasi. Regim
gender bermaksud kawalan dan pemerintahan ke atas wanita dan lelaki berdasarkan gender
mereka. Regim gender ini lebih kepada wanita kerana wanita selalunya dilayan secara tidak
adil dan mereka juga sering dikawal dan didiamkan. Wanita juga sering kali dinafikan haknya
dalam bidang politik, ekonomi dan pendidikan. Sebagai contoh, wanita tidak diberi peluang
untuk mendapatkan pendidikan yang tinggi kerana pendidikan dianggap tidak penting kepada
para wanita. Wanita juga sering kali diberi gaji yang lebih rendag daripada lelaki. Wanita selalu
dijangka untuk menuangkan air serta melayan tetamu di tempat kerja mereka.

4.7 Produktif dan Reproduktif

Produktif bermaksud berupaya atau boleh mengeluarkan hasil yang banyak, mencapai banyak
hasil. Reproduktif pula mempunyai kaitan dengan organ pembiakan. Perbezaan antara waniat
dan lelaki adalah sistem reproduktif iaitu wanita boleh melahirkan anak manakala lelaki tidak
boleh melahirkan anak. Hal ini menyebabkan wanita dikaitkan dengan alam manakala lelaki
pula dikaitkan dengan budaya. Wanita boleh menghasilkan anak manakala lelaki pula mencipta
barangan atau budaya. Lelaki dikaitkan dengan produktif kerana mereka menghasilkan sesuatu
barangan atau ciptaan yang dapat digunakan oleh masyarakat. Wanita pula dikaitkan dengan
reproduktif kerana wanita dan lelaki dibeza melalui sistem reproduktif mereka iaitu wanita
boleh melahirkan anak.

4.8 Jati Diri (Personhood) dan Identiti

Identiti merupakan bagaimana seseorang mengenal pasti keseksualan dirinya dan bagaimana
dia memahami dirinya sendiri sama ada sebagai seorang wanita atau lelaki. Identiti juga
merupakan sifat-sifat atau ciri-ciri yang terdapat pada seseorang sebagai satu keseluruhan
memperkenalkan atau mengasingkannya daripada orang lain. Jati diri pula merupakan sifat-
sifat atau ciri-ciri yang unik dan istimewa yang menjadi teras dan lambang keperibadian
seseorang individu dan bangsa. Jati diri ditubuhkan kepada pelbagai sifat-sifat dan ciri-ciri iaitu
jantina, umur, status dalam keluarga dan masyarakat, fizikal serta penampilan dan lain-lain.
Sebagai contoh, identiti seseorang wanita dapat dikenali melalui fizikalnya manakala jati
dirinya dapat dikenali melalui nama, bangsa, penampilannya seperti pemakaiannya dan lain-
lain.

4.9 Perkhidmatan yang Peka Gender

Peka gender merupakan pengalaman wanita dan lelaki serta mengambil kira mereka dalam
perancangan dan implentasi projek. Hal ini juga bermakna bahawa mengambil perhatian
terhadap kepentingan dan kepelruan mereka. Oleh itu, perkhidmatan yang peka gender telah
diwujudkan untuk menjaga kepentingan kedua-dua pihak. Perkhidmatan yang peka gender
bermaksud suatu kerja atau aktiviti yang dilakukan oleh individu dengan mengambil kira
kepentingan dan keperluan wanita dan lelaki. Sebagai contoh, dulu apabila berlaku kes rogol,
mangsa harus membuat laporan dan yang mengambil laporannya itu merupakan seorang lelaki.
Hal ini menyebabkan mangsa berasa sangat malu. Dalam polisi terbaru, mangsa boleh meminta
pegawai wanita yang menguruskannya dan ini mengurangkan rasa malunya kerana mereka
sama-sama wanita.

5.0 Ideologi Gender

Ideologi gender dalam kalangan wanita dan lelaki dapat dilihat sejak mereka kecil lagi. Norma
dan peraturan sewajarnya yang telah ditetapkan oleh masyarakat untuk wanita dan lelaki.
Ideologi gender ini menghasilkan jaringan kepercayaan dan adat untuk menyokong norma dan
peraturan sosial tersebut. Perbezaan biologikal dilebih-lebihkan dan ditekan untuk mewakili
suatu ideologi perbezaan gender yang digunakan untuk menjustifikasikan ketidaksamaan
layanan antara wanita dan lelaki. Ideologi gender menjadi peranan gender dalam diri setiap
wanita dan lelaki. Hal ini menyebabkan terbentuknya perbezaan gender dalam diri setiap
wanita dan lelaki. Sebagai contoh, ideologi gender telah ditanam dalam diri anak-anak sejak
kecil lagi apabila bayi perempuan dipakai dengan baju pewarna merah jambu manakala lelaki
dipakaikan dengan baju berwarna biru. Ideologi gender ini menyebabkan ketidakadilan,
ketidaksamaan dan diskriminasi. Ideologi gender ini mempengaruhi sistem pemikiran
masyarakat, status, perilaku dan tindak tanduk.
5.1 Pembahagian Buruh berasaskan Gender

Pembahagian kerja berasaskan sifat kewanitaan dan kelelakian yang dibentuk secara sosial.
Wanita haruslah mencari pekerjaan yang bersifat feminin manakala lelaki pula dikehendaki
mencari pekerjaan yang sesuai dengan sifat maskulin. Pembahagian buruh berasaskan gender
ini juga berdasarkan hubungan sosial antara wanita dan lelaki. Hal ini dapat dilihat melalui
lebih ramai lelaki berada di peringkat atasan pengurusan manakala wanita berada di peringkat
pertengahan atau bawahan. Lelaki bekerja di luar rumah manakala wanita menguruskan kerja-
kerja domestik. Wanita yang memilih pekerjaan seperti seorang lelaki akan dianggap pelik oleh
masyarakat. Wanita bekerjaya ini harus mengimbangi masa antara kerjayanya dan juga
tanggungjawab rumah tangga.

5.2 Manifestasi Perbezaan Gender

Manifestasi perbezaan gender ini dapat dilihat melalui peranan sosial wanita dan lelaki serta
identiti wanita dan lelaki. Wanita mempunyai peranan sosial seperti menjadi isteri dan ibu serta
melakukan pekerjaan seperti menjaga keperluan suami dan anak-anak, memilih pekerjaan yang
bersesuaian dengan mereka. Pekerjaan yang bersesuaian dengan mereka adalah bersifat
feminin seperti menjadi guru tadika, jururawat, setiausaha, kerani dan lain-lain. Lelaki pula
dipertanggungjawabkan untuk menjadi ketua keluarga, mencari nafkah serta melindungi isteri
dan anak-anak. Lelaki melihat identiti mereka sebagai seorang yang maskulin manakala wanita
pula melihat diri mereka sebagai seorang yang feminin.

5.3 Pembentukan Perbezaan Gender

Perbezaan gender ini terbentuk apabila terdapatnya harapan atau ekspektasi daripada
masyarakat bagi para wanita dan lelaki. Wanita dikehendaki berkelakuan feminin seperti lemah
lembut, beremosi, menangis, bersopan dan lain-lain. Lelaki pula diekspektasi supaya bertindak
sebagai seorang yang maskulin seperti kuat, gagah, rasional, tidak mudah beremosi, pelindung
dan sebagainya. Wanita dibenarkan untuk beremosi dan menangis manakala lelaki pula tidak
dibenarkan untuk menangis atau beremosi. Pembentukan perbezaan gender juga dapat dilihat
melalui peranand an pembahagian buruh dalam pekerjaan. Wanita akan bekerja sebagai
setiausaha, jururawat dan lain-lain pekerjaan yang bersifat feminin manakala lelaki pula akan
bekerja sebagai seorang doktor, peguam, jurutera dan sebagainya yang bersifat maskulin.
Pembentukan perbezaan gender berhubung dengan kuasa, tanggungjawab dan peruntukan hak
antara wanita dan lelaki. Alasan yang diberi ialah perbezaan biologikal. Hal ini menyebabkan
wanita dan lelaki dilayan secara berbeza dan tidak adil.

5.4 Rogol

Rogol bererti merampas atau mencuri sesuatu yang berharga pada seseorang. Rgol merupakan
salah satu tindakan jenayah yang melibatkan lelaki mengadakan hubungan seks dengan wanita
di luar kemahuan atau tanpa kebenaran atau kerelaan wanita tersebut. Rogol juga bermaksud
alat kemaluan lelaki dimasukkan ke dalam vagina atau dubur mangsa secara paksaan tanpa
mengira umur. Rogol boleh berlaku secara paksaan, pujuk rayu atau ugutan. Rogol juga dapat
diertikan sebagai serangan seksual di mana penyerang melakukan hubungan seks dengan
mangsa tanpa kerelaan mangsa. Rogol ini juga boleh menyebabkan kecederaan fizikal seperti
lebam di bahagian badan atau kecederaan di bahagian sulit, mental iaitu dari segi emosi seperti
takut, menjadi pendiam dan lain-lain.

5.5 Gangguan Seksual

Gangguan seksual merupakan kelakuan seksual berbentuk fizikal atau lisan yang tidak
dikehendaki. Gangguan seksual ini boleh berlaku secara tidak ketara seperti pandangan
menggoda atau secara terang-terangan seperti meraba. Gangguan seksual ini boleh
menyebabkan prestasi pembelajaran atau pekerjaan seseorang terganggu. Ia merupakan
keadaan atau suasana tegang dan menakutkan. Gangguan seksual juga menunjukkan perilaku
lelaki yang berbentuk seksual dan tidak dikehendaki oleh para wanita. Gangguan seksual ini
boleh berlaku di mana-mana sahaja seperti di tempat kerja, universiti, pusat membeli-belah dan
lain-lain. Gangguan seksual ini dapat dilihat melalui bentuk lisan, isyarat, visual, psikologi atau
fizikal.

5.6 Kuota Gender

Kuota gender merupakan penetapan jumlah atau peratusan tertentu dari sebuah badan, calon,
majlis atau suatu permerintahan. Kuota gender diwujudkan untuk memastikan wanita diberi
peluang dalam menceburi diri mereka dalam bidang ekonomi, politik dan lain-lain. Kuota ni
diwujudkan kerana reprentasi wanita dalam sesuatu bidang amatlah sedikit terutamnya bidang
politik. Kuota ini mengenakan penglibatan wanita dalam seseuatu pertubuhan adalah sebanyak
30% dan kerajaan haruslah mengamalkan kuota ini untuk mengelakkan berlakunya diskrimnasi
terhadap para wanita. Ia diwujudkan untuk menghentikan ketidakadilan terhadap para wanita
yang didiskriminasikan dalam beberapa bidang pekerjaan yang terdapat di dunia ini.

4.0 PERSONALITI

Apa yang dimaksudkan dengan personaliti?

Secara am personaliti merujuk kepada perwatakan dan sikap yang anda pamerkan baik secara
bersendirian atau di khalayak umum. Sewaktu remaja, personaliti anda masih dibentuk
menerusi pengalaman di zaman kanak-kanak serta dipengaruhi oleh persekitaran anda.
Lazimnya seseorang itu mempunyai personaliti yang stabil setelah mencapai umur 21 tahun.

Apakah yang terdapat dalam personaliti seseorang?

Perangai atau tabiat yang wujud sejak kecil

Kepintaran atau daya intelek

Nilai-nilai kepercayaan

Corak pemikiran

Corak perlakuan

Emosi

Jenis-jenis personaliti?

Terdapat banyak teori yang berkaitan dengan persoalan personaliti. Ada teori menyatakan
terdapat 3 jenis personaliti, manakala setengah pandangan mengatakan terdapat 5 jenis
personaliti. Dan setengah penyelidik menghuraikan personaliti kepada 16 jenis. Walau berapa
pun jumlah personaliti yang telah dikenal pasti, anda masih boleh dikategorikan sebagai
manusia mengikut apa yang bermakna pada diri anda seperti seorang yang penyabar, tenang,
kasar, kurang sopan, degil dan sebagainya.
Kenapa terdapat perbezaan personaliti antara individu dengan yang lain?

Ada 2 sebab utama kenapa terdapat perbezaan antara seseorang individu dengan individu yang
lain:

-Faktor baka/genetik

-Faktor persekitaran

Bagaimana genetik menentukan perbezaan personaliti seseorang?

Setiap manusia mempunyai bahan genetik yang diperoleh sebahagiannya dari ibu dan bapa dan
adik-beradik juga mempunyai baka yang berlainan walaupun dari ibu bapa yang sama. Kedua
ibu dan bapa pula mengandungi cantuman baka dari datuk dan nenek yang telah diturunkan
dari cantuman baka kedua nenek/moyang terdahulu dan begitulah seterusnya. Tidak terdapat 2
orang yang mempunyai baka yang serupa. Maka, berlainan bahan baka inilah yang
menyebabkan terdapat perbezaan personaliti bagi setiap individu.

Bagaimana personaliti yang dibentuk membezakan antara satu sama lain?

Setiap individu datang dari pelbagai keluarga yang berlainan cara hidup dan cara didikan.
Dengan itu personaliti setiap individu juga berlainan.

Bagaimana hendak mengetahui jenis personaliti saya?

Anda akan tahu mengenai diri anda melalui komen dan maklum balas dari ibu bapa, ahli
keluarga, kawan karib, guru dan mereka yang di sekeliling anda. Anda juga boleh mengetahui
melalui buku, majalah, laman web Internet dan lain media yang membincangkan berkenaan
personaliti dan jenis personaliti yang anda miliki.

Bolehkah saya menukar personaliti saya?

Adalah mudah untuk menukar personaliti anda semasa usia remaja kerana pada usia itu ia
masih dianggap belum kukuh lagi. Pengukuhan personaliti pada usia dewasa membuatkan ia
sukar untuk diubah.

Saya benci pada sesetengah personaliti. Apa yang boleh saya buat?

Tidak menjadi masalah untuk tidak menyukai sesetengah jenis personaliti. Apa yang penting
ialah anda harus menghormati mereka yang mempunyai perwatakan sedemikian. Carilah
teman yang mempunyai personaliti yang anda gemari.
Di mana saya boleh mendapatkan bantuan?

-Keluarga anda

-Kawan-kawan

-Guru-guru

-Kaunselor

-Pakar Psikologi

-Guru Agama

Anda mungkin juga menyukai