Anda di halaman 1dari 5

NAMA: MUHAMAD ZULFADZLE BIN FAUZI

NO MATRIK: M202069932
SUBJEK: KAUNSELING PERSPEKTIF ISLAM
PENSYARAH: PUAN NUR HIKMAH MUBARAK ALI
AHWAL DAN MAQAMAH

DEFINISI AHWAL :

: Ahwal adalah sesuatu perkara yang datang dari TUHAN. Ahwal menurut bahasa adalah
keadaan, sedangkan menurut istilah, ahwal adalah keadaan jiwa dalam proses pendekatan diri
kepada Allah Swt.
Menurut Syekh Abu Nash As-sarraj, ahwal adalah sesuatu yang terjadi mendadak yang
bertempat pada hati nurani dan tidak bertahan lama.
Menurut Harun Nasuition ahwal merupakan keadaan mental perasaaan senang, perasaan
takut, perasaan sedih, dan sebagainya.
Adapun menurut Imam al-Ghazali, ahwal adalah kedudukan atau situasi kejiwaan yang
dianugrahkan Allah kepada seorang hamba pada suatu waktu, baik sebagai buah dari amal
saleh yang menyucikan jiwa atau sebagian pemberian semata.
Jika berpijak dari beberapa pendapat para sufi di atas, inti pendapat mereka adalah sama,
yaitu keadaan rohani seorang hamba ketika hatinya telah bersih dan suci. Ahwal berbeda
dengan maqam, ahwal tidak menentu datangnya, terkadang datang dan pergi begitu cepat,
yang disebut lawa’ih, dan ada pula yang datang dan perginya dalam waktu yang lama, yang
disebut bawadih. Maqam diperoleh melalui usaha, sedangkan ahwal diperoleh tidak melalui
usaha, tetapi merupakan rahmat dan anugrah dari Allah. Maqam sifatnya permanen,
sedangkan ahwal bersifat temporer.

JENIS SIFAT AHWAL:


1) MUQARABAH : Dekat Dengan ALLAH.
2) MAHABBAH : Cinta Pada ALLAH.
3) KHAUF : Takut Kepada ALLAH
4) ROJA” : Mengharap Daripada ALLAH.
5) SYAUQ : Rindu
6) TOMA;NINAH : Tenang.
7) MUSYAHADAH : Nampak ALLAH.
8) YAQIN : Yakin
DEFINISI MAQAMAH :

: Maqamah berlaku apabila manusia mempunyai sifat2 ahwal kerana jika tiada ahwal
tiadalah maqamah. Maqamat menurut bahasa adalah tahapan, sedangkan menurut istilah
adalah upaya sadar untuk mendekatkan diri kepada Allah Swt. Melalui tahapan-tahapan
untuk mencapai Makrifatullah.
Maqamat merupakan istilah kaum sufi yang menunjukan arti nilai etika yang akan
diperjuangkan dan diwujudkan oleh seseorang pejalan (Salik) melalui beberapa tingkatan
Mujahadah secara beransur-ansur, yaitu dari suatu tingkatan perilaku batin menuju
pencapaian tingkatan (Maqam) berikutnya dengan bentuk amalan mujahadah tertentu. Hal ini
merupakan pencapaian kesejatian hidup dengan pencarian yang tidak kenal lelah, beratnya
syarat, dan beban kewajiban yang harus dipenuhi.
Ketika seseorang yang sedang menduduki atau berjuang untuk menduduki sebuah maqam, ia
harus menegakkan nilai-nilai yang terkandung dalam maqam yang sedang dikuasainya. Oleh
karna itu, ia akan selalu sibuk dengan berbagai latihan (Riyadah).
Maqam merupakan tingkatan rohani yang dapat dilalui orang yang berjalan menuju Allah dan
akan berhenti pada saat tertentu. Orang yang menempuh jalan kebenaran (Salik) berjuang
hingga Allah memudahkan baginya menempuh jalan menuju tingkatan kedua. Misalnya dari
tingkatan tobat menuju tingkatan wara’, dari tingkatan wara’ menuju tingkatan zuhud.
Demikian seterusnya hingga mencapai tingkatan mahabbah dan ridha.
Menurut Abu Bakr al-Kalabazi dalam bukunya, at-Ta’aruf li Mazhabi Ahli Tasawwuf,
maqam yang harus dilalui oleh seorang salik adalah tobat, zuhud, sabar, fakir, rendah hati,
taqwa, tawakal, kerelaan, cinta, dan makrifah.
Adapun Abu Hasan al-Qusyairi membaginya menjadi tobat, wara’, zuhud, tawakal, sabar,
dan ridha.
Munurut Abu Nasr as-Sarraj, maqamat dalam tasawuf merupakan jalan panjang berjenjang
yang harus ditempuh oleh seorang sufiuntuk berada dekat dengan Allah Swt. Untuk lebih
jelasnya, berikut ini dijelaskan maksud dari beberapa maqam yang harus dilalui oleh seorang
sufi.

JENIS JENIS MAQAMAH

1) TAUBAH : Taubat
2) WARA” : Tinggal Perkara Shubhah Dan Makruh.
3) ZUHUD : Dunia Tiada Di Hati.
4) FAQIR : Harapkan Apa Yang ALLAH Beri SABAR DAN TAK MARAH.
5) TAWAKAL : Serah Diri Kepada ALLAH.
6) REDHO : Tak Keluh Kesah Dengan Masalah.
CONTOH KAJIAN

KES :
= Aina mempunyai masalah tekanan semasa dirumah kerana perlu melakukan pelbagai
kerja rumah semasa ibu bapa keluar bekerja.Aina merupakan pelajar tingkatan 5 dan
merupakan anak sulung didalam keluarganya dan juga bakal menghadapi spm tahun ini. Aina
tidak tahu cara mengatasinya kemudian pada akhirnya Aina berjumpa dengan Kaunselor
untuk dapatkan cara menyelesaikan masalahnya.

JALAN PENYELESAIAN :
=Kaunselor memulakan proses kaunseling dengan membina hubungan dahulu dengan klien
agar merasa tenang dengan membina suasana sekeliling dan tingkah laku yang meyakinkan
dan menunjukkan kemesraan.
=Kaunselor melakukan proses penerokaan masalah klien dan cuba memasukkan perasaan
empathy tentang masalah klien.

=Kaunselor dapat mengenalpasti masalah klien dan memulakan merancang pelan tindakan
dengan memberitahu klien tentang betapa pentingnya bagi seorang anak untuk meringankan
beban ibu bapa.
=Kaunselor mengajar klien untuk pandai menguruskan masa dengan baik dan optimumkan
masa.
=Kaunselor menyatakan kepada klien yang kejayaan kita bukannya hasil 100% atas usaha
kita semata2 dan mungkin dengan doa si ibu bapa semasa ditempat kerja.
=Kaunselor memasukkan sifat ahwal iaitu TOMA”NINAH dan sifat MUQAMAH iaitu sabar
dan redha dengan ujian tuhan kepada klien.
=kaunselor menerangkan konsep Ahwal dan muqamah dengan lebih teperinci sehingga klien
dapat merasakan celik akal pada dirinya dan dapat membuat keputusan yang baik kelaknya.
= kaunselor menggunakan peneguhan dengan tujuan menyakinkan pelajar dan memastikan
pelajar benar-benar melaksanakan alternatif yang dipilih.
=kaunselor memastikan objektif klien tercapai dan dia dapat mengaplikasi pembelajarn yang
diperolehi semasa sesi di dalam pergaulan seharian
=Akhir sekali, sesi kaunseling akan ditamatkan dengan penilaian yang dibuat oleh kaunselor
terhadap klien . Penilaian ini bagi memastikan klien telah mencapai tahap kefahaman yang
jitu terhadap masalah dan telah mampu untuk mencari jalan keluar dari musibah yang
menimpa . Perubahan dilihat melalui dari beberapa sudut antaranya ialah perubahan air
muka, gerak geri dan pertuturan seperti keyakinan diri yang tinggi, kefahaman yang jelas
tentang akidah dan tawakaL pada Allah atas musibah yang menimpa diri..
RUJUKAN

1) Saifullah Azis, Risalah Memahami Ilmu Tasawuf, (Surabaya:


Terbit Terang,, 1998),

2) Ja’far, Gerbang Tasawuf (Medan: Perdana Publishing, 2012),


hlm. 86

3) Prof.DR. Rosihon Anwar, Akhlak Tasawuf.hlm. 205

4) Al-imam Al-Ghozali.minhajul abidin.hlm. 303

Anda mungkin juga menyukai