Anda di halaman 1dari 14

KISAH NABI MUSA AS

DAN KEHANCURAN FIRAUN DAN TENTERANYA

PEMBUKAAN KEPADA MEMAHAMI AYAT-AYAT 96 HINGGA 99.

Bagi meneruskan tafsiran Surah Hud ini, ayat-ayat 96 hingga 99


mengakhirkan kisah nabi-nabi, di mana pengikut-pengikut mereka yang
ingkar, sesat dan perosak di atas muka bumi ini telah dipupuskan oleh
Allah atas kezaliman mereka. Kisah yang terakhir dari siri kisah-kisah
kaum nabi yang dipupuskan Allah dalam Surah Hud ini ialah Kisah Nabi
Musa as dengan Kaum Firaun di Mesir. Kaum Firaun telah
dipupuskan dengan tenggelamnya Ramsis ke 2 (Ramsis II) dalam laut
bersama-sama tenteranya selepas mengejar kumpulan Nabi Musa as.
Nama Nabi Musa as telah disebut oleh Allah di dalam Al-Qur’an
sebanyak 136 kali. Ia menggambarkan betapa pentingnya kisah ini
dipelajari dan diambil iktibar oleh umat Nabi Muhammad saw.

Diriwayatkan bahawa Nabi Musa adalah dari keturunan Nabi Ishak as.
Nama penuh Nabi Musa ialah Musa bin Imran bin Kahath bin Lawi bin
Azir bin Yaakub bin Ishak bin Ibrahim as dan ibunya pula bernama
Yukabad binti Qahat. Dianggarkan Baginda hidup pada tahun
1527-1408 SM dan diangkat menjadi nabi pada tahun 1450 SM. Setelah
meningkat dewasa Nabi Musa telah beristerikan dengan puteri Nabi
Syuaib iaitu Shafura. Mengikut Al-Qur’an melalui Surah Taha ayat-ayat
38 hingga 79, kisah Nabi Musa dicatitkan seperti berikut:
Nabi Musa as dilahirkan oleh ibunya di saat-saat adanya kempen
membunuh bayi Bani Israel yang baru dilahirkan. Pada ketika itu, ahli
nujum Firaun telah memberitahu Firaun firasatnya tentang kelahiran
seorang Nabi dari keturunan Bani Israel yang akan menjadi musuh dan
membinasakannya. Maka dengan firasat itulah, Firaun mengadakan
kempen ini. Ibu Musa secara sedar, telah diberi ilham supaya
meletakkan bayinya itu ke dalam sebuah peti dan dihanyutkan ke dalam
Sungai Nil agar terdampar dan dipungut oleh seseorang. Rupa-rupanya
ia dipungut oleh isteri Firaun sendiri. Allah tanamkan rasa kasih sayang
ke dalam isteri Firaun itu kepada bayi yang dijumpainya, lalu bayi itu
diambilnya sebagai anak.

1
Firman Allah:

HxM­H‹MÆGñ IáIŠ£R±šO£I… SâGÃMšOZ IäIºM¾ƒHÃM¾G• INâGÃMšOZçI• IäÃI• I­–M O£G• I\ÂH…£R¥šOZçI• IäÃI• I­–M OZ IwG}
(39) PçIÀMÃG“ Qéç¾G“ GÚGÀM³H¥IšGy çINÀIN› @äR¤G©G› GßMÃG¾G“ HÍMÃGºMšG} Gy >ôHäRš-yH¬G“Gy çINš-yH¬G“

Mafhumnya:
Letakkanlah anakmu di dalam peti, kemudian lepaskanlah peti itu ke laut,
maka biarlah laut itu membawanya terdampar ke pantai,
supaya dipungut oleh musuh Ku dan musuhnya.
Dan Aku telah tanamkan dari kemurahan Ku
perasaan kasih sayang orang terhadapmu.
Dan supaya engkau dibela dan dipelihara dengan pengawasan Ku.
(Surah Taha, Ayat 39)
Hidup dan membesarlah Nabi Musa as dalam istana Firaun bersama
bakal musuhnya, iaitu Ramsis II. Pembesarannya disusui oleh ibunya
sendiri melalui pertolongan Allah.

Firman Allah:

÷ ôHäH¾H¹M¼Gñ ãG› Qéç¾G“ MâH¼SšHcG} MáG„ HuÂHºG¥G• GßH¥M‹H} Pç²I M¿G† MdIý
> GwG¯M©G† GêGy £GÁHÀMÃG“ R®GºG† MçG˜ GßIN›H} PéçšIý GßQéƒÀM·G‰H®H•
Mafhumnya:
Tatkala saudara perempuan ibunya pergi mencarinya,
lalu dia berkata kepada yang memungut itu:
“Mahukah aku tunjukkan pada kamu
orang yang boleh menyusu dan memeliharanya?”.
Maka dengan jalan itu Kami telah mengembalikan Musa kepada ibunya,
agar tenang dan tenteramlah hatinya dan tidak berdukacita.
(Surah Taha, awal Ayat 40)

Di waktu remajanya, Nabi Musa telah dicatit melakukan satu


pembunuhan ke atas seseorang yang memihak kepada seterunya dan
beliau telah dinasihat supaya meninggalkan istana Firaun. Dia pun
melarikan diri ke negeri Madyan dan menetap beberapa tahun
dikalangan penduduk-penduduk di situ. Setelah itu, Allah pun
mengangkat beliau menjadi Rasul.

2
Firman Allah (Surah Taha, sambungan Ayat 40 & Ayat 41):

> £@œÂH¥H• GßQƒRÀG¥G•Gy INâG¸MšOZ GãI› GßQéƒÀMÃR¨GÀG• £@±M¹Gœ GÍM¾G¥–G Gy


(40) QçG"ÂH¿Qéƒñ AeG¬–G Qéç¾G“ GÍMËI‰ RâH‡ GãGñM¬G› IáM„G} PçI• GãÃIÀI" GÍM¦I¤G¾G•

(41) çI±M¹GÀIš GßH¥M·GÀGµM'OZ Gy


Mafhumnya:
Dan semasa engkau membunuh seorang lelaki,
lalu Kami selamatkan engkau dari kesusahan pembunuhan itu.
Dan Kami telah melepaskan engkau berkali-kali
dari berbagai-bagai cubaan.
Kemudian engkau tinggal dengan selamatnya selama beberapa tahun
di dalam kalangan penduduk negeri Madyan.
Setelah itu engkau sekarang datang dari sana
pada masa yang telah ditentukan, wahai Musa!. (40)
Dan Aku telah memilihmu untuk menjadi Rasul Ku. (41)
Allah mengarahkan beliau bersama-sama saudaranya Nabi Harun as,
menemui dan mendakwahkan Firaun (Ramsis II). Mereka menurut
perintah dan pergi menemui Firaun berbekalkan mukjizat kurniaan Allah
dan nasihat supaya jangan lupa mengingati Allah. Di bawah arahan
Allah, mereka diminta berkata pada Firaun seperti yang dijelaskan
dalam ayat berikut:
Firman Allah:

GáñIYQP I®M"Iý PçIÀ…G £GÀG·G› MáI"MeGÆG• GßIN…Ge GêÂH"Ge£RœIý PéêÂHºG• Hx£GÃI†MÆG•


÷ GßIN…Re ãIN› AæGñ£GËI… GßQƒGÀMËI‰M¬–G ÷ MâHÁM…IN­G·H† GêGy
(47) PQ|ZG¬HÁMšOZ GÚG¤R†OZ IãG› Qéç¾G“ HâQƒG¾ƒR±šOZ Gy
Mafhumnya:
Oleh itu, pergilah kamu berdua kepadanya, kemudian katakanlah:
"Bahawa sesungguhnya kami adalah Rasul-rasul Allah,
maka bebaskanlah kaum Bani Israel
supaya keluar dari bumi Mesir ini bersama kami
dan berhentilah dari menyeksa mereka.
Bersama-sama kami ada tanda-tanda mukjizat Allah.
Dan sejahteralah kamu jika kamu mengikut petunjuk Allah!”
(Surah Taha, Ayat 47)
3
Firaun yang mengetahui siapa Nabi Musa itu berkata pada Musa;
tidakkah Musa sedar yang dia dahulu dibesarkan di istana Firaun dan
sekarang bertindak mahu mendakwahnya pula? Firaun yang terkejut
mendengar kata-kata Nabi Musa bahawa ada Tuhan selain darinya,
telah membantah dan terus mencabar Nabi Musa as. Di sinilah dakwah
Nabi Musa bermula dengan menjelaskan pada Firaun tentang Allah
Tuhan yang sebenarnya.

Di antara dakwahnya:

a) Allah Tuhan yang memberi nikmat dan segala-galanya pada


makhluk Nya dan menunjukkan hidayah kepada mereka. Allah
tidak menindas manusia lain.
b) Allah mencipta bumi untuk manusia, menyediakan berbagai-bagai
kemudahan hidup dan menurunkan hujan untuk pengeluaran
makanan yang bermacam-macam.
c) Allah Maha Pemurah, memberi kebebasan untuk makan makanan
hasil dari tanaman-tanaman, yang juga dimakan oleh haiwan
ternakan.
d) Allah menghidup dan mematikan semua makhluk Nya dan
mengembalikan mereka semula kepada Nya setelah mati untuk
diadili atas apa yang telah mereka lakukan. (Rujuk Surah Taha,
Ayat-ayat 50-55).
e) Allah menjanjikan secara khusus kepada kaum Firaun ini,
andaikata mereka bertindak mendakwa secara dusta terhadap
Nya, maka mereka akan dikenakan kebinasaan dan azab seksa
dari Nya.

Firman Allah:

£@…I­G˜I äQN¾šOZ çG¾G“ CZyH®G¥¹M G†Gê MâH¼¾G Mñ Gy QçG"ÂS› MâHÁGš Gu£G–


(61) Q|I®G¥M•OZ IãG› G[£G‹ M¬–G Gy ÷ A[ZG­G·I… âH¼G¥I©M±HÃG•
Mafhumnya:
Nabi Musa berkata kepada mereka: "Celakalah kamu kelak!
Janganlah kamu mendakwa secara dusta terhadap Allah,
kerana dengan sebab itu
Allah akan membinasakan kamu dengan azab seksa.
Dan sesungguhnya orang yang berdusta, tetap hampa dan kecewa".
(Surah Taha, Ayat 61)

4
Perang ‘saraf’ berlaku di antara Nabi Musa dengan Firaun, dan Firaun
menuduh Nabi Musa dan Nabi Harun as sebagai ahli sihir yang cuba
mengeluarkan kaumnya dari bumi Mesir. Firaun cuba meracuni fikiran
Bani Israel dan meminta Bani Israel keluar beramai-ramai menentang
Nabi Musa dan Nabi Harun, dan mereka dijanjikan habuan jika mereka
menang dalam perlawanan itu, khususnya kepada tukang-tukang sihir
yang handal.

Pertandingan untuk menunjuk kekuatan diatur dan Nabi Musa bersama


Nabi Harun bersemuka dengan tukang-tukang sihir yang handal itu.
Tali-tali kepunyaan tukang sihir dicampak dan bertukar secara khayalan
minda oleh orang yang melihatnya, seperti ular yang bergerak.

HáRÃGªGHñ MâHÁSÃI³I“Gy MâHÁHš£G¤IŠ ZGdIÇG• ÷ CZÂHºMšG} MáG… Gu£G–


(66) QçG·M±G†£GÁRœG}~ MâI„I®M©I" ãI› IäMÃGšIý
Mafhumnya:

Nabi Musa menjawab: "Bahkan kamulah campak dahulu".


Tiba-tiba tali-tali mereka dan tongkat-tongkat mereka
terbayang-bayang kepadanya seolah-olah benda-benda berjalan,
disebabkan sihir mereka.
(Surah Taha, Ayat 66)

Kemudian diikuti Musa mencampakkan tongkatnya, dan dari mukjizat


Allah itu terkeluarlah seekor ular yang sebenar, yang menelan tali-tali
sihir tukang sihir itu. Tersungkur merasa kekalahan itu, tukang-tukang
sihir itu dapat merasai perkara luar biasa dari Nabi Musa, dan ianya
adalah BENAR dari Allah. Tanpa mendapat persetujuan Firaun, mereka
terus menerkam Nabi Musa as dan beriman dengannya.

Firman Allah dalam ayat-ayat 69 hingga 71, Surah Taha:

÷ A®I©QƒG" H¬MÃG˜ CZÂH·GÀG' £G¿RœIý ÷ CZ PÂH·GÀG'£G› MÜGºM¾G† GßIÀÃI¿Gñ çI•£G› IÝMšG} Gy


(69) Qéç†G} HÎMÃGŠ H®IŠ£R±šOZ HÑI¾¹M Hñ GêGy

(70) Qéç"ÂH›Gy GwyH®QƒG„ IN[G®I… £RÀG›ZGY CZ PÂHš£G– Z@¬R¨H" H{G®G©R±šOZ GçIºMšHÆG•

5
|I­RšOZ HâH˜H®ÃI¤G¼Gš ôHäRœIý ÷ MâH¼Gš GwGdZGY MwG} GáM¤–G ôHäGš MâH¥ÀG›ZGY Gu£G–
AÜQƒG¾I‹ MãIN› âH¼G¾ƒH‰MeG} Gy MâH¼GñI¬MñG} RãG·INµ–G H éíG• ÷ G®M©IN±šOZ HâH¼G¿R¾G“
(71) QçGºM…G} Gy £@…ZG­G“ S¬G&G} P£GÀSñG} RãH¿G¾M·G¥GšGy IáMªRÀšOZI nyH­H‰çI• MâH¼RÀG¤IN¾G'H éìGy

“Dan campakkanlah apa yang ada di tangan kananmu,


nescaya ia menelan segala (benda-benda sihir) yang mereka lakukan,
kerana sesungguhnya apa yang mereka lakukan itu
hanyalah tipu daya ahli sihir,
sedang ahli sihir itu tidak akan beroleh kejayaan,
di mana sahaja ia berada”. (69)

Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya


(yang terus menelan segala benda sihir mereka),
maka keadaan yang demikian menjadikan ahli-ahli sihir itu
segera merebahkan diri sujud sambil berkata:
"Kami beriman kepada Tuhan
yang mengutus Nabi Harun dan Nabi Musa". (70)

Firaun berkata: "Patutkah kamu beriman kepada Musa


sebelum aku memberi izin kepada kamu?
Sesungguhnya dialah ketua kamu yang mengajar sihir kepada kamu.
Oleh itu, demi sesungguhnya,
aku akan memotong tangan dan kaki kamu dengan bersilang,
dan aku akan memalang kamu pada batang-batang pohon tamar;
dan demi sesungguhnya kamu akan mengetahui kelak
siapakah di antara kita
yang lebih keras azab seksanya dan lebih kekal". (71)

Tukang-tukang sihir yang beriman dengan Musa itu terus digertak untuk
disalib dan dipotong tangan kanan dan kaki kiri oleh Firaun, namun
jawapan mereka ialah :

÷ £GœG®GµG• |I­RšOZ Gy IÍQƒGÀINÃG¤MšOZ GãI› £GœGY P£G‰£G› Qéç¾G“ GsG®I‡MÈSœ ãGš CZÂHš£G–
(72) P£GÃMœS¬šOZ G{ QÂGÃG©MšOZ IxI­QƒG„ çI´MºG† £G¿RœIý ÷ Ak£G– GÍœG} P£G› I×–M O£G•

6
Mafhumnya:

Kami sekarang ini membelakangkan engkau wahai Firaun


kerana yang kami saksikan itu
adalah dari mukjizat-mukjizat yang terang kebenarannya.
Hukumkanlah apa yang engkau mahu hukumkan,
kerana engkau hanya dapat menghukum kami di dunia ini saja.
(Surah Taha, Ayat 72)
Akhirnya Nabi Musa bersama Nabi Harun berjaya membawa keluar Bani
Israel dari bumi Mesir setelah dikejar oleh Firaun dan tentera-tenteranya
yang kemudiannya ditenggelamkan oleh Allah ke dalam laut Merah. Ini
dijelaskan di dalam Al-Qur’an seperti berikut,

Firman Allah:

(78) MâHÁGò
I G” £G› INâGÃMšOZ GãIN› âHÁGò
I G¸G• õ IxIcÂHÀH¨I… HwMÂG“M®I• MâHÁG·G¤M†GÆG•
Mafhumnya:
Maka Firaun pun mengejar mereka bersama-sama dengan tenteranya,
lalu Firaun dan orang-orangnya itu ditenggelamkan dan diliputi air laut
(dan semuanya mati) dengan cara yang sedahsyat-dahsyatnya.
(Surah Taha, Ayat 78)
Sheikh Abdullah Basmeih dalam kitab Tafsir Pimpinan Ar-Rahman
mencatitkan keadaan kemusnahan Firaun dan tenteranya seperti
berikut:
“Tatkala laut itu terbelah setelah dipukul oleh Nabi Musa as dengan
tongkatnya, dan alur belahannya itu menjadi sebatang jalan yang
kering yang boleh dilalui, Nabi Musa as dan kaumnya menyeberangi
laut Merah itu. Firaun yang mengejar mereka dengan
tentera-tenteranya cuba mengikut jalan yang sama. Tetapi sebaik
saja mereka memasuki alur itu, Allah cantumkan semula laut yang
terbelah itu dan mereka pun ditenggelamkan. Seolah-olah mereka
semua ditelan oleh laut itu.”
(Abdullah Basmeih - Tafsir Pimpinan Ar-Rahman, m/s 787).

7
KISAH NABI MUSA DAN KEHANCURAN FIRAUN
TAFSIRAN AYAT-AYAT 96-99

(96) AãÃI¤S› AãQƒGµM¾ƒH"Gy £GÀI¥QƒGñ GÆI… PçG"ÂH› £GÀM¾G"MeG} M¬GºGšGy

(97) A¬ÃI&G®I… GwMÂG“M®I• H®M›G} P£G›Gy ÷ GwMÂG“M®I• G®M›} CZ PÂH·G¤R†O£G• õIäCñ IéïG›Gy GwMÂG“M®I• QéçšIý

(98) HcyHeMÂG¿MšOZ HcMeIÂMšOZ GÔMËI…Gy ÷ Ge£ƒRÀšOZ HâH„GcGeMyGÆG• IæG¿QƒGÃIºMšOZ GvMÂGñ ôHäG›MÂG– HvH¬MºGñ

(99) HcÂH•M®G¿MšOZ H¬M•I N®šOZ GÔMËI… > IæG¿QƒGÃIºMšOZ GvMÂGñGy @æGÀƒM·Gš õIxI­QƒG„çI• CZÂH·I¤M†H} Gy

Mafhumnya:

Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa as


dengan membawa bersama-samanya
ayat-ayat keterangan Kami,
dan bukti (mukjizat) yang nyata. (96)

Iaitu diutuskannya kepada Firaun dan kaumnya.


Di mana kaumnya ini
terlalu mengikut perintah Firaun secara ‘membabi-buta’.
Sedangkan perintah Firaun itu
bukanlah perintah-perintah yang betul. (97)

Di mana pada hari Kiamat kelak,


Firaun ini akan mengetuai kaumnya,
yang dengan spontan membawa kaumnya itu ke dalam api Neraka.
Itulah seburuk-buruk tempat yang akan dihuni mereka. (98)

Kemasukan mereka itu adalah iringan laknat Allah


ke atas mereka di dunia ini lagi,
yang tidak terputus hingga ke hari Kiamat.
Itulah seburuk-buruk penganugerahan
yang diberikan kepada mereka. (99)

8
TAFSIRAN AYAT
Nabi Musa as telah diutuskan kepada Firaun dan dibekalkan dengan 9
petanda kebenaran kerasulannya dari Allah, iaitu:
1. Tongkat Nabi Musa as.
Firman Allah (Surah Al-A‘raaf, Ayat 107) :

(107) DãÃI¤S› Dw£G¤M·H‡ GçI„ ZGdIÇG• Hx£G³G“ QéçºMšGÆG•


Mafhumnya:
Nabi Musa pun mencampakkan tongkatnya,
maka tiba-tiba tongkatnya itu menjadi seekor ular
yang jelas nyata kebenarannya.
2. Keluar dari Tangan Nabi Musa cahaya putih.
Firman Allah (Surah Al-A’raaf, Ayat 108):

(108) GãñI®I¶QƒRÀ¾Iš HYP£G´MÃG… GçI„ ZGdIÇG• ôHxG¬Gñ n


G G¯GœGy
Mafhumnya:
Dan Nabi Musa mengeluarkan tangannya,
tiba-tiba tangannya menjadi putih bersinar-sinar
kepada orang yang melihatnya.
3. Taufan
4. Belalang
5. Kutu
6. Katak
7. Darah

Kesemuanya ini disebut dalam Ayat 133 Surah Al-A’raaf. Firman Allah:

HnIc£G¹R´šOZ Gy GáR¿HºMšOZ Gy GcZG®G¨MšOZ Gy Gw£G• ÂSµšOZ HâIÁMÃG¾G“ £GÀM¾G"MeGÆG•


(133) GãÃI›I®M¨S› £@›M–G CZÂHœ£G˜Gy CZyH®G¤M¼G¥M"O£G• AÍQƒG¾ƒR³G¹S› AÍQƒGñZGY GvR¬šOZ Gy
Mafhumnya:
Kami pun menghantar kepada mereka taufan, belalang, kutu, katak
dan darah sebagai tanda-tanda dan bukti yang jelas nyata,
tetapi mereka tetap menyombong, takbur
dan terus menjadi kaum yang derhaka.

9
8. Kekurangan makanan.
Firman Allah (Surah Al-A’raaf, Ayat 130):

AÖMºGœGy GãÃIÀƒIN±šO£I… GwMÂG“M®I• GuZGY P£GœM­G‹G} M¬GºGšGy


(130) GwyH®R˜R­Gñ â M HÁR¾ƒG·Gš \
I Qé ®G¿R¦šOZ GãIN›
Mafhumnya:
Dan sesungguhnya Kami telah menimpakan Firaun dan kaumnya
dengan musim kemarau dan kekurangan buah-buahan,
supaya mereka insaf mengambil pelajaran darinya.

9. Kehebatan dan Kekuasaan.


Firman Allah (Surah Hud, Ayat 98):

(96) AãÃI¤S› AãQƒGµM¾ƒH"Gy £GÀI¥QƒGñ GÆI… PçG"ÂH› £GÀM¾G"MeG} M¬GºGšGy


Mafhumnya:
Dan sesungguhnya Kami telah mengutuskan Nabi Musa
dengan membawa Kehebatan dan Kekuasaan,
iaitu ayat-ayat keterangan dan bukti mukjizat yang nyata.

Inilah dia 9 jenis keterangan-keterangan yang diberi kepada Nabi Musa


as bagi membuktikan kenabian beliau kepada Firaun, bagi mencabar
Firaun yang selama ini menyangka yang beliau adalah Tuhan, iaitu
Tuhan kepada semua termasuk Bani Israel. Allah juga telah
mengurniakan kepada Nabi Musa as Kitab Taurat sebagai hujjah yang
membezakan antara yang benar dengan yang batil.

Semua 9 jenis bukti tersebut diberi kepada Nabi Musa untuk mencabar
Firaun serta menteri-menteri, orang-orang besar dan ketua-ketua
kaumnya supaya mereka tunduk kepadanya.

Apa yang berlaku ialah apabila mereka ditekankan dengan


petanda-petanda tersebut (misalnya apabila kekurangan makanan
berlaku), mereka akan pergi menemui Nabi Musa untuk memintanya
berdoa kepada Allah supaya semua kesusahan itu ditarik balik. Maka
berdoalah Nabi Musa dan dengan izin Allah, semuanya berbalik semula
seperti biasa. Kemudian, mereka kufur lagi dan terus mengulangi
perbuatan yang sama. Hampir kesemua petanda-petanda itu terus
disia-siakan oleh Firaun dan kaumnya itu, dan mereka terus tidak mahu
beriman.

10
Ayat 97 menjelaskan bahawa pengikut-pengikut Firaun itu terlalu setia
kepada Firaun, yang menjadi penasihat kepada mereka:
a) Supaya terus kufur pada Nabi Musa as, walaupun Nabi Musa
dibekalkan dengan bukti-buktinya.
b) Supaya terus taat kepada kata-katanya. Contoh: Firaun berkata
yang dia adalah Tuhan kepada semua, perintahnya mesti dipatuhi
dan semua rakyatnya mesti menolak tauhid yang dibawa oleh
Nabi Musa.
c) Supaya kata-katanya itu segera dipatuhi dan digeruni oleh semua
orang termasuk kaum Bani Israel sendiri.
Laku lagak Firaun itu seolah-olah dia adalah seorang yang Mursyid dan
di dalam ayat ini Allah menafikan yang Firaun itu adalah seorang yang
Mursyid kepada kebaikan, tetapi sebaliknya menyatakan bahawa Firaun
itu adalah dalang kepada kejahatan, kesesatan dan penyelewengan.
Namun begitu, kesemua kaumnya yang terdiri dari menteri-menteri,
ahli-ahli fikir dan ketua-ketua kaumnya tidak pernah memperlekehkan
malah terus menyanjunginya.
Dalam ayat 98, Allah menjelaskan bahawa kedudukan Firaun di Akhirat
nanti khususnya di hari Mahsyar, beliau selaku pemimpin kaumnya akan
mengetuai kaumnya itu menuju dan memasuki api Neraka. Beliau akan
berada di hadapan sekali dan kaumnya akan mengikutnya dari
belakang. Mereka semuanya akan menjadi penghuni Neraka Allah dan
itulah seburuk-buruk tempat yang mereka akan tinggal dan huni untuk
selama-lamanya.
Ayat 99 menjelaskan konsep ‘laknat’ dari Allah ke atas Kaum Firaun di
zaman Nabi Musa as.
Sesungguhnya Allah telah melaknat kaum ini di dunia dan hasil dari
laknat tersebut, maka berlakulah penghinaan yang disebutkan melalui 9
bukti-bukti kebenaran kerasulan Nabi Musa di atas, yang telah
dikenakan ke atas Firaun dan kaumnya. Allah telah menghantarkan
taufan, belalang, kutu, katak dan darah ke atas mereka yang sombong
itu. Dan sebenarnya laknat ini tidak habis di sini sahaja, tetapi dibawa
kehadapan iaitu ke hari Akhirat.
Firman Allah:

÷ @æƒGÀM·Gš £GÃMœS¬šOZ IxI­QƒG„ çI• MâHÁQƒGÀM·G¤M†G} Gy


(42) GãÃIŠÂH¤ºG¿MšOZ GãI› âH„ IæG¿QƒGÃIºMšOZ GvMÂGñGy

11
Mafhumnya:
Dan Kami iringi mereka dengan laknat di dunia ini,
dan pada hari Kiamat pula, mereka yang terus dilaknatkan itu,
akan menjadi orang yang tersingkir dari Rahmat Kami
dengan sehina-hinanya.
(Surah Al-Qasas, Ayat 42)

Dalam Ayat 98 Allah menyebut perkataan IæG¿QƒGÃIºMšOZ GvMÂGñ bermakna


‘pada hari Kiamat' yang memberi erti:
“Pada hari Kiamat nanti, Kaum Firaun yang telah dilaknat di dunia dulu
akan dituruti dengan laknat yang kedua”.
Ertinya, laknat Allah ini akan berturutan di dunia dan di Akhirat.
Ia dikatakan sebagai seburuk-buruk tempat berpulangnya mereka.

Al-Asma’i mentafsirkan ayat ‘seburuk-buruk’ ( HcyHeMÂG¿MšOZ HcMeIÂMšOZ GÔMËI…Gy )


sebagai tempat kembalinya mereka di Akhirat, di mana mereka akan
menerima azab seksaan Allah dan layanan yang paling buruk. Di sana,
mereka akan diberi minum dari bekas minuman Neraka yang airnya
tersangat panas, dan apabila air itu memasuki kerongkong mereka, ia
membakar semua yang berada di dalam laluannya.

Firman Allah dalam Ayat 15, Surah Muhammad:

MâH„ GYP飷M›G} GÚRµGºG• £@¿ÃI¿GŠ JYP飛 CZÂHºH"Gy Ie£RÀšOZ çI• D¬I¾Q郋GÂH„ MãG¿G˜
Mafhumnya:
“….sama seperti orang-orang yang tinggal kekal dalam Neraka
dan diberi minum dari air yang menggelegak
sehingga menjadikan isi perut mereka hancur!”.

Rashid Ridha sekali lagi menyatakan bahawa laknat Allah itu terjadi
kerana ‘mengikut telunjuk dan kehendak Firaun secara membabi-buta’
dan diketahui bahawa semua petunjuk Firaun itu tidak mempunyai
panduan yang betul. Laknat tersebut berturut-turutan hingga ke Akhirat.
Dalam dunia kita hari ini, ramai pemimpin cuba membawa kita ke
kancah kerosakan dan janganlah kita menjadi pengikut yang mengikut
mereka secara membabi-buta. Takut kita taat kepada mereka itu atas
maksiatnya.

12
Fahamilah sebuah Hadith:

:â¾"y äþ“ äQN¾šZ ç¾' äQN¾šZ uÂ"e u£–


/ IpyH®M·G¿MšOZ çI• IæG“£RµšOZ £G¿RœIý IäQN¾šOZ IæGÃI³M·G› çI• A¬GŠG+ì IæG“£G‘Gê
Mafhumnya:
Sabda Rasulullah saw:
“Jangan sekali-kali kamu taat pada seseorang itu
yang mendorong kamu kepada maksiat pada Allah,
taatlah HANYA kepada perkara-perkara yang makruf sahaja!”.

Kesimpulannya:

Ayat-ayat 96 hingga 99 bukan sekadar mengesahkan kehancuran Kaum


Firaun, tetapi lebih kepada menjelaskan kedudukan Firaun di Akhirat
nanti. Firaun akan mengetuai kaum yang taat kepadanya di dunia ini
masuk ke dalam api Neraka.

Ayat itu juga menekankan konsep ‘LAKNAT’ dari Allah ke atas Firaun
dan kaumnya, yang bertaliarus hingga ke hari Mahsyar, dan dijelaskan
lagi bahawa itulah seburuk-buruk tempat berpulangnya mereka.

Nabi Musa as dan Bani Israel terlepas dari serangan Ramsis II melalui
jalan laut dan kembali ke Palestine.

Inilah satu lagi kaum yang sesat lagi menyesatkan, yang telah
dipupuskan Allah dari dunia ini. Apa yang boleh kita lihat ialah kesan
peninggalan dan kubur-kuburnya, untuk tontonan umat Nabi Muhammad
saw.

Janganlah kita hanya melihat sejarahnya, tetapi hendaklah kita


menghayati betapa mereka telah menderhaka kepada Allah dan menjadi
perosak atas muka bumi ini, serta mengambil pengajaran dari
penghinaan dan pembalasan yang Allah berikan kepada mereka, dari
dunia hinggalah ke hari Akhirat. Hayatilah, agar kita tidak kufur pada
Allah dan Rasul Nya seperti kaum Firaun ini. Janganlah kita ikut dan taat
membabi-buta pada kekufuran pemimpin yang fasik dan jahat.
Gunakanlah ‘kayu pengukur’ kita, iaitu IMAN dan AMAL SOLEH, untuk
mengelak dari dilaknat Allah.

13
Renungilah firman Allah ini yang menceritakan ehwal Firaun:

25) AwÂHÃH“Gy AÍQƒRÀG‰ ãI› CZÂH˜G®G† MâG˜


(
Banyak sungguh tinggalan-tinggalan Kaum Firaun
dari kebun-kebun cantik serta matairnya. (25)

(26) AâñI®G˜ Av£GºG›Gy A nyHeHfGy


Kawasan-kawasan ladang serta tempat-tempat kediaman mewah
mereka, yang indah dan dimuliakan. (26)

( 27) GãÃIÁI¼QƒG• £GÁÃI• CZÂHœ£G˜ AæG¿M·GœGy


Juga kemewahan-kemewahan hidup yang dinikmati mereka
(semuanya musnah ditinggalkan!). (27)

28) GãñI®G‹ZGY £J›M–G £GÁQéƒÀM‡GeMyG} Gy ÷ GßIšQé ­G˜


(
Begitulah berlakunya hukum-hukum Kami
ke atas orang-orang yang derhaka,
dan Kami jadikan semua peninggalan Firaun dan kaumnya
bertukar diwarisi oleh kaum lain (iaitu Bani Israel). (28)
(Surah Ad-Dhukhan)

Allahu A’lam.

14

Anda mungkin juga menyukai