Anda di halaman 1dari 7

PUSAT PENGAJIAN DAN PERKHIDMATAN KAUNSELING DAN PSIKOLOGI

NAMA: MUHAMAD ZULFADZLE BIN FAUZI


NO MATRIK:M202069932
SUBJEK: KAUNSELING PERSPEKTIF ISLAM
TUGASAN: ISU TEKANAN DALAM PELAJARAN DAN HUBUNGAN
DENGAN KELUARGA
PROGRAM: IJAZAH SARJANA MUDA KAUNSELING
NAMA PENSYARAH: PUAN HIKMAH MUBARAK ALI
LATAR BELAKANG KES

>Klien merupakan seorang wanita melayu yang bernama Siti binti Hassan.
> Klien berumur 22 tahun dan merupakan pelajar jurusan hospitaliti di Universiti
Utara Malaysia.

>Klien merupakan pelajar semester 6. Klien berasal dari Jitra, Kedah.


> Klien belum berkahwin dan masih tinggal bersama keluarganya di Kedah.
>Perhubungan klien dengan kedua orang tuanya rapat dan mesra.
> Klien merupakan anak sulung dari 4 orang adik beradik.
> Bapa klien merupakan seorang guru manakala ibunya pula seorang jururawat.
> Tujuan klien menghadiri sesi adalah bagi mencari jalan penyelesaian yang berlaku pada
dirinya dengan ibunya sejak akhir-akhir ini.

LANGKAH 1; MEMBINA HUBUNGAN


Proses yang pertama ialah proses membina hubungan. Kaunselor memulakan langkah
pertuturan mengikut etika seorang kaunselor kepada klien dengan menggunakan taktik
S.O.L.E.R untuk menarik minat klien untuk bercerita dengan kaunselor. Oleh itu reaksi lisan
dan reaksi bukan lisan kaunselor memainkan peranan yang penting unyuk mewujudkan rasa
percaya klien kepada kaunselor dan mengetahui tentang latar belakang serba sedikit tentang
diri klien sambil menerangkan kode etika kerahsiaan bagi seorang kaunselor kepadanya.
Oleh itu pada tahap ini kaunselor mewujudkan suasana yang teraputik supaya klien terasa
dirinya diterima dan dihormati bagi menimbulkan rasa selesa dan selamat pada diri klien
dengan memasukkan empathy apabila klien bercerita. Bukan itu sahaja, kaunselor
memperlihatkan bahawa dia memahami ruang rujuk yang terdapat dalam diri klien,
keikhlasan, kemesraan, dan penerimaan tanpa syarat. Hal ini kaunselor akan dapat membuat
pendedahan tentang masalah yang berlaku terhadap diri klien dan menceritakan masalah
dengan yakin.
LANGKAH 2: PROSES PENEROKAAN

Proses penerokaan dijalankan adalah bertujuan untuk menimbulkan lagi kepercayaan klien
kepada kaunselor dimana klien merasakan kaunselor berminat untuk membantu dirinya
dalam menyelesaikan pemasalahan yang klien hadapi. Bukan itu sahaja melalui penerokaan
ini juga, klien akan membuat penerangan atau pendedahan tentang situasi yang dihadapi
olehnya.
Selain itu juga, melalui penerokaan yang dijalankan, klien dapat mengetahui apa yang
berlaku terhadap dirinya danapa yang kaunselor dapati ialah pada masa ini situasi klien lebih
terpengaruh oleh emosi negatif iaitu yang bermaksud pandangan dan fikiran yang sempit
yang menjadikan seseorang itu keliru dan buntu dalam mencari jalan penyelesaian yang
diinginkan olehnya.
Sehubungan dengan itu kaunselor menyelitkan TEORI IMAM AL-GHAZALI dalam
membantu klien membimbing klien meneroka situasi dirinya kearah jalan penyelesaian yang
diinginkan oleh klien dengan melakukan proses penerokaan ini.
Kaunselor melibatkan proses secara mendalam sehingga sampai ke hati supaya dapat
meneroka punca dan jenis masalah dan memastikan pengakuan klien bukan sekadar
pengakuan lisan. Kaunselor dan klien mencapai kefahaman yang sama mengenai diri dan
permasalahan klien; rumusan masalah melibatkan kefahaman Islam dan penghayatan atau
amalan syariat klien. Kaunselor meneroka masalah klien dengan sepenuhnya. Semasa klien
menceritakan masalahnya dengan lebih mendalam.Kaunselor dapat mengenal pasti masalah
pokok dan masalah ranting daripada pernyataan klien.Selepas itu,kaunselor membantu klien
menentukan matlamat yang ingin dicapainya dalam mengatasi masalah masalah tersebut.
Matlamat yang ditetapkan perlu mengikut kemampuan dan sukarelawan oleh klien daripada
matlamat itu.
2.1: MASALAH YANG KAUNSELOR DAPATI DALAM PROSES PENEROKAAN
Klien melaporkan bahawa dirinya menghadapi masalah dengan pelajarannya yang
disebabkan oleh konflik dirinya bersama ibunya. Peristiwa berlaku apabila klien ingin
dijodohkan oleh ibunya semasa klien masih belajar. Klien menjadi bingung dan tertekan
disebabkan oleh beberapa faktor. Pertamanya, klien sudah memiliki pasangan (kekasih)
pilihan hatinya. Keduanya, klien tidak bersedia untuk berkahwin pada usia yang muda dan
masih belajar serta mahu kembangkan kariernya dahulu. Ketiganya, klien tidak mengenali
bakal suami yang ingin dikahwininya. Keempat, pelajaran klien menjadi terganggu.
2.2: KEFAHAMAN KES:
>>Kaunselor melihat Klien

. Tertekan.

. Kecewa dengan ibunya.

. Risau dan gelisah memikirkan masa hadapannya.

. Rasa tak dihargai.

2.3:MATLAMAT SESI :
1. Menerangkan kepada ibu bapanya mengenai keengganan klien untuk dijodohkan dengan
pilihan ibunya.
2. Memulihkan hubungan dengan ibu klien.
3. Memperkenalkan kekasihnya kepada keluarga.
4. Tumpuan kepada pelajaran tidak terganggu.
5. Menerapkan konsep Tazkiyah Al- Nafs kepada klien bagi memudahkan klien membuat
keputusan yang sampai ke celik akal.

LANGKAH 3:PROSES PEMBENTUKAN


3.1 Perancangan Awal
Kaunselor dan klien berbincang untuk klien meluahkan isi hatinya kepada ibunya secara baik
dan berterus terang. Klien perlu memberanikan dirinya untuk bersuara dan meluahkan apa
yang terbuku dihatinya. Klien-harus memiliki keyakinan yang tinggi untuk- berhadapan
dengan situasi yang melibatkan dirinya dan masa depannya.Pada masa ini kaunselor
menggunakan dahulu konsep Tazkiyah Al-Nafs melalui dua proses utama iaitu al-takhalli (
‫ ) التخلي‬dan al-tahalli ( ‫) التحلي‬. Al-takhalli ialah membersihkan diri daripada sifat-sifat yang
tidak baik seperti dendam,benci dan sebagainya kerana ianya adalah najis maknawi yang
menghalang untuk sampai kepada hadrat Allah yang Quddus sebagaimana najis yang zahir
kepada Allah . Manakala al-tahalli pula ialah menghias jiwa dengan sifat-sifat yang mulia
kepada klien seperti yakin dengan kuasa Tuhan,bersangka baik dan redha sebagaimana yang
dituntut oleh Islam.
Kaunselor melakukan proses ini adalah kerana apabila klien memiliki qalbu yang kuat dan
ikhlas klien akan mampu menghasilkan kekuatan yang dapat digunakan untuk merawat
diri(menyelesaikan masalah) klien dan juga orang lain dengan izin Allah Yang Maha
Esa.Kaunselor menerangkan lagi kepada klien bahawa kita harus betul-betul berusaha
menguatkan hubungan kita dengan Allah SWT terlebuh dahulu iatu mendapatkan Cinta
ALLAH sebelum mendapatkan cinta manusia kerana klien menyatakan bahawa klien sangat
menyayangi kekasihnya. Hubungan istimewa ini mesti kita usahakan (kata kaunselor kepada
klien) betul-betul kerana melalui sifat Allah Yang Maha Penyayang dan Maha Pengasih lah
kita akan mendapat kesembuhan dari sebarang kesakitan dan kesulitan hidup. Melalui
perasaan dan fikiran yang jitu kepada emosi kasih dan sayang akan mampu mengubah medan
kekuatan kita. Daripada kekuatan ini ia akan mengalir dan mencipta keadaan fizikal, mental
dan spriritual yang lebih baik untuk membentuk kesembuhan dan kekuatan untuk
mengharungi ujian daripada ALLAH S.W.T. Pada masa ini klien sudah berada ditahap
pemikiran yang positif dan baik setelah menggunakan konsep ini.

3.3 Perancangan Tindakan


Selanjutnya adalah PERANCANGAN TINDAKAN: Teknik ini membantu klien untuk
mendapatkan keyakinan yang kuat untuk klien meluahkan isi hatinya kepada ibunya.
Kaunselor telah melakukan simulasi situasi luahan hati klien kepada ibunya. Situasi ini akan
membantu klien untuk melihat dengan lebih jelas gambaran sesi luahan klien bersama
ibunya. Kaunselor juga telah membuat alternatif lain untuk klien memilih solusi yang terbaik
dengan membuat dua plan alternatif kepada klien.Plan itu adalah :

( PLAN A IAITU YAKIN )


> Klien mahu berjumpa dengan kedua ibu bapanya dan berbincang secara baik mengenai
dilema yang dihadapinya.
>Klien mahu kedua ibu bapanya menghormati keputusan klien untuk memilih pasangannya
kini sebagai menantu.
>Klien mahu meyakinkan orang tuanya bahawa pasangan yang bersamanya kini adalah yang
terbaik untuk masa depannya.

( PLAN B IAITU REDHA )


> Klien menyatakan bahawa klien akan menerima pilihan hati yang telah ditetapkan
untuknya sekiranya itu adalah yang terbaik.
> Klien redha dengan keputusan yang ditetapkan oleh ibu bapanya walaupun terpaksa
meninggalkan pasangannya.
> Klien harus berserah kepada Allah dengan percaya bahawa ada perancangan yang lebih
baik daripadanya (Allah).
3.4 TINDAKAN / KEPUTUSAN YANG DIPILIH KLIEN:
Hasil daripada sesi yang dijalankan, klien mengambil keputusan untuk bertemu dengan
ibunya secara bersemuka dan secara baik supaya tidak mengecilkan hati ibunya untuk
menolak pilihan hati ibunya itu. Situasi ini disebabkan klien yang terlalu menyayangi
pasangannya yang sangat baik kepada klien.Apa yang kaunselor dapat ialah pada tahap ini
klien sudah dapat pemikiran yang baik dan membuat keputusan yang terbaik untuk dirinya
dengan perasaan yakin yang tinggi didalam dirinya dan menunjukkan kemajuan sepanjang
sesi kaunseling ini dijalankan.

3.5 PENAMATAN / PROGRES SUSULAN KES KLIEN:


Untuk sesi yang seterusnya, klien sudah menunjukkan perkembangan diri yang positif.
>Klien telah berbincang dengan ibunya waktu cuti pertengahan semester berkaitan isu
dijodohkan dengan ibunya dan menolak secara baik serta memberitahu keluarganya bahawa
klien sudah memiliki kekasih dan mahu kekasihnya untuk berjumpa dengan keluarganya.
> Ibunya dan keluarga menerima pendapat klien dengan baik dan menghormati keputusan
yang telah diambil oleh klien.
> Klien merasa sangat tenang dan sudah mula fokus dalam pembelajarannya.
> Klien sangat berpuas hati kerana dapat menyelesaikan masalahnya.

3.6 RUMUSAN KES


Kes dapat diselesaikan dengan hasil yang baik, keberanian dan sikap keterbukaan yang
diberikan oleh klien. Kaunselor mengambil keputusan untuk menamatkan sesi kaunseling
kerana klien telah menunjukkan perkembangan diri yang positif dan telah mencapai tujuan
yang telah ditentukan pada awal sesi kaunseling dijalankan.SEKIAN TERIMA KASIH…….

Anda mungkin juga menyukai