Anda di halaman 1dari 4

Unit Bimbingan dan Kaunseling, SK Merlimau Dua

SEKOLAH KEBANGSAAN MERLIMAU DUA


BORANG LAPORAN SESI KAUNSELING INDIVIDU

Nama Klien : Nusaibah Nasuha binti Imran Khan Sesi :


Tarikh : 29.3.2022 Masa :

1. Latar Belakang Klien


(Perkara-perkara yang diperolehi daripada klien/maklumat demografi)

Klien merupakan seorang murid yang baru pindah ke sekolah ini. Klien berusia 12 tahun dan berada di
kelas Tahun 6 UPM. Klien mempunyai 2 orang adik beradik dan merupakan anak yang sulung. Ibu
klien bekerja sebagai akauntan dan ayahnya bekerja sebagai pengurus operasi kilang. Klien dan
adiknya tinggal bersama ayahnya di Merlimau manakala ibunya bekerja di Kuala Lumpur. Klien
mempunyai darah campuran Pakistan keturunan sebelah ayah. Hubungan klien bersama ibu dan
bapa kurang baik. Sebelum ini klien pernah bersekolah di Pahang dan Selangor. Sesi kaunseling
yang dijalankan adalah sesi kaunseling individu. Sesi ini merupakan sesi kedua dan klien kelihatan
bersedia untuk berkongsi dan menjalankan sesi kaunseling.

2. Isu-isu Yang Diketengahkan


(Butiran isu / konflik, emosi, tingkah laku, dan lain-lain
2.1 Isu Yang Dinyatakan
(Apa sahaja yang didengari oleh kaunselor semasa sesi)

Klien berasakan dirinya tertekan kerana pengalaman pahit yang dialami di sekolah lama dan
keadaan persekitaran keluarga yang kurang baik. Klien sering diejek oleh rakan sekolah lama
berkenaan status ayahnya dari segi pekerjaan, tingkah laku dan kewarganegaraan. Mental klien
dibuli oleh rakan sekolah lama yang bernama Emir. Emir kerap mengatakan perkataan ‘bodoh’,
‘ayah klien pengganas kerana ada darah campuran Pakistan’, ‘ayah klien tidak bekerja’, ‘ayah klien
seorang pemabuk dan pembunuh’ dan klien tidak akan berjaya sampai bila-bila. Klien turut
dimomokkan dengan memek muka benci oleh Emir sehingga klien berasa rendah diri dan tidak
bersemangat.
Begitu juga dengan persekitaran keluarga klien yang kurang sihat yang mana klien dimomokkan
dengan bebanan seorang pelajar. Klien perlu menjadi murid yang bagus dari semua aspek
memandangkan ayah klien sekarang merupakan Yang Di Pertua PIBG sekolah. Klien juga
menyatakan dirinya perlu mencapai skor A dalam semua mata pelajaran, menjadi murid yang
cemerlang supaya dapat tawaran sekolah yang lebih baik, mendapat pekerjaan yang baik serta
dapat membantu ibu ayah pada masa akan datang. Klien berasa tertekan dengan harapan ibu ayah
yang tinggi sehingga menyebabkan klien berasa dirinya tidak pernah difahami dan tidak mendapat
sokongan ibu bapa. Ibu dan ayah klien tinggal berasingan disebabkan kekangan kerja. Klien turut
menyatakan ibu bapa kerap bergaduh. Klien bertindak tidak menceritakan keadaan sebenar kerana
khuatir akan dimarahi oleh ibu dan ayah. Klien banyak memendam rasa dan lebih gemar bercakap
seorang diri (Halusinasi).
Sepanjang proses penerokaan, emosi klien tidak stabil, kognitif klien bercelaru dan tingkah laku
klien menggigil.
2.2 Isu Sebenar
(Temakan isu klien berdasarkan Teori yang digunakan di dalam sesi/ punca masalah manusia
berdasarkan teori yang diaplikasikan selaras key point teori berkenaan)
Isu sebenar yang sedang dihadapi oleh klien ini jika merujuk kepada Teori Cognitive Behaviour
Therapy (CBT) adalah klien menyatakan bahawa dirinya lebih selesa bertindak menjauhkan diri dari
rakan-rakan lain kerana bimbang akan berlaku semula insiden yang tidak baik lagi.

3. Teori Yang Boleh Diaplikasikan

(Analisis terperinci teori yang diaplikasikan atau digunakan di dalam sesi kaunseling dengan
masalah yang dialami oleh klien mengikut pandangan teori berkenaan)

Merujuk kepada perkongsian oleh klien teori yang diaplikasikan sepanjang sesi ini berjalan ialah
Teori CBT kerana didapati teori ini boleh melihat isu yang dibawa oleh klien ini untuk memerangi
pemikiran dan tingkah laku yang merosakkan diri klien. Terapi kognitif-tingkah laku bermula
dengan membantu klien untuk mengenal pasti keyakinan bermasalah. Tahap ini, yang dikenali
sebagai analisis fungsional, adalah penting untuk mengetahui bagaimana fikiran, perasaan dan
situasi dapat menyumbang kepada tingkah laku maladaptif.

4. Matlamat Kaunseling
(Matlamat, sasaran semasa atau jangka panjang, dan lain-lain. Matlamat sesi haruslah selaras
dengan punca masalah yang dialami oleh klien berdasarkan analisis menggunakan teori)

Selain daripada klien menyatakan ingin memperbaiki gangguan emosi, gaya berfikir negatif dan
tingkah laku bermasalah yang mungkin menganggu fungsian hidup seharian klien, klien juga
berhasrat ingin mengurangkan tekanan dan kebimbangan yang ada dalam diri klien.

5. Maklumat Penilaian
(Penggunaan Ujian Psikologi, dan lain-lain. Penggunaan inventori Piawai/Standard atau MSE dalam
menilai keadaan sebenar psikologikal klien, dalaman atau luaran)

Klien dilihat hadir ke sesi dalam keadaan yang rapi dan bersedia untuk berkongsi. Klien berkongsi
dengan jujur tentang konflik yang dihadapinya.

6. Maklumat Proses Kaunseling

Pada sesi yang kedua ini, kaunselor menggunakan proses kaunseling yang telah digariskan di
dalam perkhidmatan kaunseling seperti membuat rumusan dan meneroka isu-isu yang berkaitan
dengan diri klien. Pada sesi kedua ini juga proses penerokaan telah dilakukan oleh kaunselor bagi
mengenalpasti masalah sebenar yang dihadapi oleh klien.

7. Tindakan
(Rancangan tindakan, prosedur, tugasan, latihan, dan lain-lain)

Sepanjang sesi kaunseling ini dijalankan, kaunselor telah sedaya upaya mengaplikasi kemahiran
asas kaunseling, teori dan teknik kaunseling sehingga kaunselor merasakan bahawa klien jujur
dalam setiap perkara yang disampaikan olehnya kepada kaunselor bagi isu yang dihadapi oleh diri
klien.

8. Tindakan Susulan
(Sesi susulan, rujukan lanjut, keperluan laporan, dan lain-lain)

Setelah menjalani sesi kedua ini, klien akan menetapkan matlamat dan memfokuskan isu yang
berkaitan dengan dirinya. Klien akan dibantu dalam merencana mengurangkan kadar tekanan dan
kebimbangan agar diurus dengan kaedah yang baik.
9. Refleksi Guru Bimbingan dan Kaunseling/Kaunselor

Sepanjang sesi tersebut dijalankan, kaunselor berasakan bahawa isu yang dibawa oleh klien akan
diteroka dengan lebih dalam dan membantu klien dalam mengenalpasti punca masalah serta
menetapkan matlamat yang ingin dicapai oleh klien.

Saya mengaku bahawa laporan sesi kaunseling individu yang saya sediakan ini adalah benar.

Tandatangan Kaunselor:

Tarikh: 29.3.2022

Anda mungkin juga menyukai